faktor-faktor penentu peruntukan agihan zakat di malaysia

Upload: ajiie2000

Post on 09-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Faktor-Faktor Penentu Peruntukan Agihan Zakat Di Malaysia

    1/5

    1

    Faktor-Faktor Penentu Peruntukan Agihan Zakat Di

    Malaysia

    Aryati Juliana Sulaiman

    Pusat Pengajian PerakaunanKolej Perniagaan

    Universiti Utara Malaysia06010 Sintok

    Kedah Darul [email protected]

    Kamil Md Idris, PhD

    Pusat Pengajian PerakaunanKolej Perniagaan

    Universiti Utara Malaysia

    06010 Sintok

    Kedah Darul Aman

    [email protected]

    Abstrak- Fenomena ketidakseragaman dan

    ketidakseimbangan agihan zakat yang berlaku di

    antara institusi zakat negeri sememangnya

    dijangkakan. Namun, ia boleh menimbulkan

    tanggapan negatif oleh anggota masyarakatterhadap institusi-institusi zakat jika tiada

    penerangan yang jelas diberikan. Secara teorinya,

    agihan zakat ditentukan oleh peruntukan agihan

    yang diputuskan oleh setiap institusi zakat di

    negeri masing-masing. Dalam membuat

    peruntukan agihan zakat yang adil kepada semua

    asnaf, semestinya terdapat faktor-faktor tertentuyang diambil kira.

    Kata kunci : agihan zakat, peruntukan agihan

    I. PENDAHULUANAsnaf-asnaf zakat telah ditentukan dalam Surah At-

    Taubah, Ayat 60 yang bermaksud Sesungguhnya

    sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-

    orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil

    yang mengurusnya dan orang-orang yang dijinakkan

    hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak

    memerdekakan dirinya dan orang-orang yang

    berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah

    dan untuk orang-orang di dalam perjalanan (yang

    keputusan belanja). Ketetapan hukum yang demikian

    itu ialah sebagai satu ketetapan yang datangnya dari

    Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi

    Maha Bijaksana.[1]Walaupun Al-Quran telah menetapkan lapan

    golongan yang layak dan berhak menerima zakat,

    namun kaedah dan kuantum agihan di kalangan asnafadalah tertakluk kepada budibicara pemegang kuasa

    institusi zakat berkenaan. Justeru, tidak hairanlah

    kenapa berlaku ketidakseragaman agihan zakat

    kepada asnaf masing-masing di antara satu negeri

    dengan negeri yang lain. Laporan Zakat [2]

    menunjukkan terdapat negeri mengagihkan zakat

    yang lebih banyak kepada asnaf lain berbanding

    dengan asnaf fakir miskin. Sebagai contoh, Johor,

    Pahang, Perlis dan Sarawak mengagihkan lebih

    banyak zakat kepada golongan fisabilillah. Begitujuga keadaannya apabila terdapat negeri-negeri yang

    cuma mengagihkan zakat kepada tujuh, enam asnaf

    atau lima asnaf sahaja.

    Persoalannya, apakah fenomena ini sesuatu yang

    sihat dan apakah faktor penentu yang mendorong para

    pembuat keputusan institusi dalam menentukan

    peruntukan agihan zakat? Penerangan terhadappersoalan ini perlu dijawab secara empirikal kerana ia

    dapat membantu masyarakat awam memahami serta

    yakin terhadap urusan agihan zakat di negeri masing-

    masing. Lantas secara tidak langsung mendorong

    pembayar zakat untuk terus keluarkan zakat kepada

    institusi rasmi zakat dan menampal sedikit sebanyakmasalah kebocoran bayaran zakat.

    Secara teori, masalah ini mungkin berpunca

    daripada bagaimana pihak pengurusan institusi zakat

    sesebuah negeri membuat peruntukan agihan zakat

    kepada asnaf-asnaf. Agihan zakat kepada lapangolongan asnaf melibatkan soal keadilan agihan. Ini

    selaras dengan ajaran Islam yang menuntut keadilan

    dalam setiap aspek kehidupan terutama dalam isu

    berkaitan agihan. Dalam hal agihan zakat, agihan

    yang adil tidak semestinya agihan yang sama rata

    tetapi perlu menyeluruh dan mengikut keperluan

    setiap golongan asnaf.

    A.Objektif KajianKajian in bertujuan untuk mendapatkan

    pemahaman dan penjelasan tentang asas-asas yangdigunakan di dalam membuat keputusan peruntukanagihan zakat. Secara khusus, objektifkajian ini adalah

    seperti berikut:

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/22/2019 Faktor-Faktor Penentu Peruntukan Agihan Zakat Di Malaysia

    2/5

    2

    1. Mengenal pasti faktor-faktor yang berkait dengan

    peruntukan agihan zakat kepada asnaf oleh

    institusi zakat; dan

    2. Menentukan bagaimanakah faktor faktor yang

    ditemui di dalam Objektif 1 boleh mempengaruhi

    peruntukan agihan zakat kepada asnaf oleh

    institusi zakat.

    B.Signif ikan KajianKajian ini berharap dapat memberikan

    pemahaman dan penjelasan kepada masyarakat Islam

    tentang peruntukan agihan zakat. Hasil kajian ini juga

    dijangka dapat meningkatkan keyakinan merekauntuk terus membayar zakat kepada institusi formal

    dan seterusnya berupaya melonjakkan hasil kutipan

    zakat.

    Kajian ini juga dijangka akan memberikan

    manfaat kepada institusi zakat untuk mengambil

    tindakan yang sewajarnya dalam usaha

    mempertingkatkan lagi prestasi agihan. Input

    daripada kajian ini akan dapat membantu institusizakat merangka dan menjalankan strategi yang lebih

    berkesan dalam hal agihan zakat.

    Selain itu, kajian ini juga dijangka memberi

    implikasi kepada teori agihan zakat. Pemboleh ubah-

    pemboleh ubah yang akan digunakan dalam kajian ini

    dijangka dapat menerangkan fenomena

    ketidakseragaman peruntukan agihan yang berlaku diantara negeri-negeri di Malaysia. Secara ringkasnya,

    kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan

    kepada teori dan pengurusan institusi zakat sertamasyarakat Islam amnya.

    II. SOROTAN LITERATURA.Agihan Zakat Kepada Lapan Asnaf

    Kumpulan Mazhab Hanafi, Hambali dan Maliki

    berpendapat walaupun lapan golongan asnaf berhak

    menerima zakat, zakat boleh diberikan kepada satu

    golongan sahaja iaitu asnaf fakir miskin. Ini

    berdasarkan riwayat apabila Rasulullah S.A.W.

    mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman dan bersabda

    Ambillah zakat dari kalangan orang kaya danberikan kepada orang fakir miskin di kalangan

    mereka. [3] Mereka berpegang kepada riwayat inidan berpendapat zakat boleh diberikan kepada satu

    golongan sahaja dan tidak wajib diagihkan kepada

    lapan golongan. Mereka berpendapat adalah mustahil

    untuk mengagihkan zakat kepada kesemua golongan

    asnaf. Walau bagaimanapun, Zuhayly [4]

    berpandangan alasan yang diberikan oleh kumpulan

    ini tidak boleh diterima kerana tidak masuk akal.

    Sebaliknya, kumpulan Mazhab Syafii

    menyatakan bahawa sekiranya zakat itu diagihkanoleh pihak pemerintah, maka wajib diagihkan kepada

    lapan golongan asnaf seperti yang telah ditentukan

    dalam Surah At-Taubah, Ayat 60. Kumpulan ini

    berpendapat kesemua lapan golongan mempunyai hak

    dan sepatutnya mendapat bahagian masing-masing.

    Qardawi [5] mengatakan bahawa sekiranya zakat

    diagihkan oleh pihak pemerintah, seboleh-bolehnya

    zakat diberikan kepada kelapan-lapan golongan asnaf.

    Institusi zakat sepatutnya tidak mempunyai masalah

    untuk membuat agihan secara menyeluruh keranadengan adanya komunikasi teknologi maklumat

    (ICT), proses mencari dan mengenal pasti asnaf dan

    juga keperluan-keperluan mereka menjadi lebih

    mudah [6].Agihan zakat sepatutnya mengambil kira konsep-

    konsep agihan zakat seperti yang dinyatakan oleh

    Mujaini [7]. Terdapat tiga konsep agihan iaitu (i)

    konsep keperluan, (ii) konsep pemupukan dan

    galakan hidup beragama dan moral dan (iii) konsep

    insentif dan motivasi terhadap pengurus zakat.

    Konsep keperluan merangkumi asnaf fakir, miskin,

    al-riqab, al-gharimin dan ibni sabil. Konseppemupukan dan galakan hidup beragama dan moral

    melibatkan asnaf mualaf dan fisabilillah. Konsep

    insentif dan motivasi pengurusan zakat merujuk

    kepada asnaf amil. Sekiranya konsep agihan ini

    diikuti oleh institusi zakat, tidak mustahil zakat boleh

    diagihkan secara menyeluruh kepada semua golongan

    asnaf.Kajian yang dilakukan oleh Hairunnizam, Sanep

    dan Radiah [8] mendapati masyarakat Islam masih

    tidak berpuas hati dengan pengurusan institusi zakatwalaupun ada yang telah dikorporatkan. Antara faktor

    utama masyarakat tidak berpuas hati adalah

    disebabkan oleh agihan yang tidak menyeluruh danmaklumat pengagihan kepada asnaf yang tidak jelas.

    Sekiranya masyarakat tidak berpuas hati tentang

    agihan zakat, ia akan memberikan kesan kepada

    pembayar zakat sedia ada dan juga bukan pembayar

    zakat. Pembayar zakat akan kurang membayar zakat

    secara formal kepada institusi zakat tetapi sebaliknya

    akan membayar terus kepada asnaf-asnaf yang

    dikenali [9]. Akibatnya, hak asnaf-asnaf yang lain

    akan terabai di mana bayaran selalunya dibuat teruskepada asnaf fakir dan miskin sahaja.

    Individu-individu bukan pembayar zakat pulaakan terus enggan membayar zakat kerana

    menganggap wang zakat tidak digunakan secara

    menyeluruh dan kemungkinan berlakunya salah guna

    wang zakat [10].

    Berdasarkan kepada impak-impak negatif ini,

    adalah wajar isu ketidakseragaman dan

    ketidakseimbangan agihan zakat diberikan perhatian

    yang serius. Fenomena ini menuntut penjelasan yang

    sewajarnya dari pihak pengurusan institusi zakatsetiap negeri.

  • 7/22/2019 Faktor-Faktor Penentu Peruntukan Agihan Zakat Di Malaysia

    3/5

    3

    B.Asnaf asnaf ZakatManual Pengurusan Agihan Zakat [11] yang

    dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji telah

    membuat tafsiran bagi setiap asnaf zakat seperti

    berikut:

    Fakir. Golongan ini adalah golongan yang benar-

    benar miskin. Mereka ini terdiri daripada golongan

    yang tidak mempunyai harta atau mata pencarian.Sekiranya mereka mempunyai mata pencarian sekali

    pun, ia masih tidak mencukupi untuk menampung

    50% keperluan diri dan keluarga mereka.

    Miskin. Golongan ini mempunyai harta atau matapencarian melebihi 50% keperluan tetapi masih tidak

    cukup untuk menampung sebahagian daripada

    keperluan diri dan keluarga mereka.

    Amil.Amil bermaksud semua golongan yang terlibat

    dengan pengurusan dan pentadbiran zakat. Pekerja-

    pekerja di institusi zakat yang terlibat secara langsung

    dengan proses kutipan dan agihan zakat layak

    menerima zakat.Mualaf. Mualaf adalah golongan yang dijinakkan

    hatinya ke jalan Allah. Terdapat tiga golongan di

    bawah kategori ini iaitu golongan baru memeluk

    Islam, golongan yang menentang Islam dan golongan

    yang dipujuk untuk mendekati Islam. Zakat boleh

    diberikan kepada golongan ini tidak kira sama ada

    Islam ataupun bukan Islam.Al-riqab. Al-riqab membawa maksud hamba. Zakat

    diberikan kepada golongan hamba yang hendak

    memerdekakan dirinya daripada tuannya. Dalamkonteks zaman moden ini, ia boleh merujuk kepada

    melepaskan seseorang daripada penindasan dan

    kongkongan.Al-gharimin. Zakat diberikan kepada orang yang

    berhutang di jalan Allah dan tidak mampu untuk

    melangsaikan hutangnya. Terdapat dua golongan

    orang yang berhutang yang layak menerima zakat

    iaitu orang yang berhutang untuk keperluan diri dan

    keluarganya dan orang yang berhutang bagi tujuan

    membantu orang lain seperti contoh bagi

    mendamaikan dua pihak yang berbalah.

    Fisabilillah. Fisabilillah bermaksud apa-apa yangdilakukan pada jalan Allah bagi menegakkan agama

    Islam dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Initermasuklah kerja-kerja kebajikan bagi menyebarkan

    dan memperkukuhkan agama Islam. Maksud yang

    lebih khusus adalah menentang musuh-musuh Islam

    atau jihad.

    Ibni sabil. Mereka ini terdiri daripada golongan

    musafir yang terputus bekalan atau perbelanjaan

    semasa perjalanan yang diharuskan oleh hukum

    syarak. Mereka mungkin terdiri daripada orang kaya

    di tempat asal mereka. Akan tetapi mereka layak

    menerima zakat sekiranya mereka keputusan

    perbelanjaan semasa bermusafir.

    C.Keadilan AgihanDi dalam membincangkan soal keadilan, Allah

    S.W.T. telah memerintahkan hambaNya supaya

    sentiasa berlaku adil. Ini dapat dilihat menerusi Surah

    Al-Maidah, Ayat 8 yang bermaksud Wahai orang-

    orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa

    menjadi orang-orang yang menegakkan keadilankerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan

    jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu

    kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan

    keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepadasesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir

    kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah,

    sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan

    mendalam akan apa yang kamu lakukan. [12]

    Keadilan yang dimaksudkan meliputi keadilan

    dalam setiap aspek kehidupan. Umpamanya, adil di

    dalam kehidupan berkeluarga, adil di dalam

    menjalankan perniagaan dan adil di dalampemerintahan. Namun demikian, adil bukan

    bermaksud sama rata tetapi meletakkan sesuatu kena

    pada tempatnya.

    Di dalam pentadbiran sesebuah negeri atau

    negara, seseorang pemerintah wajib menjalankan

    tanggungjawabnya dengan adil dan saksama ke atas

    rakyatnya. Begitu juga dengan agihan zakat. Terdapatlapan golongan asnaf yang berhak menerima zakat

    dan memerlukan perhatian pemerintah atau institusi

    zakat. Maka, sewajarnya institusi zakat berlaku adildalam membuat peruntukan agihan zakat kepada

    asnaf. Walau bagaimanapun, adil bukan bererti

    membahagikan zakat secara sama rata kepada asnaf-asnaf tersebut, tetapi membuat agihan mengikut

    keperluan setiap asnaf.

    Keadilan agihan boleh dinilai dari dua perspektif

    yang berbeza iaitu dari perspektif penerima agihan

    dan pembuat keputusan agihan. Kajian ini akan

    melihat dari sudut pembuat keputusan agihan.

    Menurut Meindl [13], pembuat keputusan agihan

    boleh terdiri daripada pihak ketiga yang membuat

    agihan atau pun merupakan salah satu golonganpenerima agihan. Dalam hal agihan zakat, pembuat

    keputusan agihan iaitu institusi zakat merupakansalah satu golongan penerima agihan. Bahagian amil

    diberikan kepada institusi zakat sebagai upah atas

    usaha mereka dalam mengutip dan mengagihkan

    zakat.

    Teori keadilan agihan diperkenalkan oleh [14]

    untuk menilai peruntukan agihan sumber, barangan,

    pendapatan, bantuan dan ganjaran kepada penerima-

    penerima agihan. Menurut teori ini, agihan dianggap

    adil sekiranya agihan tersebut berdasarkan kepadaprinsip-prinsip agihan. Terdapat tiga prinsip utama

  • 7/22/2019 Faktor-Faktor Penentu Peruntukan Agihan Zakat Di Malaysia

    4/5

    4

    agihan iaitu agihan yang berlandaskan prinsip sama

    rata, sumbangan dan keperluan [15]. Mengikut

    prinsip sama rata, agihan dikatakan adil apabila

    memberikan bahagian yang sama rata kepada setiap

    penerima tanpa melihat kepada keperluan-keperluan

    mereka. Dalam hal agihan zakat, agihan yang sama

    rata bermaksud bahagian yang sama (1/8) diberikan

    kepada kelapan-lapan asnaf tanpa melihat golongan

    asnaf manakah yang lebih memerlukan bantuan zakat.Prinsip yang kedua adalah prinsip sumbangan.

    Agihan mengikut sumbangan adalah agihan yang

    berkadar terus dengan sumbangan yang diberikan

    oleh penerima.Memandangkan institusi zakat berperanan dalam

    mengutip dan mengumpul zakat, kemungkinan zakat

    diberikan kepada berdasarkan jumlah kutipan yang

    dibuat. Lebih banyak kutipan, lebih tinggi zakat yang

    akan diperolehi. Akhir sekali, sesuatu agihan

    dikatakan adil sekiranya mengutamakan golongan

    yang kurang bernasib baik dan benar-benar

    memerlukan bantuan. Prinsip ini dikenali sebagaiprinsip keperluan. Antara lapan golongan asnaf, asnaf

    fakir miskin merupakan golongan yang akan

    menerima zakat tertinggi. Ini kerana golongan ini

    merupakan golongan yang serba kekurangan. Zakat

    yang diberikan kepada mereka bertujuan

    mengeluarkan mereka daripada kemiskinan dan

    kedaifan.Di dalam membuat peruntukan agihan, keputusan

    yang dibuat bergantung pada faktor tertentu seperti

    faktor dalaman dan juga faktor luaran. Begitu jugadengan hal peruntukan agihan zakat oleh institusi

    zakat. Tentu ada faktor-faktor yang terlibat di dalam

    membuat keputusan peruntukan agihan zakat kepadaasnaf. Antara faktor yang dijangka mempengaruhi

    peruntukan agihan zakat adalah kadar kemiskinan dan

    kadar kemiskinan. Seksyen seterusnya akan

    membincangkan perkaitan antara faktor-faktor ini

    dengan peruntukan agihan.

    D.Kadar kemiskinanTownsend [16] mendefinisikan kemiskinan

    sebagai kekurangan sumber-sumber yang diperlukan

    untuk memperoleh makanan, pakaian, tempat tinggalatau kemudahan-kemudahan asas yang lain. Sesuai

    dengan tujuan zakat untuk mengurangkan kemiskinandan meningkat taraf hidup masyarakat Islam, kadar

    kemiskinan dipercayai antara faktor yang diberikan

    perhatian dalam membuat peruntukan agihan zakat.

    Selain itu kajian-kajian yang dilakukan oleh

    Patmawati [17] dan Abu Sufian [18] yang melihat

    kesan agihan zakat dalam mengatasi masalah

    kemiskinan telah menunjukkan bahawa zakat mampu

    meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi

    orang miskin.

    Mogull [19] dalam kajian berkaitan program anti

    kemiskinan mendapati kadar kemiskinan merupakan

    faktor yang paling signifikan yang mempunyai kaitan

    dengan peruntukan agihan bantuan kebajikan. Beliau

    mendapati lebih tinggi kadar kemiskinan, lebih tinggi

    peruntukan agihan bantuan kebajikan yang diberikan.

    Ini adalah kerana kadar kemiskinan yang tinggi akan

    meningkatkan jumlah golongan yang memerlukan

    bantuan.Hasil kajian oleh Hook, Taylor dan Schraeder [20]

    juga mendapati kadar kemiskinan mempunyai kaitan

    positif dengan peruntukan agihan bantuan

    kemanusiaan kepada negara-negara di Afrika Selatan.Kajian ini melibatkan negara-negara penderma seperti

    United Kingdom, Perancis, Sweden dan Jepun.

    Negara-negara yang mempunyai kadar kemiskinan

    yang tinggi akan menerima lebih banyak bantuan. Ini

    disokong oleh Neumayer [21] yang menyatakan

    bahawa negara yang paling miskin mendapat bantuan

    yang paling banyak.

    Namun, ada juga kajian yang menunjukkanperuntukan agihan zakat tidak dipengaruhi oleh kadar

    kemiskinan seperti mana yang dilaporkan oleh

    Berthelemy dan Tichit [22]. Kajian tersebut

    mendapati negara-negara yang kurang miskin

    mendapat lebih bantuan daripada negara-negara yang

    paling miskin. Begitu juga dengan dapatan kajian

    Toikka, Gais, Nikolov dan Billen [23]. Menurutpengkaji-pengkaji tersebut fenomena ini mungkin

    disebabkan faktor-faktor tertentu yang tidak dapat

    dijelaskan.Agama Islam memerintahkan penganutnya untuk

    memerangi kemiskinan dan menghulurkan bantuan

    kepada orang-orang yang memerlukan. Iniberdasarkan kekerapan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-

    hadis yang menyeru umat Islam membantu golongan

    miskin. Faktor kadar kemiskinan dijangka

    mempunyai kaitan yang positif dengan peruntukan

    agihan zakat. Apabila kadar kemiskinan meningkat,

    jumlah asnaf yang layak menerima zakat juga

    meningkat.

    E.Kadar pengangguranSelain daripada kadar kemiskinan, kadar

    pengangguran juga dipercayai terlibat dalam

    membuat keputusan agihan. Pengangguranmerupakan keadaan ramai orang tidak mempunyai

    pekerjaan. Kajian oleh Mogull [24] mendapati kadar

    pengangguran mempunyai hubungan yang signifikan

    dengan peruntukan agihan bantuan kebajikan.

    Apabila kadar pengangguran tinggi, ramai orang

    menganggur dan hilang punca pendapatan. Ini akan

    mengakibatkan bilangan orang yang memerlukan

    bantuan meningkat.

    Ini disokong oleh kajian yang dilakukan olehPainter dan Bae [25]. Hasil kajian ini mendapati

  • 7/22/2019 Faktor-Faktor Penentu Peruntukan Agihan Zakat Di Malaysia

    5/5

    5

    kadar pengangguran merupakan salah satu faktor

    penentu perbelanjaan sesebuah kerajaan negeri di

    Amerika Syarikat. Lebih tinggi kadar pengangguran

    sesebuah negeri, lebih tinggi peruntukan perbelanjaan

    kebajikan negeri berkenaan. Selain itu, Toikka,

    Gais, Nikolov dan Billen [26] turut mendapati kadar

    pengangguran memberi kesan yang signifikan

    terhadap program kebajikan sosial sesebuah negeri.

    Kadar pengangguran menunjukkan kaitan yangpositif dengan perbelanjaan kebajikan sosial terutama

    sekali bantuan kesihatan (Medicaid).

    Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, kadar

    pengangguran dijangka merupakan salah satu asasyang digunakan oleh institusi zakat dalam membuat

    peruntukan agihan. Kadar pengangguran yang tinggi

    akan mengakibatkan ramai orang tidak mempunyai

    pekerjaan dan seterusnya meningkatkan jumlah asnaf

    yang memerlukan bantuan zakat.

    III.KESIMPULANSebagai rumusan, keputusan peruntukan agihan

    zakat harus berpaksikan kepada Surah At-Taubah,Ayat 60 dan di masa yang sama, ia juga seharusnya

    berlandaskan konsep keadilan dalam Islam. Keadilan

    agihan pada amnya dipengaruhi oleh faktor-faktor

    keperluan seperti kadar kemiskinan dan kadar

    pengangguran. Kedua-dua faktor ini dijangka

    memberi kesan kepada jumlah agihan zakat yang

    dibuat kepada setiap asnaf. Diharapkan kajian inikelak akan memberikan pemahaman yang jelas

    tentang agihan zakat dan membantu institusi zakat

    dalam membuat agihan yang menyeluruh kepadaasnaf-asnaf.

    RUJUKAN[1] & [12] Al-Qur'an dan Terjemahan. (2009).TerbitanYayasan Restu, Shah Alam, Selangor.

    [2] Laporan Zakat. (2009). Pusat Pungutan Zakat Majlis

    Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kuala Lumpur.

    [3] Terjemahan Hadis Sahih Bukhary. (1989). (Jilid I, II, IIIed.). Kuala Lumpur: Victoria Agencies.

    [4] Wahbah Al- Zuhayly (1995). Zakat Kajian PelbagaiMazhab.Jalaluddin Rahmat: Bandung.

    [5] Qardawi, Y. (2000). Fikh Al-Zakah (Monzer Kahf,

    Trans.). Jeddah: Scientific Publishing Centre.

    [6] Hairunnizam, W., Sanep, A., & Radiah, A. K. (2009).Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat kepada Lapan

    Asnaf:Kajian di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan diSeminar Kebangsaan Ekonomi Islam 2008/09, APIUM.

    [7] Mujaini, T. (1995). Zakat Menuju Pengurusan Profesional:

    Utusan Publications and Distributions.

    [8]

    & [10] Hairunnizam, W., Sanep, A. & Radiah, A. K.(2009). Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat di

    Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak BerpuasHati. Kertas kerja dibentangkan di Seminar KebangsaanEkonomi Malaysia 2008.

    [9] Sanep, A., Hairunnizam, W., & Adnan, M. (2006).Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya TerhadapPembayaran Secara Formal di Malaysia. International of

    Management Studies, 13(2), 175-196.

    [11] Manual Pengurusan Agihan Zakat. (2007). Jabatan

    Wakaf, Zakat dan Haji.[13] Meindl, J. R. (1989). Managing to be fair: An exploration

    of values, motives, and leadership. Administrative Science

    Quarterly, 34(2), 252-276.[14]& [15] Leventhal, G. S. (1980). What Should Be Done With

    Equity Theory? In J. G. Kenneth & S. G. Martin (Eds.),

    Social Exchange: Advances in Theory and Research (pp.

    27-55). New York: NY: Plenum.[16] Townsend, P. (1979). Poverty in the United Kingdom: a

    survey of household resources and standards of living:Univ of California Pr.

    [17]Patmawati Ibrahim. (2008). Pembangunan Ekonomi MelaluiAgihan Zakat: Tinjauan Empirikal. Jurnal Syariah, 16(2),

    223-244.[18] Abu Sufian Abu Bakar. (2006). Baitulmal dan Kemiskinan

    di Kuala Lumpur: Program Agihan Zakat Dalam Bentuk

    Perniagaan. In Abdul Ghafar Ismail & Hailani MujiTahir

    (Eds.), Zakat: Persyariatan, Perekonomian danPerundangan(1 ed., pp. 228-256). UKM: Penerbit UKM.

    [19] & [24] Mogull, R. G. (1993). Determinants of states'welfare expenditures. Journal of Socio-Economics, 22(3),259-276.

    [20] Hook, S. W., Taylor, B., & Schraeder, P. J. (1998).

    Clarifying the foreign aid puzzle: A comparison of

    American, Japanese, French, and Swedish aid flows.World Politics, 50(2), 294-323.

    [21] Neumayer, E. (2003). The determinants of aid allocationby regional multilateral development banks and United

    Nations agencies. International Studies Quarterly, 47(1),101-122.

    [22] Berthlemy, J. C., & Tichit, A. (2004). Bilateral donors'

    aid allocation decisions--a three-dimensional panelanalysis. International Review of Economics & Finance,13(3), 253-274.

    [23] & [26] Toikka, R., Gais, T., Nikolov, P. V., & Billen, P.(2004). Spending on Social Welfare Programs in Rich and

    Poor States.Public Economics.

    [25] Painter, G., & Bae, K. (2001). The ChangingDeterminants of State Expenditure in the United States:1965-1992.Public Finance and Management, 1 (4), 370-

    392.