Download - Ulum Hadis - Metode Penerimaan Hadis-
ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 2
PENGENALAN 3
PENGERTIAN 4
CARA MENERIMA DAN MERIWAYATKAN HADIS 4
AL-SIMA’ 5
AL-‘ARD WA AL QIRA’AH 8
AL-IJAZAH 9
AL-MUNAWALAH 11
AL-KITABAH 13
AL-I’LAM 14
AL-WASHIYAH 16
AL-WIJADAH 17
ISTILAH MENUNJUKKAN METODE PERIWAYATAN HADIS 19
KESIMPULAN 20
BIBLIOGRAFI 21
1
1.0.PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,
selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan
utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang
mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T
diberikan kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya
yang sentiasa mencari ilmu Allah S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat
menyiapkan kerja kursus,Pengajian Ulum al-Hadith dalam tajuk Metodeologi Penerimaan
dan Periwayatan Hadis tanpa sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan,
masa dan kesihatan. Penulis gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi
menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi
iaitu Ustaz Mujahid Bin Abdullah. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang memberi
penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam pembabitan
kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang
sentiasa memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam
melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk
berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.
Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi
insan yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis
termampu.
2
2.0.PENGENALAN
Ilmu mustalahal hadis merupakan salah satu ilmu terpenting dalam pengajian ilmu-ilmu
Islam. Selain itu ilmu mustalahah hadis juga turut dikenali sebagai ilmu ulum hadis dan usul
hadis. Dalam pengajian ilmu ini terdapat pelbagai bahagian-bahagian penting yang perlu
dititik beratkan dalam menerima dan meriwayatkan sesebuah hadis kerana setiap hadis
tersebut mempunyai tahap-tahap keutuhan masing-masing mengikut kesahihan dan
kedai’fannya. Antara peringkat dan pembahagian hadis tersebut adalah hadis sahih, hasan dan
da’if. Melalui pengajian ilmu mustalahal hadis ini dapat memudahkan seseorang individu
dalam menerima dan memilih hadis-hadis yang sepatutnya dan sewajarnya. Seperti yang kita
sedia maklum hadis merupakan rujukan kedua selepas al-Quran. Dalam penerimaan dan
periwayatan hadis, beberapa metodeologi yang perlu diambil dan dilaksanakan. Ini
menunjukkan hadis memainkan peranan penting sebagai rujukan dan panduan. Hadis
merupakan pelengkap terhadap al-Quran. Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menyuruh
untuk mematuhi hadis dan perinth Baginda Nabi Muhammad SAW diantaranya ialah Firman
Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 59 yang berbunyi :
59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.
kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Jelasnya kepada kita bahawa seseorang itu perlu untuk mematuhi perintah Rasulullah dan
hadis yang disampaikan oleh Baginda.
3.0.PENGERTIAN
3
Maksud “jalan menerima hadis” atau dalam Bahasa Arabnya “thuruq at-tahammul” ialah
cara-cara menerima hadis dan mengambilnya dari syaikh setiap daripada anak murid mereka.
Dalam pengertian lain, penuntut daripada seseorang syaikh mengambil kata-kata daripada
syaikh mereka untuk meriwayatkan hadis atau apa yang mereka dengarkan daripada syaikh
mereka. Manakala yang dimaksudkan dengan “bentuk penyampaian” atau dalam bahasa
Arabnya “shighah al-ada” pula ialah lafaz-lafaz yang digunakan oleh ahli hadis dalam
meriwayatkan dan menyampaikan hadis kepada muridnya dengan lafaz : “sami’ tu...” (aku
telah mendengar), atau “haddatsani” (telah bercerita kepadaku), atau yang semisal dengan
nya. Kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam menerima dan meriwayatkan hadis ini adalah
berbeza-beza mengikut kesesuaian dalam penggunaanya. Setiap istilah mempunyai
pengertian yang tersendiri. Ianya diguna mengikut setiap peringkat kedudukannya bagi
penggunaan dalam menyesuaikan istilah tersebut.1
4.0.CARA MENERIMA DAN MERIWATKAN HADIS
Al-Sima’.
Al-‘Ard wa al-Qira’ah.
Al-Ijazah.
Al-Munawalah.
Al-Kitabah.
Al-I’lam.
Al-Wasiyyah.
Al-Wijadah.2
5.0.AL-SIMA’
1)Pengantar Studi Ilmu Hadith, Syaikh Manna’ Al-Qaththan, Pustaka Al-Kauthar, Penerbit Buku Islam Pertama, September 2005, Jakarta Timur, Halaman 181-182.2)http://metodeologimenerimahadis.com.my
4
Metode al-Sima’ bermaksud : Guru membacakan hadis kepada muridnya dan muridnya
mendengar dari gurunya. Ini bererti seseorang murid itu mendengar setiap lafaz gurunya
dengan teliti dan penuh prihatin. Pemerhatian atau pendengaran itu baik ketika gurunya
membaca hadis itu dalam bentuk hafalannya atau membaca pada tulisan yang dicatatkan.
Mendengar daripada guru itu meliputi pendengaran secara langsung atau di sebalik tabir.
Sekiranya pendengaran itu di sebalik tabir, syaratnya perawi itu mesti yakin bahawa suara
dan orang yang memperkatakan tentang hadis itu adalah suara gurunya. Hal ini terbukti
dimana Sahabat menerima hadis daripada isteri Nabi Muhammad SAW seperti Aisyah. Hal
ini juga berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 53 yang berbunyi :
53. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu
makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri
jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput
maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka
hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-
bual.3
Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu
(hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan
kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi
maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati
kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak
boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya
Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.3)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 161-162.
5
Kaedah al-Sima’ ini merupakan teknik yang paling baik dalam peringkat kaedah menerima
hadis dan ia pernah dilalui oleh para Sahabat, di mana mereka hadir bersama dalam majlis
Nabi SAW mendengar apa yang Baginda perkatakan dan menghafalnya segera. Andainya
teknik ini diberi keutamaan, maka sesuatu hadis itu akan terpelihara daripada lupa dan timbil
perselisihan.4
5.1.KAEDAH DAN METODE AL-SIMA’
Pengucapan lisan.
Pembacaan dari kitab.
Soal jawab.
Imla’.5
5.1.1.PENGUCAPAN LISAN
Amalan ini mula berkurangan pada pertengahan akhir kurun kedua Hijrah. Murid-murid
menyertai dan bersama dengan guru mereka dalam jangka masa yang panjang, hingga
mereka dipercayai mempunyai autoriti terhadap hadis-hadis riwayat guru mereka.6
5.2.2.PEMBACAAN DARIPADA KITAB
Sememangnya majoriti guru lebih suka membaca hadis daripada kitabnya sendiri. Terdapat
juga pembacaan berlaku dengan guru membaca kitab tulisan muridnya atau catatan muridnya
sama ada ia dalam bentuk salinan atau pilihan daripada kitabnya sendiri.
4)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 162.5)http://www.kaedahsima’.com.my6)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 162.
6
5.2.3.SOAL JAWAB
Dalam kaedah dan ciri ini murid-murid selalu membaca sebahagian daripada hadis dan guru
membaca dengan sepenuhnya.7
5.2.4.IMLA’
Nabi Muhammad SAW sering mengadakan majlis imla’ hadis. Namun begitu Sahabat jarang
melakukannya. Imla’ ialah guru membacakan kepada pelajar untuk menyalin atau
menulisnya. Metode ini tidak digalakkan pada awal Islam, kerana dengan berlangsungnya
metode ini pelajar boleh mengumpulkan pengetahuan yang banyak dalam masa yang singkat
tanpa usaha yang banyak. Al-Zuhri dikatakan orang pertama yang mengamalkan metode ini
yang berlangsung pada akhir abad pertama Hijrah hingga akhir hayat beliau. Berbanding
metode lain, metode ini paling jarang digunakan. Namun selepas al-Zuhri mengamalkannya,
metode imla’ ini menjadi kebiasaan digunakan dengan menyeluruh pada abad kedua Hijrah
dan selepasnya. Lafaz yang digunakan oleh perawi dalam meriwayatkan hadis yang diterima
mengikut teknik dan kaedah al-Sima’ ialah :
Seseorang telah menceritakan kepadaku.
Seseorang telah mengkhabarkan kepadaku.
Aku melihat.8
5.3.LAFAZ PENYAMPAIAN HADIS
Lafaz-lafaz penyampain hadis melalui metode ini adalah dengan cara : “aku telah mendengar
dan telah menceritakan kepadaku”. Jika perawinya banyak : “kami telah mendengar dan
telah menceritakan kepada kami”. Ini menunjukkan bahawa seseorang tersebut mendengar
daripada gurunya bersama yang lain. Selain itu lafaz yang turut digunakan juga ialah : “telah
7)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 163.8)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 163-164.
7
berkata kepadaku”, lebih tepat untuk mendengarkan dalam mudzakarah pelajaran, bukan
untuk mendengarkan hadis.9
6.0.AL-‘ARD WA AL-QIRA’AH
Dikalangan Ahli Hadis, kaedah al-‘Ard dikenali juga sebagai metode : al-Qira’ah atau ‘Ard
al-Qira’ah iaitu : Bentang dan baca. Metode dan kaedah ini merupakan teknik yang biasa dan
kerap dilakukan, ia sudah digunakan sejak awal abab kedua Hijrah. Melalui kaedah ini, murid
akan membaca dan menghafal mana-mana hadis yang diterima atau dicatat dalam buku
kepada gurunya. Manakala guru pula mendengar dengan teliti apa yang dibaca oleh muridnya
itu. Melalui metode ini, mana-mana pelajar yang hadir sama ada mereka terlupa atau
tertinggal mana-mana catatan hadis, bolehlah mereka menambahnya atau mengulanginya
atau membetulkan hafalan dan catatan dalam kitab masing-masing. Jumhur ulama’ Hadis
mengharuskan kaedah membacakan hadis dihadapan guru ini.10
6.1.PERINGKAT AL-‘ARD WA AL-QIRA’AH
Setiap metode yang digunakan mempunyai tahap dan peringkat masing-masing. Antara
metode al-Sima’ dan al-‘Ard wa al-Qira’ah, al-‘Ard wa al-Qira’ah adalah lebih rendah
daripada al-Sima’.11
6.2.BENTUK LAFAZ AL-‘ARD WA AL-QIRA’AH
Ketika menyampaikan hadis atau riwayat yang dibaca oleh si perawi adalah menggunakan
lafaz berikut : “aku telah membaca kepada si fulan”, atau “telah dibacakan kepadanya dan
aku mendengar orang membaca lalu ia menyetujuinya”. Lafaz al-Sima’ berikutnya adalah
yang terikat dengan lafaz Qira’ah seperti : haddatsana qiroatan alaihi (ia menyampaikan
kepada kami melalui orang padanya). Namun yang umum menurut para ahli hadis adalah
dengan menggunakan lafaz “akhbarana” saja tanpa tambahan yang lain.12
9)http://www.kaedahsima’.com.my10)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 164.11)Pengantar Studi Ilmu Hadith, Syaikh Manna’ Al-Qaththan, Pustaka Al-Kauthar, Penerbit Buku Islam Pertama, Sepetember 2005, Jakarta Timur, Halaman 182.12)http://www.al’ardwaalqira’ah.com.my
8
7.0.AL-IJAZAH
Ijazah mengikut pengertian bahasa bermaksud membenarkan atau mengizinkan. Manakala
mengikut pengertian istilah ianya membawa maksud memberi kebenaran kepada seseorang
untuk meriwayatkan sesebuah hadis atau sesebuah kitab bersandarkan kepada seseorang
ulama’ tertentu yang memberikan kebenaran tersebut tanpa membacakan kitab itu di
hadapannya. Menurut pengertian istilah juga, ia boleh diertikan sebagai membenarkan
seseorang atau kumpulan tertentu untuk meriwayatkan hadis yang diambil daripada gurunya
dengan izin, sama ada dalam bentuk kitab atau hafalan. Ijazah ini terdapat dalam berbagai
jenis. Sehingga abad ketiga Hijrah sukar untuk menemui tanda-tanda berlangsungnya metode
ijazah tersebut, namun kesimpulannya metode ini berlaku dengan meluasnya. Antara tujuan
utama metode ijazah ini ialah :
Untuk mengawal kandungan teks hadis.
Mengelakkan daripada sebarang perubahan terhadap teks atau matan hadis dan ia
berterusan secara betul dan sahih.
Sebagai contohnya metode ijazah ialah, Asrar membenarkan Aban meriwayatkan hadis-hadis
daripada Sahih Muslim dengan bersandarkan kepada Asrar. Untuk itu Aban seharusnya
mendapatkan satu salinan atau satu naskah Sahih Muslim yang mengandungi surat akuan
bacaan yang tercatat nama Asrar pada surat akuan tersebut.13
Metode penyampaian dan periwayatan hadis cara ijazah ini diharuskan menurut jumhur
ulama’, tetapi dengan syarat gurunya sendiri yang menentukan muridnya yang layak
menerima ijazahnya dalam membenarkan meriwayat hadis tersebut.14
7.1.BAHAGIAN-BAHAGIAN IJAZAH
Terdapat beberapa bahagian yang terkandung di dalam metode ijazah. Diantaranya ialah :
13)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 164-165.14)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 164-165.
9
1. Syaikh memberi keizinan kepada orang tertentu untuk riwayat yang tertentu seperti
dia mengatakan: Saya memberi ijazah kepada anda meriwayatkan Sahih al-Bukhari.
Kategori ini adalah bahagian ijazah tanpa munawalah yang paling tinggi.
2. Syaikh memberi ijazah kepada orang tertentu untuk menerima riwayat yang tidak
tertentu seperti dia mengatakan: Saya memberi ijazah kepada anda untuk
meriwayatkan hadis-hadis yang saya dengar.
3. Memberi ijazah kepada orang yang tidak tertentu dengan riwayat yang tidak tertentu
seperti saya memberi ijazah kepada orang-orang di zaman saya untuk meriwayatkan
hadis-hadis yang saya dengar.
4. Memberi ijazah kepada orang yang tidak diketahui atau riwayat yang tidak diketahui
seperti saya memberi ijazah kepada anda untuk meriwayatkan kitab sunan, sedangkan
dia meriwayatkan beberapa kitab sunan atau saya memberi ijazah kepada Muhammad
bin Khalid al-Dimasyqi sedangkan terdapat ramai orang yang mempunyai nama ini.
5. Memberi ijazah kepada pihak yang tidak ada sama ada sebagai ikutan kepada orang
yang ada seperti saya memberi ijazah kepada si fulan dan anak yang akan dilahirkan
atau kepada orang yang belum dilahirkan lagi secara berseorangan seperti saya
memberi ijazah kepada anak si fulan yang akan dilahirkan.15
7.2.HUKUM METODE IJAZAH
Bahagian yang pertama adalah sahih menurut pendapat majoriti ulama dan dipakai secara
berterusan serta harus meriwayatkan dengan cara ini dan beramal dengannya. Beberapa
kumpulan ulama pula menganggap cara ini tidak tepat dan ini salah satu daripada dua
pendapat yang dinukilkan daripada Imam al-Syafi’i.
15)Metode Penyampaian Dan Penerimaan Hadith Zaman Rasulullah dan Sahabat, Muhammad Bin Ismail, Angkatan Belia Islam Malaysia, Sinar Ilmu, Cetakan Pertama 1987, Halaman 187-188.
10
Sementara bahagian-bahagian ijazah yang lain, khilaf tentang keharusannya lebih ketara lagi.
Bagaimanapun, penerimaan dan periwayatan hadis dengan cara ini (ijazah) merupakan
penerimaan dengan cara yang lemah dan tidak sepatutnya bermudah dengannya.
7.3.LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN AL-IJAZAH
1. Yang sebaiknya dengan mengatakan: فالن لي si)أجاز fulan telah mengijazahkan
kepada saya).
2. Diharuskan dengan lafaz sama’ yang mempunyai ikatan seperti إجازة beliau حّد�ثنا
telah menceritakan kepada kami secara ijazah atau إجازة diaأخبرنا telah
mengkhabarkan kepada kami secara ijazah.
3. Istilah ulama muta`akhkhirin: Lafaz (menyampaikan kepada kami)أنبأنا dan ini
dipilih oleh pengarang kitab al-Wijadah.16
8.0.AL-MUNAWALAH
Metode ini bermaksud seseorang guru yang memberikan kepada pelajarnya dalam bentuk
kitab asal atau bahan salinan atau apa sahaja bentuk bahan bertulis yang mengandungi hadis
untuk diriwayatkan. Metode munawalah ini juga bermaksud menyampaikan kitab kepada
murid. Kaedah ini juga bermaksud seseorang memberikan manuskrip atau catatan tangannya
kepada seseorang murid dan memberikan autoriti untuk meriwayatkannya.17
Sebagai contohnya ialah, al-Zuhri yang dilahirkan pada tahun 51 Hijran dan meninggal dunia
pada tahun 124 Hijrah telah memberikan manuskrip-manuskripnya yang mengandungi
catatan hadis kepada beberapa orang sahaja seperti al-Thawari, al-Awza’i dan ‘Ubaidullah
Bin ‘Umar.
Kesimpulannya, walaupun metode munawalah ini tidak dilaksanakan secara meluas pada
zaman-zaman awal, namun ada pendapat mengatakan al-Zuhri pernah menggunakan metode
16)http://www.caramenerimahadis.com.my17)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 165.
11
ini pada awal Islam dengan menyerahkan catatan-catatan hadisnya kepada orang yang
dipercayainya seperti, al-Thawari, al-Awza’i, dan ‘Ubaidullah bin ‘Umar.18
8.1.BAHAGIAN-BAHAGIAN AL-MUNAWALAH
1. Munawalah dengan ijazah. Ini merupakan bentuk ijazah yang paling tinggi secara
mutlak. Gambarannya ialah guru menyerahkan kepada pelajar akan kitabnya dan
berkata kepadanya: Ini adalah riwayat saya daripada si fulan maka riwayatkanlah
daripada saya kemudian beliau memberi milik kepada pelajar itu atau
meminjamkannya untuk penyalinan.
2. Munawalah tanpa ijazah. Gambarannya ialah guru menyerahkan kitabnya kepada
pelajar dengan hanya mengucapkan ini adalah riwayat yang saya dengar.
8.2.HUKUM AL-MUNAWALAH
1. Harus meriwayatkan dengan cara munawalah berijazah dan ini merupakan peringkat
periwayatan yang lebih rendah daripada sama’ dan qira`ah ‘ala al-Syaikh.
2. Tidak harus meriwayatkan secara munwalah tanpa ada ijazah. Ini adalah pendapat
yang sahih.19
8.3.LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN AL-MUNAWALAH
1. Yang lebih baik ialah perawi berkata si fulan telah menghulurkan kepada saya atau
menghulurkan dan memberi ijazah kepada saya. Ini sekiranya munawalah itu secara
ijazah.
18)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 165.19)http://caramenerimahadis.com.my
12
2. Diharuskan dengan lafaz sama’ dan qira`ah yang disebutkan munawalah seperti حّدثنا
meriwayatkan) مناولة kepada kami secara munawalah) atau وإجازة مناولة أخبرنا
(memberitahu kepada kami secara munawalah dan ijazah).20
9.0.AL-KITABAH
Al-Kitabah mengikut pengertian bahasa membawa maksud sebagai, surat-menyurat.
Manakala mengikut sudut istilahnya ialah mempelajari dan meriwayatkan hadis melalui surat
atau kiriman. Ianya juga boleh membawa maksud sebagai seseorang guru yang menulis
sendiri atau menyuruh orang lain menulis sesebuah hadis untuk disampaikan kepada
seseorang tertentu yang berada ditempat lain atau orang yang ada di hadapannya. Al-Kitabah
juga membawa maksud sebagai penulisan hadis untuk diberikan kepada orang lain supaya
meriwayatkannya. Kaedah ini boleh disamakan dengan metode belajar melalui surat
menyurat atau gaya pos pada zaman sekarang. Metode dan kegiatan ini dilaksanakan dengan
meluas dan ia dilaksanakan semenjak zaman awal Islam lagi. Contohnya, surat-surat rasmi
daripada Khalifah al-Rasyidin yang mengandungi banyak hadis yang diriwayatkan oleh
perawinya. Konteks lain juga, ramai Sahabat Nabi Muhammad SAW dan perawi hadis
menulis hadis riwayat mereka dan mengirimkannya kepada murid atau sahabat mereka.
9.1.BAHAGIAN-BAHAGIAN AL-KITABAH
Kitabah terbahagi kepada dua:
1. Disertakan dengan ijazah seperti إليك أو لك كتبُت� ما saya memberi ijazah) أجزتك
kepada anda apa yang saya tulis untuk atau kepada anda) dan sebagainya. Riwayat
cara ini adalah shahih kerana kedudukannya sama kuat dengan munawwalah yang
disertai dengan ijazah.21
2. Kitabah tanpa disertakan dengan ijazah seperti ditulis untuk si fulan beberapa hadis
dan dikirimkan kepadanya tanpa disertakan ijazah. Pada metode ini terdapat banyak
perselisihan dalam hukum periwayatannya.22
20)http://caramenerimahadis.com.my21)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 166.22)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 166.
13
9.2.HUKUM AL-KITABAH
1. Kitabah dengan ijazah: periwayatannya adalah sah dan ia sama kuat dengan
munawalah berserta dengan ijazah.
2. Kitabah tanpa ijazah: Sekumpulan ulama menegahnya sementara yang lain
mengharuskannya. Pendapat yang sahih di sisi ulama hadis ialah harus dengan cara
ini kerana ia menunjukkan kepada makna ijazah.
9.3.ADAKAH DISYARATKAN BUKTI KEPADA KESAHIHAN TULISAN?
1. Sebahagian ulama mensyaratkan bukti kepada tulisan dengan mendakwa satu tulisan
menyerupai tulisan yang lain. Ini adalah pendapat yang lemah.
2. Sebahagian pula mengatakan memadai bagi orang yang menerima tulisan itu
mengetahui siapa penulisnya kerana tulisan seseorang berbeza dengan tulisan orang
lain. Inilah pendapat yang sahih.
9.4.LAFAZ-LAFAZ PERIWAYATAN AL-KITABAH
1. Dengan menjelaskan sebutan kitabah, seperti kata-kata: فالن إلي� Si fulan telah“ كتب
menulis kepada saya.
2. Menyebutkan lafaz sama’ dan qira`at dengan disertakan lafaz kitabah, seperti حّدثني
كتابة أخبرني أو si) فالن fulan menceritakan atau memberitahu saya kepada secara
penulisan).23
10.0.AL-I’LAM
Al-I’lam dari sudut bahasa membawa maksud sebagai memberi maklumat. Manakala
mengikut pengertian istilah diberikan dalam pelbagai takrif diantaranya ialah :
23)Pengantar Studi Ilmu Hadis, Syaikh Manna’ Al-Qaththan, Pustaka AL-Kauthar, Penerbit Buku Islam Utama, September 2005, Jakarta Timur, Halaman 184.
14
Guru memberitahu kepada muridnya dimana sesebuah hadis atau kitab yang
diriwayatkannya didengar atau diambil daripada orang lain tanpa memberitahu
dengan jelas mengenai ijazah atau kebenaran supaya muridnya itu meriwayatkannya
pula kepada orang lain.
Seseorang guru memberitahu kepada muridnya bahawa hadis yang diriwayatkannya
adalah riwayatnya sendiri yang diterima daripada seseorang guru dengan tidak
menyuruh muridnya meriwayatkan hadis tersebut.
Memberitahu seseorang bahawa orang yang memberitahu itu mempunyai perakuan
atau kebenaran untuk meriwayatkan sesebuah kitab tertentu dengan bersandarkan
kepada ulama’ tertentu.
Bukti atau tanda metode ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli Hadis
mengharuskan cara meriwayatkan hadis berbentuk ini dengan syarat tertentu iaitu :
Guru seorang yang thiqah.
Guru seorang yang amanah.
Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis. Sebagai
rumusannya, metode al-I’lam ini ada faedahnya iaitu, orang kedua menerima hadis terpaksa
mencari naskah asal yang mengandungi surat akuan dan nama orang yang memberi akuan
dan kebenaran itu.24
10.1.HUKUM PERIWAYATAN AL-I’LAM
Ulama berbeza pendapat tentang metode ini:
1. Harus: ini pendapat kebanyakan ulama hadis, fuqaha` dan ulama usul.
2. Tidak harus: Ini pendapat ramai dari kalangan ulama hadis dan lain-lain. Inilah yang
sahih kerana sheikh memberitahu bahawa hadis itu adalah apa yang diriwayatkannya
24)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 167.
15
tetapi tidak harus meriwayatkannya kerana terdapat kecacatan padanya. Namun,
sekiranya sheikh memberi ijazah untuk meriwayatkannya maka hukumnya harus.
10.2.LAFAZ PENYAMPAIAN AL-I’LAM
Ketika meriwayat dari cara ini, perawi akan berkata bahawa : بكذا شيخي guru saya) أعلمني
telah memberitahu kepada saya).25
11.0.AL-WASIYAH
Terdapat beberapa pengertian terhadap metode ini diantaranya ialah :
Memberi kepercayaan atau menyerahkan sesebuah kitab hadis kepada seseorang
supaya dia boleh meriwayatkan hadis-hadis di dalamnya dengan bersandarkan kepada
orang yang memberikan kepercayaan untuk mempergunakan kitab tersebut. Sebagai
contohnya, Abu Qilabah Abdullah bin Ziyad telah mengamanahkan kitab-kitabnya
kepada Ayyub al-Sukhtiyani.
Seseorang guru yang mengamanahkan kitab atau tulisannya yang mengandungi hadis
kepada seseorang supaya diriwayatkan.
Seseorang guru yang mewasiatkan atau mengamanahkan kitabnya yang mengandungi
hadis yang mana hadis tersebut ia meriwayatkannya daripada orang tertentu sama ada
wasiat tersebut sebelum ia meninggal dunia atau sebelum musafir sebelum
diriwayatkan.26
Menurut pendapat Ahli Hadis, metode wasiat ini adalah metode yang paling lemah dalam
menerima hadis berbanding dengan metode-metode yang lain. Malahan sesetengah ulama’
lain tidak mengharuskan metode ini.
11.1.HUKUM PERIWAYATAN DENGAN CARA WASIAT
1. Harus: Ini pendapat sebahagian salaf, bagaimanapun ini tidak tepat kerana sheikh itu
mewasiatkan kitab bukan mewasiatkan supaya meriwayatkannya. 25)Metodeologi Penyampaian Dan Penerimaan Hadis Zaman Rasulullah dan Sahabat, Muhammad Bin Ismail, Angkatan Belia Islam Malaysia, Sinar Ilmu, Cetakan Pertama 1987, Kuala Lumpur, Halaman 190.26)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 167-168.
16
2. Tidak harus, inilah yang betul.
11.2.LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN AL-WASIYAH
Ketika menyampaikan riwayat dengan wasiat ini perawi atau guru akan mengatakan :
وصية فالن حّدثني أو بكذا فالن إلي� أوصى
“Si fulan mewasiatkan kepada saya dengan sekian sekian atau si fulan telah menceritakan
kepada saya secara wasiat”.27
12.0.AL-WIJADAH
Maksud metode ini ialah :
Mendapatkan kitab seseorang tanpa kebenarannya untuk meriwayatkan hadis-hadis di
dalamnya dengan bersandarkan kepada seseorang.
Seseorang yang mengambil hadis daripada kitab-kitab tertentu tanpa mendengar,
tanpa ijazah dan mengambilnya untuk diriwayatkan hadis tersebut.
Seseorang yang memperolehi tulisan hadis daripada orang lain yang tidak
diriwayatkannya, sama ada dalam bentuk lafaz, al-Sima’, al-Qira’ah dan lain-lain
metode daripada pemilik hadis atau pemilik tulisan tersebut.28
Pada metode ini berlaku khilaf antara ulama’ iaitu :
1. Imam Malik berpendapat ianya tidak diharuskan.
2. Imam al-Syafi’i mengharuskan dengan syarat seseorang itu perlu menyebut
secara terang dan jelas di mana maklumat yang diriwayatkannya itu diambil
daripada kitab seseorang yang tertentu.29
27)http://www.metodeologimenerimahadis.com.my28)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 168-169.29)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 169.
17
12.1.BENTUK AL-WIJADAH
Pelajar mendapati beberapa hadis dengan tulisan sheikh yang meriwayatkan hadis-
hadis tersebut dan dia mengenali sheikh itu. Tetapi pelajar itu tidak mendengar hadis
daripada sheikh dan tidak juga mendapat ijazah.
12.2.HUKUM PERIWAYATAN AL-WIJADAH
Periwayatan secara wijadah adalah termasuk dalam hadis munqati’ tetapi dari satu
segi ia adalah secara bersambung-sambung.
12.3.LAFAZ-LAFAZ PENYAMPAIAN AL-WIJADAH
Orang yang menemui hadis itu berkata: كذا فالن بخط قرأت أو فالن بخط وجّدت
(saya mendapati tulisan si fulan atau saya membaca tulisan si fulan”, kemudian dia
menyebutkan sanad dan matan.30
13.0.ISTILAH MENUNJUKKAN METODE PERIWAYATAN HADIS
Terdapat istilah atau lafaz atau simbol kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis dalam
menerangkan metode penerimaan hadis riwayatnya atau erti kata lain bagaiman dia
memperolehi riwayatnya. Biasanya istilah atau simbol atau kependekan ini digunakan untuk
meringkaskan masa, ruang dan senarai periwayat hadis. Antara istilah, symbol atau
kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis ialah :
30)Pengantar Studi Ilmu Hadith, Syaikh Manna’ Al-Qaththan, Pustaka Al-Kauthar, Penerbit Buku Islam Utama, September 2005, Jakarta Timur, Halaman 193.
18
Haddathana. Kebanyakannya ditulis dengan “thana” atau “na” sahaja. Perkataan
“haddathana” sering digunakan untuk menerangkan metode al-Sima’. Iaitu kaedah
atau metode guru membacakan hadis kepada muridnya.
Akhbarana. Kebanyakan ditulis na sahaja. Kadangt-kadang ia ditulis juga dengan
arana. Perkataan akhbarana sering digunakan untuk menerangkan metode ‘Arad atau
al-Qira’ah. Iaitu murid membacakan hadis kepada guru.
Anba’ana. Perkataan ini sering digunakan dalam metode Ijazah dan Munawalah.
Sami’a. ianya hanya digunakan dalm metode al-Sima’ sahaja.
‘An. Ianya digunakan dalam kesemua jenis metode yang telah disebutkan iaitu dalam
al-Sima’, al-‘Ard wa al-Qira’ah, al-Ijazah, al-Munawalah, al-Kitabah, al-I’lam, al-
Wasiyyah dan al-Wijadah.
Daripada lima istilah yang telah dinyatakan diatas, kelima-lima istilah tersebut tidak sama
tarafnya. Kedudukannya adalah sebagaimana berikut :
Perkataan hadathana atau hadhathani dan akhbarana atau akhbarani adalah paling
tinggi kedudukannya.
Perkataan ‘an adalah merupakan yang paling rendah tarafnya.
Istilah-istilah yang diguna pakai ini tidak boleh diubah sama sekali ketika menyalin hadis.31
14.0.KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap individu itu terutamanya yang beragama Islam haruslah melaksanakan
dan mematuhi perintah Rasulullah kerana ianya adalah untuk menjaga kemaslahatan umum
dan menjaga kesejahteraan dalam kehidupan setiap individu. Setiap apa yang dibawa oleh
Rasulullah tersebut merupakan syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT melalui Baginda itu
sendiri. Allah SWT juga telah berfirman dalam surah al-‘Imran ayat 32 yang berbunyi :
31)Pengantar Ulum Hadith Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka Salam, Prospecta Salam SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya, Halaman 169-170.
19
32. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu,
jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-
orang Yang kafir.
Selain itu, Allah SWT juga turut berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 80 yang berbunyi :
80. sesiapa Yang taat kepada Rasulullah, maka Sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;
dan sesiapa Yang berpaling ingkar, maka (janganlah Engkau berdukacita Wahai
Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara
mereka dari melakukan kesalahan).
Melalui kedua-dua firman Allah SWT tersebut, setiap individu diwajibkan untuk mematuhi
perintah Nabi Muhammad SAW secara tidak langsung mematuhi hadis dan sunnah Baginda
kerana ketetapan yang dibawanya itu adalah datang daripada Allah SWT. Maksud nya tidak
ada penolakan lagi terhadap ilmu hadis kecuali hadis-hadis yang mardud dan palsu. Beramal
dengan hadis maqbul adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam.
15.0.BIBLIOGRAFI
1. Pengantar Ulum Hadis Edisi Kedua, Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pustaka
Salam, Prospecta Printers SDN.BHD., Julai 2005, Petaling Jaya.
2. Pengantar Studi Ilmu Hadis, Syaikh Manna’ Al-Qaththan, Pustaka Al-
Kauthar, Penerbit Buku Islam Pertama, September 2005, Jakarta Timur.
3. Metode Penyampaian Dan Penerimaan Hadis Zaman Rasulullah dan Sahabat,
Muhammad Bin Ismail, Angkatan Belia Islam Malaysia, Sinar Ilmu, Cetakan
Pertama 1987, Kuala Lumpur.
20
4. http://www.metodeologimenerimahadis.com.my
5. http://www.kaedahsima’.com.my
6. http://www.al’ardwaalqira’ah.com.my
7. http://www.caramenerimahadis.com.my
21