EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Tajuk Jurnal : HUBUNGAN KUALITI PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI BILIK DARJAH DENGAN EFIKASI GURU(THE RELATIONSHIP BETWEEN QUALITY TEACHING AND LEARNING
SUPERVISION WITH TEACHERS’ EFFICACY)
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Melalui pembacaan yang dilakukan, pengkaji ini telah menyentuh dan
menyatakan hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan
efikasi guru. Dalam konteks kajian ini, elemen kualiti penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran didukung oleh tiga faktor iaitu, faktor pengetahuan, kemahiran
interpersonal, dan kemahiran teknikal. Kajian-kajian lampau membuktikan bahawa
ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan
penyeliaan pengajaran yang dijalankan dalam usaha membantu meningkatkan
tahap efikasi guru. Oleh itu, satu kajian kolerasi dijalankan bagi mengenal pasti
hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Kajian yang dijalankan terhadap
856 orang guru sekolah menengah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
di antara kualiti penyeliaan pengajaran dengan efikasi guru.
Pengkaji menjelaskan Pendekatan 'satu saiz untuk semua' tidak lagi relevan
dalam usaha meningkatkan pendidikan bertaraf dunia. Segala kemelut dan cabaran
yang terdapat dalam sistem pendidikan perlu ditangani segera agar kecemerlangan
dapat dilestarikan. Oleh itu, satu anjakan yang besar perlu dilakukan dalam pola
pengurusan pengajaran khususnya dari aspek kepenyeliaan agar keperluan dan
kemenjadian guru dapat dipertingkatkan.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan juga bahawa dapatan kajian ini
akan dapat memberi maklumat tentang kualiti proses penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di sekolah-sekolah. Oleh itu, pihak yang terlibat
khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah, Jemaah Nazir Sekolah, dan pengetua sendiri dapat
memanfaatkan kajian ini bagi mengatasi kekurangan dan kelemahan dalam amalan
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran sedia ada.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Guru adalah aset penting dalam usaha melonjakkan sistem pendidikan ke
tahap yang lebih tinggi. Justeru guru yang mempunyai tahap efikasi diri yang tinggi
akan mampu menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan berkesan. Elemen ini
adalah penting kerana kajian membuktikan bahawa efikasi guru mempunyai
hubungan yang signifikan dengan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh
itu, adalah diharapkan agar pihak yang terlibat tidak mengabaikan aspek ini dalam
merangka hala tuju sekolah yang selama ini lebih memfokuskan kepada
kemenjadian murid daripada profesionalisme guru.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua
pihak dalam usaha memartabatkan profesion perguruan dengan meningkatkan
kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru agar profesion keguruan dihormati dan
masa hadapan negara (PIPP 2006–2010, 2006: 106) dan amalan penyeliaan
sebagai tugasan ad hoc dapat diatasi.
Secara umumnya penyeliaan yang baik, menurut Light dan Cox (2001) dapat
memenuhi empat dimensi utama, iaitu intelektual, personal, sosial dan praktikal.
Inskipp dan Proctor (2001, dalam Murphy 2004) pula mengkategorikan fungsi
penyeliaan yang baik sebagai aktiviti mendidik, membimbing dan menasihati.
Seterusnya Glickman et al. (2004: 9), menegaskan ukuran kualiti penyeliaan adalah
berasaskan keberkesanan amalan penyeliaan. Menurutnya lagi, penyeliaan yang
berkesan memerlukan pengetahuan, kemahiran interpersonal, dan kemahiran
teknikal. Ketiga-tiga faktor ini diaplikasi dalam tugasan penyeliaan yang menawarkan
bantuan langsung guru dan berupaya untuk memenuhi keperluan mereka di
samping membantu meningkatkan kualiti pembelajaran.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Manakala, Sullivan dan Glanz (2000: 23) menegaskan penyelia memerlukan
kepakaran pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan mereka menghadapi
cabaran dalam bidang pendidikan. Sebaliknya, dalam situasi penyeliaan yang
kurang memberangsangkan, pengetua perlu mempunyai visi, tahap ketabahan dan
kesabaran yang tinggi serta konsisten (Nolan & Hover, 2004). Justeru, dalam
menangani perubahan menuju kepada penyeliaan yang berkualiti, pengetua selaku
Manakala, Sullivan dan Glanz (2000: 23) menegaskan penyelia memerlukan
kepakaran pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan mereka menghadapi
cabaran dalam bidang pendidikan. Sebaliknya, dalam situasi penyeliaan yang
kurang memberangsangkan, pengetua perlu mempunyai visi, tahap ketabahan dan
kesabaran yang tinggi serta konsisten (Nolan & Hover, 2004).
Justeru, dalam menangani perubahan menuju kepada penyeliaan yang berkualiti,
pengetua selaku penyelia dikehendaki menguasai segala pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan serta merombak sistem yang ada agar amalan
penyeliaan menjadi lebih berkesan dan menjurus kepada matlamat utama, iaitu
peningkatan kualiti pembelajaran murid. Jelasnya, penyeliaan yang berkualiti akan
membawa kepada kelangsungan kualiti.
Amnya, kajian ini adalah kajian kolerasi yang cuba mengenal pasti hubungan
antara pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian. Oleh itu, kajian ini menggunakan
kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam proses pengumpulan data dan maklumat.
Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Bagi
mengukuhkan dapatan serta meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian,
kaedah temu bual dengan dua orang guru di setiap buah sekolah turut dilakukan.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Sampel kajian ini terdiri daripada semua guru di sebelas buah sekolah kajian
di negeri Kedah yang melibatkan seramai 856 orang. Pengkaji telah memilih sekolah
kajian secara rawak mudah. Semua borang soal selidik diposkan oleh pengkaji
untuk dijawab guru kecuali mereka yang terlibat secara langsung dalam proses
penyeliaan seperti pengetua, guru penolong kanan, ketua bidang, kaunselor dan
penyelia petang. Seterusnya, pengkaji melakukan lawatan ke sekolah untuk
memungut semula borang soal selidik yang telah diedarkan dan melakukan temu
bual dengan dua orang guru di sekolah kajian. Temu bual yang dilakukan
berdasarkan satu set soalan yang telah dibangunkan bagi menyokong data kajian di
samping melihat isu yang diutarakan dalam kajian dalam sudut yang lebih luas.
Setiap responden yang ditemu bual dilekatkan kod yang berasingan.
Pengkaji telah mengumpulkan semua data di samping menganalisis data
menggunakan perisian Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi
11.5 mengikut keperluan soalan dan hipotesis kajian. Analisis deskriptif telah
digunakan bagi mengenal pasti taburan kekerapan, sisihan piawai, dan purata bagi
kajian ini. Selain itu, statistik inferensi juga telah digunakan, contohnya ujian kolerasi
Pearson bagi mengenal pasti hubungan, ANOVA bagi melihat perbezaan yang
mempengaruhi hubungan antara kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran
dengan efikasi guru.
Pemboleh ubah bebas bagi kajian ini ialah kualiti penyeliaan yang terdiri
daripada tiga elemen utama iaitu faktor pengetahuan, kemahiran interpersonal, dan
kemahiran teknikal. Ketiga-tiga faktor ini merupakan prasyarat yang perlu di dalam
proses penyeliaan kerana Kualiti Penyeliaan P&P dengan Efikasi Guru saling
berkait. Penyeliaan yang berkualiti hanya dapat disempurnakan oleh pengetua yang
menguasai ilmu kepenyeliaan, iaitu pengetua yang berkesan. Oleh itu, Glickman
(2003: 9), merumuskan gabungan faktor pengetahuan, kemahiran interpersonal, dan
kemahiran teknikal elemen penting yang perlu ada dalam diri seseorang penyelia
bagi menentukan keberkesanan proses penyeliaan.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Secara kesimpulannya, Efikasi guru yang sering dikaitkan sebagai kunci
kepada peningkatan kualiti persekolahan, kerana dapatan daripada kajian ini
menunjukkan terdapatnya hubungan secara langsung di antara kualiti penyeliaan
dengan efikasi guru. Guru adalah aset penting dalam usaha melonjakkan sistem
pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Justeru guru yang mempunyai tahap efikasi
diri yang tinggi akan mampu menyampaikan isi pelajaran dengan baik dan berkesan.
Elemen ini adalah penting kerana kajian membuktikan bahawa efikasi guru
mempunyai hubungan yang signifikan dengan penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, adalah diharapkan agar pihak yang terlibat tidak
mengabaikan aspek ini dalam merangka hala tuju sekolah yang selama ini lebih
memfokuskan kepada kemenjadian murid daripada profesionalisme guru.
Melalui kajian ini pengkaji telah mengetengahkan bukti yang kukuh bahawa
pengetua memainkan peranan penting dalam menentukan tahap efikasi guru
(Bandura, 1986; Ebmeier, 2003; Tschannen-Moran, Hoy & Hoy, 1998). Leithwood
(1977) menjelaskan guru-guru yang selesa dengan persekitaran kerja, mendapat
sokongan dan kerjasama daripada pentadbir akan cenderung mempunyai efikasi diri
yang lebih tinggi. Semakin tinggi kualiti penyeliaan maka semakin tinggi tahap efikasi
dan sebaliknya semakin rendah kualiti penyeliaan maka tahap efikasi juga akan
semakin menurun.
Melalui kajian ini juga pengkaji Berjaya membuktikan bahawa persepsi guru
menjelaskan keyakinan terhadap pengetua (pengetahuan), sokongan pengetua
(kemahiran interpersonal), dan penyeliaan aktif oleh pengetua (kemahiran teknikal)
merupakan antara faktor penting dalam menentukan efikasi guru kerana sikap
pengetua dapat mempengaruhi tahap efikasi guru.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Pengkaji menjelaskan bahawa hubungan baik antara pengetua dengan guru
tetap mendahului faktor lain dalam menentukan tahap efikasi guru terhadap
pengajaran. Antara bantuan yang dapat disalurkan oleh pengetua dalam
meningkatkan efikasi guru ialah melalui penglibatan guru dalam membuat
keputusan. Hubungan rapat antara guru dan penyelia melalui persidangan para
pemerhatian dan persidangan pasca pemerhatian mencerminkan sokongan padu
pihak pentadbiran terhadap inovasi dan pengajaran. Justeru, penyeliaan yang
dilakukan secara terancang dapat mengatasi rasa takut guru. Anjakan ini dapat
meningkatkan pengalaman langsung guru, yang disifatkan oleh Bandura sebagai
faktor penting untuk meningkatkan efikasi guru.
Kesimpulannya, pengetua yang mempunyai hubungan baik dengan guru dan
lebih berorientasikan pencapaian sekolah akan menghasilkan guru yang lebih
berefikasi tinggi (Reames & Spencer, 1998 dalam Fitzgerald, Wilson & Tan, 2004).
Dalam usaha meningkatkan efikasi guru, pengetua perlu mengenal pasti keperluan
dan kehendak guru bagi membolehnya menjalankan penyeliaan secara lebih
berkesan dan dapat diterima oleh semua pihak.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
BIBLIOGRAFI
Acheson, K. A. and Gall, N. D. (2003). Clinical supervision and teacher development: Preservice and inservice applications. (5th ed.). United States: John Wiley & Son.
Alfonso, R. J., Firth, G. R. and Neville, R. F. (1981). Instructional supervision: A behavior system (2nd ed.). Boston: Allyn and Bacon.
Ary, D., Jacobs, L.C. and Razavieh, A. (2002). Introduction to research in education. (6th ed.) United States: Wadsworth Thompson Learning.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006–2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Cogan, M. L. (1973). Clinical supervision. Boston: Houghton Mifflin.
Glickman, C. D., Gordon, S. P. and Ross-Gordon, J. (2004). Supervision and instructional leadership: A developmental approach (6th ed.). Boston: Pearson.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006–2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Murphy, N. W. (2004). Orientations to higher degree supervision: The interrelatedness of beliefs about supervision, research, teaching, and learning. Unpublished doctoral dissertation, Griffith University, Australia.
Nolan, J. Jr. and Hoover, L. A. (2004). Teacher supervision and evaluation: Theory into practice. Hoboken: John Wiley.
Pajares, F. (2002). Self-efficacy beliefs in academic contexts: An outline. Retrieved 31 October 2003, from http://www.emory.edu/EDUCATION/mfp/efftalk.html
Wiles, J. and Bondi, J. (2004). Supervision: A guide to practice (6th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson/Merrill/Prentice Hall.
Woolfolk Hoy, A. (2000). Changes in the teachers efficacy during the early years of teaching. Retrieved 5 January 2007, from http://www.coe.ohio-state.edu/ahoy /efficacy%2043%2022.pdf
Zepeda, S. J. (2002). Linking portfolio development to clinical supervision: A case study. Journal of Curriculum and Supervision, 18(1), 83–102.
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Tajuk Tugasan :
INDIVIDUAL SUBMISSION – 3 PAGES ESSAY ON SUPERVISORY OPTIONS FOR TEACHERS
Kaedah Penyeliaan Yang Dipilih Ialah Penyeliaan Klinikal( Clinical Supervision )
Nama Pensyarah : Dr. Ramli Basri
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
KONSEP PENYELIAAN
Menurut Raymond (2004), penyelia adalah seseorang yang mempunyai
deskripsi tugas merancang, mengagih tugas, mengarah, memberi kerjasama,
membuat penyelesaian masalah, memilih dan melatih, memotivasi, menasihat,
memperbaiki, mengurus tekanan dan mengawal kemajuan.
Secara khususnya, penyeliaan mempunyai objektif untuk menghasilkan
kaedah yang lebih baik untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat
menimbulkan iklim fizikal, sosial dan psikologikal yang lebih sesuai untuk pengajaran
dan pembelajaran. Selain daripada itu, ia mampu menghasilkan penyusunan secara
bersepadu segala usaha dan bahan bagi menentukan kesinambungan pengajaran
dan pembelajaran di samping mewujudkan kerjasama semua staf dalam mengatasi
masalah pengajaran.
Menurut Glickman (1991) pula penyeliaan pengajaran adalah sejenis
penyeliaan yang dinamik dalam proses perdidikan yang bertujuan untuk
mempertingkatkan lagi mutu pengajaran.Justeru, setiap penyeliaan perlu membawa
perubahan yang positif untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
Antara ciri-ciri yang perlu ada pada sekolah berkesan menurut Mortimore
(1995) ialah penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran dan pemantauan
kemajuan sekolah. Selaras dengan pandangan Mortimore (1995), Penyeliaan
pengajaran dilihat sebagai salah satu usaha penting dalam memantau
keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah.
Ini bertujuan memastikan guru-guru dapat memperkembangkan potensi diri
dan mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada. Penyeliaan pengajaran yang
dilihat sebagai usaha mendorong, menyelaras dan membimbing guru-guru dalam
hal pengajaran supaya mereka terus mampu berfungsi sejajar dengan
perkembangan semasa.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185 )
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Menurut Conrath N. (1983), tujuan pemantauan atau penyeliaan adalah untuk
memperbaiki lagi mutu pengajaran. Untuk melaksanakan aktiviti ini dengan
berkesan, pengetua atau penyelia seharusnya menguasai pengetahuan dan
kemahiran teknikal khusus dalam bidang kurikulum pengajaran, pengesanan dan
penilaian serta juga hubungan manusia. Kecekapan pengetua dalam melakukan
penyeliaan atau pemantauan membolehkannya membuat diagnosis masalah
pendidikan, membantu guru untuk memajukan kecekapan dan amalan mereka
dalam melaksanakan pengajaran (Glickman, 1985).
KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL
Model Penyeliaan Klinikal adalah satu penyeliaan secara langsung yang
boleh dilakukan oleh penyelia yang melibatkan pengetua atau guru besar bagi
membantu menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran. Penyeliaan Klinikal
hanya dapat dijalankan sepenuhnya apabila mendapat kerjasama atau timbul
persefahaman di antara kedua pihak yang boleh mencapai ke arah perubahan positif
sepanjang proses penyeliaan berjalan.
Model Penyeliaan Klinikal amat mementingkan perkara-perkara yang telah
dipersetujui antara penyelia dan guru untuk memperbaiki kelemahan,
mempertingkatkan kemahiran sedia ada melalui perbincangan dan maklumbalas
berlandaskan kriteria-kriteria yang dipersetujui. Menurut Cogan (1973) dan
Goldhammer (1969), model ini mengandungi program persendirian mengambilkira
rupabentuk putaran kegiatan yang melibatkan lima langkah yang perlu diambil oleh
penyelia dan guru iaitu; (1) Persidangan pra-pemerhatian (Pre Observing Planning
Conference); (2) Pemerhatian di bilik darjah (Classroom Observation); (3) Analisis
selepas pemerhatian (Post Observation Analysis); (4) Perbincangan selepas
pemerhatian (Post Observation Conference); dan (5) Analisis selepas perbincangan
(Post Conference Analysis).
Manakala menurut Alimuddin Mohd Dom (2006:17), penyeliaan atau
pemantauan klinikal ini dilaksanakan melalui empat peringkat :
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
RINGKASAN MENGENAI KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL
Prapemantauan/penyeliaan
Sebelum penyeliaan/pemantauan dilakukan, pengetua atau guru besar akan
mengadakan perbincangan dengan guru untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan
iaitu dari segi objektif, tajuk, pendekatan pengajaran dan jangkaanoutcome yang
akan dicapai melalui pengajaran yang akan dilaksanakan. Di samping itu latar
belakang tahap kebolehan pelajar juga turut dibincangkan supaya
penyeliaan/pemantauan mendapat gambaran awal.
Pemantauan/penyeliaan
Proses penyeliaan/pemantauan dilakukan di bilik darjah; guru besar/pengetua
kebiasaannya akan duduk di suatu sudut belakang bilik darjah. Kaedah, teknik dan
cara pengajaran guru dan pembelajaran pelajar menjadi fokus utama
penyeliaan/pemantauan. Catatan akan dibuat semasa pemantauan iaitu
menekankan dari segi kekuatan dan kelemahan guru. Pengetua dan guru besar
hendaklah menurunkan keupayaan dan kebolehan diri mereka sesuai seperti
seorang pelajar yang ada di bilik darjah berkenaan. Apa yang perlu dilihat ialah dari
segi pengajaran, ilmu yang disampaikan, kejelasan suara, penggunaan alat bantu
mengajar, kawalan bilik darjah, memahami apa yang disampaikan dan pelajar-pelajr
mendapat pengetahuan serta kemahiran daripada pengajaran guru tersebut.
Analisis
Proses ini dilakukan oleh pengetua dan guru besar yang akan membuat refleksi dan
merangka kesimpulan daripada proses pengajaran dan pembelajaran tersebut
bersama guru. Catatkan segala kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri guru,
teknik penyampaian, ilmu yang disampaikan, penerimaan pelajar dan jangkaan yang
ingin dicapai. Penggunaan alat video dan perakan kadang-kadang boleh membantu
dalam membuat sesuatu analisis.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Pascapemantauan/penyeliaan
Pengetua/guru besar dan guru bertemu bagi membincangkan analisis yang telah
dibuat dan memberikan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Pada
peringkat ini, kekuatan dan kebolehan guru besar diperlukan bagi membimbing dan
memandu anak buahnya. Guru-guru yang didapati mempunyai kelebihan dalam cara
penyampaian dan pengajaran boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk menjadi
contoh kepada guru lain terutama guru baru.
Seterusnya Alimuddin Mohd Dom (2006:59) menyatakan kaedah pengurusan
dalam organisasi pembelajaran yang paling berkesan ialah melalui aktiviti
penyeliaan/pemantauan dan pencerapan yang kerap dan selalu dilakukan oleh guru
besar terhadap guru-gurunya. Dengan melihat dan menyelia/memantau sendiri
pengajaran guru di bilik darjah akan memberi peluang kepada kepimpinan sekolah
mengetahui tahap keupayaan dan kebolehan guru-guru serta memudahkannya
mengambil tindakan penambahbaikan. Penyeliaan/pemantauan dan pencerapan
hendaklah dijadikan amalan kebiasaan dan budaya di sekolah di mana guru besar
serta guru-guru kanan terlibat secara langsung dalam aktiviti ini. Apabila aktiviti telah
menjadi amalan dan budaya di sekolah, guru-guru tidak akan berasa bimbang dan
mereka sentiasa bersedia untuk dipantau atau dicerap pada bila-bila masa.
BAGAIMANA KAEDAH PENYELIAAN KLINIKAL DIAPLIKASIKAN OLEH
PENGETUA/GURU BESAR DI SEKOLAH
Sebagai pemimpin profesinalisme, pengurus dan pentadbir, pengetua atau guru
besar bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di
sekolahnya. Dengan kata lain pengetua atau guru besar bertanggungjawab
memastikan proses di mana guru mengajar dan murid belajar terus berjalan di
sekolahnya tanpa gangguan.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Penyeliaan yang dijalankan seharusnya dapat mewujudkan suasana yang
sihat dan berkesan. Sekiranya semua perkara di atas diambil kira dan diberi
perhatian oleh pengetua atau guru besar dalam proses penyeliaan mereka dan
dilakukan secara berkala dan berterusan sudah pastilah akan mempengaruhi
kecemerlangan kerja guru. Di samping itu. perlu disedari amalan penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah perlu dijalankan secara sistematik dan
berlandaskan kepada hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk
mencari kesalahan guru.
Sekiranya amalan penyeliaan terhadap guru dibuat secara sistematik dan
bermakna, prestasi pengajaran dapat dipertingkatkan. Penyeliaan yang berfokuskan
kepada pencapaian pelajar, iaitu hasilan yang telah ditetapkan dan dipersetujui
bersama serta bukan berfokuskan kepada proses, boleh meningkatkan hasil
pembelajaran. Justeru itu, kesan tingkah laku guru terhadap pengajaran dan
pembelajaran dapat juga dipertingkatkan. Ini melibatkan kebolehan mengdiagnosis
masalah pendidikan,membantu guru untuk memajukan kecekapan atau amalan
mereka dalam melaksanakan pengajaran dan penyeliaan yang berkesan sama ada
dalam bentuk umum atau klinikal.
KESIMPULAN
Pada pandangan saya, kecemerlangan kerja guru saling berkait rapat dengan
proses penyeliaan dan pencerapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah.
Justeru, kadar penyeliaan yang tinggi dapat meningkatkan lagi prestasi akademik di
sekolah. Oleh itu, penyeliaan dan pencerapan oleh pihak pengurusan amat perlu
dan ia perlu diteruskan serta dijalankan dengan telus dalam memastikan
kecemerlangan kerja guru. Penyeliaan yang berterusan oleh pihak pengurusan
sekolah , akan membantu guru membina kemahiran dalam perancangan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta menghadapi masalah pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih yakin dan positif.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Di samping itu, kecemerlangan hasil kerja guru dapat dipertingkatkan apabila
guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan sentiasa
membuat perancangan serta menguasai subjek pengajaran. Malah peranan
penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah turut membantu meningkatkan
kecemerlangan dan profesionalisme guru serta pelajar.
Selain itu, penyeliaan dapat membantu guru-guru untuk mengajar dengan
lebih berkesan serta melicinkan tugas-tugas pengajaran. Jangkaan guru ini hanya
akan dicapai jika pengetua atau guru besar yang menjalankan penyeliaan
mempunyai kepimpinan pengajaran yang tinggi dan memiliki pengetahuan serta
kemahiran yang lebih baik daripada guru yang diselia.
Walaubagaimanapun, penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang
diamalkan sekarang menimbulkan perasaan cemas dan resah dalam kalangan guru-
guru. Penyeliaan oleh pengetua atau guru besar serta wakil yang diberi kuasa
kadang-kadang menyelia di dalam bilik darjah dan menyemak buku rekod
persediaan mengajar sahaja. Aspek meningkatkan profesionalisme guru kurang
diberi penekanan. Penyelia harus mempunyai kebolehan, kemahiran dan kepakaran
untuk melakukan penyeliaan. Pentadbiran sekolah tidak seharusnya menganggap
penyeliaan satu perkara rutin sahaja.
Kualiti penyeliaan dalam kalangan penyelia perlu dipertingkatkan dengan
memberikan pemahaman mendalam terhadap setiap peringkat proses penyeliaan
secara klinikal seharusnya dilakukan; Seterusnya, konsep penyeliaan pengajaran
harus benar-benar difahami oleh semua pihak yang terlibat; penyelia, guru dan
pelajar bagi memastikan masing-masing dapat memainkan peranan ke arah
mewujudkan satu sistem penyeliaan yang lebih sistematik dan berjaya.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Di samping itu, penyelia harus benar-benar faham keseluruhan konsep dan
proses penyeliaan untuk disampaikan kepada guru-guru. Seterusnya, program
penyeliaan berkala perlu diberi perhatian serius dan dilaksanakan secara berterusan
bagi mengelakkan unsur bias dalam penyeliaa. Kemudiannya, penyelia juga perlu
bersifat sebagai pemimpin pengajaran di mana beliau perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang apa yang hendak diselia agar dapat dijadikan
sebagai pakar rujuk oleh guru-guru. Seperti yang duinyatakan oleh Pavan (1993)
bahawa dalam model-model penyelidikan klinikal jika para pentadbiran dapat
mengubahsuai amalan penyelidikan klinikal untuk meningkatkan kepuasan kerja
guru. Maka akan lebih ramai guru berpuas hati untuk meneruskan serta
mempertingkatkan amalan pengajaran mereka.
Saya juga yakin sekiranya kaedah penyeliaan seperti penyeliaan klinikal
boleh meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan
melalui pemupukan kebolehan guru, dan membentuk serta menyelaraskan semua
daya usaha guru-guru. Kualiti pendidikan yang tinggi hanya dapat dicapai jika para
pendidik dan penyelia pendidikan mempunyai dedikasi dan tanggungjawab yang
tidak berbelah bagi. Penyeliaan yang berkualiti akan memberi kesan yang baik
kepada pertumbuhan pelajar. Jika dilihat kepada objektif penyeliaan yang
disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pendekatan klinikal dilihat paling
relevan dan sesuai sekiranya dijalankan dengan sesuai dan tepat.
Saya yakin, penyeliaan pengajaran yang dijalankan secara bersama dengan
guru ialah kunci kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah dan sekolah. Ini berdasarkan hakikat bahawa guru yang terlibat dalam
amalan penyeliaan berkaitan dengan matlamat biasanya akan mengubah tingkah
laku mereka secara positif. Dalam konteks ini, penyeliaan pihak pengurusan
terhadap pihak yang diselia iaitu guru merupakan satu usaha ke arah meningkatkan
kebolehan warga pendidik menghadapi cabaran dunia pendidikan dalam era
globalisasi.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)
EDU5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
BIBLIOGRAFI
Alimuddin Mohd Dom (2006). Kepimpinan instruktional : Peranan pengetua dan
gurubesar dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Putrajaya : Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan.
Faridah dan rakan-rakan (2005). Kesan penyeliaan pihak pengurusan terhadap
kecemerlangan kerja guru di SM Teknik, Kluang. Seminar Pendidikan, Fakulti
Pendidikan; Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Ashikin Dr. dan Azizan (2006). Organisasi pembelajaran sebagai satu faktor
keberkesanan sekolah. Kajian Kes.
Radi Yahya (2007). Amalan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru sains di
sekolah menengah daerah Muar, Johor. Tesis; Universiti Teknologi Malaysia.
Ramiah (1986). Penyeliaan kIinikal satu pendekatan terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kertas Kerja Persidangan Tahunan Jemaah Nazir Sekolah
Persekutuan: RECSAM Pulau Pinang, 9 hingga 19 November, 1986.
KASTURI TELAGAM A/P CHINNA THAMBI (JM40185)