Download - Teks-Ucapan-Pengerusi
Teks Ucapan Pengerusi
Yang berbahagia Puan Anis Alisya Abdullah, Timbalan pengarah IPGKBL, Yang Berusaha
Puan Allizah Bawi, ketua jabatan bahasa, Puan Yeo Chui Eng, Ketua Unit Pengajian Cina,
para hadirin yang dikasihi sekalian.
Selamat petang dan salam sejahtera.
Tema Pesta Tanglung tahun ini ialah 月亮一样的月光。Di bawah bulan yang sama
membawa makna cahaya bulan yang sama tanpa mengira di mana kita berada sama ada di
kampung sendiri atau di luar negara. Hal ini amat bermakna kepada kita yang telah
meninggalkan kampung halaman kita untuk belajar di IPG Batu Lintang.
Pesta Tanglung tahun ini ada keunikannya tersendiri. Yang pertama, sambutan
Pesta Tanglung tahun ini diadakan di foyer blok pentadbiran baharu ini. Pentas ini telah
dihiaskan selaras dengan tema Pesta Tanglung. Usaha-usaha telah dilakukan oleh pelbagai
pihak untuk mewujudkan satu suasana yang harmoni dan unik ini.
Pelbagai gerai juga dibuka supaya kita dapat lebih mengenali Hari Kuih Bulan. Ini
merupakan keunikan kedua bagi Pesta Tanglung ini. Kami mengharap agar usaha-usaha
kami ini dapat mengekalkan warisan dan budaya yang telah diwarisi oleh nenek moyang
kami ini.
Keunikan ketiga adalah slot-slot acara yang mengisi program kita petang ini. Kami
telah menyediakan aktiviti yang menarik seperti tarian, nyayian dan sebagainya.
Harap semua hadirin dapat menikmati masa petang ini di sini.
Akhir kata, selamat datang menyertai Pesta Tanglung yang amat bermakna ini dan
selamat hari kuih bulan.
Sekian, terima kasih.