Download - Wanita Dalam Sejarah Melayu
http://sejarahhangtuah.wordpress.com/2012/09/01/keungulan-wanita-dalam-sejarah-melayu-lama/
Keungulan wanita dalam sejarah Melayu lamaPosted on 1 September 2012by pakcikli00
PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH
MELAYU’ TUN SRI LANANG
( Tulisan teks ini, mengambil contoh-contoh daripada buku
histiografi sejarah terkemuka alam Melayu,Nusantara, iaitu ‘
Sejarah Melayu’)
Wanita
Peranan golongan wanita dalam politik tradisional Melayu
mencakupi pelbagai bidang untuk dikaji secara mendalam.
Kajian akan menumpukan peranan wanita dalam beberapa
naskah histiografi tradisional Melayu.
Walaupun pelbagai tanggapan yang melemahkan peranan wanita
tradisional Melayu di utarakan, namun beberapa bukti dapat
dilihat hasil dari kajian yang dilakukan ke atas teks-teks atau
naskhah-naskhah berbentuk sejarah silam.
Sejarah Melayu ( Versi W. G Shellabear) telah dikaji untuk
melihat peranan golongan wanita tradisional dalam memainkan
peranan mereka dalam struktur politik tradisional Melayu .
Tanggapan yang menetapkan wanita sebagai tidak berperanan
dalam mengubah atau mempengaruhi sistem politik dan
geopolitik di kalangan masyarakat di zaman lampau ratusan
tahun lalu, adalah bersalahan sama sekali. Peranan wanita
didapati amat besar dan berpengaruh dalam menentukan hala
tuju sesebuah kerajaan tradisional, contohnya kesultanan Melayu
Melaka.
Sejarah Melayu telah mengisahkan perkahwinan di antara Putri
Syahrul Bariyah dengan Raja Iskandar Zulkarnain[ 5]. Putri
Syahrul Bariyah merupakan puteri kepada Raja Kida Hindi yang
di Islamkan oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Perkahwinan
tersebut telah menghasilkan keturunan yang terbaik di kalangan
raja-raja di benua India dan kepulauan Melayu di Nusantara,
khususnya di dalam kesultanan Melayu Melaka. Anak lelaki Putri
Syahrul Bariyah dan Raja Iskandar Zulkarnain, bernama Raja
Aristun Syah berkahwin pula dengan puteri Raja Turkistan dan
mendapat seorang putera dinamakan sebagai Raja Aftus.
Keturunan dari Putri Syahrul Bariyah ini, akhirnya sampai
kepada Raja Suran yang menyerang rantau Asia Tenggara
( Gangga Negara) dan menurunkan keturunan Raja-Raja Melayu.
Perkahwinan Raja Suran dengan Putri Mahtabul Bahri di dalam
alam ghaib di bawah laut telah menghasilkan tiga orang putera
lelaki bernama Raja Aftabul Ard Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita
dan Nila Utama.
Peranan wanita yang dapat dikesan dalam perenggan ini adalah,
wanita sebagai penerus warisan atau zuriat yang terbaik
sehingga mengwujudkan sistem politik beraja yang terbaik dan
disegani.
Peranan Wan Empuk dan Wan Malini yang mengusahakan
bidang pertanian di Bukit Seguntang memainkan peranan
penting mereka dalam meluaskan jajahan takluk kerajaan
Melayu di rantau Melayu dan Nusantara. Wan Empuk berkahwin
dengan Nila Pahlawan dan Wan Malini dengan Kerisyna Pandita
setelah bertemu dengan putera-putera Raja Suran yang
berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain dan Putri Syahrul
Bariyah sehingga mendapat keturunan yang bergelar Sang
Sapurba. [19]
Perkahwinan Sang Sapurba dengan Wan Sendari puteri Demang
Lebar Daun telah menghasilkan pula dua orang putera iaitu Sang
Maniaka dan Sang Nila Utama ,serta dua orang puteri iaitu Putri
Seri Dewi dan Putri Cendera Dewi.
Tuan Putri Cendera Dewi puteri Majapahit dikahwinkan dengan
Sang Sapurba dan hasil dari zuriat mereka, keturunan raja-raja
Majapahit berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Permaisuri Iskandar Syah yang memerintah Bentan
mengahwinkan pula puterinya Wan Seri Beni dengan putera
Sang Sapurba bernama Sang Nila Utama.
Perenggan ini menyentuh mengenai peranan wanita dalam
menurunkan zuriat yang menguasai pusat-pusat pemerintahan
yang bakal menempuh kegemilangan empayar jajahan takluk.
Pada Bab yang Ke Sepuluh menceritakan mengenai pembunuhan
anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik
kesayangan Raja Iskandar Syah, raja di Singapura. Pembunuhan
anak perempuan Sang Rajuna tapa menyebabkan ayahnya
membelot pada Betara Majapahit. Serangan tentera Majapahit
dibantu oleh Sang Rajuna Tapa dengan membuka pintu kota
pada waktu malam dan menyembunyikan bekalan beras sebagai
makanan. [52] Implikasinya, Raja Iskandar Syah terpaksa
melarikan diri ke Muar apabila tenteranya mengalami kekalahan.
Perenggan ini membuktikan peranan wanita, walaupun hanya
menjadi gundik seorang raja, namun kematiannya menyebabkan
kehancuran sebuah negeri yang ditakluk oleh sebuah kuasa
ketenteraan dari Majapahit.
Peranan sepupu perempuan Raja Rekan dalam menaikkan Raja
Ibrahim yang bergelar sebagai Sultan Abu Syahid dalam
pemerintahan kesultanan Melaka menunjukkan permainan
penting aspek politik di kalangan wanita tradisional [63].
Akhirnya saudara sepupu Raja Rekan terbunuh dalam gerakan
merampas kuasa untuk menaikkan Raja Kassim yang bergelar
Sultan Muzaffir Shah.
Perenggan ini membuktikan peranan wanita yang berselindung
di sebalik tabir untuk memerintah Melaka di sebalik tabir. Sultan
terpaksa mengikut arahan saudara perempuan Raja Rekan untuk
melantik Raja Ibrahim sebagai pengganti baginda serta peranan
saudara perempuan Raja Rekan yang merupakan seorang
wanita, mampu memerintah Melaka di sebalik tabir di dalam
zaman yang dikuasai golongan lelaki.
Perenggan ini membuktikan kepintaran seorang wanita dalam
merebut jawatan dan menguasai sistem politik di Melaka.
Anak gundik Seri Nara Di Raja bernama Tun Nina Madi telah
dilantik oleh Sultan Muzaffir Syah dengan gelaran Tun Bijaya
Maha Menteri. Perenggan ini menunjukkan, walaupun Tun Nina
Madi adalah seorang anak lelaki dari seorang gundik, dia berjaya
mendapat kepercayaan dari seorang Sultan yang melantiknya
memegang jawatan bergelar. Walaupun, ibunya seorang gundik
kepada ayahnya,, namun anak seorang gundik berjaya menaiki
taraf sosial atau struktur sosial di dalam masyarakat feudal.
Perenggan ini menunjukkan golongan wanita bertaraf rendah
mampu menyediakan zuriat yang bakal memainkan peranan aktif
dalam bidang politik.
Pertelingkahan yang berlaku di antara Seri Nara Di Raja dan
Paduka Raja Tun Perak telah berjaya diselesaikan oleh Sultan
Muzaffir Syah dengan menggunakan peranan seorang wanita
bagi menyatukan perpaduan di kalangan masyarakat Melaka.
Bendahara Seri Wak Raja telah membunuh diri dengan
meminum racun dan penggantinya sebagai Bendahara adalah
Seri Nara Di Raja Tun Ali. Anak-anak Seri Wak Raja adalah Tun
Kudu yang sangat cantik dan diperisterikan oleh Sultan Muzaffir
Syah, adiknya lelakinya bernama Tun Perak dan Tun Perpatih
Putih.
Muslihat Sultan Muzaffir Syah dengan mengahwinkan kakak Tun
Perak dengan Seri Nara Di Raja yang sudah tua, berfungsi untuk
mengelakkan persengketaan dan perpecahan di kalangan
penduduk di Melaka. Melaka memerlukan peranan Seri Nara Di
Raja dari golongan India dan Paduka Raja Tun Perak yang
mewakili golongan Melayu Melaka. Tun Perak akhirnya dilantik
oleh Sultan Muzaffir Syah sebagai Bendahara Melaka untuk
menggantikan Seri Nara Di Raja yang dilantik sebagai Penghulu
Bendahari [71], lantas mengelakkan sebarang pertumpahan
darah atau perang saudara di Melaka. Perkahwinan Tun Kudu
dan Seri Nara Di Raja menghasilkan zuriat [77] seramai tiga
orang, iaitu Tun Tahir, Tun Senaja dan yang bungsu dan bakal
menjadi Bendahara Melaka yang penuh kontroversi bernama Tun
Mutahir.
Perenggan ini memperlihatkan peranan Tun Kudu yang
berperanan sebagai seorang yang berjaya mendamaikan
persengketaan di antara dua belah pihak yang bertelagah dan
menyatukan komponen politik di Melaka.
Pada bab Keempatbelas, Puteri Raden Galoh Wi Kesuma [83]
melakukan pemilihan sendiri untuk mencari bakal suami. Putri
Wi Kesuma memilih Kimas Jiwa yang merupakan putera Tanjung
Pura yang berasal dari keturunan Bukit Seguntang. Perkahwinan
ini mendapat seorang puteri bernama Raden Galuh Cendera
Kirana yang [91] yang berkahwin dengan Sultan Mansor Syah
yang mengeratkan hubungan diplomatik dan mengelakkan
serangan Majapahit ke atas Melaka.
Perenggan ini membuktikan kebijaksanaan seorang puteri raja
memilih bakal suami yang bakal menguasai sistem politik di Jawa
dan wanita berperanan besar dalam mempereratkan
perhubungan di antara dua buah negara yang bersengketaan.
Maharaja China telah menghantar puterinya bernama Putri Hang
Li Po [95] untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansor Syah.
Perkahwinan ini telah berjaya memberikan faedah perlindungan
Dinasti Ming ke atas kerajaan kesultanan Melaka serta
mengelakkan serangan tentera Siam ke atas Melaka berlaku.
Perenggan ini menunjukkan perkahwinan diraja diantara
seorang raja dari negera kecil dengan seorang puteri raja dari
sebuah kerajaan yang masyhur akan memberikan kestabilan
jangkapanjang kepada negara kecil tersebut, perkahwinan
seumpama ini disebut sebagai perkahwinan politik diraja.
Peranan Raja Tua iaitu nenda Sultan Alauddin Syah untuk
membunuh Sultan Mahmud Syah yang masih kecil dan gering
sewaktu dijaga oleh Bendahara Tun Perak dan Laksamana Tun
Perak menunjukkan peranan wanita dalam [139] merancang
pengganti Sultan Melaka.
Perenggan ini sekali lagi menggambarkan peranan wanita yang
boleh menyebabkan berlakunya peralihan kuasa atau
perancangan teliti, agar calon tertentu menjadi pemerintah
menggantikan seseorang raja.
Tun Biajid adalah anak lelaki Laksamana Hang Tuah adalah
seorang yang berkhidmat untuk Sultan Mahmud Syah. Walaupun
begitu, isterinya telah melakukan perlakuan tidak bermoral
dengan Sultan Mahmud Syah menyebabkan Tun Biajid enggan
lagi mencampuri urusan pentadbiran Melaka atau membantu
Melaka dari segi menyumbangkan tenaganya sebagai pahlawan
Melaka.
Perenggan ini menggambarkan implikasi dari perlakuan tidak
bermoral seorang isteri telah mengakibatkan suaminya yang
berkebolehan dalam mempertahankan Melaka enggan untuk
berkhidmat dengan rajanya.
Putri Onang Kening [152], putri raja Kelantan yang tertawan
oleh serangan Melaka telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud
Syah. Perkahwinan ini menghasilkan Sultan Muzaffir Syah yang
akhirnya menjadi Sultan Perak yang pertama.
Perenggan ini menunjukkan bagaimana seorang wanita telah
menurunkan seorang zuriat yang keturunannya memerintah
negeri Perak sehingga sekarang.
Peranan bonda Sultan Mahmud Syah yang membisikkan di
sebalik pintu kepada Sultan Mahmud Syah agar memilih adiknya
Tun Mutahir menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Maharaja
[154].
Perenggan ini menunjukkan peranan dan campurtangan yang
terlalu tinggi oleh seorang wanita dalam mempengaruhi
keputusan Sultan dalam melantik Bendahara.
Tun Teja Ratna Benggala [155] anak perempuan Bendahara
Pahang Seri Amar Bangsa Diraja menjadi titik perebutan di
antara Sultan Mahmud Syah dengan Sultan Abdul Jamil di
Pahang. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja dari Pahang
dan dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mahmud
Syah dan mendpat seorang puteri bernama Tuan Putri Amra
Dewi.
Perenggan ini memperlihatkan peranan seorang wanita yang
menjadi rebutan sehingga hampir-hampir menyebabkan
berlakunya peperangan di antara Pahang dan Melaka.
Anak perempuan Bendahara Seri Maharaja TunMutahir,
bernama Tun Fatimah adalah seorang yang amat cantik dan
jelita [188]. Tun Mutahir mengahwinkan Tun Fatimah dengan
saudara terdekat bernama Tun Ali dan Sultan Mahmud Syah
yang pertama kali menatap wajah Tun Fatimah di majlis
perkahwinan telah jatuh hati dengan Tun Fatimah. Fitnah Raja
Medeliar dan Si Kitul kepada Laksamana Khoja Hasan mengenai
hasrat Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir untuk menjadi
Raja Melaka memberi kesempatan untuk Sultan Mahmud Syah
untuk memperisterikan Tun Fatimah. Sultan Mahmud Syah
mengarahkan Tun Mutahir, Seri Nara Di Raja, anak Tun Mutahir
bernama Tun Hasan Temenggung dan suami Tun Fatimah iaitu
Tun Ali dibunuh atas tuduhan berkomplot merampas kuasa.
Sultan Mahmud Syah memperisterikan Tun Fatimah yang
menyebabkan kehancuran kesultanan Melaka. Perkahwinan ini
juga menyebabkan Tun Fatimah bertindak untuk membalas
dendam dan menaikkan anak lelakinya sebagai pengganti
kesultanan Melayu Melaka setelah kemangkatan Sultan Mahmud
Syah. Apabila Sultan Ahmad Syah anakanda Sultan Mahmud
Syah dengan Unang Kening mangkat, tempat baginda sebagai
diganti oleh Raja Muzaffir Syah merupakan adinda Sultan Ahmad
dari bondanya Unang Kening. Sultan Mahmud Syah yang
terlampau menyayangi Tun Fatimah akhirnya melantik Raja
Alauddin sebagai bakal raja, sebagaimana kehendak Tun
Fatimah yang inginkan zuriatnya menjadi pengganti Sultan
Melaka. Raja Alauddin mengambil alih tampuk pemerintahan
setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah.
Perenggan ini menunjukkan bagaimana seorang wanita yang
teraniaya bangun untuk meneruskan kehidupannya dan akhirnya
meneruskan kesinambungan zuriat Sultan-Sultan Melaka.
Penutup
Kesimpulannya, wanita juga berperanan penting dalam
membawa pada perubahan sistem politik di alam Melayu.
Peranan mereka walaupun tidak segagah kaum lelaki, mampu
jua menimbulkan beberapa kesan ke atas perjalanan politik bagi
sesebuah kerajaan, sebagaimana yang telah tercatat dalam
Sejarah Melayu.
http://rupanx.tripod.com/aj1132/12_sejarah_kebudayaan_dalam_sejarah_melayu.htm
KULIAH 12: SEJARAH KEBUDAYAAN – SEJARAH MELAYU (SM)
Dalam SM, gambaran kedudukan wanita juga turut dimasukkan. Contohnya umpama kata-kata Tun Teja ...Beta permpuan, diperintah menurut, ditinggal enggan.… Kata-kata tersebut secara tidak langsung menggambarkan kelemahan kaum wanita yang boleh disumh dan oleh kaum lelaki. SM juga mencatatkan adanya golongan wanita yang dijadikan hadiah kepada sesuatu pihak sebagai membalas hadiah atau jasa. Contohnya seperti Dang Bunga dan Dang Buba yang dijadikan hadiah oleh Sultan Mansur Syah.
Dalam SM juga, kita dapat lihat wanita dijadikan sebagai alat demi kepentingan politik. Contohnya seperti Sultan Mansur Syah yang sanggup menceraikan isterinya. Tun Kudu semata-mata untuk dikahwinkan dengan Bentara Seri Nara Di Raja yang sudah tua. Secara tidak langsung. Tun Kudu terpaksa turun darjat daripada seorang permaisuri kepada isteri pembesar sahaja. Demikian juga halnya dengan Puteri Hang Li Po yang dijadikan alat kepentingan politik
di antara China dengan Melaka. Sebagai bukti persaudaraan diantara kedua-dua kerajaan, Puteri Hang Li Po telah dihadiahkan sebagi isteri kepada Sultan Mansur Syah. Namun begitu, dalam SM juga turut mencatatkan adanya golongan wanita yang bertindak berani serta berkuasa dalam mempengaruhi pemerintahan. Tun Senja iaitu anak Seri Nara Di Raja telah mencadangkan agar Tun Mutahir diterima menjadi Bendahara menggantikan Tun Putih. Cadangannya telah diterima sehinggalah Tun Muthair kembali memegang jawatan tersebut. Tun Fatimah iaitu anak Tun Senja pula digambarkan sebagai seorang wanita yang berani semata-mata ingin menegakkan kebenaran. Ini dapat dilihat melalui tindakannya yang sanggup menggugurkan anak sebagai tanda protes di atas kekejaman Sultan Mahmud.
http://www.arkib.gov.my/tun-fatimah-bt-haji-hashim Fatimah Bt Haji Hashim
Siri Pengkisahan Sejarah-Wanita Di Dalam Sejarah Malaysia
Tun Fatimah Bt Haji Hashim
Dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Kampung Parit Keroma, Muar, Johor dan telah mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Keroma dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Melayu Perempuan Mersing. Beliau pernah menerima latihan perguruan yang dihadirinya pada tiap-tiap hari Sabtu di Sekolah Perempuan Mersing selama dua tahun, tetapi beliau tidak mendapat peluang menjadi guru kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walaupun begitu, beliau pernah mengajar di Sekolah Perempuan Mersing bagi menggantikan guru-guru yang bercuti atau sakit.
Tun Fatimah mula menceburkan diri dalam arena politik pada tahun 1947 sebagai seorang ahli dalam UMNO dengan memakai nombor 315. Pada tahun 1948 beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Cawangan Kaum Ibu Kampung Nong Chik Johor Bahru yang ditugaskan mengutip yuran dan mencari ahli. Di samping itu beliau pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha UMNO Cawangan Johor Bahru (Ketika itu Y.Bhg. Datin Suhaila sebagai Setiausaha) dan pernah menjadi wakil Kaum Ibu UMNO. Beliau kemudiannya telah berpindah ke Kota Tinggi kerana mengikut suami beliau sebagai Majistret dan semasa di sana beliau mendapat kepercayaan menjadi Naib Ketua Kaum Ibu UMNO Kota Tinggi. Di sana beliau sempat membuka kelas dewasa yang diadakan di rumah beliau sendiri untuk membantu penduduk-penduduk yang buta huruf. Di antara tahun 1951-1953, beliau telah memegang jawatan Setiausaha Pergerakan Kaum Ibu UMNO Johor.
Usaha-usaha beliau ini terpaksa diberhentikan kerana mengikut suami beliau melanjutkan pelajaran ke England. Setelah pulang dari luar negara pada bulan Jun 1955, beliau aktif semula dalam politik (kali ini di Negeri Perak) dan sama-sama terlibat dalam kempen pilihanraya dan menjadi wakil Parti Perikatan untuk menjaga pengundi-pengundi dalam piliharaya yang diadakan pada bulan Julai 1955. Sekali lagi selepas itu pemimpin-pemimpin UMNO negeri datang menemui beliau dan meminta jasa baik beliau supaya menyusun semula Pergerakan Kaum Ibu UMNO
kawasan Ipoh dan beliau telah dipilih menjadi ketua. Beliau kemudiannya dipilih pula untuk memimpin pergerakan UMNO Negeri Perak dalam mesyuarat perhimpunan Agong pada bulan April 1956.
Pada penghujung tahun 1958, beliau telah mengikut suami beliau bertugas di Kedah Beliau telah bertanding dalam pilihanraya bagi Kawasan Jitra/Padang Terap dan menjadi ahli parlimen kawasan tersebut sehingga 20 Mei 1969. Beliau juga telah dilantik menjadi menteri wanita yang pertama dalam Kerajaan Malaysia dengan memegang portfolio Menteri Kebajikan Am.
Tun Fatimah Hashim telah banyak berjasa di dalam usaha-usaha untuk memperjuangkan hak-hak wanita di Malaysia melalui Pergerakan Kaum Ibu UMNO dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (National Council of Women's Organisation). Beliau adalah pengasas pertubuhan tersebut dan menjadi Yang Di Pertua pada tahun 1965. Melalui pertubuhan ini banyak usaha yang telah beliau jalankan bagi memperbaiki kedudukan dan taraf wanita di negara ini .
Pada 31 Ogos 1958 sempena merayakan kemerdekaan pertama, beliau telah dianugerahkan Bintang Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri seterusnya merupakan wanita pertama di negara ini yang mendapat gelaran Tan Sri. Pada tahun 2003, beliau telah dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tun. Anugerah-anugerah ini adalah sebagai penghargaan di atas jasa dan sumbangan beliau di arena politik tanah air dan aktiviti kebajikan masyarakat khususnya bagi wanita.
Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani
Tokoh Majlis Pelancaran Buku ‘PERTIWI': Sebuah Perjuangan'
Majlis Pengkisahan Sejarah Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (PERTIWI)
Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani
Dilahirkan pada 15 Disember 1923 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras Selangor dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia, dari tahun 1936 hingga 1939. Selepas menamatkan pengajiannya di sana, beliau menyambung pengajian di Maktab Perguruan Tinggi Islam di Padang, Sumatera Barat, Indonesia dari tahun 1940-1943. Kemudiannya pada April 1955 beliau telah mengikuti pengajian di Regent Street Polytechnic, London sehingga Disember 1958.
Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.) Hjh. Aishah Ghani tidak boleh dipisahkan dengan sejarah politik Malaysia. Penglibatan awal beliau dalam politik bermula dengan kerjayanya sebagai wartawan dalam Pelita Malaya, lidah rasmi Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan beliau telah mengetuai sayap wanita PKM yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Pada tahun 1949 beliau telah menyertai UMNO dan dilantik menjadi Setiausaha UMNO Kampung Baru. Beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian dan penyunting di Kumpulan Akhbar
New Straits Times tetapi mengundurkan diri daripada kerjaya tersebut apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatan senator pada tahun 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1984.
Beliau merupakan di antara tulang belakang kepada penubuhan PERTIWI pada tahun 1967 bersama-sama dengan Puan Azah Aziz, Datin Habibah Manan, Puan Sri Zaleha Abdul Jalil dan Dato' Hjh. Rahmah Abdul Hamid. Melalui perbincangan di antara mereka inilah, lahirnya idea bagi penubuhan sebuah badan bukan kerajaan bagi membela nasib kaum wanita Islam, kerana mereka merasakan pertubuhan atau persatuan yang ada ketika itu tidak cukup lantang dalam membela nasib golongan tersebut. Walaupun tidak terlibat secara langsung dengan PERTIWI, beliau tetap memberikan sokongan yang kuat dalam segala aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan ini.
Kini, Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani masih lagi meneruskan sumbangannya kepada masyarakat khususnya melalui Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad di mana beliau bertindak sebagai Pengerusi koperasi tersebut.
Puan Hajah Habsah Hassan
Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah dan Pameran "Sudirman- Penghibur No.1 Asia"
Puan Hajah Habsah Hassan
Puan Hajah Habsah Hassan telah dilahirkan pada 28 Ogos 1949. Beliau mendapat pendidikan sehingga peringkat SC/MCE. Setelah menghabiskan pengajian beliau mula melibatkan diri di dalam penulisan skrip filem, TV dan radio iaitu sejak 1967. Pada tahun 1969 beliau menjadi penulis di Radio Televisyen Singapura secara sambilan sebelum berpindah ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai Pembantu Penyiaran pada 1973. Pada 1974-1980 beliau telah menjawat jawatan Penerbit Drama dan seterusnya dinaikkan pangkat kepada Ketua Penerbit pada 1980-1982. Pada 1983 pula beliau dilantik sebagai Penyunting Skrip selama setahun sebelum bertukar arah ke syarikat swasta.
Beliau menyertai Amir Communications Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif. Syarikat ini menjalankan aktiviti penerbitan filem dan video yang turut terlibat dalam penerbitan filem ALI SETAN 1 di mana beliau sendiri bertindak sebagai Penyunting Skrip/Pengurus Penerbitan (Script Editor/Production Manager). Pada Februari 1986, Puan Hajah Habsah Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Chah telah membuka syarikat beliau sendiri iaitu Serangkai Filem Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan dalam bidang penerbitan dan pengeluaran filem dan video. Pada tahun 1989, syarikat ini telah menerbitkan filemnya yang pertama iaitu HATI BUKAN KRISTAL. Dalam filem ini Kak Chah juga turut memainkan peranan sebagai penulis lakon layar.
Selain aktif di dalam penulisan skrip lagu dan filem serta penerbitan filem, Kak Chah terus berusaha memperbaiki kekuatan diri dan pengetahuan beliau dengan menghadiri pelbagai kursus atau seminar terutamanya yang berkaitan dengan dunia seni. Pada Jun 1979 beliau menghadiri SEMINAR ASEAN CULTURE di Jakarta. Beliau juga turut menyertai SEMINAR PENERBITAN FILEM & TV (FILEM & TV PRODUCTION) yang dikendalikan oleh FINAS pada Julai 1984. Pada Februari 1985 pula beliau menyertai program yang dianjurkan oleh American Salesmaster Malaysia Sdn. Bhd. iaitu CORPORATE MANAGEMENT PROGRAMME. Selain itu, bagi membina kekuatan semangat dan jiwa, Kak Chah turut menghadiri KURSUS BINA NEGARA PERDANA pada Oktober 1994.
Sepanjang kurang lebih 35 tahun Kak Chah menceburkan diri dalam dunia penulisan skrip dan perfileman tanah air, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diperolehi beliau. Pada peringkat awal pembabitan beliau iaitu pada tahun 1967, Kak Chah memenangi hadiah sagu hati di dalam pertandingan penulisan skrip drama yang dianjurkan oleh Malaysia Arts Theatre Group. Bermula dari sini, beliau mula mencipta nama dan terus memenangi pelbagai pertandingan yang disertai. Pada tahun 1973 beliau mendapat tempat ketiga di dalam penganugerahan penulisan skrip yang dianjurkan oleh RTM. Sepanjang tahun 1976-1983, beliau dianugerahkan PENERBITAN DRAMA TERBAIK oleh RTM sebanyak tiga kali. Pada tahun 1984 pula, beliau menerima anugerah GOLD DISC daripada syarikat WEA Records Production. Selain itu, beliau turut dianugerahkan PENULIS LIRIK TERBAIK untuk rancangan muzikal yang diterbitkan oleh TV3 pada 1987-1988.
Beliau juga menerima anugerah PENULIS TERBAIK di Festival Lagu Malaysia pada 1990 manakala pada tahun berikutnya, Kak Chah sekali lagi dianugerahkan PENULIS SKRIP TERBAIK melalui filem HATI BUKAN KRISTAL semasa Festival Filem Malaysia. Empat tahun kemudian beliau memenangi anugerah PENULIS LIRIK (LAGU) TERBAIK di dalam JUARA LAGU 1995 yang diterbitkan oleh TV3. Pada tahun 1995 juga, AVON/NCWO turut menganugerahkan WOMAN OF DISTINCTION 1995. Kak Chah juga mendapat anugerah bagi kategori LIRIK TERBAIK pada 1996 menerusi lagu CINTA BERALIH ARAH. Seterusnya pada tahun 1997, beliau menerima anugerah PENULIS LIRIK TERBAIK oleh MACP sebelum beliau mendapat anugerah SENIMAN SEPANJANG ZAMAN PAPITA KATEGORI PENULISAN LIRIK pada tahun 2000.
Memandangkan sumbangan dan kejayaan beliau di dalam bidang seni terutamanya penulisan lirik maka pada tahun 1990 beliau dianugerahkan Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh Yang DiPertua Negeri Melaka dan dalam tahun yang sama juga beliau menerima pinngat Ahli Mangku Negara (A.M.N) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kini beliau menetap di Taman Tun Dr. Ismail dan masih aktif dalam penerbitan filem dan penulisan lirik.
Puan Sri Datin Hajah Mariah Ibrahim Rashid
Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah adalah seorang tokoh politik wanita yang pertama berjuang untuk kemerdekaan. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1914 di Kuala Kurau, Perak. Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Inggeris. Ketika Perang Dunia Kedua meletus, beliau tidak dapat meneruskan pelajaran. Beliau berkahwin dengan Tan Sri Datuk Zainal Abidin bin Abas ketika berusia 16 tahun.
Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah mula menceburkan diri dalam politik dengan menjadi ahli dalam Perikatan Melayu Perak dan mewakili pertubuhan tersebut ke Kongres Melayu Pertama yang membawa kepada penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada tahun 1946. Sebagai wakil wanita dalam kongres itu, beliau telah dilantik oleh Perikatan Melayu Perak sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal wanita atau lebih dikenali sebagai Kaum Ibu UMNO di samping menggalakkan lebih ramai lagi kaum ibu menjadi ahli UMNO. Selepas UMNO ditubuhkan, beliau dilantik menjadi wakil UMNO dalam menganggotai Jawatankuasa Kerja Perlembagaan pada tahun 1947. Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab di dalam penyediaan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan beliau di bidang politik ini bertambah serius apabila beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan dan Jawatankuasa Tetap Persekutuan mengenai kewangan tahun 1948 hingga 1955. Di samping bergiat untuk Persekutuan, beliau juga menjadi ahli dalam Majlis Perundangan Negeri Perak dalam tahun 1948-1949. Pada tahun 1948 juga, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pertama Kaum Ibu UMNO Malaya.
Penglibatan beliau di dalam UMNO terhenti apabila Allahyarham Datuk Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara. Beliau turut sama menyertai Parti Negara dan pada tahun 1955, beliau dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti Negara sehingga tahun 1956. Antara tahun 1958 hingga 1960, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tetap Parti tersebut. Beliau banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti kebajikan dengan menganggotai beberapa pertubuhan sukarela. Sebahagian besar dari masanya dicurahkan kepada masyarakat. Di antara jawatankuasa-jawatankuasa yang pernah dianggotai oleh beliau ialah:
1. Citizen’s Advisory Bureau di Ipoh dalam tahun 1945-19472. Jawatankuasa Kebajikan Pasukan Polis Khas daripada tahun 1948 hingga 1949 di Kuala Kubu Bharu dan
menjadi Pengerusinya.3. Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaya daripada tahun 1957 hingga 1963 mengambil tempat Lady Mac
Gillivary. Beliau adalah anak negeri yang pertama memegang jawatan tersebut.4. Majlis Kebajikan Pusat daripada tahun 1948 hingga 1962.
a) 1958 - mewakili majlis ini ke Tokyo, di mesyuarat Majlis Kebajikan Mesyuarat Antarabangsa.b) 1961 - ke Rome, Italy dan dilantik ke Majlis Kerja.c) 1960 - 1962 - menjadi Naib Pengerusi
5. Jawatankuasa Kebajikan Negeri Selangor, Ahli tahun 1950-1953, menjadi Presiden daripada tahun 1953 hingga berhenti dalam tahun 1956.
6. Jawatankuasa Persatuan Pelajaran Dewasa Malaya daripada tahun 1950 hingga 1973.7. Jawatankuasa Pelajaran Dewasa Negeri Selangor daripada tahun 1951-1973.8. Persatuan Orang-orang Buta Malaysia, beliau adalah salah seorang pengasasnya, Ahli Majlis dan Ahli
Jawatankuasa Kerja daripada tahun 1952-1958.a) Menjadi Ahli Jawatankuasa Kecil bagi Persatuan Pencegah Buta dalam tahun yang sama (1952-1958).b) Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Persatuan Kebajikan Orang-orang Buta Malaya daripada 1952-1958.
9. Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa Kerja Perkumpulan Perempuan dalam tahun 1952.10. Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia - Salah seorang Pengasas dan Naib Yang Di Pertua daripada tahun
1962-1975.11. Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu - Salah seorang Pengasas Pertubuhan
ini yang ditubuhkan dalam tahun 1961 dan telah menjadi Naib Yang Dipertua.(a) 1976-1981 - mewakili Lembaga Kebajikan Perempuan Islam di Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita dalam pembangunan (NACIWID).(b) 1975 - Pengerusi dan Pengelola Muktamar yang pertama dianjurkan oleh Lembaga.(c) 1977 - Pengerusi Pengelola Muktamar yang kedua dianjurkan oleh Lembaga.
12. Majlis Kebajikan Masyarakat Malayaa) Dalam tahun 1964, menjadi wakil dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam ke sidang yang diadakan.|b) Naib Pengerusi bagi Majlis Kebajikan Masyarakat tahun 1968.
13. Persatuan Kanak-kanak Cacat Selangor :a) Menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja daripada tahun 1965-1966.
14. Biro Bantuan Guaman - ahli daripada tahun 1971-1972.15. Jawatankuasa Musabaqah, Wilayah Persekutuan daripada tahun 1972 hingga 1984.16. Ahli Jemaah Universiti Malaya daripada tahun 1975 hingga 1984.
Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah-Wanita Di Dalam Sejarah Malaysia24 Julai 1984Arkib Negara Malaysia
Datin Hajah Rosnani Jamil
Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1936 di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Mula melibatkan diri dalam dunia Perfileman Melayu di Singapura pada tahun 1952 sebagai pelakon. Filem pertamanya ialah Lupa Daratan. Di antara filem-filem lakonan beliau adalah seperti berikut :
1.Lupa Daratan MFP 1952
2. Sedarah “ “
3. Miskin “ “
4. Air Mata “ 1953
5. Cemburu “ “
6. Ibu “ “
7. Gelora Hidup “ 1954
8. Pawang “ “
9. Ribut “ 1955
10. Adikku “ 1956
11. Anakku Sazali “ “
12. Masyarakat “ 1958
13. Raja Laksemana Bintan “ 1959
14. Lela Manja “ “
15.Samseng “ “
16.Playboy C/KERIS 1960
17.Yatim Mustafa “ “
18.Seri Mersing “ “
19.Hang Jebat “ 1961
20. Gerhana MFP 1962
21. Hulubalang Daik “ “
22. Kasih Tanpa Sayang “ 1963
23. Kaca Permata “ 1966
24. Anak Buluh Betong “ 1966
25. Lain Jalan ke harga MERDEKA 1967
26. Jasmin KAY FILEM 1984
27. Suara Kekasih AMIRCOM 1987
28. Antara Dua Hati RJ FILEM 1988
29. Sumpah Mahsuri MAHSURI 1989
30. Azizah FUEGO 1992
Beliau juga berlakon di dalam drama untuk Televisyen Singapura, RTM, drama swasta dan drama radio, memasukkan suara (dubbing) ke filem asing, malah boleh dikatakan sebagai perintis pasukan memasukkan suara untuk RTM. Mengambil kursus diploma di bidang make-up dan kecantikan di London pada tahun 1973-1974, di samping itu mengambil kursus jangka pendek di bidang Television Production And Direction Di Television & Filem Academy Of London.
Mula melibatkan diri dengan mengarah drama swasta untuk TV dengan menggunakan filem 16mm cerita berjudul ‘Kabus Di Tengah Kota’ sebanyak dua episod, lakonan Uji Rashid (1986). Selain itu juga, beliau turut mengarah filem cereka ‘Mawar Merah’ lakonan Mustapha Nur dan Raja Ema. Kemudian filem ‘Antara Dua Hati’ yang diarah dan dilakonkannya sekali. Pada awal tahun 1990, beliau terlibat dalam mengarahkan drama swasta TV cerita ‘Lagenda Bawang Putih Bawang Merah’ dan beberapa lagi untuk terbitan televisyen.
Beliau turut berlakon dalam filem ‘Sumpah Mahsuri’ arahan Jamil Sulong pada tahun 1989 dan mengarahkan filem ‘Memory’ tahun 1991, terbitan syarikatnya sendiri, RJ Filem.
Anugerah dan hadiah yang diterima ialah :
1. Pelakon Wanita Terbaik Filem ‘Jasmin’ di Pesta Filem Malaysia ke-5, 19842. Pemenang award untuk filem arahannya ‘Mawar Merah’ dalam Pesta Filem Malaysia ke-7 di Melaka (1987).3. Pemenang Hadiah Juri di Pesta Filem Asia Pasifik di Phuket Thailand untuk filem arahannya. ‘Antara Dua Hati’ (1988)4. Calon Wanita Cemerlang anjuran Avon Cosmetic International 1989
Tokoh Siri Pengkisahan Sejarah-Allahyarham Tan Sri P.Ramlee30 Mei 1992Arkib Negara Malaysia
http://sembangkirisembangkanan.blogspot.com/2009/02/kehebatan-wanita-dalam-sejarah-melaka.html
KEHEBATAN WANITA DALAM SEJARAH MELAKA : TUN FATIMAHBuku ‘Tun Fatimah’ karangan Harun Aminurrashid, ada menyebutkan bahawa Tun Fatimah bukan sahaja terkenal kerana kecantikannya, tetapi juga sifat-sifat kepahlawanannya yang melibatkan dirinya di dalam pencak silat dan sebagainya. Mengikut buku tersebut, Tun Fatimah pernah keluar istana bagi menentang soldadu-soldadu Portugis, pengiring Diego de Lopez, yang membuat kacau di pasar. Kekuatan Tun Fatimah dan rakan-rakannya telah menyebabkan soldadu-soldadu Portugis tersebut lari bertempiaran dan terus ke kapal. Tun Fatimah adalah salah seorang tokoh wanita yang secara tidak langsung telah memberi sumbangan kepada kesetabilan empayar Melaka. Wanita-wanita yang lain yang bersama-sama Tun Fatimah ialah Puteri Rakna Kemala, Puteri Pasai (isteri Parameswara), Tun Kudu (isteri Sultan Muzaffar Shah), Raden Galoh Chendera Kirana (Puteri Majapahit), Tun Teja, dan Hang Li Poh. Di dalam ‘Sejarah Melayu’ ada mencatatkan ada menggambarkan tentang Tun Fatimah: “Maka tersebutlah perkataan peri baik paras anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah, terlalu sekali eloknya, tiada tercela lagi, sedap manis pantas bagus, saperti laut madu, bercahaya-cahaya, berkilat, seperti bulan purnama ketika cuaca. Tambahan anak Bendahara pula barang lakunya dan barang pakaian larangan semua dipakainya, makin bertambah baik parasnya.
http://dalamsejarah.com/2013/01/03/tun-fatimah-srikandi-melayu/Halimaton
Tun Fatimah Srikandi Melayu. Posted on 03/01/2013
Kisah Tun Fatimah Di Filemkan.
Bila sebut sahaja nama Tun Fatimah ,pasti ramai yang
terbayangkan kisah dalam filemTun Fatimah keluaran Cathay-Keris
Film dan diarahkan oleh Salleh Ghani.Perwatakan Tun
Fatimah lakonan Dato Maria Menado dalam adaptasi Salleh Ghani
mempunyai wajah yang cantik,bersopan santun serta handal
bersilat dan pandai menggunakan senjata.
Bagi kita rakyat Malaysia orang Melayu khususnya amat kenal
dengan tokoh srikandi Melayu dari Melaka ini yang kisah hidupnya
amat meruntun jiwa. Kisah hidup Tun Fatimah berkisar sekitar kurun
ke 16. Beliau merupakan anak perempuan kepada Tun Mutahir,
Bendahara Melaka pada ketika itu.
Asal Usul Tun Fatimah.
Di nyatakan bahawa Tun Fatimah berketurunan Tamil Muslim,
ayahnya Tun Mutahir, merupakan Bendahara (Perdana Menteri)
Melaka di waktu pemerintahan Sultan Mahmud. Tun Mutahir adalah
dari keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan
Muzzafar Shah yang juga adik kepada Bendehara terkenal Tun
Perak).
Sejarah Melayu mencatatkan bahawa Sultan Mahmud telah lama
berdendam kerana Bendahara Tun Mutahir kerana tidak
memberitahu beliau mempunyai seorang puteri rupawan bernama
Tun Fatimah. Sultan Mahmud cuma dapat tahu apabila dijemput
menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah dengan Tun Ali.
Maka apabila ada yang menjaja cerita Tun Mutahir merancang untuk
merampas takhta, ekoran fitnah dari Pembesar Istana Sultan
Mahmud mengarahkan seluruh isi keluarga Tun Mutahir dibunuh
tanpa periksa, termasuk suaminya Tun Ali kecuali Tun Fatimah.
TUN FATIMAH MENJADI PERMAISURI MELAKA.
Tun Fatimah akhirnya berkahwin juga dengan Sultan Mahmud. Tun
Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang kelima hasil
perkahwinannya dengan Sultan Mahmud dikurniakan empat orang
anak, Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang kelima di
antaranya adalah Raja Raden Ali yang akan memerintah Johor
sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.
Tun Fatimah adalah wanita Melayu pertama yang memimpin
rakyatnya sekali gus menjadikanya Permaisuri berdaulat yang
karismatik. Dikatakan bahawa orang Portugis lebih takut kepada
Tun Fatimah Permaisuri Melaka dari suaminya Sultan Mahmud .
Tun Fatimah dikatakan telah membantu Tun Perak, seorang
Bendahara Melaka, untuk memimpin Melayu dalam perjuangan
mereka melawan kekuatan Portugis menyerang pada awal abad ke-
16. Malangnya, orang Melayu telah kemudian kalah berperang
dengan tentera Portugis yang mempunyai teknologi lebih kuat.
Menurut sejarawan Malaysia itu dikatakan ada pembesar istana
Melaka yang memberi tahu rahsia kepada Portugis untuk menakluk
kota, dan dengan demikian akhirnya membuat Melayu hilang
kawalan mereka. Mungkin jatuhnya Melaka juga sebahagian kerana
kekejaman Sultan.
Ketika Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511, Tun Fatimah telah
mengasaskan kerajaan Melayu baru Johor-Riau dari Johor dan pulau-
pulau Riau ke bahagian Sumatera dan Kalimantan. Kekuasaan
Sultan Melaka hampir terbatas . Tun Fatimah mencipta perikatan
dengan tetangga kerajaan dengan membiarkan anak-anaknya
berkahwin dengan keluarga kerajaan Aceh, Minangkabau dan
Kalimantan.
Tiada sesiapa yang tahu berapa lama Tun Fatimah hidup , serta bila
dan di mana dia meninggal dunia. Namun, sejarawan Melayu
Nusantara menunjukkan bahawa batu nisan Tun Fatimah terletak di
Kampar, Riau di pulau Sumatera Indonesia.
http://www.dakwah.com.my/v1/index.php?
option=com_content&view=article&id=443:argumentasi-wanita-dalam-percaturan-
politik&catid=95:suri&Itemid=298
Argumentasi Wanita Dalam Percaturan Politik
oleh Ibanah Suhrowardiyah Shiam
Mubarokah
Di Malaysia, peranan wanita dalam bidang politik dilihat bermula dengan Halimaton Sa’diah yang bertanding dalam pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Pelantikan Fatimah Haji Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969 semakin menyemarakkan penglibatan wanita dalam politik negara. Beliau yang memegang jawatan menteri dari tahun 1969 sehingga tahun 1973 merupakan satu-satunya menteri wanita pada masa itu. Setelah masa beliau, jumlah wanita dalam parlimen semakin meningkat. Bagaimanapun, penglibatan kedua-dua tokoh wanita di atas dalam pilihan raya telah menjadi pemangkin bagi para wanita untuk mengikuti jejak langkahnya dari masa ke semasa hinggalah ke pilihan raya tahun lepas. Wanita Malaysia terus melakar sejarah setelah berjaya merebut 24 kerusi parlimen dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang merupakan 10.81 peratus daripada 222 jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan, manakala sejumlah 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) atau 7.92 peratus daripada 505 kerusi DUN telah berjaya ditawan.
http://www.ukm.my/penerbit/f727-7.htm
Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881 - 1940. 2005. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-727-7 (paperback). 256 hlm. RM 45.00. Mahani Musa
Wanita bangsawan seperti Wan Masheran, Wan Hajar, dan Wan Fatimah mempunyai pengaruh dalam politik negeri Kedah pada abad ke-19. Mereka juga terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Kedudukan sebagai kerabat diraja ternyata membuka banyak peluang untuk berdagang dan mengumpulkan harta. Walau bagaimanapun, penglibatan dalam sektor ekonomi ini hanya melibatkan sebilangan kecil wanita bangsawan yang bijak dan bercita-cita tinggi seperti Che Manjalara isteri Sultan Abdul Hamid. Sumbangan penting terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Kedah sejak sebelum kedatangan British pada tahun 1909. Meskipun keaktifan bekerja dan mengumpul harta ini tidak dapat digambarkan dengan angka-angka dan bancian (kecuali banci pekerjaan), namun ini tidak dapat memadamkan hakikat bahawa wanita Melayu merupakan pencari rezeki yang aktif di negeri itu. Pembahagian buruh dan upah serta kemunculan tanah sebagai komoditi yang dibawa
masuk oleh penjajahan telah menjadikan wanita dalam mana-mana negara yang dijajah semakin terpinggir dalam sektor pertanian. Meskipun tekanan sebegini wujud dalam mana-mana negara yang dijajah, namun ia tidak bermaksud semua masyarakat yang dijajah itu pasif terhadap perubahan. Wanita Melayu Kedah semasa era penjajahan, misalnya, bukan sahaja giat memohon tanah dan mengumpul harta malah bersedia mempertahankan harta mereka daripada jatuh ke tangan pihak lain.
MAHANI MUSA, Ph.D. adalah pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau menumpukan kajiannya terhadap beberapa aspek sosioekonomi orang Melayu khususnya di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan 20.
http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6587IBU ZAIN MULAKAN SIRI PENGKISAHAN SEJARAHPosted by pauziah on 26/01/2012 15:20:08
Pada hari ini dalam tahun 1984, Tan Sri Ibu Zain telah memulakan Siri
Pengkisahan Sejarah yang bertema ’Wanita di dalam Sejarah Malaysia’, di
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Hajjah Ibu Zainun atau
lebih dikenali dengan panggilan Ibu Zain telah dilahirkan pada 22 Januari
1903 di Kampong Nyalas, Melaka. Perkhidmatannya kepada masyarakat
bermula di antara tahun 1916 hingga 1921 apabila beliau membuka sekolah
di Pasoh Jaya Waras, Negeri Sembilan di atas perbelanjaannya sendiri. Di
atas kecekapan dan ketekunan beliau di dalam bidang pelajaran dan
pendidikan beliau telah dinaikkan pangkat dari masa ke semasa hinggalah
menjadi Penyelia Sekolah-sekolah Perempuan di negeri Johor, dalam tahun
1927. Di atas usaha beliau, ’Persatuan Guru Perempuan Melayu dan Agama
Johor,’ ditubuhkan dan persatuan ini berjaya menerbitkan majalah ’Bulan
Melayu’. Ibu Zain juga adalah wanita Melayu pertama yang memasuki
Pertubuhan Pandu Puteri. Beliau juga berjaya menubuhkan Kolej Puteri
Tunku Ampuan Marian dalam tahun 1948. Beliau mula melibatkan diri di
dalam politik setelah menerima undangan dalam tahun 1945 daripada Datuk
Onn bin Jaafar untuk menyatupadukan kaum wanita di Johor Bahru yang
akhirnya membawa kepada Pertubuhan Pergerakan Kaum Ibu
Semenanjung. Dalam tahun 1948 beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor. Beliau telah dilantik menjadi Ketua Kaum Ibu
Malaya dalam tahun 1950. Dalam tahun 1956 beliau telah dipilih sebagai
Naib Ketua Kaum Ibu bagi Malaya Bahagian Selatan di samping menjadi
Ketua Kaum Ibu bagi negeri Johor. Oleh kerana jasa Ibu Zain dalam berbagai
bidang, beliau telah dikurniakan bintang-bintang dan berbagai
gelaran. Beliau adalah wanita pertama yang mendapat pingat Ibrahim
Sultan (PIS). Pingat dan gelaran yang diperolehi oleh Ibu Zain termasuk JMN,
Darjah Kebangsaan Panglima Sri Mahkota, (Tan Sri), Tokoh Guru, Lady of
Burma, Pingat Tun Fatimah, Tokoh Sastera, Tokoh Pendidikan dan lain-lain
lagi.
http://ebookbrowse.com/peranan-wanita-dalam-sejarah-melayu-islam-pdf-d419456087
Bukan sahaja dalam sejarah Islam, tetapi di dalam sejarah Melayu Nusantara, kaum wanitakerap memainkan peranan penting di dalam pembinaan peradaban di ruang awam. Sepertidiceritakan di dalam Hikayat Panji Semirang Asmarantaka, seorang permaisuri Jawa bernama GaluhCandra Kirana dibuang negeri dan terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki bergelar PanjiSemirang. Dengan samaran ini, beliau dapat membuktikan kegagahannya dan akhirnya berjayamenubuhkan sebuah kerajaan bersama kekasihnya. Di contoh yang lain, negeri Aceh yang disanjung sebagai Serambi Mekah kerana ketaranya sifat Islam di negeri itu pernah diperintah di bawahnaungan lima orang Ratu wanita. Aceh juga pernah menyaksikan perjuangan laksmana perempuan,Keumalahayati yang bergelar ”Singa Samudra” kerana mengambil garis depan dalam menentangpencerobohan pihak Belanda pada abad ke-16.
Pada zaman kolonial pula, tokoh-tokoh wanita seperti Shamsiah Fakeh dan Khadijah Sidekbergerak aktif menentang British di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan untuk Malaya.Shamsiah Fakeh merupakan pemimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) di masa gerakan politikmasa aman dan meneruskan perjuangan secara bersenjata setelah Darurat diisytiharkan pada tahun1948. Khadijah Sidek pula diantara tokoh politik wanita yang berjuang di masa kemerdekaan untukUMNO dan PAS. Mereka ini juga bergiat aktif di tanah Singapura. Sejarah membuktikan bahawasumbangan wanita pada masa itu bukan sesuatu yang bersifat terpencil dan sampingan. Merekamerupakan tokoh-tokoh berperanan besar dalam mengubah sejarah dan usaha-usaha mereka inididukungi oleh sekian ramai kaum wanita jelata.Sepanjang sejarah, tokoh-tokoh wanita ini menumpukan perhatian mereka pada tema-temabesar seperti memperjuangkan hak dan kebebasan, menegakkan keadilan, dan membanteraspenindasan dan penjajahan demi agama, masyarakat dan bangsa. Di zaman kontemporari ini, ramaiwanita Melayu sudahpun berpendidikan tinggi dan bekerja di berbagai bidang dan jurusan. Makanya,amat dikesalkan sekiranya kita masih lagi membicarakan fungsi wanita hanya di dalam rumahtangga.Lebih parah lagi sekiranya kita hanya mampu berwacana mengenai cara-cara mengawal akhlak danpribadi wanita, umpamanya cara suami mengawal isteri atau cara ibubapa mengawal anak dara.Wacana sebegini hanya akan mengusutkan keadaan dan membangkit perasaan muak dikalangangenerasi muda yang terpelajar. Umumnya, generasi muda terpelajar tidak lagi melihat norma-normalampau seperti ’fungsi utama wanita ialah melayan suami dan mengurus rumahtangga’ sebagai serasidengan perubahan masyarakat yang serba moden ini. Pentingnya, tinjauan sejarah bersimpati denganpandangan anak-anak muda ini kerana sejarah membuktikan bahawa aspirasi wanita tidak seharusnyaterhad kepada takrif tradisional. Wujudnya perbezaan fungsi dan tugas antara lelaki dan wanitabukanlah sesuatu yang bersifat semulajadi. Ianya berdasarkan konteks dan perubahan masyarakat.Adalah tidak adil sekiranya di dalam konteks masyarakat moden di mana wanita sudah bekerja danbergiat di ruang awam, mereka masih dilihat sebagai pengurus rumahtangga. Beban mendidik anakdan menguruskan rumahtangga haruslah dipikul sama antara suami dan isteri. Kerosakan akhlak dizaman moden ini juga bukanlah berpunca dari wanita sahaja. Jadi, lebih baik jika obsesi kita untukmengawal keperibadian wanita, disalurkan untuk mengkaji prasangka chauvanis yang tersirat didalam norma-norma tradisional yang masih dianggap semulajadi dan tidak boleh dipersoalkan.
http://www.mykedah2.com/20hall_fame/201a_5.htm
Tan Sri Dr. Salma binti Ismail
Wanita Melayu yang pertama lulus dalam bidang perubatan
Tan Sri Dr. Salma Ismail dilahirkan pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kampung Bahru Girls' School dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Star, Kedah. Beliau telah lulus dan memperolehi Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge pada tahun 1935. Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan yang amat baik beliau dapat melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936 dengan mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1949.
Kerjaya :
Doktor Pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur
Pegawai Perubatan di Negeri Kedah (1950-1960)
Pegawai Perubatan di Negeri Selangor (1961-1967)
Pemilik klinik persendirian di Jalan Hale Kampong Bahru Kuala Lumpur (1967)
Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd.
Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd.
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :
Presiden Kelab General Hospital Kedah
Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah
Ahli Persatuan St. John Negeri Kedah
Ahli Majlis Pelajaran Tinggi Presiden Persatuan Doktor-
Doktor Swasta Selangor (1976)
Ahli Malaysian Medical Association
Ahli Medical Defence Union Ahli College of General
Practitioners Ahli Private Practitioners
Association Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor
Presiden Selangor dan Wilayah Gardening Society
Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang perubatan, beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1957, Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) pada 1996 dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada tahun 1997 yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga telah menempa sejarah sebagai wanita Melayu
pertama yang berjaya memperolehi kelayakan Doktor di seluruh Malaya pada waktu itu. Pencapaian ini dianggap sangat cemerlang dikala masyarakat Melayu masih lagi dibaluti adat resam yang memingit dan melarang anak-anak perempuan belajar hingga ke peringkat yang begitu tinggi. Tan Sri Dr. Salma telah mencipta sejarah emas bagi gendernya.
http://www.jmm.gov.my/ms/101-puteri-dunia-melayu-sejarah-dan-lagenda
101 PUTERI DUNIA MELAYU: SEJARAH DAN LAGENDA
Penulis/Author:
Nisriwani Yahaya
Buku ini memaparkan kisah paling ramai puteri dan tokoh wanita dalam sejarah, mitos dan lagenda dunia Melayu. Buku ini lengkap dengan gambaran masa dan suasana zamannya bahkan turut menampilkan warisan, kebudayaan, kesenian dan kesusasteraan bangsa Melayu. Penerangan kandungan buku dalam dwibahasa.
Penerbit/Publisher:
Jabatan Muzium Malaysia
Tahun diterbitkan/Year Published:
2003
Mukasurat/Pages:
479
Harga/Price (Paperback):
RM250
No. Rujukan/Reference No. (Paperback):
BN001
Harga/Price (Hardcover):
RM300
No. Rujukan/Reference No. (Hardcover):
BT001
Ada/Availability?:
YES