faktor (1)

7
Bincangkan sejauh manakah Deklarasai Hak Kanak-kanak ini mampu memberi impak kepada proses kemenjadian kanak-kanak sebagai pelajar dalam dunia pendidikan. Deklarasi Hak Asasi Kanak-kanak 20 November 1989, PBB Kanak-kanak haruslah mendapat hak pendidikan yang menyeluruh. Hak kanak-kanak menurut Deklarasi Hak Kanak-kanak 20 November 1989 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mengariskan bahawa kanak- kanak: Harus menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi. Mendapatkan perlindungan, peluang dan kemudahan istimewa. Mempunyai nama dan kewarganegaraan. Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat kediaman, rekreasi dan kemudahan perubatan. Mempunyai keluarga. Hidup dalam komuniti. Mendapat makanan yang berzat dan mencukupi. Harus mendapat hak bermain dan riadah. Pendidikan yang sempurna. Mestilah dilindungi. Mestilah diberi bantuan. Sebelum melangkah jauh dalam mengupas satu persatu isu –isu semasa dalam bidang pendidikan ini, konsep isu dan cabaran pendidikan perlu diselusuri terlebih dahulu. Mengikut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM.

Upload: hzsoonarr

Post on 14-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

faktor

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR (1)

Bincangkan sejauh manakah Deklarasai Hak Kanak-kanak ini mampu memberi impak kepada

proses kemenjadian kanak-kanak sebagai pelajar dalam dunia pendidikan.

Deklarasi Hak Asasi Kanak-kanak 20 November 1989, PBB

Kanak-kanak haruslah mendapat hak pendidikan yang menyeluruh. Hak kanak-kanak menurut Deklarasi Hak Kanak-kanak 20 November 1989 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mengariskan bahawa kanak-kanak:

Harus menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi. Mendapatkan perlindungan, peluang dan kemudahan istimewa. Mempunyai nama dan kewarganegaraan. Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat kediaman, rekreasi dan kemudahan

perubatan. Mempunyai keluarga. Hidup dalam komuniti. Mendapat makanan yang berzat dan mencukupi. Harus mendapat hak bermain dan riadah. Pendidikan yang sempurna. Mestilah dilindungi. Mestilah diberi bantuan.

Sebelum melangkah jauh dalam mengupas satu persatu isu –isu semasa dalam bidang

pendidikan ini, konsep isu dan cabaran pendidikan perlu diselusuri terlebih dahulu. Mengikut

Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan.

Semasa pula pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud

terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi

KPM.

Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar

di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang mengambil

peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat

tempatan telah menyebabkan pelajar membentuk sistem nilai yang tersendiri dan nilai-nilai

tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar kawalan media massa yang

turut mempengaruhi sosio budaya pelajar. Oleh itu, pelajar merupakan golongan yang sering

terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Antara gejala sosial di sekolah yang sering kita

dengar ialah gengsterisme, buli, vandalisme, merokok, berjudi, melepak dan ponteng sekolah.

Masalah ini mencabar kewibawaan dan kredibiliti guru dalam menangani sikap dan tingkah laku

pelajar yang negatif ini.

Page 2: FAKTOR (1)

Impak daripada Deklarasi Kanak-Knak ini memberi perubahan posititf terhadap pendidikan

dunia. Pembelaan hak kanak-kanak yang diperjuangkan memberi satu cahaya baru kepada

dunia pendidikan khasnya buat kanak-kanak,

Faktor ini adalah antara faktor yang memberi impak yang positif terhadap kemenjadian

kanak-kanak sebagai pelajar. Ini kerana kanak-kanak dapat menikmati sepenuhnya semua hak

tanpa perbezaan dan diskriminasi oleh semua ini. ini membolehkan semua kanak-kanak

mendapat pendidikan tanpa mengira agama,bangsa, taraf serta bahasa.

Huraian kepada isi adalah dengan semua pihak bekerjasama dalam memberi peluang serta

ruang kepada kanak-kanak dalam menerima pendidikan secara bebas. Suhakam (2008) hak

setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa diskriminasi yang terkandung dalam

Konvensyen, tidak kira kanak-kanak atau ibu bapa atau bangsa penjaga yang sah, warna kulit,

jantina, bahasa, ugama, faham politik atau lain-lain, kebangsaan atau sosial asal, harta,

kecacatan, kelahiran atau status lain, dan tidak ada perbezaan. Pendidikan hendaklah untuk

mengembangkan personaliti, bakat, kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap

potensi yang paling tinggi.

Di Malaysia, ciri-ciri kelas sosial dalam masyarakat semakin berkembang. Masyarakat

menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan,

harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki. Persepsi

atau pandangan individu terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu yang mempunyai

kuasa dan duit yang banyak lebih dipandang tinggi di dalam masyarakat berbanding individu

yang bekerja di ladang getah bersawah atau makan gaji. R.J. Stalcup (1968) telah

mendefinisikan kelas sosial sebagai ‘a level in society made up of people consider themselves

equal due to similarities in family backgrounf, level of education, occupation, race, and attitudes

toward socialissues’

Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara definisi kelas sosial, ia tetap

menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Ahli-ahli sosiologi pada hari ini termasuk Max Weber bersetuju, terdapat lima kelas sosial yang

boleh dibeza-bezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan,

pekerja dan bawah. Dengan wujudnya akta hak kanak-kanak ini memberi ruang dan peluang

cerah kepada pendidikan kanak-kanak.

Page 3: FAKTOR (1)

Sebagai contoh ialah seperti sekolah kebangsaan yang diwujudkan oleh pihak kerajaan

yang memberi kesan yang positif terhadap kanak-kanak dalam membolehkan semua kanak-

kanak mendapat pendidikan yang mencukupi dalam membantu mereka didalam proses

kemenjadian mereka kearah modal insan terhadap negara.

Cabaran yang perlu dihadapi oleh guru pada masa kini jika kanak-kanak tidak diberi hak

yang sepenuhnya tanpa diskriminasi adalah perlunya guru bertungkus lumus dalam

memastikan tidak berlaku diskriminasi yang memberi kesan buruk kepada kemenjadian kanak-

kanak sebagai pelajar. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu isu

ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid pelbagai etnik dan budaya. kelancaran

dan penyampaian PdP yang baik oleh guru mampu membentuk perkembangan minda murid

dan menarik minat murid untuk terus mengikut serta secara aktif dalam pendidikan salam bilik

darjah tanpa berasa diskriminasi antara etnik dan budaya. Pelbagai kaedah yang boleh

digunakan oleh guru dalam menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama rata terhadap

semua murid pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini haruslah ditekankan untuk

kelancaran sesuatu proses pembelajaran

Impak Deklarasai Hak Kanak-kanak kepada pendidikan kanak-kanak amatlah besar. ia

memberi hak kepada semua kanak-kanak intuk menerima pendidikan yang meluas dalam

membentuk kemenjadian mereka sebagai pelajar yang seterusnya membentuk modal insan

yang berguna kepada negara,

Impak kepada hak kanak-kanak mendapat perlindungan, peluang, dan kemudahan

istimewa. ini merupakan satu faktor yang memberi impak positif terhadap kanak-kanak dalam

proses kemenjadian kanak-kanak sebagai pelajar dalam dunia pendidikan. Ini kerana ,

suhakam (2008) kanak-kanak perlu dilindungi, diberi peluang yang meluas serta disediakan

kemudahan yang istimewa dalam memastikan mereka mendapat pendidikan secara optimum.

Mendapat pelindungan seperti mendapat pendidikan,mempunyai nama dan kewarganegaraan,

mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan, mendapat perlindungan ,peluang

dan kemudahan istimewa.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan

persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang

mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibu

bapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan

terhadap pembentukkan kelas sosial dalam masyarakat. Kajian Anderson (1994) mengenai

Page 4: FAKTOR (1)

kesan penglibatan ibu bapa ke atas pencapaian akademik pelajar mendapati jika ibu bapa

terlibat secara langsung dan aktif dalam pendidikan anak-anak mereka, anak-anak mereka

akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan jika dibandingkan

dengan pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak tidak terlibat secara langsung dengan

pendidikan mereka. Selain lokasi yang berkaitan terus dengan sosial, jurang pendidikan juga

wujud antara jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan

memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal

untuk murid belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap

sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30), dalam perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang

yang sama untuk menerima perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Sebagai contoh, pihak kerajaan telah membuat akta kanak-kanak yang menggariskan hak

serta perlindungan yang menyeluruh kepada kanak-kanak. Faktor ini memberi kesan yang

positif terhadap kanak-kanak kerana dalam proses kemenjadian mereka sebagai pelajar.

Cabaran guru pada masa kini adalah memberi keyakinan kepada murid yang kurang

bernasib baik agar terus bersemangat didalam meubah corak hidup mereka kearah lebih cerah.

Ini kerana motivasi penting untuk menyuntik minat kanak-kanak untuk terus belajar.

Impak seterusnya dari Deklarasi kanak-Kanak ini adalah memberi kesaksamaan serta

kehidupan yang lebih baik kepada kanak dalam proses kemenjadian mereka sebagai pelajar

dalam dunia pendidikan,

Akta seperti Kanak-kanak mendapat makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat

kediaman, rekreasi dan kemudahan perubatan memberi pemahaman kepada kita perlunya

kepada suasana dan keadaan yang kondusif dan selesa untuk kanak-kanak dapat menjalani

kehidupan sebagai pelajar dengan lancar.

Contohnya seperti pemakanan yang mencukupi. Rasulullah pernah bersabda dalam hadis

yang sahih membawa maksud akal yang cerdas dari badan yang sihat. Ini membawa maksud

perlunya pemakanan yang cukup terhadap kanak-kanak dalam proses kemenjadian mereka.

Keselamatan sosial, tempat kediaman, rekreasi dan kemudahan perubatan merupakan antara

faktor yang membawa kesan positif terhadap poroses perkembangan kanak-kanak dalam

menjadi pelajar dalam dunia pendidikan.

Page 5: FAKTOR (1)

Makanan yang tidak mencukupi serta kemudahan asas yang tidak lengkap akan

memberi impak yang negatif terhadap kanak-kanak. Chen (2014) dalam artikelnya menyatakan

penggunaan infrakstuktur yang lengkap membantu pendidikan kanak-kanak dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ia dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih

awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor utama yang

mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu isu ketaksamaan

peluang pendidikan dalam kalangan murid pelbagai etnik dan budaya. kelancaran dan

penyampaian PdP yang baik oleh guru mampu membentuk perkembangan minda murid dan

menarik minat murid untuk terus mengikut serta secara aktif dalam pendidikan salam bilik

darjah tanpa berasa diskriminasi antara etnik dan budaya. Pelbagai kaedah yang boleh

digunakan oleh guru dalam menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama rata terhadap

semua murid pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini haruslah ditekankan untuk

kelancaran sesuatu proses pembelajaran