i
ii
iii
TAHAP KEMAHIRAN INSANIAH DIKALANGAN PELATIH GIATMARA DI
KELANTAN
WAN NURSYATILA BT WAN MUHAMED SABRI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2012
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :………………………………………………
Nama Penulis : WAN NURSYATILA BT WAN MUHAMED SABRI
Tarikh :………………………………………………
v
Dedikasi
Jutaan Terima Kasih buat ibu tersayang
Atas segala bantuan, sokongan, galakan yang telah diberikan selama ini.
Pn Asiah Bt Yaacob
Ingatan dan kasih sayang kepada adik-beradik, sahabat-sahabat yang sentiasa disisi
menberi sokongan.
vi
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Penyayang”
Alhamdullilah, segala puji syukur kepada ALLAH S.W.T dengan izin-Nya
Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disempurnakan bagi memenuh syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Buat pertama kali dengan hati yang rendah dan tulus ikhlas, saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Dr
Amirmudin bin Udin yang sentiasa menyokong, memberi bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang penyediaan PSM ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua pensyarah yang terlibat dalam
menjayakan PSM ini dan tidak lupa kepada pihak Giatmara yang banyak membantu.
Akhir sekali, rasa penghargaan turut dihulurkan kepada rakan-rakan
seperjuangan, yang sentiasa menyokong dan banyak memberi tunjuk ajar secara tidak
langsung sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Hanya ALLAH S.W.T yang
dapat membalas segala budi yang dicurahkan.
Wassalam
.
vii
ABSTRAK
Pelbagai isu yang timbul melibatkan permasalahan yang berkaitan dengan graduan yang sukar dalam mencari pekerjaan kerana dikatakan tidak mempunyai pakej yang membolehkan mereka diterima masuk di bidang pekerjaan. Oleh itu kajian ini dilakukan adalah untuk melihat tahap penerapan kemahiran insaniah yang ada dalam diri pelatih Giatmara. Ini adalah kerana persaingan yang sengit dalam pasaran kerja kini amat kuat. Graduan dari pelbagai bidang menghadapi masalah dalam mendapatkan kerja keran kurang kemantapan insaniah dalam diri pelajar itu sendiri. Pelatih Giatmara tidak hanya bergantung kepada kemahiran yang telah dipelajarinya (Kemahiran Teknikal), malah seharusnya meliputi kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya. Apabila kemahiran ini dikuasai oleh pelatih, dapat membantu mereka turut bersaing dengan graduan lain dalam menempatkan diri dalam pasaran kerja. Kajian telah dijalankan terhadap 184 orang pelatih Giatmara di sekitar Kelantan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan soalan yang dibina dan diubahsuai daripada “Malaysian Student Soft Skill Model”. Boring soal selidik diedarkan kepada responden menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages For the social Sciences version 18 (SPSS) dan AMOS version 18. Penyelidikan ini menggunakan beberapa ujian seperti analisis pengesahan faktor (confirmatory factor analysis-CFA) terhadap pembolehubah cerapan dan pemboleh unah pendam (latent variable). Setelah dianalisis didapati kemahiran berfikir mendapat factor loading yang paling tinggi iaitu 1.03 diikuti oleh kemahiran pembelajran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan dan akhir sekali kemahiran berkomunikasi. Kemahiran berpasukan telah dimansuhkan kerana tidak sesuai berdasarkan indeks kesesuain nilai indeks kesepadanan (goodness of fit). Keseluruhannya kemahiran insaniah ini perlu lebih diterapkan dikalangan pelatih giatmara.
viii
ABSTARCT
Various issues that arise involving issues related to the graduates student difficulty in finding jobs because it was not a package that allows them admission in the field of employment. Therefore this study was done to look at the implementation level of soft skills trainer at GiatMara . This is due to intense competition in the job market is very strong. Graduates from various fields have problems in obtaining work about the robustness of soft taps in students themselves. GiatMara trainees not only depend on the skills they had learned (technical skills), but should include soft skills such as communication skills, thinking skills, lifelong learning skills and so on. When this skill is dominated by the trainees, it can help them too compete with other graduates placing themselves in the job market. The study was conducted on 184 trainees of GiatMara around Kelantan. An instrument used in this study is based on questions that were built and modified from the "Malaysian Student Soft Skill Model". Questionnaires form was distributed to respondents using simple random sample selection method. The data obtained are analyzed using the Statistical Packages For the Social Sciences version 18 (SPSS) version 18 and Amos. This research uses a number of verification tests such as factor analysis (confirmatory factor analysis, CFA) of the observed variables and latent variables. Analysis was done and the thinking skill obtained the highest factor loading of 1:03, followed by life-long learning skills, leadership skills and communication skills finally. Teamwork skills were removed because of inappropriate based on the correspondence index value of Goodness of fit. Overall these soft skills needed more to be applied within Giatmara trainees.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN xiii
SENARAI JUDUL xv
SENARAI RAJAH xvi
x
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Skop dan Batasan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.2 Penerapan 9
1.8.2 Kemahiran Insaniah 9
1.8.3 Kemahiran Komunikasi 10
1.8.4 Kemahiran Kepimpinan 11
1.8.5 Kemahiran Berfikir11
1.8.6 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 12
1.8.7 Kemahiran Berpasukan 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kemahiran Insaniah 13
2.2.1 Kemahiran Komunikasi 16
2.2.2 Kemahiran Kepimpinan 18
2.2.3 Kemahiran Berfikir 22
xi
2.2.4 Kemahiran Berpasukan 24
2.2.5 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang
Hayat 27
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Lokasi Kajian 29
3.4 Sampel Kajian 30
3.5 Kajian Rintis 30
3.5.1 Kesahan soal Selidik 31
3.6 Instrumen Kajian 32
3.7 Prosedur Kajian 33
3.8 Analisis Data 35
3.8.1 Root Mean-Square Error of Approximation
(RMSEA) 37
3.8.2 Normed Fit Index 38
3.8.3 Comparative Fit Index (CFI) 38
3.8.4 Maximun Likelihood 38
3.8.5 Discriminat Valadity 39
3.9 Penutup 39
xii
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Latar Belakang responden ( Bahagian A) 41
4.2.1: Jantina Responden 41
4.2.2 Umur 42
4.2.3 Bangsa 42
4.3 Analisis Data Berkaitan Dengan Persoalan
Kajian 42
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 43
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 46
4.3.3 :Dapatan Persoalan Kajian 3 49
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 51
4.4 Discriminat Validity 68
4.5 Analisis Kesahan Tahap Penerapan Kemahiran Insaniah
Dikalangan Pelajar Giat Mara 69
4.6 Rumusan. 70
xiii
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 68
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 68
5.2.2 Perbincangan Tahap Dan Penerapan Kemahiran
Insaniah Dalam Pelatih GiatMara 68
5.3 Cadangan 72
5.3.1 Cadangan Kepada Pelajar 73
5.3.2 Cadangan Kepada Tenaga Pengajar 74
5.3.3 Cadangan Penyelidik Di Masa Hadapan 75
5.4 Penutup 75
6 BIBLIOGRAFI 77
7 LAMPIRAN 81
xiv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK JADUAL MUKASURAT
3.1 Spesifikasi item soal selidik 35
3.2 Pengkelasn Skala Likert 36
3.3: Jadual Peratusan Skor 39
3.4 : Kod pembolehubah Dan Item
Soalan Kajian 39
3.5 : Skala Factor Loading 40
4.1 Taburan Jantina Responden 44
4.2.: Taburan Umur Responden 45
4.3 : Taburan Bangsa Responden 45
4.4 Indeks Kesepadana Model Pengukuran Awal
(aras Pertama) Kemahiran Komunikasi 47
4.5 : Indeks kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) Bagi Kemahiran Komunikasi 49
xv
4.6 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) bagi Elemen Kemahiran Berfikir 51
4.7: Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai
(Aras Pertama) Bagi Kemahiran Berfikir 52
4.8 : Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras Pertama) bagi Kemhiran Pembelajaran
Sepanjang Hayat 55
4.9 : Indeks Kesepadanan Model Pengukuran
Ubah Suai (aras Pertama) bagi Elemen Kemahiran
Befikir 56
4.10 : Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah
Suai (aras Pertama) bagi Elemen Kemahiran
Befikir 59
4.11 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal
(Aras ke Dua) Bagi Kemahiran Insaniah 62
4.12 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran
Ubah Suai (Aras ke Dua) Bagi Kemahiran Insaniah 64
4.13 Discriminant validity bagi Kemahiran 68
4.14 Persoalan Kajian Dan Jawapan Yang Signifikan 71
xvi
SENARAI RAJAH
NO JADUAL TAJUK RAJAH MUKA SURAT
1.1 : Prosedur kajian 38
4.1 Model Pengukuran Awal (aras Pertama) Kemahiran Komunikasi 47
4.2 Model Pengukuran UbahSuai (Aras Pertama) Kemahiran Komunikasi 48
4.3 Model Pengukuran Awal (aras Pertama) Kemahiran Berfikir 50
4.4 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Kemahiran Berfikir 52
4.5 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 54
4.6 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 55
4.7 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Kemahiran Kepimpinan 57
4.8 Model Pengukuran UbahSuai (Aras Pertama) Kemahiran Kepimpinan 58
4.9 Model Pengukuran Awal (Aras Kedua) BagiElemen Kemahiran Insaniah (Standardized Estimates) 60
4.10 Model Pengukuran Awal (Aras Kedua) BagiElemen Kemahiran Insaniah (Unstandardized Estimates) 61
xvii
4.11 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Kedua) Bagi Elemen Kemahiran Insaniah (Unstandardized Estimates) 61
4.12 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Kedua) Bagi Elemen Kemahiran Insaniah (Standardized Estimates)
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Selaras dengan kepentingan perkembangan negara, penumpuan sepenuhnya
berteraskan kepada pembangunan modal insan berkualiti tinggi dan bersahsiah murni
untuk melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, rohani, emosi dan juga
intelek sejajar dengan kehendak falsafah pendidikan Negara. Kementerian Pengajian
Tinggi mula menitik beratkan keseimbangan dalam diri pelajar yang tidak hanya
memberi fokus kepada pencapaian akademik semata-mata malahan mementingkan
pembangunan sahsiah dan juga moral. Kemahiran insaniah bukan sahaja dibincangkan
hanya untuk IPT, namun turut dibincangkan pada peringkat rendah dan juga menengah.
Menurut Lukman (2005), graduan yang berkualiti bukan sahaja melalui pencapaian
dalam bidang akademik semata-mata, malahan cemerlang dari segi kemahiran-
kemahiran lain termasuklah kemahiran dari segi kepimpinan, kemahiran dalam
komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran berfikir dan kemahiran
berpasukan.
2
Kajian yang dilakukan oleh Adibah (2005), secara umumnya mengatakan
bahawa kemahiran insaniah ataupun yang dikenali juga sebagai kemahiran generik
mempunyai beberapa elemen yang di khaskan untuk standard yang seharusnya dicapai
oleh setiap graduan daripada universiti tempatan mahupun universiti swasta. Antara lain
kepentingan kemahiran insaniah ini adalah untuk memantapkan pencapaian setiap
graduan IPTA (Insitusi Pengajian Tinggi Awam) mahupun IPTS (Insitusi Pengajian
Tinggi Swata) untuk kesediaan mereka menempuhi alam perkerjaan kelak. Antara
elemen yang penting dalam kemahiran insaniah adalah:-
i. Kemahiran tertentu dan amat diperlukan untuk karier mahupun personal.
ii. Kemahiran insaniah merupakan satu kemahiran yang utama dan amat penting
untuk melibatkan diri dalam dunia pekerjaan mahupun dalam kerja-kerja yang
berkaitan dengan organisasi. Kemahiran ini memfokuskan kepada keupayaan
menyepadukan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pekerjaan.
iii. Kemahiran insaniah adalah kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan
secara am di tempat kerja dan bukan satu kemahiran yang khusus.
Kemahiran insaniah tidak hanya memfokuskan kepada graduan IPTA dan IPTS
sahaja. Malahan institut kemahiran seperti Giatmara juga telah membuka peluang
kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawan yang telah menjadi salah
satu elemen dalam misi dan visi Giatmara. Keperluan industri di Malaysia kini telah
banyak berubah disebabkan pembangunan teknologi dan penyusunan semula industri.
Kini industri memerlukan banyak pekerja mahir, berkemahiran tinggi dan pakar dalam
sesuatu bidang pekerjaan. Justeru itu, Malaysia perlu menyediakan program-program
latihan yang sistematik yang dapat memenuhi keperluan industri. Menyedari keperluan
tenaga mahir yang semakin
3
meningkat, majlis MARA telah meluluskan satu program latihan yang dinamakan pusat
Giatmara pada tahun 1986.
MARA adalah singkatan kepada Majlis Amanah Rakyat, merupakan sebuah
sebuah agensi kerajaan di bawah pentadbiran Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi. Giatmara adalah salah satu institusi yang menjalankan program latihan
praktikal dan teori di bawah program MARA. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha ke
arah menambah bilangan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara dalam sektor
perindustrian sejajar dengan pembangunan yang pesat khasnya di luar bandar dan juga
di kawasan separa bandar.
Giatmara ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat bumiputera
untuk mempelajari pelbagai disiplin ilmu kemahiran ketukangan khususnya yang berkait
rapat dengan aspek perdagangan dan perindustrian dalam jangka pendek. Kursus
pengajian yang dijalankan di Giatmara kurang daripada 20 jam kredit dalam tempoh
kurang daripada 16 minggu dan membawa kepada penganugerahan sijil Giatmara.
Objektif penubuhan Giatmara adalah memberi latihan praktikal dan teori kepada
masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan
tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang
usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar
umbi masyarakat.
Giatmara merialisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan
mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat
bumiputera. Sehingga September 2004, jumlah keseluruhan Giatmara yang telah
beroperasi ialah 169 buah dan terdapat 29 kursus yang ditawarkan. Objektif awal
penubuhan Giatmara juga lebih kepada melahirkan usahawan dalam bidang industri dan
juga turut memfokuskan kepada kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Elemen
kemahiran insaniah telah dipupuk dalam diri pelatih Giatmara dalam membantu untuk
4
melahirkan pelatih yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi (Laporan Unit
Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perancangan Korporat Mara, 2005).
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam mengorak sebuah Negara yang maju, aset yang penting untuk sesebuah
Negara merupakan sumber manusia yang berilmu untuk membangunkan masa depan
Negara. Sejajar dengan itu, revolusi dalam pendidikan kini amat kritikal untuk
mebolehkan Negara meneruskan ke peringkat yang lebih global serta dapat bersaing
dengan Negara-negara yang lain. Dengan yang demikian kian, mutu pendidikan Negara
perlu ditingkat untuk memberikan kesan positif kepada pertumbuhan Negara. Dalam
mengisi keperluan Negara dalam sektor industri, Giat Mara juga turut memainan
peranan yang penting dalam melahirkan pakar-pakar dalam sesuatu bidang. Keperluan
kemahiran insaniah amat diperlukan, bukan sahaja memenuhi keperluan industri,
malahan melahirkan juga bakal-bakal pekerja yang mempunyai kemantapan sahsiah diri
selari dengan matlamat negara yang mementingkan pembangunan modal seseorang
insan.
Pembangunan kemahiran insaniah bukan sahaja dibangunkan dalam diri pelajar
IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) mahupun IPTS (Institusi Pengajian Tinggi
Swasta) malahan sepatutnya dibangunkan dalam diri pelajar-palajar yang mempelajari
kemahiran. Ini adalah kerana pelajar di peringkat kemahiran juga merupakan aset dalam
pembangunan negara. Sejajar objektif Giat Mara yang ingin melahirkan pelatih yang
memberikan latihan praktikal kepada masyarakat Bandar dan juga luar Bandar dalam
bidang yang bersesuian dengan keperluan industri tempatan. Dengan adanya bantuan
kemahiran dari Giat Mara juga dapat meningkatkan taraf hidup individu dalam peluang
perniagaan dan usaha niaga iaitu dalam bidang keusahawanan. Giat Mara juga turut
merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup serta ingin
5
mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat dalam masyarakat
bumiputra. Namun dalam melahirkan tenaga pakar, kemahiran insaniah yang lain
seharusnya diaplikasikan dalam modul pembelajaran Giatmara selain daripada
kemahiran keusahawan dan juga kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Menurut
Esa (2000), untuk menghadapi cabaran
dunia pekerjaan, pencapaian akademik tidak mampu untuk memenuhi kehendak
majikan. Graduan mahupun belia seharusnya mendapat kemahiran laian seperti
kemahiran komunikasi dalam menjamin tempat di pasaran pekerjaan. Menurut
Hellinghausen dan Mayer (1998) majikan sekarang juga amat menitikberatkan
kemahiran insaniah yang berada dalam diri graduan. Majikan percaya dengan adanya
kemahiran ini mampu meningkatkan produktiviti syarikat. Ini jelas menunjukkan
kemahiran insaniah memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran kerja kini.
Menurut Bukryman Sabri (2009), peningkatan minat belia terhadap kemahiran
usahawan telah meningkat. Ini jelas menunjukkan kemahiran keusahwanan telah
diterapkan dalam pelatih giatmara. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran
insaniah lain yang terdapat dalam diri pelatih giatmara.
1.3 Pernyataan Masalah
Kemahiran insaniah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja
cemerlang dalam bidang akademik, malah cemerlang dalam modal insan. Dalam
ranncangan Malaysia Ke 10 juga menekankan elemen yang berkaitan dengan kemahiran
teknikal dan Vokasiaonal kerana ianya dapat memperkasakan pendapatan Negara.
Untuk meneruskan pembangunan Negara, tenaga mahir dalam bidang kemahiran amat
diperlukan pada masa kini. Melalui kemahiran ini juga akan melahirkan jurutera,
arkitek dan pelbagai lagi kerjaya yang berprofil tinggi.
6
Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap kemahiran insaniah yang ada dalam diri
pelajar Giatmara dalam menghadapi saingan kerja pada masa hadapan. Tujuan kajian
ini juga untuk memberi peluang kepada pelajar Giatmara untuk memperbaiki kemahiran
insaniah yang sedia ada dalam diri pelatih sekaligus untuk meningkatkan keyakinan
mereka dalam alam pekerjaan kelak. Ini adalah kerana saingan dalam kerjaya amat
tinggi kerana keluaran graduan IPTA mahupun IPTS yang lebih banyak
mengambil peluang setiap kerjaya yang ditawarkan. Kajian lapangan dijalankan melalui
temubual dan mendapati permasalahan dihadapi oleh pelatih dalam mendapatkan
kerjaya . Persaingan untuk mendapat tempat dalam pasaran kerja amat membimbangkan
segelintir pelatih Giatmara. Ini merupakan salah satu faktor kebanjiran graduan yang
tidak bekerja kerana kekurangan kemantapan dari segi sahsiah diri graduan itu sendiri.
Persaingan daripada graduan IPTA dan IPTS yang lebih berkelayakkan untuk
mendapatkan tempat di dalam industri pada masa kini.
Melalui satu kajian Marlina Ali dan Shaharom Nordin (2006), daripada MTEN
(Majlis Tindakan Ekonomi Negara) pada tahun 2005, telah mendapati beberapa faktor
yang telah menyebabkan kegagalan kebanyakan graduan untuk mendapat tempat dalam
pasaran kerja. Antaranya adalah mempunyai kemahiran komunikasi dengan baik namun
pencapaian akademi yang menurun. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).
1.4 Objektif Kajian
Secara kususnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau beberapa aspek
berikut:
7
i. Mengenalpasti tahap kemahiran insaniah yang terdapat
dalam diri pelatih Giatmara.
ii. Mengenalpasti nilai kemahiran insaniah yang terdapat di
dalam diri pelatih Giatmara.
1.5 Persoalan Kajian
Dilihat pada masalah yang diutarakan, persoalan-persoalan utama yang menjadi
kajian penyelidik ialah:
i. Apakah kemahiran komunikasi telah dimiliki dalam diri
pelatih giat mara?
ii. Apakah kemahiran berfikir telah dimiliki dalam diri
pelatih giat mara?
iii. Apakah kemahiran pembelajaran sepanjang hayat telah
dimiliki dalam diri pelatih giat mara?
iv. Apakah kemahiran kepimpinan telah dimiliki dalam diri
pelatih giat mara?
v. Apakah kemahiran kerja berpasukan telah dimiliki dalam
diri pelatih giat mara?