penyerahan bendera kontinjen upm ke karnival … · penyerahan bendera kontinjen upm ke karnival...

2
PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UPM KE KARNIVAL SUKAN MASUM 2017 Majlis Penyerahan Bendera Konnjen UPM ke Karnival Sukan MASUM 2017 telah diadakan pada 6 Julai 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dan Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universi Putra Malaysia. Bendera konnjen UPM telah diserahkan kepada Ketua Konnjen UPM ke Karnival Sukan MASUM 2017 iaitu YBrs. Dr. Hanafiah Ayub, Ketua Pusat Sukan UPM. Majlis tersebut dihadiri oleh semua pasukan yang bertanding dalam fasa 1 kejohanan Kanival MASUM 2017. NAIKTARAF KEMUDAHAN SUKAN BAGI KESELESAAN ATLET Pusat Sukan UPM telah mengambil inisiaf menaiktaraf bilik dan peralatan lahan untuk kegunaan para atlet dan staf UPM. Bilik kecergasan ini terletak di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM yang menempatkan peralatan untuk akvi-akvi lahan kardiovaskular dan juga kekuatan fizikal. Bilik kecergasan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dan Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM. UPM JUARA KESELURUHAN KARNIVAL SUKAN MASUM 2017 CHEONG JUN HOONG JUARA DUNIA Konnjen Universi Putra Malaysia (UPM) menutup rai Karnival Sukan MASUM 2017 dengan pencapaian cemerlang melalui pungutan 55 pingat emas, 27 perak dan 26 gangsa, seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2017. UPM unggul sebagai johan diiku Universi Teknologi Mara (UiTM) di tempat kedua dengan 27 emas, 32 perak dan 22 gangsa manakala Universi Sains Malaysia (USM) di tangga kega dengan 18 emas, 23 perak dan 19 gangsa. Kejohanan Karnival Sukan MASUM 2017 melibatkan persaingan di kalangan 20 IPTA di Malaysia. Kejohanan ini telah berlangsung di Universi Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 8-21 Julai 2017. Konnjen UPM telah menghantar seramai 270 orang atlet yang menyertai 16 acara sukan yang dipertandingkan. EDISI JULAI/OGOS 2017 Jawatankuasa Info Sukan UPM Penasihat: Zaharah Hj Abdullah Ketua Editor: Muhammad Al Amin Mustaa Editor: Nurul Wahida Laf Website: www.i-sukan.upm.edu.my Facebook: Pusat Sukan UPM No. Tel: 03-8946 4289 Cheong Jun Hoong merupakan nama besar dalam arena Terjun di peringkat kebangsaan dan dunia. Pada Kejohanan Akuak Dunia 2017 yang berlangsung di Budapest, Hungary, Cheong Jun Hoong telah melakar kejayaan gemilang buat negara apabila muncul sebagai juara dalam acara 10 meter plaorm. Kejayaan menggondol pingat emas itu adalah yang pertama buat negara sepanjang penyertaan atlet dalam Kejohanan Akuak Dunia. Cheong Jun Hoong memenangi pingat emas itu selepas meraih 397.50 mata, setelah menumpaskan Si Yajie (396.00) dan juara Olimpik 2016, Ren Qian yang sekadar berpuas ha meraih pingat gangsa (391.95 mata). Profil Atlet Nama atlet: Cheong Jun Hoong Tempat Lahir: Ipoh, Perak Tarikh lahir: 16/04/1990 Umur: 27 tahun Sukan: Terjun Fakul: Fakul Bahasa Moden & Komunikasi Program: Bacelor Komunikasi

Upload: phungkhuong

Post on 03-Jul-2019

268 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UPM KE KARNIVAL … · PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UPM KE KARNIVAL SUKAN MASUM 2017 Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPM ke Karnival Sukan MASUM 2017

PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UPM KE KARNIVAL SUKAN MASUM 2017Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPM ke Karnival Sukan MASUM 2017 telah diadakan pada 6 Julai 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Bendera kontinjen UPM telah diserahkan kepada Ketua Kontinjen UPM ke Karnival Sukan MASUM 2017 iaitu YBrs. Dr. Hanafiah Ayub, Ketua Pusat Sukan UPM. Majlis tersebut dihadiri oleh semua pasukan yang bertanding dalam fasa 1 kejohanan Kanival MASUM 2017.

NAIKTARAF KEMUDAHAN SUKAN BAGI KESELESAAN ATLETPusat Sukan UPM telah mengambil inisiatif menaiktaraf bilik dan peralatan latihan untuk kegunaan para atlet dan staf UPM. Bilik kecergasan ini terletak di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM yang menempatkan peralatan untuk aktiviti-aktiviti latihan kardiovaskular dan juga kekuatan fizikal. Bilik kecergasan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM.

UPM JUARA KESELURUHANKARNIVAL SUKAN MASUM 2017CHEONG JUN HOONG JUARA DUNIA

Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) menutup tirai Karnival Sukan MASUM 2017 dengan pencapaian cemerlang melalui pungutan 55 pingat emas, 27 perak dan 26 gangsa, seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2017. UPM unggul sebagai johan diikuti Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tempat kedua dengan 27 emas, 32 perak dan 22 gangsa manakala Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ketiga dengan 18 emas, 23 perak dan 19 gangsa. Kejohanan Karnival Sukan MASUM 2017 melibatkan persaingan di kalangan 20 IPTA di Malaysia. Kejohanan ini telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 8-21 Julai 2017. Kontinjen UPM telah menghantar seramai 270 orang atlet yang menyertai 16 acara sukan yang dipertandingkan.

EDISI JULAI/OGOS 2017

JawatankuasaInfo Sukan UPM

Penasihat:Zaharah Hj Abdullah

Ketua Editor:Muhammad Al Amin Mustafha

Editor:Nurul Wahida Latif

Website:www.i-sukan.upm.edu.my

Facebook:Pusat Sukan UPM

No. Tel:03-8946 4289

Cheong Jun Hoong merupakan nama besar dalam arena Terjun di peringkat kebangsaan dan dunia. Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 yang berlangsung di Budapest, Hungary, Cheong Jun Hoong telah melakar kejayaan gemilang buat negara apabila muncul sebagai juara dalam acara 10 meter platform. Kejayaan menggondol pingat emas itu adalah yang pertama buat negara sepanjang penyertaan atlet dalam Kejohanan Akuatik Dunia. Cheong Jun Hoong memenangi pingat emas itu selepas meraih 397.50 mata, setelah menumpaskan Si Yajie (396.00) dan juara Olimpik 2016, Ren Qian yang sekadar berpuas hati meraih pingat gangsa (391.95 mata).

Profil AtletNama atlet: Cheong Jun HoongTempat Lahir: Ipoh, PerakTarikh lahir: 16/04/1990Umur: 27 tahunSukan: TerjunFakulti: Fakulti Bahasa Moden & KomunikasiProgram: Bacelor Komunikasi

Page 2: PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UPM KE KARNIVAL … · PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UPM KE KARNIVAL SUKAN MASUM 2017 Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPM ke Karnival Sukan MASUM 2017

Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM 2017)

KEJOHANAN SUKAN KOLEJ UPM SESI 2017/2018

ATLET UPM BAWA NAMA NEGARA DI KEJOHANAN SUKAN ANTARABANGSA

Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam (SUKUM) 2017 telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 27 Julai hingga 5 Ogos 2017 yang lalu. Kontinjen UPM telah menghantar sebanyak 13 pasukan untuk memberi saingan pada edisi 2017 ini. Pasukan UPM telah mengumpul 6 pingat Perak dan 11 pingat Gangsa pada kejohanan kali ini. Selain itu, Kejohanan Golf Universiti Awam juga turut diadakan pada tahun ini. Kejohanan Golf ini telah dilangsungkan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Dalam kejohanan tersebut Pasukan Gross UPM telah menduduki tempat ketiga dan pasukan UPM telah dinobatkan sebagai pasukan ke 2 terbaik keseluruhan dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan Sukan Kolej fasa 1 sesi 2017/2018 akan bermula pada 25 September 2017. Sebanyak 20 acara sukan bakal dipertandingkan melibatkan saingan di antara 17 kolej kediaman di UPM. Berikut merupakan takwim kejohanan Sukan Kolej UPM bagi fasa 1 sesi 2017/2018.

Untuk mengetahui mengenai perkara atau program anjuran Pusat Sukan boleh likes Facebook Pusat Sukan UPM atau layari website: www.i-sukan.upm.edu.my

Pada bulan Ogos 2017, ramai pelajar UPM telah menyertai kontinjen Malaysia bagi 2 kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan Sukan Universiti Dunia, Taipei dan Sukan Sea Kuala Lumpur, 2017. Berikut merupakan statistik penglibatan atlet UPM dalam kejohanan tersebut:

Jumlah Atlet UPM: 64 orang Jumlah Atlet UPM: 10 orang