Download - Titas (Taj Mahal) -Complete
PUSAT PENGAJIAN UMUM PROGRAM: PRASISWAZAH
KURSUS: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
KOD KURSUS: ZZZT 2163
SET KURSUS: 7
TAJUK TUGASAN:TAJ MAHAL PERMATA SENI BINA ISLAM
AHLI KUMPULAN:AINUR RAHMAH MOHD SAHROM A139769NUR HAFIZAH JUMAIN A139847NURULHIDAYAH ABD GHANI A140020SITI SALEHA AZIS A139958SITI NURSYUHAIDA KHAMARUDIN A139850
NAMA PENSYARAH:DR. HASANAH BINTI ABD. KHAFIDZ
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. PENGENALAN 1-2
2. SEJARAH PENUBUHAN TAJ MAHAL 3
3. KEUNIKAN SENI BINA TAJ MAHAL 4-5
4. MITOS ATAU FAKTA? 6-7
5. SUMBANGAN SENI BINA KEPADA TAMADUN 8
6. KESIMPULAN 9
7. RUJUKAN 10
PENGENALAN
Pada abad ke 16, menyaksikan India diperintah oleh Kerajaan Islam Monghul yang
mengambil alih daripada pemerintahan kesultanan Delhi yang terakhir iaitu dinasti Lodi.
Kerajaan ini diasaskan oleh Babur pada tahun 1526 setelah berjaya mengalahkan Sultan
Ibrahim Lodi dalam perang Panipat. Walaupun berlaku pertembungan budaya Islam dan
tradisional India, segala budaya tempatan tetap diterima dengan mudah oleh seni bina Islam
yang bersifat universal. Kerajaan Monghul yang memerintah India telah mencapai tahap
ketamadunan yang tinggi.
Pada zaman pemerintahan Shah Jehan mereka telah banyak membina bangunan yang
hebat seperti kubu pertahanan di Agra, kompleks kerajaan, masjid Moti, istana Taj Mahal,
kompleks pemakaman dan sebagainya. Keunikan Taj Mahal dapat dilihat dalam aspek
rekebentuk, bahan dan hasil keindahan kesenian Islam.
Taj Mahal terletak di Agra dan perjalanan dari Delhi ke Agra sejauh 200 kilometer
dan mengambil masa lima jam. Pada tahun 1983, UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal
sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi. Taj Mahal dikatakan 'permata senibina
Islam' tetapi kota Agra menghadapi ancaman pencemaran alam. Sebagai usaha mengelak
pencemaran, hanya kenderaan mesra alam seperti kereta berkuasa elektrik dibenarkan untuk
mengangkut pelancong sekitar Taj Mahal yang memukau pandangan.
Bangunan yang megah di mata dunia ini dibangunkan atas dasar cinta Mughal Shah
Jahan yang kaya buat isteri ketiga yang sangat dicintai iaitu Mumtaz Mahal. Akibat rasa
kehilangan yang kuat, Mughal Shah Jahan membangunkan bangunan digelar Taj Mahal
sebagai tempat bersemayam sang isteri. Kematian Sang Permaisuri ini membuat Sang Raja
begitu berduka. Sebelum meninggal, Mumtaz berpesan "ingin dibuatkan makam yang tak
pernah disaksikan dunia sebelumnya untuk mengenangnya".
Bangunan itu siap pada 1643 dan menjadi lambang puncak kejayaan Kerajaan
Moghul. Shah Jahan mendirikan bangunan itu untuk memperingati isterinya Mumtaz Mahal
yang meninggal dunia pada 1631. Di Taj Mahal itulah Mumtaz Mahal disemadikan. Ketika
Shah Jahan meninggal dunia (1658), baginda disemadikan di sebelah makam isterinya.
Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan monumen Taj Mahal dalam perkataan
berikut ( Mahajan, Vidya Dhar (1970). Muslim Rule in India, m.s 200 ) :
“Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.”
SEJARAH PENUBUHAN TAJ MAHAL
Taj Mahal merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai
monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal. Mumtaz Mahal merupakan isteri beliau yang
ketiga. Ia mula dibina pada tahun 1632 Taj Mahal mula dibina pada tahun 1632 dan
pembinaannya telah selesai pada tahun 1648. Taj Mahal adalah contoh terbaik seni bina
Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan Islam. Ia merupakan sebuah
kompleks bersepadu yang mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid,
menara tinjau dan lain-lain.
Pada tahun 1631, Shah Jahan menjadi Maharaja Dinasti Mughal.Shah Jahan berada di
medan pertempuran demi memperluaskan tanah jajahannya, dan pada masa yang sama,
isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang ke-14
iaitu Begum Gauhara. Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal,
dilanda kesedihan apabila Mumtaz Mahal meninggal dunia.
Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632 iaitu setahun selepas kematian
Mumtaz Mahal. Pengarang istana menggambarkan cerita cinta Shah Jahan dan Mumtaz
Mahal yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal.
Pada tahun 1648 Mausoleum utama disiapkan dan bangunan sekeliling dan taman
disiapkan lima tahun berikutnya. Inspirasi pembinaan Taj Mahal datang dari Dinasti Timurid
dan bangunan Mughal yang lain termasuklah Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti
Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali
sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, di Delhi adalah binaan Shah Jahan sendiri. Bangunan
Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah. Shah Jahan memulakan penggunaan
marmar putih dihias dengan batu separa bernilai dan bangunan di bawah naungannya
mencapai tahap kehalusan yang baru.
KEUNIKAN SENI BINA TAJ MAHAL
Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad Lauhari membentuk bangunan ini. Ustaz
Ahmad Lauhari mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu,
tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Terdapat dua bangunan
merah mengiringi Taj Mahal, di kiri adalah Khan-e-Alam yang kini berperanan sebagai
sebuah masjid dan kanan adalah Jamat-Khanna yang pernah digunakan sebagai rumah
persinggahan golongan diraja.
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh pelusuk dunia.
Arkitek Turki yang bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di
Otoman, Turki dan berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha (Puru dari Benarus, Parsi Iran)
merupakan salah satu kontraktor pembinaan Taj Mahal. Kubah atau dom utama direka oleh
Ismail Khan dari Empayar Otoman. Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
Chiranjilal seorang pakar dari Delhi merupakan ketua pengukir mozek Taj Mahal. Amanat
Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua khatat di mana, namanya terukir pada pintu laluan
utama. Muhammad Hanif merupakan penyelia. Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan
Shiraz Iran menguruskan bahagian kewangan dan pembelian barangan. Pengukir telah dibawa
dari Bukhara, kaligrafi dari Syria dan Parsi, inlayer dari India Selatan, dan pemotong batu
mozek / marmar dari Balochistan.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni
mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia.
Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah
digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.
Bahan bangunan didatangkan dari seluruh India dan Asia Tengah dengan
menggunakan 1000 gajah. Dan berdirilah kubah utama setinggi 57 meter. 28 batu-batuan
indah dari berbagai wilayah Asia digunakan seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri,
jasper dari Punjab, jet dan kristal dari China, batu biru dari Tibet, lapis lazuli dan nilam dari
Srilanka, arang batu dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna. Lantainya pun
terbuat dari mamar putih yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan.
Rekabentuk binaan yang memperlihatkan ciri-ciri tempatan dan Islam. Namun setelah
kedatangan Islam, senibina Islam telah meresap masuk seperti dari Parsi, Turki dan Arab yang
bergabung dengan seni bina temapatan yang akhirnya menonjolkan keunikan tersendiri.
Monumen tersebut dapat dilihat binaan Taj Mahal yang juga didirikan masjid yang seolah-
olah tiga atau tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Kubahnya berbentuk oktogon dan
berkedudukan dalam paksi simentri yang dibina di atas podium atau pentas batu marmar putih
yang diapit oleh empat menara runcing. Ayat al-Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal.
Huruf khat thuluth menjadi seni bina utama dibawa oleh jurukhat bernama Amanat Khan dari
Parsi. Keunikan Taj Mahal adalah warnanya kerana ia bertukar pada waktu tertentu. Pada
waktu subuh, marmar berwarna merah muda, pada waktu tengah hari, warnanya bertukar
menjadi putih berkilat dan pada waktu petang, warnanya bertukar menjadi warna mutiara
yang lembut.
Selepas Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas
arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan
itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi
Taj Mahal. Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang
'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.
.
MITOS ATAU FAKTA?
Taj Mahal merupakan sebuah makam yang terletak di Agra, India yang dibina di
bawah pemerintahan Maharaja Mogul, Shah Jahan, sebagai memperingati isteri ketiganya
yang paling disayangi, Mumtaz Mahal.
Ketinggian senibina berjaya menempatkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia
oleh UNESCO pada tahun 1983 dan turut diangkat sebagai senibina Islam terulung di India
dengan warisan senibinanya dikagumi dunia. Pelbagai mitos dikaitkan dengan karya agung
ini. Kononnya, Makam ini menurut perancangan awalnya menggunakan marmar hitam dan
dibina merentasi sungai jumna. Idea mengenai mitos ini timbul berdasarkan tulisan
pengembara Eropah, Jean-Baptiste Tavernier, yang telah sampai ke Agra tahun 1665.
Karya ini turut mencatatkan makam dengan marmar hitam itu gagal dibina setelah
Shah Jahan digulingkan oleh anak lelakinya, Aurengzeb. Kisah ini turut disokong Mahtab
Bagh yang mana menurutnya marmar-marmar hitam sepanjang sungai di Moonlight Garden
telah musnah. Namun, bukti ini berjaya disangkal dengan kajian tahun 1990-an yang
menyatakan marmar hitam yang dijumpai disepanjang sungai itu merupakan marmar putih
yang telah hilang warna dan bertukar ke warna hitam. Kemudian teori baru tentang asal
kewujudan makam hitam itu, diketengahkan seorang ahli arkeologi yang membina semula
sebahagian dari kolam di Moonlight Garden pada tahun 2006.
Menurutnya, pemantulan warna gelap dari makam putih itu jelas kelihatan, ini
bersesuaian dengan ketaksuban Shah Jahan dalam rekebentuk bersifat simetri dan kedudukan
kolam itu sendiri. Sunguhpun begitu, penemuan tersebut hanyalah sekadar mitos kerana gagal
dikuatkan dengan bukti-bukti tertentu bagi mengukuhkan fakta.
Begitu juga dengan kejadian yang menakutkan terjadi kepada arkitek dan pekerja yang
dibebani Shah Jahan sepanjang pembinaan makam tersebut sehingga berlaku kematian,
pemenggalan kepala dan kecacatan anggota. Mungkinkah benar pendapat sesetengah pihak
mengatakan mereka yang terlibat dengan pembinaan telah menandatangani perjanjian tidak
terlibat dalam mereka bentuk bangunan tersebut.
Tindakan sama turut dibuat kepada pekerja yang terlibat dalam pembinaan
kebanyakkan bangunan terkenal. Fakta yang dikemukan Gabenor India, Lord William
Bentinck pada 1830 juga sekadar khabar angin. Dakwa beliau, Taj Mahal dirancang untuk
diruntuhkan dan marmarnya akan dilelong.
Menurut penulis riwayat Bentinck, John Rosseli, kisah penjualan marmar dari Agra
Fort atau tapak warisan UNESCO tersebut tersebar dari tabung Bentinck bagi meninggikan
jualan marmar yang dibuang dari Agra Fort. Tahun 2000 menambah lembaran baru sejarah
Taj Mahal apabila rayuan yang dikemukan P.N. Oak disingkirkan oleh Mahkamah Tinggi
India, malahan dia turut diminta tidak meneruskan tindakanya itu. Menurut P.N Oak, Taj
Mahal dibina Maharaja Hindu.
Oak mendakwa asal perkataan Taj bersama-sama struktur sejarahnya baru-baru ini
menunjukan kepada Kerajaan Islam di India yang berasal dari Hindu. Kehebatan Taj Mahal
memang tidak disangkal apabila turut dikaitkan dengan alam semulajadi. Menurut
Rabindranath Tagore, inspirasi makam tersebut yang diibaratkan sebagai “one tear-drop…
upon the cheek of time”, mengaitkan titisan hujan setahun sekali yang jatuh diatas tugu
peringatan memberi inspirasi kepada penghuraian tentang makam tersebut.
SUMBANGAN SENI BINA KEPADA TAMADUN
1. Taj Mahal merupakan warisan yang dapat dijadikan sebagai bukti kukuh tentang
sesuatu era atau peristiwa bersejarah.
2. Seni bina Taj Mahal dilihat dapat dijadikan sebagai satu kayu ukuran bagi
ketamadunan bangsa dengan merujuk kepada kehalusan seni pertukangan dan
teknologi pembinaan pada masa dahulu.
3. Kepentingan nostalgia dapat mengaitkan tentang sesuatu peristiwa penting yang
pernah berlaku suatu masa dahulu terhadap individu tertentu dalam masyarakat.
4. Kepentingan pelancongan yang mana ia dapat menarik minat ramai pelancong
tempatan dan luar negara untuk mengunjungi dan menghayati keunikan seni bina Taj
Mahal dan rupa bandar serta warisan budaya yang terdapat pada sesebuah kawasan.
5. Kepentingan pendidikan di mana ia dapat memainkan peranan yang penting
khususnya kepada para pelajar, pendidik dan pengkaji sejarah dalam usaha untuk
menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan Taj Mahal.
KESIMPULAN
Senibina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan oleh agama Islam
disebabkan sifat agama Islam yang menyukai sesuatu yang indah. Hal ini menyebabkan
senibina Islam juga meresap dalam tamadun India yang sangat terkenal dengan negara yang
terawal mengamalkan ajaran Hindu. Kehebatan seni bina Islam di India, terbukti apabila
Bangunan Taj Mahal dan Kota Merah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO .
Keindahan seni bina Taj Mahal, dapat dilihat apabila menyusuri bahagian timur
Sungai Yamuna, Agra di mana terdapat taman, istana, kota dan makam. Meninjau sejarah seni
bina Islam, air menjadi ciri utama seni landskap dan seni bina yang menjadi simbolik pada
sungai di syurga yang dijanjikan kepada orang beriman seperti dinyatakan dalam al-Quran.
Tidak hairanlah jika kebanyakan monumen taman Taj Mahal memanfaatkan air dan cuaca
untuk kesan estetika selain air dihargai pemerintah Mughal dalam pelbagai aspek termasuk
agama dan simbolisme syurga. Pengukir kraf tangan Mughal mendapat ilham daripada alam,
menggunakan motif bunga, mengelak imej manusia dan haiwan kerana ia bertentangan ajaran
Islam.
Dalam seni landskap Mughal, taman adalah komposisi ruang yang seimbang antara
tumbuhan dan bangunan, tekstur dan warna, cahaya dan bayang, semuanya di reka untuk
mempermaikan deria.Menerusi pembinaan Taj Mahal yang turut dihiasi ayat al-Quran, dapat
disimpulkan kitab suci itu menjadi rujukan serta pencetus idea untuk mereka yang membina
taman Moghul.Tanpa merujuk al-Quran, pasti pembina taman itu tidak berupaya membentuk
taman yang mesra alam dan menghormati keindahan alam sekitar terutama potensi sungai
sebagai punca bekalan air, sekali gus mencabar kepakaran botani dan kejuruteraan hidrologi.
Al-Quran menganjur manusia memahami alam sekitar kerana adanya alam ini adalah
dalil aqli kewujudan Allah. Oleh itu, ilmuwan Islam perlu mendalami pelbagai bidang ilmu
sebagai cara untuk menginsafi keagungan Allah. Jurutera Mughal pada kurun ke-17 berjaya
membentuk taman dan bangunan mesra alam yang berdiri teguh dan permai di atas konsep
keindahan alam dan bukannya pencemaran serta kemusnahan.
RUJUKAN
Internet:
1. Azizul Azli, 2009, Mughal
http://diserambibuku.blogspot.com/2009/10/mughal.html
2. Wikipedia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Taj_Mahal
3. Taj Mahal Lambang Kasih Suci dan Abadi
http://syazatravel.com.my/taj-mahal/
4. Taj Mahal
http://whc.unesco.org/en/list/252
5. History The Taj Mahal
http://www.history.com/topics/taj-mahal
6. Masni Ros Pakir Mohamad, Warna Unik Taj Mahal
http://www.hmetro.com.my/articles/WarnaunikTajMahal/Article#sthash.QPwLzbYY.
dpuf
7. Architecture Taj Mahal
http://www.sscnet.ucla.edu/southasia/Culture/Archit/TajM.html
8. Who Designed The Taj Mahal
http://www.pbs.org/treasuresoftheworld/taj_mahal/tlevel_2/t3build_design.html
9. Taj Mahal
http://www.tajmahal.com/11/places/taj-mahal.html