PENULISAN ESEI
1.0 Penilaian web rakan sekelas yang telah dikenalpasti
Berdasarkan tugasanEDUP3053 pada sem ini (sem 3), saya dikehendaki untuk
menilai web rakan sekelas saya. Web rakan yang telah dikenalpasti adalah milik Nur
Syuhadah Binti Shapei dari kelas G3.3 (gambar 1). Bagi menghasilkan web
pembelajaran untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran, ianya perlulah disertakan
dengan bahan pembelajaran yang dibuat, perlulah dipaparkan menggunakan menu dan
submenu yang sesuai.
Gambar 1
Antara kriteria utama yang perlu dinilai adalah dari segi mesra pengguna.
Berdasarkan web yang dinilai, didapati bahawa web ini adalah web yang mesra
pengguna yang mana ianya didapati bahawa arahan yang terdapat di dalam web ini
adalah mudah difahami termasuk juga dengan menggunakan bahasa yang difahami.
Hal ini adalah wajar kerana untuk memberikan kefahaman kepada orang yang melawati
web kita, kita perlulah menyusun dan menggunakan ayat dalam bentuk yang mudah
difahami. Selain itu, di laman utama web ini juga telah disertakan dengan gambar serba
sedikit mengenai cikgu syuhadah uitu cikgu syuhadah (gambar 2) disini boleh
menunjukakan struktur ayat yang digunakan adalah mudah difahami.
Gambar 2
BIL KRITERIA 1 2 3 4 51 Dapat mengakses maklumat dengan
mudah/
2 Arahan yang terdapat di dalam web mudah difahami
/
3 Bahasa yang digunakan dalam web mudah difahami
/
Penilaian yang seterusnya dibuat berdasarkan organisasi iaitu didapati bahawa
opsyen yang berkaitan dengan pada menu adalah berfungsi dengan baik yang mana
apabila pengguna menekan pada menu yang ingin dilawati, ianya berfungsi dengan
baik kerana pengguna boleh terus memasuki ke dalam bahagian yang ingin diterokai.
BIL KRITERIA 1 2 3 4 51 Opsyen yang berkaitan di menu
berfungsi dengan baik/
2 Saiz tulisan jelas dilihat dan mudah dibaca
/
3 Latar belakang yang digunakan amat menarik
/
Selain daripada itu, maklumat dalam perisian juga telah disusun dengan baik
yang mana ianya mengikut turutan dan kesemua sub topik berada di bawah menu yang
betul dan mudah untuk dicari. Latar belakang yang menarik juga telah digunakan dalam
web ini iaitu latar belakang yang berbentuk animasi serta mempunyai warna yang
menarik mampu menarik minat para pengguna tentang web ini. Saiz tulisan yang jelas
dilihat dan mudah dibaca tidak dapat dihasilkan dengan sempurna di mana saiz tulisan
adalah agak kecil (rajah 3) yang mana tidak dapat dilihat dengan jelas terutamanya bagi
individu yang mengalami masalah penglihatan tidak terhad (rabun).
Rajah 3
BIL KRITERIA 1 2 3 4 51 Maklumat dalam setiap menu padat
dan ringkas/
2 Permainan interaksi dapat digunakan dengan mudah
/
3 Video dan cerita yang bermanfaat /
Dari segi kandungan pula, maklumat dalam setiap menu adalah padat dan
ringkas. Hal ini adalah bersesuai dengan cara pembinaan bahan-bahan bacaan yang
mana ianya perlulah ringkas tetapi boleh memberikan kefahaman kepada orang lain
yang membacanya. Bahan bacaan yang terlalu oanjang akan membuatkan pengguna
mudah berasa bosan dan jemu. Dari segi permainan dan interaksi pula, ianya tidak
dapat digunakan dengan mudah sepenuhnya yang mana untuk memasuki pada
ruangan permainan interaksi, pengguna perlu menekan tajuk yang telah dipautkan
kepada aktiviti terlebih dahulu dan ianya agar susah sedikit untuk digunakan (gambar 4)
Dalam web ini juga ada disertakan dengan video yang terdapat pada menu lagu
kanak-kanak. Video ini bukan hanya sebarang video, tetapi merupakan video yang
berkaitan dengan pembelajaran dan ianya bermanfaat untuk murid-murid agar mereka
terus menonton supaya mudah difahami dan tidak membosankan apabila sedang
mempelajari sesuatu topik matapelajaran (gambar 5).
Gambar 4 Gambar 5
Kriteria yang terakhir yang dinilai adalah dari segi multimedia. Penggunaan audio
yang kurang dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan sesuatu
pembelajaran tidak menjadi menarik dan murid juga akan mula tidak fokus kerana tiada
sesuaru yang boleh menarik perhatian mereka untuk belajar dan ianya boleh
ditambahkan lagi dengan koleksi lagu-lagu yang bersesuaian dengan tajuk
pembelajaran pada hari tersebut.
Selain daripada itu, laman ini juga kurang dipenuhi dengan grafik yang menarik
dan ianya adalah sukar untuk menarik pengguna-pengguna untuk melawati laman web
ini. Jika lebih disertakan dengan grafik yang menarik, maka web ini juga akan kelihatan
lagi lebih imenarik dan ianya akan menjadi tarikan untuk orang lain melihatnya.. Tidak
lupa pula bahawa stail yang digunakan pada laman ini adalah bersesuaian kerana ia
tidak merumitkan pengguna lain untuk menggunakan web ini sebagai bahan
pengajaran dalam pembelajaran mereka. Pembinaan web ini bukan sahaja selesai
disini, tetapi perlulah ditambah selalu dan masih lagi boleh diperbetulkan supaya
menjadi lebih baik dan menarik kepada pengguna yang mengunjungi web ini.
BIL KRITERIA 1 2 3 4 51 Audio yang digunakan membantu
proses pengajaran dan pembelajaran/
2 Laman ini dipenuhi dengan grafik yang menarik
/
3 Stail yang digunakan pada laman ini sangat sesuai
/
Ini adalah merupakan sahaja hasil daripada penilaian saya mengenai web rakan
sekelas saya. Kesimpulannya penghasilan web ini ada mencapai kamajuannya, tetapi
haruslah ditambahkan lebih sedikit mengenai apa-apa yang kurang seperti hiburan,
video mahupun nota-nota yang lain. ini adalah diperlukan untuk mmewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menarik
2.0 Penjelasan tentang instrument yang digunakan untuk menilai web
Instrument yang digunakan untuk menilai web ini adalah senarai semak. Senarai
Semak adalah alat pentaksiran yang mengandungi senarai item yang disediakan untuk
menenalpasti perkembangan dari kemahiran yang diingini.
Dalam instrument ini, saya menggunakan skala satu hingga lima yang mana satu
adalah skala yang sangat lemah, skala dua lemah, skala tiga sederhana, bagi skala
empat adalah baik dan skala lima pula adalah sangat baik. Skala yang digunakan ini
adalah untuk menentukan keberkesanan web tersebut kepada pengguna. Dari segi
pembinaan kriteria soalan pula, saya bahagikan kepada empat bahagian iaitu mesra
pengguna, organisasi, kandungan dan multimedia. Dalam setiap kriteria tersebut,
sdisertai dengan tiga soalan bagi setiap satu.
Intrumen senarai semak ini hendaklah disediakan lebih awal sebelum pemerhatian
dibuat. Hal ini kerana pemerhatian yang ingin dibuat perlulah dirujuk kepada senarai
semak yang disediakan. Selain daripada itu, saya menggunakan senarai semak untuk
menilai web rakan sekelas kerana di dalam hanya kemahiran yang penting sahaja yang
diletakkan di dalam borang ini dan ianya memudahkan lagi saya untuk membuat
penilaian terhadap web rakan sekelas saya ini.
Penggunaan senarai semak ini amatlah berkesan untuk digunakan bagi tugasan
ini kerana ianya membantu untuk memastikan konsistensi dan kesempurnaan dalam
menjalankan tugas.
3.0 Kelebihan penggunaan web dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
Peranan teknologi maklumat (IT) dalam sistem pendidikan di Malaysia pada masa
kini amatlah penting kerana ia merupakan satu komponen untuk berhadapan dengan
cabaran penerokaan ilmu pada alaf ketiga nanti (Hassani Hassan 1997). Oleh sebab
itu, kerajaan telah membuat satu perubahan dalam bidang pendidikan dengan
mewujudkan konsep sekolah bestari yang telah mula beroperasi pada tahun 1999.
Sekolah bestari merupakan salah satu daripada daripada tujuh aplikasi perdana yang
terdapat dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) telah mengaplikasikan teknologi
maklumat sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (Azamzairi 1997).
Penggunaan web dalam pendidikan mamupu meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Antara kelebihan yang diperolehi dengan adanya penggunaan web ialah
membolehkan para pelajar mencari maklumat yang tidak terbatas berbanding dengan
penyampaian maklumat secara teks. Hal ini kerana pelajar pada masa kini sangat
menggemari untuk meneroka sesuatu yang baru. Maka dengan itu, secara tidak
langsung, mereka akan turut serta mencari maklumat-maklumat lain yang ingin mereka
ketahui terutamanya mengenai pendidikan.
Selain dari itu, kelebihan penggunaan web adalah web dijadikan sebagai
kemudahan berkomuniksi. Dengan ciri-ciri antara muka dan fungsi-fungsi yang terdapat
di dalam web pendidikan, pembelajaran berasaskan web dapat menyediakan
komunikasi secara serentak melalui ruang sembang (Chat room) dan bergilir seperti
emel. Kedua-dua kemudahan ini memudahkan interaksi antara pelajar, guru, serta
rakan sekelas sama ada dalam masa yang sama mahupun masa dan lokasi yang
berbeza. Ia juga dapat memudahkan pelajar untuk melakukan perbincangan bersama
rakan untuk mereka membincangkan tentang sebarang masalah serta kekeliruan yang
mereka hadapi secara dalam talian terutamanya forum perbincangan.
Hashimah & Muhammad Rafie 1994 menyatakan bahawa penggunaan web
membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer bagi menjawab soalan,
mendapatkan penerangan atau menjelajah daripada satu topik ke topik yang lain. hal ini
kerana, di dalam web bukan hanya terdapat bahan-bahan dan juga nota sampingan
sahaja, tetapi juga terdapat koleksi-koleksi soalan yang turut dibina di dalamnya.
Pengalaman semasa penglibatan ini dapat meningkatkan daya ingatan dalam kalangan
pelajar. Pelajar juga boleh belajar secara sendirian pada waktu yang mereka suka dan
berapa lama masa yang mereka ambil mengikut keupayaan masing-masing. Ini juga
dapat mengurangkan beban kerja guru dan pensyarah terutama sekali dalam
pengajaran yang berulang-ulang kerana pelajar boleh merujuk terus kepada web
pembelajaran.
Selain daripada itu, isi kandungan yang terdapat dalam laman Web boleh
dikemaskini dan akan sentiasa diperbaharui dari masa kesemasa. Oleh itu, ianya
amatlah bersesuaian untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada pelajar kerana
ianya isi kandungannya adalah sentiasa selaras dengan peredaran kokurikulum di
sekolah. Soalan-soalan ramalan setiap tahun juga boleh didapati di dalam web
pembelajaran kerana ianya sentiasa ditambah supaya pelajar menitikberatkan konsep-
konsep penting yang perlu diketahui. Jadi guru tidak perlu bersusah payah untuk
membuat soalan-soalan ramalan untuk peperiksaan tetapi haruslah sentiasa memantau
murid dari belakang.
Tidak lupa juga bahawa penggunaan laman Web dengan cirinya yang menarik,
dinamik serta mempunyai warna yang pelbagai, kandungan yang berasaskan animasi
bukan membuatkan laman tersebut kelihatan lebih hidup serta ceria, malah ia juga
dapat menguatkan daya ingatan pelajar serta mampu merangsang kecenderongan
serta minat para pelajar. Oleh itu, guru tidak lagi perlu melukis dipapan hitam serta
mengulang sesuatu pelajaran berkali-kali semata-mata untuk memahamkan pelajar.
Dengan adanya laman-laman Web seumpama ini bukan saja dapat menyenangkan
para pelajar untuk mereka belajar, ia juga dapat memudahkan kerja guru dalam
perlaksanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru bukan saja boleh
menggunakan laman Web yang sedia ada malah mereka boleh menbina laman Web
sendiri . Mungkin bagi seorang pereka Web yang sudah professional, ianya tidak
menjadi masalah untuk mereka mencipta satu laman Web dengan hanya menggunakan
sebuah komputer, pemperosesan perkataan, dan pengetahuannya dalam kod HTML.
Tidak pula menjadi masalah bagi mereka yang tidak mahir dengan komputer untuk
mencipta laman Web sendiri. Kebanyakan perisian atau program-program diperlukan
dapat dipindah terima sahaja dari internet. Ini dapat memudahkan para guru
menyediakan satu sesi pengajaran pembelajaran yang menggunakan laman Web. Guru
yang mahir mengenai pembinaan web juga digalakkan untuk mengajar murid cara
membina web agar suatu hari nanti mereka mampu mempunyai laman web mereka
sendiri dan ianya pula boleh dijadikan rujukan kepada orang lain.