edisi 4/5 - bomba.gov.my kadet/buletin... · acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan...

8
EDISI 4/5

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI 4/5 - bomba.gov.my kadet/BULETIN... · Acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan serentak dengan 2 sesi iaitu ikatan dan simpulan dan ‘aspec challenge’. Dalam pertandingan

EDISI

4/5

Page 2: EDISI 4/5 - bomba.gov.my kadet/BULETIN... · Acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan serentak dengan 2 sesi iaitu ikatan dan simpulan dan ‘aspec challenge’. Dalam pertandingan

‘ASPEC CHALLENGE’

Cabaran pada hari kedua dimulakan dengan pertandingan

‘ASPEC CHALLENGE’ (Asas Pertolongan Cemas), Pertandingan

ini melibatkan 16 kontinjen dan terbahagi kepada kategori

kadet lelaki dan kadet perempuan.

Pertandingan ini diadili oleh 9 orang pegawai bomba yang

diketuai oleh PKPgB Hasmadi Bin Jusoh.

Dalam pertandingan ini peserta kadet diberi set bahan

perawatan terdiri daripada ‘gauze’ (kain kasa), kain anduh,

pengusung (stretcher) dan beg rawatan.

Peserta kadet akan diberi senario masalah mangsa yang

diletakkan di dalam khemah, gerak kerja kadet adalah:

> Lapor > Memeriksa peralatan yang disediakan > Bergerak ke

khemah mangsa >Membuat perawatan >Membawa mangsa ke

penamat.

Dari segi permarkahan kadet akan dinilai dari segi:

> Ketetapan tempoh masa (13 minit) > Penggunaan peralatan

yang betul >Arahan > Cara membawa mangsa (gunakan

pengusung) > Tidak selimutkan mangsa > Tiada komunikasi

dengan mangsa > Berat mangsa tidak mengikut syarat.

Pertandingan ini telah berlangsung secara 2 sesi iaitu pagi

sehingga 12:30 tengahari seterusnya memberi laluan kepada

peserta kadet untuk menunaikan solat jumaat. Manakala sesi

petang sehingga selesai pada jam 16:00 petang.

Page 3: EDISI 4/5 - bomba.gov.my kadet/BULETIN... · Acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan serentak dengan 2 sesi iaitu ikatan dan simpulan dan ‘aspec challenge’. Dalam pertandingan
Page 4: EDISI 4/5 - bomba.gov.my kadet/BULETIN... · Acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan serentak dengan 2 sesi iaitu ikatan dan simpulan dan ‘aspec challenge’. Dalam pertandingan

Acara kawad operasi berhalangan

telah dijalankan serentak dengan 2

sesi iaitu ikatan dan simpulan dan

‘aspec challenge’.

Dalam pertandingan ini, kekuatan

fizikal dan mental diuji dengan

keadaan cuaca panas di tengah

padang bola sepak POLIMAS.

Kawad ini berisiko dari kawad

biasa kerana peserta kadet perlu

melalui halangan yang disediakan

pihak teknikal seperti benteng

pasir dan halangan tayar, jarak

bagi peserta kadet untuk kadet

untuk membentangkan hos juga

menguji peserta kadet dimana

mereka perlu membentangkan

hos sejauh 400 kaki melalui

halangan yang disediakan.

Pelbagai ragam dapat dilihat

sepanjang acara ini dijalankan.

Halangan dan jarak acara ini

Berjaya di atasi oleh ke semua

peserta kadet dengan bantuan

sepasukan dari rakan kadet.

Acara ini mula dipertandingkan

pada jam 08.00 pagi dan berakhir

pada jam 12.00 tengahari.

PERTANDINGAN KAWAD OPERASI BERHALANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Page 5: EDISI 4/5 - bomba.gov.my kadet/BULETIN... · Acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan serentak dengan 2 sesi iaitu ikatan dan simpulan dan ‘aspec challenge’. Dalam pertandingan
Page 6: EDISI 4/5 - bomba.gov.my kadet/BULETIN... · Acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan serentak dengan 2 sesi iaitu ikatan dan simpulan dan ‘aspec challenge’. Dalam pertandingan

Setiap negeri akan diwakili 1 platun dengan keanggotaan seramai 8

peserta iaitu 4 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Masa

pertandingan sepenuhnya bagi setiap pasukan adalah 10 minit. Setiap

peserta hanya dibenarkan membuat satu tugasan bagi Steysen 1 hingga

Steysen 4. Semua peserta dikehendaki menjawab Kuiz di Steysen 5.

GERAK KERJA

Ketua Pasukan melaporkan kepada Ketua Pengadil, seterusnya semua

peserta dikehendaki bergerak ke stesyen masing-masing. Setiap peserta

pertandingan akan diberikan kelengkapan tali dan tugasan.

Pertandingan dilaksanakan dalam 5 stesyen:-

1. Stesyen 1 – Peralatan

- Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan ikatan membawa

peralatan.

2. Stesyen 2 – Sambungan

- Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan penyambungan tali.

3. Stesyen 3 – Simpulan

- Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan membuat simpulan tali.

4. Stesyen 4 – Menyelamat

- Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan membuat ikatan

menyelamat.

5. Stesyen 5 – Kuiz

- Semua peserta dikehendaki menjawab lima soalan kuiz.

Bagi steysen Satu hingga steysen Empat peserta dikehendaki melaksanakan

tugasan secara serentak (2 peserta setiap stesyen).

Bagi setiap stesyen, 2 tugasan diberikan secara serentak berdasarkan

undian.

Page 7: EDISI 4/5 - bomba.gov.my kadet/BULETIN... · Acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan serentak dengan 2 sesi iaitu ikatan dan simpulan dan ‘aspec challenge’. Dalam pertandingan

21 April 2018 – Sesi kedua untuk Pertandingan Kebudayaan bermula pada jam 09.00 malam bertempat di Dewan Sri Mas, POLIMAS, Jitra Kedah. Sebanyak 6 pasukan lagi dari pelbagai negeri turut serta dalam pertandingan ini. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat berpasukan, menunjukkan bakat yang terpendam di kalangan peserta dan melahirkan generasi yang berkebolehan dan kreatif. Seramai 7 orang juri dari Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilantik untuk mengadili

pertandingan ini. Turut menyempurnakan majlis ini adalah Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Kedah PKPjB Mohd Zahar Bin Abdullah dan beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahmalam. Pihak penganjur mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang pertandingan Anugerah Khas Malam Gala.

JBPM Pulau Pinang Juara Pertandingan Kebudayaan

Malam Gala 1. JBPM Negeri Pulau Pinang 2. JBPM Negeri Kelantan 3. JBPM Negeri Sembilan

Koreografi Terbaik :

Kadet Bomba - Aiman Afiq Bin Ismail JBPM Wilayah Persekutuan Labuan

Ringkasan Koreografi :

Tarian menggabungkan elemen kaum sarawak melayu zapin dan joget serta penutup tarian malaysia truly asia yang menggambarkan pelbagai kaum, budaya dan bangsa dalam malaysia

Busana Terbaik :

JBPM Negeri Kelantan

Pelakon Terbaik :

Kadet Bomba - Muhamad Amirul Naim Bin Amiruddin (Penjual Durian) JBPM Negeri Pulau Pinang

Skrip Terbaik : Cikgu Awaluddin Bin Mohamad JBPM Negeri Pulau Pinang

Keputusan Penuh Pertandingan Kebudayaan

Page 8: EDISI 4/5 - bomba.gov.my kadet/BULETIN... · Acara kawad operasi berhalangan telah dijalankan serentak dengan 2 sesi iaitu ikatan dan simpulan dan ‘aspec challenge’. Dalam pertandingan

©Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

Jalan Tun Razak, 05200 Alor Setar , Kedah Darul Aman

Peserta kadet lelaki diingatkan tidak melalui jalan pintas bersebelahan khemah kadet wanita berdekatan ‘sick bay’. *Sila gunakan laluan pejalan kaki berbumbung yang telah disediakan. Kesemua guru pengiring dan peserta kadet, jawatankuasa perkhemahan dinasihatkan untuk SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN di kawasan POLIMAS. Makan-minum : Para peserta kadet dikehendaki untuk membasuh pinggan dan gelas selepas menggunakannya. Bilik mandi/tandas: Para peserta kadet hendaklah memastikan tiada sisa makanan ditinggalkan dan sampah perlu dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan di kawasan sekitar. Larangan Merokok: Dilarang merokok di dalam bangunan POLIMAS

STATISTIK KES YANG DITERIMA OLEH EMRS - 20 APRIL 2018

NEGERI JANTINA BIL

JOHOR PEREMPUAN 5

NEGERI SEMBILAN LELAKI 1

KEDAH LELAKI 2

PAHANG LELAKI 1

JUMLAH KES KESELURUHAN 9