elm3102- hormat.doc

5

Click here to load reader

Upload: eja-hodejah-mt

Post on 20-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ELM3102- Hormat.doc

Tarikh : 03 Mac 2011

Matapelajaran : Pendidikan Moral

Kelas : Tahun

Nilai Utama : Hemah Tinggi

Pecahan Nilai : Kesopanan

Tajuk/ Isu:         Minta kebenaran guru besar.

Nilai sampingan:   Budi pekerti, berbudi bahasa.

Pendekatan:      Pembelajaran Aksi

Teknik:               Tunjuk cara & Simulasi

Objektif:       Pada akhir pengajaran murid-murid akan dapat 

1.    Menunjukan budi bahasa dan bersopan santun semasa berhubung dengan

orang lain.

2.    Memupuk sikap bersopan santun dalam pergaulan antara manusia.

 

Unsur KBKK:  Murid dapat berfikir dan bertindak mengikut situasi

ABM: Gambar dua orang yang sedang berbual-bual

 

 

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Indusi

set

(3 minit)

Bagaimana kita boleh

memulakan

perbualan dengan

seorang yang tidak

dikenali?

Apakah akan anda

lakukan setelah 

menerima bantuan

daripada seseorang?

Sekiranya kita tidak

menghormati orang

lain, apa akan

berlaku?

Guru menanyakan beberapa

orang murid tentang 

reaksi mereka.

gambar

orang

sedang 

berbual-bual

Page 2: ELM3102- Hormat.doc

Langkah

1

(10 minit)

Minta kebenaran guru

besar untuk  balik awal

kerana anda kurang

sihat.

Catatan pemerhatian:-

-apa yang patut

dilakukan  dan tidak

patut dilakukan

-cara masuk ke dalam

bilik G. besar

-memberi salam

-gaya berdiri di

hadapan G. Besar

-cara memulakan

perbualan

-cara minta kebenaran

(berlagak macam

orang  sakit)

-cara meninggalkan

bilik

Aktiviti simulasi

Guru menyusun perlatan

dalam kelas seolah-olah

seperti

pejabat guru besar.

Guru main peranan sebagai

guru besar.

Seorang murid dipilih untuk

berlakon sebagai  pelajar sakit

yang minta kebenaran.

Pelajar lain dibahagikan

kepada kumpulan dan diminta 

membuat catatan tentang

perkara yang disenaraikan

semasa lakonan.

Catatan boleh dibuat dalam

borang pemerhatian 

borang

pemerhatian

Langkah

2

(10 minit)

Aktiviti lakonan

mengikut kumpulan.

Murid boleh main

peranan sebagai guru

besar

Berpandukan catatan yang

dibuat setiap kumpulan akan

melakonkan situasi ini semula.

Kumpulan lain boleh melihat

kelemahan kumpulan yang

beraksi dan  memperbaiki diri

mereka.

Langkah

(5 minit)Tunjuk cara

Guru memberi pandangan

tentang lakonan murid dan

menunjukkan cara yang betul. 

Penutup

(2 minit)

Mengapa kita harus

bersopan santun

apabila

Bersoal jawab dengan murid

Murid dibimbing untuk

membuat rumusan

Page 3: ELM3102- Hormat.doc

berhubung dengan

orang lain?

Refleksi Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran pada hari tersebut telah mencapai objektifnya kerana murid dapat

menggunakan bahasa yang sopan dan bersesuaian dengan situasi, kelakuan

yang betul serta tatacara yang bersopan ketika berhadapan dengan situasi

meminta keizinan daripada guru besar untuk pulang kerana sakit. Ini dapat

dinilai daripada lakonan simulasi yang mereka tunjukkan.

Kekuatan

Mengajar Pendidikan Moral bukanlah mudah kerana ia menuntut kefahaman

yang tinggi di kalangan murid. Kekuatan yang terdapat semasa sesi

pengajaran pada hari tersebut ialah pendekatan yang digunakan iaitu

meminta murid melakonkan aksi yang sopan ketika meminta kebenaran untuk

pulang ke rumah daripada guru besar. Lakonan tersebut dapat diaplikasikan

sekiranya mereka menghadapi situasi sebenar. Pertuturan dan tingkah laku

yang sopan diharapkan dapat menjadi amalan murid ketika berhadapan

dengan orang yang lebih dewasa.

Kelemahan

Kelemahan yang dikenalpasti daripada sesi pengajaran pada hari tersebut

ialah ada dikalangan murid yang tidak melengkapkan boring pemerhatian. Ini

mungkin disebabkan oleh mereka tidak faham tentang apa yang perlu ditulis

dalam borang pemerhatian tersebut. Perkara tersebut dapat diatasi dengan

guru member penerangan yang jelas tentang cara melengkapkan borang

pemerhatian tersebut. Guru juga boleh menggunakan borang pengurusan

grafik

Page 4: ELM3102- Hormat.doc