eem421

Upload: amirulamir

Post on 03-Mar-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A

a)Pendidikan - aspek penting dalam pembinaan negara-bangsa. Institusi sekolah tempat bermula segala-galanya. Harapan dan jangkaan yang tinggi masyarakat terhadap sekolah Pembentukan sekolah berkesan semuanya direalisasikan oleh pemimpin yang berwawasan dan proaktif. Seorang guru akan mengetahui ciri-ciri keguruan daripada unit ini.

Ciri-ciri keguruan seperti pekerja yang profesional tidak perlu arahan/penyeliaan yang rapi , tidak menganggap dirinya penolong bos , tidak bekerja terlalu ikut waktu yang tetap , membuat keputusan sendiri , sentiasa memperbaiki diri , sentiasa memberi sumbangan idea, menghormati sesuatu yang peribadi , kerja kuat dan smart , bertanggungjawab dan setia kepada organisasi , bekerja mengikut peraturan , sensitif kepada persekitaran , bangga dan seronok dengan tugas menjadikan saya seorang guru yang berwibawa.

Melalui unit ini , saya tahu seorang guru hendaklah mempunyai sifat halim lemah-lembut, sopan-santun, boleh menguasai diri, dapat melayani muridnya dengan penuh perhatian dan sabar dan tidak lekas berang dengan perkara-perkara kesilapan kecil.

Guru juga mestilah menjaga kehebatan dan kehormatan diri dengan tidak melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya, sama ada dalam pakaian, perbuatan dan percakapannya. Guru perlu merasa dirinya sebagai bapa atau ibu dalam menghadapi muridnya. Guru mesti sayangkan muridnya seperti mana mereka sayangkan anak-anak sendiri, dengan itu mudahlah murid itu menerima pendidikan dan bimbingan guru.

Selain etika keguruan , unit ini juga membincangkan tentang peraturan peraturan pendidikan Malaysia. pihak kementerian juga telah membuat peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap sekolah. Dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 Menteri telah meggubal peraturan-peraturan yang dinamakan Peraturan-peraturan Pendidikan yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.

Tujuan peraturan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal tingkah laku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ini kerana sekiranya terdapat gangguan dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung ia juga membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai-nilai murni ini adalah penting bagi para pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam alam kehidupan yang sebenar.

Bagi golongan guru hendaklah kelihatan kemas dan sesuai semasa bertugas di sekolah. Golongan ini tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah. Selain itu pemakaian pakaian formal juga diwajibkan ketika berlangsungnya majlis-majlis rasmi sekolah. Bagi rambut pula guru lelaki adalah dilarang untuk mempunyai potongan rambut yang melebihi kolar baju dan haruslah kelihatan kemas kerana guru merupakan contoh yang paling dekat dengan murid.

Unit ini memberi pendedahan kepada guru serba sedikat tentang peraturan 3A , peraturan 3B , peraturan 3C dan peraturan 4(1). Daripada peraturan 3A , contohnya jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama 7 hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima (AT) kepada pegawai di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya melaporkan diri untuk bertugas dengan segera.Jika surat itu telah dapat diserahkan, Ketua Jabatan hendaklah sama ada pegawai itu telah hadir bertugas semula atau tidak, mengemukakannya suatu laporan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) untuk diambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu Jika surat itu tidak dapat diserah/surat AT dikembalikan tidak terserah,Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada PBT yang mempunyai bidang kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai itu.

Peraturan 3B pula mengenai pemberian aku janji. Seorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan pegawai awam yang melibatkan perlantikan , kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan. Jika tidak diberi aku janji perlantikan tersebut secara langsungnya dibatalkan oleh pihak berkuasa. Disini jelaslah betapa pentingnya seorang guru mengetahui tentang peratutaran peraturan pendidikan.

Peraturan 3C pula memberi pendedahan kepada saya mengenai pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan disifatkan sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 4(1) pula mengenai pelanggaran peraturan. Pelanggaran peraturan seperti sesiapa yang membocorkan rahsia kerajaan , menjadi anggota jemaah islamiah , bersuhabat dengan musuh negara , menyertai kesatuan Militan Malaysia dan memburuk-burukkan serta memperkecilkan dasar dan tindakan kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu seorang penjawat awam tidak boleh melakukan pelanggaran tersebut. Dalam unit ini seseorang guru juga dapat memahami tentang perkara-perkara yang tidak dibenar dilakukan oleh penjawat awam dan larangan-larangan kepada penjawat awam.b)

Tujuan etika dibentuk pada amnya adalah digunakan untuk diri sendiri dan masyarakat di sekelilingnya. Kod etika profesional adalah salah satu alat kawalan sosial yang digunakan sebagai satu panduan dalaam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Ianya berfungsi sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih baik dan lebih teratur. Dalam pendidikan seringkali diterapkan perlakuan dan amalan yang baik kepada pelajar agar mereka dapat mengamalkannya sepanjang hayatnya.

Namun terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang itu melanggar etika seperti faktor pengaruh keluarga (family influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (life experience), nilai peribadi dan prinsip moral (personal value and morals) dan faktor keadaan (situation factors). Seringkali apabila sesebuah organisasi berdepan dengan masalah etika, maka jalan terakhir untuk menyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada undang-undang untuk mengawal keadaan tersebut.

Undang-undang boleh dikatakan sebagai satu kod atau tatacara dalam menjelaskan prosedur atau perlaksanaan sesuatu perkara dengan cara yang betul . Undang-undang juga dikatakan sebagai satu set peraturan yang digunakan sebagai satu garis panduan dalam sesuatu komuniti . Undang-undang secara amnya boleh juga dikatakan sebagai satu pantang larang atau sekatan terhadap perbuatan yang dilakukan yang membolehkan hukuman diberikan kepada individu yang melanggar sekatan yang telah ditetapkan. Dalam melihat etika individu ini, undang-undang digunakan bagi memperlihatkan bagaimana fungsi undang-undang ini yang menjadikannya sebagai satu kayu ukur dalam melihat etika individu tersebut. Proses serta penawaran dalam undang-undang itu sendiri menjadikan keputusan yang dibuat boleh dipengaruhi dan Etika seseorang individu boleh dipengaruhi oleh undang-undang melalui apa yang ditawarkan dalam undang-undang tersebut. Hal ini kerana, sesuatu yang diperlukan akan melibatkan pengorbanan bagi mendapatkan sesuatu. Dalam hal ini, ianya memperlihatkan bahawa, sekiranya undang-undang tersebut memberikan kesan kepada individu tersebut maka etika individu tersebut akan dipengaruhi oleh undang-undang tersebut. Hal ini akan memberikan satu sekatan terhadap etika individu tersebut, khususnya dalam membuat keputusan moral. Sekiranya undang-undang yang dipengaruhi oleh etika individu tersebut ianya boleh dilat dari aspek pembuat atau penggubal undang-undang, yang juga boleh dikatakan bahawa undang-undang yang digubal atau diwujudkan akan berubah dan beradaptasi terhadap isu kontemporari etika individu tersebut. Perkara ini juga boleh dilihat dalam dua aspek yakni undang-undang yang bertulis dan juga undang-undang yang tidak bertulis. Jika melihat kepada undang-undang yang bertulis, ianya akan melihat kepada penggubalan akta, enakmen dan ordianan di sesebuah negara. Ianya digubal bertujuan bagi mengawal keamanan dan keselamatn sesebuah negara. Melalui undang-undang bertulis ini,ianya mempunyai kuasa autoriti yang agak kuat dan boleh dikaitkan dengan konsep autoritarian. Konsep ini cukup mudah di mana seorang individu sahaja yang akan bertanggungjawab dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam pembentukan etika individu, ianya mungkin mempengaruhi individu untuk lebih beretika, bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada masyarakat sekeliling kerana, dengan adanya undang-undang bertulis ini, ianya akan menjalankan kuasa undang-undang mengikut yang telah diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Namun begitu, ianya akan melibatkan perbicaraan bagi tujuan pembuktian. Dalam aspek undang-undang yang bertulis ini, ianya boleh dikatakan bahawa ianya digubal bagi menyekat sesuatu perbuatan atau tindakanan sama ada secara fizikal mahupun mental bagi memastikan keamanan sesuatu negara

c)

Pendidikan beretika sewajarnya bermula dari rumah hinggalah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal yang demikian, pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Perkembangan Kurikulum yang berkait rapat dengan pendidikan perlu memberi perhatian sewajarnya bagaimana pendidikan beretika ini boleh dilaksanakan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Di peringkat rendah seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), pendidikan Moral, Pendidikan Islam perlu dikemaskini dengan menekankan kepentingan etika dan akhlak. Guru sebagai pemangkin ilmu yang menyalurkan ilmu dan didikan terhadap semua pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dan moral dalam pengajaran dan pembelajaran sudah pasti dapat membentuk etika yang diingini untuk masa akan datang.

Begitu juga ketika berada di pusat pengajian tinggi, pendidikan beretika ini perlu diterapkan lebih awal dan diwajibkan kepada setiap graduan. Dengan adanya pendidikan beretika ini dapat membimbing graduan untuk keluar berhadapan dengan realiti kehidupan yang kompleks. Pendidikan beretika ini juga dapat mendidik seseorang itu berfikir dengan waras dan menentukan sesuaatu perbuatan yang dilakukan sama ada baik atau buruk.

Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia menekankan prinsip rukun negara yang menitikberatkan etika kepada setiap warganegara selaras dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dengan adanya pendidikan beretika ini sudah pasti dapat membentuk masyarakat Malaysia yang dikehendaki mengikut fahaman agama masing-masing yang menekankan lebih kepada kebaikan. Sebagai contoh, orang Islam perlu menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah agar tidak terpesong akidah dan akhlaknya. Justeru dapat membentuk sebuah masyarakat Madani (moden berteraskan Al-Quran).

Bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Moral dan Pendidikan Islam, masa pengajaran perlu ditambah dan pengisian isi pelajaran lebih berfokus kepada pendidikan beretika. Ini boleh diterapkan dalam aktiviti berkumpulan, pembelajaran kolaboratif dan sebagainya. Bukan itu sahaja, matapelajaran lain juga boleh diserapkan unsur etika dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu memperluaskan kempen dan poster bagi mempromosikan etika dalam organisasi seperti pemakaian lencana saya anti rasuah yang dipakai oleh setiap anggota Polis Di Raja Malaysia. Ini bertujuan untuk menyedarkan kedua-dua pihak bahawa rasuah adalah amalan yang terkutuk dan perlu dibenteras.

Aktiviti kemasyarakatan mahupun organisasi seperti ceramah, forum, seminar, pameran dan sebagainya perlu sentiasa menyelitkan unsur-unsur positif dan beretika dalam program yang dilaksanakannya seperti ceramah agama. Selain itu media massa dan media elektronik perlu beretika dalam menyalurkan maklumat kepada umum kerana kedua-dua media ini mempunyai pengaruh yang besar dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.

Selain itu badan kerajaan seperti Kementerian Penerangan Malaysia perlu memainkan peranan yang penting mempertingkatkan penyaluran bahan media dan maklumat kepada segenap lapisan masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepada sesebuah organisasi sahaja. Contohnya penerangan kempen Bersih, Cekap dan Amanah perlulah diwar-warkan secara langsung dan berterusan agar sentiasa menjadi pedoman kepada setiap anggota masyarakat.

Badan Perundangan perlu mewartakan setiap Akta agar diketahui umum. Sebagai contoh, penguatkuasaan undang-undang mampu membenteras kegiatan rasuah. Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman seperti sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkan tanpa mengira status dan kedudukan seeorang pesalah.

Aspirasi kerajaan untuk modal insan yang cemerlang pada masa hadapan dengan melibatkan remaja dalam program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana telah terbukti pengisiannya lebih kepada penerapan nilai-nilai moral dan membentuk individu yang lebih beretika menerusi prgramnya iaitu khidmat Masyarakat. Tambahan program-program seperti ini membentuk seseorang individu itu mempunyai jati diri yang kuat.

Bagi seseorang individu yang bakal menyertai alam pekerjaan, mereka perlu bersedia dan menerapkan latihan etika yang mencukupi dalam dirinya. Sebagai contoh, untuk memaski bidang perguruan, setiap calon perlu menjalani ujian UKELP untuk menilai sejauh mana nilai dan sahsiah yang ada dalam diri seseorang individu tersebut. Selain itu sebagai orang Islam perlu mendalami ilmu agama yang mendalam sebagai benteng dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam era globalisasi masa kini. Ini adalah kerana pengaruh dan desakan hidup sering mempengaruhi pegangan dan etika yang ada dalam diri mereka. Contohnya jenayah kolar putih dan jenayah ekonomi berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset, penipuan cek dan kad kredit, pengubahan wang haram dan sebagainya. Ini termasuk dalam salah satu 5 faktor yang membentuk etika individu iaitu faktor keadaan ( situation factors)

BAHAGIAN B

Menurut perspektif Barat, etika Islam dikategorikan sebagai etika keagamaan (religious ethics). Namun, hakikat sebenarnya konsep dan skop etika Islam lebih jauh daripada itu. Ia tidak terhad kepada hal-hal keagamaan sahaja, tetapi ruang lingkupnya merangkumi segenap urusan kehidupan manusia.Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat.Terdapat empat kriteria yang menjadikan etika Islam ini cukup unik dan tersendiri.

Pertama ialah dari segi sumber asasnya. Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Quran dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan juga pengalaman manusia. Namun, akal, naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan dengan bimbingan wahyu al-Quran dan al-Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber kemanusiaan ini menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan manusia.

Berbeza dengan etika Barat, sumber pembentukannya adalah bergantung penuh kepada akal, naluri dan pengalaman manusia. Keupayaan ketiga-tiga sumber tersebut amat terbatas. Ketiga-tiga sumber tersebut seringkali dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti warisan adat tradisi, tekanan pihak tertentu dan hawa nafsu. Hal ini menyebabkan para moralis Barat cenderung untuk mengetengahkan teori mengikut pertimbangan peribadi dan pemahaman yang berbeza-beza. Perbezaan fahaman ini adalah berpunca daripada kegagalan akal, naluri dan pengalaman membuat suatu penilaian yang seragam dan bersifat sejagat yang boleh diterima oleh semua pihak.

Kedua ialah dari segi skopnya. Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan praktis (majal al-`amal). Ia tidak hanya melibatkan pemikiran teoritis para ulama silam dalam pelbagai bidang ilmu, bahkan turut diperincikan dalam bentuk praktikal berhubung kelakuan manusia itu sendiri. Akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan model ikutan yang paling tepat. Baginda mempraktikkan tuntutan akhlak Islam dalam pengurusan diri, rumahtangga, masyarakat mahupun pentadbiran negara. Gandingan aspek teori dan praktis ini menjadikan etika Islam cukup lengkap untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.Ketiga ialah dari segi rangkuman nilainya. Nilai-nilai dalam etika Islam merangkumi pelbagai aspek dan dimensi. Bersesuaian dengan sifat Penciptanya yang memiliki segala kesempurnaan, maka nilai-nilai yang digubal-Nya melambangkan keagungan-Nya, menepati fitrah semulajadi manusia dan mesra sepanjang zaman. Sesuatu yang dikategorikan sebagai baik atau buruk, betul atau salah itu akan kekal dan diterimapakai oleh umat manusia sepanjang masa. Ini berbeza dari teori etika Barat yang sentiasa berubah-ubah dan hanya diterimapakai bagi suatu tempoh masa tertentu sahaja.Dari sudut kategori nilai, etika Islam meliputi nilai positif (ijabiyah) dan nilai negatif (salbiyah). Nilai positif merujuk kepada nilai yang memberi kesan baik kepada hati dan diri manusia serta dituntut untuk diamalkan. Nilai negatif pula meninggalkan kesan yang kurang baik dan wajar dihindari kerana mendatangkan kemudharatan kepada banyak pihak. Dari aspek hubungan, etika Islam mengambilkira nilai-nilai dalam hubungan manusia dengan Pencipta (habl min Allah), hubungan sesama manusia (habl min al-nas) dan hubungan dengan alam sejagat. Dari segi skop nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan batin (kejiwaan) manusia. Etika Islam diinterpretasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu melalui penampilan, sikap, perlakuan dan bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui hati.

Keempat ialah dari segi faktor kepatuhannya. Asas kepatuhan Muslim terhadap etika Islam juga cukup unik. Sesuatu itu bukanlah baik dan buruk secara semulajadi (zatnya), tetapi Allah s.w.t. yang menetapkan baik atau tidak sesuatu perkara itu. Maka, faktor yang menggalakkan kepatuhan kepada etika Islam adalah ketaatan dan kepatuhan kepada ajaran Islam itu sendiri. Segala nilai yang dianjurkan oleh Islam dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan penuh keyakinan, iltizam dan kerelaan hati, bukan disebabkan oleh peraturan kerja ataupun arahan ketua atasan.Keempat-empat kriteria di atas memperlihatkan keunikan dan keunggulan etika Islam sejajar dengan kesyumulan ajaran Islam. Paling menarik, ia memperlihatkan keupayaan etika Islam untuk mengurus multidimensi kehidupan manusia. Di samping memperoleh kebaikan di dunia, ia turut menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak (al-falah). Ia ternyata jauh lebih baik daripada etika Barat yang jelas menafikan hak Allah s.w.t., mengabaikan pembangunan dalaman diri manusia dan hanya berorientasikan keduniaan. Persoalannya, adakah etika Islam berbeza sama sekali dengan etika Barat? Apakah wujud persamaan antara keduanya?

Apabila etika dan moral dihubungkan maka boleh dikatakan bahawa antara etika dan moral mempunyai objek yang sama iaitu sama-sama membincangkan tentang perbuatan manusia untuk selanjutnya di tentukan kedudukannya baik atau buruk. Tolak ukur yang di gunakan dalam moral untuk mengukur tingkah laku manusia adalah adat istiadat, kebiasaan, dan lain-lain yang berlaku di masyarakat.

Menurut Ibnu Arabi hati manusia itu boleh baik dan buruk, kerana di dalam diri manusia terdapat 3 nafsu:

Syahwaniyah

Nafsu ini ada pada diri manusia dan binatang iaitu nafsu pada makanan istimewa (makanan, minuman) dan syahwat jasmani. Apabila manusia tidak mengawal nafsu ini maka manusia tidak ada bezanya dengan binatang.Al-Ghadabiyah

Nafsu ini juga ada pada diri manusia dan binatang, cenderung pada marah, merosakkan, cita-cita dan senang menguasai dan mengalahkan orang lain serta lebih kuat di banding dengan syahwaniyah dan berbahaya jika tidak dikawal.

Al-Nathiqah

Nafsu yang membezakan manusia dengan binatang. Nafsu ini mampu membuat berzikir, mengambil hikmah, memahami fenomena alam dan manusia menjadi agung, besar cita-citanya, kagum terhadap dirinya hingga bersyukur kepada Allah. Yang menjadikan manusia dapat mengendalikan 2 nafsu di atas dan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk

Manfaat etika, moral dan akhlak dalam kehidupan

a) Menjadikan insan yang lebih taqwa kepada Allah.

b) Dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

c) Memperbaiki tingkah laku manusia untuk menjadi peribadi yang baik.

d) Mengetahui kesan positif hidup rukun dalam kehidupan.

e) Memahami pentingnya arti persatuan di dalam kehudipan.

f) Menumbuhkan kesedaran peribadi untuk membentuk rasa kebersamaan dalam kehidupan sosial.

g) Boleh bertindak mahmudah iaitu berakhlak terpuji dan mampu mennghindari akhlak madzmumah.Ajaran Konfusianisme atau Confucius (juga: Kong Fu Tze atau Confucius) dalam bahasa Cina, istilah asalnya adalah Rujiao yang bererti agama dari orang-orang yang lembut hati, terpelajar dan berbudi luhur. Konfusianisme mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Penganutnya diajar supaya tetap mengingat nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. Ajaran ini merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. Confucius tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi hanya yang patut disembah, bukan menyembah barang-barang keramat atau penunggu yang tidak patut disermbah, yang dipentingkan dalam ajarannya adalah bahawa setiap manusia perlu berusaha memperbaiki moral.

Ajaran falsafah ini diasaskan oleh Confucius atau Konfusious yang dilahirkan pada tahun 551 SM Chiang Tsai yang saat itu berusia 17 tahun. Seorang yang bijak sejak masih kecil dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun, Kong Hu Cu banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Ia meninggal dunia pada tahun 479 SM.

C. Etika Confucianisme

1. Kebenaran - Yi

Yi umumnya ditafsirkan sebagai menjunjung tinggi kebenaran, keadilan, kewajiban dan kepantasan. Menurut Fung Yu lan Yi bererti keadaan yang seharusnya berlaku yang merupakan amar tanpa syarat. Setiap orang mempunyai hal-hal tertentu yang seharusnya ia lakukan demi hal-hal itu sendiri yang ditinjau dari sisi moral merupakan perkara yang harus dikerjakan kerana benar. Jika orang mengerjakan hal itu kerana pertimbangan lain terletak diluar bidang moral, walaupun ia mengerjakan apa yang seharusnya dikerjakan, namun perbuatannya tersebut tidak lagi merupakan perbuatan yang adil / lurus. Hal ini dapat kita simak dari perkataan Confucius sendiri, "Seorang Junzi hanya mengerti akan kebenaran, sebaliknya seorang rendah budi hanya mengerti akan keuntungan".2. Cinta Kasih - Ren

Menurut Confucius manusia yang bermaruah adalah manusia yang mempunyai 'Ren' atau Cinta Kasih. Konsep 'Ren' merupakan pusat kualiti moral manusia intisari dari cinta terhadap sesama, perikemanusiaan, hati nurani, keadilan, dan kasih sayang. Aksara China untuk Ren () dibentuk dari kata Ren ( = manusia) dan kata Er ( = dua) yang artinya hubungan antara dua manusia atau hubungan manusia dengan manusia berdasarkan kemanusiaan yang sama atau perikemanusiaan atau cinta kasih. Dalam Confucianisme "Ren 'adalah idealisme moral tertinggi yang melandasi etika moral lain yang ingin dicapai iaitu Kebenaran (Yi), Kesusilaan (Li), Bijaksana (Zi), dan Boleh Dipercayai (Xin).

Ketika Fan Chi (murid Confucius) bertanya tentang 'Ren', Confucius menjawab, "Cintailah manusia". "Seorang yang mempunyai Ren ingin dapat tegak, maka berusaha agar orang lainpun tegak: ia ingin maju, maka berusaha agar orang lainpun maju.". Juga yang diri sendiri tidak mahu hendaklah jangan diberikan kepada orang lain. Kepada Zi Zhang, Confucius berkata, "Ren adalah kesanggupan untuk mencapai lima perkara didunia, yaitu hormat, lapang hati, boleh dipercayai, cekap, murah hati".

3. Kesusilaan - Li

Pada masa sebelum Confucius, Li bermakna korban dalam upacara persembahan kurban untuk memenuhi kehendak langit. Upacara atau ritual semacam ini merupakan sebahagian daripada tamadun China yang telah berlangsung selama ribuan tahun. Confucius kemudian memperluaskan makna kata Li dengan pengertian baru iaitu kepatutan atau kepantasan perilaku terhadap orang lain. Pengertian ini mempunyai arti sangat luas yang meliputi semua nilai-nilai etika, tata-krama, budi pekerti, kesopanan, norma sosial dan moral. Jika perlu ditafsirkan dalam satu kata, maka kata yang tepat adalah Kesusilaan.

Bagi Confucius segala sesuatu yang berhubungan antara manusia dan manusia yang lain harus diatur menurut Li. Yan Yuan (seorang murid Confucius) bertanya tentang cinta kasih. Confucius menjawab, "Mengendalikan diri dan pulang kepada kesusilaan, itulah cinta kasih. Bila suatu hari dapat mengendalikan diri pulang kepada kesusilaan, dunia akan kembali kepada cinta kasih. Cinta kasih itu bergantung kepada usaha diri sendiri. Bolehkah bergantung kepada orang lain?"

Yan Yuan meminta penjelasan mengenai pelaksanaannya. Confucius menjawab, "Yang tidak susila jangan dilihat, yang tidak susila jangan didengar, yang tidak susila jangan dibicarakan, dan yang tidak susila jangan dilakukan."

Confucius berkata, "Menghormat tanpa mengenal kesusilaan akan merupakan pekerjaan yang menyusahkan. Berhati-hati tanpa kesusilaan akan menimbulkan perasaan serba takut. Keberanian tanpa kesusilaan akan menimbulkan kekacauan. Kejujuran tanpa kesusilaan akan menimbulkan perilaku kasar."

"Tata cara itu harus selaras dengan kemurnian hati, dan kemurnian hati menjadi kenyataan dalam tata cara. Ingatlah kulit harimau dan harimau jika dihilangkan bulu-bulunya tidak akan ada bezanya dengan kulit anjing dan kambing."

"Diatur dengan undang-undang, dilengkapi dengan hukuman, menjadikan orang hanya berusaha mengelak dan kehilangan harga diri. Diatur dengan kebajikan dan dilengkapi dengan kesusilaan, menjadikan orang tumbuh rasa harga diri dan berusaha hidup benar."

"Bagi orang yang tidak mempunyai cinta kasih (Ren), apa arti kesusilaan (Li)? Bagi yang tidak mempunyai cinta kasih (Ren) apa erti muzik (Yue)?"

Lin Fang bertanya tentang inti kesusilaan. Confucius menjawab, "Didalam upacara daripada mewah menyolok lebih baik sederhana. Didalam upacara duka, daripada meributkan kelengkapan upacara lebih baik ada rasa sedih yang tulus".

4. Bijaksana - Zhi

Zhi secara harfiah artinya kearifan atau kebijaksanaan, juga bererti kecerdasan atau kepandaian. Zhi merupakan gabungan dari kata anak panah shi) dan mulut kou), artinya mengetahui atau menyedari Zhi). Dan di bawahnya ada kata Ri yang artinya hari, matahari, atau setiap hari. Maka anda dikatakan bijaksana kalau setiap hari mempunyai kesedaran atau selalu sedar. Bagaimana konsep kebijaksanaan menurut Confucius, mari kita ikuti ajaran beliau dibawah ini.

Confucius berkata, "Bila melihat seorang yang bijaksana, berusahalah menyamainya dan bila melihat seorang yang tidak bijaksana, periksalah dirimu sendiri,"

"Bila melakukan kesalahan, jangan takut untuk memperbaikinya." "Bila kamu tahu berlakulah sebagai orang yang tahu, bila kamu tidak tahu katakanlah bahawa kamu tidak tahu. Itulah yang disebut mengetahui." "Orang yang suka cinta kasih (Ren) tetapi tidak suka belajar akan menanggung cacat bodoh. Orang yang suka kebijaksanaan (Zhi) tetapi tidak suka belajar maka akan menanggung cacat kalut jalan fikiran, .....

Ungkapan tersebut menunjukkan bahawa Confucius mengajarkan agar dalam mencapai kebijaksanaan untuk tidak ragu-ragu untuk mengikuti perilaku bijak orang lain dengan semangat selalu mawas diri dan berani membetulkan kesilapan diri sendiri. Confucius juga mendasarkan bahawa kebijaksanaan harus dicapai dengan dilandasi semangat kejujuran dan keterbukaan. Dan yang tidak kalah pentingnya adalah semangat dan kesukaan akan belajar yang tinggi merupakan satu cara untuk mencapai kebijaksanaan.

Pada waktu Confucius berada di istana, kandang kuda terbakar. Setelah pulang ia bertanya, "Adakah orang yang terluka?" Ia tidak menanyakan tentang kuda. Pasal tersebut menunjukkan sikap bijak yang sangat tinggi yang dimiliki Confucius, kerana pada saat harta kekayaannya terancam yang nombor satu diingatnya adalah nasib orang-orangnya. Mungkin namanya tidak akan dicatat sejarah seandainya pertanyaannya salah pada saat itu.

5. Layak Dipercayai - Xin

Xin secara harfiah artinya boleh atau layak dipercayai dan boleh juga bererti surat. Kata Xin berasal dari gabungan dua kata, yaitu kata Ren () yang bererti manusia dan Yan () yang bererti kata-kata atau ucapan. Manusia bersandar kepada kata-katanya mengandung arti jika manusia konsisten dengan kata-katanya maka ia layak dipercayai. makna yang lain adalah hanya makhluk manusia yang boleh mendedahkan kata-katanya secara tertulis, maka Xin artinya juga surat.

Berikut adalah ajaran Confucius tentang konsep Xin, sebagai berikut:

"Seorang yang tidak layak dipercayai entah apa yang boleh dilakukan? Itu seumpama kereta besar yang tidak mempunyai sepasang gandaran atau seumpama kereta kecil yang tidak mempunyai sebuah gandaran, entah bagaimana menjalankannya?"

Ketika ditanya soal pemerintahan Confucius menjawab, "Harus cukup makan, cukup persenjataan, dan ada kepercayaan rakyat." Ketika ditanya jika terpaksa ada yang tidak dapat dipenuhi dari ketiga hal tersebut yang mana boleh dilewatkan Confucius menjawab, "Persenjataan boleh dilewatkan." Ketika ditanya mana yang boleh dilewatkan jika masih ada yang tidak dapat dipenuhi dari dua yang tersisa Confucius menjawab, "Lewatkan makanan. Sejak jaman dahulu selalu ada kematian; tetapi tanpa kepercayaan rakyat, negara tidak boleh berdiri."

Dari ungkapan-ungkapan tersebut diatas dapat disimpulkan bahawa Confucius mengajarkan bahawa seseorang harus mempunyai sifat layak dipercayai kerana dengan ia mempunyai sifat layak dipercayai ia akan mendapat kepercayaan dari orang lain dan masyarakat. Sifat layak dipercayai adalah landasan utama dari semua hubungan manusia didunia. Demikian juga kerajaan yang baik adalah yang mendapat kepercayaan dari rakyatnya. Untuk boleh mendapat kepercayaan dari rakyatnya tentu pemerintahan tersebut harus mempunyai pegawai-pegawai yang layak dipercayai.

6. Setia & Tepa Sarira - Zhong Shu

Setia atau Zhong terdiri dari gabungan dua kata yaitu Hati) dibawah kata Tengah (Zhong Artinya orang yang berkelakuan setia adalah orang yang mempunyai hati yang terletak ditengah atau hati yang terletak ditempat yang semestinya.

Tepa Sarira atau Tenggang Rasa (Shu ) terdiri daripada kata Seperti (Ru ) dan Hati (Xin Artinya Tepa Sarira atau Tenggang Rasa adalah perbuatan yang muncul dari hati. Maka seorang manusia yang sudah kehilangan hatinya tentu sudah kehilangan kemampuannya untuk bertolak-rasa.

Confucius berkata, "Shen (Nama panggilan Zeng Zi, salah seorang muridnya), ketahuilah Tao yang kumiliki itu satu tetapi menembusi semuanya". Zeng Zi menjawab, "Ya, Guru." Selepas Confucius pergi, murid-murid yang lain bertanya apa maksud kata-kata sang Guru tadi. Zeng Zi menjawab, "Tao atau jalan suci Guru itu tidak lain adalah Setia dan Tepa Sarira ( Zhong Shu)".

7. Takdir - Tian Ming -

Huruf Tian berasal dari huruf Da yang artinya besar, ditambah satu garis atasnya menjadi Tian , yang artinya yang paling besar adalah langit. Maka Tian secara harfiah artinya Tuhan, Syurga, atau Langit sebab dialah yang paling besar. Kata Ming berasal dari gabungan dua kata, yaitu kata Kou yang bererti mulut dan Ling) yang bermakna perintah atau komando. Gabungan dua kata tersebut menghasilkan Ming artinya: hidup, nyawa, nasib, takdir, perintah, titah. Sementara jika huruf Tian dan Ming digabungkan artinya menjadi: kehendak Tuhan, takdir, mandat dari Tuhan.

Berikut adalah ajaran Confucius tentang konsep Tian Ming, sebagai berikut:

Guru berkata, "Pada waktu berusia 15 tahun, sudah teguh semangat belajarku. Pada usia 30 tahun tegaklah pendirian. Pada usia 40 tahun tida lagi keraguan dalam fikiran. Pada usia 50 tahun telah mengerti Takdir Tuhan. Pada usia 60 tahun pendengaranku telah menjadi alat yang patuh untuk menerima kebenaran. Dan di usia 70 tahun aku sudah dapat mengikuti hatiku dengan tidak melanggar garis kebenaran. "

Guru berkata, "Seorang Junzi memuliakan tiga hal, memuliakan Takdir Tuhan, memuliakan orang-orang besar, dan memuliakan sabda luhur para nabi. Seorang rendah budi tidak mengenal dan tidak memuliakan Takdir Tuhan, meremehkan orang-orang besar dan mempermainkan sabda para nabi."

Guru berkata, "Yang tidak mengenal Takdir, ia tidak boleh menjadi seorang Junzi. Yang tidak mengenal Li (kesusilaan) ia tidak boleh teguh dalam pendirian. Yang tidak mengenal perkataan, ia tidak dapat mengenal manusia,"

Dengan sedih Sima Niu berkata, "Orang lain mempunyai saudara, namun aku sebatang kara." Zi Xia berkata, "Apa yang pernah aku dengar (dari Confucius) demikian 'mati hidup adalah Takdir, kaya mulia ditentukan Tuhan. Seorang Junzi selalu bersikap sungguh-sungguh, maka tiada khilaf. Kepada orang lain bersikap hormat dan selalu bersikap susila. Maka di empat penjuru lautan semuanya saudara. Mengapa seorang Junzi merana kerana tidak mempunyai saudara? "

Dari ungkapan-ungkapan tersebut diatas dapat disimpulkan bahawa Confucius mengajarkan bahawa ada hal-hal yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Manusia hanya boleh berusaha untuk terus belajar untuk meraih kebijaksanaan (Zhi), memahami dan mengamalkan kesusilaan (Li), cinta kasih (Ren), kebenaran (Yi), dan sikap boleh dipercayai (Xin). Ideal yang ingin dicapai adalah menjadi seorang Junzi. Perkara hidup mati, kaya dan mulia tidaklah perlu dirisaukan kerana hal itu adalah Tian Ming atau Takdir Tuhan.

8. Manusia Budiman - Jun Zi

Jun Zi jika harus diterjemahkan dalam bahasa Melayu artinya adalah manusia budiman, susilawan, seorang manusia dengan seluruh dasar dan keagungannya. Padanan kata dalam bahasa Inggerisnya adalah gentleman. Menjadi Jun Zi adalah idealisme moral manusia tertinggi yang harus dicapai dalam Konfusianisme.

"Seorang Jun Zi memegang kebenaran sebagai pokok pendiriannya, kesusilaan sebagai pedoman perbuatannya, mengalah dalam pergaulan dan menyempurnakan diri dengan sikap boleh dipercayai. Demikianlah Jun Zi"."Seorang Jun Zi menuntut diri sendiri, seorang rendah budi menuntut orang lain".

"Seorang Jun Zi bukan alat". "Seorang Jun Zi mengutamakan kepentingan umum, bukan kumpulan; seorang rendah budi mendahulukan kumpulan; bukan kepentingan umum"."Seorang Jun Zi mau berlumba tetapi tidak mau berebut, mau berkumpul tetapi tidak mau berkomplot"."Seorang Jun Zi tidak memuji seseorang kerana kata-katanya, dan tidak menyiakan kata-kata kerana orangnya".

9. Tiga Hubungan Tata Krama - San Gang

Dalam masyarakat yang bertamadun pasti diperlukan suatu tata hubungan yang menetapkan norma-norma kepantasan atau kewajaran hubungan antar anggota masyarakat tersebut. Nah, San Gang adalah tiga hubungan adab antara:

1) Seorang raja dengan para menterinya, atau antara seorang atasan dengan para bawahannya.

2) Seorang ayah dengan anaknya.

3) Seorang suami dengan isterinya.

10. Lima Norma Kesopanan - Wu Lun Lima norma kesopanan dalam masyarakat terdiri dari San Gang ditambah dua norma lain, yaitu hubungan antar saudara dan hubungan antar teman.

1) Seorang raja dengan para menterinya, atau antara seorang atasan dengan para bawahannya.

2) Seorang ayah dengan anaknya.

3) Seorang suami dengan isterinya.

4) Seorang kakak dengan adik.

5) Seorang rakan dengan teman.