explorace math.docx

15
Explorace Matematik Terdapat 10 stesen. Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap sekolah diminta menghantar 1 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ( 3 lelaki 2 perempuan atau 2 lelaki 3 perempuan) dan 2 orang guru yang akan bertugas menjaga 1 stesen. Setiap kumpulan yang dihantar perlu mempunyai guru pengiring yang akan mengiring setiap kumpulan kepada setiap stesen yang diarahkan. 2 orang akan bertindak sebagai penjaga masa. Setiap stesen mempunyai masa selama 6 minit sebelum penjaga masa meniup wisel untuk setiap kumpulan bergerak ke stesen seterusnya. Contoh, kumpulan 1 akan berada pada stesen 1, kumpulan 2 stesen 2 dan seterusnya. Apabila wisel ditiup, kumpulan 1 akan ke stesen 2, kumpulan 2 stesen 3, kumpulan 10 stesen 1 dan seterusnya.

Upload: farra-hieda

Post on 05-Jan-2016

256 views

Category:

Documents


35 download

TRANSCRIPT

Page 1: explorace math.docx

Explorace Matematik

Terdapat 10 stesen.

Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan.

Setiap sekolah diminta menghantar 1 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ( 3 lelaki 2

perempuan atau 2 lelaki 3 perempuan) dan 2 orang guru yang akan bertugas menjaga 1

stesen.

Setiap kumpulan yang dihantar perlu mempunyai guru pengiring yang akan mengiring

setiap kumpulan kepada setiap stesen yang diarahkan.

2 orang akan bertindak sebagai penjaga masa.

Setiap stesen mempunyai masa selama 6 minit sebelum penjaga masa meniup wisel

untuk setiap kumpulan bergerak ke stesen seterusnya. Contoh, kumpulan 1 akan

berada pada stesen 1, kumpulan 2 stesen 2 dan seterusnya. Apabila wisel ditiup,

kumpulan 1 akan ke stesen 2, kumpulan 2 stesen 3, kumpulan 10 stesen 1 dan

seterusnya.

STESEN 1: TANGRAM (BENTUK DUA DIMENSI)

Page 2: explorace math.docx

Prosedur

1. Sediakan satu tangram di atas sekeping board dan susun ia membentuk bentuk asalnya

iaitu segi empat.

2. Sediakan empat sampul surat yang berisi bentuk yang boleh dihasilkan melalui tangram

tersebut. Pastikan setiap sampul mempunyai bentuk-bentuk yang berbeza.

3. Murid perlu memilih satu sampul surat dan melihat bentuk yang terdapat di dalam

sampul tersebut.

4. Setelah itu, menggunakan tangram yang disediakan, bentukkan tangram tersebut

seperti bentuk yang terdapat di dalam gambar.

Syarat

1. Setiap kumpulan diberi masa selama 4 minit untuk menyelesaikan tangram tersebut.

2. Sekiranya mereka berjaya menyiapkan dalam masa kurang daripada 4 minit, mereka

akan diberi peluang untuk memilih sampul surat kedua dan seterusnya.

3. Setiap kumpulan perlu bekerjasama dalam menyelesaikan tangram yang disediakan.

Bahan

1. Kad tangram (manila/board)

2. Sampul surat

STESEN 2: PERMAINAN PUZZLE

Page 3: explorace math.docx

Prosedur

1. Murid dikehendaki menyelesaikan soalan di atas kepingan puzzle yang diberikan.

2. Setelah mendapat jawapan , murid akan menempatkan kepingan puzzle tersebut di

tapak bentuk puzzle yang disediakan.

3. Di setiap tapak puzzle disediakan jawapan mengikut bentuk kepingan puzzle.

4. Murid akan menyelesaikan setiap soalan dan membentuk satu gambar.

14

Tapak puzzle

Kepingan puzzle

Bahan-bahan

kepingan puzzle, tapak puzzle

25 – 14 + 3 =

Page 4: explorace math.docx

STESEN 3: TEKA SILANG NOMBOR

Prosedur

1) Sekumpulan murid akan diberi sekeping kertas yang mengandungi teka silang

nombor.

2) Dalam masa 4 minit, murid harus melengkapkan sebanyak mungkin silang

nombor tersebut.

3) Apabila masa telah tamat, murid harus berhenti melakukan aktiviti.

4) Guru menyemak dan mengira jumlah teka silang kata yang betul.

Syarat

1) Melakukan aktiviti ini dalam kumpulan.

2) Melakukan aktiviti dalam masa 4 minit.

Alatan

1) Kertas silang kata

2) Jam

Page 5: explorace math.docx

STESEN 4: PERMAINAN DOMINO

Pelaksanaan Permainan

1. Fasi mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi 5 soalan penyelesaian masalah.

2. Murid dikehendaki menjawab kelima-lima soalan tersebut.

3. Setiap jawapan bagi kelima-lima soalan tersebut mempunyai kod yang tersendiri

4. Murid dikehendaki memilih kod bagi setiap jawapan

5. Kod tersebut akan ditampal di atas kertas mahjong yang disediakan

6. Satu perkataan akan terbentuk hasil daripada jawapan bagi kelima-lima soalan tersebut.

7. Murid dikehendaki menyebut perkataan yang terbentuk.

Bahan

1. Kad imbas Kod Jawapan

245 300 432 433 89A B G M K897 461 236 786 75D N L J I

2. Lembaran kerja

Cth : -Soalan 1 ; Jawapan : 300 ;Kod B

Soalan 2 ; Jawapan : 75 ; Kod I

Soalan 3 ;Jawapan :786 ;Kod J

Soalan 4 ; Jawapan ; 245 ; Kod A

Soalan 5 : Jawapan ; 89; Kod K

3. Kertas Mahjong

4. Kad Huruf

I K A JLB M

B I J A K

P

Kertas Mahjong

Page 6: explorace math.docx

STESEN 5: BINA BENTANGAN

1. 2 keping sampul berisi bentangan (kubus dan kuboid ) akan disediakan.

2. Murid diminta untuk memilih salah satu sampul dan membina bentangan mengikut isi

sampul tersebut berdasarkan bahan yang telah disediakan.

3. Setelah satu bentangan berjaya dihasilkan, murid dikehendaki

i. membina bentangan tersebut menjadi satu bentuk 3D.

ii. mencari luas permukaan

iii. mencari isipadu

Bahan-bahan

selotep, gunting, sampul, kepingan bentangan

Page 7: explorace math.docx

STESEN 6: SUSUN OPERASI

Prosedur

1. Terdapat satu sampul surat yang berisi kad nombor 1 – 9 dan kad operasi tambah,

tolak, darab dan bahagi (+,−,×,÷) dan tiga helas kertas lukisan yang tertulis jawapan

untuk setiap satu soalan.

2. Murid dikehendaki mengeluarkan kad nombor dan kad operasi daripada sampul surat.

3. Berpandukan jawapan yang terdapat pada kertas lukisan pertama, murid dikehendaki

membina satu persamaan matematik menggunakan kad-kad nombor dan kad operasi

yang telah diberikan.

4. Murid perlu kreatif membina persamaan yang sesuai agar persamaan yang dibuat dapat

diselesaikan dan jawapan yang diperoleh perlu sama dengan jawapan yang telah

diberikan.

5. Jika murid dapat menyelesaikan soalan pertama dengan betul, murid boleh teruskan

menjawab soalan dua.

6. Murid perlu selesaikan secara berkumpulan dan bekerjasama dalam masa yang

ditetapkan iaitu 4 minit.

Syarat

*** Murid perlu menggunakan dua operasi berbeza. Contoh: (+, x), (+, –), (x, –).

Bahan-Bahan

1. Sampul surat

2. Kad nombor 1 – 9

3. Kad operasi (+,−,×,÷)

4. Kertas lukisan

Page 8: explorace math.docx

STESEN 7: IMBANG PASIR (MENGANGGAR BERAT)

Prosedur

1. Sediakan satu jongkang jongkit dan letak satu beban pada satu penghujung.

2. Sediakan dua sampul surat yang mengandungi perkataan “seimbang” dan “lebih berat”

3. Murid akan mencabut salah satu sampul dan melihat perkataan di dalamnya yang

membawa makna:

PERKATAAN MAKSUD

Seimbang

Lebih berat

4. Murid perlu mengisi pasir ke atas plastik menggunakan kaki.

5. Kemudian, plastik berisi pasir tersebut akan diletakkan di satu lagi penghujung

jongkang-jongkit.

6. Mereka perlu menganggar jumlah pasir yang diperlukan untuk menjadikan jongkang-

jongkit tersebut seimbang ataupun lebih berat berdasarkan sampul yang mereka

perolehi.

Syarat

1. Setiap pemain boleh meletakkan pasir ke atas plastik sebanyak dua kali sahaja

2. Mereka hanya dibenarkan untuk meletakkan pasir ke atas plastik dengan menggunakan

kaki sahaja.

bebanpasir

beban

pasir

Page 9: explorace math.docx

3. Sekiranya mereka gagal membuang jongkang jongkit tersebut imbang atau lebih berat,

mereka diberi peluang kedua.

4. Sekiranya mereka berjaya menyelesaikan tugasan dalam sampul pertama, mereka

diberi peluang untuk menyiapkan tugasan kedua.

Bahan

1. Sekeping papan

2. Beban

3. Bata

4. Pasir

5. Sampul surat

Page 10: explorace math.docx

STESEN 8: JUAL BELI

Bahan-bahan

1. Wang contoh RM 50.

2. Barang-barang jualan – bear, topi, buku, gula-gula, keropok, jam, botol air, gelang,

kasut, kamus.

Langkah-langkah pelaksanaan

1. Barang-barang jualan akan dietakkan di suatu sudut, yang dikenali sebagai Mini Mydin.

2. Pelajar akan diberikan wang sebanyak RM 50.

3. Pelajar dikehendaki membelanjakan wang yang diberikan semaksimum yang mungkin

dengan membeli barang-barang yang di jual di Mini Mydin.

4. Pelajar diberikan masa 4 minit untuk memilih barang yang terdapat di kedai tersebut.

5. Setelah selesai memilih barang yang dipamirkan, pelajar dikehendaki membawa barang

tersebut ke kaunter bayaran untuk dikira oleh juru jual.

6. Pelajar dikehendaki memilih semula barang-barang yang hendak dibeli di kedai tersebut

sekiranya barangan yang dibeli kurang daripada RM 40.

Page 11: explorace math.docx

STESEN 9: PERMAINAN ISIPADU.

Prosedur

1. Pada stesen ini akan disediakan sebaldi air dan dua bekas yang berukuran 3L dan 5L.

2. Dengan menggunakan kedua-dua bekas ini dan air yang disediakan, murid perlu

mendapatkan 4L air.

3. Murid perlu mengisi air ke dalam bekas, mengosongkan bekas dan memindahkan air

dari satu bekas ke satu untuk mendapatkan jumlah air 4L.

Syarat-syarat

1. Setiap kali mengisi air di dalam bekas, air itu harus diisi penuh.

2. Setiap kali murid hendak mengeluarkan air dari sesuatu bekas, air haruslah dikeluarkan

sepenuhnya sehingga bekas kosong.

Bahan

1. 2 buah bekas yang telah ditanda

2. Sebaldi air

3L 5LSebaldi air

Page 12: explorace math.docx

STESEN 10: DAM ULAR

Prosedur

1. Murid akan bermain permainan Dam Ular di mana setiap petak mempunyai soalan

yang perlu dijawab oleh murid. Mereka akan menentukan dalam kumpulan siapa

yang akan bergerak dulu dan seterusnya.

2. Sekiranya murid tersebut berjaya menjawab dengan betul, dia akan mendapat

ganjaran. Murid yang menjawab dengan salah pula diminta untuk berundur satu

petak ke belakang.

3. Permainan diteruskan oleh murid seterusnya.

Bahan-bahan

Papan dam ular (4 keping kertas mahjung), dadu, ganjaran, penanda (murid itu sendiri)