Download - Tugasan 5 Biodiversiti
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
1/32
Nama : Mohamad Azwan bin Azahari
TUGASAN 5: KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI
Tujuan : 1.Untuk mengenal pasti nilai-nilai biodiversiti terhadap kehidupan
2. Untuk mengenal pasti kelebihan biodiversiti terhadap kehidupan
Pengenalan:
Alam semula jadi adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula
jadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai
pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam
semula jadi yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit
sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Selain itu, biodiversiti turut menyumbang sebahagian besar sumber pendapatan
kepada manusia sejagat. Sumbangan-sumbangan yang disebutkan di atas sekali gus
turut menyediakan faedah ekonomi secara menyeluruh dalam kehidupan manusia. Ia
juga sangat penting dan menjadi penyumbang secara langsung kepada sumber
pendapatan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Satu contoh yang jelas
ialah bioprospek' iaitu pencarian ke atas hasil biotik yang tidak diketahui kegunaan
spesifik seperti pestisid semula jadi, toksin antifungal dan enzim. Penemuan senarai
hebat sumber serbaneka' yang disumbangkan oleh biodiversiti juga merangkumi
kebanyakan bahan binaan yang sangat penting daripada bahan balak dan bukan balak
dalam sektor perhutanan, gentian, bahan bakar, damar, rotan, haruman, bahan
pewarna dan getah. Walaupun hasil keluaran tersebut bernilai rendah, namun pada
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
2/32
umumnya ia sangat berguna kepada masyarakat dan penjanaan ekonomi sesebuah
negara.
Malah bagi sesetengah negara, biodiversiti memberi sumbangan ekonomi yang
besar melalui aktiviti pelancongan dan rekreasi. Ekosistem marin misalnya boleh
dijadikan kawasan tarikan bagi aktiviti pelancongan seperti taman laut yang boleh
menjana kepada pembangunan ekonomi yang besar kepada sesebuah negara. Bagi
mereka yang menghabiskan percutian sambil menikmati alam semula jadi dianggarkan
menyumbang sekurang-kurangnya 500 bilion setahun sumber pendapatan kepada
negara yang dilawati. Bahkan biodiversiti juga turut memberi sumbangan yang besar
kepada ekonomi sesebuah negara melalui aktiviti penyelidikan, terutamanya melalui
hasil penyelidikan yang dikomersialkan dan dipasarkan ke peringkat global.
Biodiversiti juga turut memberi sumbangan terhadap nilai budaya dan agama.
Adalah bukan sesuatu yang aneh jika manusia ingin menghabiskan masa yang banyak
untuk mendekati alam. Ini kerana, manusia secara naluri memperoleh kepuasan estetik
dan rohani daripada biodiversiti dan persekitaran yang didiami. Malah ada kajian
mendapati bahawa emosi yang baik dapat ditambah apabila kita menyelami keindahan
alam semula jadi. Dalam agama Islam sendiri pun menggalakkan kita sebagai makhluk
di bumi ini mencintai keindahan alam semula jadi kita. Dengan kata lain, ia memberisumbangan yang penting dari aspek sosial misalnya untuk menjalankan kegiatan
rekreasi luar seperti memburu, memancing, berkhemah, berkelah, menerokai sumber
biodiversiti dan menikmati keindahan alam. Bukan itu sahaja, bahkan hubungan yang
rapat antara manusia sejagat dan biodiversiti juga turut digambarkan melalui seni,
agama dan adat resam pelbagai budaya manusia. Warisan kerohanian kita ini akan
hilang selamanya jika kita sebagai khalifah Allah di bumi ini tidak menjaganya dengan
baik dan membiarkan kemusnahan dilakukan secara berterusan ke atas biodiversiti
kita.
Dengan menghayati sumbangan-sumbangan yang cukup besar yang diperoleh
daripada komponen biodiversiti, ia jelas menggambarkan bahawa manusia sangat
bergantung kepada sumber biodiversiti untuk meneruskan kelangsungan hidup dan
pembangunan. Kewujudan biodiversiti jangka panjang sangat perlu dalam memastikan
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
3/32
pencapaian berterusan terhadap pembangunan manusia sejagat. Justeru itu,
komponen biodiversiti perlu dipelihara terutamanya dalam mengekalkan sesuatu habitat
kerana setiap satu spesies yang menghuninya mempunyai nilai yang tersendiri
terhadap kehidupan sejagat. Nasib biodiversiti kita pada masa hadapan adalah
bergantung kepada bagaimana manusia mengolah dan menggunakannya pada hari ini.
Penggunaan sumber biodiversiti secara terkawal dan disusuli dengan program
pemuliharaan akan mampu menyelamatkan khazanah biodiversiti yang kita pinjam
daripada anak cucu kita. Dalam mengekalkan kelebihan biodiversiti yang ada, aspek
yang penting adalah bagaimana kita menggalas cabaran yang melanda biodiversiti dan
kehidupan kita setiap hari. Jika kita mampu memikul tanggungjawab menjaga khazanah
alam yang diamanahkan kepada kita dengan baik, ia akan dapat dipelihara dan
dikekalkan untuk turut dinikmati oleh generasi seterusnya.
Alat radas: Kertas, pensel, binokular, kamera
Prosedur:
1. Menyertai aktiviti-aktiviti seperti berikut:
I. Bird Watching
II. Tayangan video Taman Negara at Department of Wildlife Interpretive
Centre
III. Night Jungle Walk (Pemerhatian Haiwan dan Serangga)
IV. Jungle Trekking ke Bukit Teresek (Melintasi Canopy Walkway Terpanjang
di dunia)
V. Short Trek ke Canopys Jetty (Rapids Shooting)
VI. Melawat Perkampungan Orang Asli
VII. Melawat Pusat Konservasi Ikan Kelah Tenor
VIII. Melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah
2. Memerhati dan menyenaraikan nilai-nilai biodiversiti terhadap kehidupan melalui
temu bual bersama-sama pegawai bertugas berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan seperti di atas.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
4/32
3. Memerhati dan menyenaraikan kelebihan biodiversiti terhadap kehidupan melalui
temu bual bersama-sama pegawai bertugas berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan seperti di atas.
4. Hasil dapatan dilengkapkan ke dalam jadual .
Keputusan:
BilAktiviti
dan lokasiNilai Biodiversiti Kelebihan Biodiversiti
1. Bird Watching Nilai kemapanan alam
sekitar
Hutan Lipur yang
diisytiharkan sebagai
Hutan Yang Tinggi Nilai
Pemuliharaannya (High
Conservation Value
Forest- HCVF)
Peranan burung
membantu tumbuhan
menyebarkan biji benih.
Peranan tumbuhan
membekalkan makanan
kepada burung.
Hubungan mutulisme
antara burung dengan
tumbuh-tumbuhan dan
pokok-pokok
menguntungkan kedua-
dua pihak.
Dijadikan tapak eko-
pelancongan.
Banyak pelancong
dari luar negara
mengunjungi
Taman Negara atas
sebab keaslian
alam sekitar yang
tidak dapat dicari di
negara asal
mereka.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
5/32
Mewujudkan ekosistem
yang seimbang.
Nilai menyayangi dan
menghargai alam sekitar
kesedaran tentang
perlunya memelihara
dan memulihara alam
sekeliling untuk
mengekalkan
keseimbanganekosistem.
Hutan menyediakan
tempat tinggal untuk
burung
Dijaga dengan baik
Jika pokok ditebang,
burung tidak mempunyai
dahan untuk dihinggapi,
burung mungkin akan
terbang dan hinggap di
rumah-rumah. (bandar
dibanjiri burung,
membawa kesulitan)
2. Tayangan video
Taman Negara
at Department
Menyayangi Dan Menghargai
Alam Sekitar
- Paparan video
Memberi kesedaran kepada
manusia betapa pentingnya
menjaga alam sekitar dan
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
6/32
of Wildlife
Interpretive
Centre
bagaimana haiwan-
haiwan terancam ini
ditangkap dan
dilepaskan ke dalam
hutan- Kepelbagaian spesis
terancam telah dibawa
masuk ke Taman
Negara dan dibiarkan
bebas berkeliaran
bagi meneruskan
kelangsungan hidup
- Fungsi orang aslidalam memelihara
alam semula jadi dan
sumbangan mereka
terhadap biodiversiti
Kemapanan Alam Sekitar
- Kedua-dua flora dan faunadi hutan tersebut
mempunyai peranan
masing-masing dalam
menyeimbangi ekosistem
Peka terhadap isu-isu alamsekitar
Menyedari kesan sekiranya
habitat dan hutan
berkurangan ke atas
hidupan di atas muka bumi
memelihara flora dan fauna
yang sedia ada untuk
generasi akan datang.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
7/32
dan alam sekitar
Kesedaran kepada
pengunjung untuk sama-
sama melindungi spesis
yang ada pada masa
sekarang buat tatapan
generasi akan datang
3. Night Jungle
Walk
(Pemerhatian
Haiwan dan
Serangga)
Menyayangi dan menghargai
alam sekitar
Laluan yang terbuka
merapatkan pengunjung
dengan alam semula jadi
(hutan)
Setiap flora dan fauna yang
terdapat di kawasan
tersebut dibiarkan
berkeliaran dengan bebas
asalkan tidak mengganggu
ketenteraman dan
keselesaan pengunjung
Binatang yang terdapat di
situ masih lagi diberi makan
oleh pihak PERHILITAN
namun dibiarkan bebas
untuk bergerak ke mana
saja ia suka
Pemandu pelancong
mengemudi rombongan
Memberikan peluang
kepada pengunjung
untuk merasa
pengalaman sendiri
berjalan di dalam hutan
pada waktu malam dan
memerhati haiwan
yang aktif dan pasif
pada waktu malam
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
8/32
bagi tidak mengganggu
haiwan yang berada dalam
keadaan pasif
Kemapanan Alam Sekitar
Flora dan fauna yang
terdapat di kawasan tersebut
saling memerlukan satu
sama lain bagi memastikan
ekosistem terus seimbang
dan teratur
Keharmonian antara manusia
dengan alam sekitar
Pengunjung tidak
dibenarkan mengambil dan
membawa pulang flora atau
fauna yang dijumpai
Pengunjung tidak
dibenarkan untuk
mengganggu haiwan yang
tidur atau berada dalam kea
Peka terhadap isu-isu alam
sekitar
Pengalaman untuk
mengenali dan mengetahui
spesies flora dan fauna yang
terdapat di dalam hutan
hujan tropika.
Mengetahui fungsi dan
peranan spesies flora dan
fauna yang terdapat di
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
9/32
dalam hutan tersebut
terhadap ekosistem
Menyedari kesan sekiranya
habitat dan hutan
berkurangan ke atas
hidupan di atas muka bumi
dan alam sekitar
4. Jungle Trekking
ke Bukit
Teresek
(Melintasi
Canopy
Walkway
Terpanjang di
dunia)
Menyayangi dan menghargai
alam sekitar
Laluan yang memberikan
pengalaman dan mengenali
keajaiban dan rahsia
Taman Negara.
Dapat melihat, mendengar
dan menikmati
kepelbagaian hutan hujan
tropika.
Perjalanan mengambil
masa 45 minit bagi jarak
sejauh 1.5 kilometer
sebelum ke laluan kanopi
terpanjang di dunia
sepanjang 500 meter.
Laluan denai ditukar kepada
laluan bertangga untuk
memelihara flora dan fauna
yang musnah apabila
dipijak oleh pengunjung.
Dijadikan tapak eko-
pelancongan.
- Memberikan
pengunjung
pengalaman
sendiri untuk
melihat keindahan
semula jadi taman
negara.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
10/32
Laluan kanopi yang dibina
antara satu pokok dengan
pokok yang lain setinggi 40
meter dari atas tanah
memberikan pemandangan
yang luas untuk meninjau
kawasan hutan hujan
tropika.
Nilai: kemapanan alam sekitar
Kebergantungan antara
komponen abiotik dengan
komponen biotik dapat
dilihat semasa melalui laluan
ke Bukit Teresik.
Flora dan fauna hidup dalam
ekosistem yang seimbang
dan tidak terganggu dengan
anasir luar.
Nilai : Keharmonian antara
manusia dengan alam sekitar
keadaan saling
memerlukan hubungan
harmonis antara manusia
dengan alam sekeliling
supaya kualiti kehidupan
manusia dan alam
sekeliling terpelihara.
Pengunjung tidak
dibenarkan mengambil dan
membawa pulang flora atau
fauna yang dijumpai di
sepanjang laluan ke Bukit
Teresik.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
11/32
Ini supaya keadaan asal
atau habitat asal semulajadi
flora atau fauna dapat
dikekalkan sebaik mungkin
agar tidak dirosakkan.
Peka terhadap isu-isu alam
sekitar
Pengalaman untuk
mengenali dan mengetahui
spesies flora dan fauna yang
terdapat di dalam hutan
hujan tropika.
Pengetahuan tentang
kelebihan dan keistimewaan
spesies flora dan fauna yang
terdapat di dalam hutan
hujan tropika.
5. Short Trek ke
Canopys Jetty
(Rapids
Shooting)
Nilai Keharmonian antara
manusia dengan alam
sekitar
Air sungai jernih, boleh
nampak batu-batuan,
kehidupan kecil dalamair.
Terdapat jeram yang
mengalir dengan cepat.
Jika air tercemar,
Dijadikan tempat
beristirahat
Membawa
ketenangan kepada
jiwa
Menjauhi bandaryang sibuk
Menikmati ciptaan
Tuhan yang begitu
menakjubkan.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
12/32
penduduk di situ
terutamanya orang asli
tidak dapat menjalankan
kehidupan mereka. (x
membasuh baju,
minum)
Nilai Peka terhadap isu-isu
alam sekitar
Pasang dan surut air
sungai pada kadar yang
normal
Pernah berlaku banjir
yang sangat teruk
sehingga membanjiri
Tangga yang menuju ke
Taman Negara Kuala
Tahan.
Kepentingan sungai
Sumber makanan
kehidupan air
Sumber air orang asli
yang menetap di situ
Tempat tinggal
kehidupan air
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
13/32
6. Melawat
Perkampungan
Orang Asli
Keharmonian antara manusia
dengan alam sekitar
- Keadaan saling
memerlukan hubungan
yang harmonis antara
manusia dengan alam
sekeliling supaya kualiti
kehidupan manusia dan
alam terpelihara.
Keharmonian antara Orang
asli dengan Taman Negara
Pahang
Kawasan hutan sebagai
tempat orang asli mencari
rezeki dengan menjalankanrutin harian seperti
memburu dan mengutip
hasil hutan.
Kawasan hutan yang luas
sesuai bagi mereka
berpindah-randah yang
dikaitkan dengan
kepercayaan animisme
seperti berlaku kematian
dan bencana.
Kediaman mereka dibina
dengan menggunakan
Eko-Pelancongan
Perkampungan orang
asli di Taman Negara
menjadi tumpuan
pelancong domestik
serta antarabangsa
sebagai destinasi eko-
pelancongan.
Pekerjaan sesetengah
orang asli sebagai
pemandu pelancong
dan pemandu bot.
Hasil kraf tangan dijual
kepada pelancong.
Kehadiran pelawat
dari seluruh duniadapat memberi
sumber rezeki kepada
orang asli.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
14/32
sumber hutan seperti
nipah, daun, buluh dan
kayu.
Sektor pertanian dijalankan
oleh orang asli seperti
penanaman pokok pisang,
kelapa sawit dan getah.
Kemahiran yang diwarisi
secara turun temurun
seperti memburu dengan
menggunakan sumpit dan
menghidupkan api dengan
kayu meranti membolehkan
orang asli menyara hidup
mereka di dalam hutan.
Makanan dan fiber seperti
pisang hutan, pucuk pokok
neram, buah belimbing,
rambutan pacat dansebagainya dapat diperoleh
dari hutan.
Permainan kanak-kanak
dari sumber hutan seperti
pop leaf.
Bekalan air minuman,
mandi dan cuci baju bagi
perkampungan orang asli
adalah dari anak sungai
Taman Negara.
Terdapat banyak sumber
hutan dapat dijadikan
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
15/32
sebagai ubat bagi orang
asli seperti
perah(mencegah penyakit
malaria), tapak hantu
(diminum oleh orang asli
yang bersalin) , ubi gadong
(dimakan oleh bayi untuk
kebaikan tulang) dan
sebagainya.
Kesederhanaan
- Bersikap tidak keterlaluan
dalam membuat
pertimbangan dan
tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan
atau perlakuan tanpa
mengabaikan
kepentingan diri sendiridan orang lain.
Orang asli
Orang asli mudah berpuas
hati dengan kehidupan
yang sederhana. Mereka
tidak memburu dan
mengutip hasil hutan
secara berketerlaluan
sehingga merosakkan
keseimbangan ekosistem.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
16/32
Menyayangi dan menghargai
alam sekitar
- Kesedaran tentang
perlunya memelihara alam
sekitar dan memulihara
alam sekeliling untuk
mengekalkan
keseimbangan ekosistem.
Orang asli
Orang asli mempunyai rasa
kepunyaan terhadap taman
negara. Mereka merasa diri
sendiri merupakan
sebahagian daripada hutan
ini dan mereka
berpendapat bahawa
mereka tidak dapat terus
hidup tanpa hutan ini. Olehitu, mereka tidak
menjalankan sebarang
aktiviti yang akan
merosakkan keseimbangan
ekosistem.
7. Melawat Pusat
Konservasi
Ikan Kelah
Tenor
Menyayangi dan menghargai
alam sekitar
- Kesedaran tentang
perlunya memelihara
Eko-Pelancongan
Pusat Konservasi
Ikan Kelah Tenor di
Taman Negara
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
17/32
alam sekitar dan
memulihara alam
sekeliling untuk
mengekalkan
keseimbangan ekosistem.
Aktiviti memelihara dan
memulihara habitat Ikan
kelah
- Aktiviti penyelidikan
seperti kajian populasi
dan habitatnya
dilaksanakan untuk
memastikan spesies ikan
air tawar tersebut
terpelihara.
- Pemulihan spesies ikan
kelah membolehkan
populasi ikan bertambahdi sungai-sungai Taman
Negara.
- Projek pemulihan dan
pembiakan santuari
termasuk penyelidikan
secara terancang dirintis
Universiti Sains Malaysia
(USM) dengan kerjasama
Perhilitan bermula 2001
dengan membina kolam
asuhan ikan kelah
berhampiran pejabat
menjadi tumpuan
pelancong domestik
serta antarabangsa
sebagai destinasi eko-
pelancongan kerana
ikan kelah hanya
dapat ditemui di Asia
seperti India, Thailand,
Malaysia dan
Indonesia.
Hanya tiga spesies
terdapat di Malaysia
iaitu jenis kelah
merah.
Pelancong berpeluang
memerhati dan
memberi makanan
kepada pelbagai jenis
ikan terutama ikankelah.
Pelancong boleh
bermain dengan ikan
kelah dalam sungai.
Sumber makanan
Ikan kelah digelar
sebagai Raja
Sungai mempunyai
isi yang enak
sehingga sisiknya
boleh digoreng dan
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
18/32
Perhilitan Taman Negara.
- Pengawalan aktiviti
manusia oleh Jabatan
Perlindungan Hidupan
Liar dan Taman Negara
(Perhilitan).
Kemapanan alam sekitar
- Pengekalan
keseimbangan alam
sekeliling sebagai
tanggungjawab bersama
untuk kesejahteraan
hidup.
Keseimbangan habitat ikan
kelah
- Habitat semula jadi ikan
kelah adalah di hulusungai yang lebih 500
meter dari paras laut.
- Ikan kelah adalah
spesies ikan air tawar
yang lasak dan lincah
berenang.
- Sungai Tahan (Santuari
Ikan Kelah Lubuk Tenor)
sesuai kepada
kehidupan ikan kelah
kerana aliran air yang
deras.
dimakan seperti
keropok
menyebabkan harga
bagi sekilogram kelah
boleh mencapai
ribuan ringgit.
Ikan yang paling liar
dengan pergerakan
yang laju seperti
torpedo berbanding
ikan lain.
Ikan kelah boleh
membesar dengan
berat mencecah lebih
50 kilogram (kg)
mempunyai garisan
lateral (tengah) yang
jelas dilihat di tengah-
tengah bahagianbadan, selain itu,
mempunyai sisik yang
besar dan cantik.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
19/32
- Suasana taman negara
yang sunyi dan tidak
diganggu kepada
persekitaran sesuai
kepada kesediaan ikan
untuk bertelur.
- Kelah berlaga terutama
di kawasan anak sungai
yang berarus dan
berbatu untuk
memudahkan pasangan
bertelur supaya
pembiakan berterusan.
- Persaingan yang positif
dengan spesies ikan lain
seperti ampam jawa,
jelawat dan kerai.
Mematuhi peraturan dan
undang-undang
- Menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-
undang yang telah
ditentukan.
Menguatkuasa undang-
undang
Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar dan Taman
Negara (Perhilitan)
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
20/32
sentiasa menjalankan
pemantauan dan
penguatkuasaan bagi
menyekat aktiviti haram
di dalam Taman Negara
Pahang termasuk
membabitkan kehadiran
pendatang asing tanpa
izin.
8. Melawat Pusat
Konservasi
Gajah
Kebangsaan,
Kuala Gandah
Menyayangi dan menghargai
alam sekitar
Aktiviti memulihara gajah
- Satu pusat yang unik
di Malaysia di mana
peranan utamanya
adalah untuk
menangkap dan
memindahkan gajah-
gajah liar yang
habitatnya telah
diterokai oleh
pembangunan.
- Proses pemindahan
ini bertujuan untuk
meminimumkan risiko
kepupusan spesies ini
serta kerosakan harta
benda dan kawasan
pertanian.
- Pusat ini juga
merupakan tempat
perlindungan bagi
Dijadikan tapak eko-
pelancongan.
- Gajah Malaysia ialah
dari jenis gajah Asia
yang turut ditemui di
India, Sri Lanka,
Bangladesh, Nepal,
Myanmar, Thailand,
Laos, Kemboja,
Vietnam dan
Sumatera.- Berat gajah dewasa
boleh mencecah 2500
kg sehingga 4500 kg.
- Ketinggian gajah
dewasa pada paras
bahu mencecah 2.4
meter.
- Mekanismependengaran gajah
sangat sensitif, telinga
sebagai radiator untuk
mengawal suhu
badan.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
21/32
gajah denak dan
gajah liar yang
memerlukan rawatan.
- Pusat ini mempunyaimatlamat untuk
meningkatkan
kesedaran di kalangan
orang ramai tentang
ancaman dan tekanan
yang dihadapi oleh
gajah di Malaysia.
- Pusat konservasi inimenggalakkan kajian
dan penyelidikan
berkaitan teknik
pemindahan semula
dan konservasi gajah.
Pusat ini juga giat
memberi kesedaran
kepada orang ramaitentang kepentingan
bagi konservasi
hidupan liar dan
habitatnya.
Kemapanan alam sekitar
- Pengekalan keseimbangan
alam sekeliling sebagai
tanggungjawab bersama
untuk kesejahteraan hidup.
Keseimbangan habitat
- Pelawat berpeluang
memerhati kehidupan
anak gajah yang
dilepaskan secara
bebas dalam kawasan
keliaran yang dipagari
dengan pagar elektrik
- Menonton
dokumentari proses
menyelamatkan gajah
liar dari kawasan
konflik ke habitat baru
oleh Jabatan
Perhilitan.
- Pelawat boleh melihat
gajah dewasa dan
anak gajah dimandi
dan dibersihkan oleh
mahout serta sambil
diberikan penerangan
oleh kakitangan
bertugas. - Pelawat
akan diperkenalkan
kepada setiap gajah
yang menjalankan
aktiviti konservasi,
sejarah dan kebolehan
asas mereka.
Penonton dan gajah
dipisahkan oleh
penghadang dengan
jarak kira-kira 8 meter
bagi menjaga
keselamatan.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
22/32
gajah
- Gajah di Pusat Konservasi
Pusat ini mempunyai
beberapa ekor gajah yang
telah dilatih dan digunakan
bagi operasi pemindahan
gajah-gajah liar dari
kawasan-kawasan
bermasalah di seluruh
Semenanjung Malaysia.
- Pusat ini juga memelihara
anak-anak gajah yang
ditinggalkan oleh kumpulan
dan ibu mereka untuk
memastikan anak-anak
gajah ini terus hidup.
- Gajah Asia kini
dikategorikan sebagai
spesies yang kian
terancam dengan
anggaran yang kurang
daripada 1,200 ekor gajah
liar di Semenanjung
Malaysia. Melindungi gajah
Asia secara langsungnya
membantu melindungi
ribuan jenis spesies lain
yang terdapat dalam
lingkungan habitat gajah
tersebut.
Mematuhi peraturan dan
undang-undang
- Aktiviti ini juga
diadakan bagi
membiasakan gajah
dengan orang ramai
untuk menjadikan
mereka sebagai gajah
yang dapat membantu
program pemindahan
gajah liar pada masa
hadapan.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
23/32
Menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-
undang yang telah
ditentukan.
Menguatkuasa undang-
undang
- Jabatan Perlindungan
Hidupan Liar (Perhilitan)
sentiasa menjalankan
pemantauan dan
penguatkuasaan bagi
menyekat aktiviti haram di
dalam Pusat Konservasi
Gajah Kebangsaan, Kuala
Gandah termasuk
membabitkan kehadiran
pendatang asing tanpa
izin.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
24/32
Perbincangan:
Alam semula jadi diciptakan oleh Allah SWT untuk kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di atas muka bumi ini.
Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak
bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan,
demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam semula jadi ini
mempunyai nilai khazanah yang tinggi buat hidupan di atas muka bumi ini. Aktiviti
lawatan ke Taman Negara ini sedikit sebanyak membongkar satu per satu nilai yang
tidak terkira banyaknya kepada semua hidupan di sana.
Bagi aktiviti birdwatchingmisalnya, memperlihatkan kita betapa pentingnya nilai
kemapanan alam sekitar yang tidak boleh dinafikan lagi. Di hutan tersebut, burung-
burung dan pokok-pokok saling bergantungan antara satu sama lain bagi memastikan
kelangsungan hidup masing-masing. Burung bertindak sebagai agen penyebaran biji
benih, yang mana burung-burung tersebut membantu pokok menyebarkan biji benih.
Tumbuhan pula membekalkan makanan kepada burung-burung tersebut. Selain itu,
pokok-pokok yang terdapat di kawasan tersebut menyediakan kawasan perlindungan
kepada burung untuk membuat sarang. Secara tidak langsung sebenarnya interaksi
mutualisma antara burung-pokok ini membantu dalam menyeimbangi ekosistem yang
terdapat di kawasan tersebut.
Selain itu, nilai lain yang terdapat semasa aktiviti tersebut adalah menyayangi
dan menghargai alam sekitar. Kita sedia maklum dan sedar akan kepentingan pokok
terhadap hidupan seperti burung, yang mana ianya menyediakan tempat tinggal dan
habitat kepada burung dan haiwan-haiwan yang lain. Malah serangga turut memerlukan
pokok bagi menyelamatkan dirinya daripada musuh. Seandainya pokok-pokok ini
ditebang dek kerakusan dan ketamakan manusia, maka habitat hidupan ini akanmusnah. Sebagai seorang manusia yang dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi
ini, kita seharusnya menjaga alam semula jadi yang ada dan bukannya
memusnahkannya sewenang-wenangnya. Rasulullah SAW bersabda:
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
25/32
Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya.
Dia melihat apa yang kamu lakukan.
(Riwayat Muslim)
Dalam hadis tersebut telah dinyatakan bahawa manusia telah dilantik oleh Allah SWT
sebagai pengurus dan penjaga alam sekitar, maka kita seharusnya melaksanakan
amanah yang telah diberi. Oleh yang demikian, pentingnya nilai menyayangi dan
menghargai aam sekitar dalam diri setiap manusia.
Bagi aktiviti tayangan video pula, walaupun penyampaian hanyalah berdasarkan
visual video semata-mata, namun mesej yang ingin disampaikan cukup jelas, iaitu
menuntut manusia supaya menyayangi dan menghargai alam sekitar. Video berdurasi
selama 15 minit tersebut menunjukkan bagaimana haiwan-haiwan yang terancam
seperti harimau, gajah dan haiwan yang lain ditangkap di habitat asal mereka dan
dibawa masuk ke Taman Negara tersebut untuk dipelihara dan dibiakkan. Masyarakat
orang asli yang turut dipaparkan dalam video tersebut turut berperanan dalam
memastikan ekosistem sentiasa berada dalam keadaan seimbang. Mereka mampu
menjalankan kehidupan rutin mereka seperti biasa tanpa merosakkan dan menjejaskan
sumber alam yang ada di kawasan tersebut.
Selain itu, pengunjung yang hadir semasa tayangan tersebut seharusnya peka
akan isu-isu semasa berkenaan alam sekitar. Isu seperti pembalakan, pemburuan
haram, pembakaran hutan dan pembuangan sisa toksik sentiasa terpampang di dada
akhbar dan majalah. Seharusnya manusia sedar akan kesan sekiranya habitat dan
hutan berkurangan ke atas hidupan di atas muka bumi dan alam sekitar. Sedikit demi
sedikit, iklim dan geografi bumi akan berubah dan akhirnya musnah kerana perbuatanmanusia itu sendiri. Maka, adalah perlu adanya kesedaran kepada pengunjung untuk
sama-sama melindungi spesis yang ada pada masa sekarang buat tatapan generasi
akan datang. Jika tidak, tiada apa lagi khazanah bumi yang mampu disimpan buat
generasi pada masa akan datang. Malah tidak menghairankan jika mereka mula lupa
akan asal-usul bumi yang mereka diami semenjak generasi yang terdahulu.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
26/32
Seterusnya, nilai yang terdapat pada aktiviti night jungle walkialah menyayangi
dan menghargai alam sekitar. Sepanjang perjalanan tersebut, terdapat banyak jenis
pokok dan tumbuhan yang mempunyai peranan yang tersendiri dalam ekosistem. Ada
tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar dan ada juga menjadi medium pengurai.
Terdapat juga beberapa haiwan yang aktif pada waktu malam bagi mencari sumber
makanan seperti kala jengking, labah-labah, landak, belalang dan ular. Terdapat juga
haiwan liar seperti tapir dibiarkan berkeliaran dengan bebas di kawasan Taman Negara
tersebut. Sekiranya habitat mereka yang sedia ada musnah, maka akan berlaku
gangguan dalam rantaian makanan mereka, dan ini akan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem dalam kawasan tersebut.
Dalam pada itu, nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar amat
dititikberatkan dalam aktiviti ini yang mana pengunjung tidak dibenarkan untuk
mengganggu haiwan yang sedang tidur atau berehat pada waktu malam kerana
dikhuatiri akan membahayakan pengunjung yang datang. Walaubagaimanapun,
pengunjung dibenarkan untuk memegang dan menangkap gambar haiwan tersebut,
misalnya pengunjung dapat merasa sendiri pengalaman memegang tenuk yang sedang
tidur.
Pengunjung juga harus peka dengan isu-isu alam sekitar yang berlaku di
sekeliling mereka. Pengalaman untuk mengenali dan mengetahui spesies flora dan
fauna yang terdapat di dalam hutan serta mengetahui fungsi dan peranan spesies flora
dan fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut terhadap ekosistem perlu
dimanfaatkan sebaiknya bagi menuntut hak supaya flora dan fauna di Negara kita
dilindungi sebelum pupus dan musnah.
Semasa aktiviti jungle trekking, nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar
jelas dilihat apabila pengunjung berkesempatan melihat pelbagai jenis tumbuhan danhidupan yang hidup dari kawasan hilir sehinggalah ke puncak Bukit Teresek. Kehijauan
flora diselangi warna-warni fauna menunjukkan betapa pentingnya kita menyayangi dan
menghargai nikmat yang telah diberi oleh Allah SWT dengan sebaiknya. Laluan denai
ditukar kepada laluan bertangga bagi memelihara flora dan fauna yang musnah apabila
dipijak oleh pengunjung. Laluan kanopi yang dibina antara satu pokok dengan pokok
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
27/32
yang lain setinggi 40 meter dari atas tanah memberikan pemandangan yang luas untuk
meninjau kawasan hutan hujan tropika. Di sini para pengunjung dapat melihat kehijauan
alam dan kesegaran udaranya tanpa sebarang pencemaran.
Keharmonian antara manusia dan alam sekitar dapat dilihat apabila renjer tidak
membenarkan pengunjung untuk membawa tumbuhan atau hidupan kecil supaya tidak
merosakkan flora dan fauna yang ada. Selain itu, terdapat tumbuhan hutan yang
beracun yang mana berbahaya dan boleh membunuh jika manusia memegangnya.
Bagi aktiviti rapid shooting pula, para pengunjung berpeluang untuk merasai
pengalaman melalui jeram dan melihat hidupan sungai dengan lebih dekat. Nilai
menyayangi dan menghargai alam sekitar dapat diterapkan melalui keadaan sungainya
yang jernih dan sejuk. Keadaan ini menunjukkan bahawa sungai tersebut belum
tercemar dan beberapa hidupan sungai dan serangga kecil dapat dilihat dengan jelas di
dalam sungai. Sekiranya sungai ini tidak dipelihara sebagaimana sungai-sungai yang
terdapat di kawasan bandar, maka hidupan akuatik akan mengalami kepupusan.
Sungai yang merupakan sumber air bagi hidupan liar yang lain dan orang asli perlu
dipelihara supaya ia dapat meneruskan sumbangannya kepada makhluk lain
khususnya sumber minuman dan makanan. Dengan adanya kepekaan terhadap isu
alam sekitar ini, maka beberapa tindakan tegas dapat dijatuhkan ke atas pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Semasa melawat perkampungan orang asli, nilai keharmonian antara manusia
dengan alam sekitar dapat dilihat dengan jelas apabila masyarakat Batek ini dapat
menjalankan rutin seharian tanpa memusnahkan alam semula jadi yang ada. Malah,
mereka turut berperanan dalam memelihara sumber alam daripada pupus. Setiap
pokok yang terdapat di dalam hutan tersebut amat penting buat mereka seperti
perubatan, sumber pertanian, ritual dan senjata. Malah kawasan hutan tersebut menjadikawasan mereka untuk memburu haiwan-haiwan liar sebagai makanan.
Berdasarkan pemerhatian kami, masyarakat Batek ini mengamalkan
kesederhanaan dalam dalam kehidupan seharian mereka; ini termasuklah dalam cara
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
28/32
hidup, pekerjaan, pakaian serta pertuturan mereka. Mereka masih lagi berburu dan
mengutip hasil hutan, tetapi tidaklah sehingga merosakkan ekosistem hutan yang ada.
Masyarakat orang asli juga menerapkan nilai menyayangi dan menghargai alam
sekitar dalam kehidupan mereka. Mereka merasa kepunyaan terhadap Taman Negara
tersebut. Mereka merasakan mereka merupakan sebahagian daripada hutan tersebut
dan mereka tidak dapat terus hidup tanpa hutan ini. Oleh itu, mereka tidak menjalankan
sebarang aktiviti yang akan merosakkan keseimbangan ekosistem.
Semasa melawat Pusat Konservasi Ikan Kelah, kami mendapati bahawa
terdapat banyak ikan kelah yang terdapat di situ, Malah, pengunjung dapat merasa
pengalaman sendiri memberikan makanan kepada ikan-ikan tersebut. Penyediaan
pusat konservasi ini sendiri jelas menunjukkan bahawa adanya nilai menyayangi dan
menghargai alam sekitar. Pusat konservasi ini diwujudkan bagi memelihara dan
memulihara spesis ikan kelah ini, misalnya projek pemulihan dan pembiakan santuari
tersebut termasuklah penyelidikan secara terancang dirintis oleh Universiti Sains
Malaysia (USM) dengan kerjasama PERHILITAN bermula 2001 dengan membina
kolam asuhan ikan kelah berhampiran pejabat PERHILITAN Taman Negara, manakala
pengawalan aktiviti manusia pula dipantau oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (PERHILITAN).
Kemapanan alam sekitar pula dapat dilihat dengan adanya pokok-pokok yang
menjadi sumber makanan kepada ikan kelah. Ini adalah sebagai pengekalan
keseimbangan alam sekeliling untuk kesejahteraan hidup hidupan di kawasan tersebut.
Persaingan yang positif dengan spesies ikan lain seperti ampam jawa, jelawat dan kerai
berlaku bagi mendapatkan makanan dan ini sedikit sebanyak menyeimbangkan
ekosistem yang sedia ada di sungai tersebut. Tambahan pula sifat ikan kelah yang
tahan lasak dan lincah dapat memastikan survival ikan tersebut.
Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang pula diamalkan oleh pihak
PERHILITAN apabila mereka sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan
bagi menyekat aktiviti haram di dalam Taman Negara Pahang termasuk membabitkan
aktiviti menuba ikan.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
29/32
Aktiviti terakhir pula ialah melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala
Gandah. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar jelas apabila peranan utama
pusat konservasi tersebut adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar
yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan ke pusat tersebut untuk
diselamatkan. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan
spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian. Pusat ini juga
merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan
rawatan. Dalam masa yang sama, pusat konservasi ini menggalakkan kajian dan
penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Secara
langsung, pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
kepentingan bagi konservasi hidupan liar dan habitatnya.
Nilai kemapanan alam sekitar pula jelas terbukti dengan adanya beberapa ekor
gajah yang telah dilatih dan digunakan bagi operasi pemindahan gajah-gajah liar dari
kawasan-kawasan bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Gajah-gajah jinak ini
digunakan untuk memujuk dan menenangkan gajah-gajah liar tersebut. Pusat ini juga
memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka untuk
memastikan anak-anak gajah ini terus hidup. Sedikit sebanyak dengan adanya pusat
konservasi ini, peluang untuk kelangsungan hidup spesis mereka masih cerah
berbanding di hutan asal mereka.
Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang adalah perlu bagi memastikan
spesis gajah-gajah ini sentiasa ada dan bagi mengelakkan kepupusan. Dengan adanya
penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang berat, maka masalah pemburuan
haram bagi mendapatkan gading gajah akan berkurangan.
Jika dinilai dari sudut nilai sentimental itu sendiri, Taman Negara Kuala Tahan ini
mempunyai pelbagai spesis pokok dan didiami oleh ribuan spesis hidupan sama adahidupan liar, serangga mahupun ikan. Malah, masyarakat orang asli turut membantu
dalam memelihara hutan dan sumbernya daripada musnah. Pokok-pokok yang tinggi
dan rimbun menjadi tempat persinggahan burung dan tempat persembunyian serangga
dan haiwan kecil daripada pemangsa. Air sungai yang mengalir dari Sungai Tahan
begitu jernih dan dingin menjadi tumpuan hidupan liar dan orang asli mendapatkan
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
30/32
sumber minuman dan urusan harian. Ekosistem hutan sedikti terjejas dengan adanya
aktiviti pembukaan hutan, pembalakan, pemburuan haram dan pembakaran hutan oleh
manusia yang tidak berperikemanusiaan. Suatu tindakan perlu diambil bagi melindungi
alam semula jadi yang indah ini daripada musnah dan pupus ditelan pembangunan.
Kesimpulan:
Hutan memainkan peranan yang penting dalam ekosistem hidupan di sesuatu kawasan
tersebut. Tanpa kesedaran daripada manusia, aktiviti pembalakan, pembakaran hutan
dan pemburuan haram hanya akan menyumbang kepada kepupusan mereka. Dengan
pupusnya hidupan yang sedia ada ini, maka tidak mustahil generasi akan datang tidak
mengenali asal-usul bumi yang mereka diami ini. Akan berlakulah bencana alam dek
kerana ketidakseimbangan alam disebabkan kerakusan manusia. Penguatkuasaan
undang-undang adalah perlu bagi memastikan khazanah bumi yang ada ini sentiasa
terpelihara buat masa akan datang.
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
31/32
Lampiran:
Soalan Temu bual mengikut aktiviti:
1. Bird Watching
a) Bagaimanakah ekosistem dipelihara untuk mengekalkan habitat burung?
b) Apakah persekitaran yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti Bird
Watching?
2. Tayangan video Taman Negara at Department of Wildlife Interpretive Centre
a) Apakah kepentingan Department of Wildlife Interpretive Centre di Taman
Negara?
b) Apakah sumbangan Department of Wildlife Interpretive Centre kepada
Taman Negara?
3. Night Jungle Walk (Pemerhatian Haiwan dan Serangga)
a) Bagaimanakah Pemerhatian Haiwan dan Serangga dijalankan pada waktu
malam?
b) Apakah kelebihan menjalankan Jungle Walk pada waktu malam?
4. Jungle Trekking ke Bukit Teresek (Melintasi Canopy Walkway Terpanjang di
dunia)
a) Apakah kelebihan Canopy Walkway?
b) Bagaimana Canopy Walkway boleh mempromosikan Jungle Trekking ke
Bukit Teresek?
5. Short Trek ke Canopys Jetty (Rapids Shooting)
a) Apakah kelebihan Canopys Jetty?
6. Melawat Perkampungan Orang Asli
a) Adakah orang asli masih mengamalkan cara hidup seperti nenek moyang
mereka terdahulu?
b) Bagaimana mereka memanfaatkan biodiversiti di sekeliling dalam
memenuhi keperluan seharian?
7. Melawat Pusat Konservasi Ikan Kelah Tenor
a) Apakah yang dijalankan di Pusat Konservasi Ikan Kelah Tenor?
-
7/29/2019 Tugasan 5 Biodiversiti
32/32
b) Bagaimana Pusat Konservasi Ikan Kelah Tenor boleh menjamin populasi
ikan kelah pada masa akan datang?
8. Melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah
a) Apakah yang dijalankan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala
Gandah?
b) Bagaimana Pusat Konservasi Ikan Kelah Tenor boleh menjamin populasi
populasi gajah pada masa akan datang?