Wakaf Selangor Muamalat Mengorak Langkah
Bulan Jumlah Kutipan Jumlah Besar
Januari 166,255.01
1,986,014.25
Februari 765,931.89
Mac 363,192.58
April 145,165.19
Mei 297,868.09
Jun 247,601.49
Mariam Bt Murtaza
Tengku Adnan B Tengku Ngah
Ahmad Sukarno Bin Ahmad
Yusseri Bin Mohamad
Hasmah Hj Ab Rahman
TAHNIAH…!!!!
Volume 1, Issue 1
31 July 2015
B M M B
Sumbangan terbesar dari orang awam
Pada 10-14 & 19– 23Januari 2015 yang lalu dengan kerjasama Hospital KPJ Damansara , Klinik Bergerak telah mengatur
langkah ke Gua Musang bagi menyertai misi bantuan kepada mangsa banjir dan juga menyumbang beberapa keper-
luan pasca banjir seperti tilam, tikar, almari pasang siap, air minuman bersih dan lain-lain. Antara kampung—kampung
yang dilawati adalah Kg Baru, Kg Limau Kasturi, Felda Aring, Kg Kuala Sg, Kg Bertam dan perkampungan Orang Asli. Sam-
butan penduduk terhadap misi ini sangat menggalakkan iaitu seramai 705 orang.Antara rawatan yang diberikan adalah
kes demam, batuk, dan selsema. Ramai pesakit mengalami sakit kulit dan jangkitan kulat berpunca daripada air yang
tercemar. Terdapat juga pesakit yang disyaki mendapat penyakit kencing tikus dan terpaksa dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan. Keadaan berdebu membuatkan mangsa-mangsa banjir di kawasan terbabit terdedah kepada
penyakit dan boleh menjejaskan kesihatan.Semoga dengan adanya khidmat klinik bergerak ini, dapat memberi motivasi
kepada orang ramai untuk menyumbang kepada Wakaf Selangor Muamalat. Semoga pahala pewakaf akan terus men-
galir walaupun pewakaf telah meninggal dunia, insya Allah.
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Jabatan Dakwah Wakaf & Zakat
Bank Muamalat Malaysia Berhad,
Tingkat 20, Menara Bumiputra, 21 Jalan Melaka,
50100 Kuala Lumpur
Emel: [email protected]
Tel: 03-2698 8787 Samb: 1215/1267/1154
(Tn. Hj. Che Mazlan, Cik Wan Nuraihan & Cik Nur Shakila)
PROJEK WSM B a n k M ua ma la t M a la y s ia B erha d
Sumbangan Peralatan Perubatan Wakaf Selangor Muamalat kepada Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu
Pada 9 April 2015, satu majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada Wakaf Selangor
Muamalat (WSM) kepada Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu telah berlangsung dalam suasana yang ringkas
tapi penuh bermakna. Bertempat di dewan Rumah Ehsan, majlis tersebut telah dihadiri oleh Ybhg Ustaz
Mohd Hafiz Fauzi, selaku wakil Jawatakuasa Pengurusan Bersama (JPB), wakil sekretariat WSM dari Bank
Muamalat dan Perbadanan Wakaf Selangor dan beberapa tetamu kehormat yang lain serta kakitangan
Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu.
Wakaf Selangor Muamalat menyumbang kelengkapan asas untuk 12 buah bilik darjah
Sitiawan, Perak, Rabu 3 Jun: Wakaf Selangor Muamalat menyumbang kelengkapan asas untuk 12 buah
bilik darjah berjumlah RM 65,040.00 kepada Sekolah Rendah Islam (SERI) Al-Ummah. Majlis sumbangan ini
diadakan di bangunan baru SERI Al-Ummah, Sitiawan, Perak. Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd
Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat telah menyerahkan sendiri simbolik sumbangan
tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan SERI Al-Ummah, Tn Hj Mat Salam bin Karnadi.