Download - Tugasan 1 Teks Al-Quran Dan Hadith
HIQ3033 2013
HIQ3033KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN HADITH
SEMESTER 1 2013/2014
TAJUK TUGASAN 1
Apakah yang mendasari disiplin, sistem dan methodologi dalam kajianterhadap teks hadith? Bincangkan peranan dan kepentingan kajian teks hadith dalam syariah Islam.
KUMPULANUPSI 04
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO TELEFON NO. IDSURIYANA BINTI SAPUAN HALIMAH BINTI TAIBNOOR SALMI BINTI MD NOR
012-4363271012-3638192013-4092995
D20102045896D20102045887D20102045882
NAMA PENSYARAH: DR. AHMAD YUNUS BIN KASIM
TARIKH SERAH:
20 OKTOBER 2013
0
HIQ3033 2013
Isi kandungan
Kandungan Muka Surat
Pendahuluan 2
Kedudukan al-Sunnah berdasarkan al-Quran 3
Disiplin, sistem dan methodologi dalam kajian terhadap teks hadith 5
Pembahagian kajian teks hadith 6
Tidak terburu-buru menolak sesuatu hadith 7
Memahami hadith secara tematik (madhu’ie) 8
Mengenal pasti latar belakang sesuatu hadith dengan tepat) 10
Pelengkap kajian ilmu hadith riwayah 11
Peranan dan kepentingan kajian teks hadith dalam syariah Islam.
Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang 13terdapat di dalam al-Quran
Penghurai dan pentafsir (munayyin) bagi ayat-ayat 15al-Quran yang umum
Mengkhususkan nas-nas yang bersifat umum 18
Membahaskan nas-nas al-Quran yang mutlak 19( taqyid al-matlaq)
Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan hukum 19baru yang tiada dalam al-Quran
Menasakhkan hukum yang terdapat dalam al-Quran 22
Penutup 25
Rujukan 26
1
HIQ3033 2013
Apakah yang mendasari disiplin, sistem dan methodologi dalam kajian terhadap teks hadith? Bincangkan peranan dan kepentingan kajian teks hadith dalam syariah Islam.
Pendahuluan
Al-Hadith atau al-Sunnah menduduki tempat istimewa dan terpenting selepas Al-
Quran. Hakikat ini telah diterima secara menyeluruh oleh umat Islam semenjak kewujudan
Islam lagi. Perkataan sunnah berasal dari akar kata sanna ( jama’ : sunan ) yang bererti
tempat laluan, jalan atau cara hidup. Perkataan al-Sunnah bererti jalan atau bawaan hidup
sama ada terpuji atau tercela. Kebanyakan ahli al-hadith tidak membezakan antara al-Hadith
dan al-Sunnah dari segi bahasa. Mereka mengistilahkan al-Hadith atau al-Sunnah sebagai
ucapan, perbuatan, pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah s.a.w sama ada
sebelum baginda diutus menjadi Rasul termasuk ibadah-ibadah di Gua Hira’ atau selepasnya.
Menurut Dr. Harun Din (1985), takrif dan pengertian al-Sunnah dalam segi bahasa
ialah membuka jalan sama ada yang baik atau buruk. Pemakaian ini adalah disebut di dalam
hadith Nabi Muhammad yang bermaksud,“ Sesiapa yang membuka jalan yang baik maka ia
mendapat ganjaran dan ganjaran orang-orang yang mengerjakannya hingga ke Hari
Kiamat, sebaliknya siapa yang membuka jalan yang jahat maka ia akan menerima dosanya
dan dosa orang yang mengerjakannya hingga ke Hari Kiamat. ( Riwayat Ibnu Majah dan
Ahmad )
Hadith menjadi pegangan kepada umat Islam dan menjadi sumber kedua di dalam
perundangan dan lainnya. Seluruh ulama’ menerimanya sebagai satu daripada sumber atau
punca pengambilan hukum di dalam Islam kerana al-Quran itu kebanyakkannya bercorak
ijmal atau berbentuk umum, yang memerlukan kepada penjelasan dan keterangan
selanjutnya. Justeru peranan ini diletakkan kepada hadis sebagai sumber rujukan kedua
sebagai penjelas kepada perundangan Islam.
2
HIQ3033 2013
Kedudukan Al- Hadith berdasarkan al-Quran
Jumhur telah sepakat mengatakan al-hadith diterima serta menjadi sumber rujukan
kedua selepas al-Quran. Kehujahan al-hadith dalam perundangan berdasarkan dalil yang
termaktub secara jelas di dalam al-Quran, hadith, ijmak ulama’ serta pendapat fuqaha’ yang
menyuruh orang-orang yang beriman mentaati Allah s.w.t juga rasul-Nya.
Antara dalil al-Quran yang menyuruh kaum muslimin supaya merujuk kepada Al-
Sunnah ialah berdasarkan firman Allah s.w.t :
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri ( orang yang berkuasa ) dari kalangan
kamu, kemudian jika kamu membantah-bantah ( berselisih ) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada ( kitab ) Allah ( Al-Quran ) dan ( Sunnah )
RasulNya. ( Surah An Nisa’4 : 59 )
Berdasarkan ayat tersebut dapat difahami bahawa ia mewajibkan umat Islam supaya
taat kepada Rasulullah s.a.w dalam apa jua keadaan. Justeru itulah saranan supaya mengikut
nabi, mengambil sumber dan merujuk kepada sunnah Rasulullah s.a.w dalam erti kata yang
menyeluruh ialah mengambil segala apa yang dibawa oleh baginda ( Mustafa al-Siba’i ).
Dalam erti kata yang lebih menyeluruh ialah mengikut dan mengambil segala apa yang
dibawa oleh baginda. Oleh itu hukum melaksanakan gesaan tersebut adalah wajib
sebagaimana wajib mematuhi al-Quran.
Al Hadith yang menyuruh umat Islam merujuk kepada hadith Rasulullah. Baginda
bersabda pada hari Haji Perpisahan daripada Umar al-Khattab :
نبيه وسنة الله كتاب يهما تمسكتم ما تضلوا لن امرين فيكم تركتMaksudnya : “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama
kamu berpegang kepada kedua-duanya: iaitu al Quran dan Sunnah Nabi-Nya”
Dalam hadith lain pula, sebagaimana sabda Nabi yang lain daripada al Irbad :
الراشدين المهديين الخلفاء وسنة بسنتي عليكم
3
HIQ3033 2013
Maksudnya : “ Hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ al-
Rasyidin yang mendapat petunjuk”
Sehubungan dengan itu, al-Quran dan al-hadith adalah sejajar serta saling lengkap
melengkapi dalam semua aspek dasar syariat. Antara dalil ijmak yang menjelaskan supaya
seluruh umat Islam merujuk kepada al-hadith dalam apa juga keadaan ialah kesepakatan yang
dibuat tentang kewajipan beramal dengan Sunnah Rasulullah s.a.w yang terbukti
kesahihannya. Jumhur menyatakan perkara ini berdasarkan Khalifah Abu Bakar juga Umar
dan lainnya sentiasa merujuk kepada hadith-hadith apabila tidak terkandung sumbernya di
dalam al-Quran.
Menurut Dr Abdul Halim El-Muhammady (1991), al-hadith sebagaimana yang
dijelaskan ialah kata-kata, perbuatan dan pengakuan Rasulullah s.a.w. Al-hadith adalah
pentafsir dan penjelasan kepada al-Quran. Oleh itu kedudukannya lebih rendah dari al-Quran
dan dikira sebagai sumber kedua selepas al-Quran. Dalam pelaksanaannya al-hadith diambil
kira dalam penyelesaian masalah hukum apabila tiada nas dan sumber yang utama iaitu al-
Quran. Hal ini lebih jelas lagi dengan adanya pengakuan Mu’adh bin Jabal ketika beliau
hendak dihantar ke Yaman, beliau menjelaskan kepada Rasulullah s.a.w bahawa jika tidak
didapati nas dalam al-Quran dia akan menyelesaikannya dengan al-Sunnah dan Rasulullah
s.a.w merestui pandangannya itu.
Al-hadith tidak boleh diletakkan setaraf dengan al-Quran. Imam syafi’i sendiri tidak
pernah meletakkan al-hadith setara dengan al-Quran. Hal ini menjelaskan bahawa al-hadith
adalah berdasarkan al-Quran dan ia tidak boleh dipisahkan daripada al-Quran sebagai
penjelasan dan pentafsiran kepadanya. Tegasnya Rasulullah s.a.w adalah penyampai, penjelas
dan pentafsir, penggubal dan pelaksana idea al-Quran. Oleh itu Sunnah Rasulullah s.a.w
mempunyai autoriti hukum dan pengajaran. Kesempurnaan dalam menerima al-hadith
Rasulullah s.a.w ialah mempercayai kebenaran dan meyakini keautoritiannya dalam bidang
hukum untuk diikuti dan dipatuhi ( Dr Abdul Halim El-Muhammady,1991 )
Berdasarkan hujah diatas dapatlah dirumuskan bahawa al-hadith merupakan
perundangan kedua selepas al-Quran. Al-Quran dan hadith adalah sejajar dan saling lengkap
melengkapi dalam semua aspek atau dasar syariat. Hal ini dibuktikan di mana Allah
menyuruh para rasul supaya menyampaikan risalah dengan cara membacakan al-Quran serta
4
HIQ3033 2013
menjelaskan isi kandungannya menerusi al-Sunnah. Lantaran itu umat Islam berkewajipan
untuk menerima semua yang disampaikan oleh Rasulullah sama ada al-Quran mahupun al-
Sunnah. Justeru sebarang keengganan, keraguan dan keingkaran mematuhi perintah Allah
tersebut boleh membawa kepada kekufuran.
Disiplin, sistem dan methodologi dalam kajian terhadap teks hadith
Pengajian ilmu hadith merupakan suatu bidang yang sangat penting, sama ada
peringkat individu, institusi pendidikan mahu pun pengajian umum. Melalui ilmu ini,
seseorang itu berhak merasa yakin dengan sesebuah hadith yang dipegangnya. Hadith
tersebut juga boleh dijadikan sebagai satu dalil yang kukuh dengan mengetahui
kedudukannya, disiplin, sistem dan metodologi yang mendasarinya.
Ulama’ hadis telah menggariskan disiplin dan kaedah-kedah yang sistemetik dalam
kajian terhadap matan (teks) hadith supaya ia dapat diterima dari satu generasi ke satu
generasi dalam menangani persoalan hadith semasa. Isu-isu semasa dalam agama tidak dapat
lari dari berurusan dengan hadith sebagai sumber kedua Islam. Kemahiran mengaplikasikan
dan menterjemahkan sabda Nabi Muhammad saw ini memerlukan mereka menguasai ilmu
hadith. Lebih-lebih lagi perbahasan berkaitan hadith yang sering mendapat kritikan dari
golongan orientalis. Hal ini menjadikan kajian teks hadith menjadi antara cabang ilmu
terpenting dalam pengajian hadith.
Penguasaan tentang ilmu-ilmu hadith memberi kekuatan kepada seseorang untuk
memperjelaskan hadith mengikut keperluan. Apatah lagi hadith merupakan sumber kedua
utama selepas al-Quran dan ia merupakan sumber kedua utama selepas al-Quran. Hadith juga
berperanan penting sebagai penyelesai terbaik dalam semua aspek kehidupan manusia.
Pembahagian kajian teks hadith secara umumnya boleh dikategorikan kepada :
1. Kajian secara maudhu’ie (tematik)
5
HIQ3033 2013
Hadith Maudhu’ie adalah merupakan kajian yang telah meluas penggunaannya di kalangan
pengarang dan pengkaji teks hadith masa kini. Hadith Maudhu’ie diambil daripada kaedah
kajian yang dilakukan dalam tafsir maudhu’ie. Metodologi kajian hadith Maudhu’ie ini
merupakan suatu bentuk rangkaian kajian hadith yang struktur paparannya untuk dijadikan
acuan pada tema tertentu. Tema-tema ini ditentukan oleh pengkaji yang bersangkutan, untuk
menggali visi Rasulullah saw diutus. Model pengajian ini memerlukan pengkaji hadith
mengumpulkan beberapa hadith yang berkaitan dengan suatu tema kajian yang dipilih.
Hadith yang dijadikan objek kajian adalah dalam skop yang bersifat spesifik. Kajian secara
maudhu’ie mempunyai kekuatan dalam menyelesaikan permaslahan semasa.
2. Kajian secara tahlili ( siasatan terperinci )
Kajian teks secara tahlili adalah berbentuk perbincangan terhadap teks hadith yang terpilih
dengan memaparkan segala aspek yang terdapat dalam hadith tersebut secara sistematik dan
mendalam. Penjelasan sesuatu hadith dilakukan dengan sistemetik iaitu dimulakan dengan
perbincangan setiap perkataan secara berurutan. Huraian dan penjelasan hadith tersebut
merangkumi aspek berikut :
i. tatabahasa
ii. suku kata
iii. kata dasar
iv. asbab wurud al-hadith
v. kaitannya dengan hadith lain
vi. kefahaman muhaddithin terhadap hadith tersebut
3. Kajian secara ma’ani hadith
Proses memahami hadith adalah berkaitan dengan ilmu fiqh al-hadith atau fahm al-hadith.
Sesuatu hadith akan dapat difahami dengan tepat isi kandungnya sama ada makna secara
tersurat dan tersirat. Kajian Ma’ani al-hadith diambil daripada ilmu Ma’ani al-Quran yang
lebih cenderung membincangkan tentang makna-makna sesuatu huruf dan perkataan yang
sukar difahami di dalamnya.
Metodologi dalam kajian teks hadith
6
HIQ3033 2013
Para ulama’ memiliki banyak metode dalam menyusun, menghimpun dan
menterjemah hadith-hadith Rasulullah. Setiap metode yang digunakan memiliki tujuan dan
matlamat yang tersendiri. Matan hadith adalah antara aspek yang diteliti dan dikupas dalam
kajian teks hadis bagi mendalami dan memperjelaskan sesuatu hadith Rasulullah. Matan
bermaksud redaksi atau teks hadith iaitu hadith nabi yang diakhir sanad. Berikut adalah
metodologi yang mendasari kajian teks hadith :
1. Tidak terburu-buru menolak sesuatu hadith hanya kerana dianggap bertentangan
dengan akal sebelum benar-benar melakukan pengesahan secara mendalam.
Sumber utama dalam Islam ialah al-Quran dan al-hadith. Setiap pekara yang dikaitkan
dengan agama Islam mesti mempunyai hujah yang kukuh yang berlandaskan al-Quran dan al-
Hadith. Ini kerana ajaran Islam adalah berasaskan wahyu bukannya rekaan atau fikiran
manusia semata-mata. Umat Islam yang ingin mengemukakan sesuatu pendapat, berhujjah
atau menyampaikan sesuatu pandangan dan teori yang penting dengan mengemukakan
hadith-hadith dalam pengucapan dan penulisan, perlu merujuk kepada sumber hadith yang
asli.
Mereka perlu memastikan kebenaran dan ketepatan sumbernya terlebih dahulu,
pengertian dan keaslian maksud hadith. Kitab-kitab karya terjemahan perlu dipastikan
kebenarannya adalah mengikut bahasa yang asal dan bukanya dalam terjemahan karya. Ini
adalah kerana karya terjemahan adalah merupakan kefahaman dan pentafsiran penterjemah
yang kemungkinan tepat dan berkemungkinan tidak tepat.
Telah sepakat (ijma’) ulama’ Islam bahawa hadith adalah dasar hukum Islam dan
umat Islam diwajibkan mematuhi hadith sebagaimana diwajibkan mematuhi al-Quran.
Banyak ayat-ayat al-Quran yang memberikan pengertian secara tegas bahawa hadith itu suatu
pokok (dasar) bagi syariat Islam yang wajib ditaati sebagaimana wajib mentaati al-Quran.
Umat Islam tidak boleh membelakangi atau meninggalkan atau menentang hukum hadith jika
ia disahkan kebenarannya bersumberkan Rasulullah.
Umat Islam seharusnya tidak terburu-buru menolak sesuatu hadith hanya kerana
dianggap bertentangan dengan akal sebelum benar-benar melakukan pengesahan secara
mendalam. Jika kebenaran hadith terbukti maka wajib bagi umat Islam berpegang teguh
dengannya. Imam Ahmad berkata : Bahawa mencari hukum di dalam al-Quran hendaklah
7
HIQ3033 2013
melalui hadith. Mencari agama demikian juga. Satu-satunya jalan yang dibentang untuk
mempelajari fiqh Islam dan syariatnya ialah hadith. Mereka yang mencukupi dengan al-
Quran sahaja sehingga tidak memerlukan hadith dalam memahami ayat al-Quran dan
mengetahui syariatnya, sesat perjalanannya dan tidak akan sampai kepada maksud yang
dikehendaki.
Ada segelintir umat Islam yang termasuk ke dalam golongan ahli bidah yang bersikap
sangsi terhadap al-Sunnah. Manakala ulama’ muktabar dan sebahagian besar umat Islam
yang lain telah memberikan penghargaan dan menerima hadith. Seharusnya hadith daripada
Rasulullah terus diterima. Para ulama’ tidak pernah menolak hadith yang benar-benar
daripada Rasulullah, cuma apabila ada hadith yang samar-samar atau kurang diyakini tentang
kebenarannya atau ia ditafsirkan mengikut pendapatnya, mungkin mereka akan
meninggalkannya.
Justeru kajian teks hadith adalah salah satu ilmu yang dapat memberikan gambaran
yang menyeluruh dan lengkap tentang sesuatu hadith Rasulullah untuk membolehkan hadith
itu diterima dan diamalkan. Kajian tentang matan ( teks hadis ) menjadi asas supaya umat
Islam tidak terburu-buru menolak sesuatu hadith hanya kerana dianggap bertentangan dengan
akal sebelum benar-benar melakukan pengesahan secara mendalam. Sebagaimana yang telah
ditegaskan bahawa apabila umat Islam berpegang kepada hadith, bererti kita berpegang
kepada al-Quran. Al-Imam al-Auzai telah meriwayatkan daripada Hassan bin ‘Atiyah
katanya : “ Wahyu turun kepada Rasulullah saw dan Jibril membawa bersamanya al-Sunnah
yang mentafsirkan wahyu itu. Maka tiap-tiap perkara yang keluar daripada Rasullullah saw
sama ada perkataan, Perbuatan dan pengakuannya berasal dari wahyu juga”.
2. Memahami hadith secara tematik (madhu’ie) untuk memperoleh gambaran yang
menyeluruh dan lengkap mengenai tema yang dikaji.
Sumber utama dalam Islam ialah al-Quran dan hadith Rasulullah. Kedua-dua sumber
ini mesti diterima kerana ianya saling lengkap melengkapi. Tidak sempurna keislaman dan
keimanan seseorang jika menerima al-Quran semata-mata dan menolak hadith Rasulullah. Al
Quran tidak dapat difahami sepenuhnya melainkan dengan merujuk kepada huraian dan
penjelasan daripada hadith Rasulullah.
8
HIQ3033 2013
Oleh kerana kekayaan subjek dan tema yang dibahaskan di dalam hadith, maka
sebahagian ulama’ dan para ilmuan menyusun beberapa hadith yang mempunyai temanya
yang sama dan tersendiri lalu membahaskannya dengan sebuah perbahasan yang lebih
tersusun. Tafsiran hadith ini menggabungkan pelbagai hadith yang mempunyai tema
perbincangan yang sama lalu menyusun perbahasannya dalam bentuk yang lebih tersusun
agar masyarakat awam dan penuntut ilmu khususnya dapat melihat sesuatu topik tersebut
dibahaskan dalam hadith secara lebih jelas.
Tafsiran hadith sebegini dikenali sebagai Kajian teks hadith Maudhu’ie atau tematik
yang mana perbahasan dan penjelasan tentang sesuatu hadith itu disusun bergandingan
dengan penjelasan-penjelasan terhadap hadith-hadith yang lain yang mempunyai topik, tema
atau subjek yang sama daripada keseluruhan hadith Rasulullah. Antara kepentingan kajian
teks hadith Maudhu’ie ialah membuktikan ketelitian perbahasan dalam hadith menerusi
himpunan topik-topiknya yang tertentu. Kajian secara maudhu’ie ini telah memperbaharui
gaya pemikiran masyarakat dan menghidangkan mereka dengan bentuk baru dalam
memahami hadith.
Menurut Nor Hasanuddin H.M.Fauzi ( 2010 ), ulama memiliki banyak metode dalam
menyusun dan menghimpunkan hadith-hadith Rasulullah. Setiap metode yang digunakan
dalam penyusunan dan penghimpunan hadith itu memiliki tujuan dan matlamat tersendiri.
Berdasarkan metode al-Sihah yang dipelopori oleh al-Bukhari dan Muslim, hadith-hadith
Rasulullah disusun mengikut bab dan sub-bab yang terdapat dalam kitab fiqh. Metode ini
misalnya dimulakan dengan perbahasan bersuci dan setiap hadith yang berkaitan dengan
bersuci akan dihimpunkan dalam bab atau sub-bab bersuci itu, begitu juga bab-bab yang lain.
Metode Kajian Teks Hadith Maudhu’i ini adalah sistematik dan tematik. Sistemetik
bermaksud antara satu bab dengan bab berikutnya saling berkaitan manakala hadith-hadith
yang dihimpunkan dalam satu bab atau topik pula mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Tematik pula bermaksud hadith-hadith Rasulullah yang disusun dalam Sahih al-Bukhari dan
Sahih Muslim misalnya adalah mengikut susunan bab tertentu dan semua hadith itu adalah
sahih.
Teks Hadith Maudhu’ie membolehkan umat Islam memahami hadith secara tematik
untuk memperoleh gambaran yang menyeluruh dan lengkap mengenai tema atau bab yang
9
HIQ3033 2013
dikaji. Setiap hadith akan diberi makna secara umum. Dengan ini umat Islam mampu
memahami maksud sesebuah hadith itu secara keseluruhannya. Hadith Maudhu’ie
dilengkapi dengan analisis lafaz untuk mengetahui makna setiap kosa kata yang terdapat di
dalam hadith berkenaan. Kemudian ia diikuti dengan fiqh hadith yang memuatkan hukum-
hukum yang boleh dipetik atau diambil daripada hadith tersebut dan ditulis secara ringkas
dan padat.
3. Mengenal pasti latar belakang sesuatu hadith dengan tepat untuk memahaminya
berasaskan objektif syara’ ( maqasid al-syari’ah )
Setiap perkara yang dikaitkan dengan agama Islam mesti mempunyai hujah yang
kukuh berlandaskan al-Quran dan hadith. Ini kerana ajaran Islam adalah berasakan wahyu
bukan rekaan atau fikiran manusia semata-mata. Umat Islam perlu berhati-hati untuk
mengaitkan suatu perkara itu dengan ajaran Islam melainkan selepas kita memastikan
kebenaran sumbernya terlebih dahulu.
Pengkaji hadith perlu terlebih dahulu mendalami kandungan al-Quran sebelum
mentafsir teks hadith kerana al-Quran dan al-hadith saling berhubung-kait antara satu dengan
lain. Al-Quran dan al-hadith saling berhubung dalam menperjelaskan sesuatu perkara atau
hukum. Hal ini sangat penting kerana pengkaji perlu mengetahui latar belakang sesuatu
hadith dengan tepat untuk memahami kandungannya selari dengan kehendak al-Quran dan
bersesuaian dengan Maqasid Syariah. Maqasid Syariah merupakan suatu ilmu yang harus
dipelajari begi ulama’ fiqh agar setiap ijtihad dan pendapat yang diberikan bertepatan dengan
kehandak syariah. Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah atau maksud
yang dikehendaki oleh syarak melalui dalil al-Quran dan hadith. Secara umumnya maqasid
boleh didefinisikan sebagai :
المضرة وإزالة المفسدة ودرؤ المصالح جلبMaksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan.
Antara ilmu yang dapat membantu pengkaji mengkaji hadith adalah berkaitan ilmu
Asbab Wurud Al-Hadith. Asbab Wurud Al-Hadith adalah ilmu yang menerangkan sebab-
sebab datangnya hadith dan beberapa munasababnya ( latar belakang ). Tujuannya adalah
untuk mengetahui sebab-sebab dan latar belakang munculnya sesuatu hadith sehingga dapat
mendukung dalam pengkajian makna teks hadith yang dikehendaki.
10
HIQ3033 2013
Antara kepentingan mengetahui Asbab Wurud al-Hadith dalam kajian hadith ialah :
i. Menolong dalam memahami dan mentafsirkan pesanan-pesanan yang terkandung
dalam hadith. Pengetahuan tentang sebab-sebab terjadinya sesuatu merupakan jalan
untuk mengetahui musabab (akibat) yang terjadi. Seseorang tidak mungkin
mengetahui penafsiran sesuatu hadith secara tepat tanpa mengetahui sebab-sebab dan
keterangan-keterangan tentang latar belakang sesuatu hadith yang berkaitan.
ii. Untuk mengetahui hikmah-hikmah ditetapkan sebuah syariah hukum.
iii. Untuk mentakhsiskan (memperincikan) sesuatu hukum yang berlaku secara umum di
dalam hadith.
4. Pelengkap kajian ilmu hadith riwayah dalam konteks memberi kefahaman yang jelas
dan tepat terhadap sesuatu hadith dalam konteknya yang betul secara tersurat dan tersirat
Ilmu hadith terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hadith Riwayah dan Hadith Dirayah.
Kajian tentang teks hadith adalah berkaitan rapat dengan ilmu hadith riwayah. Perbincangan
hadith riwayah merangkumi rangkaian perawi hadith, menjaga lafaz-lafaznya serta segala
yang berkaitan dengan pemindahan dan pengambilan hadith yang sahih dan terjaga. Ia juga
merangkumi perbincangan mengenai perkataan gharib, sebab wurudnya, hukum yang boleh
diambil darinya serta beberapa pengajaran yang terkandung didalamnya.
Hadith Riwayah dengan lafaz bermaksud pemindahan sesuatu hadith dengan
menitikberatkan lafaz perawinya tanpa melakukan sebarang pindaan atau gentian terhadap
huruf dan perkataan asal Rasulullah. Riwayah dengan makna pula ialah perawi
mengemukakan hadith tanpa terikat dengan perkataan-perkataan yang telah didengarinya. Dia
menukarkan lafaznya dengan perkataan lain yang seerti atau menunjukkan maksud yang
sama dengan perkataan asal tanpa mengubah maksud asal sabda Baginda.
Kajian teks hadith merupakan pelengkap dalam kajian ilmu hadith Riwayah.
Kepentingannya dilihat dalam memberi kefahaman yang jelas dan tepat terhadap sesuatu
hadith dalam konteknya yang betul secara tersurat dan tersirat. Tersirat bermaksud hadith
tersebut mempunyai pengertian yang tersembunyi. Melalui kajian teks hadith Riwayah, ia
dapat menjamin ketepatan setiap hadith yang disampaikan, memelihara atau menjaga
11
HIQ3033 2013
sesebuah hadith daripada penyelewengan serta kesalahan dari sudut maksud terutamanya
yang sukar difahami.
Pernyataan sesebuah hadith tidak akan sempurna jika tidak dinyatakan sumbernya
dalam kitab-kitab rujukan asal dan statusnya sama ada diterima atau ditolak. Takhrij hadith
merupakan kaedah dan teknik pencarian hadith dari sumber-sumber yang berautoriti dan
diperakui. Apabila sesuatu hadith telah dipastikan kebenarannya maka proses kajian teks
hadith boleh dilakukan bagi memahami kandungan hadith selaras dengan kandungan al-
Quran.
Jelaslah bahawa al-Quran tidak seharusnya terpisah daripada al-hadith kerana antara
tugas Rasulullah selain menyampaikan al-Quran ialah memberi penjelasan kepada manusia
dengan kata-kata dan perbuatannya. Tugas memberi penjelasan dan pentafsiran adalah lebih
daripada membaca dan menyampaikan al-Quran. Peribadi Rasulullah s.a.w tidak mungkin
dipisahkan dari tugas ini kerana kedatangannya untuk menyampaikan dan menyempurnakan
ajaran Allah dan melaksanakannya dalam kehidupan.
Peranan dan kepentingan kajian teks hadith dalam syariah Islam.
Peranan dan fungsi kajian teks hadith dalam syariah Islam adalah merujuk kepada
peranan al-hadith sebagai sumber rujukan dan pengetahuan terutamanya yang berkaitan
dengan kajian kritis yang menjelaskan tentang kesahihan pengetahuan terutamanya
pengetahuan yang terkandung di dalam nas-nas al-Quran. Yang dimaksudkan dengan fungsi
al-hadith ialah peranannnya dalam menerangkan nas-nas al-Quran yang kurang jelas dan
penambahan kepada pengajaran yang tidak terdapat dalam al-Quran.
Walaupun al-Quran mempunyai keistimewaan secara mutlak tetapi tidak seharusnya
dipisahkan dari al-hadith, kerana peranan Rasulullah adalah sebagai menerangkan apa-apa
yang terkandung di dalam al-Quran. Fungsi dan peranan kajian teks hadith dapat difahami
sebagai berikut :
1. Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam
12
HIQ3033 2013
al-Quran
Walaupun gaya bahasa dalam ayat-ayat al-Quran cukup jelas dan terang serta senang
difahami oleh pembacanya, namun demikian ia tetap memerlukan kepada kajian teks untuk
menguatkannya dan juga untuk menerangkan isi-isi kandungannya. Di atas dasar inilah maka
Rasulullah s.a.w diutus.
Firman Allah s.a.w :
( Surah An Nahl 16:44 )
Maksudnya : “( Kami utuskan rasul-rasul itu ) membawa keterangan-keterangan yang jelas
nyata ( yang membuktikan kebenaran mereka ) dan kitab-kitab suci ( yang menjadi panduan )
dan Kami pula turunkan kepadamu ( Wahai Muhammad ) Al-Quran yang memberi
peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang diturunkan
kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya”
Peranan al-hadith sebagai menguatkan nas-nas al-Quran banyak terdapat di dalam
kitab-kitab al-Sunnah. Antaranya berkaitan perkara pensyariatan solat, puasa dan haji.
Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Umar ibn al-Khattab yang bermaksud :
“ Islam didirikan atas lima rukun, syahadah bahawa tiada Tuhan yang lain yang
berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad ( s.a.w ) adalah Rasulullah, mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa bulan Ramadhan ”
( Sahih Bukhari )
Al -hadith diatas boleh disifatkan sebagai menguatkan perintah Allah dalam firmanNya :
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa ”
Surah al-Baqarah 2:183
13
HIQ3033 2013
Maksudnya : “ Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat ”
Surah al Baqarah 2:110
Selain itu, peranan al-hadith sebagai penguat dan penyokong kepada Firman Allah juga
terdapat dalam hadith Rasulullah :
السلم اخو المسلم Maksudnya: “ Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam ” Sahih Bukhari
Hadith ini adalah penguat kepada Firman Allah :
Maksudnya : “ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah diantara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu, dan bertaqwalah kepada
Allah supaya kamu berolah rahmat ”
( Surah al Hujraj 49:10 )
Dengan ini jelaslah bahawa al-Quran tidak seharusnya terpisah daripada al-hadith
kerana antara tugas Rasulullah selain menyampaikan al-Quran ialah memberi penjelasan
kepada manusia dengan kata-kata dan perbuatannya. Tugas memberi penjelasan dan
pentafsiran adalah lebih daripada membaca dan menyampaikan al-Quran. Sesebuah hadith
perlu dikupas pengertiannya selaras dengan kehendak Rasulullah dan seterusnya hadith dapat
penjadi penjelas kepada al-Quran.
2. Penghurai dan pentafsir (mubayyin) bagi ayat-ayat al-Quran yang umum .
Kajian teks hadith berperanan dalam memperincikan nas-nas al-Quran yang bersifat
majhul (umum). Maksud majhul menurut al-‘Amidi di dalam kitabnya al-Ihkam Fi Usul al-
Ahkam ialah nas yang tidak boleh ditangguhkan terhadap salah satu daripada dua maksud dan
nas yang tidak jelas mana satukah yang dimaksudkan. Ia kadang kala merupakan nas yang
ringkas dan memerlukan kepada penjelasan, khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan
ibadah dan hukum hakam yang lainnya. Terdapat beberapa nas al-Quran yang diturunkan
14
HIQ3033 2013
secara majhul ( ringkas ) yang memerlukan keterangan dari al-Sunnah, antara contohnya
ialah perintah Allah mengenai ibadah solat yang terkandung dalam firman Allah yang
bermaksud :
Maksudnya : “ Sesungguhnya sembahyang itu suatu ketetapan yang diwajibkan ke atas
orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya”
Ayat diatas adalah antara ayat-ayat yang majhul, kerana tidak diterangkan cara-cara
mengerjakannya dan tidak juga diterangkan waktu-waktu yang diwajibkan, dengan demikian
maka fungsi al-hadith ialah menerangkan satu persatu segala apa yang tidak dijelaskan oleh
al Quran, lalu dijelaskan melalui perbuatan Rasulullah s.a.w melalui praktikal Baginda.
Mengenai cara-cara sembahyang, Rasulullah s.a.w menerangkan secara teori dan praktis,
antara contohnya ialah sabda baginda kepada seorang lelaki yang tidak tahu mengerjakannya
dengan cara yang betul. Rasulullah s.a.w bersabda :
تطمئن حتى اركع ثم القران من معك تيسر ما اقرا ثم فكبر الصالة الى قمت إذاتطمئن حتى ارفع ثم ساحدا تطمئن حتى اسجد ثم قائما تعدل حتى ارفع ثم راكعا
كلها صالتك في ذلك وافعل جالسا
“ Apabila engkau berdiri betul maka takbirlah, kemudian bacalah mana-mana ayat al-Quran
yang mudah bagi engkau, kemudian ruku’lah hingga tetap, kemudian angkat kepala hingga
betul berdiri, kemudian engkau sujud hingga tetap, kemudian engkau duduk hingga tetap.
Demikian seterusnya engkau lakukan dalam segala ibadat sembahyang engkau ”
Mengenai waktu-waktu yang diwajibkan sembahyang maka Rasulullah s.a.w menerangkan
dalam beberapa al-Hadith, antaranya al Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud al-Ansari
r.a. Beliau berkata :
“ Aku melihat Rasulullah s.a.w menunaikan sembahyang zohor pada waktu matahari
tergelincir, terkadang dilewatkan sekiranya udara terlalu panas, aku melihat ia menunaikan
sembahyang asar pada ketika matahari masih tinggi dan bersinar sebelum menjadi kuning,
sekira-kira jikalau orang yang sembahyang bersama-sama Baginda selesai dan pulang
kerumahnya di Dhu al-Khulayfat ( nama tempat ) akan sampai sebelum jatuh matahari, aku
15
HIQ3033 2013
melihatnya menunaikan solat maghrib pada ketika matahari tenggelam, aku melihatnya
menunaikan sembahyang isyak pada ketika di ufuk-ufuk (di kaki langit) gelap, terkadang
baginda melewatkan sehingga manusia berkumpul , aku melihatnya menunaikan sembahyang
Subuh, satu ketika pada akhir malam dan keadaan gelap dan pada ketika yang lain pula
melihatnya menunaikannya pada ketika terbit cahaya matahari tetapi pada ketika yang lain
aku melihat baginda tetapmenunaikannya pada akhir malam dan tidak lagi menunaikannya
pada ketika terbit cahaya matahari ”
Kedua-dua hadith ini menerangkan maksud ayat 103 surah An-Nisa’ yang
memerlukan penjelasan dan keterangan daripada al-Sunnah. Dimana nas tersebut dibawa
dalam bentuk majhul. Iaitu tidak diterangkan cara, bentuk, syarat, dan masa untuk
menunaikannya secara khusus. Untuk itu cara mengerjakan sembahyang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w melalui praktilak baginda.
Selain itu, nas mengenai perintah Allah supaya mengeluarkan zakat harta dalam
firmaNya :
‘ Maksudnya : “Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah zakat supaya
dengannya engkau bersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka dari akhlak buruk ”
Ayat ini adalah antara ayat yang majhul kerana tidak dijelaskan apakah jenis harta
yang diwajibkan zakat, juga kadar dan masanya, lalu al-Sunnah menjelaskan satu persatu
sehingga perbezaan antara zakat tanaman yang tumbuh sendiri dan dengan siraman yang
diusahakan oleh manusia.
Berhubung dengan jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat maka Rasulullah s.a.w
menerangkan satu persatunya dalam beberapa al Hadith. Ini dapat dilihat dengan jelasnya di
dalam kitab-kitab al-Sunnah di dalam bab zakat. Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa
binatang ternakan yang diwajibkan zakat ialah unta, lembu, dan kambing biri-biri. Mengenai
zakat tanaman, Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa jenis-jenis tanaman yang diwajibkan
zakat ialah tamar, gandum, anggur, dan beberapa jenis lagi. Selain itu zakat harta juga
termasuklah emas, perak, harta perniagaan dan lain-lain.
16
HIQ3033 2013
Apa yang diterangkan oleh Rasulullah merupakan penjelasan bagi maksud ayat 103
surah al-Taubat. Berkenaan masa, baginda menegaskan bahawa harta-harta yang digunakan
tidak wajib zakat melainkan apabila cukup hawl iaitu satu tahun.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“ Siapa yang menggunakan harta maka tidak diwajibkan zakat atasnya melainkan apabila
cukup hawl disisi tuannya”
Mengenai kadar, baginda menegaskan dalam beberapa al hadith antaranya ialah al hadith
yang bermaksud:
“ Tidak diwajibkan zakat untuk tamar yang kurang dari lima awsuk dan wang dirham yang
kurang dari awqiyat juga unta yang kurang dari lima ekor”
Mengenai perbezaan antara zakat tanaman yang tumbuh dengan siraman air hujan dan
air matair dengan tanaman yang tumbuh dengan siraman yang menggunakan tenaga manusia,
maka baginda menegaskan dalam al-hadith berikut :
Salim bin Abdullah meriwayatkan daripada bapanya, daripada Nabi s.a.w :
نصف بالنضح سقي وما العشر عثريا كان او والعيون السماء سقت فيما
العشرMaksudnya : Tanaman yang disiram oleh air hujan atau air mata air atau yang tumbuh
sendiri maka zakatnya ialah 1/10 dan tanaman yang tumbuh melalui siraman tangan
manusia maka zakatnya ialah 1/20.”
Al hadith ini merupakan penjelasan bagi ayat 103 surah al-Taubah yang majhul.
3. Mengkhususkan nas-nas yang bersifat umum .
Didalam al-Quran terdapat nas yang disebut secara umum. Maka teks hadith
berperanan dalam mentakhsiskan ( menentukan ) atau mengkhususkan maksud nas al-Quran
yang umum, antaranya ialah Firman Allah :
17
HIQ3033 2013
Maksudnya “ Allah perintahkan kamu mengenai ( pembahagian harta pusaka untuk ) anak-
anak kamu, iaitu bahagian sesorang anak lelaki menyamai bahagian anak perempuan ”
( Surah an Nisa’4 : 11 )
Ayat diatas adalah umum maksudnya, ia melibatkan para Nabi dan anak-anak mereka,
sedangkan antara mereka tidak harus menerima pusaka. Hadith yang mentakhsiskan ayat
diatas, berdasarkan sabda Rasulullah daripada Abu Bakar :
صدقة ماتركنا النورث
Maksudnya “ Kami para Nabi tidak dipusakai, apa yang kami tinggalkan menjadi sedekah ”
Pengertian umum dari ayat tersebut juga boleh melibatkan pembunuh menerima pusaka,
sedangkan ia tidak harus menerimanya. Sabda Rasulullah s.a.w :
يرث ال القاتل
Maksudnya “Pembunuh tidak mendapat apa-apa dari harta pusaka orang yang dibunuhnya”
Dua hadith ini adalah untuk mentakhsiskan atau mengeluarkan mereka yang tidak termasuk
di dalam umum ayat tersebut.
Selain itu, di dalam ayat 22 dan 23 surah an-Nisa’, Allah melarang lelaki
mengkahwini perempuan-perempuan berikut : Bekas ibu bapa, ibu kandung, anak
perempuan, saudara perempuan seibu sebapa atau seibu atau sebapa, anak perempuan bagi
saudara lelaki dan perempuan, ibu susu dan anaknya, ibu mertua, anak tiri yang ibunya sidah
dicampuri, bekas menantu, menghimpunkan antara isteri dan anak saudara perempuan, isteri
orang lain melainkan yang diperolehi melalui tawanan perang yang suaminya tedak tertawan,
kemudian pada akhir ayat 23 Allah berfirman yang bermaksud :
Maksudnya : “ dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali ( untuk menjadi
isteri-isteri kamu )”
18
HIQ3033 2013
Potongan yang terakhir dari ayat 23 surah al Nisa ini masih umum kerana terdapat
satu lagi dari golongan perempuan yang diharamkan tetapi tidak termasuk dalam kenyataan
diatas, iaitu menghimpunkan antara isteri dan emak saudaranya sebagai isteri pertama dan
yang kedua sama ada sebelah ibu atau bapa, lalu al-hadith mentakhsiskan dari pengertian
umum ayat tersebut dengan sabda Rasulullah yang bermaksud :
او عمتها على المراة تنكح ان وسلم عليه الله صلى الله رسول نهىجالتها
Maksudnya: “ Rasulullah s.a.w melarang mengkahwini seseorang wanita serentak dengan
emak saudaranya (iaitu himpunkan antara isteri) sama ada sebelah ibu atau bapa”
4. Membataskan nas-nas al Quran yang mutlaq (taqyid al matlaq)
Maksudnya al-hadith bertindak sebagai muqayyad atau membataskan hukum dalam
nas al-Quran yang berbentuk mutlaq. Sehubungan dengan itu, mana-mana nas dan ayat yang
bersifat mutlak akan diterangkan oleh al-hadith dengan terperinci.
Antara ayat al Quran yang diturunkan secara mutlaq maksudnya ( tidak terbatas )
ialah firman Allah :
Maksudnya : “ Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
potonglah tangan mereka berdua ”
( Surah al Ma’idah 5 : 38 )
Ayat di atas adalah antara ayat-ayat mutlak maksudnya kerana tidak dibataskan sempadan
tangan yang sepatutnya dipotong, apabila sabit kesalahan mencuri dan hukumnya kepada
semua pencuri, sama ada benda yang dicurinya sedikit atau banyak. Tentang had potong
tangan, maka Rasulullah s.a.w membataskan setakat pergelangan tangan dan disitulah tempat
yang diperintah supaya dipotong dalam sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :“ Potonglah”
Tentang kadar benda yang dicuri pula, maka Rasulullah s.a.w membataskan kadar
iaitu kurang dari ¼ dinar, sabda Rasulullah daripada ‘Aisyah maksudnya :
19
HIQ3033 2013
“ Jangan memotong tangan pencuri melainkan apabila ia mencuri sesuatu yang bernilai ¼
dinar atau lebih”
5. Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan hukum baru yang tiada dalam
al-Quran
Ulama’ sepakat bahawa al-hadith menguatkan nas-nas al-Quran. Ada dikalangan
mereka berselisih tentang al-hadith menambah hukum-hukum yang tidak terdapat tersebut
dalam al-Quran secara zahir tetapi secara asasnya sahaja, seperti mengharamkan makan
burung yang berkaku panjang dan binatang buas yang mempunyai taring. Pengharaman itu
ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud :
كل وعن السباع من ناب ذي كل عن وسلم عليه الله صلى الله رسول نهىالطير من مخلب ذي
Maksudnya :“ Rasulullah s.a.w melarang memakan daging binatang buas yang mempunyai
taring dan burung yang berkaki panjang”.
Kedua-dua jenis binatang ini tidak termasuk di dalam jenis-jenis binatang yang diharamkan
memakannya, yang tercatat di dalam firman Allah :
Maksudnya : “Diharamkan kepada kamu memakan bangkai (binatang yang tidak
disembelih), darah yang mengalir, daging babi, binatang yang disembelih kerana selain
daripada Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati terjatuh dari tempat yang
tinggi, yang mati ditanduk, yang mati dimakan oleh binatang buas, kecuali jika sempat
disembelih sebelum habis nyawanya dan yang disembelih atas nama berhala ”
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini iaitu :
20
HIQ3033 2013
1. Sesetengah ulama berpendapat bahawa apa yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w,
walaupun tidak terdapat di dalam al-Quran secara zahirnya tetapi oleh kerana Allah telah
mewajibkan ke atas manusia supaya mentaatinya maka dengan sendirinya apa yang
disunnahkan itu adalah dengan taufiq dan hidayah dari Allah.
2. Sesetengah ulama’ pula berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w tidak mensyariatkan sesuatu
hukum melainkan apabila terdapat asas-asasnya di dalam al-Quran seperti ibadat sembahyang
yang dilakukan oleh Rasulullah dengan kifayat yang tidak tercatat di dalam al-Quran, namun
demikian ia tidak terkeluar dari asas perintah Allah supaya mengerjakan sembahyang
begitulah halnya dalam hal-hal ibadat.
3. Sesetengah ulama pula berpendapat bahawa sesuatu yang disyariatkan oleh Rasulullah
s.a.w adalah dengan perintah Allah, jadi Rasulullah s.a.w hanya melaksanakan perintahNya.
4. Sesetengah ulama’ pula berpendapat bahawa sesuatu yang disunnahkan oleh Rasulullah
adalah hasil dari ilham yang diilhamkan kedalam hatinya. Golongan ini berdalil dengan
sesuatu al hadith yang bermaksud:
“ Jibril mengihamkan ke dalam hatiku, iaitu seseorang tidak akan mati melainkan setelah
disempurnakan segala rezekinya yang telah dijanjikan, oleh itu maka hendaklah kamu
elokkan tuntutan kamu”
Pada zahirnya sahaja pendapat-pendapat ini kelihatan berbeza. Mereka tidak
mengatakan bahawa apa yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w itu berdasarkan
pandangannya sendiri atau ditokok tambah tanpa berpandukan sebarang asas, malah mereka
sependapat tentang sesuatu yang disunnahkan itu mempunyai asas, sama ada al-Quran atau
wahyu secara ilham atau taufiq dari Allah.
Pendapat yang mengatakan sesuatu yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w adalah
datang dari ilham yang diilhamkan ke dalam hatinya adalah lebih jelas dan lebih tepat dengan
al hadith sebagai wahyu dan selaras dengan firman Allah :
“ Segala apa yang diperkatakan itu sama ada al Quran atau al Hadith tidak lain melainkan
wahyu yang diwahyukan ” Surah al-Najm 53:4
21
HIQ3033 2013
6. Menasakhkan hukum yang terdapat dalam al-Quran.
Berdasarkan kaedah umum perundangan Islam, sesuatu dalil al-Quran tidak boleh
dibatalkan melainkan dengan dalil yang sama kuat atau lebih kuat darinya. Berdasarkan
kaedah umum tersebut antara dalil-dalil yang dapat membatalkan menurut jumhur ulama
ialah nasakh al-Quran dengan al-Quran, Nasakh al-Quran dengan hadith, Nasakh hadith
dengan hadith, nasakh hadith dengan al Quran.
Menurut Imam al-Syafi’i, nas al-Quran hanya boleh dibatalkan dengan al-Quran,
bukan melalui hadith. Hujah Imam al-Syafi’i antaranya ialah hasil kajian beliau berdasarkan
kedudukan al-Quran lebih tinggi berbanding hadith. Namun mrnurut pendapat sebahagian
ulama’ mazhab syafi’i seperti al-Baydawi dan al-Asnawi, hadith bukan sahaja dapat
bertindak sebagai dalil dan bukti yang menetapkan nasihk dan mansukh nas al-Quran, bahkan
lebih jauh daripada itu hadith boleh bertindak untuk membatalkan al-Quran.
Menurut jumhur ulama, al-Quran harus dibatalkan dengan hadith Mutawatir. Hal ini
kerana antara kedua-duanya dikira setaraf sudut kekuatan. Alasan yang digunakan oleh
jumhur ulama berdasarkan nas al-Quran berkaitan wasiat kepada ibu bapa serta kerabat
sebagaimana firman Allah :
Maksudnya : Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
dengan cara yang baik (menurut peraturan agama) sebagai suatu kewajipan atas orang-
orang yang bertaqwa”
Hukum wajib berwasiat yang dinyatakan dalam ayat al Quran di atas dibatalkan
melalui riwayat ‘Amru ibn Kharijah,
Sabda baginda Rasulullah :
22
HIQ3033 2013
لوارث الوصيةMaksudnya : “ Tiada wasiat bagi ahli waris ( penerima pusaka )
Menurut ulama Hanafi, al-Quran hanya harus dibatalkan dengan hadith Mutawatir dan
hadith Masyhur sahaja. Hal tersebut kerana hadith Masyhur dikira hampir sama tafarnya
dengan al-Quran dari sudut kekuatan. Walau bagaimanapun, al-Quran tidak boleh dibatalkan
dengan hadith Ahad kerana lebih rendah sudut kekuatan.
Menurut Imam Syafi’i, al-Quran tidak boleh dibatalkan dengan hadith, walaupun
hadith tersebut bertaraf mutawatir atau masuyhur, alasannya berdasarkan firman Allah :
Maksudnya : “ Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan) atau yang
Kami tinggalkan ( atau tangguhkan ), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya
atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengatahui bahawa Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu?”
Ayat tersebut menjelaskan Allah menyandarkan gantian mana-mana ayat yang dibatalkan
pada diri-Nya sahaja dengan mendatangkan al-Quran juga sebagai gantinya.
Jumhur ulama’, sepakat mengatakan bahawa harus membatalkan hadith dengan hadith
dengan syarat kedua-duanya sama taraf dari sudut sabit hukum dengan petunjuk atau dilalah.
Untuk itu, jumhur sepakat mengatakan bahawa hadith Mutawatir dapat membatalkan hadith
Mutawatir dan hadith Ahad. Sebaliknya hadith Ahad hanya membatalkan hadith Ahad sahaja
dan ia tidak harus membatalkan hadith Mutawatir.
Antara contoh hadith bertindak membatalkan hukum yang dibawa menerusi hadith
ialah baginda Rasulullah s.a.w pada suatu ketika menegah para sahabat menziari kubur,
namun selepas itu, baginda mengharuskannya. Ini dapat dijelaskan sebagaimana riwayat Abu
Buraydah daripada ayahnya,
Sabda baginda s.a.w :
23
HIQ3033 2013
فزوروها القبور زيارة عن نهيتكمMaksudnya : “ Mulanya daku menegah menziarahi kubur, sekarang ziarahilah.”
Jumhur ulama’ sepakat mengatakan al-Nasakh sememangnya berlaku di dalam
hukum syarak dengan mengandungi hikmah-hikmah tertentu, antaranya untuk menjaga
kepentingan dan kemaslahatan manusia yang kadang-kala sesuatu kemaslahatan itu berubah
mengikut keadaan. Al-Quran merupakan sumber perundangan yang pertama dan hadith
diletakkan sebagai sumber rujukan kedua kerana kedua-duanya adalah sejajar serta saling
melengkapi dalam semua aspek dan dasar perundangan.
Penutup
Al-Quran dan al-hadith merupakan dua sumber ilmu berautoriti di dalam Islam.
Segala ilmu yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith dikenali sebagai ilmu naqli.
Kebenaran yang terkandung dalamnya merupakan kebenaran yang bersifat mutlak. Hadith
digunakan dalam perundangan Islam merupakan hadith yang sahih telah melalui proses
penyaringan hadith yang ketat dan mengikut metodologi yang telah digariskan oleh
mutahaddithin bagi memastikan kesahihan hadith yang tidak diragukan sehingga kini. Kajian
hadith meliputi beberapa disiplin ilmu yang berkaitan dengan sanad dan matan (teks) hadith.
Melalui kajian Teks Hadith sesuatu riwayat itu dapat dikenali sama ada ia benar-benar
hadith Rasulullah atau telah dieksplotasikan oleh pihak pencipta hadith palsu. Untuk
mengupas sesebuah hadith dalam konteks yang lebih luas, seseorang itu memerlukan
metodologi kajian teks hadith agar kupasan lebih baik dan menepati kehendak sebenar hadith.
Kajian teks hadith secara terperinci dan sistemetik dapat memberikan kefahaman yang lebih
mendalam tentang al-Quran yang mana kandungannya adalah sinonim dengan hadith kerana
kedua-duanya adalah wahyu daripada Allah.
Dalam menghadapi era globalisasi dan perkembangan dunia kini, banyak
permasalahan baru dalam perundangan Islam wujud dan memerlukan penjelasan terperinci.
Penyelesaian kepada masalah masyarakat kini memerlukan kepakaran dalam kajian nas-nas
al-Quran dan teks-teks hadith. Memahami hadith secara zahirnya sahaja tidak boleh
24
HIQ3033 2013
menyelesaikan masalah masyarakat, ia perlu disertai dengan ilmunya yang menjurus kepada
pemahaman keseluruhan hadith untuk menjadi dalil kepada persoalan yang timbul dan
bertepatan dengan kandungan al-Quran.
Rujukan
Abdul Halim El-Muhammady (1999). Islam dan Al-Hadith. Petaling Jaya : Dewan Pustaka
Islam.
Abdul Latif Muda (2010). Sejarah Perundangan Islam dan Mazhab Fiqh. Kuala Lumpur :
Percetakan Salam Sdn Bhd.
Abdul Razak Muthalib (2011). 40 Hadis Palsu Popular. Kuala Lumput : PTS Islamika Sdn
Bhd.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (2010). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Dr. Ahmad Yunus Kasim dan En Samsudin Abdul Hamid (2013). HIH 3013 Ilmu-Ilmu
Hadith. Tanjong Malim : Pusat Pendidikan Luar
Dr. Mahmud Thahan (2010). Ilmu Hadith Praktis. Bogor : Pustaka Thariqul Izzah
Dr. Rosmawati Ali@ Mat Zin (2005). Penghantar Ulum Hadith. Kuala Lumpur : Pustaka
Salam Sdn Bhd.
Dr. Rosmawati Ali@ Mat Zin (2007). Perbahasan Kehujahan Hadith Dalam Akidah dan
Syariah. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.
Haji Dasuki bin Haji Ahmad (1988). Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur : Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
25
HIQ3033 2013
Manna’ Khalil A-Qathan (2006). Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadith (Abu Ezzat Al-
Mubarak, Terjemah ). Kuala Lumpur : Pustaka Jiwa Sdn Bhd.
Mohd Asri Zainul Abidin (2012). Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah. PTS Islamika Sdn
Bhd.
Prof Dr. Ahmad Shalaby (1986). Sejarah Perundangan Islam. Singapura : Pustaka Nasional
Pte Ltd.
26