eia

13
EIA OBJEKTIF EIA Objektif EIA adalah untuk mengkaji dan memilih pilihan projek yang terbaik daripada projek yang ada, mengenalpasti pelan-pelan pembetulan dan langkah-langkah kawalan terhadap pencemaran yang terhasil daripada projek yang hendak dijalankan, meramal kesan-kesan alam sekitar yang boleh terhasil apabila sesuatu projek dijalankan, mengetahui signifikasi kesan-kesan yang terhasil daripada sesuatu projek sama seperti apa yang diramal sebelum projek dimulakan serta mengenalpasti kos dan keuntungan yang diperolehi apabila projek ini dijalankan dan keuntungan yang boleh diperolehi oleh masyarakat. 1

Upload: akakkkkk

Post on 11-Jun-2015

1.100 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EIA

EIA

OBJEKTIF EIA

Objektif EIA adalah untuk mengkaji dan memilih pilihan projek yang terbaik daripada

projek yang ada, mengenalpasti pelan-pelan pembetulan dan langkah-langkah kawalan

terhadap pencemaran yang terhasil daripada projek yang hendak dijalankan, meramal

kesan-kesan alam sekitar yang boleh terhasil apabila sesuatu projek dijalankan,

mengetahui signifikasi kesan-kesan yang terhasil daripada sesuatu projek sama seperti

apa yang diramal sebelum projek dimulakan serta mengenalpasti kos dan keuntungan

yang diperolehi apabila projek ini dijalankan dan keuntungan yang boleh diperolehi oleh

masyarakat.

1

Page 2: EIA

KEPENTINGAN

EIA berfungsi sebagai peralatan yang digunakan untuk mencegah atau mengurangkan

masalah berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, kepentingan adalah untuk

mengelakkan kesilapan terutamanya kesilapan yang menyebabkan kerosakan pada alam

sekitar dan perlu menyediakan laporan membabitkan kesan kepada alam sekitar yang

mengandungi laporan berkaitan penilaian bagaimana untuk meminimumkan kesan dan

meningkatkan kesan terhadap alam sekitar. EIA juga menjamin bahawa projek-projek

yang dijalankan adalah berlandaskan kepentingan alam sekitar serta memastikan pemaju

sesuatu projek mengetahui tanggungjawab mereka ke atas kepentingan alam sekitar dan

projek yang dijalankan akan mematuhi standard alam sekitar yang ditetapkan. EIA juga

bertanggungjawab menyediakan satu sistem pengurusan alam sekitar yang lebih baik.

2

Page 3: EIA

KONSEP EIA

Konsep-konsep yang terdapat dalam EIA ialah mengetahui keperluan projek, iaitu

penerangan mengapa projek yang dicadangkan perlu dijalankan dan mengetahui sama

ada suatu projek itu memenuhi keperluan penduduk sekitar atau tidak. Pilihan projek juga

merupakan konsep yang terdapat dalam EIA, di mana pilihan projek perlu dilakukan

untuk mengurangkan implikasi apabila pembangunan sesuatu projek itu dijalankan.

Kedudukan projek yang sedia ada juga perlu diambil kira bagi mengurangkan kesan

pencemaran. Jika tiada pilihan projek, maka “no project option” harus dicatat di dalam

dokumen Penilaian Kesan Alam Sekeliling. Selain itu, pemilihan langkah-langkah

kawalan dan langkah pembetulan juga merupakan konsep EIA yang ada di mana pemaju

projek perlu menyenaraikan beberapa langkah kawalan yang difikirkan sesuai untuk

mengurangkan atau mengubah kesan-kesan alam sekitar yang tehasil. Data-data berkaitan

alam sekitar perlu dikumpulkan untuk memastikan dengan jelas kesan-kesan alam sekitar

yang boleh diramal. Pengumpulan data perlulah daripada keadaan alam sekitar yang sedia

ada. Data-data yang diambil boleh diperolehi daripada agensi-agensi awam dan swasta

ataupun daripada penyelidikan. Penglibatan orang ramai adalah untuk mengetahui

keperluan mereka terhadap projek yang dijalankan dan dapat memastikan projek yang

dijalankan dapat memenuhi keperluan mereka. Ia juga dapat mengukur penerimaan orang

ramai terhadap projek yang dijalankan.

3

Page 4: EIA

PROSEDUR EIA

Pemberitahuan projek-projek yang tertakluk kepada Perintah EIA sebagai langkah

proaktif, Jabatan Alam Sekitar meneruskan usaha menyenaraikan projek-projek yang

tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling sebagaimana yang

dimaklumkan oleh pihak pencadang projek ataupun yang dilaporkan oleh media massa

walaupun tiada keperluan mengenai pemberitahuan ini.

Pada tahun 1995, sejumlah 1705 cadangan projek yang tertakluk kepada Perintah

Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling telah diawasi berbanding dengan hanya 344

projek dalam tahun 1994. Antara projek yang paling banyak dicadangkan ialah untuk

aktiviti pembangunan kemudahan rekreasi dan tempat peranginan (19%), kuari (18%),

infrastruktur (12%), perumahan (10%) dan industri (9%).

4

Page 5: EIA

SEMAKAN LAPORAN

Bilangan laporan EIA yang diterima pada tahun 1995 telah meningkat sebanyak 16

peratus berbanding dengan tahun1994. Daripada 348 laporan yang diterima, sebanyak

339 adalah laporan awal EIA, satu laporan terperinci EIA dan 8 laporan analisa risiko

yang berkaitan dengan kemudahan berbahaya.

Semenjak Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan

Kepada Alam Sekeliling) dikuatkuasakan pada 1 April 1988, sehingga 31 Disember

1995, bilangan laporan EIA yang telah diterima adalah berjumlah 1444 dan daripada

jumlah itu, sebanyak 1363 (94%) adalah laporan awal EIA, 62 (4%) laporan analisa

risiko, 8 laporan terperinci EIA dan selebihnya iaitu sebanyak 11 laporan bagi cadangan

pembangunan yang dijalankan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

5

Page 6: EIA

Keluasan Tanah : 50 Hektar.Syarikat Pemaju : DAS 1 Properties LimitedTempoh : 8 bulan.Kos Projek : Rm 13 Juta Kontraktor : Pua Chu Kang Building CoTender Projek : Kerajan Malaysia

Kawasan Berhampiran

Dengan :

Sg Setia

KawasanPerhutanan

Flora & FaunaKebun Sayur

6

Page 7: EIA

Pencemaran Sedia Ada :

Tanah

Terhasil daripada aktiviti pembajaan di kebun sayur yang mengunakan baja

organik

sebagai bahan utama pembajaan.

Sifat kimia bahan organik yang boleh melembutkan tanah boleh menyebabkan

kakisan atau hakisan tanah boleh berlaku sama ada dilereng bukit hutan mahupun

ditebing Sungai Setia.

Air

Kawasan perumahan Setia yang berhampiran dengan Sg Setia dapat

mencemarkan

ekosistem sungai terbabit, apabila sisa domestic dari kawasan perumahan tersebut

dilepaskan tanpa dirawat terlebih dahulu.

Sisa yang terdiri daripada sisa pepejal seperti sampah dan air sisa dapat

memusnahkan

sebahagian hidupan akuatik dan pertumbuhan alga berlaku dengan cepat dan

banyak.

Udara

Bau busuk baja organik yang terdiri daripada najis haiwan, akibat aktiviti

pertanian yang

dilakukan di Kebun Sayur memburukkan kawasan sekitarnya.

Asap dari kilang yang pesat aktivitinya di sekitar telah menyebabkan berlakunya

penurun indeks kualiti udara di kawasan sekitarnya.

Bau busuk yang terhasil dari sungai yang dicemari sisa domestik yang merebak di

sekitar kuala sungai.

7

Page 8: EIA

DAS 1 PROPERTIES LIMITED

Asap Kilang Sekitar Sg Setia.

8

Page 9: EIA

Kesan-kesan Akibat Pembinaan:

Tanah

Kawasan sekitar banyak diterokai.

Penarahan tanah dan peneresan bukit berlaku.

Kerja-kerja membuat penahan kontur dijalankan.

Air

Penebangan hutan yang berlaku di hulu sungai menyebabkan air sungai

menjadi keruh akibat hakisan tanah.

Pengunjung yang mengunjungi pusat reakreasi akan membuang

sampah di kawasan sekitar sungai.

Pembuangan sisa komersial oleh premis atau café yang akan dibina.

Bunyi

Semasa projek dijalankan terdapat bunyi bising alatan atau mesin yang sedang

beroperasi yang boleh menganggu kawasan sekitarnya.

9

Page 10: EIA

Langkah-langkah Mengatasi Masalah:

Tanah

Mengehadkan kawasan pembinaan.

Melakukan penanaman pokok atau rumput di sekitar lereng bukit

sebagai pasak bumi.

Melakukan penanaman semula dengan membina tapak semaian bagi tujuan

mengganti semula kawasan hutan yang telah ditebang.

Air

Membuat benteng di tebing-tebing sungai bagi mengelakkan hakisan tanah.

Menyediakan pusat pembuangan sampah dan tempat membuang sampah disekitar

taman reakreasi kepada pengunjung.

Membuat kerjasama dua hala dengan Jabatan Perparitan dan Saliran bagi

memantau keadaan sungai secara berkala.

Bunyi

Pengoperasian kerja-kerja pembinaan perlu dijalankan mengikut jadual yang telah

ditetapkan.

Udara

Mengadakan kerjasama dua hala dengan Jabatan Alam sekitar dan pihak berwajib

yang lain bagi memantau keadaan dan indeks udara dikawasan sekitarnya dari

masa kesemasa supaya berkeadaan terkawal.

10

Page 11: EIA

Model Tasik Buatan Dan Sekitarnya.

Antara kemudahan yang disediakan dalam projek ini ialah :

1. Kolam renang

2. Pusat sukan indoor dan outdoor.

3. Aktiviti air (tasik)

4. Masjid

5. Kafe

6. Pusat hiburan

7. Taman tema

8. Kawasan penanaman semula, flora

9. Rumah tumpangan

10. Laluan berjoging dan gimnasium.

11

Page 12: EIA

12