UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK GARIS LURUS MATEMATIK TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : ROHANA BINTI MAT IDRIS mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
TERHAD
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap : 43, Jalan Kijang 15, DR NORAFFANDY BIN YAHAYA Taman Scientex, (NAMA PENYELIA) 81700 Pasir Gudang Johor. Tarikh : 29 April 2008 Tarikh : 29 April 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyediakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) “
Tandatangan : _________________________
Nama Penyelia : DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA
Tarikh : 29 April 2008
i
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK GARIS LURUS MATEMATIK
TINGKATAN EMPAT
ROHANA BINTI MAT IDRIS
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : _________________________
Nama Penulis : ROHANA BINTI MAT IDRIS
Tarikh : 29 April 2008
iii
DEDIKASI
Buat insan tersayang
Suamiku
Mohd Noor Hamid
Terima kasih atas segala pengorbanan dan sokongan yang tidak
terhingga.
Anak-anakku
Keletah kalian membakar semangat untuk terus berjaya.
Keluargaku
Dorongan kalian menjadi sumber inspirasiku untuk meneruskan perjuangan ini.
Rakan-rakan
Sekalung penghargaan atas sumbangan yang berharga.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Ilahi atas segala kurnianya dapat saya menyempurnakan
Projek Sarjana Muda I ini pada masa yang ditetapkan.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada penyelia Dr.. Noraffandy Yahaya kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna sepanjang tempoh penyediaan
tesis ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi bantuan
dan kerjasama semasa saya memerlukan bantuan. Semoga tuhan merahmati segala
bentuk sumbangan kalian yang tidak ternilai itu.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tesis ini.
Sekian, Terima Kasih.
v
ABSTRAK Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian aplikasi
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi sub tajuk Kecerunan Garis Lurus
Dalam Sistem Koordinat Cartesan dalam tajuk Garis Lurus yang terkandung dalam mata
pelajaran Matematik Tingkatan Empat. Tujuan ini dibangunkan adalah untuk
menyediakan satu alternatif pembelajaran kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dalam
mempelajari Matematik. Reka bentuk ini adalah berdasarkan kepada Model ASSURE
iaitu melibatkan enam fasa iaitu Menganalisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih
Kaedah, Media dan Bahan, Menggunakan Media dan Bahan, Melibatkan Pelajar dalam
Aktiviti Pembelajaran, Penilaian dan Pengubahsuaian. Teori Behaviorisme telah
diterapkan ke dalam perisian ini. Pembangunan perisian ini adalah menggunakan
perisian Macromedia Authorware 7.0 yang menggabungkan elemen-elemen multimedia
iaitu teks, grafik, animasi dan audio ke dalam perisian ini untuk menjadikan proses
pembelajaran lebih menarik. Perisian sokongan yang turut digunakan ialah Adobe
Photoshop CS3 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Garis Lurus.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop a Computer Assisted Teaching (CAT)
courseware for subtopic Gradient Of Straight Lines in Cartesian Coordinates in topic
Straight Line. The main reason to develop this courseware is to accommodate an
alternative for learning approach to all form four students in Mathematics. The
development of this courseware was based on the ASSURE Model which includes six
phases such as Analyze Learners, State Objectives, Select Methods, Media and
Materials, Required Learner Participation, Evaluate and Revise. Behaviorism theory was
used in developing the contents in the courseware. Macromedia Authorware 7.0
software with multimedia elements were used to make the learning process become
more interesting. Adobe Photoshop CS3 and Sound Forge 6.0 are also been used as
support software. It is hoped that this courseware can be used effectively in teaching and
learning The Straight Line.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL i PANGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABCTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI RAJAH xii BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan masalah 4
1.4 Matlamat 6
1.5 Objektif 6
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.7 Skop dan Batasan Projek 7
viii
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 8 2006-2010 (PIPP)
1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 8
1.8.3 Perisian 9 1.8.4 Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMKe-9) 9 1.8.5 Multimedia 9 1.9 Kesimpulan 8 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 9 2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9 2.3 Teori Pembelajaran 11 2.3.1 Teori Konstruktivisme 12 2.3.3 Teori Behaviorvisme 13 2.4 Aplikasi teori Pembelajaran Konstuktivisme dalam PBK 14 2.5 Aplikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme dalam PBK 14 2.6 Model Pembelajaran 15 2.6.1 Analisis Pelajar 16 2.6.2 Nyatakan Objektif 16 2.6.3 Pilih Kaedah,Media dan Bahan 17 2.6.4 Gunakan Media dan Bahan 17 2.6.5 Dapatkan Penglibatan Pelajar 17 2.6.6 Nilai dan Semak 17
ix
2.7 Pendekatan Pembelajaran 18 2.7.1 Tutorial 19 2.7.2 Latih Tubi 19 2.7.3 Penyelesaian Masalah 19 2.8 Kajian Penggunaan PBK Dalam Pendidikan 20 2.9 Kesimpulan 23 BAB III REKA BENTUK PERISIAN 3.1 Pengenalan 24 3.2 Model Reka Bentuk Perisian 25 3.2.1 Menganalisis Pelajar 25 3.2.2 Menyatakan Objektif 26 3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan 26 3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan 27 3.2.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar Dalam
Pembelajaran 27
3.2.6 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian 28 3.3 Perancangan Reka Bentuk Peisian 28 3.3.1 Carta Alir Perisian 28 3.3.2 Papan Cerita 28 3.4 Reka Bentuk Persembahan 31 3.4.1 Reka Bentuk Antaramuka 31 3.4.2 Ciri Keseragaman 31 3.5 Pemilihan Perkakasan 32 3.6 Pemilihan Perisian 33
x
3.6.1 Macromedia Authoware 33 3.6.2 Perisian Sokongan 33 3.7 Isi Kandungan 34 3.8 Kesimpulan 34 BAB IV HASIL PEMBANGUNAN 4.1 Pengenalan 35 4.2 Pengenalan Kepada Perisian 36 4.3 Skrin Menu Utama 39 4.4 Skrin Isi Kandungan 40 4.5 Skrin Sub Topik Pelajaran 41 4.6 Skrin Ujian 43 4.7 Skrin Permainan 47 4.8 Skrin Laman Web 49 4.9 Skrin Glossari 51 4.10 Skrin Bantuan 52 4.11 Skrin Keluar 53 4.12 Skrin Penghargaan 54 BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 55 5.2 Perbincangan 55 5.3 Kajian Lanjutan 60
xi
5.4 Cadangan susulan 61 5.5 Kesimpulan 62
RUJUKAN 64
xii
SENARAI RAJAH NO. JADUAL TAJUK HALAMAN Rajah 4.2 (a) Paparan Persembahan Permulaan 36 Rajah 4.2 (b) Paparan Tajuk Utama 37 Rajah 4.2 (c) Paparan Objektif Pembelajaran 37 Rajah 4.2 (d) Paparan Pengetahuan Sedia Ada 38 Rajah 4.2 (e) Paparan Analisis Kesalahan Pelajar 38 Rajah 4.3 Paparan Menu Utama 39 Rajah 4.4 Paparan Menu Isi pelajaran 40 Rajah 4.5 (a) Paparan Isi Pelajaran 1 41 Rajah 4.5 (b) Paparan Isi Pelajaran 1- Uji Diri 42 Rajah 4.5 (c) Paparan Isi Pelajaran 2 42 Rajah 4.5 (d) Paparan Isi Pelajaran 3 43 Rajah 4.6 (a) Rajah Daftar Pengguna 44 Rajah 4.6 (b) Paparan Menu Ujian 44 Rajah 4.6 (c) Paparan Ujian Mudah 45 Rajah 4.6 (d) Paparan Ujian Mudah 45 Rajah 4.6 (e) Paparan Ujian Sederhana 46 Rajah 4.6 (f) Paparan Ujian Sukar 46 Rajah 4.6 (c) Paparan Markah 47
xiii
Rajah 4.7 (a) Paparan Arahan Permainan 48 Rajah 4.7 (b) Paparan Permainan 48 Rajah 4.8 (a) Paparan Laman Web 49 Rajah 4.8 (b) Paparan Laman Web 1 50 Rajah 4.8 (c) Paparan Laman Web 2 50 Rajah 4.8 (d) Paparan Laman Web 3 51 Rajah 4.9 Paparan Glossari 52 Rajah 4.10 Paparan Bantuan 53 Rajah 4.11 Paparan Keluar 54 Rajah 4.12 Paparan Penghargaan 55
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan pada 31 Mac 2006 iaitu
rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu
Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan
kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju
ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga yang bersatu padu,
berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.
Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional.
Untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah RMKe-9,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) yang merupakan pelan pelaksanaan dan telah
dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 16 Januari 2007. Pelan ini menggariskan
enam teras utama bagi menjayakan Misi Nasional dalam RMKe-9. Teras yang bersifat
holistic itu ialah membina negara bangsa yang maju, membangunkan modal insan,
memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan
profesion keguruan serta melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang sedia
ada.
Kejayaan PIPP memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada
semua pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM. Menurut Kad Laporan
2
Pelaksanaan PIPP sehingga Jun 2007, usaha merapatkan jurang digital dari segi akses
kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan murid
dan guru di luar bandar dan pedalaman dapat ditingkatkan, tumpuan diberikan kepada
penyediaan infrastruktur, perisian dan latihan.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa budaya persekolahan
seharusnya diubah daripada sesuatu berdasarkan hafalan kepada berpengetahuan,
berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Zaimah,
2003). Menurut Roblyer (1998), ramai orang telah membuat pemerhatian bahawa
kebanyakan pendidikan yang telah berjaya adalah dengan menggunakan teknologi dalam
pengajaran mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat penggunaan teknologi
dalam pembelajaran dan pengajaran berlaku secara terarah dan akses kendiri, ikut kadar
sendiri. Pelajar berpeluang mencuba pelbagai jenis latihan matematik kerana pengiraan
boleh dilakukan dengan cepat dengan bantuan komputer dan kalkulator. Aspek teknologi
maklumat telah digabungkan dengan pendidikan matematik sebagai satu perkembangan
teknologi pada masa kini (Zaimah, 2003).
Justeru itu, penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai dan menarik dalam
pengajaran adalah penting kerana ia dapat menimbulkan ransangan dan keinginan pelajar
dalam pembelajaran terutamanya bagi subjek matematik. Kesannya, pencapaian pelajar
bagi subjek ini kurang memberansangkan. Untuk menangani masalah ini, satu langkah
yang lebih efektif perlu diambil bagi mengelakkan kesukaran pelajar untuk menguasai
mata pelajaran matematik. Dengan ini, dirasakan bahawa penggunaan perisian PBK
dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat membawa satu pembaharuan kepada
corak pendidikan negara.
3
1.2 Latar Belakang Masalah Dalam usaha untuk menjayakan PIPP, Kementerian Pendidikan Malaysia
mengorak langkah memperluaskan pelaksanaan proses Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) yang sebelum ini kurang mendapat sambutan di kalangan para guru.
PBK merupakan suatu alat bantu mengajar yang memudahkan proses P&P dilaksanakan
dalam dunia pendidikan sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat pengajian
tinggi (Siti Aishah, Hazum, Masnizah dan Ho,2005). Menurut Tringa dan Lipitakis
(2003), peranan PBK yang dipercayai boleh membantu meningkatkan proses
pembelajaran menjadikan ia sebab utama mengapa perlu diperkenalkan dalam program
pendidikan negara. Ini kerana komputer berkebolehan mempersembahkan keseluruhan
proses pembelajaran manusia yang tidak membataskan imaginasi dan kreativiti manusia.
Menurut Dick (1989) dan Yong Li Choo (2000), masalah yang sering dihadapi
oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah bilangan pelajar yang
ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan proses interaksi dua hala antara guru dan
pelajar tidak berjaya sepenuhnya. Tahap kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang
disampaikan oleh guru juga berbeza. Pendapat ini turut disokong oleh Zaimah (2003).
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser,1993; Henderson
& Landersman,1992; Al-Ghamdi,1987), didapati pelajar yang menggunakan komputer
dalam mempelajari Matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya
sebagai ahli Matematik dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks, dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan
mudah dan berkesan serta pengekalan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan
dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain (Zaimah, 2003).
Menurut Noraini (2001), kemerosotan minat pelajar dalam bidang Sains dan
Matematik amat ketara pada masa kini. Usaha bagi mencapai sasaran bagi kemasukan
pelajar sekolah menengah ke aliran Sains sebanyak 60 peratus dan 40 peratus ke aliran
4
sastera masih belum dapat dicapai hingga kini. Oleh itu, dengan adanya perisian ini,
adalah satu usaha untuk menarik minat pelajar dan mengikis persepsi negatif mereka
terhadap bidang Matematik.
Pelaksanaan PBK amat sesuai dikala minat terhadap mata pelajaran matematik
masih tidak berubah di kalangan sebahagian besar pelajar. Pelajar sering menganggap
belajar matematik merupakan perkara yang paling membosankan. Apabila minda tidak
mahu menerima apa yang dipelajari, maka prestasi pasti tidak begitu baik. Justeru , PBK
merupakan salah satu cara untuk menarik minat para pelajar untuk meminati matematik
sekaligus dapat mengalih pandangan negatif mereka terhadap matematik. Pembangunan
perisian berasaskan perisian seperti Authoware digunakan untuk membangunkan
sesebuah perisian PBK.
Justeru bila terhasilnya perisian PBK ini akan dapat membantu pelajar menguasai
subtopik Kecerunan Garis Lurus dalam Sistem Koordinat Cartesan . Di harap penghasilan
perisian ini dapat membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan
mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan dapat menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan
harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan perisian multimedia
berbantukan komputer dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat bagi tajuk
Garis Lurus.Merujuk kepada peratusan SPM 2006 negeri Perak, hanya 73 % daripada
calon lulus dalam mata pelajaran Matematik. Ini menunjukkan bahawa terdapat lagi
kelemahan daripada beberapa aspek yang menyukarkan semua pelajar mendapat
keputusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah tanggapan pelajar
5
terhadap mata pelajaran Matematik yang difikirkan sukar untuk dikuasai. Ini kerana
pelajar terpaksa mengingati rumus dan formula matematik walau pun tidak memahami
fungsi sebenarnya. Disamping itu, bahan pembelajaran yang sedia ada kurang menarik
perhatian dan minat pelajar.
Menurut Olcey J.R (1978), para pelajar hilang minat terhadap pembelajaran
disebabkan oleh bahan pengajaran yang disediakan tidak menepati objektif pengajaran,
organisasi isi kandungan yang tidak bersesuaian, persekitaran pembelajaran yang kurang
memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik.
Penilaian yang berterusan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana Matematik memerlukan kesinambungan antara pengetahuan
konsep terdahulu dengan konsep dan juga kemahiran yang baru. Dengan adanya rekod
penilaian, diharapkan ia dapat membantu pelajar mencari alternatif untuk memperbaiki
tahap penguasaan mereka dalam tajuk-tajuk yang tidak dikuasai sepenuhnya.
Pembelajaran Matematik yang melibatkan penyelesaian masalah bukan sahaja
memerlukan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif tetapi juga memerlukan latihan
yang berterusan untuk melihat sejauh mana proses pembelajaran tersebut berjaya
(Zaimah,2003).
Menurut Weinraub (1998), beliau mendapati bahawa pemahaman pembelajaran
pelajar menggunakan perisian berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi dan baik
berbanding dengan pembelajaran menggunakan cara tradisional.
Penghasilan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai subtajuk iaitu
Kecerunan Garis Lurus Dalam Sistem Koordinat Cartesan dengan lebih baik. Ini kerana
pelajar dapat mempelajari dengan cepat dan berkesan melalui tutorial dan aktiviti-
aktiviti yang sesuai dengan tahap mereka. Perisian ini diharap dapat menjadi medium
yang membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
6
1.4 Matlamat
Matlamat projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah sistem
pembelajaran Matematik yang dapat menarik minat pelajar untuk menguasai sesuatu
yang dipelajari. Projek ini akan menjurus kepada subtajuk iaitu Kecerunan Garis Lurus
Dalam Sistem Koordinat Cartesan. Projek ini diharap dapat meringankan beban guru
disamping meningkatkan keberkesanan proses P&P. Penggunaan perisian Authoware
dalam perisian secara tidak langsung memudahkan pelajar menerokai perisian ini tanpa
ditemani oleh guru seterusnya dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer
untuk tujuan pendidikan terutamanya di rumah.
1.5 Objektif
Tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan satu perisian
aplikasi PBK multimedia dalam satu subtajuk iaitu Kecerunan Garis Lurus Dalam
Sistem Koordinat Cartesan dalam tajuk Garis Lurus bagi mata pelajaran Matematik
Tingkatan Empat mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Matematik Tingkatan Empat
(2001). Objektif utama projek ini adalah untuk:
i. Membangunkan satu perisian PBK dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi
tajuk Garis Lurus dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat.
ii. Mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme dalam proses pengajaran
dan pembelajaran tajuk Persamaan Garis Lurus.
iii. Mereka bentuk perisian multimedia berasaskan Model ASSURE dalam
proses pembangunan perisian PBK.