-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
1/24
1.0 Teknik Fonasi dalam Nyanyian Bunga Berkembang
Dalam tajuk ini, ada diberi lima contoh latihan teknik nyanyian fonasi yang dapat
membantu murid-murid untuk menyebut senikata lagu di atas dengan sebutan yang mudah.
Wikipedia menyatakan nyanyian fonasi atau phonetic singing ialah nyanyian dengan
mempelajari dan mempersembahkan lirik sesebuah lagu berdasarkan bunyi fonetik perkataan
dalam lirik tersebut. Teknik nyanyian fonasi pula, berdasarkan HBMS2103, Pengajaran Muzik 2,adalah teknik nyanyian yang menggunakan bunyi fonasi untuk mengajar nyanyian. Dalam lagu
Bunga Berkembang, Bahasa Melayu digunakan dalam lirik oleh itu, rujukan fonasi yang
digunakan adalah fonasi untuk perkataan dalam Bahasa Melayu. Seperti dalam pelbagai bahasa,
Bahasa Melayu mempunyai irama tertentu dan anda boleh gunakan fonasi untuk memaksimakan
bunyi keseluruhan lirik dalam lagu.
Berdasarkan lagu Bunga Berkembang, teknik-teknik fonasi yang digunakan ialah untuk
melatih perkataan vokal dan konsonan yang kerap diulang dalam lagu ini. Vokal yang terdapat
dalam lagu ini termasuklah vokal a, e, i dan u. Vokal a dan vokal i mempunyai pengulangan
yang paling kerap di antara keempat-empat sebutan vokal tersebut. Manakala konsonan b, r dan t
merupakan konsonan yang memberikan impak besar terhadap maksud serta mud yang ingin
disampaikan dalam lagu ini. Oleh yang demikian teknik fonasi untuk vokal a dan i serta
1
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
2/24
konsonan b, r, dan t diberikan kepada murid-murid untuk sebutan yang lebih kemas dan lirik
lebih jelas.
*Wikipedia merupakan Ensiklopedia secara online yang ditulis oleh Anonymous dibawah polisi-
polisi tertentu.
*Teknik Nyanyian Fonasi HBMS 2103, Pengajaran Muzik 2 di muka surat 12.
Teknik fonasi pertama iaitu teknik fonasi untuk vokal a, digunakan untuk membantu
murid-murid atau penyanyi koir untuk menyebut sebutan dengan vokal supaya lebih jelas dan
lebih round. Contoh latihan fonasi ini diambil dari Basics of Singing karya Jan Schmidt dan
Heidi Counsell Schmidt dan seperti yang tertera di bawah:
Membuat aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Di awal aktiviti, mulakan
dengan pic yang tinggi kemudian diluncurkan ke pic yang rendah. Semasa menguap
gunakan bunyi vokal ah. Guru juga boleh menukar kepada sebutan vokal yang lain
seperti Oh. Contoh notasi:
Kemudian latihan tersebut diteruskan kepada pergerakan yang lebih sukar iaitu
meluncurkan pic tersebut ke atas dan ke bawah. Contoh notasi:
2
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
3/24
Sebutan vokal juga boleh menjadi lebih jelas dengan pengawalan nafas yang betul.
Teknik fonasi yang kedua ialah aktiviti dengan mengeluarkan suara iaitu lebih kepada bentuk
nyanyian dengan mengawal pernafasan di sekitar hidung ke dalam pic yang mempunyai not yang
tinggi dan yang rendah. Contoh notasi:
Latihan di atas boleh dibuat dengan menggunakan sebutan vokal yang lain seperti oh, eh, ih, uh.
Selain itu, guru juga boleh membuat teknik fonasi yang melibatkan aktiviti yang
menyeronokkan bagi murid-murid. Bagi teknik yang ketiga, guru boleh menggunakan aktiviti
yang berkaitan dengan pergerakan dan bunyi-bunyi alam sekeliling. Contoh aktiviti-aktiviti
tersebut adalah seperti berikut:
a. The Donkey
i. Haiwan apa yang mempunyai dua suara? (suara atas/tinggi dan suara
bawah/rendah) Jawapannya adalah keldai.
ii. Kanak-kanak diminta mengimitasikan bunyi keldai (hee-haw)
iii. Pastikan sebutan kedengaran dengan jelas.
3
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
4/24
b. The Horse
i. Kuda juga mempunyai gabungan dua jenis suara (rendah dan tinggi)
ii. Murid-murid diajar membuat bunyi kuda.
iii. Imitasi bunyi seperti ini melatih sokongan yang kuat pada abdomen.
Teknik fonasi seterusnya memberi memberi tumpuan kepada sebutan vokal. Fikirkan
bahawa anda sedang meniup lilin hari jadi. Mulakan tiupan dan tukarkan tiupan tersebut kepada
sebutan ooo pada pic yang sesuai.Sebutan vokal yang lain boleh digunakan. Rasakan ton yang
keluar dari otot-otot atau alat-alat pernafasan. Guru boleh lebih kreatif membunyikan melodi
menaik atau menurun mengikut kesesuaian agar latihan untuk teknik ini lebih pelbagai.
Teknik fonasi yang kelima ialah teknik yang melatih attackdan release. Dalam latihan
ini, guru perlu melihat dan mengikut nilai not yang betul berdasarkan skor yang diberi dengan
tepat. Elakkan daripadaglottal attackatau pengeluaran suara secara mengejut dari glottis. Attack
yang dibunyikan harus lancar dan licin. Ulangi setiap nilai not dengan pic berlainan dan juga
dengan vowel yang berlainan. Contoh skor untuk teknik ini ialah seperti berikut:
4
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
5/24
2.0 Aplikasi Isyarat Tangan Curwen dalam Lagu Bunga Berkembang
Dalam tajuk ini, terdapat lima cara bagaimana nyanyian solfa dengan isyarat tangan
Curwen dapat diaplikasikan untuk membantu murid-murid memahami kedudukan pic lagu di
atas.
Isyarat Tangan Curwen ialah isyarat tangan menaik dan menurun mengikut pic vokal
dalam tanda nada major. Do rendah terletak di bahagian tengah badan manakala Do tinggi
terletak di paras mata. Isyarat tangan di bawah kaedah Kodaly ini menggunakan sistem Solfej Do
Bergerak (Movable-Do Solfege). Solfej Do Bergerak ialah di mana tahap skel dinyanyikan
menggunakan urutan nama-nama suku kata dalam isyarat tangan Curwen ( do, re, mi,fa,sol, la,
dan ti). Contohnya, dalam skel C Major, suku kata Do bermula dari C Tengah dan Do tinggi
berada di C tinggi. Manakala, dalam skel G Major seperti dalam lagu Bunga Berkembang, Do
bermula dari not pertama skel iaitu, G dan Do tinggi terletak di G tinggi iaitu not tertinggi dalam
skel G Major. Maksudnya, solfa ialah susunan suku kata mengikut nada (key). Berikut ialah
solfa menaik/menurun dari do, re, mi, fa, so, la ti hingga do tinggi.
5
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
6/24
6
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
7/24
2.1 Nyanyian Solfa bagi Lagu Bunga Berkembang
Lagu Bunga Berkembang mempunyai tanda nada G Major. Oleh yang demikian, Do
bermula dari not G untuk tanda nada G Major. Solfa untuk G Major ditunjukkan seperti d bawah.
Guru boleh membimbing murid menyanyikan solfa tersebut dengan iringan kibod atau piano.
Terdapat beberapa cara untuk membimbing murid dari segi nyanyian solfa berdasarkan isyarat
tangan Curwen. Dalam tugasan ini, lima cara dibincangkan. Dalam cara pertama, guru memberi
gambaran jelas kepada semua solfa yang terdapat dalam G Major, walaupun ada not yang tidak
terdapat dalam lagu Bunga Berkembang. Ini merupakan cara asas bagaimana murid memahami
solfa bagi lagu ini. Murid-murid menyanyikan solfa dan G Major secara menaik dan menurun.
Contoh skor yang menunjukkan skel menaik dan menurun bagi tanda nada G Major ialah seperti
berikut:
Guru menunjukkan dahulu isyarat tangan tersebut sambil menyanyikan skel. Ia boleh
diiringi oleh piano atau kibod atau dengan rakaman skel piano melalui laptop atau Pemain CD.
Kemudian guru menunjukkan satu per satu solfa kemudian murid-murid menirunya. Selepas
murid-murid dapat mengingat dan memahami semua solfa tersebut, barulah guru bersama-sama
dengan murid-murid menyanyikan skel sambil membuat isyarat Tangan Curwen.
7
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
8/24
Cara kedua pula ialah dengan melatih isyarat tangan solfa dan vokal secara triad tonik.
Triad tonik bagi G Major ialah not G, B dan D tinggi. Murid-murid dibahagi kepada tiga
kumpulan. Ketiga-tiga kumpulan itu menyanyikan not G, B, D tinggi atau Do-Mi-So. Murid-
murid membuat latihan solfa untuk triad tonik seperti dalam skor di atas. Kemudian guru boleh
membuat latihan yang lebih lanjut dengan setiap kumpulan murid menyanyi not berlainan pada
masa yang sama. Triad tonik tersebut akan membentuk bunyi kod atau nyanyian harmoni.
8
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
9/24
Daripada kedua-dua cara di atas, murid-murid telah dapat membiasakan diri dengan
isyarat tangan Curwen dan solfa. Guru bolehlah memasukkan latihan solfa untuk melatih lagu
Bunga Berkembang tersebut. Cara yang ketiga, guru menyanyikan solfa baris demi baris. Murid-
murid mendengar dengan tumpuan yang penuh. Kemudian guru menyanyikan solfa dan murid-
murid mengikut nyanyian solfa guru, baris demi baris. Contohnya, bagi frasa pertama:
Bi ar kan bu nga ber kem bang,
Do Re Mi Do so fa la - la
Di a tas tang kai nya
Ti Do Re ti - la - so
Seterusnya bagi cara yang keempat, guru melatih isyarat tangan Curwen murid baris
demi baris. Selepas murid-murid dapat membiasakan diri dengan pergerakan melodi atau solfa
lagu Bunga Berkembang, guru melatih lagu tersebut dengan memasukkan isyarat tangan
Curwen. Berdasarkan isyarat tangan Curwen, murid-murid dapat melihat tinggi rendah atau naik
turun pic. Guru menunjukkan isyarat tangan tersebut secara baris demi baris. Guru boleh
memasang rakaman suara solfa kemudian membuat isyarat tangan Curwen tanpa mengeluarkan
suara. Murid-murid mengikut guru secara baris demi baris.
Bagi cara yang kelima, guru dan murid menyanyikan solfa sambil membuat isyarat
tangan Curwen untuk baris demi baris kemudian keseluruhan lagu. Selepas itu barulah murid
menyanyikan lagu tersebut dengan sebutan lirik yang sebenar. Bagi setiap cara dan latihan yang
telah disebut, dari cara pertama hinggalah yang kelima, guru boleh mengubahsuai tempo lagu
agar murid-murid mudah mengikut dan membuat ulangan yang banyak supaya murid-murid
dapat membiasakan diri dengan sebutan solfa dengan pic yang betul dan juga isyarat tangan
Curwen yang betul.
9
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
10/24
3.0 Kaedah Pengajaran Lagu Baris demi Baris
Kaedah pengajaran lagu baris demi baris sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara
bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga
akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Dalam pengajaran kaedah baris demi baris, sepuluh urutan pengajaran
berikut boleh diikuti:
Langkah-langkah:
a. Menunjukkan kad imbasan perkataan bagi setiap baris.
b. Mengedarkan seni kata lagu untuk dibaca serta mengenal pasti perkataan yang susah.
c. Memperdengar keseluruhan lagu.
d. Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming.
e. Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming baris demi baris.
f. Membuat latihan nyanyian baris demi baris. Guru memberi perhatian kepada sebutan murid.
10
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
11/24
g. Terang dan latih murid untuk menguasai bentuk ayat.
h. Gunakan gambar untuk menerangkan maksud atau didaktik. Kalau perlu gunakan bahasa badan untuk
menyampaikan maksud.
i. Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.
j. Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.
Bagi langkah pertama, kad imbasan yang berwarna-warni, dengan saiz
perkataan yang sesuai digunakan. Kad imbasan yang berwarna-warna dapat menimbulkan rasa
seronok murid-murid dan menarik perhatian terhadap perkataan dalam baris yang ditunjukkan.
Contoh kad imbasan ialah seperti berikut:
11
BIARKAN BUNGA BERKEMBANG DI ATAS TANGKAINYA
JANGANLAH KAU PETIK SAYANG NANTI KAU MERANA
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
12/24
Bagi langkah yang kedua pula, guru dan murid sama-sama berbincang tentang
senikata lagu yang diedarkan. Guru perlu menggalakkan murid-murid mengeluarkan buah fikiran
sendiri terhadap lirik lagu yang diberi. Antara contoh perbincangan atau analisis lirik adalah pada
kesesuaian lagu terhadap tahap murid, panjang pendek setiap baris,dan kekerapan pengulangan
perkataan.
Bunga Berkembang
Biarkan bunga berkembang,
Di atas tangkainya
Janganlah dipetik sayang,
Nanti kau merana
Sengaja aku nyanyikan,
Lagu yang syahdu
Selalu aku bayangkan
Wajahmu nan ayu
Bunga berkembang di dalam hati,
Tak mungkin lagi aku menghindari
Kasih dan sayang telah bersemi,
Diriku seakan bermimpi
12
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
13/24
Lagu ini mempunyai 12 baris rangkai kata. Lagu ini sesuai dengan tahap murid yang
berada di Tahun 3 hingga Tahun 6. Antara perkataan yang agak sukar disebut ialah tangkainya,
syahdu dan menghindari. Perkataan terpendek dalam lagu ini ialah nan dan yang terpanjang
pula ialah menghindari. Perkataan yang selalu diulang ialah aku. Hujung setiap baris
mempunyai rima yang sama, iaitu seakan-akan puisi pantun. Contohnya,
Biarkan bunga berkembang,
Di atas tangkainya
Janganlah dipetik sayang,
Nanti kau merana
Hujung baris pertama, sama dengan hujung rima ketiga, iaitu berkembang dan sayang.
Manakala hujung baris kedua, sama dengan hujung rima baris keempat iaitu tangkainya dan
merana.
Seterusnya bagi langkah ketiga, guru menyanyikan atau memasang lagu melalui
pemain CD bagi keseluruhan lagu. Dengan ini, murid-murid akan mendapat idea bagaimana
pergerakan lagu itu dari mula hingga hujung lagu. Pada langkah ini, murid-murid haruslah dalam
keadaan sedia dan mendengar dengan penuh tumpuan. Mereka tidak digalakkan untuk menyanyi
mengikut lagu pada masa ini.
Langkah keempat pula, guru dan murid-murid sama-sama humming lagu tersebut
untuk keseluruhan lagu. Dalam langkah ini, murid-murid memberi tumpuan penuh kepada
pergerakan melodi dan bukan pada lirik. Dengan cara demikian, murid-murid dapat mengingat
melodi lagu dengan lebih baik.
Dalam langkah kelima pula, guru humming lagu secara baris demi baris, semasa guru
humming, murid-murid mendengar dengan tumpuan yang penuh. Selepas habis satu baris, guru
13
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
14/24
memberi isyarat dan murid-murid meniru humming yang didengari. Dengan ini, penguasaan
serta ingatan murid terhadap pergerakan melodi dapat diperkukuhkan lagi.
Seterusnya bagi langkah keenam, murid-murid membuat latihan nyanyian baris demi baris. Guru
memberi perhatian kepada sebutan murid. Dalam langkah ini, guru memberi perhatian kepada embouchure atau
bukaan mulut yang betul, terutama kepada sebutan vokal. Sebutan konsonan yang sering digunakan dalam lagu
ini juga seperti b, r, d dan m, harus diberi tumpuan. Sebutan yang betul dapat memberi impak kepada mud
dan keindahan lagu.
Dalam langkah ketujuh, guru menerangkan dan melatih murid untuk menguasai bentuk ayat. Guru
membiasakan murid dengan kesinambungan perkataan dalam suatu baris ayat. Setiap ayat mengandungi
perkataan yang berlainan. Bagi sesetengah murid, terdapat perkataan yang sukar disebut dan ini menyebabkan
murid tersebut tersekat-sekat semasa menyanyi. Contoh ayat yang sukar bagi murid-murid ialah seperti Bunga
berkembang di dalam hati, tak mungkin lagi aku menghindari.
Langkah kelapan guru menggunakan gambar untuk menerangkan maksud atau didaktik. Kalau perlu
gunakan bahasa badan untuk menyampaikan maksud. Sekiranya murid-murid menyanyi tanpa memahami
maksud perkataan lagu yang dinyanyikan, murid-murid akan senang lupa pada perkataan dan ayat. Dan yang
paling penting lagi, murid-murid menyanyi tanpa mud yang sesuai. Contoh perkataan yang perlu diberi gambaran
yang sesuai ialah seperti syahdu. Guru menunjukkan gambar seorang lelaki yang syahdu. Dengan ini, murid-
murid akan faham maksud syahdu sama seperti sedih atau murung.
Langkah kesembilan pula ialah murid-murid mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan
muzik. Langkah ini dibuat setelah murid-murid sudah menguasai melodi bagi setiap baris lagu yang diberi.
Langkah ini bertujuan agar murid-murid tidak terganggu atau terpengaruh dengan muzik iringan semasa
menyanyi lagu yang baru dipelajari. Guru boleh menggunakan kibod atau piano bagi memainkan melodi yang
sama dengan nyanyian. Selain itu, langkah ini membolehkan murid-murid mendengar suara sendiri semasa
menyanyi tanpa muzik. Dengan itu, murid boleh memperbaiki nyanyian sendiri.
Bagi langkah yang terakhir, setelah murid telah menguasai melodi dan irama lagu dengan baik, barulah
guru memasang muzik untuk mengiringi lagu tersebut. Langkah ini memberi kepuasan kepada murid-murid dan
membangkitkan rasa seronok mendengar iringan muzik yang dipasang. Guru juga boleh merasa puas dengan
hasil latihan nyanyian yang sempurna.
14
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
15/24
4.0 Improvisasi
Improvisasi muzikal ialah aktiviti kreatif berdasarkan konsep muzikal yang
menggabungkan persembahan dengan komunikasi emosi dengan teknik instrumental dan juga
respon spontan kepada pemuzik lain atau pada muzik yang didengar. Dalam artikel laman web
seorang pendidik muzik Program Violin Suzuki, kanak-kanak perlu diberi alat untuk berfikir,
diberi kebenaran untuk merasa, dan diberi peluang untuk mencipta sesuatu. Dalam aspek melodi,
guru boleh memberi peluang kepada murid-murid untuk merasa atau mencipta melodi sendiri
berdasarkan lagu atau muzik yang diperdengarkan. Contoh aktiviti untuk improvisasi melodi
ialah ialah aktiviti Pergerakan bagi pic tinggi dan rendah. Langkah aktiviti tersebut adalah seperti
berikut:
i. Murid diberi contoh pic rendah dan ditunjukkan gambar-gambar benda yang rendah.
ii. Murid diberi contoh pic tinggi dan ditunjukkan gambar-gambar benda yang tinggi.
iii. Murid mendengar lagu Bunga Berkembang yang diiringi instrument.
15
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
16/24
iv. Guru membenarkan murid-murid melakukan pergerakan sendiri dengan syarat jika
mereka mendengar pic rendah dalam lagu mereka membuat pergerakan aras rendah
manakala jika mereka pic tinggi dalam lagu mereka membuat pergerakan aras tinggi.
Pergerakan ini dilakukan semasa mendengar lagu di suatu ruang yang selesa kepada
murid-murid.
Seterusnya bagi aktiviti improvisasi bagi konsep irama, murid-murid menggunakan
kemahiran mendengar irama dalam lagu. Aktiviti ini bertajuk Improvisasi Bebas. Aktiviti
improvisasi irama yang dirancang ini menggunakan pelbagai jenis alat perkusi yang ada di
sekolah seperti kastenet, loceng, kerincing, tamborin, maracas, dram dan sebagainya. Sebelum
aktiviti dijalankan pastikan murid menunjukkan cara yang selamat untuk membunyikan alat-alat
perkusi tersebut. Dalam aktiviti ini, murid-murid boleh menggunakan teknik memainkan alat
muzik secara konvensional atau tidak konvensional. Semasa aktiviti ini, apabila lagu Bunga
Berkembang dimainkan, semua murid boleh memainkan alat-alat perkusi dengan corak irama
sendiri. Namun demikian, murid-murid mestilah mendengar antara satu dengan yang lain dan
tidak perlu memainkan alat perkusi untuk sepanjang lagu. Aktiviti ini dapat menguji penguasaan
murid terhadap irama panjang dan pendek dan juga not rehat.
4.1 Soal Jawab
Dalam improvisasi, teknik soal dan jawab juga merupakan teknik yang sering digunakan di
bilik darjah kerana ianya seronok dan mudah dilaksanakan. Teknik soal dan jawab merupakan
kaedah yang biasa digunakan dalam muzik jazz. Ia dilahirkan daripada latihan koir dalam gereja
dimana Paderi atau penyanyi Kantor menyanyikan sebaris lagu dan diulang atau dijawab oleh
umat lain yang tidak terpelajar dalam muzik.
16
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
17/24
Bagi konsep melodi, guru boleh membuat aktiviti soal jawab seperti berikut.
i. Guru bertanya dengan frasa melodi tidak lengkap, contohnya
Biarkan bunga berkembang.
ii. Murid-murid menjawab untuk melengkapkan frasa, contohnya
Di atas tangkainya.
Guru boleh menggunakan frasa-frasa lain di dalam lagu ini. Guru pastikan pic serta pergerakan
melodi frasa tersebut betul, jika kurang tepat maka guru menyanyikan dahulu melodi frasa yang
betul dahulu kemudian murid-murid meniru nyanyian guru.
Bagi konsep irama, teknik soal jawab yang digunakan ialah seperti berikut:
i. Guru menepuk corak irama bar pertama, murid-murid mengulang corak irama yang
sama. Contohnya:
Guru (soal): ta ta ta ti ti Murid (jawab): ta ta ta ti ti
ii. Guru menepuk corak irama yang sama, dan memilih seorang murid sahaja untuk
menjawab corak irama tersebut tetapi dengan corak irama yang berlainan.
Guru (soal): ta ta ta ti ti Murid (jawab): ta ti ti ta ti ti
Seboleh-bolehnya, dua not iaitu not pendek dan panjang sahaja digunakan pada mula
aktiviti. Jika murid sudah semakin mahir, barulah not baru diperkenalkan. Dalam soal jawab
irama, guru boleh memilih murid secara rawak. Berikan pujian dan peneguhan positif kepada
17
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
18/24
murid yang dapat menepuk corak irama yang lahir dari idea sendiri. Dengan ini, guru
menggalakkan murid berdikari dan lebih berani melahirkan idea sendiri pada masa akan datang.
18
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
19/24
5.0 Analisis Skor Bunga Berkembang berdasarkan Tekstur, Bentuk dan Harmoni.
5.1 Tekstur
Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu.
Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi
yang terdapat dalam sesebuah gubahan. Dalam lagu Bunga Berkembang, tekstur lagu ialah
monofoni di mana tekstur muzik yang hanya mempunyai satu baris melodi. Lagu dalam skor di
atas dinyanyikan secara solo tanpa sebarang iringan muzik.
Konsep muzik tekstur dapat ditunjukkan oleh guru dengan dua cara. Cara pertama ialah
dengan menyanyikan lagu tersebut dengan suara guru sendiri mengikut skor. Manakala cara
kedua pula ialah memainkan lagu tersebut dengan CD yang dirakam atau diambil dari mana-
mana sumber contohnya CD Lagu atau di muat turun dari internet.
Selain itu, guru juga boleh memperkenalkan konsep tekstur melalui lukisan. Bagi
membandingkan di antara tekstur monofoni, polifoni, homofoni dan heterofoni, guru boleh
19
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
20/24
membuat carta yang sesuai agar murid-murid dapat membezakan pelbagai jenis tekstur lagu yang
didengar.
Contoh gambar rajah yang boleh ditunjukkan kepada murid-murid adalah seperti berikut:
5.2 Bentuk
Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen
muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini boleh
diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik. Bentuk lagu Bunga
Berkembang mengikut seksyen ialah bentuk AB. Seksyen-seksyen tersebut ditunjukkan dalamlirik di bawah.
20
LAGU 1
LAGU 2
GAMBARAN GRAFIK JENIS TEKSTUR
MONOFONIK
POLIFONIK
HOMOFONIK
HOLOFONIK
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
21/24
Bunga Berkembang
Biarkan bunga berkembang,
Di atas tangkainya
Janganlah dipetik sayang,
Nanti kau merana
Sengaja aku nyanyikan,
Lagu yang syahdu
Selalu aku bayangkan
Wajahmu nan ayu
Bunga berkembang di dalam hati,
Tak mungkin lagi aku menghindari
Kasih dan sayang telah bersemi,
Diriku seakan bermimpi
Konsep muzik di atas dapat ditunjukkan dengan aktiviti pergerakan. Contohnya semasa
menyanyikan rangkap pertama dan kedua cikgu mengangkat Kad A, murid-murid bergerak ke
kiri kelas. Semasa menyanyikan rangkap ketiga atau korus, guru mengangkat Kad B dan murid-
21
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
22/24
murid bergerak ke kanan kelas. Dengan pergerakan begini, murid-murid boleh membezakan
seksyen-seksyen A dan B.
5.3 Harmoni
Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang
berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri daripada dua lapisan suara, dalam
bentuk kaunter melodi, lagu berkembar, kord, dron dan ostinato.
Contoh :
Dron ialah bunyi pic bes yang dimainkan secara berterusan dalam sesuatu persembahan. Kesan
harmonik atau monofonik atau iringan yang terdiri daripada satu not ataupun kord yang
diperdengarkan secara berterusan. Dron dapat mengukuhkan tonality atau tangga nada sesebuag
lagu. Teknik dron selalunya didapati di dalam muzik India atau dalam permainan Sape dari
Sarawak. Dalam lagu Bunga Berkembang, harmoni dron juga boleh dinyanyikan. Murid
dibahagikan kepada dua kumpulan; sebuah kumpulan menyanyikan melodi lagu, dan sebuah lagi
menyanyikan dron lagu. Dalam lagu Bunga Berkembang, kumpulan dron menyanyi not G iaitu
tonik bagi lagu ini.
22
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
23/24
Harmoni juga boleh ditunjukkan dengan permainan kibod dan nyanyian. Kibod memainkan kord
dan melodi manakala nyanyian menyanyikan bahagian kaunter melodi lagu. Contohnya seperti
skor yang ditunjukkan di bawah.
23
-
7/30/2019 Tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Lydia
24/24
24