Download - Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 3
1.1 Pengenalan 3
1.2 Hoki Di Malaysia 4
1.3 Tujuan Manual Latihan 6
2.0 EMPAT KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN HOKI 7
3.0 PROSEDUR/ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS YANG DICADANGKAN.30
4.0 BERIKAN JUSTIFIKASI PEMILIHAN LATIHAN 39
5.0 PERALATAN PERMAINAN HOKI 40
6.0 ORGANISASI PENGAJARAN DAN KEJURULATIHAN HOKI 45
7.0 PERATURAN – PERATURAN PERMAINAN HOKI 46
8.0 PRINSIP- PRINSIP LATIHAN DALAM SUKAN HOKI 49
9.0 RUMUSAN 60
RUJUKAN 61
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan hoki atau hockey
berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola
yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi.
Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M.
lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila
ia pertama kali diperkenalkan di England.
Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat
masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada suatu
peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik permainan digunakan.
Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah.
Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para
pemainnya. Akhirnya pihak atasan Britain terus mengharamkannya.
Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak negara
dunia. Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan masa yang lama,
namun ia mendatangkan manafaat kepada permainan ini kemudiannya. Dengan adanya undang-
undang dan peraturan ini, maka dapatlah permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan
mudahlah lagi bagi mereka yang mahu mempelajarinya. Dahulunya, permainan hoki dikenali
dengan berbagai-bagai nama atau panggilan. Contohnya di Wales ia dikenali dengan banty atau
bandy.Perkataan hockey pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu hoquet. Adalah difahamkan,
iaitu nama ini telah diinggeriskan menjadi hockey ( hoki ).
Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era baru kepada
permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum perempuan pun turut
bermain. Pasukan hokipertama ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab
Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini
menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861.
2
Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain ialah cara
bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad, dan mengenkan hukuman
kepada pemain yang melakukan kesalahan. Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah
digubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun
kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan
kemas untuk permainanini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini
merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan ini tersebar
ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.
1.2 Hoki Di Malaysia
Permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang
bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik
minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum
dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama
kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.
Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempapatan.
Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini
hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang dimin ati di negara kita.Semua peringkat umur
bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan
penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri.
Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan
pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India
baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong
pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu,
pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan
kita memenanagi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao
pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan.
Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka.
3
Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala
Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu
(MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH
telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang
kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.
Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik
Kebangsaan.
Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham
Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala
sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak.
Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan. Perlantikan Tun
Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada
MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini
terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini
Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil
pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan
perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan
perlawanan persahabatan dengan pasukan kita. Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi
hoki di negara kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam
Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12
pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Piala
Dunia. Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita
menduduki tempat ke empat manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di
belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam
Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita.
4
1.3 Tujuan Manual Latihan
Manual latihan ini adalah bertujuan:-
a. Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik
secara berterusan.
b. Mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi dan
berobjektif.
c. Menjadi satu paduan kepada jurulatih mengendalikan satu sistem latihan yang
bersistematik.
d. Melahirkan pemain yang bersikap positif dan melahirkan pemain yang berbakat.
1.4 Objektif Manual Latihan
Manual latihan ini pada keseluruhannya memuatkan contoh-contoh sukatan latihan,
rancangan latihan, gerak kerja serta latih tubi yang bersesuaian. Ia dibuat untuk jurulatih-
jurulatih menjalani satu sessi pengajaran permainan hoki ke atas kumpulan pelajar. Secara am,
manual latihan ini menrangkumi konsep dan sistem latihan, cara pengelolaan yang bersesuaian
dengan tahap pencapaian pemain. Dari segi kejurulatihan, manual ini diharapkan :-
a. Dapat membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan yang
diperolehi dalam menjalankan latihan berdasarkan sukatan yang diberi.
b. Dapat memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan dengan lebih berkesan.
5
2.0 EMPAT KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN HOKI
Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran
yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar
pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar. Hoki juga satu permainan
fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan,
strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu
dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual. Antara
kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul,
menolak, dan menerima atau menahan bola.
2.1 Kemahiran menggelecek
Kemahiran asas pertama yang harus dipelajari adalah kemahiran menggelecek. Menggelecek
adalah cara mengawal bola semasa ia bergerak. Ia adalah kemahiran yang digunakan untuk
melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pemain lawan. Selain itu kegunaan
menggelecek adalah untuk mengekalkan pemilikan bola, persediaan untuk menghantar dan
menjaringkan gol, mencari ruang dan menukar arah serta menlengahkan masa.
2.1.1 Cara-cara menggelecek
1. Menggelecek longgar
Kemahiran menggelecek ini digunakan
apabila pemain hendak menggerakkan bola
dengan cepat dengan tujuan melepaskan diri
dengan bola daripada pemain lawan atau
berlari dengan bola ke arah gol.
Rajah 1: Menggelecek longgar
6
Butiran penting
Pegangan tangan
Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar, siku
danpergelangan tangan kiri menghadap ke depan. Tangan kanan memegang tengah kayu
hokidengan tapak tangan menghadap keluar.
Badan
Bongkokkan badan sedikit dan lutut dibengkokkan.
Mata
Mata memandang bola pada masa tolakan. Pandang ke depan dengan serta merta selepas tolakan
untuk mengkaji situasi permainan.
Bola
Bola hoki harus berada di sebelah kanan dan di depan kaki kanan. Bola tidak harus terlalu jauh
sehingga tidak dapat dikawal atau terlalu dekat sehingga menghalang pergerakan atau
menghadkan penglihatan. Bola digerakkan ke hadapan dengan ketukan dilakukan oleh tangan
kanan.Kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 45 darjah ke tanah.
• Aktiviti Ansur Maju
a. Pemain berjalan biasa tanpa bola sambil mengelecek dengan menggunakan kayu hoki dalam garisan yang lurus.
A
B
7
b. Secara individu pemain berjalan secara biasa sambil menggelecek bola dengan kayu hoki, diikuti dengan berlari perlahan-lahan.
A
B
c. Menggelecek melalui halangan sebaris.
A
d. Dalam kumpulan empat pemain sepasukan, dua pemain dari setiap kumpulan berdiri di hujung kawasan bermain.
A3 A1 A2 A4 B3 B1 B2 B4 Pemain pertama daripada setiap kumpulan ( A1 ,B1) menggelecek bola hoki kepada pemain kedua dalam pasukannya ( A2, B2). Pemain kedua kemudian menggelecek bola hoki kepada pemain ketiga ( A3, B3) dan pemain ketiga menggelecek kepada pemain keempat ( A4,B4)
e. Dalam kumpulan empat pemain sepasukan juga , setiap pemain menggelecek dan berhenti sebentar di tengah kawasan, kemudian terus menggelecek sehingga sampai ke pemain lain dalam pasukannya.
8
X X X
A3 A1 berhenti A2 A4
B3 B1 berhenti B2 B4
f. Pemain berbaris dalam pasukan masing-masing. Setiap pemain menggelecek bola hoki ke skitel dan berpusing balik ke tempat asalnya.
A4 A3 A2 A1 ∆
B4 B3 B2 B1 ∆
g. Pemain menggelecek dalam satu kawasan yang ditetapkan. Apabila diisyaratkan, pemain tersebut akan meninggalkan bola dan mara ke hadapan untuk menggelecek bola lain yang ditinggalkan oleh rakan.
2. Menggelecek rapat.
9
Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak
mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabila pemain itu
tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermain
sama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada
pihak lawan. Mengelecek cara ini membenarkan bola dikawal
dengan bebas dan bergerak di hadapan kayu. Kelecek bebas
ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian yang
baik tetapi menambahkan risiko bola dirampas oleh pihak
lawan. Oleh sebab itu, pemain yang baik tidak akan
membiarkan bola bergerak jauh dari kayunya dan menghadapi
risiko bola dirampas oleh pihak lawan. Rajah 2: Menggelecek rapat
Kelecek bebas juga digunakan untuk melepasi lawan yang berada dalam keadaan pegun
dengan menolak bola melalui celah dan keliling kaki lawan ke tempat lapang dan
menggunakankelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola. Kelecek bebas ini digunakan oleh
pemain ditempat lapang untuk bergerak pantas dengan bola seperti seorang penyerang bergerak
kesasaran yang lapang.
Butiran Penting
Pegangan Kayu
Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kiri
memegangkayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bola sahaja.
Bola
Bola hendaklah sentiasa berada lebih kurang 30-40 cm di luar kaki kanan. Bola hendaklah di
hadapan badan. Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akan mengganggu pergerakan dan
jika ia terlalu jauh akan menjadi susah untuk mengawalnya.
Kaki dan Badan
Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasa membawa bola.
Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau berdiri. Kaedah ini menggalakkan seseorang
pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat mengatasi kawasan
10
permainan yang lebih luas. Kayu pemain mesti menyentuh tanah supaya ia dapat melihat ke
hadapan semasa ia berlari dan menggelecek bola.
• Aktiviti Ansur Maju
a. Pemain menggelecek rapat di atas satu garisan yang lurus.
A1 A2
b. Pemain menggelecek rapat di antara pemain dalam satu pasukan iaitu : * A1 mengggelecek kepada A2 A2 mengggelecek kepada A3 A3 mengggelecek kepada A4 ( Latihan ini boleh diulang beberapa kali ) A3 A 1 A2 A4
c. Pemain menggelecek rapat di antara pemain tetapi bola diberhentikan di tengah
jalan. Pada masa yang ’ berhenti ’ pemain dan bola berhenti dengan bola berada
berhampiran kaki depan dan kayu di atas bola hoki.
A3 A1 berhenti A2 A4
d. Pemain menggelecek rapat dalam satu kawasan berbentuk bulat. Apabila
diisyaratkan, pemain meninggalkan bola dan mara ke hadapan untuk menggelecek bola
lain yang ditinggalkan oleh rakan.
11
e. Pemain menggelecek rapat di atas garisan D. Pemain menggelecek bola di
sepanjang garis D seorang demi seorang tanpa halangan.
Pemain A4
f. Pemain menggelecek rapat di antara rakan tetapi menggolekkan bola separuh
jalan, berhenti kemudian menggolekkan semula dengan mengundur dua langkah ke
belakang dan terus menggerakkan bola ke hadapan.
12
g. Pemain menggelecek rapat tetapi mengolekkan bola sesuku jalan dan berhenti,
kemudian menggerakkan bola ke kiri tiga langkah dan mengolek semula ke kedudukan
asal menggunkan reverse stick . Kemudian menggerakkan bola ke depan dan berhenti
separuh jalan. Pemain mengundur tiga langkah, menggerakkan bola ke hadapan dan
berhenti di tiga suku jalan mengulangi pergerakan seperti pergerakan sesuku jalan.
Selepas itu terus menggerakkan bola hingga sampai ke garisan penamat dan berhentikan
bola.
Separuh A3 A1 A2 A4 Suku pertama suku ketiga
3. Menggelecek cara ‘India’ ( Indian Dribble)
Kelecek cara ini adalah asas bagi semua gerakan
dengan bola dalam permainan hoki. Pemain-pemain yang
dapat menguasainya akan memperoleh kepuasan dan
berupaya bertindak cemerlang. Bagaimanapun tidak ada
gunanya seorang pemain menunjukkan kelecek 'India' yang
'cantik' sekiranya tiada pemain lawan yang berhampiran.
Rajah 3: Menggelecek Indian
Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek ‘India’ di hadapan badan dengan cara
menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan dan dengan cara silih berganti
13
memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri hendaklah sentiasa
menggerakkan kayu belakang dan ke hadapan ke atas bola. Tangan kanan membenarkan kayu
diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan ketukan untuk menukar arah
gerakan bola.
Butiran penting
Pegangan Kayu:
Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan ke luar sambil buku jari
tangan kiri pandangkan badan pemain. Tangan kanan memegang kayu di bawah sedikit. Tangan
kiri memusing kayu sambil tangan kananmembantunya sahaja. Bola ditarik ke kanan atau ke kiri
oleh kayu dengan meluncur bola.
Bola:
Bola hendaklah berada lebih kurang 30cm di hadapan kaki kanan. Ia kemudian ditolak ke kaki
kiri dan apabila bola sampai. Kayu meluncurkan bola dan tariknya balik kepada kaki kanan.
Kaki dan Badan:
Kedudukan kaki adalah kangkang dan badan dibongkokkan ke hadapan dengan bola lebih
kurang 60cm di depan. Pada awalnya gerakan bola dari kanan ke kiri adalah secara perlahan dan
kemudiannya secara pantas. Jika kaki kanan di hadapan maka bola berada di kanan dan jika kaki
kiri bergerak ke hadapan maka bola ditarik ke kiri juga. Seorang pemain harus ingat bahawa bola
mestilah di hadapannya semasa bergerak dan badan pula condong ke depan. Kayu sentiasa
berhampiran dengan bola dan ini membolehkan pemain mengawal bola pada setiap masa.
• Aktiviti Ansur Maju
14
a. Berdiri dengan kaki di kangkang seluas bahu, berlatih menggerakkan kayu hoki dari sisi ke sisi tanpa menggunakan bola.
O O tapak kaki b. Pemain berdiri dengan mengangkangkan kaki seluas bahu , berlatih menggerakkan kayu
hoki bersama bola dari sisi ke sisi. Bola digerakkan selari dengan jari-jari kaki tetapi jauh di depan badan. Melatih menarik bola berturut-turut tanpa berhenti daripada sisi ke sisi di hadapan pemain. Kemudian menggerakkan bola sambil berjalan ke hadapan.
e
O O tapak kaki
c. Berlari di atas garisan lurus sambil menggelecek bola berturut-turut daripada sisi ke sisi garisan itu. Reverse kayu hoki setiap kali membawa bola balik daripada sisi kiri.
Garisan
d. Menggelecek Indian dengan menggunakan skital. Membawa bola daripada sisi ke sisi melalui skital.
15
2.2 Kemahiran Hantaran (Pukulan)
Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara
hantaran yang kuat kerana bola itu bergerak dengan
pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah yang
boleh dicapai dengan latihan-latihan yang kekal dan ini
sentiasa perlu ditekankan. Rajah 4 : kemahiran memukul
2.2.1 Teknik melakukan kemahiran hantaran (pukulan)
1. Cara memegang kayu:
Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu sementara tangan kanan di
bawahnya. Kedua-dua ’V– yang dibuat dengan ibu jari dan jari telunjuk dari kedua-dua tangan
adalah selari. Tangan kiri ditegakkan supaya perlaksanaan lancar hayunan kayu ke belakang dan
mengikut rentek ke hadapan diadakan.
2. Cara berdiri:
Berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaan yang selesa. Letakkan bola
lebih kurang 20cm dari kaki kiri. Bahu kiri ke arah gerakan atau pukulan. Pada masa hantaran
atau pukulan dibuat, mata hendaklah memandang bola dan lutut dibengkokkan sedikit.
3. Bola:
Kedudukan bola janganlah jauh ataupun dekat sangat dengan kaki kiri. Sekirannya bola dalam
kedudukan dekat sangat dengan kaki kiri,kemungkinan pemain berkenaan memukul kakinya
sendiri. Kedudukan bola juga bergantung kepada ketinggian pemain berkenaan.
16
4. Hayunan:
Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satu garisan lurus dengan kaki kiri.
Pada masa kayu kena pada bola, muka kayu hendaklah dalam keadaan ’Vertical–supaya pukulan
tepat boleh berlaku. Gerakan tangan adalah bebas dan tidak menyentuh mana-mana bahagian
badan atau sebarang jenis halangan sama ada pada masa menghayunkan ke belakang atau
mengikut lajakan ke hadapan.
5. Badan:
Semasa kayu dihayunkan ke belakang,berat badan adalah sama rata tetapi apabila kayu
diturunkan ke bawah berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Jari-jari kaki
kanan menjadi paksi. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian seperti berikut:
a) Gerakan badan dan pemindahan keberatan badan.
b) Kekuatan badan khasnya di bahagian bahu.
c) Kepantasan menurunkan kayu.
d) Kuncikan/Tegakkan/Genggaman pergelangan tangan.
e) Memegang kayu dengan kuatnya pada masa kayu bersentuhan dengan bola.
6. Aktiviti ansur maju
a. Pemain menggunakan dua biji bola hoki. Pemain dikehendaki memukul bola pertama dengan kuat manakala bola kedua dipukul perlahan agar bola itu bergerak separuh dari bola pertama.
bola pertama ε
bola kedua ε Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk pemain merasakan pukulan kuat dan mengawal pukulan untuk jarak tertentu.
b. Pemain memukul bola di atas garisan lurus secara statik.
17
ε
Latihan ini boleh dilakukan dengan bergerak satu langkah ke hadapan dan pukul bola diikuti dengan dua atau tiga langkah. Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan persediaan dan hayunan pemain adalah lurus bagi satu pukulan atau hantaran yang tepat.
c. Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter dimana pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Pemain boleh mensasarkan pukulan ke arah yang dikehendakinya.Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak satu langkah, 2,3 langkah seterusnya.
ε
10 meter
d. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain (ketepatan diutamakan)Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan seterusnya. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya bila melakukan pukulan.
ζε
ζ
e. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 20 meter. Skitel atau kon diletakkan di tengah-tengahnya sebagai sasaran pukulan. Pemain perlu cuba menjatuhkan skitel atau kon dengan pukulan bola. Ulang aktiviti ini sehingga pukulan mengenai sasaran dengan tepat.
18
ζ Γ
ζ
f. Dua pemain berdiri bersemuka dalam jarak 20 meter. Skitel atau kon diletakkan di antara jarak 20 meter tersebut.Pemain hendaklah memukul bola
melalui skitel atau kon tersebut. Ulang aktiviti ini sehingga ketepatan diperolehi. Γ
ζ Γ ζ
g. Lima pemain membentuk satu bulatan dan seorang pemain berdiri di tengah- tengah bulatan. Pemain tengah memukul bola kepada setiap pemain dalam kumpulan dan sebaliknya. Pemain tengah hendaklah ditukar dengan pemain lain apabila semua ahli kumpulannya telah memukul bola.
ζζ
ζ ζ ζ
h. Pemain secara berpasangan di atas kawasan D. Pemain disebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang memukul bola ke dalam gol.
19
ζ ζ ζ ζ B A Latihan ini boleh dijalankan dengan menukar arah iaitu tolakan dari sebelah kiri.
Latihan berkait kemahiran memukul.
a. Letakkan bola di dalam kawasan D. Apabila isyarat ’mula diberi pemain bergerak daripada X ke B5 seberapa cepat yang boleh, memukul satu demi satu bola ke dalam gol.
b. Lima biji bola diletakkan dalam kawasan D. Bila isyarat ’mula pemain berlari daripada garisan D ke garisan 25 ela dan balik ke garisan D untuk memukul bola B1 ke dalam gol. Pemain mengulangi pergerakan ini untuk memukul bola B2 hingga seterusnya.
20
c. A berdiri di luar kawasan D, bersedia untuk memukul bola yang akan dihantar oleh B. B dengan lima biji bola akan menolak bola ke kawasan D dengan arah yang berlainan. A akan berlari ke arah bola yang dihantar oleh B dan memukul bola itu ke dalam gol. Selepas setiap pukulan, A berlari balik ke tempat permulaannya di luar kawasan D dan menunggu bola yang akan dihantar oleh B.
A Pemain yang memukul bola 2.3 Kemahiran Menyerkap/Menahan
Menyerkap bermakna manahan bola.
Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling
penting dalam permainan hoki (memiliki bola).
21
Pemain -pemain harus menguasai kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang
berlainan kerana permainan hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga astrot urf. Pasukan-
pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak
permainan. Rajah 5: Menyerkap
Terdapat beberapa cara menyerkap antaranya:-
1. Menyerkap dengan gaya dua belah kaki rapat. Pangkal kayu dicondongkan sedikit ke
depan.
2. Menyerkap dengan sebelah kaki ke depan
3. Menyerkap bola dengan mengilas kayu, biasanya bagi bola yang bergerak ke sisi kiri
pemain. Berdiri dengan mengangkangkan kaki dan tangan kiri mengawal kayu.
4. Menyerkap bola dengan meletakkan kayu selari dengan tanah. Satu gaya menyerkap bola
untuk dipukul dalam pukulan sudut dekat. Gaya ini dimainkan di atas padang tiruan.
5. Menyerkap bola di bahagian tengah kayu yang rata. Tangan kiri lurus. Semasa
merendahkan badan untuk menahan bola, buku lima tangan kiri rehat di atas padang
2.3.1 Teknik melakukan kemahiran menyerkap/menahan bola
1. Cara Memegang Kayu:
Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan di bawah sedikit. Tangan
kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan tangan kiri.
2. Cara Berdiri:
Kedudukan kaki adalah kangkang dan lutut bengkok sedikit. Muka kayu yang rata adalah selari
dengan bola yang datang. Badan adalah bongkok sedikit agar individu itu sentiasa berada dalam
keadaan selesa. Keseluruhan anggota pemain hendaklah berada di belakang kayu yang condong
ke hadapan sedikit untuk mengelakkan lantunan bola ke atas.
3. Badan
Badan,kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan arah datangnya bola.Kadangkala
satu langkah ke hadapan diperlukan untuk menyerkap bola. Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah
kepentingannya juga untuk menyerkap bola yang datang dari kedua-dua arah itu.Semua pemain
mestilah meletakkan badan mereka dalam kedudukan yang diperlukan dengan keberatan badan
22
sentiasa berpindah dari kiri ke kanan. Pada masa bola bersentuhan dengan kayu, tangan kiri
ditegakkan sementara tangan kanan dibengkokkan sedikit. Pemain-pemain dilarang
membuangkan kayu ke arah bola. Mereka mesti menerima bola dari beberapa ara h khasnya dari
belakang, dari pemain pertahanan, kiri dan kanan.
4. Aktiviti ansur maju
a. A akan menolak bola kepada B untuk menyerkap. Kemudian B akan menolak bola kepada A pula untuk menyerkap.Ulang aktiviti ini beberapa kali.
A B
ζ ζ
b. A meleretkan bola kepada B untuk menyerkapnya di hadapan, kanan dan kiri. B akan menolaknya pula kepada A untuk menyerkap.Kemudian B pula akan menolak bola kepada A ke hadapan,kanan dan kiri untuk menyerkapnya.
B
ζ
ζ A
c. A menolak bola jauh kepada B dan kemudian akan menyerkapnya di B1.
B pula akan menolak jauh untuk diserkap oleh A di A1.
Ulang aktiviti ini beberapa kali.
B B1
23
ζ
ζ
A A1
a. A akan menolak bola dan B akan menyerkap bola tersebut. B pula menolak kepada C untuk menyerkapnya. C menolaknya pula kepada A. Ulang aktiviti ini dan kemudian tukar arah.
C
ζ
ζ
ζ
A B b. A akan menolak bola kepada X. X perlu menerima bola yang ditolak, pusing dan hantar kepada B. X akan berlari dan menerima bola dari B dan
menolaknya pula kepada C. C pula menolak bola kepada X di tempat X1. Kemudian menolak semula kepada A .Tukar pemain setiap 2 pusingan.
A B C
ζ ζ ζ
24
ζ
X
X1
2.4 Kemahiran Menolak
Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihak lawan terutamanya
untuk “clearance” dan jaringan gol. Kelebihan kemahiran ini dapat melindungi niat pemain
kerana pihak lawan sukar menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam
kemahiran menolak:Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan
memegang tengah kayu dengan kuat. Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki
dibuka seluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikan kepala selari dengan
kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa
menolak bola.
Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada di belakang dan menyentuh bola.
Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.
2.4.1 Teknik melakukan kemahiran menolak
1. Cara Memegang Kayu:
Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas, sementara kedudukan tangan kanan ialah 15-30 cm
di bawah tangan kiri. Kayu dipegang kuat untuk melaksanakan kemahiran ini.
2. Cara Berdiri:
Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau target. Kedudukan kaki adalah selesa
untuk memberi keseimbangan. Lutut dibengkokkan kayu supaya dapat diletak berhampiran
dengan bola.
3. Bola:
Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan atau lebih kurang 30 cm dari kaki kiri atau lebih
kurang 40-45 cm apabila kedudukan badan bersudut tepat.
25
4. Badan:
Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengan tepat.
5. Perlaksanaan Kemahiran:
Bagi perlaksanaan kemahiran ini kayu hendaklah berhampiran bola atau melekat dengan bola.
Bola ditolak dengan tangan kanan sambil tangan kiri menekan kayu ke bawah. Bola ini akan
bergerak leret ke arah sasaran. Hayunan kayu mengikut rentak adalah penting kerana ia
membantu menyentuh bola seberapa lama yang boleh. Dalam perlaksanaan kemahiran ini
seseorang individu perlu memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri. Dengan
koordinasi dan pergelangan tangan yang kuat penolakan yang kemas dapat dilakukan.
6. Aktiviti ansur maju
a. Menolak menggunakan kayu hoki tanpa menggunakan bola. Pastikan pemain
memegang kayu hoki dengan betul. Pastikan badan,lutut dan bahu dalam kedudukan
yang betul. Ulang aktiviti ini sehingga pemain melakukan perlakuan yang betul.
b. Pemain menolak bola yang statik ke arah dinding. Pemain akan menolak ke
hadapan, kiri dan kanan. Pastikan tolakkan dilakukan dengan mekanik yang betul.
Ulang aktiviti ini beberapa kali.
ζ
26
c. Pemain menolak bola satu langkah.
Dua langkah, tiga langkah dan berjogging. Perlakuan dilakukan setelah pemain
dapat menguasai aktiviti mengikut urutan.
ζ
d. Pemain akan menolak bola kepada pasangan secara berhadapan. A akan
menolak kepada B dan sebaliknya. Pastikan mekanik menolak dilakukan
dengan betul. Ulang aktiviti ini beberapa kali.
A B
ζ ζ
e. A akan menolak bola ke hadapan,kiri dan kanan. B akan bergerak ke kiri dan
kanan untuk menerima tolakkan A. B akan menolak semula ke arah A.
Tukar giliran menolak. Ulang aktiviti ini.
ζ ζ
A B
27
f. Pemain menolak bola di antara pemain dalam bulatan. A akan menolak bola ke B
dan seterusnya kepada G. Setelah habis satu pusingan, tukar pemain lain di tengah.
Ulang aktiviti ini.
ζC
ζ D ζ B
ζA ζE ζF
g. Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Pemain dari A akan
menggelecek bola dan menolak kepada pemain kumpulan B. B pula menggelecek bola
kepada kumpulan A. Latihan ini dijalankan secara giliran.
Ulang aktiviti ini.
ζ ζ ζ
Aζ menolak
ζB
3.0 PROSEDUR/ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS YANG DICADANGKAN.
28
menggelecek
Ansur maju latihan kemahiran asas adalah merupakan salah satu daripada prinsip-prinsip
latihan yang perlu dipatuhi oleh juru latih .Prinsip-prinsip ini penting agar latihan yang
dijalankan berkesan.Latihan ansur maju hendaklah melakukan latihan secara progresif. Ia
merujuk kepada kesukaran latihan yang beransur-ansur.Kadar latihan yang dijalankan adalah
berdasarkan keupayaan individu masing-masing. Hal ini kerana setiap individu berbeza maka
peningkatan intensity latihan hendaklah bersesuaian dengan individu.Ini dilakukan secara
beransur-ansur mengikut kesesuaian pencapaian fizikal seseorang atlit.
Jadual di bawah adalah prosedur ansur maju bagi kemahiran asas hoki iaitu kemahiran
menggelecek bola hoki. Masa yang diperuntukan dalam aktiviti ansur maju ini selama satu jam
permainan.
Bahagian / Masa
Aktiviti Ansur maju
Fokus pembelajaran Organisasi Catatan
29
Permulaan(5 minit)
1.Kehadiran 2.Kesihatan3.Pakaian4.Memanaskan badan- Permainan kecil (permainan “Zig-zag”)
5.Aktiviti
Arahan:1.Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan (5 orang 1 kumpulan).
2.Murid berbaris dalam 1 barisan lurus menghadap belakang kawan masing-masing dan berjarak 1 depa di antara satu sama lain.
2.Permainan bermula dengan pemain pertama setiap kumpulan berlari berselang-seli di antara pemain dalam pasukannya ke hadapan barisan iaitu ke hadapan pemain terakhir.
3.Pemain akan mengangkat tangan tanda sudah tiba di hadapan.
1. Lakukan langkah 3 diikuti oleh pemain kedua hingga pemain terakhir.
2. Kumpulan yang berjaya menghabiskan permainan dengan pantas dan betul dianggap sebagai pemenang.
Regangkan kepala dengan
tolakan tangan ke atas,
Petunjuk
Murid
Skitel
G – Guru
BSPPSkitel (4)
NilaiPeka Patuh kepada arahanBerusahaKerajinanKerjasama Semangat berpasukan
Strategi P&P:Kinestetik
30
regangan kiri, kanan dan bawah.
Berdiri tegak dan kaki
dibuka seluas paras bahu.
Tangan kanan menyilang
ke kiri di hadapan (otot
bicep dan tricep).
Tangan kiri memegang
siku kanan dan tarik ke
arah bahu kiri (otot
deltoid), lakukan juga
pada tangan kanan.
Diteruskan dengan
regangan anggota badan
lain iaitu pinggang dan
kaki (otot hamstring,
gastrocnemius)
Petunjuk
Murid
Skitel
G – Guru
31
Perkembangan isi
Langkah 1
(5 minit)
Gerak kerja kelas / individu
Tunjuk cara oleh guru.
Perlakuan murid.Kemahiran:
1.Menggelecek rapat.
2.Menggelecek longgar.
3.Menggelecek “Indian”
Guru memberitahu tentang kesalahan-kesalan yang biasa berlaku semasa melakukan kemahiran menggelecek rapat.
Guru memperkenalkan cara melakukan kemahiran menggelecek dengan teknik dan cara yang betul.
Secara individu, murid menyesuaikan diri dengan kayu hoki dan bola hoki dengan melakukan kemahiran menggelecek yang betul secara statik dan bergerak.
1. Menggelecek rapat:
Langkah-langkah:
1.Pegangan- tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar, siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu hoki dengan tapak tangan mengahadap ke luar. Longgarkan sedikit semasa membuat tolakan. Pandang ke hadapan dengan serta-merta selepas melakukan tolakan.
Petunjuk
Murid
Skitel
G – Guru
ABM:
Skitel (4)
Kayu hoki (18)
Bola hoki (8)
Nilai:KerajinanYakin diriMematuhi arahan
Strategi P&P:Kinestetik
32
2.Bola- harus berada ke kanan dan di hadapan kaki kanan serta sentiasa menyentuh kayu hoki
2. Menggelecek longgar:
Langkah-langkah:
1.Pegangan dan badan sama seperti menggelecek rapat.
2.Mata- pandang bola pada masa membuat tolakan. Pandang hadapan serta-merta selepas melakukan tolakan untuk melihat situasi pemain.
3.Bola- berada di sebelah kanan dan hadapan kaki kanan.-tidak harus terlalu jauh hingga tidak dapat dikawal.
3. Menggelecek ”Indian”:
Langkah-langkah:
1.Pegangan- tukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri akan memutarkan kayu. Pegang kayu hoki dengan longgar oleh tangan kanan. Kedua-
33
dua tangan akan bergerak pada masa menggelecek.
2.Bola- berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisi. Gerakkan secara menyilang kiri ke kanan.
3.Kaki- pada masa kaki kiri menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kaki kanan menyentuh tanah.
Kesalahan-kesalahan:
1.Tangan kanan terlalu ke bawah semasa memegang kayu hoki.
2.Tangan kanan terlalu memegang ke atas semasa memegang kayu hoki.
3.Bola hoki terlalu jauh daripada kayu hoki (tidak dapat mengawal bola).
4.Bola hoki terlalu dekat kepada pemain (menghalang pergerakan).
34
Langkah 2(10 minit)
Gerak kerja berkumpulan
Tunjuk cara oleh guru.Perlakuan murid.
1.Menggelecek rapat.
2.Menggelecek longgar. 3.Menggelecek “Indian”.
Secara berkumpulan,
murid melakukan
kemahiran menggelecek
rapat, longgar dan
”Indian” dengan teknik
dan cara yang betul.
Langkah-langkah:
1.Menggelecek rapat
antara pemain dalam
sepasukan (6 orang
sepasukan).
2.Setiap pasukan akan
membahagikan pemain
kepada 2 dan bergilir-
gilir menggelecek rapat
bola dari A ke B dan B
ke A.
3. Ulang langkah 1 dan
2 tapi dengan
menggunakan
kemahiran menggelecek
longgar dan ”Indian”.
Petunjuk
Murid
Skitel
G – Guru
BSPP:
Skitel (10)
Kayu hoki (18)
Bola hoki (8)
Nilai:
Yakin diriKerajinanKerjasamaMematuhi arahan
Strategi P&P:
Kinestetik
35
Kemuncak (7 minit)
Permainan kecilGerak kerja berkumpulan
*Permainan Sasaran
Secara berkumpulan seramai 6 orang, murid-murid akan menggelecek menggunakan kemahiran yang mereka pilih sendiri mengelilingi skitel secara zig zag.
Jarak di antara skitel ialah 2 meter.
Murid-murid akan menggelecek secara bergilir-gilir.
Pasukan yang terawal menamatkan giliran dikira sebagai pemenang.
G
Petunjuk Murid
Skitel
G – Guru
BSPPSkitel (16)Kayu hoki (18)Bola hoki (3)
NilaiYakin diriKerjasama
Strategi P&P:Kinestetik
36
Penutup(3 minit)
Gerak kendur
1.”Cooling down”
Gerak kendur
2.Soal jawab
3.Rumusan
Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama 5 saat kemudian hembus melalui hidung dan mulut.(Ulang aktiviti sebanyak 3 kali)
Guru bertanya soalan dan murid menjawab.
Soalan:
1.Apakah yang murid-murid telah pelajari pada hari ini?
Jawapan: Kemahiran menggelecek longgar, rapat dan cara Indian.
2.Apakah kesalahan yang biasa dilakukan dalam melakukan kemahiran menggelecek?Jawapan: Seorang murid akan disuruh menunjukkan kesalahan yang biasa dilakukan.
Murid berasa seronok dengan kemahiran yang baru dipelajari
Murid menunjukkan sikap kerjasama yang tinggi.
Petunjuk Murid
Skitel
G – Guru
BSPPSkitel (4)
Nilai Keyakinan diriKerjasama
Strategi P&P:Kinestetik
37
4.0 BERIKAN JUSTIFIKASI PEMILIHAN LATIHAN
Dalam permainan hoki menggelecek adalah sangat penting bagi menetukan bola. Jika
pemain dapat menguasai hantaran yang baik ,secara tidak langsung kumpulan tersebut akan
menguasai permainan.Menggelecek dengan teknik yang pelbagai perlu perlu pengajaran yang
betul.Prinsip-prinsip latihan seperti ansur maju adalah perlu di ajar dengan baik kepada
murid.Hal ini bagi mengelakkan kecederaan yang akan berlaku semasa bermain. Dalam
permainan hoki menggelecek adalah cara mengawal bola semasa ia bergerak. Ia adalah
kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pemain
lawan. Selain itu kegunaan menggelecek adalah untuk mengekalkan pemilikan bola, persediaan
untuk menghantar dan menjaringkan gol, mencari ruang dan menukar arah serta menlengahkan
masa..Oleh itu semua pemain perlulah mempunyai kemahiran dalan setiap aspek kemahiran asas
pernainan hoki.
Latihan adalah salah satu proses yang sistemetik yang mempunyai objektif untuk
meningkatkan kecergasan melalui aktiviti fizikal yang terancang.Pemilihan latihan yang yang
digunakan adalah ansur maju. Di dalam latihan kemahiran asas,prinsip latihan ansur maju adalah
sangat penting untuk murid menguasai kemahiran asas hoki dengan baik. Prinsip ini berkait rapat
dengan prinsip penambahan beban. Prinsip ansur maju adalah berasaskan kepada latihan yang
perlu dijalankan pada tahap-tahap yang sentiasa meningkat dan bersesuaian dengan proses
penyesuaian badan kepada rangsangan senaman. Anda harus mencatat beban senaman anda
supaya kemajuan-kemajuan tertentu dapat dicapai.
Terdapat dua bentuk latihan dalam teori ansur maju iaitu mempelajari pergerakan yang
senang dahulu sebelum melakukan pergerakan yang susah dan melakukan pergerakanyang
mudah sebelum melakukan pergerakan yang lebih kompleks.Hal ini akan meningkatkan
keyakinan murid untuk mengikuti aktiviti yang dirancang.Bagi meningkatkan kemajuan dalam
latihan perlu bermula daripada peringkat kesukaran yang beransur. Untuk mencatat kemajuan
dari satu peringkat ke peringkat yang lain, anda perlumenambah kesukaran latihan secara
beransur-ansur. Oleh kerana badan manusia boleh disesuaikan dengan tekanan atau beban kerja
yang baru, jumlah kerja tersebut hendaklah ditambah dari semasa ke semasa. Misalnya jika anda
memulakan latihan dengan berlarisatu kilometer sehari dalam masa lapan minit, anda mungkin
berasa bahawa latihantersebut merupakan satu bebanan pada mulanya. Dengan latihan yang
38
kerap anda pastidapat meningkatkan kadar kardiovaskular dalam tempoh beberapa minggu
berikutnya. Tetapi sekiranya anda terus melakukan latihan pada tahap yang sama maka anda
tidak dapat meningkatkan tahap kecergasan anda. Latihan harus dijalankan dalam tahap-tahap
yang sentiasa meningkat sesuai dengan proses pengubah suaian tubuh kepada rangsangan
latihan. Anda perlu mencatatkan beban latihan supaya kemajuan tertentu dapat dikesan.
Tanda-tanda anda mengalami kesan hasil latihan yang terlalu membebankan :
• Sakit dibahagian dada
• Pening kepala
• Rasa hendak muntah
• Kesukaran bernafas
• Keletihan yang keterlaluan
• Kesakitan pada sendi-sendi
• Keperitan atau kesakitan otot yang berlanjutan
Diharapkan dengan menggunakan prisip latihan ansur maju ini mampu mengelakkan kecederaan
dan juga meningkatkan semangat untuk murid terus menguasai kemahiran asas.
5.0 PERALATAN PERMAINAN HOKI
5.1 Kayu Hoki.
a) Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh
permukaan rata kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang
bahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut.
b) Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu.
c) Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti
berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak
berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung
boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari
bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang.
d) Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam.
39
e) Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila
diletak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan
permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm.
f) Berat maksimum 737 gram.
g) Pita (tape) dan damar boeh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan
syarat permukannya tetap licin.
h) Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti bleh menembusi alat gelang yang
mempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk
tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2
sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan.
Walau bagaimana pun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrim tidak
dibenarkan. Lemabaga Peraturan-Peeraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi
kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisonal dan bukan tradisional dan
akan menghadkan dan/atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut
sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kpada ciri-ciri
permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain.
Gambar kayu hoki
5.2 Bola Hoki
a) Berbentuk sfera, keras dan di buat daripada sebarang bahan yang sesuai.
b) Berat minimum bulatan 156 gram, maksimum 163 gram.
c) Ukuran lilit bulatan: minimum 224 mm, maksimum 235mm
d) Permukaan licin tetapi pelipat (seam) atau lekuk-lekuk kecil
(indentations) dibenarkan.
e) Warna putih atau seperti dipersetujui. Gambar bola hoki
40
5.3 Pakaian dan Peralatan
Pemain a) Pemain-pemain
Dari pasukan yang sama dikehendaki memakai pakaian seragam yang diluluskan
oleh persatuan atau kelab mereka.
Tidak dibenarkan memakai sebarangan yang boleh membahayakan pemain-pemain
lain. Pemain-pemain padang digalak sepenuhnya memakai pelindung
betis/pergelangan kaki dan mulut.
b) Penjaga Gol
i. Dikehendaki memakai baju atau pakaian melitupi sebarang pelindung
bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini hendaklah berlainan
warnanya daripada yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya mahupun
daripada pasukan lawan.
ii. Diwajibkan memasang pelindung kepala (protective headgear) kecuali
semasa mengambil (bukan mempertahankan penalti strok. Peralatan
pelindung keepala yang sesuai: helmet berpelindung muka dan menutup
seluruh kepala termasuk bahagian belakang dan kerongkong disyorkan.
Pelindung kepala yang direka bentuk dan diluluskan untuk permainan hoki
ais biasanyamemenuhi keperluan kebanyakkan penjaga gol.
iii. Penjaga gol juga dinasihatkan meemakai lain-lain peralatan pelindung
(misalnya untuk melindungi badan, tangan, siku, paha, lutut dan
sebagainya) pada setiap masa. Berikut ialah peralatan pelindung yang
dbenarkan untuk kegunaan penjaga gol: pelindung tubuh, ped kaki,
41
penendang (kicker), sarung tangan dan pelindung untuk bahagian paha,
lengan (upper arm), lengan (forearm) dan siku.
iv. Pad, penendang dan pelindung tangan: tidak dibenar mempunyai bahagian
tepi yang kasar atau tonjolan.
v. Pad: lebar maximum semasa dipasang kepada kaki penjaga gol ialah
300mm. vi. Pelindung tangan: lebar maksimum 228 mm semasa
diletakkan di atas permukaan yang rata dan menghala ke atas; panjang
maksimum 355mm – diukur dari bawah ke penghujung.
vii. Tiada pengubahsuaian/ tambahan bagi membolehkan kayu melekat kepada
pelindung tangan semasa kayu tidak dipegang.
42
5.4 Tiang-Tiang Bendera
Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4
kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.
Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar
garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela.
5.5 Padang hoki.
Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan
di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang
dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol,
kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.
43
6.0 ORGANISASI PENGAJARAN DAN KEJURULATIHAN HOKI
6.1 Perancangan dan penyediaan:
Masa - menggunakan masa yang ada dengan maksima
Ruang - menggunakan ruang yang ada dengan maksima
Kemudahan - Menggunakan kemudahan yang ada
6.2 Kaedah pengajaran jurulatih;
Memanaskan badan dalam kumpulan
Latihan individu
Demontrasi
Pengajaran rakan sebaya
Latihan kumpulan
6.3 Permainan
Pemain dipecahkan mengikut saiz dan tempat supaya urutan pengajaran anda kesinambungan
dengan lancar. Setiap sesi dirancang awal supaya tahu apa yang ingin dicapai,apakah kaedah
yang hendak digunakan dan sesi organisasi yang dijalankan:
Objektif
Organisasi
Kaedah dan prosedu
Penilaian
6.4 Penilaian:
Rekod dan prestasi individu dan pasukan
Kehadiran semasa latihan dan sesi lain
Sikap pemain kepada jurulatih
Sikap pemain kepada pengurusan pasukan
44
6.5 Pengajaran Kemahiran Hoki:
Kemahiran asas adalah rangka kepada pembinaan pasukan dan kemajuan aspek-aspek
permainan.
Bila dan dimana dan kenapa sesuatu kemahiran itu digunakan.
6.6 Bagaimana Kemahiran Dipelajari
Idea
Demostrasi
Latihan
Maklum balas
Modifikasi
Progresif
7.0 PERATURAN – PERATURAN PERMAINAN HOKI
7.1 Masa Permainan
Dua separuh masa selama 35 minit setiap satu kecuali telah dipersetujui
sebelumnya. Masa rehat separuhmasa: 5 hingga 10 minit seperti dipersetujui:
pasukan-pasukan menukar bahagian padang.
Setiap separuh masa bermula apabila pengadil meniupkan wisel untuk hantaran
tengah.
7.2 Memulakan dan memulakan semula permainan.
Hantaran tengah;
i. Dimainkan dari tengah padang.
ii. Tolakan atau pukulan ke mana-mana arah; semua pemain kecuali pemain yang
membuat hantaran, hendaklah berada di bahagian padang masing-masing.
45
iii. Dilakukan pada permulaan permainan oleh pemain daripada pasukan yang
tidak memilih bahagian padang. iv. Selepas separuh masa pertama, oleh
pemain daripada pasukan yang tidak memulakan permainan.
v. Setelah separuh masa pertama, oleh pemain daripada pasukan yang kena
jaringan gol atau gol telah diberi terhadap pasukannya.
Hantaran tengah dan memasukkan bola ke dalam permainan semula:
i. Semua pemain dari pasukan lawan sekurang-
kurangnya 5 meter dari bola.
ii. Bola ditolak atau dipukul. iii. Bola
mesti bergerak sekurang-kurangnya 1 meter.
iv. Selepas memainkan bola, pemain berkenaan tidak boleh menyentuh bola lagi
ataupun berada berdekatan atau menghampiri bola dalam jarak mainan
sehingga bola itu sudah dimainkan oleh pemain lain.
v. Bola tidak boleh diangkat dengan segaja atau mengakibatkan bahaya atau
menjurus kepada permainan yang membahayakan.
7.3 Bola terkeluar padang.
i. Bola terkeluar daripada permainan apabila keseluruhannya sudah melepasi
garisan tepi atau garisan belakang. Bila berkenaan atau bola lain hendaklah
digunakan untuk memulakan semula permainan.
ii. Melepasi garisan tepi:
a. Di atas garisan tepi berdekatan dengan tempat bola terkeluar daripada
permainan.
b. Pemain yang memainkan bola tidak perlu berada sepenuhnya di dalam
atau di luar garisan tepi.
c. Diambil oleh seorang pemain dari pasukan lawan.
iii. Melepasi garisan belakang oleh pasukan penyerang semasa gol tidak
dijaringkan:
a. Sehingga 14.63 meter dari dan bertentangan tempat bola melepasi
garisan belakan, selari dengan garisan tepi.
b. Diambil oleh pemain penyerang.
46
iv. Melepasi garisan belakang:
Secara tidak sengaja oleh pasukan pertahanan semasa gol tidak dijaringkan:
a. Di atas garisan tepi, 5 meter dari tiang bendera yang terhampir dengan
tempat bola melepasi garisan belakang.
b. Diambil oleh pemain penyerang.
v. Melepasi garisan belakang:
i. Secara sengaja oleh pasukan pertahanan semasa gol tidak dijaringkan
dari satu tanda di atas garisan belakang 9.14 meter dari penjuru luar
tiang gol terdekat di mana-mana belah padang yang dipilih oleh
pasukan penyerang.
ii. Diambil oleh pemain penyerang.
vi. Permainan hendaklah dimulakan semula dengan buli apabila:
Bola dalam permainan terpaksa digantikan.
Berlakunya perlanggaran Peraturan-peraturan serentak oleh pemain-pemain
daripada kedua-dua pasukan.
Bola tersangkut di dalam ped kaki penjaga gol atau pakaian pemain atau
pengadil. Apabila permainan dihentikan kerana kecederaan atau sebab-
sebab lain dan tiada pelanggaran Peraturan-peraturan telah dilakukan.
7.4 Buli
Di tempat yang dipilih oleh pengadil tetapi tidak boleh kurang daripada 14.63 meter dari
garisan belakang.
Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan menghadap pemain pasukan lawan
dengan garisan belakang bahagian padang masing-masing.
Bola di letak di atas padang di antara kedua-dua orang pemain.
Kedua-dua pemain mengetuk padang dengan kayu di sebelah kanan bola;
kemudiannya permukaan rata kayu pemain pasukan lawan di atas bola; diulangi tiga
kali selang-seli; dan selepas itu mana-mana satu pemain bleh memainkan bola untuk
memulakan permainan. Pemain-pemain lain berada pada jarak sekurang-kurangnya 5
meter sehingga bola dimasukkan ke dalam permainan.
47
8.0 PRINSIP- PRINSIP LATIHAN DALAM SUKAN HOKI
Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi
hasil yang maksimun. Prinsip-prinsip ini adalah:-
1. MEMANASKAN BADAN
Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan( warming up) dan diakhiri
dengan sesi melegakan badan(cooling down). Memanaskan badan adalah penting untuk
merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi
metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada
biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi
mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot.
Memanaskan badan adalah aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang
menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan akan membolehkan
suhu darah dan otot meningkatkan fungsinya melalui :
• otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas
• rintangan dalam otot akan menurun dan seterusnya meningkatkan kemampuan
melakukan sesuatu aktiviti
• kenaikan suhu badan akan menyebabkan hemoglobin membebaskan oksigen dengan
lebih cepat untuk kegunaan tisu-tisu otot
• kenaikan suhu juga akan menyebabkan myoglobin berfungsi dengan lebih berkesan
dan mempertingkatkan aktiviti enzim
• rintangan dalam salur darah berkurangan dengan kenaikan suhu
• mengurangkan risiko kecederaan pada tisu-tisu lembut.
Bagi menaikkan suhu badan, seseorang pemain perlu melakukan aktiviti selama lebih kurang 30
minit dengan intensiti senaman yang sesuai.
48
Kesan ke atas seseorang pemain yang telah melakukan latihan memanaskan badan ialah ia akan
berkemampuan melakukan kerja lebih kurang 45 hingga 80 minit. (Mengikut pendapat Herbert
A de Vires )
Jenis Memanaskan badan
a. 1. Memanaskan badan secara aktif ( aktiviti yang dilakukan
sendiri )
2.Memanaskan badan secara pasif ( aktiviti yang dijalankan dengan
bantuan alat atau pihak lain )
b. 1. Memanaskan badan secara am ( untuk meningkatkan suhu
badan )
Contoh : Lari anak, lari setempat
2.Memanaskan badan secara spesifik ( aktiviti yang dilakukan
khusus untuk sesuatu latihan )
Contoh : Regangan Statik
Regangan Dinamik
Prinsip-prinsip memanaskan badan
1. Memanaskan badan secara am atau untuk meningkatkan suhu badan atau otot serta
darah dapat meningkatkan pencapaian seseorang pemain.
2. Aktiviti yang disusun sebaik-baiknya dikaitkan dengan sukan yang dimainkan
supaya penguasaan kemahiran asas dapat dipertingkatkan.
3. Latihan memanaskan badan boleh dijalankan secara pasif jika aktiviti aktif tidak
dapat diadakan.
49
4. Aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan otot semasa
bermain.
5. Prosedur memanaskan badan hendaklah tersusun dan bersesuaian dengan individu
melaksanakan.
6. Latihan memanaskan badan yang dilaksanakan secara lebihan beban akan
menyebabkan kesan positif kepada koordinasi neuro-muscular.
REGANGAN OTOT-OTOT SPESIFIK
1. Otot-otot utama yang akan digunakan dalam permainan hoki harus diregangkan.
2. Pemain harus menahan setiap regangan selama 10 hingga 12 saat dan ulang aktivti
ini.
Contoh-contoh senaman regangan.
1. Regangan bahu.
Luruskan tangan di atas kepala dan tahan selama 6 kiraan ( Rajah a). Bengkokkan lengan
dan capai ke belakang. Tekan selama 6 kiraan (Rajah b)
2. Tekan bahu
Depakan tangan ( Rajah c). Tekan bahu ke belakang dan tahan selama 6 kiraan dan
lepaskan.
3. Regangan sisi.
Ambil posisi seperti ( Rajah d ). Bengkokkan badan ke kanan dan tahan selama 6 kiraan.
Berdiri tegakl semula, ulang ke sisi kiri.
4. Pusingkan tubuh badan dan bahu.
50
Berdiri seperti (rajah e). Pusing badan ke kiri dan tahan selama 6 kiraan dan pusing ke kanan
sebanyak empat kali.
5. Regangan pinggul dan kaki
6. Regangan belakang - bahagian bawah badan, pinggul, lutut dan bahu.
7. Regangan hamstring. Duduk dan pegang pergelangan kaki yang lurus. Tukar posisi
untuk meregangkan hamstring kaki lain.
8. Regangan paha. Tarik kaki ke punggung. Tukar posisi untuk meregang paha lain.
9. Regangan betis (bahagian bawah). Pastikan tumit kaki hadapan berada di atas lantai.
Tukar posisi untuk meregang kaki lain.
10. Regangan ’Groin Duduk dan tolak
salah satu lutut ke
bawah kemudian
tolak lutut
yang satu lagi.
11. Regangan belakang (bahagian bawah). Ambil posisi badan seperti rajah. Tukar posisi
badan untuk melatih bahagian lain badan.
12. Melengkungkan bahagian belakang.
Lengkungkan bahagian belakang dan naikkan dada dan kepala dengan menolak tangan dari
lantai
• Latihan gerakendur ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalani
sesuatu latihan atau permainan.
• Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul di
bahagian-bahagain anggota yang tertentu.
Aktiviti gerakendur :
Antara aktiviti gerakendur yang dilakukan selepas menjalani latihan ialah :
1. Perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah.
Contoh :-
* Lari anak
* Berjalan
51
2. Regangan otot pada intensiti sederhana.
* Regangan statik ( dari bawah ke atas )
2. ANSUR MAJU
Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran
latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalah berdasarkan kepada keupayaan
individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan
keupayaan setiap individu. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-
ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih pula
perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada
dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.
Latihan ansur maju dilakukan untuk memberikan tunjuk cara yang tepat bedasrkan terasa lepada
prinsip mekanik secara berterusan. Dengan latihan ini juga dapat membantu pemain menguasai
teknik pukulan dengan betul seterusnya melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi.Untuk
kesalahan pegangan kayu hoki yang terlalu dekat dengan hujung kayu dan tidak digenggam
dengan kuat, terdapat beberapa latihan yang boleh dijalankan. Perlama sekali, pemain hendaklah
didedahkan kepada kemahiran yang hendak diajar berdasrkan objektif latihan. Pemain hendaklah
diberi peluang untuk melihat dan diberi tunjuk ajar dengan jelas dan tepat.
Untuk memastikan pegangan pada kayu hoki kuat, pemain boleh menggunakan buluh atau kayu
biasa untuk belajar pegangan. Dengan menggunakan buluh atau kayu tersebut, pemain boleh
menghayunkan-hayunkannya.Seterusnya, untuk menguatkan genggaman, pemaian boleh
menggenggam dan melepaskan genggaman tangan. Aktiviti ini dilakukan dengan kadar yang
banyak setiap hari. Seperti contoh, seratus kali genggaman dan melepaskan genggaman
dilakukan semasa awal sesi latihan.Dengan kayu hoki, pemian memegang pada hujung
pemengan dengan kedua-dua tangan. Seterusnya, tangan diluruskan ke hadapan, dan keadaan ini
dikekalkan selama dua minit. Selepas itu, rehat selama seminit. Ulang lakuaan tersebut sebanyak
tiga set.Dengan tangan yang lurus kehadapan, pegang kayu hoki dengan kedua-dua tangan. Jarak
antara dua-dua tangan hendaklah kira-kira besar sedikit daripada luas bahu. Kemudian dengan
jari jemari, cuba pusingkan kayu hoki mengikut arah jam sebanyak 50 pusingan. Ini diikuti
52
dengan pusingan lawan arah jam juga sebanyak 50 pisingan.Selepas itu, dengan kayu hoki,
pengang dengan kedua-dua belah tangan dengan cara yang betul. Berdiri seperti seakan-akan
mahu memukul bola, dan hayunkan dari belakang hingga ikut lajak. Ulang lakuan aktiviti ini
sebanyak 10 set.
3. LATIHAN BEBANAN
Program latihan beban adalah berdasarkan prinsip latihan bebanan secara progresif bagi
meningkatkan kekuatan, daya tahan, kuasa, kelenturan dan kepantasan. Program ini tertakluk
kepada:
• Intensiti
• Jumlah ulangan dan set
• Kekerapan latihan
1. Objektif Latihan Bebanan
Program latihan bebanan dapat memenuhi beberapa objektif latihan persediaan atlet sepanjang
tahun. Objektif tersebut adalah:
• Membina daya tahan dan kekuatan otot umum
• Membina dan meningkatkan daya tahan otot spesifik kepada permainan
• Meningkatkan kuasa, ketangkasan, kepantasan dan kelenturan
• Mengurangkan risiko kecederaan dan dapat menyesuaikan pelatih kepada latihan yang
dengan lebih cepat.
2. Prinsip Latihan Bebanan
Prinsip-prinsip latihan yang mesti diaplikasikan apabila merancang dan membentuk program
latihan bebanan adalah pengkhususan (specificity), tambah beban, ansurmaju rintangan dan
urutan aktiviti.
3. Pengkhususan
53
Perkembangan kecergasan otot adalah khusus kepada kumpulan otot yang dilatih. Sebagai
contoh, jika kita ingin meningkatkan kekuatan otot fleksor sendi siku, latihan yang spesifik
seperti penguncupan kosentrik dan esentrik perlu diberikan kepada kumpulan otot tersebut.
Dalam melatih kekuatan, aktiviti latihan hendaklah dijalankan dengan intensiti yang tinggi tetapi
ulangan yang rendah dan keadaan yang sebaliknya jika kita ingin melatih daya tahan
4. Tambah Beban
Uuntuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan, sesuatu kumpulan otot harus diberi kadar latihan
yang lebih daripada kemampuan biasanya. Intensiti kerja pada kadar 60% daripada keupayaan
maksimum jika objektif latihan ialah untuk membina kekuatan. Intensiti kerja pada kadar 30%
daripada keupayaan maksimum akan merangsang peningkatan daya tahan dan kumpulan otot
yang dilatih ini hendaklah dilatih sehingga ke paras kelesuan.
Dalam program latihan bebanan, beban kerja harus ditambah mengikut masa yang tertentu.
Peningkatan beban kerja yang sistematik akan mengakibatkan pertambahan dalam kekuatan dan
daya tahan otot. Peningkatan tersebut juga akan mengelakkan kecederaan kepada otot-otot dan
ligamen. Petunjuk yang boleh digunakan untuk menambahkan beban kerja seseorang ialah
melalui ulangan yang dapat dilakukan olehnya.
Urutan Aktiviti
Satu program latihan bebanan yang menyeluruh harus merangkumi sekurang-kurangnya satu
aktiviti untuk setiap kumpulan otot besar. Minimum satu aktiviti untuk otot bahagian bawah
badan dan dua untuk bahagian atas. Untuk mengelakkan kelesuan otot, aktiviti latihan harus
disusun supaya tidak melibatkan kumpulan otot yang sama. Ini membolehkan kumpulan otot
tersebut pulih.
Panduan Am Melaksanakan Latihan Bebanan
• Tentukan matlamat yang ingin dicapai dalam sesi latihan melalui kekerapan, intensiti,
ulangan dan masa latihan.
• Dapatan kemampuan maksimum setiap peserta di awal sesi latihan untuk:
54
• 50% berat kemampuan maksimum dengan ulangan yang tinggi (10-12 kali) untuk
membina dan peningkatan daya tahan otot.
• 75%-90% berat kemampuan maksimum dengan ulangan yang sedikit (3-5 kali ) untuk
membina dan peningkatan kekuatan otot.
• 20%-30% berat kemampuan maksimum dengan ulangan yang sederhana (5-8 kali)
untuk membina dan peningkatan kelenturan otot.
• Tentukan jenis otot atau kumpulan otot yang ingin dipertingkatkan di awal sesi latihan.
4. KEKERAPAN LATIHAN
Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan
menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan
kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan
yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan
menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.
Periodisasi adalah proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa fasa latihan dan
bahagian-bahagian kecil bertujuan untuk :-
a) Memudahkan penyediaan program latihan
b) Lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian matlamat
c) Dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking) yang betul dan tepat
semasa fasa pertandingan utama.
d) Membantu jurulatih dan atlit menjalani latihan dengan lebih teratur dan bersistematik
e) Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Periodisasi latihan dibahagikan kepada;
55
i. Fasa-fasa latihan
ii. Latihan mingguan
iii. Latihan harian
iv. Sessi latihan Fasa-fasa latihan
• Fasa-fasa Latihan
Satu kalendar sukan tahunan boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa persediaan, fasa
pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan dibahagikan
kepada sub fasa.
a) Fasa Persediaan
Fasa persediaan mempunyai kepentingan yang besar dalam keseluruhan program latihan yang
dijalankan. Kekurangan tumpuan pada fasa ini menjejaskan persediaan fasa-fasa berikutnya,
terutamanya fasa pertandingan. Fasa persediaan dibahagikan lagi kepada dua subfasa iaitu:
i. Persediaan Umum
Memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek
daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlit menjalani latihan
pembinaan komponen-komponen fizikal yang diperlukan oleh sesuatu jenis sukan yang diceburi.
ii. Isipadu latihan adalah tinggi antara 85% hingga 100% dan intensity latihan adalah sederhana
antara 40% hingga 70%.
iii. Bergantung kepada masa yang diperuntukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara enam
hingga 14 minggu.
iv. Kaedah-kaedah latihan seperti latihan jarak jauh perlahan (LSD), latihan fartlek, latihan jeda
jarak jauh dan latihan bebanan bagi adaptasi anatornical dan hipertropi otot dicadangkaii.
56
v. Ujian pra-kecergasan diperlukan
b) Persediaan Khusus
i. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen-komponen fizik, yang lebih dominan
dalam sesuatu sukan.
ii. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan seperti acara 5000
meter dalam olahraga, kayak jarak jauh dan renang jarak jauh, sementara intensiti latihan
ditingkatkan sehingga 90%.
iii. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada antara 65% hingga 80% bagi sukan-sukan yang
berasaskan kekuatan dan kelajuan, yakni sukan yang sistem tenaga anaerobik adalah lebih
dominan seperti hoki sementara intensiti latihan boleh ditingkaikan sehingga 95%.
iv. Bergantung kepada masa yang diperunrukkan, jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6
hingga 10 minggu.
5. MASA LATIHAN
Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke
tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa
dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat
permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh
latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk
menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh
dipertingkatkan.
Komponen Aktiviti/Latihan Organisasi Tumpuan latihan
7 minit
Memanaskan badan
1. Perbincangan antara jurulatih dengan pemain
Secara berkumpulan Perhatian kepada cara membuat aktiviti.
57
13 minit Latihan dengan kayu dan bola hoki
1. Mengelecek
dan menolak
2. Mengelecek
dan memukul.
Pasangan Cara memegang
kayu hoki untuk
mengelecek,
menolak dan
memukul.
Sasaran bola
25 minit Mengajar dan latihan
1. Penerangan dan
demontrasi.
2. Mengelecek.
3. Mengelecek cara
“India”/rapat.
Memusing padang.
1. Secara
kumpulan.
2. Individu.
3. Individu
/pasangan
Teknik mengelecek.
20 minit
Latih tubi.
1. Pertandingan
mengelecek
2. Membawa
dan
meletak bola 3X.
1. Kumpulan
jarak 15 ela.
2. 6 kumpulan
jarak 15 ela.
Kawalan bola.
Kemahiran mengelecek.
3. Mengelecek
secara
“zig-zag”.
4. Seperti 1 dan
2 diatas
menggunakan 2 biji bola 2X
20 minit
Pemainan kecil
1. 2 lawan 2
2. 3 lawan 2.
3. 2 lawan 2
(+ joker)
2 gol dalam kawasan
a. 10 X 10 ela
b. ¼ padang.
Mengawal bola.
Pergerakan.
Mencabar pihak lawan.
58
25 minit Permainan kemahiran mengelecek
Permainan “Keep it up”
a) Memperbaiki kawalan bola.
Padang biasa Perhatian kepada mengaplikasikan kemahiran mengelecek dan mengawal bola
10 minit
Gerak kerja kendur
Larian kendur 1-2 pusingan
padang (jogging).
Perbincangan.
Secara kumpulan Mengenal pasti kelemahan yang terdapat ketika latihan.
9.0 RUMUSAN
Sukan hoki merupakan sukan yang menyeronokkan. Namun, untuk
memperolehkeseronokan maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari terlebih dahulu
selain daripada memastikan diri sendiri di dalam keadaan yang baik. Sukan hoki tidakla hterlalu
merbahaya sekiranya pemain atau pelajar bermain secara berhati-hati dan memakai perlindungan
yang disarankan oleh jurulatih atau guru Pendidikan Jasmani.Pemain hoki juga perlulah menjaga
kesihatan diri mereka dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai dengan diet harian seorang
pemain hoki dan melakukan latihan kecergasan supaya dapat mengekalkan kecergasan diri.
Kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan juga penting supaya badan kita benar-benar
bersedia untuk melakukan latihan hoki. Oleh yang demikian, setiap pemain atau pelajar perlu
memastikan diri mereka telah melakukan aktiviti memanaskan badan dengan menumpukan pada
bahagian badan yang digunakan dalam sukan hoki.
RUJUKAN
Helen Ten dan M. P. Haridas (2006) Siri Sukan Popular, Hoki. Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe (1994) Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Omardin Haji Ashaari (1998) Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Sukan :Pengurusan Sukan. Kuala Lumpur. Lohprint Sdn. Bhd.
Ismail Roslan (1992) Permainan Hoki. Johor Bahru. Penerbitan Ramli Sdn. Bhd.
59
http://teacherzaieone.blogspot.com/2010/01/kemahiran-asas-permainan-hoki.html tarikh muat turun pada 12 April 2015
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/10/peralatan-sukan-hoki.html tarikh muat turun pada 16 April 2015
http://kucingcomel.weebly.com/peralatan-permainan-hoki.html tarikh muat turun pada
17 April 2015
http://irpj1609.blogspot.com/2009/07/sejarah-perkembangan-hoki.html tarikh muat turun pada 17 April 2015
http://infopjkform4.blogspot.com/2012/04/sejarah-hoki.html tarikh muat turun pada
20 April 2015
60