-
8/11/2019 tugasan 3 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDA1.docx
1/7
KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH.
TAJUK TUGASAN 3 :
KUMPULAN : UPSI 200
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIK PROGRAM
HAYATI BINTI SATIN D20102046612 PJJ
PENSYARAH : PN JAMILAH BINTI OMAR
TARIKH : 15 MEI 2014
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
-
8/11/2019 tugasan 3 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDA1.docx
2/7
KAEDAH MESRA WARNA
DALAM PENGGUNAAN WARNA POSTEL
BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID
UNTUK MENGHASILKAN LUKISAN
DALAM BIDANG MENGAMBAR.
OLEH
Hayati binti SatinSekolah Kebangsaan Jaya Baru
Peti Surat 04, 89008 Keningau Sabah
-
8/11/2019 tugasan 3 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDA1.docx
3/7
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sewaktu saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dunia Seni Visual tahun 2 Bestari
dalam bidang menggambar saya berasa kecewa kerana masih ada murid yang tidak menguasai
kemahiran menggunakan warna pada objek tertentu dengan betul. Pada tahun lepas mereka telah
didedahkan dengan penggunaan warna yang betul. Selain daripada itu mereka juga telah
didedahkan dengan warna asas untuk mewarna.
Pada hari tersebut saya telah mengajar bidang mengambar tajuk buah-buahan. Apa yang saya
dapati beberapa orang murid menggunakan pelbagai warna untuk mewarna buah-buahan
tersebut. Mereka tidak memikirkan tentang warna buah-buah tersebut tetapi menggunakan
pelbagai warna yang mereka suka. Ada yang menggunakan warna merah jambu untuk betik,
anggur warna biru dan sebagainya. Saya ada bertanyakan pada murid-murid kenapa warna
tersebut digunakan dan murid tersebut menjawab saya suka warna pink cikgu Terdapat
juga murid yang mewarnakan buah-buahan tersebut dengan menggunakan dua warna sahaja.
Apabila saya bertanya kepada murid tersebut, jawapan yang murid itu berikan ialah saya malas
mewarna cikgu, saya penat. Selain itu, terdapat murid yang akan bermain dengan warna dan
mengenakan pada baju kawan mereka kerana telah siap awal. Saya menyedari terdapat beberapa
orang murid yang tidak mengambil endah penggunaan warna dan sikap malas menguasai murid-murid.
Perlukah saya bermula dari awal untuk memberi pendedahan semula kepada mereka ? Adakah
cara saya mengajar selama ini dapat membantu murid memahami penggunaan warna postel ?
Apakah yang perlu saya lakukan untuk menarik minat murid untuk mempelajari penggunaan
warna yang betul ? Saya telah berbincang dengan beberapa orang guru pendidikan seni visual
dan ada yang mengatakan murid-murid tersebut malas lagipun kelas 2 Bestari itu sebahagiannya
ada budak nakal dan tidak mendengar arahan guru. Ada juga yang mengatakan guru haruslah
selalu menggunakan warna postel.
Saya cuba sedaya upaya saya untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
namun masalah sikap murid yang kurang mendengar arahan dan masih melakukan perkara yang
sama. Saya berpendapat kurangnya kefahaman murid terhadap warna adalah kurangnya
-
8/11/2019 tugasan 3 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDA1.docx
4/7
penjelasan dan minat terhadap kepentingan warna-warna yang ada disekeliling mereka.
Kelemahan ini juga adalah rentetan pengabaian guru termasuk saya. Saya harus memberi
kesedaran kepada murid agar mereka akan mendapat menghasilkan karya yang membanggakan
dan mampu mendapat markah yang baik dalam peperiksaan nanti.
2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun saya dapati terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya akan
fokuskan kajin saya ini kepada masalah penggunaan warna yang betul pada objek dengan betul.
Murid-murid saya sebenarnya seronok merwarna tetapi kurang kefahaman tentang penggunaan
yang betul. Terdapat warna-warna yang mereka gunakan tidak sesuai dengan objek yang mereka
tahu warnanya. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah :
> Kesilapan penggunaan warna pada objek.
> Menggunakan warna yang sama untuk semua objek yang hendak diwarna
> Menjadikan warna sebagai alat permaianan
Dengan membantu murid memberi pendedahan semula warna dan kepentingannya saya yakin
murid boleh menggunakan warna sesuai untuk objek tertentu dan boleh menggunakan warna
dengan baik. Saya juga mengharapkan mereka akan mendapat menghasilkan karya yang baik
dan mendapat markah yang baik dalam peperiksaan nanti.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Objektif am :
Kajian ini bertujuan untuk melahirkan murid yang dapat menghasilkan karya yang baik dan
dapat meningkatkan peratus markah yang baik dalam peperiksaan sekolah.
2. Objektif khusus :
2.1 Meningkatkan kemahiran murid mewarna dengan betul
-
8/11/2019 tugasan 3 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDA1.docx
5/7
2.2 Membantu murid mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
2.3 Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses pembelajaran adalah
menyeronokkan.
2.4 Meningkatkan daya ingatan murid terhadap warna skunder dan primer.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 7 orang murid Tahun 2 Bestari yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki
dan 3 orang murid perempuan.
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
i. Tinjauan Masalah
sebelum saya menjalankan langkah-langkah seterusnya saya haruslah membuat tinjauan terhadap
masalah yang dikenal pasti untuk memahami dengan lebih jelas lagi masalah tersebut.
Satu ujian lisan khas berkenaan dengan warna asas
Ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan menganalisis kelemahan penguasaan
warna asas.
Latihan mencantumkan warna skunder menjadi premier
Murid akan didedahkan dengan hasil cantuman warna asas yang akan membentuk 3 lagi
warna.
ii Permainan kad warna
cara perlaksanaannya
Setiap murid akan melewati 3 bahagian yang menyediakan aktiviti permainan kad warna.
Murid akan menampal warna yang sesuai berdasarkan objek di atas kertas yang
disediakan.
Ujian lisan akan ditanya kepada murid setelah selesai melakukan aktiviti tersebut.
-
8/11/2019 tugasan 3 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDA1.docx
6/7
iii Program Cantik Warnaku
Ujian 1 mewarna untuk menguji ingatan dan pengetahuan murid
Ujian 2 dilakukan bersama-sama rakan murid Kelas 2 Bestari.
Aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.
6.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN
Bil Aktiviti Tarikh Perlaksanaan
1 Ujian Pra 22 April 2014
2 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 24 Mei 2014
3 Menulis kertas cadangan / proposal kajian 10 - 15 Mei 2014
4 Merancang tindakan ( individu / Panitia ) 27 Mei 2014
5 Melaksanakan tindakan aktiviti 1 18 Jun 2014
6 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan
aktiviti 1 (dalam panitia)
24 Jun 2014
7 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 1 Julai 2014
8 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
( dalam Panitia )
8 Julai 2014
9 Melaksanakan tindakan aktiviti 3 15 Julai 2014
10 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan
aktiviti 3 (dalam panitia
19 Julai 2014
11 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 22 Julai 2014
12 Refleksi kajian 23 Julai 2014
13 Menulis laporan kajian 25 Julai 2014
14 Pembentangan
-
8/11/2019 tugasan 3 KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDA1.docx
7/7
7.0 KOS KAJIAN
Bil Jenis Bahan Kuantiti harga seunit Jumlah kos
1 Kertas A4 1 x RM12.00 RM12.00
2 Printer Cartridge 1 x RM 68.90 RM68.90
3 Kad boad 7 x RM2.00 RM14.00
4 Warna postel 4 x RM13.90 RM55.60
5 Alat tulis 7 set x RM1.50 RM10.50
6 Buah-buahan plastik 7 set x RM5.90 RM41.30
7 Kertas lukisan 1 x RM4.60 RM4.60
8 Berus warna sziz 4 7 x RM0.60 RM4.20
9 Berus warna saiz 14 7 x RM1.00 RM7.0010 Buku catatan 1 xRM 2.00 RM2.00
JUMLAH RM206.10
*Kos kajian mungkin akan berubah , tertakluk kepada perubahan aktiviti sekiranya diubahsuai
semula setelah saya menjalankan tinjauan awal.