LMCK 1421
PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH
SET 4
SEMESTER 1 SESI 2016/2017
LAPORAN AKHIR PROJEK BERKUMPULAN
“PERANCANGAN MASA PELAJAR UKM”
PENSYARAH
DR. SAKHINAH BINTI ABU BAKAR
DISEDIAKAN OLEH
CHUA WAN FEN A147397
1.0 PENGENALAN
Masa merupakan aset yang tidak ternilai bagi setiap manusia. Setiap individu mempunyai
bilangan masa yang sama, iaitu 24 jam sehari. Tiada sesiapapun yang memiliki lebih
daripada 24 jam atau kurang daripada 24 jam. Pengurusan masa bermaksud pembahagian
masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan lancar dan
tidak terganggu atau boleh dikatakan sebagai pembahagian masa yang cekap. Oleh itu,
perancangan masa merupakan elemen yang penting dalam menjayakan sesuatu projek,
kerja mahupun kehidupan seharian.
Sebagaimana yang sedia kita maklumkan bahawa perancangan masa yang
berkesan dapat menanam sikap bertanggungjawab dan berupaya mendisiplinkan diri
sendiri. Melalui perancangan masa, pelajar-pelajar berpeluang supaya berdikari dalam
menguruskan atau merancangkan masa sendiri. Ini bukan sahaja dapat mengamalkan
kehidupan yang berdisiplin, tetapi juga dapat mengamalkan sifat-sifat terpuji yang
membolehkan mereka supaya disanjungi oleh masyarakat. Usaha-usaha perlu
dilaksanakan oleh para pelajar dalam perancangan masa demi mencapai kejayaan dalam
kehidupan kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Tahap kesedaran terhadap kepentingan perancangan masa dalam kalangan
mahasiswa dan mahasiswi dipercayai berada pada tahap yang membimbangkan. Dengan
ini, projek “Perancangan Masa Pelajar UKM” telah kami jalankan untuk memberi
kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM tentang kepentingan perancangan
masa dalam kehidupan seharian.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Memberi kesedaran kepada pelajar PPSM tentang kepentingan perancangan
masa dalam kehidupan seharian.
2.2 Meningkatkan keupayaan pelajar PPSM dalam perancangan masa.
2.3 Melahirkan pelajar yang berupaya merancang masa dengan baik.
3.0 METODOLOGI
3.1 Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 40 pelajar UKM
melalui Google Form. Borang soal selidik ini mempunyai 25 soalan yang
merangkumi pemahaman pelajar terhadap perancangan masa dan cara yang biasa
digunakan oleh pelajar untuk merancang masa mereka. Analisis terhadap
keputusan soal selidik telah dbuat dalam bentuk carta pie dan histogram.
3.2 Facebook Page “Time Management 101”
Satu Facebook page yang bernama “Time Management 101” telah direkabentuk
untuk menyebarkan maklumat berkaitan dengan perancangan masa kepada pelajar
UKM. Page ini juga berfungsi untuk memberi kesedaran kepada pelajar UKM
tentang kepentingan perancangan masa dalam kehidupan seharian mereka.
3.3 Poster
Satu poster berkaitan dengan perancangan masa telah direkabentuk dan
disebarkan kepada pelajar UKM melalui media sosial iaitu Facebook. Poster ini
mengandungi masalah-masalah perancangan masa yang selalu dihadapi oleh
pelajar dan tips-tips untuk menyelasaikan masalah tersebut. Selain itu, poster ini
juga memperkenalkan aplikasi-aplikasi perancangan masa yang sangat berguna
kepada pelajar seperti Calendars by Readdle dan Forest: Stay Focused. Cara untuk
memuat turun dan penggunaan aplikasi turut diperkenalkan dalam poster tersebut.
4.0
4.0 PELAN PERANCANGAN PROJEK
TARIKH BUTIRAN
6 – 10 Oktober 2016 Perbincangan Tajuk Projek Berkumpulan
10 - 13 Oktober 2016 Pembentangan Cadangan Projek Berkumpulan
14 – 31 Oktober 2016 Penyediaan dan pengumpulan maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan tajuk projek
1 – 6 Novenber 2016 Perbincangan cara pelaksanaan projek
Pengagihan tugasan
7 – 13 November 2016 Penyediaan borang soal selidik
14 – 20 November 2016 Penyebaran borang soal selidik (Google Form) kepada
pelajar UKM
21 – 27 November 2016 Analisis terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar
UKM dalam perancangan masa
Mereka bentuk poster untuk disebarkan kepada para
pelajar melalui media sosial
28 November 2016 –
3 Disember2016
Satu Page Facebook “Time Management 101” telah
direkabentuk untuk memberi kesedaran tentang
kepentingan perancangan masa kepada pelajar UKM.
Penyebaran poster melalui media sosial untuk memberi
kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan
perancangan masa dalam kehidupan seharian
3 – 6 Disember 2016 Pemerhatian terhadap reaksi pelajar terhadap poster yang
telah disebarkan
7 – 10 Disember 2016 Penyediaan poster bagi pembentangan
10 Disember 2016 Pembentangan poster di Aras 2, PPSM
5.0 HASIL KAJIAN
Seramai 40 pelajar UKM telah menyertai soal selidik kami. Hasil daripada soal selidik,
kami mendapati bahawa pelajar tidak sedar bahawa keupayaan terhadap pengurusan masa
mereka adalah pada tahap yang membimbangkan. Sebagai contoh, lebih daripada 82.5%
pelajar tidak pasti dengan adakah mereka boleh menyiapkan kerja yang sukar tanpa
melengah-lengah. 52.5% pelajar tidak pasti bahawa mereka boleh menyiapkan kerja yang
perlu diperlukan pada hari tersebut. Hal ini bermaksud pelajar lemah dalam menguruskan
masa mereka sendiri. 67.5% pelajar tidak pasti menggunakan masa dengan terancang.
Ketidakpastian pelajar-pelajar UKM menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tiada
kesedaran dalam pengurusan masa mereka. Oleh itu, page 'Time Management 101' telah
ditubuhkan di Facebook untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pengurusan masa.
Dalam "Time management 101", kami menyebarkan poster yang merangkumi tips-tips
pengurusan masa, aplikasi telefon yang boleh membantu pelajar dalam pengurusan masa
dan kepentingan pengurusan masa dalam kehidupan seharian.
Secara hasilnya, kami mendapat sambutan pelajar yang baik, iaitu hampir 60 likes
dan hampir 110 views. Semasa pembentangan poster, kami dapati bahawa pelajar telah
meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan masa melalui kempen yang kami
laksanakan. Dengan peka terhadap isu ini, pelajar dapat mengeluarkan pelbagai saolan
yang menarik semasa pembentangan poster dijalankan.
Antara aplikasi yang telah kami sebarkan kepada pelajar UKM ialah seperti berikut:
a) Calendars by Readlle - Event and Task Manager
b) Forest: Stay Focused
6.0 PENGLIBATAN / BIDANG TUGAS DALAM PROJEK
Sepanjang kursus LMCK 1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah, saya
bersama-sama dengan ahli sekumpulan saya telah bekerjasama dalam melaksanakan dan
menjayakan projek ini.
Pada permulaan projek, selepas perbincangan tajuk projek kumpulan, iaitu
“Perancangan Masa Pelajar UKM”, saya selaku ketua kumpulan telah bertanggungjawab
dalam menaipkan dan menyediakan kertas cadangan untuk dibentangkan kepada
pensyarah, Dr. Sakhinah binti Abu Bakar pada 11 Oktober 2016.
Selain itu, saya juga diamanahkan untuk membuat borang soal selidik dalam
bentuk Google Form. Borang soal selidik ini merangkumi 25 soalan yang membolehkan
kami untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
UKM dalam perancangan masa. Selepas itu, borang soal selidik ini telah disebarkan
kepada mahasiswa dan mahasiswi Pusat Pengajian Sains Matematik tahun 1, 2 dan 3.
Sebanyak 40 responden telah mengisi Google Form.
Selepas itu, saya bersama Leong Choy Wei, salah seorang ahli kumpulan, telah
menjalankan analisis terhadap borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh para
responden. Sepanjang proses analisis, kami berjaya mengenalpasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh mereka. Kami juga telah memberikan beberapa cadangan seperti aplikasi-
aplikasi yang berguna dalam perancangan masa kepada para pelajar. Antara aplikasi yang
telah kami cadangkan ialah Calendars by Readdle – Event and Task Manager dan Forest:
Stay Focused.
Lebih-lebih lagi, selepas poster telah siap direkabentuk oleh ahli kumpulan, kami
telah menyebarkan poster tersebut dalam Facebook untuk memberi dan meningkatkan
kesedaran pelajar terhadap kepentingan perancangan masa dalam kehidupan seharian.
Akhir sekali, pada 10 Disember 2016, setiap ahli kumpulan telah
bertanggungjawab dalam pembentangan poster kepada rakan-rakan kursus LMCK 1421
dan juga pensyarah, Dr. Sakhinah binti Abu Bakar.
7.0 REFLEKSI
Sepanjang kursus LMCK 1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah, saya
berkebolehan dalam melaksanakan tugas, menggunakan kemahiran pemikiran kritis dan
mengambil tindakan yang tepat. Sebagai contoh, apabila kumpulan kami menghadapi
masalah dalam pemahaman cara pelaksanaan projek, saya telah mengambil tindakan
dengan menghantar email kepada Dr. Sakhinah untuk mendapatkan penjelasan
daripadanya tanpa melengahkan masa. Tindakan ini bukan sahaja dapat menjimatkan
masa, tetapi juga dapat mendapat penjelasan yang paling tepat sekali berbanding dengan
bertanya kawan-kawan di sekeliling.
Selain itu, saya juga belajar bertanggungjawab terhadap implikasi yang telah
timbul tetapi bukannya mengelakkan diri daripadanya. Melalui projek ini, saya belajar
untuk berfikir secara kritis untuk mengeluarkan kaedah-kaedah yang sesuai bagi
menyelesaikan masalah yang timbul. Di samping itu, saya juga belajar mencari alternatif
dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, apabila kumpulan kami menghadapi masalah
dalam memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan perancangan masa
dengan menyebarkan poster di Facebook, kami mencari alternatif yang lain iaitu mereka
bentuk satu Page Facebook yang bernama “Time Management 101”. Mereka bentuk page
Facebook adalah alternatif yang lebih baik berbanding dengan menyebarkan poster sahaja
di Facebook kerana page Facebook dapat membantu kami dalam membuat analisis
terhadap kajian projek kumpulan kami. Tambahan pula, saya juga belajar untuk sentiasa
mempunyai maklumat yang cukup sebelum mula sesuatu tugasan. Sebagai contoh, saya
telah menghadapi masalah dalam membina soalan bagi borang soal selidik disebabkan
kekurangan maklumat perancangan masa dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang
demikian, melalui projek ini, saya telah belajar untuk sering membuat persediaan yang
mencukupi, iaitu membuat kajian dengan sepenuhnya sebelum mula menjalankan
tugasan.
Akhir sekali, saya juga belajar untuk menilai dan menimbang pelbagai pendapat
dan idea, berfikiran rasional dan mampu meneliti pengalaman lali sebelum membuat
keputusan. Sebagai contoh, apabila pelbagai cadangan dan idea terhadap tajuk projek
kumpulan telah dikemukakan, saya telah menilai dan menimbang pendapat-pendapat
tersebut sebelum menentukan tajuk projek kumpulan dengan mencari sumber-sumber
yang berguna dan mengkaji kebolehlaksanaan projek dengan tajuk yang dicadangkan.
LAMPIRAN
Gambar rajah 1
Soal selidik yang telah diedarkan melalui Google Form
Gambar rajah 2
Poster yang disebarkan melalui media sosial Facebook
Gambar rajah 3
Poster perancangan masa pelajar UKM
Gambar rajah 4Facebook page yang bernama “Time Management 101” telah direkabentuk
Gambar rajah 5
Ahli kumpulan dengan pensyarah iaitu Dr. Sakhinah Binti Abu Bakar