Transcript
Page 1: TEMUBUAL BERSAMA PESERTA & GURU PENGIRING … · TEMUBUAL BERSAMA PESERTA & GURU PENGIRING PERKHEMAHAN : Apa Kata Mereka? “Perkhemahan sebegini memberi peluang memupuk semangat

Bil. 01 11.04.2015 Sabtu

Penaung : YBhg. Tuan Haji Aminudin bin Adam Pengarah Pendidikan Negeri Johor

YBhg. Brig Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM Asisten Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Udara   Penasihat : Tuan Hj. Md. Hasidin b. Hj. Zaini Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor

Kol Mohd Suhaimi bin Hj. Sahri TUDM Pengarah Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara   Pengerusi Tuan Haji Yasman b. Jamsir Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Kapt Khairul Ashinar TUDM Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara

Setiausaha Tuan Hj. Kamarudin b. Mohamad Tahir Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor Lt Mohd Faizli b. Zulkifli TUDM Pegawai Latih PSTU Sidang Editorial Lt Kizzy TUDM Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin Mohd Hunaidi bin Ismail Mohd Iswandy bin Sahlan Yu Kok Hui Dewi Sulastri binti Partan Norila binti Simpol

“Disiplin Teras Kejayaan”

Buletin Online https://pkbmudara2015.wordpress.com/

 

   

Antara  peserta  dan  guru  pengiring  yang  /ba  untuk  sesi  penda2aran    

Imsak 5:35 Subuh 5:45 Syuruk 7:02 Zohor 1:08 Asar 4:19

Maghrib 7:12 Isyak 8:21

SELAMAT DATANG KE JOHOR BAHRU 11 April 2015, Pusat Kokurikulum JPN Johor, Kem Tasek Utara, sebanyak 11 kontinjen dari seluruh negara telah berkumpul bagi menjayakan Latihan Perkhemahan dan kenaikan pangkat Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Udara peringkat kebangsaan 2015. Seramai 276 pelajar dan 23 guru pengiring (Johor, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Sarawak, Labuan, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang) pada tahun 2015. Perkhemahan yang akan berlangsung selama enam hari bermula 11 sehingga 16 April 2015 ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara bersama diantara Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dimana ia melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dari seluruh Malaysia. Antara pengisian perkhemahan pada kali ini ialah Ujian Kawad Kaki, Pertandingan Kawad Kaki, Ujian Bertulis, Ujian Baca Peta & Pertandingan Memasang Khemah. Pihak urusetia berharap agar semua peserta, guru pengiring, pegawai-pegawai dan anggota TUDM, pegawai-pegawai dari PPD Johor Bahru, JPN Johor serta KPM sama-sama memberikan sepenuhnya komitmen bagi menjayakan program ini.

WA

KTU

SO

LAT

BULETIN PKBM UDARA

TEMUBUAL BERSAMA PESERTA & GURU PENGIRING PERKHEMAHAN : Apa Kata Mereka?

“Perkhemahan sebegini memberi peluang kepada pelajar seperti saya untuk memupuk semangat setiakawan dan kepimpinan untuk menjadi insan yang cemer lang pada masa hadapan. Disamping itu, melalui penyertaan saya didalam PKBM Udara ini, saya dapat belajar bagaimana membantu rakan sebaya untuk membentuk sahsiah dan disiplin yang baik” ujar Kadet Sjn PKBM (U) Mohd Ikmal Razi bin Ramzi, dari SMK Dato’ Patinggi Hj Abdul Gapor, Kuching. Beliau adalah salah seorang peserta yang akan berkampung di Kem Pusat Kokurikulum JPN Johor dari 11 hingga 16 April 2015.              

Turut berkongsi pendapat yang sama ialah LUK Nur Ain Zulaika bt Azman peserta Kadet PKBM Udara dari kontijen Perak ini menyatakan hasrat beliau ingin menjadi kadet terbaik dalam perkhemahan tahun ini. Beliau yang berasal dari SMK Simpang Pulai ini telah menyertai Kadet PKBM Udara selama setahun bermula ketika beliau di tingkatan dua lagi. Anak sulung dari tiga orang adik beradik ini juga bercita-cita ingin menjadi seorang Tentera Laut suatu hari nanti menyatakan beliau gemar mengikuti perkhemahan ini kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti-akt iv i t i yang mencabar seper t i memasang khemah dan juga kawad k a k i . H a r a p a n b e l i a u p a d a perkhemahan tahun ini adalah beliau mahu menuntut seberapa banyak ilmu ketenteraan agar dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. En. Jessi James yang merupakan Guru Pengiring bagi kontijen Sarawak iaitu SMK Dato’ Petinggi Hj Abdul Gapor pula berkata bahawa  

program perkhemahan ini membolehkan pelajar-pelajarnya meningkatkan ke ce rga san me reka d i samp i ng membentuk disiplin dan minat didalam kegiatan beruniform disekolah. Dalam temubual kami, beliau turut berharap a ga r P K B M U d a ra i n i d a p a t dikembangkan ke sekolah-sekolah lain di Sarawak memandangkan ia adalah satu pergerakan unit beruniform yang aktif dan bermanfaat kepada golongan remaja khususnya.

Razi bin Ramzi  

En. Jessie James  

mukasurat 4   mukasurat 1  

Page 2: TEMUBUAL BERSAMA PESERTA & GURU PENGIRING … · TEMUBUAL BERSAMA PESERTA & GURU PENGIRING PERKHEMAHAN : Apa Kata Mereka? “Perkhemahan sebegini memberi peluang memupuk semangat

HARI PERTAMA : Taklimat Pembukaan Latihan & Taklimat Keselamatan Perjalanan hari pertama berjalan dengan lancar dengan dimulakan dengan sesi taklimat dari Lt Mohd Faizli b. Zulkifli T U D M , s e l a k u Pe g a wa i L a t i h a n perkhemahan kali ini. Turut hadir ialah En. Nazar b. Muhammad, Pen. Pengarah BKK KPM, Tn. Hj. Kamarudin b. Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum JPN Johor bagi meraikan kedatangan para peserta, guru pengiring dan jurulatih TUDM.

Taklimat kepada peserta perkhemahan dari Lt Faizli TUDM  

Sebahagian peserta dari seluruh Malaysia yang berkumpul pada perkhemahan kali ini.  

Aktiviti hari pertama : Pemasangan khemah mengikut kontijen.  

HARI PERTAMA : Aktiviti Pemasangan Khemah

Aktiviti hari pertama bermula seawal jam 3.00 petang apabila kontinjen yang sudah tiba dan mendaftar, dikehendaki mendirikan khemah masing-masing dikawasan yang telah ditetapkan. Tidak ketinggalan untuk berada bersama-sama peserta ialah jurulatih dari TUDM yang bertindak menyelia aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dan diharapkan agar semua peserta perkhemahan dapat menimba pengalaman berharga daripada aktiviti ini.

HARI PERTAMA : Aktiviti ‘Ice Breaking’ Aktiviti hari pertama diteruskan lagi dengan sesi ‘ice breaking’ k e l o l a a n j u r u l a t i h P u s a t Kokurikulum Negeri Johor, En. Nasri bin Abdul Ghani. Sesi yang berlangsung selama lebih kurang satu jam ini adalah bertujuan untuk mewujudkan komunikasi diantara peserta dan membolehkan mereka menjalinkan hubungan dengan l eb i h ak rab d i s epan jang perkhemahan ini berlansung.

mukasurat 2   Mukasurat 3  


Top Related