Transcript
Page 1: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

ANALISA WARISAN PUISI SEBAGAI CERMINAN PEMIKIRAN DINAMIK

MASYARAKAT RUMPUN MELAYU TRADISIONAL.

Page 2: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ANALISIS MASYARAKAT YANG BERFIKIRAN

DINAMIK

4

2.1 MASYARAKAT YANG BERFIKIRAN

IMAGNATIF

6

2.2 MASYARAKAT YANG BERBUDI TINGGI 8

2.3 HUBUNGAN PUISI TRADISIONAL DAN

PEMIKIRAN DINAMIK MASYARAKAT

MELAYU

10

3.0 KEGUNAAN PUISI TRADISIONAL DI DALAM

MASYARAKAT RUMPUN MELAYU

12

3.1 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK

AMALAN DAN KEPERCAYAAN

13

3.2 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK

NASIHAT DAN IKHTIBAR

17

3.3 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK

POLITIK

20

4.0 RUMUSAN 23

Page 3: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu bhasha

yang memberikan pelbagai maksud seperti peradaban, adab dan ihsan1. Ahli-ahli

bahasa pula telah merumuskan bahawa bahasa ialah sistem lambing-lambang yang

bersifat arbitrari yang digunakan oleh masyarakat sebagai alat komunikasi sesame

masyarakat dan alat untuk mengidentifikasikan diri mereka2. Akan tetapi makna lain

bagi bahasa juga membawa erti sebagai sistem membawa maksud serta sistem

kognitif yang merujuk kepada pemilihan persepsi, kesan dan sensasi untuk

membentuk sesebuah konsep dan pemikiran3. Pelbagai sumber telah dikemukan

mengenai asal-usul Bahasa Melayu daripada berasalnya dari Asia Tengah hingga ke

Nusantara4 dan terdapat juga beberapa teori bahawa penulisan Bahasa Melayu telah di

pengaruhi daripada beberapa bahasa asing seperti Hindu, Jawa dan Arab5. Sebelum

kedatangan pengaruh Hindu, terdapat beberapa penulisan di jumpai di Rencong dan

Lampung akan tetapi kegunaanya sangat terhad kerana agak sukar untuk digunakan

semula untuk penulisan lain kecuali daripada tujuan asalnya6. Di dalam linkungan

abad pertama, proses Indianisasi di Asia Tenggara seperti penubuhan kerajaan Funan

dan Lin-Yi berlaku menyebabkan terdapat pengaruh Hindu di dalam beberapa aspek

masyarakat seperti upacara keagamaan, kesenian dan kesusateraan berasaskan

pengaruh Hindu7. Ini dibuktikan dengan peninggalan yang inskripsi pada 1380 Masihi

untuk raja Sumatara Adityavarman yang mengandungi campuran bahasa Sanskrit

Melayu dan Arab dan cerita Hikayat Perang Pandawa Jaya dan Hikayat Sang Boma

mendapat inspirasinya dariapda Bharatayuddha iaitu sebahagian di dalam kitab Hindu

Mahabharata8.

Di dalam lingkungan abad ke-11 dan ke-16, pengaruh Islam di Alam Melayu

terutamanya di sekitar Nusantara berkembang dengan pesat pendakwah Islam

memperkenalkan sistem tulisan Arab atau Jawi bagi membantu muallaf membaca Al-

Quran dengan lebih lancar dan memudahkan pembelajaran ilmu-ilmu lain juga seperti

Page 4: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

As-Sunnah tetapi pembelajaran secara formal hanya dijalankan oleh golongan atasan.

Walau bagaimanapun, majoriti masyarakat pada zaman dahulu buta huruf kerana

tidak lagi mempunyai kepentingan memahami penulisan, maka kisah Rasulullah

S.A.W dan tokoh-tokoh Islam lain diceritakan melalui lisan. Walaupun Kerajaan

China telah membuat penemuan tentang kertas pada 105 Mashi tetapi penggunaannya

di Nusantara tidak menular dengan pesat sehingga sampainya pengaruh Islam dan

sistem penulisan Arab9.

Kemudahan menulis menggunakan kertas berbanding kulit haiwan, kulit kayu

dan kitab-kitab yang dihasilkan dari Timur Tengah, Arab, Parsi dan India yang mula

disebarkan di sekitar Nusantara menggalakkan lagi penghasilan karya sastera di Alam

Melayu. Ini dapat dilihat dengan penghasilan hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah10.

Kesusateraan membawa maksud karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang

mempunyai ciri keistimewaan yang tertentu. Ayat akar bagi Kesusateraan adalah

sastera dan ayat asli sastera berasal daripada Sanskrit Shastera11. Menurut beberapa

tokoh dalam mendefinasikan kesusateraan, Hashim Awang mendefinasikannya

sebagai ciptaan seni yang menggunakan alat petuturan atau bahasa dan tulisan sebagai

alat penyampainya manakala Muhammad Haji Salleh mengatakan bahawa ia

merupakan karya-karya berupa cereka yang dicipta dengan perantaraan bahasa dan

alatan-alatan yang datang bersamanya, yang tidak berbentuk laporan atau esei12. Di

dalam Kesusateraan Melayu memiliki pelbagai pembahagian seperti persuratan, kitab,

puisi dan lain-lain lagi. Menurut Herman J. Waluyo puisi merupakan bentuk karya

yang mengungkapkan fikiran dan perasaan penyair secara imaginatif dan disusun

dengan mengkonsentrasikan struktur fizik dan struktur batinnya manakala Mohd Taib

Osman menyatakan puisi adalah satu bentuk komunikasi atau perhubungna dan Jakob

Sumardjo pula mendefiniskan puisi sebagai ungkapan bahasa yang mempunyai

kekuatan13

Page 5: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

3

Selain itu, Zainal Abidin Ahamd puisi ialah karangan berangkap yang khas

dipakai untuk melafazkan pemikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan

melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa. Manakala, menurut H.B Jassin pula,

puisi adalah pengucapan dengan perasaan yang ada di dalamnya mengandungi

fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan manakala M.S Hutagalung memberikan erti

puisi sebagai menggambarkan sesuatu dan bukan menerangkan atau menceritakan14.

Bagi puisi tradisional ia terbahagi kepada beberapa jenis genre puisi tradisional seperti

Pantun, Syair, Gurindam, Rejang, Dikir/Zikir, Endoi, Ruba’I, Nazam, Masnawi,

Ghazal, Berzanji, Qit’ah, Seloka, Talibun, Peribahasa Berangkap, Teromba,

Perbilangan Adat dan Mantera. Puisi ini ia merupakan pencurahan jiwa apabila ingin

merangkanya dan sesebuah puisi memiliki kepadatan dimana ia bersifat sugestif dan

asosiatif15.Terdapat beberapa faktor yang menjadikan tradisi dalam kesusateraan lama

iaitu, nama pengarang atau penulisnya tidak disebut iaitu hasil kesusateraan Melayu

lama dianggap milik rakyat dan bukan milik keseorangan, pengarang takut apabila

pihak pemerintah mengambil tindakan terhadapnya jikalau tulisannya tidak

diperkenankan oleh raja. Selain itu, apabila sesebuah tulisan dicipta atas perintah raja

namanya tidak ditulis kerana ia merupakan milik negara manakala penulisan bercorak

pengajaran Islam pula tidak diletakkan namanya kerana hasilnya dianggap amal jariah

dan bukan ingin mencari kemasyuran dan nama16.

Antara tokoh-tokoh sasterawan adalah Pawang Ana dan Raja Haji Yahya yang

menghasilkan karya-karya seperti Awang Sulung Merah dan Raja Muda serta Encik

Amin pengarang syair Syair Perang Mengkasar. Manakala antara tokoh bagi

sasterawan pula adalah Tun Seri Lanang penulis buku Sulalatus al-Salatin dan

Hamzah Fansuri yang dianggap sebagai pencipta bentuk pengarangan syair dan antara

hasil karyanya adalah Syair Dagang, Syair Perahu dan Syair Burung Pingai17.

Makalah ini akan merungkai mengenai ciri-ciri sesebuah masyarakat yang berfikiran

dinamik dan hubunganya dengan puisi tradisional serta penggunaan puisi ini di dalam

kehidupan seharian masyarakat rumpun Melayu.

14- Dharwijaya, 1998, hlmn 515- Haron Daud, 1996, hlmn 6816- Abd.Rachman Abror, 2009, hlmn 140.17- Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassam, Abd. Rahman Kaeh, Jamilah Haji Ahmad, 2002, hlmn 54

Page 6: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

4

2.0 ANALISIS MASYARAKAT RUMPUN MELAYU YANG

BERFIKIRAN DINAMIK

Menurut Dewan Bahasa Edisi Keempat, masyarakat bererti manusia yang hidup

bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu manakala berfikiran pula

membawa maksud berfikir mengenai sesuatu dan dinamik bermaksud bertenaga atau

berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan

kemajuan18. Masyarakat di Alam Melayu atau di sekitar Nusantara ini dapat

dirumuskan struktur sosial dan politik bahawa sebelum pertubuhan sesebuah kerajaan

ia dimulakan dengan tertubuhnya perkampungan atau masyarakat yang di muara

sungai atau persisiran pantai yang bertaraf chiesfdom atau dibawah kepimpinan

seorang ketua tempatan atau penghulu yang bercorak kepimpinan bersifat pribumi

kemudian kedatangan institusi beraja daripada India telah meletakkan ketua tersebut

kepada status raja dan telah meletakkan statusnya masyarakatnya sebagai sebuah

kerajaan19. Di dalam masyarakat itu juga bagi memastikan seluruh pihak sentiasa

hidup di dalam harmoni maka sistem panduan diwujudkan untuk masyarakat itu yang

dipanggil hukum adat. Hukum adat ini merupakan hukum yang tidak bertulis dan

dijadikan sebagai peraturan kebiasaan yang dipertahankan didalam kehidupan

masyarakat. Sifat hukum adat ini ialah ia tidak dikitabkan, tidak dikodifisir,

mempunyai sanksi dan terdapat akibat daripada hukum apabila dilanggar20.

Kepentingan adat ini dapat dilihat bahawa ia mengabungkan masyarakat

dibawah sistem norma dan nilai yang seragam maka konflik diantara ahli masyarakat

berjaya dihapuskan kerana ia membentuk peribadi, budaya dan jatidiri sesuatu

bangsa21. Persekitaran dimana bentuk komunikasi dalam masyarakat secara

majoritinya adalah melalui lisan maka wujudlah situasi dimana lahirnya satu budaya

yang diistilahkan sebagai pasrtisipatoris. Partisipatoris ini merupakan masyarakat

yang perkongsian yang dicirikan oleh sifat kolektif dimana sifat keindividualan sangat

tidak digalakkan. Social Consencus iaitu persetujuan ramai mengawal pemikiran dan

tindak laku individu.

18-Noresah bt. Baharom, 201019- Abdullah Jumain Abu Samah, 1997, hlmn 7020- Bushar Muhammad, 1997, hlmn 1121- Suzana Hj. Othman (susn.), 2008, hlmn 27

Page 7: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

5

Budaya lisan ini menyebabkan karya sastera bersifat mengulangi tradisi dan

melahirkan semula model sastera yang sedia ada serta ia merupakan corak budaya

yang mengamalkan norma meletakkan nilai yang tinggi pada permuafakatan22.

Melalui sini kita dapat lihat bahawa tahap pemikiran kompleks masyarakat Melayu

dalam memastikan adat akan memartabatkan nilai seperti beradab, beradat dan

berdaulat dengan membentuk sifat persaudaraan yang teguh kepada orang tentang

identiti dan kepercayaan masyarakat Melayu. Keharmonian dan perpaduan

masyarakat Melayu dapat melambangkan sesebuah yang bertamadun tinggi23

22- Rogayah A. Hamid, Wardati Md. Sheriff, 2007, hlmn 46523- Suzana Hj. Othman (susn.), 2008, hlmn 30

Page 8: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

6

2.1 MASYARAKAT YANG BERFIKIRAN IMAGNATIF

Masyarakat Alam Melayu dilahirkan di kawasan tropika yang panas, bermusim hujan

dan kemarau, dengan hutan yang luar biasa spesis flora dan faunanya dan tanah

pelbagai jenis sebahagiannya subur manakala sebahagian lain pula basah. Sungai

mengalir sehingga ke muara menjadi air lautan yang luas berlatarkan manusia yang

kerdil di perkampungan atau masyarakatnya24. Inilah persekitaran yang telah

dikunrniakan kepada masyarakat Melayu. Pengaruh terbesar kepada masyarakat di

Alam Melayu adalah disekeliling mereka iaitu alam. Mereka hidup dikawasan

cuacanya mendap dan panas maka tidaklah mereka sentiasa duduk di dalam rumah.

Nescaya mereka akan pergi ke sungai, bukit-bukau, paya dan di kelilingi dengan flora

dan fauna seperti burung, ikan, rumput dan rumpai. Pepatah Melayu pernah

mengatakan

“Alam berkembang menjadi guru”25

Pepatah ini telah menempa beberapa pengalaman daripada generasi sebelumnya

mengenai hutan, sungai dan laut dan apa yang boleh ditawarkan olehnya. Ia telah

dijadikan sebagai cerminan manusia dan kehidupannya. Apabila seseorang

mengarangkan lagu, cerita, puisi dan falsafah kehidupannya, ia merupakan hasil

daripada pemerhatian yang tajam mengenai bagaimana alam berubah dengan

peredaran masa dan alam juga merupakan tempat konflik dan harmoni diantara

masyarakat manusia dan sekelilingnya. Orang Melayu amat mengemarkan keindahan

terutamanya daripada segi bahasa maka orang Melayu menggunakan bahasa yang

tersirat dan penuh dengan unsur perlambangan seperti personafikasi, simile dan

fuguratif. Keindahan bahasa bertujuan supaya telinga pendengar sedap di dengar

dengan penuh perhatian. Maka, kerangkaan sesebuah puisi yang indah dan kreatif

bagi difahami dan dihayati oleh pendengarnya diambil berat oleh pembuat puisi26.

Puisi merupakan harta yang mengandungi sejarah, emosi, impian dan pemikiran

masyarakat. Ianya bukan sesuatu cara untuk menipu atau menfitnah tetapi cara untuk

menyampaikan hikmah kolektif dan ekspresi yang telah dibentukkan dengan

percakapan dalam puisi27.

24- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 225- Lalita Sinha (peny.), 2011, hlmn 23126- Mohd Rosli Saludin, 2009 hlmn 15627- Lalita Sinha (peny.), 2011, hlmn 241

Page 9: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

7

Pengarang bagi puisi-puisi ini digelarkan sebagai Penglipur Lara. Mereka ini

diberikan tugas untuk mengarang, memberikan gambaran dan menceritakan puisi-

puisi tersebut tetapi tugas memberikan istilah yang tepat bagi penghasilan sastera,

permulaan dan penamatan sesebuah puisi tradisional diberikan kepada orang yang

bukan penglipur lara seperti sasterawan28. Penulis, penglipur lara dan dalang dikenali

sebagai ketua, pemikir dan pendeta kerana mereka memikul tanggungjawab

menyebarkan nilai kemasyarakatan dan memastikan ia masih diteruskan29. Celik huruf

dan buta huruf bukan dijadikan sebagai pengukur untuk seseorang yang berpuisi.

Yang diperlukan hanyalah kepintaran dan kecerdasan mencari frasa kata yang betul

selain pandai menangkap makna yang dimaksudkan. Pembinaan pantun Melayu tidak

terbatas kepada sesuatu golongan atau pada peringkat umur tertentu. Pembinaan

sesebuah pantun yang tidak secara langsung berhubung kait dengan pengkarangan

puisi genre lain sangat berkait rapat dengan keintelektualan selain kepintaran,

kecerdasan dan kespontanan pemikiran masyarakat Melayu30. Maka, masyarakat

Melayu sering menggunakan puisi dalam sebarang luahan rasa dimana ia mengaitkan

hubungan mereka dengan alam dan mencerminkan pengalaman kehidupan seharian

mereka31. Kita dapat melihat perlambangan alam kerap digunakan di dalam pantun.

Pertalian diantara pembayang dengan maksud amat difikirkan oleh pemantun, ertinya

pemantun tidak sembarangan memilih perkataan untuk dijadikan pembayang. Ini

disebabkan peraturan yang mengikat pemantun seperti rima hujung dan bilangan suku

kata pada setiap baris serta lumrah keindahan alam Melayu seperti cakerawala, flora

dan fauna32. Ini dapat dilihat dalam pantun ini

Penat sahaya menanam padi

Nanas juga ditanam orang

Payah saya menabur budi

Emas juga pandang orang

Perlambangan budi dan alam dikaitkan dengan rapat di dalam pantun diatas yang

membicarakan mengenai budi33

28- Muhammad Haji Salleh, 2008, hlmn 729- Lalita Sinha(peny.), 2011, hlmn 24130- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 2631- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 1432- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 2133- Harun Mat Piah, 2007, hlmn 200

Page 10: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

8

2.2 MASYARAKAT YANG BERBUDI

Budi membawa pengertian yang amat luas kerana memiliki beberapa makna. Budi

berasal daripada perkataan Sanskrit Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti tinggi dan

mulia manakala dalam bahasa Inggeris pula adalah wisdom atau intelektual. Dalam

Al-Quran budi disebut sebagai adab, sopan santun dan ia dijelaskan melalui adab

pergaulan orang-orang mukmin terhadap Rasullulah SAW34. Persamaan Adat dan

Islam dimana ia menegaskan mengenai kebaikan dan kesetiaan dan meletakkan nilai

budi iaitu perwatakan dan perbuatan baik serta permuafakatan iaitu persrtujuan secara

kolektif. Ini disertakan lagi dengan meletakkan seseorang yang tua pada kedudukan

yang tinggi dan tatacara bagi mengadap mereka perlulah dengan penuh rasa hormat

dan rendah diri35.

Konsep budi ini melatih orang yang hidup dalam masyarakat adat supaya

berhati mulia dan memenuhkan kehidupan mereka dengan nilai-nilai murni. Berbudi

bukan sahaja pertuturan baik tetapi juga tingkah laku yang rendah diri, tenang,

tanggungjawab dan ramah mesra dimana kehilangan budi dalam peribadi seseorang

akan kehilangan kesopanan dan menurut adat sama dengan haiwan36. Maka, kita dapat

lihat bahawa sikap budi ini merupakan sebahagian dariapda budaya masyarakat

Melayu yang mengikatnya kepada sistem yang lebih besarMasyarakat Melayu gemar

menyampaikan sesuatu mesej dengan cara yang berselindung dimana mesej yang

disampaikan ditutupi dengan tutur kata yang sopan dan yang semanis mungkin.

Jarang sekali berlaku penyalahtafsiran oleh si pendengar dan inilah kelebihan

masyarakat Melayu yang unik. Maka, sifat kesantunan ini mencerminkan cara

menghindarkan timbulnya rasa terkilan, tersinggung atau rasa kurang senang sewaktu

berkomunikasi pada masa yang sama kata-kata yang bersifat sindiran secara berlapik

ini difahami pendengar. Sebagai contoh,

Jeruk maman rasanya sedap,

Boleh direndang dengan tauhu;

Saya umpama bunga dedap,

Kembangnya segar tidak berbau.

34-Aminudin Mansor, 2015, hlmn 23135- Peletz, M. G., 1981, hlmn 1636- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 109

Page 11: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

9

Puisi ini merupakan bentuk sindiran kepada kaum wanita yang hanya memperlihatkan

atau berbangga dengan kecantikkan diri tetapi tidak berbudi. Jikalau ianya

disampaikan secara terus terang maka timbulnya rasa kurang senang atau sakit hati

serta persalahan faham yang berpanjangan kepada pendengar yang mungkin tidak

diketahui oleh penyampai37. Pengkarya Melayu sering meluahkan rasa hati dalam

bentuk yang indah dimana mereka menimbang rasa orang lain dan mengelakkan

muncul elemen negative di dalam puisi mereka. Sebagai contoh, seseorang yang

malas tidak akan disebut sebagai “amat malas” tetapi “berat tulang”38. Puisi dilihat

sebagai bentuk pengucapan manusia membina kemesraan dan memelihara hubungan

antara individu dan kelompak maka terhindarlah daripada konflik dan mengukuhkan

perpaduan masyarakat39.

37- Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, hlmn 738- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 4739- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 202

Page 12: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

9

2.3 HUBUNGAN PUISI TRADISIONAL DAN PEMIKIRAN DINAMIK

MASYARAKAT MELAYU

Puisi- puisi tradisional merupakan peninggalan warisan tradisi masyarakat rumpun

Melayu tradisonal yang telah wujud sebelum proses Indianisasi di Asia Tenggara

sehinggalah perkembangan Islam. Terdapat beberapa pendapat tentang maksud

sebenarnya puisi tradisional. Maka, setiap genre di dalam puisi-puisi tradisional ini

memiliki asal-usul, ciri-ciri dan cara merangkanya yang tersendiri membuatkan setiap

genre ini walaupun hampir sama tetapi unik. Sebagai contoh, Pantun dan Syair

persamaannya kedua-dua puisi ini mengandungi empat kerat tetapi pantun

mempunyai pembayang dan diikuti dengan maksud manakala kesemua rangkap syair

pula adalah maksud. Selain itu, disebabkan perbezaan dari segi pencampuran budaya

maka terdapat juga beberapa genre puisi yang hampir sama tujuaanya tetapi memliki

asal-usul yang berbeza. Antaranya adalah Nazam dan Seloka dimana ia digunakan

untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada masyarakat rumpun Melayu tetapi

Nazam merupakan puisi lama atau puisi klasik yang berpengaruh Arab dan

mempunyai persamaan dihujung bunyinya manakala Seloka merupakan perkataan

yang berasal daripada Sanskrit dan diwarisi melalui Hindu klasik seperti kitab-kitab

Mahabarata dan Ramayana. Gaya penyampaiannya pula hampir serupa seperti

gurindam kecuali ia memiliki empat baris yang bersajak, tiap baris mempunyai empat

patah perkataan dan bunyi suku katanya di hujungnya sama40. Cara penyampaian dan

pengarangan pelbagai genre puisi ini menunjukkan pemikiran yang kreatif dalam

penghasilan puisi tradisional oleh masyarakat rumpun Melayu tradisional. Puisi-puisi

ini mampu memberikan gambaran kehalusan budi dan keprihatinan masyarakat

terhadap alam dan budaya di sekeliling mereka. Dengan beberapa pilihan kata-kata

diikuti dengan irama dan susunan perkataan sesebuah puisi mampu mengambarkan

suasana, mengeksperasikan idea, meluahkan perasaan dan emosi dengan

menggunakan perumpaan disekliling mereka41. Nilai abstrak di antara perkara yang

objektif seperi tumbuh-tumbuhan, haiwan dan yang subjektif seperti nilai, amalan dan

budi menunjukkan kedinamikkan cara berfikiran masyarakat rumpun Melayu

tradisonal42.

37- Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, hlmn 738- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 4739- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 202

Page 13: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

9

Akan tetapi puisi-puisi ini bukan sahaja terikat kepada perihal adab dan nilai,

ia juga menyentuh mengenai adat, peraturan, rawatan tradisonal, ekonomi dan cara

kehidupan masyarakat tempatan. Sebagai contoh, Terombo merupakan pengucapan

adat sebelum memulakan mengucapkan Adat Perpatih. Ia merupakan susunan undang

dan adat pada masa yang sama ia merupakan penceritaan sejarah dalam bentuk

riwayat yang diamalkan oleh daerah Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Seremban dan

Jelebu di Negeri Sembilan serta Naning dan Alor Gajah di Melaka bagi43 Tujuan

Terombo ini adalah memastikan masyarakat sentiasa hidup di dalam keadaan aman

dan beradat serta memulaukan sesiapa yang melanggarnya44. Sifat dinamik

masyarakat Melayu ini digalakkan lagi dengan peranan local genius dengan membuat

pilihan dan pengolahan secara aktif terhadap pengaruh asing yang datang seperti

sastera, keagamaan dan kesenian dan mengubahsuainya untuk diasimilasikan ke

dalam masyarakat tempatan tanpa meninggalkan amalan warisan nenek moyangnya45.

Maka kita dapat lihat bahawa segala aspek kehidupan seseorang di dalam masyarakat

Melayu sangat dipengaruhi juga dengan puisi. Ini dapat dilihat dengan kepelbagaian

puisi terutamanya pantun dimana ia hampir merangkumi semua aspek kehidupan

mereka. Di setiap peringkat daripada kanak-kanak sehingga tua mengandungi

pembahgian pantunnya tersendiri seperti pantun bersukacita untuk kanak-kanak dan

pantun nasihat, agama dan adat bagi orang tua46. Kita juga dapat lihat dengan

kewujudan pantun bagi setiap lapisan masyarakat sama ada pemerintah mahupun

hamba, terkandungnya sesebuah pantun bagi lapisan mereka juga.47

3.0 KEGUNAAN PUISI TRADISIONAL DI DALAM MASYARAKAT

RUMPUN MELAYU

Tradsional dapat diertikan sebagai berkaitan, bersifat atau mengikut tradisi dimana

konsep merangkumi puisi lisan dan puisi rakyat dan ia merupakan antara kegiatan

kesenian rakyat yang dipersembahkan, disampaikan di dalam bentuk lisan. Ciri-ciri

37- Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, hlmn 738- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 4739- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 202

Page 14: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

9

puisi ini ialah ia bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan maka

seperti sesebuah masyarakat Melayu ia bersifat kolektif dimana ciptaan puisi ini

digunakan di dalam kehidupan masyarakat48. Maka, ini dapat dilihat dengan keluasan

rangkuman puisi di dalam hidup masyarakat Melayu dimana daripada aspek politik,

ekonomi, falsafah, keagamaan, moral dimana semua lapisan masyarakat dan peringkat

umur akan dipandukan dengan puisi untuk menjalankan kehidupan seharian mereka.

Kewujudan konsep nilai yang diterapkan melalui puisi yang mudah difahami oleh

masyarakat yang dijadikan panduan akan menentukan yang baik daripada yang jahat,

kudus daripada yang tidak kudus, cantik dan buruk ataupun halus dan kasar. Nilai

seperti taat kepada pemimpin, merendah diri, tolong-menolong serta berpegang kuat

kepada adat dan kepercayaan telah diterapakan lama melalui medium ini49.

Tradisi puisi yang sentiasa mengiringi masyarakat Melayu sangat selari dengan

sebahagian daripada adat yang diubahkan mengikut keperluan masa dan citarasa

masyarakat dimana adat Melayu daripada zaman Kesultanan Iskandar Zulkarnain

yang merupakan nenek moyang Melayu. Yang lain akan ditokok tambah oleh petinggi

adat setempat berdasarkan keadaan semasa seperti daripada pengaruh Hinduisme

kewujudan instirusi raja dan konsep dewaraja sehingga Islam dimana adat Melayu dan

Islam jadikan seperti saudara kembar yang dapat dirumuskan melalui perbilangan adat

ini:

Adat bersenidkan syarak

Syarak bersendikan kitab Allah

Syarak mengata, adat memakai

Cermin yang tidak kabur

Pelita yang tidak pandam50

37- Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, hlmn 738- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 4739- Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, hlmn 202

Page 15: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

13

3.1 PUISI TRADISIONAL DIDALAM ASPEK AMALAN DAN

KEPERCAYAAN

Perkataan mantera jarang digunakan oleh masyarakat Melayu dan mereka sering

menggunakan perkataan Jampi Serempah. Harun Mat Piah lebih gemar menggunakan

mantera untuk merangkumi kesuluruhan bentuk atau jenis, seperti petikan ini.

“Semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau prosa, yang mengandungi tujuan

dan konotasi magis, pengubatan dan perbomohan…merangkumi semua nama dan

jenis pengucapan yang sama fungsi seperti…jampi, serempah, tawa, sembur, cuca,

puja, sertungkal dan lain-lain”51.

Dalam masyarakat yang bersifat tradisonal dimana amalan seharian begitu primitif

kuasa mantera dianggap sangat bersangkut-paut dengan unsur-unsur magis. Di dalam

budaya tradisional Hindu, rumus-rumus berentak atau chhandas ini adalah sebahagian

daripada ujaran-ujaran di dalam kitab suci Vedas, maka dianggap secara langsung

keluar daripada Brahman kepada Guru dan Rishis. Maka ia dianggap sebagai bahasa

Dewa dan bahasa berentak atau bersajak pada padangan masyarakat dianggap sebagai

bahasa Tuhan52. Jampi dan Mantera bukan sahaja pembentukan puisi melalui perasaan

tetepi ia merupakan hubungan jiwa dengan sistem kepercayaan. Ia dibaca untuk

memberi kesaktian terutamanya pada perubatan. Pawang dilihat sebagai manusia yang

luar biasa yang mempunyai kuasa adikodrati dan merupakan manusia perngantaraan

makhluk dengan yang ghaib53. Bagi memastikan sesuatu jampi itu bertambah mujarab

suara seseorang yang mencakapnya juga perlu memliki nada suara yang memerintah

dan kuat. Untuk mencapai ton suara itu, mereka ini juga dibantukan lagi dengan jampi

yang berbeza, dan campuran minuman asam jawa, madu dan daun sirih. Suara yang

jelas dan kuat serta merupakan berbeza daripada ton bunyi biasa dan penstrukturan

ayat supaya berirama dan memiliki ayat-ayat sakti akan membolehkan seseorang itu

secara langsung berkomunikasi dengan kuasa-kuasa lain. Apabila seseorang itu

memiliki banyak jampi dan kepandaian dalam bidang ini mereka dianggap berilmu54.

51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51

Page 16: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

13

Jampi itu sendiri merupakan bentuk ilmu yang bersifat kudus dan tidak boleh

diucapkan oleh sembarangan orang kerana ia sangat berkait rapat dengan kepercayaan

masyarakat55. Garis pengukur bagi sesebuah jampi adalah teks ucapan terbina di

daripada kata-kata atau ayat dalam bentuk puisi atau prosa berirama, kandungan teks

memiliki konotasi magis atau berkaitan kuasa luar biasa, ayat membina teks di dapat

melalui perguruan atau penurunan secara ghaib. Mempercayai dan meyakini

sepenuhnya serta diamalkan atau dipraktikkan bersungguh-sungguh dengan memnuhi

syarat yang ditetapkan dan yang terakhir digunakan untuk kegunaan tertentu sama ada

baik ataupun sebaliknya56. Sistem kepercayaan melahirkan bentuk-bentuk pengucapan

jampi dan ia dibukti melalui unsur-unsur magis, pemujaan, perubatan, kasih saying,

pendiding dan perhubungan dengan psikologi manusia. Menururt W.W. Skeat.

Masyarakat tradisional Melayu amat akrab dengan unsur mistik dan jampi lahir hasil

interaksi antara alam luaran dengan dalaman57. Kewujudan pelbagai kepercayaan ini

telah mempengaruhi hidup masyarakat rumpun Melayu tradisional. Dengan

kewujudan pelbagai jampi bagi membantu mereka di dalam kehidupan mereka maka

ini dapat dilihat dengan pembentukan jampi pantang larang memulakn tuaian padi.

Hei Nur Pulih Cendana Pulih

Jangan duduk ghalik di benua Keling dan benua China

Kami nak sambut bawa balik ke jelapang buluh kami

Di tempat yang sunyi

Jangan duduk di sana sini

Selepas membaca mantera tersebut, maka bermulah kerja diketam tujuh tangkai padi.

Padi yang diketam itu perlu diselimuti dan waktu memulakan itu adalah pada waktu

maghrib. Dalam perjalanan balik, mereka yang terlibat dalam upacara tersebut

dilarang bercakap, walaupun menjawab sapaan dan mereka juga perlu tunduk ke

tanah dan terus tunduk ke tanah dan terus membawa tangkai-tangkai padi yang

diptotong tadi ke tempat simpanan yang dikenali sebagai buluh padi. Bersama padi

diletakkan beberapa benda seperti segelas air, tiga biji buah pisang dan lain-lain lagi

dan patang larang lain pula selama tiga hari tuan rumah tidak boleh menjawab

panggilan, tidak boleh beri sebarang benda yang terdapat di dalam rumah kepada

orang lain dan tidak boleh menumbuk padi58.

51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51

Page 17: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

13

Walaupun ini merupakan jampi, tindakan dan pantang larang hanya khusus

kepada penuai padi tetapi ia adalah moral kehidupan mereka kerana padi merupakan

benda yang paling penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Maka, ia perlu

dijaga dengan cermat kerana ia merupakan sumber kehidupan dan ia juga dianggap

sebagai harta yang paling berharga. Maka dengan itu, kerahsiaan sesebuah hasil padi

itu sangat dititikberatkan bagi mengekalkan perasaan kekitaan dan semangat

persamaan. Ini disebabkan perbuatan menghebohkan kekayaan kepada orang ramai

dapat silihat sebagai sikap yang boleh merosakkan hubungan antara jiran

sekampung59. Pencampuran diantara pengaruh seperti Islam hanya mengubahkan cara

penyampaian pantun dengan menambah beberapa kalimat seperti syadah, Allah dan

Rasul di dalam jampi. Sebagai contoh,

Tak tabun buah nyirih-nyirih

Buah kembang terlata-lata

Sepuluh umpan kau pilih

Kilat umpan aku dari Sarin ke Maghrib

Dari Mekah ke Madinah

Kilat umpan aku sampai ke dalam batu

Engkau kenallah umpan aku ini

Kalau engkau tidak makan umpan ini

kau derhaka kepada Allah

Kau salah pada penghulu, Nabi Muhammad

Di dalam jampi ini kita dapat lihat bahawa terdapat penggunaan elemen pengaruh

Islam seperti penggunaan perkataan Allah dan Nabi Muhammad. Tujuan jampi ini

digunakkan unutk memanggil dan menyeru kepada segala ikan supaya berada

dikawasan pancing dan memakan umpannya yang disediakan. Jika ikan tidak

memakan umpan tersebut maka ia akan menerima akibat dan kesannya seperti

derhaka kepada Allah dan salah kepada Nabi Muhammad. Walaupun sesebuah jampi

itu sangat dikaitkan dengan golongan pawang dan bomoh untuk perubatan tetapi kita

dapat lihat bahawa masyarakat rumpun Melayu juga mengamalkan pembacaan

mantera untuk aktiviti seharian mereka60.

51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51

Page 18: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

13

Rejang merupakan bidang ilmu astrologi Melayu tradisional. Tradisi rejang

tidak begitu luas penyebarannya iaitu hanya meliputi masyarakat di Nusantara serta ia

diketahui oleh golongan orang seperti alim ulama61. Ia juga merupakan sebuah tempat

di daerah Sumatera Selatan yang dinamakan rejang seperti mayang, batang, hantu,

harang, orang, pasak, kula (lakis), peti dan santi. Sebagai contoh lambang dalam

rejang 1 hari bulan adalah kuda dan 8 hari bulan adalah tikus62.

Rejang ini akan dieksperasikan di dalam bentuk puisi seperti sebahagian

dibawah

Sehari sebulan rejangnya kuda

Perian Abad barinya minggu

Tuanku nyawa orang muda

Disukai oleh kaum dan suku

Perian Ahad harinya minggu

Sebarang kerja hari ‘itu elok

Dikasihi oleh kaum dan suku

Kedua jadi mustika makhluk63

1 hari bulan itu rejangnya kuda dan ia melambangkan tanaman, pelayaran

pernikahan yang baik, jika kehilangan, segera didapati dan penolak bahaya adalah

perbuat nasi seperti gambar kuda, dibuangkan ke mata hari jatuh, serta derma emas

dan perak atau makanan akan fakir dan miskin. Ia melambangkan kebaikan kerana

Allah taala menjadikan Nabi Adam a.s 64. Terdapat perubahan dilakukan terhadap

lambang-lambang Rejang daripada binatang ataupun perkara yang berkait dengan

kepercayaan lama ditukarkan kepada sistem lambang yang lebih dekat dengan

masyarakat semasa yang begitu peka terhadap nilai-nilai Islam. Kedatangan Islam

telah mengubahkan lambang-lambang seperti hantu kepada alam flora seperti tumbuh-

tumbuhan yang lebih sesusai dengan nilai Islam65.

51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51

Page 19: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

13

3.2 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK NASIHAT DAN

IKHTIBAR

Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering di lihat sebagai masyarakat yang

memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi

dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur

terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti66. Di

dalam inti pati puisi tradisional yang dikarang oleh beberapa masyarakat rumpun

Melayu tradisional memiliki sedikit unsur nasihat bagi pendengarnya untuk dijadikan

iktibar. Ia juga merangkumi pelbagai aspek daripada ekonomi, agama dan sosial.

Sebagai contoh puisi yang mengandungi unsur nasihat:

Bawa resmi padi

Makin berisi makin merunduk

Jangan bawa resmi lalang

Makin berisi makin jegang

Disebabkan cara berkomunikasi oleh masyarakat Melayu tradisional sangat terhad

maka mereka sering akan mengeksprasikan nasihat melalui lisan dengan pelbagai

cara. Di sini adalah contoh dimana nilai budi pada seseorang itu diberikan

perlambangan seperti padi. Orang yang berbudi bahasa, kata-katanya tidak meninggi

manakala Orang yang tidak berbudi diumpamakan lalang yang meninggikan diri,

kata-katanya dilepas tanpa memikirkan perasan orang lain67. Perumpamaan

peribahasa berangkap ini sangat selari dengan budaya pemikiran Melayu yang

menitikberatkan nilai budi di dalam sesorang serta penggunaan unsur padi dimana ia

dianggap sakral oleh masyarakat Melayu68.

51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51

Page 20: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

13

Ini dapat menunjukkan ketajaman minda pengkarya Melayu dalam menghasilkan

puisi-puisi dengan bahasa-bahasa beriman yang sering memaparkan wawasan dan

gagasan dalam dalam bentuk yang tersurat dan tersirat serta difahami oleh kelompok

masyarakat sendiri69. Selain itu, puisi yang memberi nasihat tetapi di dalam bentuk

sindiran pula adalah Seloka Emak Si Randang.

Baik budi emak Si Randang,

Dagang lalu ditanakkan,

Tiada berkayu rumah diruntuh,

Anak pulang kelaparan,

Anak dipangku diletakkan,

Kera dihutan disusui.

Ia mengisahkan mengenai Emak Si Randang yang sanggup melayan tetamunya

sehingga mengabaikan anaknya sendiri. Melalui dua puisi ini kita dapat lihat dinamik

pemikiran masyarakat Melayu tradisional dimana mereka menggunakan dua cara

yang berbeza bagai menyampaikan nasihat70.

Terdapat juga puisi yang mengambil inspirasi daripada Al-Quran bagi

meyampaikan maksud sesebuah ayat Al-Quran secara puisi. Pada masa yang sama

juga agama Islam menyukai penganutnya berkomunikasi dengan menggunakan

bahasa yang puitis, lembut dan bersopan71.

Buah kurma berlambak-lambak,

Dimakan orang pagi petang;

Bagai kerja menolak ombak,

Semakin ditolak semakin datang72.

51- Noriah Mohamed, 2006, hlmn 13152- Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, hlmn 19353- Mana Sikana, 1996, hlmn 6554- Muhammad Haji Salleh, 2006, hlmn 51

Page 21: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

19

Pantun diatas mengandungi falsafah menggalakkan manusia untuk sentiasa berusaha

menyelidik, baca serta belajar ketentuan-ketentuan yang terdapat di alam semesta

sehingga mendapat pengajaran yang boleh dijadikan guru dan sesuatu rujukan yang

berguna kepada manusia Pantun ini mengingat bahawa kemampuan seseorang

manusia itu terbatas dan tiada sesiapa mampu mengatasi kekuasaan alam pada masa

yang sama mengandungi maksud tersirat iaitu kekuasaan itu juga melambangkan

kekuasaan Allah SWT74. Manusia dinasihatkan tidak melakukan pekerjaan sia-sia

seperti “bekerja menolak ombak” yang dinyatakan di dalam pantun diatas. Pantun ini

selari dengan Surah al-Imran ayat 190 iaitu

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,

ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”

yang membawa bererti menyeru hambanya mempelajari kejadian-kejadian alam,

bumi, langit siang serta malam. Melalui puisi-puisi ini kita dapat lihat bahawa

masyarakat tradisional rumpun Melayu sangat menitik beratkan nilai-nilai murni

kerana tingkah laku individu yang dinilai oleh masyarakat bagi mereka bukan sahaja

akan mempengaruhi mereka tetapi persekitaran masyarakat kerana manusia diberi

kebebasan untuk memilih tingkah laku mereka, maka melalui puisi-puisi nasihat ini

mereka mampu membuat pilihan yang tepat, bijaksana dan sesuai dengan

martabatnya. Dengan menjadikan sifat budi sebagai ukuran penilaian, maka ia boleh

dijadikan pemerhatian bagi budaya sesebuah masyarakat dan kerajaan75.

73- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 28674- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 467

Page 22: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

20

3.3 PUISI TRADISIONAL DI DALAM ASPEK POLITIK

Di dalam konteks politik, puisi ini digunakan daripada pelbagai aspek iaitu

perhakiman, kepimpinan, kedudukan pemerintah dan pelbagai lagi. Puisi memainkan

peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan

sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh lapis masyarakat. Ini dapat dilihat

dengan kewujudan puisi seperti Teromba yang bererti salasilah keturunan seseorang,

suatu kumpulan, bangsa dan sistem76. Teromba juga terdapat beberapa isitilah seperti

tambo terasul, kata-kata adat dan perbilangan adat. Teromba ini diwariskan secara

turun-temurun dan ia digunakan di dalam beberapa majlis seperti istiadat meminang,

nikah kahwin dan majlis perbincangan adat. Maka puisi ini dijadikan sebagai garis

panduan dan amalan kepada Adat Perpatih dan Adat Temenggung sehingga ia masih

diguna pakai di beberapa daerah di Negeri Sembilan dan Melaka77.

Terombo telah menyentuh mengenai pelbagai aspek antara pembahagian

kuasa seperti dibawah

Raja memerintah alam

Undang memerintah luak

Lembaga memerintah suku

Buapak memerintah anak buah

Kita dapat lihat bahawa melalui penggunaan puisi kuasa-kuasa pemerintah dengan

jelasnya telah dinyatakan di dalam puisi tersebut daripada anak buahnya sehingga

Yamtuan seluruh masyarakat memainkan peranan di dalam urusan pentadbiran

sesebuah masyarakat Melayu78. Kita juga dapat lihat bahawa setiap lapisan ini

mengandungi tanggungjawabnya sendiri yang terkandung di dalam teromba. Sebagai

contoh, Buapak di memerintah anak buahnya atau kelompok kekeluargaanya.

Yang kusut diselesaikan

Yang keruh dijernihkan

berkayu berakar

Tunku bercanggah

Kerbau ditambang

Beras dibasuh

76-Harun Mat Piah, 1989, hlmn 42477- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 2278- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 141

Page 23: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

21

Inai andam

Orang dipanggil

Teromba ini menjelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab Buapak terhadap

memimpin anak buahnya dimana masalah yang dihadapi oleh anah buahnya perlu

dibantu selesaikan dan apabila Buapak menghadapi kebuntuan maka akan

disampaikan kepada Lembaga79. Walaupun teromba telah ditulis bagi dijadikan

pusaka turun-termurun namun Buapak dan Lembaga masih tetap menghafal teromba

bagi menghindarkan sebarang tokok tambah80. Kita dapat melihat lagi bahawa sifat

permuafakatan di dalam Adat Perpatih ini dengan kekuasaan anak buah kepada

Buapak dan bukan Lembaga yang berkuasa untuk memecatnya. Di dalam teromba ini

iaitu

Hidup kita beranak buah

Hiduplah Buapak

Mati kata anak buah

Matilah Buapak

Daripada sini kita dapat simpul bahawa pemecatan Buapak terletak kepada anak

buahnya dan bukan Lembaga dan Lembaga juga tidak boleh menolak persetujuan

anak buah terhadap pemilihan Buapak mereka81.

Selain itu, puisi lain yang menyentuh mengenai politik juga adalah pantun

dimana ia menyentuh perkara seperti kedudukan raja dalam adat, keistimewaan raja,

sifat pemimpin dan pelbagai lagi. Antara contohnya adalah bahagian daripada pantun

ini iaitu

Alangkah bulat batang meranti

Ke dalam air tampak bayangan

Berkat daulat bersidi sakti

Asalnya turun dari kayangan

Ikan teluk parang-parang

Anak ketam disangka lelebi

Berburu musim tengkujuh

Dapat buruan dibelah-belah

79- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 30480- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 44081- Mohd Rosli Saludin, 2009, hlmn 220

Page 24: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

22

Bukan makhluk sebarang-barang

Cucu Adam sepaian nabi

Turun dari langit ketujuh

Jadi Khalifah kepada Allah

Daripada pada pantun ini, sultan diberikan tanggapan oleh masyarakat bahawa

golongan sultan merupakan pemerintah yang paling berkuasa di sesebuah negeri. Ini

dapat dikesan melalui sastera yang telah dirangka seperti Sulalatus Salatin dimana

sultan merupakan daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Pantun ini selaras

dengan konsep dewaraja yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional

walaupun kedatangan Islam82.

82- Harun Mat Piah, 2007, hlmn 83

Page 25: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

23

RUMUSAN

Melalui makalah ini kita dapat lihat bahawa penggunaan puisi di kalangan masyarakat

Melayu tradisional sangat meluas sehingga ia merangkumi segala aspek kehidupan

mereka daripada kanak-kanak sehinggalah tua serta segala lapisan masyarakat sama

ada mereka daripada golongan sultan, bangsawan, petani ataupun dukun. Kewujudan

puisi-puisi ini merupakan warisan turun-temurun nenek moyang masyarakat Melayu

sebagai harta pusaka kepada generasi akan datang sebagai bukti bahawa wujudnya

sebuah tamadun yang mempunyai pemikiran intelektual dan kebudayaan yang tinggi

pada suatu masa terdahulu. Malah, penggubalan puisi ini telah menunjukkan bahawa

setiap pemilihan dan perangkaan ayat tersebut mengandungi unsur-unsur estetika,

konotif dan tujuan dengan memadatkan ia kepada kepada beberapa baris ayat di

dalam perkataan. Maka, Puisi telah menarik perhatian sarjana-sarjana di serata dunia

dimana mereka telah mengkaji secara teliti dengan penuh ketekunan sehingga

wujudnya kepakaran di dalam bidang ilmu puisi dikalangan mereka seperti Vladimir

Braginsky dimana beliau telah mengarang beberapa buku mengenai keindahan puisi-

puisi di Alam Melayu. Maka hendaklah kita mengetahui bahawa sesebuah puisi

masyarakat terdahulu menunjukkan kedinamikan pemikiran di kalangan masyarakat

Melayu tradisional dimana mereka mampu mengubah sesuatu hasil seni melalui

pemerhatian dan pengalaman mereka. Kita dapat lihat bahawa tokoh-tokoh seperti

Haji Abdul Malik Karim Amarullah, Zainal Abidin Ahmad dan Lim Swee Tin telah

menghidupkan semula penggunaan puisi pada generasi moden ini supaya kita dilupai

asal-usul kebudayaan masyarakat di Alam Melayu ini.

Page 26: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

RUJUKAN

Abdul Halim Ali, 2006, Mendekati Puisi Melayu Tradisional, Penerbitan Profesional

Baharu, Perak

Abd. Rachman Abror, 2009, Pantun Melayu Titik Temu Islam dan Budaya Lokal

Nusantara, LKiS Yogyakarta, Yogyakarta

Aminudin Mansor, 2015, Akal Budi Melayu dalam Pantun dan Sajak, Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Abdullah Jumain Abu Samah, 1997, Hiraki Sosial dalam kerajaan-kerajaan awal di

Nusantara, Tesis Dr. Fal., Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM

Ampuan Ibrahim bin Ampuan Tengah, 1999, Syair Rajang: Penyelanggaraan dan

Analisis Teks, Tesis Dr. Fal., Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Bushar Muhammad, 1997, Asas- Asas Adat Suatu Pengantar, PT Pradnya Paramita,

Jakarta

Coedès, G., 1968, The Indianized States of Southeast Asia, Uni.of Mal. Co-operative

Bookshop Ltd, Kuala Lumpur

Daillie, Francois-R., 1998, Alam Pantun Melayu. Studies on the Malay Pantun,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor

Darwis Harahap, 1992, Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu, Penerbit Universiti

Sains Malaysia, P. Pinang

Dharmawijaya, 1998, Dunia Puisi dalam Penelitian dan Pengajaran, Pernerbit Fajar

Bakti Sdn Bhd, Selangor

Djamal Tukimin, 2011, Pantun Dalam Sejarah Perkembangan Pemikiran Melayu

Moden Di Singapura Kajian & Himpunan Institut Alam Dan Tamadun Melayu,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Haron Daud, 1996, Mantera sebagai Pengucapan Simbolik: Analisis Pemikiran

Melayu, Tesis Dr. Fal., Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,

Page 27: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassam, Abd. Rahman Kaeh,

Jamilah Haji Ahmad, 2002, Traditional Malay Literature 2nd Edition, Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur

Harun Mat Piah, 2004, Puisi Melayu Tradisional Nasihat dan Pengajaran, Dawama

Sdn Bhd, Selangor

Harun Mat Piah, 2007, Pantun sebagai Artifak Budaya, Universiti Pendidikan Sultan

Idris, Perak

Kamus Dewan, 2010, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Lalita Sinha (pnyt.), 2011, Rainbows of Malay Literature and Beyond: Festschrift in

Honour if Professor Md. Salleh Yappar, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau

Pinang

Mana Sikana, 1996, Falsafah dan Seni Kreatif Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Selangor

Mohd Rashid Md Idris, Siti Khairah Mohd Zubir, Andullah Yusof, 2010, Nilai

Estetika dan Intelek dalam Pantun, Emeritus Publication, Perak

Mohd Rosli Saludin, 2009, Teromba dalam Puisi Melayu Tradisional, Karisma

Publication Sdn.Bhd., Selangor

Mohd Rosli Saludin, 2009, Teromba Sebagai Alat Komunikasi dalam Kepimpinan

Adat Perpatih, Karisma Publication Sdn Bhd, Selangor

Mohd Rosli Saludin, Puisi Melayu Tradisional, 2007, Goal Intelligent Publishing

Sdn. Bhd, Penang,

Muhammad Haji Salleh, 2006, Romance and Laughter in the Archipelago, Essays on

Classical and Contemporary Poetics of the Malay World, Penerbit Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang

Muhammad Haji Salleh, 2008, The Poetics of Malay Literature, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur

Noriah Mohamed, 2006, Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisonal,

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Page 28: pppnukm.files.wordpress.com · Web viewPuisi memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat tradisional Melayu dimana ia dijadikan sebagai panduan atau peringatan kepada seluruh

Peletz, M.G., 1981, Social History and Evolution in The Interrelationship of Adat and

Islam in Rembau, Negeri Sembilan, Insitute of Southeast Asian Studies, Singapore

Rogayah A. Hamid, Wardati Md. Sheriff, 2007, Tradisi Lisan Manifestasi

Cendiakwan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Rogayah A. Hamid, Mariyam Salim, 2007, Pandangan Semesta Melayu Mantera,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Rogayah A. Hamid, Mariam Salim, 2005, Kepustakaan Ilmu Tradisonal, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Salinah Ja’far, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, Zurinah Hassan,

Shafa’atussara Silahudin, 2016, Wacana Pantun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur

Suzana Hj. Othman (susn.), 2008, Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja:

Menemukan Kembali Permata Bangsa yang Hilang (Siri kertas kerja), Media Satria

Sdn. Bhd., Kuala Lumpur

Tham Seong Chee, 1990, A Study of the Evolution of the Malay Language Social

Change and Cognitive Development, Singapore University Press, Singapore,

Winstedt, R., 1961, The Malays a Cultural History, Routledge & Kegan Pul Ltd,

London

Zainal Abidin Borhan, Ramli Raman, 2008, Pantun Warisan Rakyat, JKKN, Kuala

Lumpur

Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh, Rahim Aman, 2007, Linguistik Melayu Edisi

Kedua, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi


Top Related