etika penggunaan internet

24
JABATAN BAHASA MELAYU Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pahang

Upload: nur-hanida

Post on 04-Aug-2015

116 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

JABATAN BAHASA MELAYUInstitut Pendidikan GuruKampus Tengku Ampuan AfzanKuala Lipis, Pahang

BMM3105

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU BERBANTUKAN

KOMPUTER

Untuk perhatian: TUAN HAJI FAUZI BIN SALLEH

Disediakan oleh :NOORHANIDA BINTI MD FADILAH

920311026120PISMP BAHASA MELAYU 1 (SJKC)

AMBILAN JANUARI 2012

ETIKA PENGGUNAAN

INTERNET

ISI KANDUNGAN 1. Konsep 2. Objektif3. Prinsip

4. Tatacara penggunaan internet5. Etika

6. Rukun etika7. Isu etika

8. Ciri profesionalisme9. Kod etika

10. Kod etika profesionalisme11. Kesalahan penggunaan

internet

KONSEP ETIKA

• Merupakan panduan moral terhadap penggunaan komputer dan sistem maklumat

• Standard atau piawai yang menentukan sama ada sesuatu tindakan itu baik atau buruk berkaitan dengan komputer.

OBJEKTIF

1.Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer.

2.Memahami prinsip etika komputer.3.Memahami etika profesional Teknologi

Maklumat. 4.Mengetahui fungsi kod etika profesional.5.Keperluan etika komputer.

PRINSIPKeseimbangan Kebaikan yang dibawa Teknologi

Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan

Keizinan termaklum Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi

Keadilan Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil

Meminimumkan risiko

TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

(a)Hak Akses Pengguna

• Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan.

•Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT dibawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.

(b)Privasi Pengguna•Setiap pengguna hendaklah menghormati

privasi pengguna lain dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan, memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa kebenaran

(c) Mengenal pasti Identiti Pengguna

• Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui Internet.

• Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.

d) Memilih Laman• Laman yang dilayari hendaklah hanya yang

berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.

(e) Pengesahan Maklumat• Bahan yang diperoleh dari internet perlulah

ditentukan ketepatan dan kesahihannya.• Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet

hendaklah juga dinyatakan.

(f) Muat Naik Bahan (Upload)• Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet

hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.

(g) Muat Turun Bahan (Download)• Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas

bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara.

• Sebarang bahan yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.

(h) Perbincangan Awam• Hanya kakitangan JPN yang mendapat

kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Jabatan.

• Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi keutuhan maklumat berkenaan.

ETIKA

• Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul (panduan)

• Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

(Penggunaan TM + tidak bertanggungjawab = isu etika/natijah)

RUKUN ETIKA

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.

7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

ISU ETIKA

1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran.

2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding dengan mereka yang sememangnya dalam bidang pengkomputeran.

3. Kurang arif tentang undang-undang siber.4. Orang awam tidak menerima impak yang hebat

apabila berlaku isu berkaitan dengan etika komputer.5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan

dan kuasa yang ada pada komputer.

CIRI PROFESIONALISME

1. Harus ada pekhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.

2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.

3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu.

4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang (gaji) semasa menjalankan tugas.

6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.

KOD ETIKA

1. Inspirasi dan panduan.2. Pencegahan dan disiplin.3. Memelihara maruah profesion.4. Memelihara keharmonian.5. Sokongan.

Kesalahan Penggunaan Internet

• Menyalur sebarang bahan haram, lucah, megancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

• Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

• Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

• Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantau dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

Sekianterima kasih