-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
1/52
AMALI FIZIK TINGKATAN EMPAT DALAM KALANGAN
GURU FIZIK DI SEKOLAH-SEKOLAH DI DAERAH
KOTA BHARU, PASIR MAS, TANAH MERAH
DAN MACHANG DI NEGERI KELANTAN:
TINJAUAN TAHAP PELAKSANAAN
DAN KEKANGAN
MOHD. ZAMZURI BIN OMAR
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
2/52
AMALI FIZIK TINGKATAN EMPAT DALAM KALANGAN GURU FIZIK
DI SEKOLAH-SEKOLAH DI DAERAH KOTA BHARU, PASIR MAS,
TANAH MERAH DAN MACHANG DI NEGERI KELANTAN:
TINJAUAN TAHAP PELAKSANAAN
DAN KEKANGAN
MOHD. ZAMZURI BIN OMAR
LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
3/52
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
bagi setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
.........................................................
12 MEI 2008 MOHD ZAMZURI BIN OMAR
D20042020268
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
4/52
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya
jua, maka dapatlah saya menyempurnakan tesis ini sedaya yang mungkin.
Dikesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya kepada penyelia saya, Prof. Madya
Dr. Baseri Huddin dan Puan Suriani Abu Bakar serta Encik Wan Zul Adli Wan
Mokhtar yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan idea-idea
yang bernas dalam menyempurnakan tesis ini. Tanpa perhatian yang diberikan, tidakmungkin tesis ini dapat disiapkan sebegini rupa. Ucapan terima kasih juga kepada Dr.
Abu Bakar Rejab selaku panel pembentangan tesis yang turut memberi tunjuk ajar
kepada saya dalam menyiapkan laporan kajian ini.
Kepada isteri yang amat disayangi, Normadiah Bt Che Mahmod, serta anak-
anak yang dikasihi, Nurin Zayani, Muhammad Zahin, dan Nurin Auni, terima kasih di
atas sokongan dan dorongan kalian.
Ribuan terima kasih juga kepada semua pensyarah dan juga rakan-rakan yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kajian ini.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
5/52
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan serta kekangan yang
dihadapi dalam melaksanakan amali fizik tingkatan empat. Kajian ini merupakan
satu kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen.
Sampel kajian adalah terdiri daripada 48 orang guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Fizik tingkatan empat di sekolah-sekolah di sekitar daerah Kota Bharu,
Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang di negeri Kelantan. Analisis data
dilaksanakan menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2003 yang melibatkan
kekerapan dan peratusan. Tahap pelaksanaan amali ditentukan dengan menilai
kekerapan atau peratusan sampel melaksanakan amali. Secara umumnya kajianmenunjukkan tahap pelaksanaan amali fizik tingkatan empat dalam kalangan
responden adalah sederhana. Analisis data juga menunjukkan kesuntukan masa dan
peralatan yang tidak sempurna atau tidak mencukupi menjadi faktor utama yang
mempengaruhi tahap pelaksanaan amali.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
6/52
v
ABSTRACT
The objectives of this research were to recognize the level of the implementation and
its restrictions in implementing the form four laboratory activities. It was a survey
type of research where a set of questionnaire was used as the instrument. The
samples consist of 48 form four Physics teachers from schools in the districts of Kota
Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah and Machang in Kelantan. Microsoft Office 2003
was used to analyze the data in the form of frequency and percentage. The level of
the implementation was determined by evaluating the frequency or percentage of the
samples implementing the laboratory activities. In general findings showed that the
level of implementation of physics form four practical activities among respondentswas moderate. Data analysis showed that lack of time and equipments that were not
in good condition or lack of equipments became the major factors that influenced the
level of the implementation of the laboratory activities.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
7/52
vi
ISI KANDUNGAN
Muka surat
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Kesignifikan Kajian
1.6 Limitasi Kajian
1.7 Definisi Operasi
BAB 2 TINJAUAN LITERASI
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Reka Bentuk Kajian
ii
iii
iv
v
vi
1
2
3
3
4
5
6
7
10
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
8/52
vii
BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Taburan Responden
4.2 Tahap dan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali
Mengikut Topik
4.3 Taburan Keseluruhan Tahap Pelaksanaan dan
Kekangan (Responden Dari Sekolah Bandar)
4.4 Taburan Keseluruhan Tahap Pelaksanaan dan
Kekangan (Responden Dari Sekolah Luar Bandar)
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan
5.3 Saranan Untuk Kajian Lanjutan
RUJUKAN
LAMPIRAN A Senarai Tajuk Amali Fizik Tingkatan Empat
LAMPIRAN B Soal Selidik
13
15
28
29
31
32
32
33
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
9/52
viii
SENARAI JADUAL
Jadual Muka surat
Jadual 3.1 Pembahagian Tahap Pelaksanaan Amali Fizik
Jadual 4.1 Taburan Sekolah Mengikut Status
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman
Mengajar
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman
Mengajar Fizik Tingkatan 4
Jadual 4.5 Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk
Dalam Topik ‘Introduction To Physics’
Jadual 4.6 Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi
Setiap Tajuk Dalam Topik ‘Introduction To Physics’
Jadual 4.7 Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk
Dalam Topik ‘Forces and Motion’
Jadual 4.8 Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi
Setiap Tajuk Dalam Topik ‘Forces and Motion’
Jadual 4.9 Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk
Dalam Topik ‘Forces and Pressure’
Jadual 4.10 Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi
Setiap Tajuk Dalam Topik ‘Forces and Pressure’
Jadual 4.11 Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk
Dalam Topik ‘Heat’
Jadual 4.12 Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi
Setiap Tajuk Dalam Topik ‘Heat’
Jadual 4.13 Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk
Dalam Topik ‘Light’
12
13
14
14
15
16
16
18
19
22
22
24
24
26
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
10/52
ix
SENARAI RAJAH
Rajah Muka surat
Rajah 4.1 Carta Bar Peratusan Kekangan Pelaksanaan Amali
Bagi Topik ‘Introduction To Physics’
Rajah 4.2 Carta Bar Peratusan Kekangan Pelaksanaan Amali
Bagi Topik ‘Forces and Motion’
Rajah 4.3 Carta Bar Peratusan Kekangan Pelaksanaan AmaliBagi Topik ‘Forces and Pressure’
Rajah 4.4 Carta Bar Peratusan Kekangan Pelaksanaan Amali
Bagi Topik ‘Heat’
Rajah 4.5 Carta Bar Peratusan Kekangan Pelaksanaan Amali
Bagi Topik ‘Light’
Rajah 4.6 Carta Bar Tahap Pelaksanaan Amali (Responden
Dari Sekolah Bandar)
Rajah 4.7 Carta Pai Peratusan Kekangan (Responden Dari
Sekolah Bandar)
Rajah 4.8 Carta Bar Tahap Pelaksanaan Amali (Responden
Dari Sekolah Luar Bandar)
Rajah 4.9 Carta Pai Peratusan Kekangan (Responden Dari
Sekolah Luar Bandar)
17
21
23
25
27
28
29
30
30
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
11/52
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Pembelajaran sains bukan semata-mata menghafal fakta dan maklumat tetapi perlu
memberi penekanan kepada aktiviti amali. Ini bermakna pelajar perlu berusaha
sendiri untuk memperolehi maklumat melalui penyiasatan atau eksperimen. Oleh itu
makmal sains dianggap sangat penting dalam pembelajaran sains.
Pelaksanaan amali sains oleh pendidik di setiap sekolah kebiasaannyaberpandu kepada silibus yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK). Namun begitu, pelaksanaan amali sains bergantung kepada guru-guru untuk
melaksanakannya. Pelbagai faktor seharusnya dilihat secara terperinci dalam proses
pelaksanaan amali sains di sekolah Antaranya adalah kekangan dan kesulitan dalam
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
12/52
2
Fizik merupakan salah satu disiplin dalam bidang sains yang mengkaji tentang
alam semula jadi yang banyak melibatkan uji kaji. Kebanyakan teori dan prinsip fizikdidahului oleh uji kaji. Dengan itu sesuatu teori tidak dapat difahami dan dihayati
tanpa melakukan uji kaji yang berkaitan dengan teori atau konsep berkenaan.
Aktiviti-aktiviti amali fizik ini dapat mendedahkan pelbagai peralatan dan teknik
pengukuran kepada para pelajar. Kemahiran tentang kaedah penggunaan peralatan
dan kesesuaian teknik pengukuran secara tidak langsung dapat meningkatkan minat
dan keyakinan para pelajar apabila menghadapi perkembangan teknologi yang
semakin canggih (Zainal Abidin Sulaiman, 1992).
Oleh itu kajian tentang tahap pelaksanaan amali fizik tingkatan empat di
sekolah-sekolah menengah kebangsaan harus memberi gambaran tentang penglibatanguru khususnya dalam mengendalikan aktiviti amali.
1.2 Penyataan Masalah
Berdasarkan PPK, mata pelajaran Fizik memberi tumpuan kepada penguasaan
kemahiran saintifik yang diperlukan dalam kajian fizik sebagai satu disiplin yang
berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Menurut Lilia Halim et. al. (2002),
hasrat rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan
kesepaduan di antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik, danpemupukan nilai murni, mengkehendaki para pendidik meningkatkan keberkesanan
pengajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti aktiviti amali, projek dan
sebagainya. Oleh itu kejayaan dalam pengajaran Fizik KBSM bergantung kepada
kejayaan melakukan aktiviti amali di dalam makmal
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
13/52
3
sekolah di bandar dan luar bandar. Selain itu, tinjauan ini juga diharap dapat
mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dan guru dalammelaksanakan aktiviti amali fizik kepada para pelajar.
1.3 Objektif Kajian
Secara khusus, terdapat dua objektif kajian yang dilihat iaitu:
i. Mengenal pasti tahap pelaksanaan amali fizik tingkatan empat dalam kalangan
guru di sekolah-sekolah di daerah-daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah
Merah, dan Machang di negeri Kelantan.
ii. Mengenal pasti kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
melaksanakan amali fizik tingkatan empat di sekolah-sekolah di daerah-daerah
Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, dan Machang di negeri Kelantan.
1.4 Persoalan Kajian
i. Sejauh manakah tahap pelaksanaan amali fizik tingkatan empat dalam
kalangan guru di sekolah-sekolah di daerah-daerah Kota Bharu, Pasir Mas,
Tanah Merah, dan Machang di negeri Kelantan?
ii. Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dalam
melaksanakan amali fizik tingkatan empat di sekolah-sekolah di daerah-daerah
Kota Bharu Pasir Mas Tanah Merah dan Machang di negeri Kelantan?
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
14/52
4
1.5 Kesignifikan Kajian
Secara umumnya, kajian ini diharap dapat memberi kesan dan kesedaran kepada
semua pihak iaitu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah, guru dan
pelajar akan kepentingan dan kerelevenan pelaksanaan amali sains, khususnya amali
fizik di sekolah.
1.5.1 Pihak KPM
Kajian ini diharap dapat mengetahui status pelaksanaan amali fizik di sekolah-sekolah
bandar dan luar bandar. Kepentingannya ialah untuk mengesan kewujudan
kemudahan infrastuktur yang disediakan seperti makmal dan peralatan amali disekolah-sekolah. Selain itu, tinjauan ini juga diharap dapat mengesan sama ada
kemudahan infrastruktur amali fizik yang disediakan mencukupi supaya dapat
memberi peluang yang sama rata kepada semua pelajar yang mengambil mata
pelajaran Fizik.
1.5.2 Pihak sekolah
Secara amnya, fungsi pelaksanaan amali sains di sekolah adalah untuk menjana
pemahaman saintifik tentang teori dan fakta dalam kalangan para pelajar sama ada
melalui proses deduksi mahupun induksi tentang sesuatu fenomena sains. Tinjauanini membolehkan pihak pentadbir membuat pemantauan untuk mengesan tahap
pelaksanaan amali fizik dalam kalangan guru di sekolah.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
15/52
5
Aktiviti amali dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi
pelajar untuk merasai keseronokan belajar dan menarik minat pelajar.
Jika pelaksanaan amali fizik di sekolah ada kerelevanannya, diharap pihak
tertentu khususnya pihak sekolah dan KPM berganding bahu agar dapat mengatasi
segala kekangan-kekangan yang dihadapi bagi menjalankan aktiviti amali fizik di
sekolah-sekolah sebagai satu tindakan dalam mewujudkan pendemokrasian dalam
pendidikan.
1.6 Limitasi Kajian
Kajian ini terdapat beberapa batasan untuk memenuhi objektif kajian yang dikaji iaitu:
i. Kajian ini tertumpu di sekolah-sekolah menengah kebangsaan yang
mempunyai aliran sains tulen di daerah-daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah
Merah, dan Machang di negeri Kelantan.
ii. Kajian ini tertumpu kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Fizik
tingkatan empat di sekolah-sekolah di daerah-daerah Kota Bharu, Pasir Mas,
Tanah Merah, dan Machang di negeri Kelantan.
iii. Kejayaan tinjauan ini bergantung kepada kejujuran responden dalam
menjawab soal selidik yang diedarkan kepada mereka.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
16/52
6
1.7 Definisi Operasi
Berikut merupakan beberapa istilah penting yang digunakan dalam kajian pengkajian.
1.7.1 Tinjauan
Tinjauan merupakan satu aktiviti memeriksa, mempelajari, meneliti, dan mengkaji
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996). Tinjauan dalam kajian ini merupakan satu
aktiviti pemerhatian atau penyelidikan yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat
awal atau gambaran tentang sesuatu perkara yang dikaji (pelaksanaan amali).
1.7.2 Pelaksanaan
Pelaksanaan merupakan satu aktiviti mengerjakan atau menjalankan sesuatu tugas
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996). Pelaksanaan dalam kajian ini merupakan aktiviti
menjalankan amali oleh guru dengan melibatkan para pelajar secara langsung.
1.7.3 Kerja amali
Kerja amali ialah aktiviti kelas yang melibatkan pemerhatian, kemahiran manipulatif,
pemerhatian teori melalui pemerhatian, pengujian kebenaran teori serta penyelesaian
masalah (Chen Fook Cheong, 1982).
1 7 4 Makmal Fizik
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
17/52
BAB 2
TINJAUAN LITERASI
KPM telah banyak membuat perubahan dalam mata pelajaran Sains di sekolah
menengah di mana proses perubahan kurikulum dipercepatkan dengan mengadaptasi
kurikulum inovatif dari barat. Salah satu objektif daripada perubahan ini adalah untuk
menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan inkuiri/penemuan,
berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti (Tamby Subahan, 1999). Berdasarkan
Lilia Halim et. al. (2002), inkuiri ialah satu proses di mana saintis dan pelajar
mengemukakan soalan mengenai alam semula jadi dan membuat penyiasatan
mengenai fenomena. Antara kaedah pengajaran inkuiri ialah dengan memberi
eksperimen kepada pelajar secara induktif dan deduktif, dan membuat projek sains
dan kerja lapangan.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Abu Hasan dan Rohana (2003) menunjukkan
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
18/52
8
melakukan aktiviti sains sendiri dan tidak melibatkan mereka secara langsung untuk
merancang sesuatu eksperimen.
Menurut Mohd Nazri (2000), selama ini proses pengajaran dan pembelajaran
sains hanyalah berdasarkan kepada fakta dan teori sahaja. Penglibatan kemahiran
manipulatif dalam kerja amali sangatlah kurang. Dalam kajian yang dibuat oleh
beliau ke atas 450 orang pelajar di sekolah-sekolah rendah luar bandar di daerah
Kinta, Perak, beliau mendapati pelajar yang dapat menguasai Penilaian Kerja Amali
(PEKA) akan pasti dapat menguasai mata pelajaran Sains UPSR dengan baik. Ia
disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Siti Latifah (2005) ke atas 30 orang pelajar
tingkatan empat Sains Tulen di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal
Abidin, Trengganu, di mana ia menunjukkan tahap penguasaan pelajar meningkat
selepas membuat aktiviti amali.
Untuk mencapai Wawasan 2020 dan memenuhi keperluan sumber tenaga
manusia dalam bidang sains dan teknologi, pelbagai usaha telah dijalankan bagi
menggalakkan para pelajar memilih elektif sains. Sejajar dengan matlamat ini, kualiti
pendidikan sains perlu dipertingkatkan dengan memperlengkapkan kemudahan,
peralatan, dan sokongan pengajaran dan pembelajaran sains serta memastikan
penggunaan makmal sains dilakukan secara maksimum dan berkesan.
Berdasarkan Tamby Subahan (1999), pendekatan dan kaedah pengajaran baru
yang digunakan bagi mata pelajaran Sains memerlukan kemudahan fizikal seperti
radas dan bilik makmal kerana penekanannya yang lebih terhadap kerja-kerja amali.
Namun begitu kemudahan ini masih belum dapat dilengkapkan dengan sepenuhnya
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
19/52
9
perbincangan tetapi kurang aktiviti amali. Ini disebabkan banyak masa diperlukan
untuk amali, makmal yang tidak mencukupi, dan peralatan sains yang dibekalkantidak mencukupi dan bermutu rendah. Manakala hasil kajian yang dijalankan ke atas
192 orang pelajar lelaki dan perempuan di sekolah menengah kebangsaan sekitar
Kangar dan Arau oleh Rodziah Ismail (2004) menunjukkan bahawa terdapat korelasi
positif di antara faktor infrastruktur makmal dengan pencapaian Kemahiran Proses
Sains (KPS) pelajar. KPS adalah proses-proses yang berlaku dari aspek kognitif
(minds-on) yang berlaku dalam fikiran seseorang yang melakukan aktiviti-aktiviti atau
kerja-kerja amali sains. KPS merupakan proses mental yang terlibat dalam melakukan
penyelidikan sains. Sementara kemahiran manipulatif pula adalah kemahiran kerja
tangan iaitu dari aspek psikomotor. Sehubungan itu pihak pengurusan sekolah telah
dipertanggung jawabkan agar makmal sains di sekolah masing-masing digunakan
dengan sebaik-baiknya.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
20/52
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah
penyelidikan tinjauan. Pengumpulan data bagi kaedah tinjauan ini adalah dengan
menggunakan teknik soal selidik. Pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada
kesemua responden melalui pos. Bagi mendapatkan jaminan soal selidik yang telah
diisi responden diterima semula oleh pengkaji, tindakan susulan telah dilakukan oleh
pengkaji dengan menghubungi pihak sekolah bagi meminta kerjasama supaya soal
selidik dijawab dan dipos semula kepada pengkaji. Data-data yang diperolehi telah
dianalisis bagi menjawab persoalan kajian.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
21/52
11
daripada 48 orang guru daripada 45 buah sekolah yang telah dipilih secara rawak.
Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampelan rawak jenis sampel mudah
(simple random sampling) kerana setiap orang mempunyai peluang untuk dipilih.
3.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, borang soal selidik (Lampiran B) telah digunakan bagi memperolehi
data yang diperlukan. Soal selidik yang dibina mengandungi dua bahagian iaitu:
i. Bahagian A bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang guru dan
sekolah.
ii. Bahagian B bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang tahap
pelaksanaan amali fizik dalam kalangan guru dan kekangan yang dihadapi
dalam melaksanakan aktiviti amali.
3.4 Prosedur Kajian
Selepas mendapat kelulusan untuk melakukan kajian daripada pihak KPM,
permohonan kebenaran telah dibuat ke atas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Kelantan. Langkah seterusnya, borang soal selidik berserta surat makluman telah
diedarkan kepada pengetua sekolah melalui pos. Sampul surat kosong bersetem dan
beralamat pengkaji telah disertakan bersama bagi memudahkan soal selidik yang
dijawab diposkan kembali kepada pengkaji
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
22/52
12
3.5 Analisis Data
Soal selidik yang diterima telah dikumpul dan disemak. Data-data telah dianalisis
dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2003. Penganalisisan data
dalam kajian ini menggunakan statistik berbentuk kekerapan dan peratusan.
Data-data telah dianalisis secara kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data
berbentuk nombor. Data yang diperolehi telah ditukarkan kepada data ordinal untuk
mengetahui tahap pelaksanaan. Sebanyak 43 tajuk amali fizik tingkatan 4
disenaraikan di dalam soal selidik untuk diisi oleh responden. Jadual 3.1
menunjukkan pembahagian tahap yang telah dibuat oleh pengkaji.
Jadual 3.1: Pembahagian Tahap Pelaksanaan Amali Fizik
Bilangan amali yang dilaksanakan Tahap
1 – 14 Lemah
15 – 29 Sederhana
30 – 43 Baik
Analisis data mengenai kekangan-kekangan yang dihadapai oleh pihak guru
dalam menjalankan amali fizik tingkatan empat telah dilakukan secara kualitatif.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
23/52
BAB 4
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Taburan Responden
Jadual 4.1: Taburan Sekolah Mengikut Status
Status Bilangan Peratus (%)
Bandar 20 44
Luar Bandar 25 56
Jumlah 45 100
Kajian ini melibatkan 48 responden dari 45 buah sekolah. Jadual 4.1 menunjukkan
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
24/52
14
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bandar Luar Bandar
Lelaki 7 11
Perempuan 16 14
Jumlah 23 25
Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut jantina masing-masing
bagi sekolah bandar dan luar bandar. Daripada keseluruhan 48 responden, seramai 18
orang adalah terdiri daripada responden lelaki iaitu tujuh orang dari sekolah bandar
dan 11 orang dari sekolah luar bandar manakala 30 orang adalah responden
perempuan iaitu 16 orang dari sekolah bandar dan 14 orang dari sekolah luar bandar.
Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Mengajar
Tempoh Bandar Luar Bandar
Kurang dari 5 tahun 2 -
5 hingga 10 tahun 3 7
Lebih 10 tahun 18 18
Jumlah 23 25
Berdasarkan Jadual 4.3, didapati bahawa 18 responden masing-masing dari
sekolah bandar dan sekolah luar bandar mempunyai pengalaman mengajar lebih dari
10 t h M k l ti d d i k l h b d d t j h d d i
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
25/52
15
Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Mengajar Fizik
Tingkatan 4
Tempoh Bandar Luar Bandar
Kurang dari 5 tahun 2 2
5 hingga 10 tahun 8 8
Lebih 10 tahun 13 15
Jumlah 23 25
Tempoh mengajar seseorang guru dalam sesuatu bidang dapat menentukan
kepakaran beliau dalam bidang tersebut. Jadual 4.4 menunjukkan dua responden
masing-masing dari sekolah bandar dan luar bandar mempunyai pengalaman mengajar
Fizik tingkatan empat kurang dari lima tahun, lapan responden masing-masing dari
sekolah bandar dan sekolah luar bandar berpengalaman dari lima hingga 10 tahun
mengajar Fizik tingkatan empat, manakala 13 responden dari sekolah bandar dan 15
responden dari sekolah luar bandar mempunyai pengalaman mengajar Fizik tingkatan
empat lebih dari 10 tahun.
4.2 Tahap dan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Mengikut Topik
Bagi mata pelajaran Fizik tingkatan empat, pihak PPK telah menyenaraikan sebanyak43 tajuk amali (Lampiran A) untuk dilaksanakan oleh guru.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
26/52
16
bandar dan luar bandar telah melaksanakan amali 1.1, 1.2, dan 1.5. Bagi amali 1.3
dan 1.4, kurang dari 65% responden yang melaksanakannya.
Jadual 4.5: Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam Topik
‘Introduction To Physics’
Kekerapan Pelaksanaan
Tajuk AmaliBandar Luar Bandar
1.1 18 (78%) 21 (84%)
1.2 20 (87%) 23 (92%)
1.3 15 (65%) 11 (44%)
1.4 12 (52%) 7 (28%)
1.5 20 (87%) 20 (80%)
Jadual 4.6: Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam
Topik ‘Introduction To Physics’
Kekangan (%)
Tajuk
Amali
Makmal
tidak
sesuai
Peralatan
tidak
sempurna /
tidak
mencukupi
Kesuntukan
masa
Bebanan
tugas lain
Bukan
tajuk
popular
SPM
Tiada
pengalaman
1.1 3 32 29 3 8 -
1.2 3 37 21 5 - -
1.3 3 32 29 5 18 -
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
27/52
17
Kekangan-kekangan yang dihadapi oleh responden dalam melaksanakan amali
bagi setiap tajuk dalam topik ini ditunjukkan dalam Jadual 4.6. Berdasarkan Rajah
4.1, faktor utama yang menjadi penghalang bagi responden dari sekolah bandar adalah
faktor kesuntukan masa (51%). Peralatan yang tidak sempurna atau tidak mencukupi
pula merupakan kekangan utama bagi responden dari sekolah luar bandar (45%).
Tiada pengalaman dalam mengendalikan amali tidak menjadi penghalang dalam
melaksanakan amali bagi topik ini.
0
38
51
47
0
6
45
21
9
19
00
10
20
30
40
50
60
M a k m a l t i d a k
s e s u a i
P e r a l a t a n t i d a k
s e m p u r n a / t i d a k
m e n c u k u p i
K e s u n t u k a n
m a s a
B e b a n a n t u g a s
l a i n
B u k a n t a j u k
p o p u l a r S P M
T i a d a
p e n g a l a m a n
Kekangan
P e r a t u s a n ( % )
Bandar
Luar Bandar
Rajah 4.1: Peratusan Kekangan Pelaksanaan Amali Bagi Topik
‘Introduction To Physics’
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
28/52
18
4.2.2 Tahap dan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Topik ‘Forces and
Motion’
Topik kedua iaitu ‘Forces and Motion’ mempunyai paling banyak aktiviti amali yang
disenaraikan iaitu sebanyak 17 tajuk. Berdasarkan Jadual 4.7, terdapat lima amali
(2.2, 2.4, 2.6, 2.12 dan 2.17) telah dilaksanakan oleh lebih dari 60% responden dari
kedua-dua sekolah bandar dan luar bandar. Bagi responden dari sekolah bandar, amali
2.1, 2.3, 2.10, 2.11, 2.13, 2.14, 2.15, dan 2.16 merupakan amali-amali yang
dilaksanakan oleh kurang dari 30% responden. Manakala bagi responden dari sekolah
luar bandar pula, hanya amali 2.1, 2.3, 2.11 dan 2.13 sahaja yang dilaksanakan oleh
kurang dari 30% responden.
Jadual 4.7: Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam Topik
‘Forces and Motion’
Kekerapan PelaksanaanTajuk Amali
Bandar Luar Bandar
2.1 4 (17%) 6 (24%)
2.2 22 (96%) 22 (88%)
2.3 5 (22%) 4 (16%)
2.4 22 (96%) 22 (88%)
2.5 8 (35%) 8 (32%)
2.6 19 (83%) 20 (80%)
2.7 12 (52%) 15 (60%)
2.8 8 (35%) 14 (56%)
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
29/52
19
Jadual 4.7 (Sambungan).
Kekerapan PelaksanaanTajuk Amali
Bandar Luar Bandar
2.12 15 (65%) 22 (88%)
2.13 2 (9%) 7 (28%)
2.14 1 (4%) 15 (60%)
2.15 3 (13%) 9 (36%)
2.16 4 (17%) 8 (32%)
2.17 21 (91%) 24 (96%)
Jadual 4.8: Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam
Topik ‘Forces and Motion’
Kekangan (%)
Tajuk
Amali
Makmal
tidak
sesuai
Peralatan
tidak
sempurna /tidak
mencukupi
Kesuntukan
masa
Bebanan
tugas lain
Bukan
tajuk
popularSPM
Tiada
pengalaman
2.1 3 21 29 8 16 3
2.2 - 29 26 5 3 3
2.3 5 37 26 5 11 13
2.4 - 39 29 3 - -
2.5 - 24 42 5 5 -
2.6 - 26 29 3 - -
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
30/52
20
Jadual 4.8 (Sambungan).
Kekangan (%)
Tajuk
Amali
Makmal
tidak
sesuai
Peralatan
tidak
sempurna /
tidak
mencukupi
Kesuntukan
masa
Bebanan
tugas lain
Bukan
tajuk
popular
SPM
Tiada
pengalaman
2.9- 39 34 5 - -
2.10 - 34 45 8 5 -
2.11 5 32 37 5 11 8
2.12 3 34 26 3 - -
2.13 3 29 32 8 11 5
2.14 3 21 53 8 3 -
2.15 - 24 53 8 3 -
2.16 - 26 53 8 3 -
2.17 - 29 24 - - -
Faktor-faktor yang menjadi kekangan dalam melaksanakan amali bagi setiap
tajuk dalam topik ini ditunjukkan dalam Jadual 4.8. Faktor kesuntukan masa (55%)
merupakan faktor utama yang mengekang responden dari sekolah bandar
melaksanakan amali-amali dalam topik ini tetapi bagi responden dari sekolah luar
bandar pula faktor peralatan yang tidak sempurna atau tidak mencukupi (47%)
merupakan faktor utama sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
31/52
21
2
30
55
8
322
47
33
7 8
3
0
10
20
30
40
50
60
M a k m a l t i d a k
s e s u a i
P
e r a l a t a n t i d a k
s e m p u r n a /
t i d
a k m e n c u k u p i
K e s u n t u k a n
m a s a
B
e b a n a n t u g a s
l a i n
B u k a n t a j u k
p o p u l a r S P M
T i a d a
p e n g a l a m a n
Kekangan
P e r a t u s a n ( % )
Bandar
Luar Bandar
Rajah 4.2: Peratusan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Topik
‘Forces and Motion’
4.2.3 Tahap dan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Topik ‘Forces and
Pressure’
Bagi topik ‘Forces and Pressure’, pihak PPK telah menyenaraikan lima tajuk amali
untuk dilaksanakan. Berdasarkan Jadual 4.9, hanya pelaksanaan amali 3.4 (57%)
sahaja yang dijalankan oleh lebih dari 50% responden dari sekolah bandar. Manakala
bagi responden dari sekolah luar bandar pula, amali 3.2 (64%) dan 3.4 (80%) telah
dilaksanakan lebih dari 50% responden. Lain-lain amali menunjukkan kurang 50%
responden (dari sekolah bandar dan luar bandar) yang melaksanakannya.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
32/52
22
Jadual 4.9: Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam Topik
‘Forces and Pressure’
Kekerapan PelaksanaanTajuk Amali
Bandar Luar Bandar
3.1 3 (13%) 7 (28%)
3.2 6 (26%) 16 (64%)
3.3 1 (4%) 10 (40%)
3.4 13 (57%) 20 (80%)
3.5 5 (22%) 12 (48%)
Jadual 4.10: Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam
Topik ‘Forces and Pressure’
Kekangan (%)
Tajuk
Amali
Makmal
tidak
sesuai
Peralatan
tidak
sempurna /tidak
mencukupi
Kesuntukan
masa
Bebanan
tugas lain
Bukan
tajuk
popularSPM
Tiada
pengalaman
3.1 - 37 39 11 8 -
3.2 - 42 37 5 - -
3.3 - 45 42 5 3 -
3.4 3 29 24 3 - 3
3.5 - 50 29 5 3 3
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
33/52
23
sempurna atau tidak mencukupi (68%) memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi pelaksanaan amali bagi topik ini.
1
29
62
7
0 00
68
16
7 7 3
0
10
20
30
40
50
60
70
80
M a k m a l t i d a k
s e s u a i
P e r a l a t a n t i d a k
s e m p u r n a / t i d a k
m e n c u k u p i
K e s u n t u k a n
m a s a
B e b a n a n t u g a s
l a i n
B u k a n t a j u k
p o p u l a r S P M
T i a d a
p e n g a l a m a n
Kekangan
P e r a t u s a n ( % )
Bandar
Luar Bandar
Rajah 4.3: Peratusan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Topik ‘Forces and
Pressure’
4.2.4 Tahap dan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Topik ‘Heat’
Pihak PPK telah mencadangkan sembilan tajuk amali untuk dilaksanakan bagi topik
‘Heat’. Jadual 4.11 menunjukkan hanya amali 4.2 (61%) telah dilaksanakan oleh
lebih dari 50% responden dari sekolah bandar. Bagi sekolah luar bandar pula hanya
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
34/52
24
Jadual 4.11: Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam Topik ‘Heat’
Kekerapan PelaksanaanTajuk Amali
Bandar Luar Bandar
4.1 4 (17%) 4 (16%)
4.2 14 (61%) 21 (84%)
4.3 10 (43%) 19 (76%)
4.4 6 (26%) 13 (52%)
4.5 7 (30%) 12 (48%)
4.6 4 (17%) 9 (36%)
4.7 6 (26%) 8 (32%)
4.8 5 (22%) 6 (24%)
4.9 4 (17%) 5 (20%)
Jadual 4.12: Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam
Topik ‘Heat’
Kekangan (%)
Tajuk
Amali
Makmal
tidak
sesuai
Peralatan
tidak
sempurna /
tidak
mencukupi
Kesuntukan
masa
Bebanan
tugas lain
Bukan
tajuk
popular
SPM
Tiada
pengalaman
4.1 - 26 42 11 11 -
4.2 - 21 34 8 3 -
4 3 21 42 5 5
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
35/52
25
Jadual 4.12 (Sambungan).
Kekangan (%)
Tajuk
Amali
Makmal
tidak
sesuai
Peralatan
tidak
sempurna /
tidak
mencukupi
Kesuntukan
masa
Bebanan
tugas lain
Bukan
tajuk
popular
SPM
Tiada
pengalaman
4.7 - 32 47 11 3 3
4.8 - 34 50 11 5 3
4.9 - 34 50 11 5 3
0
18
73
7
300
45
31
12 10
2
0
10
20
30
40
50
60
70
80
M a k m a l
t i d a k
s e s u a
i
P e r a l a t a n t i d a k
s e m p u r n a /
t i d a k m e n c u
k u p i
K e s u n t u k a n
m a s a
B e b a n a n t u g a s
l a i n
B u k a n t
a j u k
p o p u l a r
S P M
B u k a n t
a j u k
p o p u l a r
S P M
Kekangan
P e r a t u
s a n ( % )
Bandar
Luar Bandar
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
36/52
26
amali bagi responden dari sekolah bandar. Manakala bagi responden dari sekolah luar
bandar pula peralatan yang tidak sempurna atau tidak mencukupi (45%) masih juga
menjadi faktor utama. Faktor makmal yang tidak sesuai (0%) pula langsung tidak
menjadi kekangan dalam melaksanakan amali bagi topik ini.
4.2.5 Tahap dan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Topik ‘Light’
Bagi topik yang terakhir, pihak PPK telah mencadangkan sebanyak tujuh tajuk amali
untuk dilaksanakan. Jadual 4.13 menunjukkan lebih dari 60% responden dari kedua-
dua sekolah bandar dan luar bandar telah melaksanakan kesemua amali kecuali amali
5.2 yang hanya 57% responden dari sekolah bandar melaksanakannya.
Jadual 4.13: Taburan Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam Topik ‘Light’
Kekerapan PelaksanaanTajuk Amali
Bandar Luar Bandar
5.1 17 (74%) 19 (76%)
5.2 13 (57%) 18 (72%)
5.3 15 (65%) 18 (72%)
5.4 14 (61%) 16 (64%)
5.5 19 (83%) 17 (68%)
5.6 18 (78%) 23 (92%)
5.7 15 (65%) 16 (64%)
27
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
37/52
27
Jadual 4.14: Taburan Kekangan Dalam Pelaksanaan Amali Bagi Setiap Tajuk Dalam
Topik ‘Light’
Tajuk
Amali
Makmal
tidak
sesuai
Peralatan
tidak
sempurna /
tidak
mencukupi
Kesuntukan
masa
Bebanan
tugas lain
Bukan
tajuk
popular
SPM
Tiada
pengalaman
5.1 3 24 42 3 - -
5.2 - 24 45 3 3 -
5.3 - 21 45 8 - -
5.4 - 21 37 13 3 -
5.5 3 29 34 8 - -
5.6 3 24 42 5 - -
5.7 3 29 42 3 3 -
1
19
77
2 1 03
49
30
15
20
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
a k
a k a
ka
na
su
kP
Ma
n
P e r a t u s a n ( % )
Bandar
Luar Bandar
28
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
38/52
28
Bagi topik yang terakhir ini, Rajah 4.5 menunjukkan secara keseluruhannya
kesuntukan masa (77%) masih menjadi faktor paling utama dalam mengekang
pelaksanaan amali dalam kalangan responden dari sekolah bandar. Faktor peralatan
tidak sempurna atau tidak mencukupi (49%) pula masih menjadi kekangan utama
dalam kalangan responden dari luar bandar.
4.3 Taburan Keseluruhan Tahap Pelaksanaan dan Kekangan (Responden
Dari Sekolah Bandar)
Merujuk kepada Rajah 4.6, didapati bahawa secara purata pelaksanaan amali fizik
tingkatan empat dalam kalangan responden dari sekolah bandar adalah empat (17%)
responden berada pada tahap lemah iaitu melaksanakan satu hingga 14 aktiviti amali,
19 (83%) responden pula berada pada tahap sederhana iaitu melaksanakan dari 15
hingga 29 aktiviti amali. Namun begitu tiada responden dari sekolah bandar yang
berada pada tahap baik.
83
30
40
50
60
70
80
90
P e r a t u s a n ( %
)
29
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
39/52
29
Dalam kalangan responden dari sekolah bandar, Rajah 4.7 menunjukkan secara
keseluruhannya faktor utama yang mempengaruhi pelaksanaan amali adalah faktor
kesuntukan masa (63%), diikuti dengan faktor peralatan tidak sempurna atau tidak
mencukupi (26%).
26%
63%
6% 3%
1%1%
Makmal tidak sesuai
Peralatan tidak sempurna /
tidak mencukupi
Kesuntukan masa
Bebanan tugas lain
Bukan tajuk popular SPM
Tiada pengalaman
Rajah 4.7: Peratusan Kekangan (Responden Dari Sekolah Bandar)
4.4 Taburan Keseluruhan Tahap Pelaksanaan dan Kekangan (Responden
Dari Sekolah Luar Bandar)
Merujuk kepada Rajah 4.8, didapati bahawa secara purata dalam kalangan responden
dari sekolah luar bandar, dua (8%) responden adalah berada pada tahap lemah iaitu
melaksanakan satu hingga 14 aktiviti amali. 15 (60%) responden pula berada pada
tahap sederhana iaitu melaksanakan dari 15 hingga 29 aktiviti amali. Manakala lapan
(32%) d b d d t h b ik l k
30
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
40/52
30
8
60
32
0
10
20
30
40
50
60
70
Lemah Sederhana Baik
Tahap Pelaksanaan
P e r a t u s a n ( % )
Rajah 4.8: Tahap Pelaksanaan Amali (Responden Dari Sekolah Luar Bandar)
Rajah 4.9 pula menunjukkan faktor peralatan tidak sempurna atau tidak
mencukupi (49%) menjadi faktor utama yang mengekang responden dari sekolah luar
bandar dari melaksanakan aktiviti amali. Ia diikuti dengan faktor kesuntukan masa
(29%).
49%
9%
9%
2%2%
Makmal tidak sesuai
Peralatan tidak sempurna / tidak mencukupi
Kesuntukan masa
Bebanan tugas lain
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
41/52
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan tahap pelaksanaan amali Fizik
tingkatan empat dalam kalangan guru di sekolah-sekolah di daerah Kota Bharu, PasirMas, Tanah Merah, dan Machang di negeri Kelantan adalah sederhana.
Tahap pelaksanaan amali ini dipengaruhi oleh beberapa kekangan yang
dihadapi oleh guru. Antara kekangan-kekangan yang dikenal pasti dalam kajian ini
adalah faktor kesuntukan masa, kekurangan kelengkapan atau peralatan amali yang
sempurna, bebanan tugas, dan bukan tajuk popular dalam peperiksaan SPM. Namun
begitu faktor kesuntukan masa menjadi penghalang utama bagi guru dari sekolah
bandar manakala kekurangan peralatan atau kelengkapan amali yang sempurna pula
32
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
42/52
5.2 Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap
pelaksanaan amali dalam kalangan guru adalah seperti berikut:
i. Memandangkan kesuntukan masa merupakan antara faktor utama yang
menjadi kekangan, pihak yang bertanggung jawab perlulah membuat
penambahan waktu pembelajaran daripada empat waktu kepada lima waktuseperti yang dipraktikkan pada tahun 1980an.
ii. Pihak yang bertanggung jawab, khususnya pihak pentadbiran sekolah, perlulah
membuat pemantauan terhadap pelaksanaan amali dalam kalangan guru.
iii. Kajian ini juga mendapati faktor kelengkapan atau peralatan amali yang tidak
sempurna dan tidak mencukupi menjadi kekangan utama dalam pelaksanaan
amali. Justeru itu, pihak KPM perlulah mengkaji semula pengurusan
Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG).
5.3 Saranan Untuk Kajian Lanjutan
Beberapa saranan untuk kajian selanjutnya adalah seperti berikut:
i. Disarankan agar kajian yang serupa dijalankan dengan melibatkan lebih ramai
guru sains dari semua negeri di Malaysia sebagai sampel kajian. Kajian
tersebut akan dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang tahap
pelaksanaan amali dalam kalangan guru
33
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
43/52
RUJUKAN
Abu Hassan Kassim dan Rohana Hussin (2003). Tahap Penguasaan Kemahiran Proses
Sains dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kimia di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Daerah Johor Bahru. Kertas Kerja Dalam Seminar
Kebangsaan Pendidikan 2003. Diperoleh pada 10 September 2007 daripada
http://eprints.utm.my/2345/1/Seminar_2003_2.doc
Chen F.C. (1982). Rekabentuk Makmal Dimasa Hadapan. Berita Sains. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, 5(3): 2-6.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1996). Kuala Lumpur:DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Kajian Antarabangsa Ketiga Matematik
dan Sains – Ulangan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lilia Halim, T. Subahan M. Meerah, dan Zolkepeli Haron (2002). Strategi Pengajaran
Fizik Untuk Guru Sains. Petaling Jaya:Prentice Hall.
Mohd Nazri Abdul Hamid (2000). Kebolehan Pelajar Menguasai Penilaian Kerja
Amali (PEKA) Mempengaruhi Pencapaian Sains UPSR (Ujian Bertulis).
Satu Kajian Di Sekolah-Sekolah Rendah Luar Bandar Di Daerah Kinta,
Perak . Tesis B.Sc yang tidak diterbitkan, Tanjong Malim:UPSI.
Robiah Sidin (2003). Pembudayaan Sains dan Teknologi: Satu Cadangan Piawai.
Jurnal Pendidikan 28, 47-63.
Rodziah Ismail (2004). Tahap Pencapaian Latihan Kemahiran Proses Sains Pelajar-
Pelajar Sekolah Di Negeri Perlis. Kolej Matrikulasi Perlis. Diperoleh pada 9
September 2007 daripada
http://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Prosding%20
Seminar%20R&D%20BMKPM%202004/BAHAGIAN%201.pdf
Tamby Subahan Mohd. Meerah (1999). Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains
Terhadap Perubahan Kurikulum. Syarahan Perdana Jawatan ProfesorUKM . Bangi:UKM. Diperoleh pada 20 September 2007 daripada
http://www.penerbit.ukm.my/dampak.pdf
Siti Latifah Abd Rashid (2005). Perlaksanaan Aktiviti Amali Dan Pengaruhnya
Terhadap Pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Sains Dalam Topik
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
44/52
LAMPIRAN A
Senarai Tajuk Amali Fizik Tingkatan Empat
Topik 1: ‘Introduction To Physics’
No. Amali Tajuk Amali
1.1 Measurement
1.2 The Vernier scale
1.3 Accuracy, consistency and sensitivity – Part I
1.4 Accuracy, consistency and sensitivity – Part II
1.5 The scientific method
Topik 2: ‘Forces and Motion’
No. Amali Tajuk Amali
2.1 Kinematics of a student
2.2 The ticker-timer
2.3 Measuring motion with electronic (ICT) equipment
2.4 Acceleration – motion of a trolley down an incline
2.5 Demonstration of inertia
2.6 Mass and inertia
2.7 Conservation of momentum in collisions
2.8 Conservation of momentum in explosions
2.9 Force, mass and acceleration – Newton’s second law
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
45/52
2.14 Equilibrium of forces
2.15 Work, energy and power – Part I
2.16 Work, energy and power – Part II
2.17 Elasticity – Hooke’s law
Topik 3: ‘Forces and Pressure’
No. Amali Tajuk Amali
3.1 Pressure
3.2 Pressure in liquids
3.3 Pressure in gases – atmospheric pressure
3.4 Archimedes’ principle
3.5 Bernoulli’s principle
Topik 4: ‘Heat’
No. Amali Tajuk Amali
4.1 Thermal equilibrium and temperature
4.2 Specific heat capacity of a solid
4.3 Specific heat capacity of a liquid
4.4 Latent heat
4.5 Specific latent heat of fusion of ice
4.6 Specific latent heat of a liquid
4.7 The gas laws – Boyle’s law
4.8 The gas laws – Charles’s law
4 9 The gas laws pressure law
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
46/52
5.3 Reflection of light – Part I
5.4 Reflection of light – Part II
5.5 Total internal reflection
5.6 Lenses – focal length
5.7 Lenses – lens formula
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
47/52
LAMPIRAN B
SOAL SELIDIK
AMALI FIZIK TINGKATAN EMPAT DALAM KALANGAN GURU FIZIK
DI SEKOLAH-SEKOLAH DI DAERAH KOTA BHARU, PASIR MAS,
TANAH MERAH DAN MACHANG DI NEGERI KELANTAN:
TINJAUAN TAHAP PELAKSANAAN
DAN KEKANGAN
Soal selidik ini hanya bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan amali fizik
tingkatan empat di sekolah-sekolah di daerah-daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah
Merah, dan Machang, Kelantan. Semua maklumat adalah rahsia dan hanya untuk
tujuan penyelidikan sahaja. Kejujuran responden dalam menjawab soal selidik ini
amatlah dihargai.
Arahan :
1. Soal selidik ini mengandungi dua(2) bahagian iaitu A dan B.
2. Pada Bahagian A anda perlu mengisi ruangan kosong yang disediakan.
3. Pada Bahagian B, bulatkan pada ruangan jawapan yang sesuai berdasarkan
pilihan jawapan yang diberi.
4. Adalah diingatkan tiada jawapan yang betul atau salah untuk soalan berkenaan.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
48/52
BAHAGIAN A
Sila lengkapkan maklumat di bawah:
(Maklumat diperlukan hanya untuk tujuan pentadbiran penyelidikan sahaja).
1. Status sekolah: Bandar Luar bandar
2. Jantina: Lelaki Perempuan
3. Jawatan: Guru Pakar Guru Panitia Guru Biasa
4. Kelulusan: Ijazah Master Ph.D.
5. Pengalaman mengajar: ........................ tahun.
6. Pengalaman mengajar Fizik Ting. 4: ...................... tahun.
7. Matapelajaran lain yang diajar: ..................................................................................
8. Tugas-tugas khas : (i) .............................................................................................
(ii) ............................................................................................
(iii) ............................................................................................
(iv) .............................................................................................
9. Bilangan guru Fizik: Tingkatan 4: ........................ Tingkatan 5: ............................
10. Bilangan pelajar: Tingkatan 4: ........................ Tingkatan 5: ............................
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
49/52
BAHAGIAN B
Arahan:
• Sila jawab di kedua-dua bahagian:
(i) Bahagian I – cara pelaksanaan amali
(ii) Bahagian II – kekangan yang dihadapi
• Bulatkan jawapan di Bahagian I dan Bahagian II berdasarkan pilihan berikut:
Sekiranya tajuk amali belum lagi dijalankan dalam tahun ini, tandakan berdasarkan pengalaman amali tersebut pernah
dijalankan sebelum ini.
Bahagian I: (Anda boleh memilih hanya satu jawapan) Bahagian II: (Anda boleh memilih lebih dari satu jawapan)
Pilihan jawapan:
A. Amali dikendalikan secara demonstrasi oleh guru.
B. Amali dijalankan dalam 3 hingga 4 orang pelajar bagi
satu kumpulan.
C. Amali dijalankan dalam lebih daripada 4 pelajar bagi
satu kumpulan.
D. Amali tidak dijalankan.
Pilihan jawapan:
1. Keadaan makmal yang tidak sesuai.
2. Peralatan amali tidak sempurna dan tidak mencukupi.
3. Peruntukan masa amali tidak mencukupi.
4. Bebanan tugas lain.
5. Bukan tajuk popular dalam peperiksaan SPM.
6. Tiada pengalaman mengendalikan amali.
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
50/52
NOTA: Tajuk-tajuk amali yang disenaraikan di bawah adalah berdasarkan cadangan aktiviti pembelajaran yang dinyatakan dalam buku‘Physics Form 4 – Practical Book’ .
Anda boleh memilih lebih dari satu jawapan untuk setiap bahagian.
BIL TAJUK AMALI FIZIK TINGKATAN EMPAT Bahagian I Bahagian II
1.1 MeasurementA B C D 1 2 3 4 5 6
1.2 The Vernier scale A B C D 1 2 3 4 5 6
1.3 Accuracy, consistency and sensitivity – Part I A B C D 1 2 3 4 5 6
1.4 Accuracy, consistency and sensitivity – Part II A B C D 1 2 3 4 5 6
Unit 1
1.5 The scientific method A B C D 1 2 3 4 5 6
2.1 kinematics of a student A B C D 1 2 3 4 5 6
2.2 The ticker-timer A B C D 1 2 3 4 5 6
2.3 Measuring motion with electronic (ICT) equipment A B C D 1 2 3 4 5 6
2.4 Acceleration – motion of a trolley down an incline A B C D 1 2 3 4 5 6
2.5 Demonstration of inertia A B C D 1 2 3 4 5 6
2.6 Mass and inertia A B C D 1 2 3 4 5 6
2.7 Conservation of momentum in collisions A B C D 1 2 3 4 5 6
2.8 Conservation of momentum in explosions A B C D 1 2 3 4 5 6
Unit 2
2.9 Force, mass and acceleration – Newton’s second law A B C D 1 2 3 4 5 6
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
51/52
2.10 Impulse and momentum A B C D 1 2 3 4 5 6
2.11 Safety features in vehicles A B C D 1 2 3 4 5 6
2.12 Acceleration due to gravity A B C D 1 2 3 4 5 6
2.13 A reaction timer A B C D 1 2 3 4 5 6
2.14 Equilibrium of forces A B C D 1 2 3 4 5 6
2.15 Work, energy and power – Part I A B C D 1 2 3 4 5 6
2.16 Work, energy and power – Part II A B C D 1 2 3 4 5 6
2.17 Elasticity – Hooke’s law A B C D 1 2 3 4 5 6
3.1 Pressure A B C D 1 2 3 4 5 6
3.2 Pressure in liquidsA B C D 1 2 3 4 5 6
3.3 Pressure in gases – atmospheric pressure A B C D 1 2 3 4 5 6
3.4 Archimedes’ principle A B C D 1 2 3 4 5 6
Unit 3
3.5 Bernoulli’s principle A B C D 1 2 3 4 5 6
4.1 Thermal equilibrium and temperature A B C D 1 2 3 4 5 6
4.2 Specific heat capacity of a solid A B C D 1 2 3 4 5 6
4.3 Specific heat capacity of a liquid A B C D 1 2 3 4 5 6
4.4 Latent heat A B C D 1 2 3 4 5 6
Unit 4
4.5 Specific latent heat of fusion of ice A B C D 1 2 3 4 5 6
-
8/18/2019 Tinjauan Tahap Pelaksanaan Amali Fizik t.4 Dlm Kalangan Guru
52/52
4.6 Specific latent heat of a liquid A B C D 1 2 3 4 5 6
4.7 The gas laws – Boyle’s law A B C D 1 2 3 4 5 6
4.8 The gas laws – Charles’s law A B C D 1 2 3 4 5 6
4.9 The gas laws – pressure law A B C D 1 2 3 4 5 6
5.1 Reflection of light – plane mirror A B C D 1 2 3 4 5 6
5.2 Reflection of light – concave mirror A B C D 1 2 3 4 5 6
5.3 Reflection of light – Part I A B C D 1 2 3 4 5 6
5.4 Reflection of light – Part II A B C D 1 2 3 4 5 6
5.5 Total internal reflection A B C D 1 2 3 4 5 6
5.6 Lenses – focal length A B C D 1 2 3 4 5 6
Unit 5
5.7 Lenses – lens formula A B C D 1 2 3 4 5 6
Masalah-masalah lain: ....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
Cadangan : .....................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.