universiti teknologi malaysia borang … · 2008-04-28 · pelajaran matematik tingkatan empat. ......

21
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK GARIS LURUS MATEMATIK TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : ROHANA BINTI MAT IDRIS mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD Disahkan oleh (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) ______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap : 43, Jalan Kijang 15, DR NORAFFANDY BIN YAHAYA Taman Scientex, (NAMA PENYELIA) 81700 Pasir Gudang Johor. Tarikh : 29 April 2008 Tarikh : 29 April 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyediakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: vodien

Post on 27-Jun-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK GARIS LURUS MATEMATIK TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : ROHANA BINTI MAT IDRIS mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

TERHAD

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap : 43, Jalan Kijang 15, DR NORAFFANDY BIN YAHAYA Taman Scientex, (NAMA PENYELIA) 81700 Pasir Gudang Johor. Tarikh : 29 April 2008 Tarikh : 29 April 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyediakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) “

Tandatangan : _________________________

Nama Penyelia : DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA

Tarikh : 29 April 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

i

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK GARIS LURUS MATEMATIK

TINGKATAN EMPAT

ROHANA BINTI MAT IDRIS

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _________________________

Nama Penulis : ROHANA BINTI MAT IDRIS

Tarikh : 29 April 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

iii

DEDIKASI

Buat insan tersayang

Suamiku

Mohd Noor Hamid

Terima kasih atas segala pengorbanan dan sokongan yang tidak

terhingga.

Anak-anakku

Keletah kalian membakar semangat untuk terus berjaya.

Keluargaku

Dorongan kalian menjadi sumber inspirasiku untuk meneruskan perjuangan ini.

Rakan-rakan

Sekalung penghargaan atas sumbangan yang berharga.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi atas segala kurnianya dapat saya menyempurnakan

Projek Sarjana Muda I ini pada masa yang ditetapkan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada penyelia Dr.. Noraffandy Yahaya kerana telah

banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna sepanjang tempoh penyediaan

tesis ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi bantuan

dan kerjasama semasa saya memerlukan bantuan. Semoga tuhan merahmati segala

bentuk sumbangan kalian yang tidak ternilai itu.

Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama

ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tesis ini.

Sekian, Terima Kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

v

ABSTRAK Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian aplikasi

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi sub tajuk Kecerunan Garis Lurus

Dalam Sistem Koordinat Cartesan dalam tajuk Garis Lurus yang terkandung dalam mata

pelajaran Matematik Tingkatan Empat. Tujuan ini dibangunkan adalah untuk

menyediakan satu alternatif pembelajaran kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dalam

mempelajari Matematik. Reka bentuk ini adalah berdasarkan kepada Model ASSURE

iaitu melibatkan enam fasa iaitu Menganalisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih

Kaedah, Media dan Bahan, Menggunakan Media dan Bahan, Melibatkan Pelajar dalam

Aktiviti Pembelajaran, Penilaian dan Pengubahsuaian. Teori Behaviorisme telah

diterapkan ke dalam perisian ini. Pembangunan perisian ini adalah menggunakan

perisian Macromedia Authorware 7.0 yang menggabungkan elemen-elemen multimedia

iaitu teks, grafik, animasi dan audio ke dalam perisian ini untuk menjadikan proses

pembelajaran lebih menarik. Perisian sokongan yang turut digunakan ialah Adobe

Photoshop CS3 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat dimanfaatkan

sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Garis Lurus.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a Computer Assisted Teaching (CAT)

courseware for subtopic Gradient Of Straight Lines in Cartesian Coordinates in topic

Straight Line. The main reason to develop this courseware is to accommodate an

alternative for learning approach to all form four students in Mathematics. The

development of this courseware was based on the ASSURE Model which includes six

phases such as Analyze Learners, State Objectives, Select Methods, Media and

Materials, Required Learner Participation, Evaluate and Revise. Behaviorism theory was

used in developing the contents in the courseware. Macromedia Authorware 7.0

software with multimedia elements were used to make the learning process become

more interesting. Adobe Photoshop CS3 and Sound Forge 6.0 are also been used as

support software. It is hoped that this courseware can be used effectively in teaching and

learning The Straight Line.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN HALAMAN JUDUL i PANGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABCTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI RAJAH xii BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan masalah 4

1.4 Matlamat 6

1.5 Objektif 6

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.7 Skop dan Batasan Projek 7

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

viii

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 8 2006-2010 (PIPP)

1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 8

1.8.3 Perisian 9 1.8.4 Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMKe-9) 9 1.8.5 Multimedia 9 1.9 Kesimpulan 8 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 9 2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9 2.3 Teori Pembelajaran 11 2.3.1 Teori Konstruktivisme 12 2.3.3 Teori Behaviorvisme 13 2.4 Aplikasi teori Pembelajaran Konstuktivisme dalam PBK 14 2.5 Aplikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme dalam PBK 14 2.6 Model Pembelajaran 15 2.6.1 Analisis Pelajar 16 2.6.2 Nyatakan Objektif 16 2.6.3 Pilih Kaedah,Media dan Bahan 17 2.6.4 Gunakan Media dan Bahan 17 2.6.5 Dapatkan Penglibatan Pelajar 17 2.6.6 Nilai dan Semak 17

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

ix

2.7 Pendekatan Pembelajaran 18 2.7.1 Tutorial 19 2.7.2 Latih Tubi 19 2.7.3 Penyelesaian Masalah 19 2.8 Kajian Penggunaan PBK Dalam Pendidikan 20 2.9 Kesimpulan 23 BAB III REKA BENTUK PERISIAN 3.1 Pengenalan 24 3.2 Model Reka Bentuk Perisian 25 3.2.1 Menganalisis Pelajar 25 3.2.2 Menyatakan Objektif 26 3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan 26 3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan 27 3.2.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar Dalam

Pembelajaran 27

3.2.6 Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian 28 3.3 Perancangan Reka Bentuk Peisian 28 3.3.1 Carta Alir Perisian 28 3.3.2 Papan Cerita 28 3.4 Reka Bentuk Persembahan 31 3.4.1 Reka Bentuk Antaramuka 31 3.4.2 Ciri Keseragaman 31 3.5 Pemilihan Perkakasan 32 3.6 Pemilihan Perisian 33

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

x

3.6.1 Macromedia Authoware 33 3.6.2 Perisian Sokongan 33 3.7 Isi Kandungan 34 3.8 Kesimpulan 34 BAB IV HASIL PEMBANGUNAN 4.1 Pengenalan 35 4.2 Pengenalan Kepada Perisian 36 4.3 Skrin Menu Utama 39 4.4 Skrin Isi Kandungan 40 4.5 Skrin Sub Topik Pelajaran 41 4.6 Skrin Ujian 43 4.7 Skrin Permainan 47 4.8 Skrin Laman Web 49 4.9 Skrin Glossari 51 4.10 Skrin Bantuan 52 4.11 Skrin Keluar 53 4.12 Skrin Penghargaan 54 BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 55 5.2 Perbincangan 55 5.3 Kajian Lanjutan 60

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

xi

5.4 Cadangan susulan 61 5.5 Kesimpulan 62

RUJUKAN 64

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

xii

SENARAI RAJAH NO. JADUAL TAJUK HALAMAN Rajah 4.2 (a) Paparan Persembahan Permulaan 36 Rajah 4.2 (b) Paparan Tajuk Utama 37 Rajah 4.2 (c) Paparan Objektif Pembelajaran 37 Rajah 4.2 (d) Paparan Pengetahuan Sedia Ada 38 Rajah 4.2 (e) Paparan Analisis Kesalahan Pelajar 38 Rajah 4.3 Paparan Menu Utama 39 Rajah 4.4 Paparan Menu Isi pelajaran 40 Rajah 4.5 (a) Paparan Isi Pelajaran 1 41 Rajah 4.5 (b) Paparan Isi Pelajaran 1- Uji Diri 42 Rajah 4.5 (c) Paparan Isi Pelajaran 2 42 Rajah 4.5 (d) Paparan Isi Pelajaran 3 43 Rajah 4.6 (a) Rajah Daftar Pengguna 44 Rajah 4.6 (b) Paparan Menu Ujian 44 Rajah 4.6 (c) Paparan Ujian Mudah 45 Rajah 4.6 (d) Paparan Ujian Mudah 45 Rajah 4.6 (e) Paparan Ujian Sederhana 46 Rajah 4.6 (f) Paparan Ujian Sukar 46 Rajah 4.6 (c) Paparan Markah 47

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

xiii

Rajah 4.7 (a) Paparan Arahan Permainan 48 Rajah 4.7 (b) Paparan Permainan 48 Rajah 4.8 (a) Paparan Laman Web 49 Rajah 4.8 (b) Paparan Laman Web 1 50 Rajah 4.8 (c) Paparan Laman Web 2 50 Rajah 4.8 (d) Paparan Laman Web 3 51 Rajah 4.9 Paparan Glossari 52 Rajah 4.10 Paparan Bantuan 53 Rajah 4.11 Paparan Keluar 54 Rajah 4.12 Paparan Penghargaan 55

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan pada 31 Mac 2006 iaitu

rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu

Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan

kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju

ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga yang bersatu padu,

berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.

Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional.

Untuk menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah RMKe-9,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006 – 2010 (PIPP) yang merupakan pelan pelaksanaan dan telah

dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 16 Januari 2007. Pelan ini menggariskan

enam teras utama bagi menjayakan Misi Nasional dalam RMKe-9. Teras yang bersifat

holistic itu ialah membina negara bangsa yang maju, membangunkan modal insan,

memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan

profesion keguruan serta melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang sedia

ada.

Kejayaan PIPP memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi daripada

semua pihak yang berkepentingan dalam dan luar KPM. Menurut Kad Laporan

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2

Pelaksanaan PIPP sehingga Jun 2007, usaha merapatkan jurang digital dari segi akses

kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan murid

dan guru di luar bandar dan pedalaman dapat ditingkatkan, tumpuan diberikan kepada

penyediaan infrastruktur, perisian dan latihan.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa budaya persekolahan

seharusnya diubah daripada sesuatu berdasarkan hafalan kepada berpengetahuan,

berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (Zaimah,

2003). Menurut Roblyer (1998), ramai orang telah membuat pemerhatian bahawa

kebanyakan pendidikan yang telah berjaya adalah dengan menggunakan teknologi dalam

pengajaran mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat penggunaan teknologi

dalam pembelajaran dan pengajaran berlaku secara terarah dan akses kendiri, ikut kadar

sendiri. Pelajar berpeluang mencuba pelbagai jenis latihan matematik kerana pengiraan

boleh dilakukan dengan cepat dengan bantuan komputer dan kalkulator. Aspek teknologi

maklumat telah digabungkan dengan pendidikan matematik sebagai satu perkembangan

teknologi pada masa kini (Zaimah, 2003).

Justeru itu, penggunaan alat bantuan mengajar yang sesuai dan menarik dalam

pengajaran adalah penting kerana ia dapat menimbulkan ransangan dan keinginan pelajar

dalam pembelajaran terutamanya bagi subjek matematik. Kesannya, pencapaian pelajar

bagi subjek ini kurang memberansangkan. Untuk menangani masalah ini, satu langkah

yang lebih efektif perlu diambil bagi mengelakkan kesukaran pelajar untuk menguasai

mata pelajaran matematik. Dengan ini, dirasakan bahawa penggunaan perisian PBK

dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat membawa satu pembaharuan kepada

corak pendidikan negara.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3

1.2 Latar Belakang Masalah Dalam usaha untuk menjayakan PIPP, Kementerian Pendidikan Malaysia

mengorak langkah memperluaskan pelaksanaan proses Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) yang sebelum ini kurang mendapat sambutan di kalangan para guru.

PBK merupakan suatu alat bantu mengajar yang memudahkan proses P&P dilaksanakan

dalam dunia pendidikan sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat pengajian

tinggi (Siti Aishah, Hazum, Masnizah dan Ho,2005). Menurut Tringa dan Lipitakis

(2003), peranan PBK yang dipercayai boleh membantu meningkatkan proses

pembelajaran menjadikan ia sebab utama mengapa perlu diperkenalkan dalam program

pendidikan negara. Ini kerana komputer berkebolehan mempersembahkan keseluruhan

proses pembelajaran manusia yang tidak membataskan imaginasi dan kreativiti manusia.

Menurut Dick (1989) dan Yong Li Choo (2000), masalah yang sering dihadapi

oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah bilangan pelajar yang

ramai dalam sesebuah kelas menyebabkan proses interaksi dua hala antara guru dan

pelajar tidak berjaya sepenuhnya. Tahap kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang

disampaikan oleh guru juga berbeza. Pendapat ini turut disokong oleh Zaimah (2003).

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser,1993; Henderson

& Landersman,1992; Al-Ghamdi,1987), didapati pelajar yang menggunakan komputer

dalam mempelajari Matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya

sebagai ahli Matematik dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah yang lebih

kompleks, dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan

mudah dan berkesan serta pengekalan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan

dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain (Zaimah, 2003).

Menurut Noraini (2001), kemerosotan minat pelajar dalam bidang Sains dan

Matematik amat ketara pada masa kini. Usaha bagi mencapai sasaran bagi kemasukan

pelajar sekolah menengah ke aliran Sains sebanyak 60 peratus dan 40 peratus ke aliran

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4

sastera masih belum dapat dicapai hingga kini. Oleh itu, dengan adanya perisian ini,

adalah satu usaha untuk menarik minat pelajar dan mengikis persepsi negatif mereka

terhadap bidang Matematik.

Pelaksanaan PBK amat sesuai dikala minat terhadap mata pelajaran matematik

masih tidak berubah di kalangan sebahagian besar pelajar. Pelajar sering menganggap

belajar matematik merupakan perkara yang paling membosankan. Apabila minda tidak

mahu menerima apa yang dipelajari, maka prestasi pasti tidak begitu baik. Justeru , PBK

merupakan salah satu cara untuk menarik minat para pelajar untuk meminati matematik

sekaligus dapat mengalih pandangan negatif mereka terhadap matematik. Pembangunan

perisian berasaskan perisian seperti Authoware digunakan untuk membangunkan

sesebuah perisian PBK.

Justeru bila terhasilnya perisian PBK ini akan dapat membantu pelajar menguasai

subtopik Kecerunan Garis Lurus dalam Sistem Koordinat Cartesan . Di harap penghasilan

perisian ini dapat membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan

mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan dapat menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan

harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan perisian multimedia

berbantukan komputer dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat bagi tajuk

Garis Lurus.Merujuk kepada peratusan SPM 2006 negeri Perak, hanya 73 % daripada

calon lulus dalam mata pelajaran Matematik. Ini menunjukkan bahawa terdapat lagi

kelemahan daripada beberapa aspek yang menyukarkan semua pelajar mendapat

keputusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah tanggapan pelajar

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

5

terhadap mata pelajaran Matematik yang difikirkan sukar untuk dikuasai. Ini kerana

pelajar terpaksa mengingati rumus dan formula matematik walau pun tidak memahami

fungsi sebenarnya. Disamping itu, bahan pembelajaran yang sedia ada kurang menarik

perhatian dan minat pelajar.

Menurut Olcey J.R (1978), para pelajar hilang minat terhadap pembelajaran

disebabkan oleh bahan pengajaran yang disediakan tidak menepati objektif pengajaran,

organisasi isi kandungan yang tidak bersesuaian, persekitaran pembelajaran yang kurang

memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik.

Penilaian yang berterusan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana Matematik memerlukan kesinambungan antara pengetahuan

konsep terdahulu dengan konsep dan juga kemahiran yang baru. Dengan adanya rekod

penilaian, diharapkan ia dapat membantu pelajar mencari alternatif untuk memperbaiki

tahap penguasaan mereka dalam tajuk-tajuk yang tidak dikuasai sepenuhnya.

Pembelajaran Matematik yang melibatkan penyelesaian masalah bukan sahaja

memerlukan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif tetapi juga memerlukan latihan

yang berterusan untuk melihat sejauh mana proses pembelajaran tersebut berjaya

(Zaimah,2003).

Menurut Weinraub (1998), beliau mendapati bahawa pemahaman pembelajaran

pelajar menggunakan perisian berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi dan baik

berbanding dengan pembelajaran menggunakan cara tradisional.

Penghasilan perisian ini dapat membantu pelajar menguasai subtajuk iaitu

Kecerunan Garis Lurus Dalam Sistem Koordinat Cartesan dengan lebih baik. Ini kerana

pelajar dapat mempelajari dengan cepat dan berkesan melalui tutorial dan aktiviti-

aktiviti yang sesuai dengan tahap mereka. Perisian ini diharap dapat menjadi medium

yang membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · 2008-04-28 · pelajaran Matematik Tingkatan Empat. ... 2.6.6 Nilai dan Semak 17 . ix ... SENARAI RAJAH . NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

6

1.4 Matlamat

Matlamat projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah sistem

pembelajaran Matematik yang dapat menarik minat pelajar untuk menguasai sesuatu

yang dipelajari. Projek ini akan menjurus kepada subtajuk iaitu Kecerunan Garis Lurus

Dalam Sistem Koordinat Cartesan. Projek ini diharap dapat meringankan beban guru

disamping meningkatkan keberkesanan proses P&P. Penggunaan perisian Authoware

dalam perisian secara tidak langsung memudahkan pelajar menerokai perisian ini tanpa

ditemani oleh guru seterusnya dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer

untuk tujuan pendidikan terutamanya di rumah.

1.5 Objektif

Tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk membangunkan satu perisian

aplikasi PBK multimedia dalam satu subtajuk iaitu Kecerunan Garis Lurus Dalam

Sistem Koordinat Cartesan dalam tajuk Garis Lurus bagi mata pelajaran Matematik

Tingkatan Empat mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Matematik Tingkatan Empat

(2001). Objektif utama projek ini adalah untuk:

i. Membangunkan satu perisian PBK dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya bagi

tajuk Garis Lurus dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat.

ii. Mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme dalam proses pengajaran

dan pembelajaran tajuk Persamaan Garis Lurus.

iii. Mereka bentuk perisian multimedia berasaskan Model ASSURE dalam

proses pembangunan perisian PBK.