enjin 2 dan 4 lejang

12
UNIT 2.1 ENJIN Objektif Kursus Pada akhir unit ini pelajar akan dapat: 1. Menyatakan fungsi enjin dalam kenderaan. 2. Menerangkan kendalian enjin dua lejang dan empat lejang. 3. Menyatakan perbezaan enjin dua lejang dan empat lejang. 4. Mengelaskan enjin mengikut susunan injap, silinder, aci sesondol, dan susunan ruang pembakaran. 5. Menamakan bahagian kepala silinder. 6. Menerangkan binaan kepala silinder. 7. Melakukan kerja-kerja ujian mampatan. 8. Menganalisis hasil ujian mampatan. Pencapaian kompetensi Pada akhir unit ini pelajar akan dapat: 1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. 2. Membezakan antara enjin empat lejang dengan enjin dua lejang serta menerangkan kendaliannya. 3. Mengenalkan bahagian kepala silinder serta mengelaskan enjin mengikut susunan injap silinder, aci sesondol dan susunan ruang pembakaran. 4. Melakukan ujian mampatan kering dan basah serta menganalisi hasilnya. Maklumat penting 2.1 ENJIN Fungsi: Menghasilkan kuasa untuk menggerakkan kenderaan dan menjalankan semua peralatan elektrik serta alat tambahan dalam kenderaan.

Upload: kamalasubra

Post on 30-Jun-2015

3.641 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Enjin 2 dan 4 Lejang

UNIT 2.1 ENJIN

Objektif Kursus

Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:

1. Menyatakan fungsi enjin dalam kenderaan.2. Menerangkan kendalian enjin dua lejang dan empat lejang.3. Menyatakan perbezaan enjin dua lejang dan empat lejang.4. Mengelaskan enjin mengikut susunan injap, silinder, aci sesondol, dan susunan ruang

pembakaran.5. Menamakan bahagian kepala silinder.6. Menerangkan binaan kepala silinder.7. Melakukan kerja-kerja ujian mampatan.8. Menganalisis hasil ujian mampatan.

Pencapaian kompetensi

Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.2. Membezakan antara enjin empat lejang dengan enjin dua lejang serta menerangkan

kendaliannya.3. Mengenalkan bahagian kepala silinder serta mengelaskan enjin mengikut susunan injap

silinder, aci sesondol dan susunan ruang pembakaran.4. Melakukan ujian mampatan kering dan basah serta menganalisi hasilnya.

Maklumat penting

2.1 ENJIN

Fungsi:

Menghasilkan kuasa untuk menggerakkan kenderaan dan menjalankan semua peralatan elektrik serta alat tambahan dalam kenderaan.

Page 2: Enjin 2 dan 4 Lejang

2.1.1 Kendalian

Rajah 2.0 Enjin dua lejang

2.1.2.1 Kendalian Enjin Dua Lejang

Enjin dua lejang tidak menggunakan injap. Sebaliknya, terdapat liang pada dinding silinder yang ditutup dan dibuka oleh penggerak piston iaitu liang masuk, liang pindah dan liang ekzos. Lihat Rajah 2.0

a. Pergerakan ke atas i. Aci engkol berpusing menyebabkan piston bergerak dari TTB ke TTA.ii. Piston menutup liang pindah dan liang ekzos.iii. Liang masuk terbuka pada ketika ini.iv. Pergerakan piston memampatkan campuran udara dan bahan api di ruang

pembakaran.v. Vakum terwujud dalam kotak engkol.vi. Campuran udara dan bahan api dari koburetor masuk ke dalam kotak engkol melalui

liang masuk.

b. Pergerakan ke bawah

Page 3: Enjin 2 dan 4 Lejang

i. Pada akihir pergerakan piston ke atas, palam pencucuh mengeluarkan bunga api dan membakar campuran udara dan bahan api yang telah dimampatkan.

ii. Pembakaran menyebabkan ledakan dan menghasilkan kuasa yang tinggi.iii. Piston ditolak dari TTA ke TTB menyebabkan liang ekzos dan liang pindah terbuka.iv. Liang masuk tertutup dan pergerakan piston menolak campuran udara dan bahan

api melalui pindah ke ruang pembakaran.v. Gas ekzos keluar melalui liang ekzos.

Rajah 2.1 Enjin empat lejang

2.1.1.2 Kendalian Enjin Empat Lejang

Enjin empat lejang mempunyai injap dan prosesnya melibatkan empat lejang iaitu lejang masuk, mampatan, kuasa dan ekzos seperti dalam Rajah 2.1

a. Lejang masukani. Piston bergerak dari TTA ke TTB. Vakum terwujud di bahagian atas piston dalam

silinder.ii. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup.iii. Tekanan atmosfera menolak campuran udara dan bahan api dari koburetor ke dalam

silinder melalui injap masuk yang terbuka.

b. Lejang mampatani. Piston bergerak dari TTB ke TTA.

Page 4: Enjin 2 dan 4 Lejang

ii. Kedua-dua injap tertutup.iii. Campuran udara dan bahan api dimampatkan.

c. Lejang kuasai. Piston menghampiri TTA dalam lejang mampatan.ii. Campuran udara dan bahan ap dicucuh oleh bunga api yang dikeluarkan oleh palam

pencucuh.iii. Ledakan menghasilkan kuasa yang tinggi.iv. Piston ditolak dari TTA ke TTB.v. Kedua-dua injap masih tertutup.

d. Lejang ekzosi. Apabila piston sampai ke TTB, injap ekzos mula membuka.ii. Pergerakan piston dari TTB ke TTA menolak gas yang terbakar keluar melalui injap

ekzos.iii. Pada akhir lejang ekzos, injap masuk mula membuka.iv. Proses ini berulang selagi enjin hidup.

Jadual 2.0 Perbezaan antara enjin dua lejang dengan enjin empat lejang

Enjin Dua Lejang Enjin Empat Lejanga. Pembukaan dan penutupan liang dikawal

oleh piston.a. Salur masuk dan salur ekzos dikawal oleh

injap.b. Satu pusingan aci engkol melengkapkan

satu kitaran.b. Dua pusingan aci engkol

melengkapkan satu kitaran.c. Minyak pelincir dicampur dengan bahan

api petrol bagi tujuan peliciran.c. Terdapat takungan asing unuk menakung minyak pelincir bagi tujuan peliciran.

d. Kepala piston mempunyai pemesong untuk mengawal pengaliran campuran udara dan bahan api ke dalam silinder.

d. Tiada pemesong pada kepala piston.

Page 5: Enjin 2 dan 4 Lejang

2.2 PENGELASAN ENJIN

2.2.1 Susunan Injap

Rajah 2.2 Susunan Injap

2.2.2 Jumlah Silinder

Rajah 2.3 Jumlah Silinder

Page 6: Enjin 2 dan 4 Lejang

2.2.3 Jenis Susunan Silinder

Rajah 2.4 Jenis susunan silinder

2.2.4 Kepala Silinder

Fungsi utama kepala silinder adalah untuk menutup silinder enjin agar dapat membentuk ruang pembakaran. Komponen-komponen utama yang terpasang pada kepala silinder ialah aci sesondol, pepasangan injap dan palam pencucuh. Kepala silinder enjin lama dibuat daripada besi tuang sementara enjin moden menggunakan aloi aluminium. Lihat Rajah 2.5.

Rajah 2.5 Kepala silinder

2.2.5 Aci Sesondol

Page 7: Enjin 2 dan 4 Lejang

Fungsi utama aci sesondol ialah membuka injap masuk dan ekzos mengikut urutan yang ditetapkan. Gear aci sesondol dipasang pada bahagian hadapan aci sesondol dan disambungkan pada gear aci engkol dengan tali sawat pemasangan. Aci sesondol biasanya dibuat daripada besi tuang. Jurnal aci sesondol bergerak di dalam galas yang terdapat di dalam kepala silinder. Lihat Gambar Foto 2.0.

Gambar Foto 2.0 Aci sesondol

2.2.6 Pandu Injap

Pandu utama aci sesondol ialah tempat batanginjap bergerak. Terdapat dua jenis pandu injap, iaitu pandu injap kamiran dan pandu injap pasang tekan. Jenis kamiran dibuat semasa proses pembuatan kepala silinder sementara jenis pasang tekan ialah sarung yang dipasang pada lubang dalam kepala silinder.

2.2.7 Dudukan injap

Dudukan injap bersama-sama muka injap berfungsi menghasilkan kedap udara. Jenis dudukan injap ialah dudukan kamiran dan dudukan pasang tekan. Dudukan kamiran terdapat pada kepala silinder besi tuang sementara jenis pasang tekan terdapat dalam kepala silinder aloi aluminium. Sudut dudukan injap dalam enjin ialah 45° atau 30°. Lihat Rajah 2.6.

Page 8: Enjin 2 dan 4 Lejang

Rajah 2.6 Pandu injap dan dudukan injap

2.2.8 Pepasangan Injap

Kenderaan menggunakan sama ada injap jenis Popet atau cendawan. Injap diuat daripada proses larikan dan bahagian utamanya ialah muka, batang dan jidar injap. Terdapat dua jenis injap iaitu injap masuk dan injap ekzos. Kepala injap masuk lebih besar daripada kepala injap ekzos. Sesetengah batang injap ekzos mengandungi natrium untuk menyejukkan injap. Sudut muka injap ialah 45° dan 30°. Lihat Rajah 2.7.

Pengadang injap dibuat daripada getah neoprene berfungsi untuk menghalang kemasukan minyak pelincir ke dalam ruang pembakaran.

Pegas injap dibuat daripada keluli pegas dan dibezakan berdasarkan bilangan gelung, ukuran dan ketegangannya.

Rajah 2.7 Pepasangan injap

2.2.9 Panca Rongga Masuk

Panca rongga masuk dibuat daripada aloi aluminium dan dipasang pada kepala silinder. Karburetor atau pemancit dipasang pada panca rongga masuk dan mempunyai saluran yang disambung ke setiap silinder. Campuran udara dan bahan api masuk melalui saluran ini.

2.2.10 Panca Rongga Ekzos

Panca rongga ekzos dibuat daripada besi tuang dan dipasang pada tepi silinder. Semasa injap ekzos terbuka, gas ekzos keluar melalui saluran panca rongga ke paip ekzos.

Page 9: Enjin 2 dan 4 Lejang

2.2.11 Jenis Aci Sesondol

1. Aci Sesondol Atas Tunggal (SOHC).2. Aci Sesondol Atas Kembar (DOHC).

Rajah 2.8 Jenis aci sesondol

2.2.12 Jenis Ruang Pembakaran

Rajah 2.9 Jenis ruang pembakaran

Page 10: Enjin 2 dan 4 Lejang

2.3 UJIAN MAMPATAN

Ujian mampatan dilakukan atas sebab yang berikut:

1. Kuasa enjin berkurangan.2. Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan.3. Penggunaan bahan api yang tinggi.

2.3.1 Jenis Ujian Mampatan

1. Mampatan kering.2. Mampatan basah.

Ujian mampatan basah dilakukan apabila bacaan ujian mampatan kering adalah rendah daripada spesifikasi. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada kebocoran berlaku pada kawasan kepala silinder atau pada bahagian-bahagian bongkah silinder.

2.4 AKTIVITI

2.4.1 Tugasan

1. Mengenal bahagian dan komponen kepala silinder.2. Menanggal kepala silinder enjin dua lejang.3. Menanggal kepala silinder enjin empat lejang.4. Mengenal pengelasan enjin.5. Melakukan ujian mampatan kering dan basah.6. Menganalisis hasil ujian mampatan kering dan basah.

Page 11: Enjin 2 dan 4 Lejang

2.4.2 Peralatan

Alat dan mesin

a) Alat tanganb) Penguji mampatan

Bahan dan kelengkapan

a) Kenderaan yang boleh digunakanb) Enjin empat lejangc) Enjin dua lejangd) Enjin OHCe) Manual woksyopf) Minyak pelincirg) Carta enjinh) Model enjin

2.4.3 Langkah Kerja

1. Merombak rawat kepala silinder enjin dua lejang satu silinder.2. Merombak rawat kepala silinder enjin empat lejang empat silinder.3. Menguji dan merekod ujian mampatan kering dan basah.4. Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum ujian mampatan ialah:

a. Hidup dan panaskan enjin.b. Semua palam pencucuh dikeluarkan.c. Kabel dari gelung penyalaan dibumikan.d. Injap pendikit mesti dibuka penuh semasa ujian.

Cara mengeluarkan but getah palam pencucuh

Page 12: Enjin 2 dan 4 Lejang

5. Ujian mampatan keringa. Pasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh.b. Engkol enjin sehingga jarum tolok mampatan sampai ke kedudukan stabil.c. Ulang semula gerak kerja 1 dan 2 pada semua silinder yang lain.d. Rekodkan semua bacaan.

Memasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh

6. Ujian mampatan basah a. Masukkan sedikit minyak pelincir ke dalam silinder enjin.b. Ulang gerak kerja ujian mampatan kering.

2.4.4 Rekod Ujian Mampatan

Silinder Mampatan kering (a) Mampatan basah (b) (b) - (a)

1

2

3

4