esei3

7
Cadangkan langkah-langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah 4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras, etnik dan budaya mereka. ISI KANDUNGAN (CONTENT) Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah. MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan : 1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras dan kelompok lain. 2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti- aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama belajar dalam

Upload: zi-yan

Post on 18-Nov-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Cadangkan langkah-langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah

4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU

Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras, etnik dan budaya mereka. ISI KANDUNGAN (CONTENT)Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah.

MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIPGuru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan :1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras dan kelompok lain.2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan.

MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIFSegala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar yang berbeza latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan.

MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DAN KAEDAH YANG BOLEH MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIKJika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan keperluan serta stail pembelajaran pelajar, maka penerimaan pelajar terhadap pengajarannya lebih mudah.

PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARANStail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu itu. Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat unik dan berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara mereka berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada yang berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :

Implikasi kepada guruSemua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid-murid agar masalah guru syok sendiri dalam mengajar tidak berlaku. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara-perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK. Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:i. Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif; ii. Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid; iii. Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan. Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan memberi peluang sama rata kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka. Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi kelemahan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan masa. Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan. Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

Petikan perlembagaan Malaysia Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosio-budaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan Negara. Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Guru sebagai role model kepada murid-murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative. Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid. Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran. Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui, namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri. Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan mereka akan tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar. Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang Asli. Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi. Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang sesuai untuk menarik minat anak-anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran. Pelajar Orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka dipenuhi dengan aktiviti permainan. Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka. Berdasarkan perkara perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai anak Orang Asli di dalam kelas tersebut.