e buku islam hadari

Upload: hafizah-noor

Post on 05-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    1/49

    1

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    2/49

    2

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

    Cetakan Kedua 2005

    Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

    bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga

    bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,

    mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis

    daripada Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat

    Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-

    Penerbitan

    Islam Hadhari : satu penjelasan

    ISBN 983-042-225-9

    1. Islam and state--Malaysia 2. Ummah (Islam)--Malaysia

    3. Islam-- Customs and practices. I. Jabatan Kemajuan Islam

    Malaysia.

    297.09595

    Konsep & Rekabentuk:

    Matang Cipta Sdn. Bhd.(No. 244386-D)

    Telefax: 603-2694 8692

    E-mail: [email protected]

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    3/49

    3

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana

    dapat memberikan kata alu-aluan dalam buku Islam

    Hadhari Satu Penjelasan. Saya yakin buku yang diterbitkan

    oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini akan dijadikan

    panduan dan asas dalam menggerakkan pelaksanaan Islam

    Hadhari seluruh negara.

    Penerbitan buku ini membuktikan kesungguhan dan

    keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan Islam Hadhari.

    Ia juga menunjukkan komitmen penuh kerajaan dalam

    melaksanakan Islam yang lebih menyeluruh dalam

    pentadbiran negara.

    Islam Hadhari sebenarnya bukanlah ajaran baru

    tetapi ia merupakan pendekatan baruyang ingin dibawa

    kerajaan sebagai pelengkap kepada agenda membina

    masyarakat Malaysia yang bertamadun dan gemilang.

    Islam Hadhari ialah pendekatan sederhana (wasatiah) yang

    diambil oleh kerajaan dalam membawa masyarakat

    Malaysia amnya dan umat Islam Malaysia khasnya dalam

    memahami dan menghayati prinsip-prinsip Islam yang

    syumul, berasaskan intelektual, rasional, praktikal dalam

    PERUTUSAN

    Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    4/49

    4

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    tindakan, mementingkan kemajuan dan mengutamakan

    keharmonian.

    Lebih penting Islam Hadhari menekankan kepadapendekatan yang toleran yang tentunya amat serasi dengan

    masyarakat majmuk Malaysia.

    Kerajaan juga sedar, pelaksanaan Islam Hadhari tidak

    akan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa urustadbir yang

    sistematik dan cekap, begitu juga ia tidak akan berjaya tanpa

    kerjasama dan sokongan semua pihak.

    Akhirnya, saya berharap penerbitan buku ini akan

    menggalakkan perbincangan yang sihat di kalangan rakyat

    Malaysia tentang Islam Hadhari kerana adalah sukar untuk

    menghayati sesuatu pendekatan itu tanpa perbahasan,

    pencernaan, penghadaman dan pemahaman.

    Sekian, wassalam.

    (DATO SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI)

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    5/49

    5

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Pelaksanaan Islam Hadhari merupakan satu rancanganjangka panjang kerajaan untuk memastikan masyarakatIslam kembali mengamalkan Islam secara syumul dalamkonteks dan dimensi yang lebih luas meliputi bidangpendidikan, sosial dan budaya, pertanian, undang-undangdan sebagainya.

    Prinsip Islam Hadhari yang ingin diketengahkan olehkerajaan ini bukan hanya sekadar slogan atau retorik semata-mata, malah lebih dari itu ia merupakan satu anjakanparadigma dan pendekatan menyeluruh untuk mengubahpersepsi ummah terhadap ajaran Islam bagi membangunkanummah, bangsa dan negara secara global dan bersepadu.

    Antara faktor yang mendorong kerajaan mem-

    perkenalkan Islam Hadhari adalah mahukan umat Islam diMalaysia menjadi pelopor tamadun baru yang dapatmemimpin masyarakat dan membawa perubahan yangprogresif dan bersifat holistik. Dari itu umat Islam bukansahaja perlu bergerak seiring dengan bangsa-bangsa lainmalah perlu mempertingkatkan daya usaha, komitmen danpengorbanan supaya kita terus maju, dinamik dan progresifke arah mencapai umat terbilang (khaira ummah) denganmencipta pelbagai kecemerlangan dan kegemilangan.

    PERUTUSAN

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    6/49

    6

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Islam Hadhari yang ingin diperkenalkan ini bukanlahsuatu penyelewengan atau pembawaan baru terhadap ajaranIslam seperti yang didakwa sesetengah pihak, malah ia

    merupakan satu pendekatan yang menepati kehendaksyarak dan penambahbaikan kepada dasar sedia ada agarlebih telus, mantap, menyeluruh dan bersifat semasa. Ianyajuga tidak mengubah prinsip asas dan nilai-nilai teras dalamajaran Islam yang bersifat kekal. Ia adalah satu juzukdaripada kesempurnaan Islam yang perlu diberi kefahamandan penekanan berdasarkan keperluan dan cabaran semasa.

    Saya amat optimis dan berkeyakinan penuh,penjelasan yang dipaparkan di dalam buku ini akan dapatmembantu masyarakat memahami hasrat murni kerajaandan betapa pentingnya Islam Hadhari dijadikan pemangkinpembangunan tamadun manusia dan negara.

    Adalah diharapkan, umat Islam khususnya dan

    masyarakat Malaysia amnya dapat menerima hasrat danusaha kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat BerhormatPerdana Menteri untuk melaksanakan Islam Hadhari inidan seterusnya bersama-sama mengembleng tenagamenjayakan pendekatan ini.

    Sekian, wassalam.

    (DATO DR. ABDULLAH BIN MD. ZIN)

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    7/49

    7

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    KATA ALU-ALUANKetua Pengarah

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana

    JAKIM telah berjaya menyiapkan sebuah buku yang bertajuk

    Islam Hadhari Satu Penjelasan. Buku ini adalah merupakan

    huraian kepada ucapan YAB Perdana Menteri mengenai

    Islam Hadhari di Perhimpunan Agung UMNO kali ke 55

    pada 23 September 2004 yang lalu. Penerbitan buku ini

    adalah bagi memberi penjelasan yang lebih mendalam

    tentang beberapa perkara yang penting dalam usaha

    kerajaan menjayakan Islam Hadhari di Malaysia.

    Islam Hadhari sebenarnya bukanlah ajaran baru tetapi

    ia merupakan pendekatan baru yang ingin dibawa

    kerajaan sebagai pelengkap kepada agenda membina

    masyarakat Malaysia yang bertamadun dan gemilang.

    Islam Hadhari ialah pendekatan sederhana (wasatiah) yang

    diambil oleh kerajaan dalam membawa masyarakat Malay-

    sia amnya dan umat Islam Malaysia khasnya dalam

    memahami dan menghayati prinsip-prinsip Islam yang

    syumul, berasaskan intelektual, rasional, praktikal dalam

    tindakan, mementingkan kemajuan dan mengutamakan

    keharmonian.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    8/49

    8

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    (DATO MUSTAFA BIN ABDUL RAHMAN)

    Saya berharap buku ini akan dapat membantu masyarakat

    Malaysia memahami hasrat pucuk pimpinan negara yang

    ingin melihat pembangunan negara dan ummah

    berdasarkan nilai-nilai agama dengan maju dan gemilang.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    9/49

    9

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    PERUTUSAN

    Perdana Menteri Malaysia.............................................. iii

    PERUTUSAN

    Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ...............................v

    KATA ALU-ALUAN

    Ketua Pengarah

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia................................ vii

    1. PENDAHULUAN........................................................1

    2. PENDEKATAN ISLAM HADHARI ............................4

    3. DEFINISI .....................................................................7

    4. VISI ........................................................................... 9

    5. MISI ......................................................................... 10

    6. OBJEKTIF ................................................................. 11

    7. PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI...........12

    i Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah ...... 13

    ii Kerajaan Adil dan Beramanah .......................15

    iii Rakyat Berjiwa Merdeka ................................18

    KANDUNGAN

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    10/49

    10

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    iv Penguasaan Ilmu Pengetahuan ...................... 20

    v Pembangunan Ekonomi Seimbang dan

    Komprehensif .................................................22

    vi Kehidupan Berkualiti ..................................... 25vii Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan

    Wanita .............................................................27

    viii Keutuhan Budaya dan Moral ......................... 32

    ix Pemuliharaan Alam Semulajadi .................... 34

    x Kekuatan Pertahanan .....................................36

    8. PENUTUP .................................................................38

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    11/49

    11

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    1

    PENDAHULUAN

    Kegemilangan umat Islam bermula pada era

    pemerintahan Islam di Madinah dan berkembang pesat

    pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah dan

    Bani Abasiyyah. Kemudian ia bertapak di benua

    Eropah yang menyumbang kepada kegemilangan

    tamadun Islam di Andalusia. Ketamadunan Islam yang

    berbentuk universal membawa manfaat dan rahmat

    kepada seluruh umat dan alam.

    Selepas keruntuhan kerajaan Islam pada abad

    kedua belas, imej masyarakat Islam di kacamata dunia

    kini telah banyak dikaitkan dengan kelemahan dankemunduran. Persepsi sebahagian besar umat Islam

    kini terhadap agamanya masih terbatas kepada aspek-

    aspek ibadah khusus semata-mata. Walaupun wujud

    kefahaman bahawa Islam sebagai suatu cara hidup,

    namun sebahagiannya ditampilkan dalam bentuk slo-

    gan dan retorik semata-mata. Majoriti masyarakat sukar

    untuk memasukkan agenda pembangunan ummah,

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    12/49

    12

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    peradaban bangsa dan keutuhan negara sebagai

    sebahagian daripada ruang lingkup agama

    sepertimana yang dikehendaki oleh ajaran Islam.

    i Islam, sebagaimana yang difahami adalah

    al-Din, iaitu cara hidup dalam konteksnya

    yang sangat luas, bukan sekadar suatu

    kepercayaan, tetapi cara hidup yang lengkap,

    maju dan progresif serta mampu me-

    nyelesaikan permasalahan semasa ke-hidupan manusia sepanjang zaman. Suatu

    pendekatan dan penilaian semula pemikiran

    masyarakat Islam terhadap ajaran agamanya

    wajar dilakukan. Umat Islam perlu kembali

    mengamalkan Islam secara syumul pada

    peringkat individu, keluarga, masyarakat dan

    negara.

    ii Islam Hadhari memberi penekanan kepada

    aspek pembangunan yang menjurus kepada

    pembinaan peradaban iaitu peradaban yang

    memberi fokus kepada usaha mem-

    pertingkatkan mutu kehidupan melaluipenguasaan ilmu, pembangunan insan dan

    pembangunan fizikal.

    iii Islam Hadhari bukanlah mazhab baru atau

    ajaran baru dan jauh sekali agama baru.

    Islam Hadhari adalah suatu pendekatan dan

    usaha untuk mengembalikan umat Islam

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    13/49

    13

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    kepada asas atau fundamental yang

    terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang

    merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

    iv Ajaran Islam menjaga serta memelihara ke-

    hidupan manusia dan setiap makhluk.

    Manusia diberi tanggungjawab oleh Allah

    SWT sebagai pemimpin atau khalifah (vice-

    gerent) di muka bumi. Pelaksanaan Islam

    secara realistik akan memberi rahmat dankesejahteraan kepada seluruh manusia

    tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan

    budaya. Kenyataan ini menepati firman

    Allah SWT dalam surah al-Anbiya: 107,

    maksudnya:

    Dan tidaklah Kami mengutuskan

    kamu (wahai Muhammad) me-

    lainkan untuk membawa rahmat

    bagi seluruh alam.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    14/49

    14

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    2

    PENDEKATANISLAM HADHARI

    Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pem-

    bangunan yang selaras dengan tuntutan Islam melalui

    pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual,

    ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang-

    undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa

    Islam bukanlah suatu agama bersifat ritualsemata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu

    diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat

    secara realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang

    dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan

    untuk membangkitkan kesedaran baru kepada

    masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam,

    dengan harapan akan dapat memacu pembangunan

    ummah dan negara.

    Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru

    atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk

    mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-

    Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembinaan

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    15/49

    15

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu

    pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah

    persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana

    yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

    Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-

    prinsip akidah dan syariat dalam ajaran Islam, malah

    menekankan penghayatan Islam yang syumul,

    menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama

    dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan

    membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorongpenganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai

    kejayaan di dunia dan akhirat.

    Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan

    kepada aspek pembangunan dan pembinaan

    peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam

    (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepadausaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui

    penguasaan ilmu, pembangunan insan serta

    pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang

    memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam

    semua bidang akan dijadikan dorongan bagi

    memajukan ummah secara menyeluruh.

    Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi

    merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara

    menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor

    atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu

    perubahan pandangan global umat Islam. Selaras

    dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    16/49

    16

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai

    khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam

    semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya

    dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syariah

    yang sentiasa berkembang seperti;

    Menjaga, memartabat dan memperkasa;

    AGAMA

    AKAL

    NYAWA

    HARTA

    KETURUNAN

    MARUAH

    INSTITUSI KELUARGA

    ALAM SEKITAR

    Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk

    membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah

    negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan

    prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), sesuai dengan

    tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasarnegara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan

    dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020,

    Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya.

    Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai

    pembangunan sejagat yang sama sekali tidak

    bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    17/49

    17

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    3

    DEFINISI

    Dari segi istilah, perkataan hadhari membawa

    maksud yang bertamadun atau Islam yang

    menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris

    disebut sebagai Civilizational Islam, dan dalam

    Bahasa Arab sebagai al-Islam al-Hadhari.

    Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap

    ialah: Suatu pendekatan pembangunan manusia,

    masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat

    menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun

    Islam.

    Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa;

    i Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan

    kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh

    berbanding pendekatan Islam secara juzie

    atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat

    politik al-Islam al-Siyasi, Islam bersifat

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    18/49

    18

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    tasawwuf al-Islam al-Sufi dan se-

    umpamanya.

    ii Islam Hadhari membawa maksud ajaran

    Islam yang membawa fokus kepada

    kehidupan untuk meningkatkan kualiti

    hidup masyarakat bertamadun dan

    mempunyai peradaban yang unggul bagi

    menghadapi cabaran alaf baru seperti

    ledakan teknologi maklumat, dunia tanpasempadan, ekonomi global, budaya

    materialisme, krisis identiti, jati diri serta

    penjajahan pemikiran.

    iii Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak

    pentingnya aspek ritualdalam pembinaan

    tamadun. Ini kerana pandangan hidup,sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan

    rohaniah merupakan tonggak kepada

    pembinaan tamadun yang luhur.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    19/49

    19

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    4

    VISI

    Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malay-

    sia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah

    negara maju mengikut acuan sendiri.

    Konsepnya ialah negara yang mempunyai

    masyarakat membangun dan memiliki ilmu,berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar

    sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan

    berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan

    Agama.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    20/49

    20

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    5

    MISI

    Melaksanakan agenda pembangunan negara dan

    ummah berlandaskan pendekatan Islam yang

    universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan

    berimbang.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    21/49

    21

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    6

    OBJEKTIF

    Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan

    individu dan masyarakat Islam yang mempunyai

    kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, ma-

    terial, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke

    hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-

    cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikaldan damai.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    22/49

    22

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    7

    PRINSIP-PRINSIPASAS ISLAM

    HADHARI

    Prinsip-prinsip asas Islam Hadhari adalah seperti

    berikut;

    Keimanan dan Ketaqwaan KepadaAllah

    Kerajaan Adil dan Beramanah

    Rakyat Berjiwa Merdeka

    Penguasaan Ilmu Pengetahuan

    Pembangunan Ekonomi Seimbang

    dan Komprehensif

    Kehidupan Berkualiti

    Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti

    dan Wanita

    Keutuhan Budaya dan Moral

    Pemuliharaan Alam Semulajadi

    Kekuatan Pertahanan

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    23/49

    23

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Gabungan prinsip-prinsip di atas adalah dirangka

    menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan

    pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham

    dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam

    sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang

    agama dan berbilang kaum. Pendekatan ini juga adalah

    untuk memperkasa umat Islam supaya berupaya

    menghadapi cabaran dunia semasa.

    Perincian kepada prinsip-prinsip di atas adalahseperti berikut;

    i KEIMANAN DAN KETAQWAANKEPADA ALLAH

    Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari

    meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepadaAllah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan

    Sunnah Rasulullah SAW sebagai teras pegangan

    dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah

    (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak,

    moral dan nilai-nilai murni adalah teras

    perancangan dan pelaksanaan pembangunan diridan pengurusan sistem untuk mencapai umat

    yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini

    bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam

    surah al-Araaf: 96, maksudnya:

    Dan (Tuhan berfirman lagi):

    Sekiranya penduduk negeri itu,

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    24/49

    24

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    beriman serta bertaqwa, tentulah

    kami akan membuka kepada

    mereka (pintu pengurniaan) yang

    melimpah-limpah berkatnya, dari

    langit dan bumi. Tetapi mereka

    mendustakan (Rasul Kami), lalu

    kami timpakan mereka dengan

    azab seksa disebabkan apa yang

    mereka telah usahakan.

    Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau

    akidah bagi mereka yang berada di luar Islam

    terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam

    agama dan kebebasan dalam menganut agama

    masing-masing seperti firman Allah SWT dalam

    surah al-Baqarah: 256, maksudnya:

    Tidak ada paksaan dalam agama

    (Islam).

    Dalam surah al-Kafirun: 6, Allah SWT berfirman,

    maksudnya:

    Bagi kamu agama kamu dan

    bagiku agamaku.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    25/49

    25

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    ii KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

    Adil adalah memberi yang hak kepada yang

    berhak akan haknya, mengikut kadar masing-

    masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah

    SWT dalam surah an-Nahl: 90, maksudnya:

    Sesungguhnya Allah menyuruh

    berlaku adil, dan berbuat ke-

    baikan, serta memberi bantuankepada kaum kerabat; dan

    melarang daripada melakukan

    perbuatan-perbuatan yang keji dan

    mungkar serta kezaliman. Ia

    mengajar kamu (dengan suruhan

    dan laranganNya ini), supaya

    kamu mengambil peringatanmematuhiNya.

    Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada

    keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan,

    miskin kaya atau perbezaan agama. Ini

    bersesuaian dengan firman Allah SWT dalamsurah al-Maaidah: 8, maksudnya:

    ...dan jangan sekali kebencian

    kamu terhadap sesuatu kaum itu

    mendorong kamu kepada tidak

    melakukan keadilan. Hendaklah

    kamu berlaku adil (kepada

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    26/49

    26

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    sesiapa jua) kerana sikap adil itu

    lebih hampir kepada taqwa. Dan

    bertaqwalah kepada Allah,

    sesungguhnya Allah Maha

    Mengetahui dengan mendalam

    akan apa yang kamu lakukan.

    Hadis Nabi SAW, di riwayatkan oleh Bukhari

    maksudnya:

    Sekiranya (anakku) Fatimah

    mencuri nescaya aku akan me-

    motong tangannya.

    Amanah pula bermaksud menunaikan segala

    tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan

    ke atasnya iaitu bersesuaian dengan firmanAllah SWT dalam surah an-Nisa:58, maksudnya:

    Sesungguhnya Allah SWT

    menyuruh kamu supaya me-

    nyerahkan segala jenis amanah

    kepada ahlinya (yang berhakmenerimanya), dan apabila kamu

    menjalankan hukum di antara

    manusia, (Allah menyuruh) kamu

    menghukum dengan adil. Se-

    sungguhnya Allah SWT dengan

    (suruhanNya) itu memberi pe-

    ngajaran yang sebaik-baiknya

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    27/49

    27

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    kepada kamu. Sesungguhnya Allah

    SWT sentiasa mendengar lagi

    sentiasa melihat.

    Dan hadis Nabi SAW, yang diriwayatkan oleh

    Ahmad maksudnya:

    Dan tidak beriman bagi seseorang

    yang tidak amanah.

    Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus

    yang baik (good governance) dan adil serta

    amanah kepada semua lapisan rakyat.

    Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah

    (tidak boros dan perbelanjaan berhemah)

    melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati

    Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam surahSaba: 15, maksudnya:

    Demi sesungguhnya, adalah bagi

    penduduk negeri Saba satu tanda

    (yang membuktikan kemurahan

    Allah) yang terdapat di tempattinggal mereka, iaitu: dua kumpulan

    kebun (yang luas lagi subur). Yang

    terletak di sebelah kanan dan di

    sebelah kiri (Kariah mereka). (Lalu

    dikatakan kepada mereka):

    Makanlah dari rezeki pemberian

    Tuhan kamu dan bersyukurlah

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    28/49

    28

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    kepadaNya: (negeri kamu ini

    adalah) negeri yang baik (aman dan

    makmur), dan (Tuhan kamu adalah)

    Tuhan yang Maha Pengampun.

    iii RAKYAT BERJIWA MERDEKA

    Salah satu prinsip utama pendekatan Islam

    Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa

    merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialahberfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang

    berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran

    yang dinamik dan positif sehingga mampu

    melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi

    memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan

    negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT

    dalam al-Quran surah al-Isra: 70,maksudnya:

    Dan sesungguhnya kami telah me-

    muliakan anak-anak Adam; dan

    kami telah beri mereka meng-

    gunakan berbagai-bagai ken-

    deraan di darat dan di laut; dankami telah memberikan rezeki

    kepada mereka dari benda-benda

    yang baik-baik serta kami telah

    lebihkan mereka dengan selebih-

    lebihnya atas makhluk-makhluk

    yang telah kami ciptakan.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    29/49

    29

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu

    pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada

    kemajuan dan perubahan orang lain, tidak

    bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran

    berdaya maju dan menolak amalan-amalan

    negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus

    terbelenggu.

    Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah

    masyarakat yang terlepas daripada peraturanundang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas

    murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan

    membangunkan masyarakat dan negara yang

    teguh dan utuh.

    Setiap anggota masyarakat harus digerakkan

    potensinya sebijaksana mungkin sehinggamampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga,

    integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan

    patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak

    berbelah bahagi.

    Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihandan membuat saringan serta bersikap terbuka

    terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan

    tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika

    dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap

    pembangunan tamadun mengikut acuan kita

    sendiri.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    30/49

    30

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada

    slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi

    lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan

    keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah

    menyumbang dan membangunkan negara.

    iv PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

    Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara

    bersepadu boleh menjadikan kita memilikikekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa

    supaya kecemerlangan intelektual dapat

    dikembangkan, kekuatan peribadi dapat

    ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat

    dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan

    insan seimbang dan harmonis seperti yang

    terdapat dalam matlamat Falsafah PendidikanNegara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah

    SWT dalam al-Quran surah al-Mujadalah: 11,

    maksudnya:

    ... Allah meninggikan darjat

    orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang

    yang diberikan ilmu pengetahuan

    agama (dari kalangan kamu)

    beberapa darjat. Dan (ingatlah),

    Allah Maha Mendalam Pe-

    ngetahuanNya tentang apa yang

    kamu lakukan.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    31/49

    31

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju

    dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa

    menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun

    Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi

    contoh nyata bagaimana ilmu yang bersepadu

    mampu menyumbang ke arah pembangunan

    tamadun Barat dan Timur.

    Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan

    cabaran semasa, faktor ilmu bersepadu, kemajuansains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus

    bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang

    bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan

    tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang

    sifatnya menyumbang terhadap pembangunan

    negara, bangsa dan manusia sejagat.

    Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang

    dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu

    kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan

    terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang

    melengkapi dwi pengkhususan dan double

    major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yangmampu menerajui program pembangunan negara

    dan ummah.

    Usaha penggalian dan penerokaan serta

    penemuan ilmu dan teknologi amat digalakkan

    dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam

    ketinggalan dalam penguasaan sains dan

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    32/49

    32

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha

    pengkajian dan penyelidikan (tadabbur)

    dijadikan matlamat keilmuan supaya asas

    pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapatberlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur.

    Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam

    surah ali-Imran: 190, maksudnya:

    Sesungguhnya pada kejadian

    langit dan bumi, dan padapertukaran malam dan siang, ada

    tanda-tanda (kekuasaan, kebijak-

    sanaan, dan keluasan rahmat

    Allah) bagi orang-orang yang

    berakal.

    v PEMBANGUNAN EKONOMISEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

    Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek

    ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh

    Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan

    komprehensif memberikan satu pendekatan yang

    menggabungkan kepada usaha memantapkanamalan ekonomi yang berakhlak dengan

    kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi

    secara berkesan sesuai dengan perkembangan

    ekonomi di dalam negara dan di peringkat

    antarabangsa. Ini bertepatan dengan firman

    Allah SWT dalam surah al-Jumuah: 10,

    maksudnya:

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    33/49

    33

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Kemudian setelah selesai sem-

    bahyang, maka bertebaranlah

    kamu di muka bumi (untuk

    menjalankan urusan masing-

    masing), dan carilah apa-apa yang

    kamu hajati dari limpah kurnia

    Allah, serta ingatlah akan Allah

    banyak-banyak (dalam segala

    keadaan), supaya kamu berjaya (di

    dunia dan akhirat).

    Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak

    kerajaan dan sektor swasta perlu sama-sama

    berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun

    diberi penekanan dalam konsep persyarikatan

    Malaysia. Islam Hadhari menuntut setiap

    masyarakat Islam merebut peluang untukmemaju pencapaian ekonomi mereka.

    Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan

    kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus

    diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian

    kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh,kestabilan paras harga dan pertumbuhan

    ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan

    ekonomi akan dapat dicapai. Bahkan strategi

    tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari.

    Melalui strategi tersebut negara mampu

    mengembeling kesemua tenaga rakyat semoga

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    34/49

    34

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    mereka dapat berprestasi di peringkat optimum.

    Dalam rangka yang sama pendekatan Islam

    Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat

    kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan

    prestasi sektor swasta. Justeru itu mutu sistem

    pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu

    sentiasa dipertingkatkan semoga kesemua aspek

    keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada

    rakyat.

    Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat

    mencabar dan tidak menentu, perancangan dan

    dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada

    perkembangan tersebut. Walaupun sektor

    pembuatan dan perkhidmatan menyumbang

    secara besar-besaran kepada pertumbuhan

    ekonomi negara, demi keselamatan negara, sektorpertanian akan turut diberi perhatian yang

    sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi

    rakyat, sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui

    kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan

    berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan

    teknologi tersebut.

    Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari

    adalah suatu pendekatan yang komprehensif di

    mana pencapaian pembangunan ekonomi, negara

    mampu menjana kepada wujudnya sebuah

    masyarakat yang bertamadun dan progresif.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    35/49

    35

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    vi KEHIDUPAN BERKUALITI

    Islam pada permulaannya memberi tumpuan

    yang penting kepada pencapaian kehidupan

    masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap

    kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek

    keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan

    Islam menuntut semoga setiap individu berusaha

    menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya

    dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhiratadalah hasil daripada kemampuan individu

    melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari

    kesemua aspek termasuk aspek kerohanian,

    fizikal dan material. Ini bertepatan dengan firman

    Allah SWT dalam al-Quran surah al-Qasas: 77,

    maksudnya:

    Dan tuntutlah dengan harta

    kekayaan yang telah dikurniakan

    Allah kepadamu akan pahala dan

    kebahagiaan hari akhirat dan

    janganlah engkau melupakan

    bahagianmu (keperluan danbekalanmu) dari dunia; dan

    berbuat baiklah (kepada hamba-

    hamba Allah) sebagaimana Allah

    berbuat baik kepadamu (dengan

    pemberian nikmat-nikmatnya yang

    melimpah); dan janganlah engkau

    melakukan kerosakan di muka

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    36/49

    36

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    bumi; sesungguhnya Allah tidak

    suka kepada orang-orang yang

    berbuat kerosakan.

    Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui

    kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan

    asasi seperti memelihara amalan beragama,

    kemampuan memajukan taraf pendidikan,

    menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki

    harta dan jaminan kepada generasi masa hadapanyang cemerlang.

    Bermula dengan pencapaian keperluan asasi

    tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak

    bersifat statik, malah usaha untuk meningkat

    maju dalam kesemua aspek tersebut perlu

    diusaha dan dijayakan dari semasa ke semasasemoga tahap pencapaian setanding dengan

    masyarakat yang maju di dunia.

    Di samping itu, Islam memberi keutamaan

    kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera

    akan menjamin kepada lahirnya generasi yangseimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial

    masyarakat dapat dikurangkan jika setiap

    institusi keluarga dapat berfungsi dengan

    berkesan.

    Dalam konteks mencapai kehidupan yang

    berkualiti, kemudahan persekitaran turut diberi

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    37/49

    37

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan

    beriadah turut sama difikir perlu dalam membina

    masyarakat yang sihat dan bertenaga.

    Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati

    bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua

    aspek akan dibangunkan secara bersepadu.

    vii PEMBELAAN HAK KUMPULAN

    MINORITI DAN WANITA

    Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi

    kemuliaan insan itu kepada setiap individu

    tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan

    majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin

    oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut

    meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan danakal. Dalam Islam ia terkandung dalam Maqasid

    as-Syariah. Oleh itu tidak boleh berlaku

    penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi

    kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian

    dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah

    salah dari segi undang-undang. Ini selarasdengan firman Allah SWT dalam al-Quran surah

    al-Hujuraat: 13, maksudnya:

    Wahai umat manusia! Se-

    sungguhnya kami telah men-

    ciptakan kamu dari lelaki dan

    perempuan, dan kami telah men-

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    38/49

    38

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    jadikan kamu berbagai bangsa dan

    bersuku puak, supaya kamu

    berkenal-kenalan (dan beramah

    mesra antara satu sama lain).

    Sesungguhnya semulia-mulia

    kamu disisi Allah ialah orang yang

    lebih taqwanya di antara kamu,

    (bukan yang lebih keturunan atau

    bangsanya). Sesungguhnya Allah

    Maha Mengetahui, lagi mendalampengetahuanNya (akan keadaan

    dan amalan kamu).

    Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung

    dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terdapat

    dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang

    membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi(Fundamental Liberties).

    Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan

    kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati

    apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti

    dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama

    dalam pembangunan negara dan menikmati apajua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka

    boleh menyertai dalam pentadbiran negara,

    aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan

    politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi

    perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam

    menggubal dasar negara seperti termaktub dalam

    Dasar Wanita Negara.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    39/49

    39

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Rasulullah SAW telah juga menyebut dengan

    jelas tentang wanita sejak mula hingga ke akhir

    hayat baginda dengan peringatan khusus semasa

    mengerjakan Haji Wida(Haji Perpisahan) dengan

    sabdanya yang telah diriwayatkan oleh Muslim,

    maksudnya:

    Maka bertaqwalah kamu kepada

    Allah terhadap wanita kerana

    sesungguhnya kamu mengambilmereka adalah kerana Allah dan

    Allah menghalalkan kepada kamu

    mencampuri mereka dengan ijab

    kabul yang sah sesuai dengan

    aturan Allah dan hak suami

    terhadap isterinya ialah agar

    mereka tidak membiarkan orangluar yang dibenci oleh suami

    berkunjung ke rumahnya. Se-

    kiranya mereka melakukan

    demikian, ajarlah mereka dengan

    pukulan yang tidak menyakitkan.

    Manakala bagi mereka (wanita) ke

    atas kamu (lelaki) pula ialah

    memberikan mereka rezeki

    (makanan) dan perhiasan/pakaian

    dengan cara yang baik. Dan telah

    aku tinggalkan kepada kamu suatu

    yang tidak akan menyesatkan

    kamu selepasnya sekiranya kamu

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    40/49

    40

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    berpegang dengannya iaitu kitab

    Allah (al-Quran).

    Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara

    mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini me-

    nunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak

    dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam

    beberapa perkara diberikan perlindungan dan

    jaminan melalui undang-undang negara.

    Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-

    negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan

    kumpulan itu tidak dinafikan. Kerajaan telah

    menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

    (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima

    Deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa

    Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dankemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita.

    Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita

    di negara ini jauh lebih baik berbanding di

    sesetengah negara Islam. Ada undang-undang

    yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan

    yang menguruskannya. Mereka boleh terlibatdalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan

    yang tidak menyalahi undang-undang negara dan

    penyertaan dalam pembangunan negara.

    Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan

    tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang

    mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    41/49

    41

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu

    menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

    Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan

    isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan

    kedudukan wajar kepada bukan Islam dan

    wanita. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya

    diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan

    semua kaum serta jantina. Dalam sejarah

    pemerintahan Islam orang bukan Islam diberikedudukan dalam pemerintahan dan hak-hak

    mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama

    diberikan bagi menjamin penghayatan dalam

    pembangunan negara dan perkhidmatan, mereka

    diberikan hak sehingga menjawat jawatan

    menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah

    membuktikan orang bukan Islam begitu senangberada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-

    hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil

    ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat

    disaksikan berlaku di negara kita.

    Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jituserta adil, saksama, amanah dan bertang-

    gungjawab kepada semua golongan masyarakat

    tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan

    fahaman agama, tidak memandang rendah mana-

    mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh

    undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia

    boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    42/49

    42

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman

    Allah SWT dalam surah al-Nisa: 58, maksudnya:

    Sesungguhnya Allah menyuruh

    kamu supaya menyerahkan segala

    jenis amanah kepada ahlinya (yang

    berhak menerima) dan apabila

    kamu menjalankan hukum di

    antara manusia, (Allah menyuruh)

    kamu menghukum dengan adil.Sesungguhnya Allah dengan

    (suruhanNya) itu memberi pe-

    ngajaran yang sebaik-baiknya

    kepada kamu. Sesungguhnya Allah

    sentiasa mendengar, lagi sentiasa

    melihat.

    viii KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

    Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu

    bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan

    budaya dan ketinggian akhlak sebagai identiti

    negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan

    kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budayadan agama perlu dipertahankan berasaskan

    sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan

    luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang

    mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan,

    keharmonian dan keamanan dalam masyarakat

    majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    43/49

    43

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan

    firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun:

    1-2, maksudnya:

    Sesungguhnya berjayalah orang-

    orang yang beriman. Iaitu mereka

    yang khusyu dalam sembahyang-

    nya.

    Dengan demikian, kemajuan ekonomi danteknologi akan berjalan seiring dengan keluhuran

    budaya dan ketinggian akhlak masyarakat

    berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan

    akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya

    ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa,

    merupakan suatu cabaran besar kepada

    pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.

    Dari perspektif tamadun dan agama Islam,

    kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa

    harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang

    luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai

    selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripadanilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang

    luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa

    tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat

    telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada

    kepincangan moral yang parah dalam masyarakat

    dan negara.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    44/49

    44

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya

    harus seiring dengan nilai-nilai murni yang

    berasaskan keluhuran dan kreativiti yang

    menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high

    culture).

    ix PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

    Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada

    hubungan sesama manusia, tetapi juga hubunganmanusia dengan alam persekitaran. Kesejah-

    teraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat

    daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama

    manusia dengan alam tabii. Dalam proses

    pembangunan, manusia mempunyai kecen-

    derungan untuk menguasai dan mengekploitasi

    alam tabii secara berlebihan dengan meng-gunakan sains dan teknologi. Natijahnya, ke-

    seimbangan alam semula jadi tidak dapat

    dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat,

    pemanasan global, gempa bumi, gelombang besar,

    hujan asid, pencemaran alam sekitar dan

    sebagainya semuanya menyumbang kepadaketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh

    aktiviti manusia.

    Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi

    mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan

    oleh UNDP untuk memastikan pembangunan

    yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    45/49

    45

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua

    deklarasi di mana Malaysia turut menan-

    datanganinya. Malaysia sendiri telah

    mengadakan Deklarasi Langkawi untuk

    memastikan pembangunan negara secara lestari

    dan mesra alam.

    Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu

    ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan

    yang lebih seimbang dan menyeluruh.Pembangunan insan yang berteraskan kepada

    kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni

    agama, bertanggungjawab dengan alam,

    membangun alam secara terancang perlulah

    diberi penekanan yang bersungguh-sungguh.

    Pembangunan sains dan teknologi yang

    berteraskan kepada ajaran agama dan nilaibudaya perlu diterapkan kepada seluruh

    peringkat masyarakat. Penyelidikan dan

    pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan

    secara berterusan agar pembangunan yang

    dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi

    kepada kehidupan sejagat.

    Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar

    kehidupan manusia menjadi harmoni dengan

    alam sekitar di sekitarnya disamping berusaha

    untuk terus maju.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    46/49

    46

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    x KEKUATAN PERTAHANAN

    Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja

    isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan

    persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan

    diri, fizikal dan spiritual. Ini bertepatan dengan

    firman Allah SWT dalam al-Quran surah al-

    Anfal: 60, maksudnya:

    Dan sediakanlah untuk me-nentang mereka (musuh yang

    menceroboh) segala jenis kekuatan

    yang dapat kamu sediakan dan

    dari pasukan-pasukan berkuda

    yang lengkap bersedia, untuk

    menggerunkan dengan persediaan

    itu musuh Allah dan musuh kamuserta musuh-musuh yang lain dari

    mereka yang kamu tidak me-

    ngetahuinya; sedang Allah

    mengetahuinya. Dan apa sahaja

    yang kamu belanjakan pada jalan

    Allah akan disempurnakanbalasannya kepada kamu, dan

    kamu tidak akan dianiaya.

    Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat

    mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi.

    Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan

    ketenteraan yang terkini bagi tujuan mem-

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    47/49

    47

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    pertahankan diri dan negara dan bukan untuk

    menyerang dan menguasai bangsa lain.

    Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan,

    keamanan dan keselamatan negara yang

    membolehkan proses pembangunan dilakukan

    secara berterusan.

    Perubahan suasana politik dunia global masa kini

    dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi olehsebahagian umat manusia menuntut kita

    menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan

    mempertahankan diri. Negara perlu diper-

    lengkapkan dengan rancangan serta program

    jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan

    tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri,

    bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhariakan berusaha memperkasakan umat supaya

    mereka berupaya menghadapi cabaran dunia

    semasa.

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    48/49

    48

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    8

    PENUTUP

    Usaha Kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari dalam

    arus pembangunan perdana negara amat tepat pada

    masanya ketika umat Islam sedang menghadapi

    perubahan sama ada dari segi politik, ekonomi,

    pendidikan, kemajuan sains, teknologi dan lain-lain.Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan

    yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk

    pemikiran yang mengelirukan dan bercanggah dengan

    Islam perlu diperbetulkan supaya pemikiran dan jati

    diri masyarakat dapat dibentuk. Dengan pelaksanaan

    Islam Hadhari di Malaysia akan membuka mindamasyarakat Islam tentang tujuan hidup yang sebenar

    dan sama-sama memahami hala tuju kepimpinan

    negara ke arah membangun ummah dan negara dengan

    cemerlang, gemilang dan terbilang yang diredhai

    Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam

    surah al-Baqarah: 201, maksudnya:

  • 7/31/2019 e Buku Islam Hadari

    49/49

    I S L A M H A D H A R I : S A T U P E N J E L A S A N

    Dan di antara mereka pula ada

    yang (berdoa dengan) berkata:

    Wahai Tuhan kami, berilah kami

    kebaikan di dunia dan kebaikan di

    akhirat dan peliharalah kami dari

    azab api neraka.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Putrajaya