etika dalam pengurusan

Upload: isyati-mohammad

Post on 07-Mar-2016

42 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

OUMM3203

TRANSCRIPT

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

SEPTEMBER 2015

NAMA PELAJAR

: ISYATI MOHAMMADNO. KAD PENGENALAN:

NO. TELEFON

:

E-MEL

:

TUTOR

:

PUSAT PEMBELAJARAN: PPT TAWAUISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

21.1 Latar Belakang Masalah Etika

2 2.0 masalah etika dalam pengurusan

4

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai

Akibat Yang Berpanjangan

4

2.2Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai

Hasil Atau Keadaan Berbeza Atau Bercampur-aduk.

6

2.3Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak Pasti

7

3.0 kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah atau dilema etika7

3.1 Analisa Ekonomi

8

3.2 Analisa Perundangan

8

3.3 Analisa Etika

9 4.0

RUMUSAN

9 RUJUKAN

111.0 PENGENALAN

Masalah etika atau dilema etika merupakan satu masalah atau dilema berlaku apabila kita menghadapi sesuatu konflik untuk membuat pilihan diantara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial. Ini menjadikan kita tidak boleh bergantung terhadap keadaan pasaran semata-mata semasa membuat sesuatu keputusan atau tindakan apabila kita menghadapi dilema masalah atau dilema etika. Untuk menghadapi masalah atau dilema etika dan mencari jalan untuk mencapai keseimbangan di antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial terdapat tiga jenis analisa yang boleh diguna pakai iaitu analisa ekonomi, analisa perundangan dan analisa etika.

1.1Latar Belakang Masalah EtikaMasalah ini berlaku di sebuah sekolah rendah luar bandar di Daerah Tawau kira-kira setahun yang lalu. Sekolah tersebut diketuai oleh seorang guru besar yang bernama Encik Samad (bukan nama sebenar) yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam bidang pendidikan dan telah dilantik sebagai guru besar di sekolah tersebut semenjak 10 tahun yang lalu. Pada pertengahan bulan Mac 2015, seorang kontraktor telah datang ke sekolah dan kontraktor tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Encik Anwar (bukan nama sebenar). Encik Anwar menyatakan bahawa beliau telah mendapat tender bagi tujuan pembersihan di sekolah tersebut. Selaku ketua di sekolah tersebut, Encik Bakar meminta Encik Anwar menunjukkan dokumen atau bukti yang boleh mengesahkan kenyataan tersebut. Pada mulanya Encik Anwar tersebut teragak-agak dan keberatan untuk mengeluarkan dokumen yang diminta, tetapi akhirnya beliau pun mengeluarkan lantikan beliau sebagai kontraktor di sekolah tersebut. Encik Samad mendapati nilai tender yang terdapat pada dokumen tersebut adalah sebanyak RM15,000. Manakala skop kerja pembersihan pula adalah merangkumi membersih , memotong rumput, membersihkan parit di seluruh kawasan sekolah dan segala kos pembersihan tersebut adalah di bawah tanggungan kontraktor pembersihan tersebut. Memandangkan bilik pentadbiran tersebut agak sibuk pada masa itu, Encik Anwar telah mengajak Encik Samad pergi ke kantin. Cikgu, bagaimana kalau cikgu sign surat pengesahan ini dan saya bagi cikgu RM1000 dan abis cerita kata Encik Anwar kepada Encik Samad sejurus mereka tiba di kantin sambil menghulurkan beberapa keping not RM50 kepada Encik Samad. Guru besar itu sangat terkejut. Saya tidak beranilah encik , kata Encik Samad kepada kontraktor tersebut. Encik Samad mencuba untuk menolak dengan cara lembut tetapi kontraktor tersebut terus mendesak beliau. Ternyata sekali kontraktor tersebut cuba mendapatkan wang pembayaran bagi tujuan pembersihan tersebut tanpa melakukan tugasan yang diamanahkan di sekolah tersebut. Tak apalah cikgu, saya kasi up RM2000. Cikgu fikir dahulu. Esok saya akan datang lagi, kata kontraktor tersebut kepada Encik Samad. Pada hari esoknya, kontraktor tersebut datang lagi ke sekolah dengan gembiranya dia meletakkan sejumlah wang di atas meja Encik Samad, dan meminta guru besar tersebut untuk menandatangani surat selesai kerja pembersihan bagi tujuan untuk kontraktor tersebut untuk membuat tuntutan pembayaran. Namun Encik Samad selaku ketua jabatan di sekolah tersebut tetap dengan pendiriannya. Kontraktor itu kelihatan agak marah dengan tindakan Encik Samad, tetapi Encik Samad dapat melihat bahawa kontraktor tersebut cuba sedaya-upaya berusaha untuk mengawal kemarahannya. You betul-betul tidak mau duitkah? Tapi tak apa bos, saya tinggalkan duit dan surat ini di sini. Esok saya datang lagi, kata kontraktor tersebut dengan penuh nada kekecewaan. Kontraktor tersebut terus pergi tanpa sempat Encik Samad berkata apa-apa. Pada hari seterusnya, kontraktor tersebut tidak datang ke sekolah dan Enci Samad telah mengandaikan bahawa kontraktor tersebut cuba untuk memberikan masa yang lebih banyak kepadanya bagi memikirkan tawaran tersebut. Setelah seminggu berlalu, kontraktor tersebut datang lagi dan bertanyakan tentang tawaran beliau. Setelah mengetahui pendirian Encik Samad yang tidak juga berubah, kontraktor tersebut terus meningkatkan lagi tawarannya. Beginilah, saya bagi bos RM5000 dan bos sign surat ini, katanya dengan nada yang tertahan-tahan. Tetapi Encik Samad tetap menolak tawaran itu dengan baik. Kontraktor tersebut kelihatan agak terkejut dan berasa kecewa dengan keengganan Encik Samad. Tanpa membuang masa, kontraktor tersebut membuat beberapa panggilan.Encik Samad hanya memandang kelakuan dan tindakan kontraktor tersebut dengan perasaan bercampur aduk. Setelah setengah jam berlalu, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba di sekolah tersebut dengan membawa beberapa orang pekerja kontraktor tersebut. Mereka mengeluarkan perkakasan pembersihan mereka seperti mesin rumput, cangkul, parang dan sebagainya dan mula melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan sekolah tersebut. Encik Samad mengarahkan seorang Pembantu Am untuk memantau kerja pembersihan yang dijalankan. Namun berlaku perkara yang sangat mengecewakan Encik Samad apabila berlaku tidak sampai sejam pekerja-pekerja tersebut berhenti melakukan kerja-kerja pembersihan. Kontraktor tersebut menerima panggilan dari seseorang. Ok. Gua cayalah sama lu ni. Nanti ini malam kita jumpa ya, kata kontraktor tersebut dengan nada yang sangat gembira. Tanpa mempedulikan Encik Samad yang berada berdekatan dengannya, kontraktor tersebut mengarahkan semua pekerjanya untuk mengemas segakla perkakasan pembersihan mereka dan membawa mereka meninggalkan tempat itu dengan segera sambil tersenyum sinis kepada Encik Samad.2.0 masalah etika dalam pengurusan Setiap keputusan atau pun tindakan yang diambil oleh seseorang pengurus atau pihak pentadbiran boleh mendatangkan akibat atau kesan yang berpanjangan terutama kepada masyarakat jika kita menyentuh sudut etika. Setiap keputusan yang dibuat boleh mendatangkan kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang berada dalam organisasi terlibat dalam sesebuah masyarakat. Kesan-kesan tersebut berada di luar kawalan mereka. Maka, para pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi perlu memikirkan akibat atau kesan hasil daripada setiap keputusan yang diambil. Terdapat beberapa masalah etika dalam pengurusan berdasar situasi di atas. Dalam membuat keputusan sama ada Encik Samad perlu menerima atau menolak rasuah sehingga RM5000 daripada kontraktor pembersihan itu, Encik Samad akan menghadapi beberapa ciri masalah etika dalam pengurusan antaranya;

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Berpanjangan Setiap keputusan atau pun tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengurus atau pihak pentadbiran itu boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama kepada masyarakat jika kita menyentuh dari perspektif etika. Setiap keputusan yang dibuat boleh mendatangkan kesan atau akibat kepada individu itu sendiri atau kepada orang lain iaitu sama ada mereka yang berada dalam organisasi terbabit atau yang dalam sesebuah masyarakat. Kesemua kesan atau akibat berada di luar kawalan mereka. Sehubungan dengan itu, guru besar seperti Encik Samad yang berada di dalam permasalahan di atas perlu memikirkan setiap akibat atau kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum mereka bertindak atau membuat satu-satu keputusan. Kegiatan rasuah ini semestinya akan mengubah proses biasa dalam pemerintahan kerajaan. Proses tender atau pembayaran tander yang telah ada garis panduannya akan berubah dengan adanya rasuah. Syarikat yang memiliki kemampuan serta benar-benar layak akan terpinggir kerana kelulusan diberikan berdasarkan kepada berapa banyak wang rasuah yang boleh diberikan dan bukannya berdasarkan kerja sebenar sesebuah syarikat.

Di dalam kes Encik Samad di atas, jika beliau memilih untuk menerima rasuah daripada kontraktor tersebut, keadaan sekolah beliau berkemungkinan akan menghadapi beberapa akibat yang berpanjangan seperti:-i. Pelajar dan kakitangan sekolah akan terkena penyakit kawalan vektor seperti demam denggi kerana adanya takungan air untuk nyamuk aedis membiak berikutan perparitan yang kotor dan tersumbatii. Rumput yang panjang dan semak samun menjadikan kawasan sekolah tidak selamat kerana mungkin terdapat binatang bias seperti ular berada di kawasan parit atau semakiii. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang kotor dan semak sehingga menyebabkan persekitaran sekolah yang tidak menarik dan dilihat seperti bukan tempat untuk menimba ilmuSebaliknya jika Encik Samad memilih untuk menolak dari menerima rasuah daripada kontraktor tersebut kemungkinan kesan yang berpanjangan terhadap sekolah beliau adalah seperti berikut :-

i. Para pelajar dan kakitangan sekolah bebas dari terkena penyakit demam denggi atau panyakit lain yang melibatkan kawalan vectorii. Persekitaran sekolah akan menjadi bersih dengan rumput yang pendek, keadaan perparitan yang bersih dan menjadikan kawasan sekolah menjadi selamatiii. Persekitaran sekolah akan menjadi cantik, bersih dan ceria menjadikan sekolah menjadi sekolah yang berstatus 3K (kebersihan, keselamatan dan, keceriaan)2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil Atau Keadaan Berbeza Atau Bercampur-aduk.

Kebanyakan pengurus atau ketua pentadbir dalam sesebuah organisasi, terutamanya organisasi perniagaan lebih berunsurkan anti-etika. Ini adalah kerana isu-isu etika tidaklah begitu penting pada pendapat mereka kerana mereka lebih mementingkan pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi sahaja. Selain daripada itu, mereka juga kurang menitikberatkan kos-kos penting lain seperti kebajikan para pekerja dan pelanggan mereka. Keputusan etika seperti ini lebih kepada kebaikan dari segi sosial, keuntungan, penyelenggaran, kos dan perbelanjaan sesebuah organisasi dalam pilihan keputusan etika. Antara contoh keputusan etika yang mempunyai hasil yang berbeza atau bercampur aduk ialah dengan memberi rasuah secara tidak langsung, namun berjaya untuk menjual barangan import dalam jumlah yang banyak melalui melalui system penghantaran yang cepat tanpa pemeriksaan pihak berkuasa; dengan memberi atau menerima rasuah boleh menyebabkan pencemaran udara dan air tetapi berjaya mengelakkan kos pembelian peralatan yang mahal bagi mengawal pencemaran.Dalam kes Encik Samad di atas, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh Encik Samad yang boleh mendatangkan keputusan yang berbeza atau bercampur-aduk, antaranya:-i. Beliau boleh menandatangani surat pengesahan selesai kerja, dan mendapat wang suapan sebanyak RM5000 daripada kontraktorii. Beliau menerima suapan tersebut daripada kontraktor dan keputusan tersebut dapat mengurangkan kos pembersihan yang ditanggung oleh pihak kontraktoriii. Jika beliau mengambil keputusan untuk menolak dari menerima suapan, kawasan sekolah akan menjadi cantik, bersih, ceria dan selamat 2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat Yang Tidak PastiAdalah menjadi kepercayaan dalam sesuatu pengurusan dan pentadbiran bahawa isu etika adalah bebas daripada sebarang risiko atau keraguan kerana seseorang pengurus atau pentadbir syarikat sudah mengetahui hasil yang bakal menanti mereka berdasarkan pilihan yang mereka akan lakukan. Namun secara jujurnyanya perkara itu tidaklah semudah yang disangkakan kerana akibat yang bakal menyusul dari keputusan yang telah dibuat sebenarnya tidak dapat dipastikan.

Dalam kes Encik Samad di atas, beliau tidak mungkin tahu dengan jelas akibat yang mungkin menyusul jika dia bersetuju menerima rasuah daripada pihak kontraktor terbabit. Beliau berkemungkinan akan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kemudian didakwa di Mahkamah yang boleh menyebabkan beliau akan disabitkan kesalahan menerima rasuah sehingga beliau menerima hukuman penjara jika sabit kesalahan.

Encik Samad juga tidak mungkin akan tahu dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya beliau melaporkan perbuatan kontraktor tersebut yang meninggalkan kerja pembersihan yang diamanahkan separuh jalan kepada pihak atasan. Berkemungkinan beliau akan berjaya membuatkan kontraktor tersebut diadili dan dihukum oleh undang-undang atau sebaliknya yang mana beliau pula yang kan mendapat susah, berikutan kontraktor tersebut bermungkinn telah memberi rasuah kepada pihak atasan.3.0 kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah atau dilema etika.Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat, maka setiap keputusan yang diambil dalam pengurusan pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza kepada masyarakat yang berkaitan dengan individu serta organisasi yang dipimpin kerana ini bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah dalam sesuatu keputusan yang dibuat. Sehubungan dengan itu, kita harus mewujudkan atau mencari kaedah-kaedah yang konsisten bagi tujuan penyelesaian terhadap masalah atau dilema etika.3.1 Analisa Ekonomi

Ini bermaksud, sama ada sesuatu keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh Encik Samad itu dari sudut ekonomi dapat memberi keseimbangan antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial di tempat dia bertugas. Analisa ekonomi boleh digunapakai untuk menentukan kelangsungan perjalanan perniagaan syarikat dan semua pekerjanya. Keputusan untuk menerima rasuah mungkin memberikan satu kesan ekonomi yang baik kepada kontraktor pembersihan tadi melalui kelulusan yang diberikan untuk kelulusan tender pembersiahan. Keuntungan yang banyak daripada kerja pembersihan itu akan dinikmati oleh Encik Anwar selaku syarikat yang memberi suapan kerana syarikat pembersihan ini tidak lagi perlu mengeluarkan modal untuk membayar upah pekerja serta bahan-bahan pembersihan. Kegagalan dalam mendapatkan kelulusan daripada Encik Samad selaku ketua jabatan di sekolah mungkin akan menyebabkan syarikat Encik Anwar terpaksa menanggung kos upah dan kos bahan pembersihan yang lebih tinggi berbanding hasil suapan yang diberikannya kepada Encik Samad.3.2 Analisa Perundangan

Analisa perundangan ini bermaksud sama ada sesuatu keputusan atau pun tindakan yang dibuat telah melanggar mana-mana undang-undang. Setiap undang-undang diwujudkan adalah untuk dijadikan sebagai panduan dalam menghadapi masalah etika. Ini menunjukkan analisa perundangan merupakan analisa yang paling tepat dan sangat sesuai untuk diguna pakai dalam mencari penyelesaian kepada kes Encik Samad ini. Berdasarkan analisa ekonomi yang dinyatakan di atas tidak mempunyai sebarang makna jika dari sudut perundangan, tindakan Encik Samad jika menerima suapan akan menyebabkannya melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Ini adalah kerana, sebarang keuntungan yang diperolehi adalah baik dari sudut ekonomi namun jika didapati telah menyalahi undang-undang ia bukanlah satu keuntungan yang akan memberikan kesan positif kepada mana-mana ahli perniagaan. Sehubungan dengan itu, perbuatan rasuah ini adalah perbuatan keji yang hendaklah dielakkan. Perbuatan ini juga merupakan satu perbuatan jenayah yang memberikan hukuman berat kepada pelakunya. Ini bermaksud, Encik Samad mungkin boleh mendapatkan keuntungan beribu-ribu ringgit dengan menerima rasuah tetapi beliau juga akan sentiasa terdedah kepada pendakwaan di Mahkamah akibat perbuatan beliau. Hukuman di bawah undang-undang akan menyebabkan riputasi Encik Samad sebagai guru besar akan terjejas dimana beliau akan kehilangan kerjanya dan beliau akan dipenjarakan. Akibatnya daripada tindakan itu, keluarga beliau juga akan mendapat tempias jika beliau kehilangan pekerjaan dan dikenakan hukuman oleh pihak mahkamah.3.3 Analisa Etika

Analisa Etika ini adalah bermaksud sama ada sesuatu keputusan atau tindakan yang akan diambil itu membawa kebaikan atau keburukan, sama ada rasional atau tidak atau sama ada ia dapat diterima oleh masyarakat sebagai satu tindakan yang betul dan sangat tepat. Analisa etika ini perlu kerana Encik Samad telah menghadapi dilema untuk mebuat satu keputusan atau perbuatan yang tidak diterima sebagai perbuatan atau tindak balas yang bermoral di mata masyarakat. Sehubungan dengan itu, nama Encik Samad turut akan terjejas di mata masyarakat sekiranya beliau tertangkap atas perbuatan rasuah. Kepercayaan seluruh masyarakat terhadap kredibilitinya sebagai seorang guru besar juga akan terjejas. Orang ramai juga pastinya akan menjauhkan diri daripada beliau kerana perbuatan rasuah adalah dilarang oleh agama dan melanggar norma masyarakat. Oleh itu, analisa etika ini boleh digunakan di dalam menangani kes atau masalah etika Encik Samad sebagai sokongan kepada analisa perundangan dan analisa ekonomi. 4.0 RUMUSAN

Masalah etika atau dilema etika merupakan satu masalah atau dilema berlaku apabila kita menghadapi konflik dalam membuat keputusan diantara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial. Seperti yang telah dibincangkan, terdapat tiga daripada lima masalah etika yang dibentangkan dan sering berlaku pada peringkat pengurusan. Kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan yang mana setiap keputusan atau pun tindakan yang diambil boleh mendatangkan akibat atau kesan yang berpanjangan terutama kepada masyarakat jika kita menyentuh sudut etika. Setiap keputusan yang diambil boleh memberikan kesan atau akibat sama ada kepada mereka yang berada dalam organisasi atau dalam sesebuah masyarakat dan kesan-kesan ini berada di luar kawalan mereka.

Masalah lain adalah kebanyakan keputusan etika mempunyai hasil atau keadaan berbeza atau bercampur-aduk. Ini menunjukkan ketua dalam sesebuah organisasi, terutamanya perniagaan lebih berunsurkan anti-etika kerana pada pendapat mereka kepentingkan pulangan kewangan adalah utama disamping kurang menitikberatkan kos lain seperti kebajikan para pekerja dan pelanggan mereka. Keputusan etika seperti ini lebih kepada kebaikan dari segi sosial, keuntungan, penyelenggaran, kos dan perbelanjaan sesebuah organisasi dalam pilihan keputusan etika.

Selain itu, kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang tidak pasti menunjukkan kepercayaan dalam sesuatu pentadbiran bahawa isu etika adalah bebas daripada sebarang risiko adan keraguan kerana mereka sudah mengetahui hasil yang bakal menanti mereka berdasarkan pilihan yang mereka akan lakukan. Namun secara reality, perkara itu tidaklah mudah seperti yang disangkakan kerana akan ada akibat yang bakal menyusul dari keputusan yang telah dibuat sebenarnya tidak dapat dipastikan oleh mereka. Ini membuatkan kita tidak boleh bergantung kepada keadaan semata-mata semasa membuat sesuatu keputusan atau tindakan apabila kita menghadapi masalah atau dilema etika. Sehubungan dengan itu, bagi menghadapi masalah atau dilema etika, kita hendaklah mencari jalan atau solusi untuk mencapai keseimbangan di antara prestasi ekonomi dan prestasi social yang mana terdapat tiga jenis analisa yang boleh diguna pakai dalam menangani masala tersebut iaitu analisa ekonomi, analisa perundangan dan analisa etika. (2521 patah perkataan)

RUJUKAN

1. Majid, F. (1991). Ethical Theories In Islam. Laden. E.J. MALAYSIA

2. Open University. (2007). OUMM 3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd 3. Micheal, D.B. (1991). Professional Ethics. Wadsworth Publishing Company, Belmont, California.

Page 0

_1463978528.bin