ekonomi merupakan satu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat atau perlakuan manusia menggunakan...

2
1) Ekonomi merupakan satu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat atau perlakuan manusia menggunakan faktor pengeluaran ( sumber ekonomi ) yang terhad untuk memaksimumkan kehendak manusia yang tidak terhad. Antara contoh sumber ekonomi ialah buruh. Buruh ialah individu yang menawarkan tenaga secara mental dan fizikal untuk menghasilkan output (contoh : buruh mahir, separuh mahir, tak mahir). Tanah juga adalah merupakan sumber ekonomi yang mana ianya merupakan sumber alam semulajadi yang merangkumi sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi (contoh : hutan, galian). Selain itu, modal juga merupakan sumber ekonomi kerana modal merupakan barang yang dikeluarkan dan digunakan sebagai input bagi mengeluarkan barangan lain (contoh: bangunan, mesin, jentera). Usahawan iaitu individu yang mempunyai kemahiran mengabungkan sumber-sumber ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan juga adalah merupakan sumber ekonomi. Menurut Abraham Maslow (ahli ekonomi), ekonomi adalah salah satu bidang yang menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui penggemblengan segala sumber ekonomi yang ada dengan berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang dianggap efektif dan efisien. 2) Maksud pertumbuhan dari segi ekonomi ialah pertambahan di dalam pendapatan sebenar negara. Pertumbuhan akan diukur dengan melihat kadar per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ), pendapatan purata, pengagihan pendapatan juga pertambahan dan bilangan rumah, sekolah,dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya, jika bercakap soal pertumbuhan dari aspek ekonomi, ianya tidak akan dapat lari daripada dikaitkan dengan keluaran dalam negara dan seterusnya akan memberi kesan terhadap pendapatan negara. Kedua-dua aspek ini amat berkait rapat dengan maksud pertumbuhan. 3) Pembangunan ialah sebagai satu proses pelbagai dimensi yang mana melibatkan pembentukan serta penyesuaian semula sistem ekonomi dan sosial. Pembangunan ekonomi bukan sahaja tertumpu kepada pertumbuhan tingkat pendapatan per kapita semata-mata tetapi juga melibatkan pembangunan sumber tenaga manusia, kecekapan penduduk dalam menyediakan barangan yang diperlukan, perubahan sikap dan pertalian sosial, diikuti dengan peningkatan taraf hidup

Upload: shazlina-sahrizal

Post on 17-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ekonomi

TRANSCRIPT

1) Ekonomi merupakan satu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat atau perlakuan manusia menggunakan faktor pengeluaran ( sumber ekonomi ) yang terhad untuk memaksimumkan kehendak manusia yang tidak terhad. Antara contoh sumber ekonomi ialah buruh. Buruh ialah individu yang menawarkan tenaga secara mental dan fizikal untuk menghasilkan output (contoh : buruh mahir, separuh mahir, tak mahir). Tanah juga adalah merupakan sumber ekonomi yang mana ianya merupakan sumber alam semulajadi yang merangkumi sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi (contoh : hutan, galian). Selain itu, modal juga merupakan sumber ekonomi kerana modal merupakan barang yang dikeluarkan dan digunakan sebagai input bagi mengeluarkan barangan lain (contoh: bangunan, mesin, jentera). Usahawan iaitu individu yang mempunyai kemahiran mengabungkan sumber-sumber ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan juga adalah merupakan sumber ekonomi. Menurut Abraham Maslow (ahli ekonomi), ekonomi adalah salah satu bidang yang menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui penggemblengan segala sumber ekonomi yang ada dengan berasaskan prinsip serta teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang dianggap efektif dan efisien.

2) Maksud pertumbuhan dari segi ekonomi ialah pertambahan di dalam pendapatan sebenar negara. Pertumbuhan akan diukur dengan melihat kadar per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ), pendapatan purata, pengagihan pendapatan juga pertambahan dan bilangan rumah, sekolah,dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya, jika bercakap soal pertumbuhan dari aspek ekonomi, ianya tidak akan dapat lari daripada dikaitkan dengan keluaran dalam negara dan seterusnya akan memberi kesan terhadap pendapatan negara. Kedua-dua aspek ini amat berkait rapat dengan maksud pertumbuhan.

3) Pembangunan ialah sebagai satu proses pelbagai dimensi yang mana melibatkan pembentukan serta penyesuaian semula sistem ekonomi dan sosial. Pembangunan ekonomi bukan sahaja tertumpu kepada pertumbuhan tingkat pendapatan per kapita semata-mata tetapi juga melibatkan pembangunan sumber tenaga manusia, kecekapan penduduk dalam menyediakan barangan yang diperlukan, perubahan sikap dan pertalian sosial, diikuti dengan peningkatan taraf hidup dan kebajikan. Pembangunan juga bermatlamat menentukan usaha pembangunan yang berterusan dan tidak memusnah dan memupuskan sumber asli.