faktor-faktor yang mempengaruhi ibu … yang mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MENGHANTAR
ANAK-ANAK MEREKA KE PRASEKOLAH SWASTA DI DAERAH
SKUDAI, JOHOR BAHRU
NORSALMIAH BINTI MUHAMMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
21 APRIL 2009
NO 39/1 FELCRA SRI MAKMUR, 26030 KUANTAN,PAHANG DARUL MAKMUR.
21 APRIL 2009
2008/2009
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MENGHANTAR ANAK-ANAK MEREKA KE PRASEKOLAH SWASTA DI DAERAH SKUDAI, JOHOR BAHRU
NORSALMIAH BINTI MUHAMMAD
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHYA
Tarikh : ...............................................................
ii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : NORSALMIAH BINTI MUHAMMAD
Tarikh : ..................................................
iii
DEDIKASI
Khas buat ibunda dan ayahanda tersayang
Noraini Binti Manaf
dan
Karim Bin Ja’afar @ Jaapar
Yang tidak jemu-jemu menitipkan
Kata-kata semangat buat anakmu ini
Tanpa kalian perjuangan ini tak mungkin Berjaya
Semoga segala jasa, bakti, pengorbanan dan kesabaran kalian
Diberkati Allah S.W.T.
Buat Kekanda serta adinda yang dikasihi
Arbaiah, Hamidi, Jalilah, Salahuddin, Azharuddin dan Aminuddin
Yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan
Yang tidak berbelah bahagi.
Buat yang teristimewa, Ahmad Saiful Nizam Bin Samud, segala dugaan dan
cabaran yang ku tempuhi bersamamu dan kata-kata semangat yang sering
diberikan ketika ku berada di dalam keadaan sukar.
Tidak lupa
Buat sahabat-sahabat yang telah banyak memberi pandangan serta nasihat
terima kasih atas segalanya
Kejayaan yang dicapai adalah milik kita semua
Terima Kasih
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu Prof. Madya. Dr. Azizi Bin Yahya yang telah
banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat,
memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh
penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang
turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat guru prasekolah dan
ibu bapa yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam
memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang
telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat
dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi serta
keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan penyelidikan ini.
Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka. Amin…..
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa atau
penjaga menghantar anak-anak mereka ke prasekolah swasta di daerah Skudai, Johor Bahru.
Seramai 181 orang responden yang terdiri daripada 18 orang guru prasekolah swasta dan 163
orang ibu bapa pelajar prasekolah swasta di daerah Skudai, Johor telah dipilih secara rawak
kelompok. Kajian rintis telah dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal
selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik.
Nilai kebolehpercayaaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik adalah 0.940 Soal
selidak berkaitan kepakaran guru, kaedah pengajaran guru, kemudahan yang disediakan oleh
pihak prasekolah swasta dan faktor sikap guru, agama, ekonomi dan politik diubahsuai
berpandukan instrumen yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian-kajian lepas.
Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawaidigunakan untuk
menganalisis faktor yang paling dominan seperti kepakaran, kaedah pengajaran guru, kemudahan
yang disediakan oleh pihak prasekolah swasta dan faktor sikap guru, agama, ekonomi dan politik
dengan gred pencapaian pelajar prasekolah swasta. Manakala statistik inferensi iaitu analisis
kolerasi Pearson digunakan pada aras signifikan α = 0.05 bagi mengetahui hubungan antara
faktor kepakaran, kaedah pengajaran guru, kemudahan yang disediakan oleh pihak prasekolah
swasta dan faktor sikap guru, agama, ekonomi dan politik dengan gred pencapaian pelajar
prasekolah swasta. Hasil kajian mendapati faktor ekonomi merupakan faktor paling dominan
yang mempengaruhi ibu bapa serta penjaga menghantar anak-anak mereka ke prasekolah swasta.
Analisis kolerasi Pearson mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
faktor latihan guru, kaedah pengajaran dan agama dengan gred pencapaian pelajar. Manakala
terdapat hubungan yang signifikan antara faktor sikap guru, ekonomi dan politik dengan gred
pencapaian pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identified the factors that influence parents who sent
their children to private preschool in Skudai, Johor Bahru. There were 163 parents has been
chosen randomly. The pioneer research has been conducted to see the reliability and the
suitability of the questionnaires. The Alpha Cronbach has been used to measure the inside
consistency in the research. The reliability of ‘Alpha Cronbach’ for the whole research was
0.940 . Beside that, the research related to teachers training, teaching technique, facilities which
provided by the school and factors related with teachers attitude, religion, economic and politic
been modified by referring to the instrument which been used by the previous researches in their
research. The descriptive statistic which in Min, frequency and standard derivation been used to
analyze the most dominant factors such as teachers exertive, teaching technique, facilities that
been provided by the school, teachers attitude, religion, economic and politic with pupils grade
of achievement. On the other hand, the inferential statistic which is the coloration of Pearson
analysis been used at the significant stage of α = 0.05 to identified the relationships between
teachers expective , teaching technique, facilities been provided by the school, teachers attitude,
religion, economic and politic with pupils grade of achievement . Therefore, through the
research , it is found that economic factors was the dominant factors which influence parents and
guardian to sent their children to private pre school. Then , the coloration of Pearson Analysis
found that there were no significant relationships between teachers expective, teaching technique
and religion with pupils grade achievement . Furthermore, there were significant relationships
between teachers attitude, economic and politic with the pupils grade of achievement. Therefore,
there were few suggestions has been discussed in this research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Hipotesis Kajian 12
1.7 Rasional Kajian 13
viii
1.8 Kepentingan Kajian 14
1.9. Skop Dan Batasan Kajian 15
1.10 Takrifan Istilah 16
1.10.1 Latihan 16
1.10.2 Kemudahan 16
1.10.3 Kaedah Pengajaran 16
1.10.4 Sikap 17
1.10.4 Agama 17
1.10.5 Ekonomi 17
1.10.6 Politik 17
1.10.7 Prasekolah 18
1.11 Penutup 18
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 19
2.2 Pendekatan Teori 22
2.2.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget 22
2.2.2 Teori Pembelajaran Albert Bandura 24
2.2.3 Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst
2.3 Pengunaan Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst 28
Sebagai Model Kajian
2.4 Kajian-Kajian Lepas 29
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 43
3.3 Tempat Kajian 44
ix
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 44
3.5 Instrumen Kajian 47
3.5.1 Latar Belakang Responden 48
3.5.2 Latihan Guru, Kaedah Pengajaran, 48
Kemudahan Yang Disediakan, Serta Faktor Sikap
guru, Agama, Politik dan ekonomi
3.5.2.1 Latihan Guru 48
3.5.2.2 Kaedah Pengajaran Yang Diterapkan 49
3.5.2.3 Kemudahan Yang Disediakan 50
3.5.2.4 Faktor Sikap Guru, Agama, 51
Ekonomi dan Politik
3.5.3 Pemarkatan Skor Faktor-Faktor Paling Dominan 52
3.6 Kajian Rintis 53
3.6.1 Kesahan Instrumen 55
3.6.2 Keboleh Percayaaan Instrumen 55
3.7 Prosedur Kajian 56
3.8 Tatacara Analisis Data 58
3.8.1 Min 58
3.8.2 Korelasi Pearson 58
3.8.3 Ringkasan Tatacara Analisis Data 60
3.9 Penutup 62
BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 63
4.2 Analisis Deskriptif Huraian Latar Belakang 64
Responden ( Bahagian A)
4.2.1 Guru Prasekolah Swasta 64
4.2.1.1 Tahap Pendidikan Guru 65
4.2.1.2 Pengalaman Bekerja 65
x
4.2.1.3 Keturunan 66
4.2.1.4 Umur 67
4.2.2 Ibu Bapa Atau Penjaga 67
4.2.2.1 Penjaga 68
4.2.2.2 Bangsa 68
4.2.2.3 Agama 69
4.2.2.4 Tahap Pendidikan Ibu Bapa 70
4.2.2.5 Jumlah Pendapatan Ibu bapa Atau Penjaga 71
4.2.2.6 Analisi Persoalan Kajian Bagi gred 72
Pelajar Bagi Guru
4.2.2.7 Analisi Persoalan Kajian Bagi gred 74
Pelajar Bagi Soal Selidik Ibu Bapa
Atau Penjaga
4.3 Analisis Data 77
4.3.1 Persoalan Kajian 1:- 77
Apakah guru prasekolah swasta mempunyai
latihan sebelum menjadi guru prasekolah swasta
4.3.2 Persoalan Kajian 2:- 81
Apakah kaedah pengajaran yang disediakan
oleh guru prasekolah swasta bersesuaian
dengan tahap perkembangan kanak-kanak
4.3.3 Persoalan Kajian 3:- 85
Apakah kemudahan yang disediakan oleh
pihak prasekolah swasta mencukupi untuk
kegunaan kanak-kanak semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berlangsung
4.3.4 Persoalan Kajian 4:- 89
Apakah Faktor Sikap Guru, Agama,
Ekonomi Dan Politik Mempengaruhi
xi
Ibu Bapa Menghantar Anak-Anak Mereka
Ke Prasekolah Swasta
4.3.4.1 Apakah Faktor Sikap Guru 89
Mempengaruhi Ibu Bapa Menghantar
Anak-Anak Mereka Ke Prasekolah
Swasta
4.3.4.2 Apakah Faktor Agama Mempengaruhi 93
Bapa Menghantar Anak-Anak Mereka
Ke Prasekolah Swasta
4.3.4.3 Apakah Faktor Ekonomi Mempengaruhi 97
Bapa Menghantar Anak-Anak Mereka
Ke Prasekolah Swasta
4.3.4.4 Apakah Faktor Politik Mempengaruhi 100
Bapa Menghantar Anak-Anak Mereka
Ke Prasekolah Swasta
4.3.5 Persoalan Kajian 5:- 103
Adakah Terdapat Hubungan Yang
SignifikanAntara Faktor Dominan Seperti
Latihan Guru dan Kaedah Pengajaran
Dengan Gred Pencapaian Pelajar
4.3.5.1 Tidak Terdapat Hubungan Yang 103
Signifikan Antara Faktor Dominan
Seperti Latihan Guru Dan Kaedah
Pengajaran Dengan Gred
Pencapaian Pelajar
4.3.6 Persoalan Kajian 6:- 105
Adakah Terdapat Hubugan Yang
xii
Signifikan Antara Faktor Kemudahan
Yang Disediakan, Sikap Guru, Agama,
Politik dan Ekonomi Dengan
Gred Pencapaian Pelajar
4.3.6.1 TidakTerdapat Hubugan Yang 105
Signifikan Antara Faktor Kemudahan
Yang Disediakan, Sikap Guru, Agama,
Politik dan Ekonomi Dengan
Gred Pencapaian Pelajar
4.4 Penutup 109
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 110
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 111
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 112
5.2.2 Perbincangan hasil kajian bagi faktor guru 114
prasekolah swasta mempunyai latihan
sebelum menjadi guru prasekolah swasta
5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 115
Faktor Kaedah Pengajaran Yang Disediakan
Oleh Guru Prasekolah Swasta Bersesuaian
Dengan Tahap Perkembangan Kanak-Kanak
5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 117
Faktor Kemudahan Yang Disediakan Oleh
Pihak Prasekolah Swasta Mencukupi Untuk
Kegunaan Kanak-Kanak Semasa Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran Berlangsung
xiii
5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Bagi 119
Faktor Sikap Guru, Agama, Ekonomi
Dan Politik Mempengaruhi Ibu Bapa
Menghantar Anak-Anak Mereka
Ke Prasekolah Swasta
5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian Sama 121
Ada Terdapat Hubungan Yang Signifikan
Antara Faktor Dominan Seperti Latihan
Guru Dan Kaedah Pengajaran Dengan
Gred Pencapaian Pelajar
5.2.7 Perbincangan Hasil Kajian Sama Ada 123
Terdapat Hubugan Yang Signifikan
Antara Faktor Kemudahan Yang Disediakan,
Sikap guru, Agama, Politik Dan Ekonomi
Dengan Gred Pencapaian Pelajar
5.3 Rumusan 127
5.4 Cadangan Kajian 128
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 131
5.6 Penutup 133
BIBLIOGRAFI 134
LAMPIRAN 138
ix
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
Tajuk MUKASURAT
3.1 Jumlah sampel daripada populasi 45
3.2 Tabutan Item mengikut Soal Selidik 49
3.3 Pemberian Markah Mengikut Bentuk Pilihan
Jawapan Bagi Item Positif Soal Selidik Latihan
Guru
49
3.4 Tabutan Mengikut Item Kaedah Pengajaran 50
3.5
Pemberian Markah Mengikut Bentuk Pilihan
Jawapan Bagi Item Positif Kaedah Pengajaran
50
3.6 Tabutan Mengikut Item Kemudahan Disediakan 51
3.7 Pemberian Markah Mengikut Bentuk Pilihan
Jawapan Bagi Item Positif Kemudahan Yang
Disediakan
51
3.8 Tabutan Mengikut Item Sikap Guru, Agama,
Ekonomi dan Politik
52
3.9 Pemberian Markah Mengikut Bentuk Pilihan
Jawapan Bagi Item Positif Faktor Sikap Guru,
52
x
Agama, Ekonomi dan Politik.
3.10 Pemarkat Skor Dan Tahap 53
3.11 Jadual Keputusan Analisis Nilai
Kebolehpercayaan Kajian Bagi Soal selidik Guru
56
3.12 Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan
Kajian Bagi Soal selidik Guru
56
3.13 Garis Panduan Guilford’s Rule of Thumbs 59
3.14 Penentuan Hipotesis nol berdasarkan nilai
signifikan.
59
3.15 Ringkasan pengujian statistik objektif kajian 61
3.16 Ringkasan pengujian statistik hipotesis kajian 61
4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Tahap Pendidikan Guru
65
4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Pengalaman Bekerja
66
4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Keturunan
66
4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
67
4.5 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Penjaga
68
4.6 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa
69
xi
4.7 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Agama
69
4.8 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Tahap Pendidikan Ibu Bapa
70
4.9 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden
Mengikut Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga
72
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min,
dan Sisihan Piawai Bagi Gred Pencapaian Pelajar
74
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min,
dan Sisihan Piawai Bagi Gred Pencapaian Pelajar
76
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min,
dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Guru Prasekolah
Swasta Mempunyai Latihan Sebelum Menjadi
Guru Prasekolah
80
4.13 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tahap Faktor Latihan Guru
81
4.14 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min,
dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah Pengajaran
Yang Disediakan Oleh Guru Prasekolah Swasta
Bersesuaian Dengan Tahap Perkembangan
Kanak-Kanak
84
4.15 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tahap Faktor Kaedah Pengajaran
85
4.16 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min, 88
xii
dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Kemudahan
Yang Disediakan Oleh Pihak Prasekolah Swasta
Mencukupi Untuk Kegunaan Kanak-Kanak
Semasa Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Berlangsung
4.17 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tahap Faktor Kemudahan Yang
Disediakan
89
4.18 Tabulan Responden Mengikut Peratusan, Min,
dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Sikap Guru
Mempengaruhi Ibu Bapa Atau Penjaga
Menghantar Anak-Anak Mereka Ke Prasekolah
Swasta
92
4.19 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tahapi Faktor Sikap Guru
93
4.20 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min,
dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Agama
Mempengaruhi Ibu Bapa Atau Penjaga
Menghantar Anak-Anak Mereka Ke Prasekolah
Swasta
99
4.21 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden
Mengikut Tahap Faktor Agama
97
4.22 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min,
dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Ekonomi
Mempengaruhi Ibu Bapa Atau Penjaga
Menghantar Anak-Anak Mereka Ke Prasekolah
Swasta
99
xiii
4.23 Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Faktor Ekonomi
100
4.24 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min,
dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Politik
Mempengaruhi Ibu Bapa Atau Penjaga
Menghantar Anak-Anak Mereka Ke Prasekolah
Swasta
102
4.25 Kekerapan, Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Faktor Politik
103
4.26 Kolerasi Antara Latihan Guru Dengan Gred
Pencapaian Pelajar
103
4.27 Kolerasi Antara Kaedah Pengajaran Dengan Gred
Pencapaian Pelajar
104
4.28 Kolerasi Antara Kemudahan Yang Disediakan
Dengan Gred Pencapaian Pelajar
105
4.29 Kolerasi Antara Faktor Sikap Guru Dengan Gred
Pencapaian Pelajar
106
4.30 Kolerasi Antara Faktor Agama Dengan Gred
Pencapaian Pelajar
107
4.31 Kolerasi Antara Faktor Ekonomi Dengan Gred
Pencapaian Pelajar
107
4.32 Kolerasi Antara Faktor Politik Dengan Gred
Pencapaian Pelajar
108
xiv
SENARAI SINGKATAN
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
KPTM - Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Set Soal Selidik Guru 138
B Set Soal Selidik Ibu bapa 145
C Surat Pengesahan Fakulti 152
D Pengesahan Item Soal Selidik 153
1
BAB I
PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan matlamat pendidikan prasekolah
untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang
seimbang supaya kanak-kanak menjadi individu yang bermanfaat dan berfaedah
kepada diri, keluarga dan masyarakat berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan berjiwa bangsa Malaysia. Sejajar dengan ini, pendidikan prasekolah wajib
meletakkan asas yang kukuh dalam diri kanak-kanak untuk memasuki dunia
persekolahan dan pendidikan sepanjang hayat. Aspek yang penting ialah memupuk
motivasi belajar, meletakkan asas nilai keagamaan dan moral yang kuat mengenai
asas-asas dalam kemahiran sosial, mengembang potensi dan kreativiti kanak-kanak
dan juga menyemai jiwa bangsa Malaysia yang cintakan Negara.Pendidikan
prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan pendidikan awal
dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia
menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan
sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas
mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan
kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan
aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.
2
Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat
prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga
hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Selepas
beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di
peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga
ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’. Dari perspektif
Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu
sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam
boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat
sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari
mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga
meningkat ke enam tahun.
Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai
asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan
prasekolah bukanlah sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia. Tidak ada
peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah.
Penglibatan Kementerian Pelajaran ialah setakat menyediakan buku panduan bagi
kewujudan tadika-tadika . Sama ada ianya diikuti atau tidak terpulanglah kepada
institusi pendidikan prasekolah tersebut. Walau bagaimanapun fungsi dan peranan
pendidikan prasekolah tidak dapat dinafikan. Antara fungsi pendidikan prasekolah
(Seminar Pendidikan UKM, Jun 1978)
• Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari
kelas sosio-ekonomi yang baik.
• Dengan adanya sistem pendidikan prasekolah ini dapat menolak dan mengenali
kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah satu.
• Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi
persediaan pembelajaran yang sudah lengkap.
3
• Fungsinya yang lain ialah mencukupkan dan mengisikan persediaan
pembelajaran yang tidak lengkap.
• Keseimbangan emosi- untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri,
kepercayaan terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta menambahkan
keyakinan kepada keupayaan diri sendiri. Bagi membentuk kemahiran kanak-
kanak dalam asas 3 M.
• Pertumbuhan estetika untuk menyemai kesedaran kanak-kanak terhadap
keindahan alam sekitar dengan menikmati muzik, lagu dan lain-lain.
• Perkembangan dan pendidikan ketatanegaraan
• Dapat memperkembangkan pendidikan kerohanian dan moral
• Memberi pendidikan asas agama Islam untuk kanak-kanak Islam.
• Pendidikan prasekolah menyediakan kurikulum yang dapat memperkembangkan
fizikal dan jasmani kanak-kanak, contohnya pusat pendidikan prasekolah
dilengkapi dengan alat permainan untuk kanak-kanak bersenam dan untuk
menggerakkan badan.
• Akhir sekali pendidikan prasekolah berperanan bagi menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya
mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat dengan
berlandaskan rukun negara.
Lazimnya fungsi pendidikan prasekolah di kaitkan dengan falsafah meningkatkan
perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembanganya (fizikal, emosi, sosial
dan intelek untuk tadika swasta) serta perkembangan sudut rohani melalui penerapan
nilai-nilai murni (selaras dengan tuntutan reformasi pendidikan). Fungsi pendidikan
prasekolah menjelang tahun 2000 mungkin akan bertambah. Tadika akan menjalankan
perkhidmatan bagi meningkatkan keperluan dalam :
• Perkembangan menyeluruh kanak-kanak
• Kesediaan akademik untuk bersekolah
4
• Penjagaan kanak-kanak
• Perkembangan personaliti kanak-kanak
• Pendidikan keibubapaan
• Perkembangan kerohanian
• Perkembangan daya kreatif
(Dewan Masyarakat, April 1996)
Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2000 akan
menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik yang
merancang struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam
menyelaraskan peranan dan fungsi tadika sebenarnya terhadap bidang pendidikan.
Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali
berpendapat bahawa kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang
tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari
ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa
yang dicenderungkan kepadanya". (Al-Ghazali, 1296H, dalam Hasan Langgulung,
1979)
Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak
dipengaruhi oleh pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak di kalangan
manusia adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan.
Rousseau selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan
perlindungan. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan
dapat mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan
kepada persekitaran yang sesuai akan mengajar mereka menjalani kehidupan dengan
sempurna. Kanak-kanak tidak harus ditinggalkan sendirian dan dipengaruhi oleh
5
gejala-gejala negatif yang membawa kepada kejahatan dan kejahilan (Hasan
Langgulung, 1979:16).
Selanjutnya Rousseau menjelaskan pentingnya masa kanak-kanak di mana
peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan
selanjutnya, iaitu masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara,
sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruk.
Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah satu diantaranya
(Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979)
Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud
bahawa, "Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah (suci), hanya orang tuanya yang
menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani" (Ash-Shiddieqy, 1969)
Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibu bapa, anak
juga merupakan cubaan atau ujian kepada mereka. Allah menguji sama ada ibu bapa
dapat melaksanakan amanah ini. Sekiranya amanah ini terlaksana ibubapa
memperolehi ganjaran seperti ibadah.
Terdapat juga hadith yang bermaksud: "Apabila anak Adam meninggal dunia,
putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat
dan anak yang soleh yang mendoakannya"
Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh
filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus
6
mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang
sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Waktu ini disebut sebagai waktu
kritikal. Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada
sempurna atau tidaknya asuhan yang diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal.
Jadi, untuk menyempurnakan tugas ibubapa, taman-taman asuhan perlulah
mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang
akan menjadi pemimpin unggul pada masa akan datang. (Pendidik dan Pendidikan,
USM)
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Abdullah Othman (1988) dalam Shahri Marzuki (1999), pendidikan
swasta ialah pendidikan yang dimiliki, ditadbir dan dibiayai oleh pihak swasta.
Institusi pendidikan swasta perlu berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Pendidikan
swasta Kementerian Pendidikan Malaysia dan selepas itu berdaftar dengan Pendaftar
Perniagaan atau Pendaftar Syarikat untuk memulakan operasinya.
Menurut Shahril Marzuki (1999), menyatakan dalam dekad sembilan puluhan
ini telah menbawa kepada perkembangan yang pesat dalam penubuhan prasekolah
swasta. Ini disebabkan, permintaan daripada ibu bapa untuk memasukkan anak-anak
mereka ke prasekolah swasta semakain bertambah kerana mereka beranggapan
bahawa institusi swasta boleh memberikan pendidikan yang sempurna berbandingan
dengan prasekolah KEMAS.
Sebagai satu usaha untuk menyelesaikan masalah ini, dalam tahun 1984,
Kementerian Pendidikan telah menghasilkan sebuah ‘Garis Panduan Kurikulum
Pendidikan Prasekolah Malaysia’. Sebanyak lapan garis panduan untuk pendidikan
7
prasekolah telah dibentuk dan garis panduan itu telah diperkemaskan lagi pada tahun
1986. Ini merupakan garis panduan untuk satu program tidak formal bagi kanak-kanak
dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun. Garis panduan ini berdasarkan
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Secara ringkas garis panduan
ini meliputi perkara-perkara seperti Pendidikan Ketatanegaraan, Pendidikan
Kerohanian dan Moral, Penggunaan Bahasa Malaysia, Pendidikan Agama Islam,
Perkembangan Fizikal, Perkembangan Sosio-Emosi, perkembangan kognitif dan
perkembangan estetika dan daya kreatif.
Satu ulasan mengenai keadaan pendidikan prasekolah di Malaysia (New Straits
Times, 22 Nov 1989:2) menunjukkan bahawa walaupun ada satu garis panduan yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ketidakseragaman masih wujud.
Ini adalah kerana 60% daripada tadika atau tabika yang ada di negara ini mempunyai
kurikulum sendiri dan kaedah perlaksanaan yang berlainan. Kebanyakkannya terlalu
memberatkan aspek tertentu seperti perkembangan aspek lain seperti kerohanian dan
moral.
Menurut Zaharani Asran, (Utusan Malaysia, Nov. 1989), salah satu faktor yang
menyebabkan penekanan yang tidak seimbang sewaktu melaksanakan kurikulum
pendidikan awal adalah salah anggapan ibu bapa atau penjaga tentang matlamat
pendidikan prasekolah yang sebenarnya. Ramai ibu bapa atau penjaga merungut
kerana kanak-kanak belum pandai membaca, menulis dan mengira sedangkan mereka
sudah dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. Yang menjadi sasaran ibu bapa atau
penjaga ialah guru-guru tadika dan pihak pengurusan taman asuhan. Ibu bapa atau
penjaga akan mendesak agar anak-anak mereka diajar program 3M. Tanpa disedari
mereka sebenarnya telah menimbulkan satu masalah yang menjadi kontroversi.
Keperluan utama dalam rancangan pendidikan awal sekarang ini ialah menyediakan
satu kurikulum yang sesuai, yang bercorak menyeluruh dan seimbang selaras dengan
tujuan untuk melahirkan insan kamil.
8
Pengendalian pendidikan prasekolah oleh berbagai-bagai agensi yang
berasingan ini telah menimbulkan beberapa masalah dan persoalan. Ini adalah kerana
institusi-institusi tersebut mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan
kemampuan yang tersendiri dan berbeza-beza khasnya aspek penggunaan bahasa
pengantar, penggunaan kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik guru, gaji
guru dan yuran pelajar, penempatan tadika, pengurusan dan pentadbiran, kemudahan-
kemudahan asas dan keutamaan-keutamaan yang ditekankan.
Adalah perlu diberi perhatian bahawa kajian-kajian di negara-negara maju
telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah
mempunyai kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan afektif kanak-kanak
peringkat Gred I dan Gred II (Halim, 1989). Dari kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (United Nations
International Children’s Emergency Fund) (1980-1984) didapati bahawa kanak-kanak
yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti
pendidikan formal di sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991).
Kajian di Malaysia juga mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan
prasekolah ada dari keluarga yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi tinggi
atau rendah memperolehi pencapaian yang tinggi semasa di darjah I dan darjah II
(Halim, 1989). Kajian-kajian di atas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan
prasekolah sebagai asas kesinambungan pendidikan sekolah rendah. Memandangkan
kepentingan pendidikan prasekolah bagi perkembangan diri kanak-kanak dan
bertambahnya pusat-pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam menggubal Piagam (1994) tidak lupa memasukkan isu
prasekolah. Piagam ini menyebut:-
• Menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh agensi-agensi
kerajaan yang lain di bawah Kementerian Pendidikan.
9
• Memastikan semua kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah.
• Menyelaraskan dan memastikan kurikulum prasekolah di semua institusi
prasekolah dilaksanakan. (Utusan Malaysia, 4 Januari 1994).
1.3 Pernyataan Masalah
Perbezaan orientasi tadika-tadika mungkin akan menyulitkan kedudukan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. Ada kemungkinan tadika-tadika yang dibiayai oleh persatuan,
kaum atau parti politik akan di hadiri oleh satu golongan etnik sahaja. Isu yang wajar
di fikirkan di sini ialah sejauhmanakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang
berbeza-beza itu mempengaruhi kualiti kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah.
Dalam hubungan ini kesan pendidikan prasekolah ke atas pendidikan formal sekolah
rendah perlulah di kaji di samping membincangkan kesan kurikulum sekolah rendah
terhadap pertumbuhan dan perkembangan diri kanak-kanak terbabit.
Selain itu faktor ekonomi juga boleh menyebabkan ibu bapa atau penjaga
menghantar anak-anak mereka ke prasekolah swasta. Ini berikutan para ibu bapa
berpendapat mereka mampu menghantar anak-anak mereka ke prasekolah swasta.
Ada sesetengah ibu bapa berpendapat tadika KEMAS kurang menumpukan kepada
pendidikan awal kanak-kanak. Ada sesetengah kanak-kanak yang megikuti latihan di
prasekolah kerajaan tidak mengenal ABC serta nombor 123. Faktor latihan serta
pengalaman guru mengendalikan prasekolah memainkan peranan serta mempengaruhi
ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka ke prasekolah swasta.. Ada di
antara agensi ini mempunyai tenaga pengajar yang berkelulusan ‘post graduate’ dalam
pendidikan prasekolah.
10
Daripada kajian ini juga penyelidik ingin mengetahui faktor peralatan serta
kelengkapan bilik darjah mempengaruhi ibubapa atau penjaga menghantar anak-anak
mereka ke prasekolah swasta bagi mendapat pendidikan awal sebelum melangkah ke
alam persekolaha yang sebenar. Ini kerana faktor kelengkapan serta kemudahan yang
disediakan oleh pihak prasekolah memainkan peranan serta menarik minat para ibu
bapa serta penjaga. luar Bandar. Kadangkala juga stok makanan yang sampai ke
prasekolah akan tamat tempoh beberapa bulan akan datang. Tetapi disebabkan di
kawasan kampung hanya terdapat prasekolah kerajaan ibu bapa tiada pilihan selain
menghantar anak-anak mereka ke prasekolah kerajaan sahaja bagi mendapat
pendidikan awal. Berbeza pula dengan ibu bapa yang tinggal di kawasan Bandar, ini
kerana terdapat pilihan pelbagai prasekolah swasta serta prasekolah kerajaan.
1.4 Objekrif Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji mengenalpasti beberapa objektif
yang perlu dicapai iaitu :
1.4.1 Mengenal pasti sama ada guru prasekolah swasta mempunyai latihan sebelum
menjadi guru.
1.4.2 Mengenal pasti kaedah pengajaran yang disediakan oleh guru prasekolah swasta
bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak.
1.4.3 Mengenal pasti sama ada kemudahan yang disediakan oleh pihak prasekolah
swasta mencukupi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
1.4.4 Mengenal pasti sama ada faktor sikap guru, agama, ekonomi dan politik
mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke prasekolah swasta.
11
1.4.5 Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor
dominan seperti latihan guru, pengalaman guru dan kaedah pengajaran dengan
gred pencapaian pelajar.
1.4.6 Mengenal pasti sama ada terdapat hubugan yang signifikan antara faktor sikap
guru, agama, politik dan ekonomi dengan gred pencapaian pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Secara am, kajian ini direka bentuk untuk melihat perbezaan aspek-aspek yang
dominan seperti faktor latihan guru, kemudahan yang disediakan, pengalaman guru,
kaedah pengajaran serta faktor sikap guru, ekonomi, agama dan politik di prasekolah
swasta. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan
kajian seperti berikut :
1.5.1 Apakah guru prasekolah swasta mempunyai latihan sebelum menjadi guru
prasekolah swasta?
1.5.2 Apakah kaedah pengajaran yang disediakan oleh guru prasekolah swasta
bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak?
1.5.3 Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak prasekolah swasta mencukupi
untuk kegunaan kanak-kanak semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung?
1.5.4 Apakah faktor sikap guru, agama, ekonomi dan politik mempengaruhi ibu bapa
menghantar anak-anak mereka ke prasekolah swasta?
12
1.5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor dominan seperti
latihan guru dan kaedah pengajaran dengan gred pencapaian pelajar?
1.5.6 Adakah ada terdapat hubugan yang signifikan antara faktor kemudahan yang
disediakan, sikap guru, agama, politik dan ekonomi dengan gred pencapaian
pelajar?