UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS INTERAKSI DAN TOWNHALL
KPPA BERSAMA PEGAWAI – PEGAWAI
PTD NEGERI SARAWAK
11 OKTOBER 2014, 2.30 PETANG
INTAN KAMPUS SARAWAK
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.
[SALUTATION DISEDIAKAN DI ATAS
ROSTRUM]
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya jua kita dapat bersama-
sama dalam Majlis Interaksi dan
Townhall KPPA Bersama Pegawai-
Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan
Diplomatik (PTD) Negeri Sarawak yang
julung-julung kalinya diadakan ini.
3
Majlis pada hari ini telah direalisasikan
hasil jalinan kolaborasi dan kerjasama
padu Kampus INTAN Wilayah Sarawak
(INSARA) bersama-sama Pejabat
Setiausaha Persekutuan Sarawak dan
Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan
Diplomatik (PPTD) Cawangan Sarawak.
2. Saya ingin mengambil kesempatan
di sini untuk mengalu-alukan kehadiran
semua para pegawai PTD yang sudi
meluangkan masa pada hujung minggu
untuk menyertai Majlis pada hari ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
4
3. Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini
telah mengeluarkan Laporan Daya Saing
Global bagi tahun 2014 dan 2015 yang
membawa berita gembira kepada
Malaysia. Mengikut laporan tersebut,
Malaysia kini merupakan antara
kelompok 20 buah negara paling
berdaya saing daripada 114 buah
negara. Pencapaian ini merupakan
peningkatan daripada kedudukan ke-24
daripada 148 buah negara sebelumnya.
4. Ekonomi negara juga dilaporkan
menunjukkan trend memberangsangkan
dengan mencatat pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
5
sebanyak 6.4 peratus dalam suku kedua
2014 iaitu rekod tertinggi pernah
dicatatkan sejak suku keempat tahun
2012. Pencapaian ini menjadikan
Malaysia sebagai negara yang paling
tinggi pencapaian pertumbuhan
ekonominya dalam kalangan negara
ASEAN bagi tempoh separuh pertama
tahun 2014.
5. Dalam memperkatakan kisah
kejayaan Malaysia di arena global ini,
saya ingin juga berkongsi laporan World
Competitiveness Yearbook yang
diterbitkan oleh Institute for
Management Development yang telah
6
meletakkan Malaysia di kedudukan ke-
12 daripada 60 negara pada tahun 2014
berbanding tempat ke-15 pada tahun
2013.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
6. Memetik kata-kata Mantan YAB
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang pernah berkata,
“... Kita telah berjaya sehingga ke
suatu tahap yang mana pada hari
ini negara-negara lain menghantar
pentadbir-pentadbir mereka ke
Malaysia untuk belajar bagaimana
7
mentadbir sebuah negara dan
mereka pula tahu bahawa Malaysia
ini kompleks dengan penduduk
negara yang berbagai kaum,
menganut pelbagai agama,
mempunyai bahasa yang berbeza-
beza, budaya yang berlainan tetapi
Alhamdulillah kita berjaya
bekerjasama, kita berjaya untuk
mentadbir dengan berkesan dan
mereka datang untuk melihat
keadaan dalam negara kita.”
7. Kejayaan yang diperoleh pada hari
ini membuktikan bahawa Perkhidmatan
Awam yang diterajui oleh PTD berjaya
8
menyokong Kerajaan ke arah
mentransformasi penyampaian
perkhidmatan untuk rakyat. Malah kita
dapat katakan bahawa Perkhidmatan
Tadbir dan Diplomatik memainkan
peranan utama dan ulung dalam sistem
pentadbiran di negara kita.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
8. Pegawai-pegawai PTD hendaklah
meneruskan usaha-usaha yang dibuat
bagi memastikan PTD terus mantap dan
dapat mengekalkan imej perkhidmatan
kita sebagai perkhidmatan yang utama.
9
Buat pegawai-pegawai kanan PTD, kita
perlu sedar bahawa pegawai-pegawai
muda PTD atau Gen-Y telah mula
mendominasi kelompok perkhidmatan
elit dalam Perkhidmatan Awam.
“The worst danger that confronts
the younger set of officers and staff
is the bad example set by a few
older officers. A good example has
twice the value of good advice. So
the greatest gift the senior officers
can bestow on others is a good
example. People are less convinced
by what they hear than what they
see.”
10
9. Oleh itu, pegawai-pegawai kanan
PTD harus menonjolkan tahap disiplin
yang tinggi seperti tenang dan matang
dalam membuat keputusan, mendengar
maklum balas orang di sekeliling,
berpandangan jauh serta berintegriti
dalam menjalankan tugas dan amanah.
10. Manakala pegawai-pegawai muda
pula harus belajar untuk berfikiran
terbuka, positif, bersedia untuk
memperbaiki diri serta memiliki sifat
rendah diri. Belajar dari pengamatan,
ikuti perkara yang baik dan jauhi
perbuatan yang tidak berintegriti.
11
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
11. Pada petang ini, saya berhasrat
untuk berkongsi dengan tuan-tuan dan
puan-puan berkenaan aspirasi
kepimpinan Negara untuk memacu
transformasi yang bukan sahaja yang
akan memberi impak positif kepada
penjawat awam bahkan kepada rakyat
secara keseluruhannya.
12. Dalam ucapan Bajet 2014, Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa kerajaan akan
melaksanakan cukai barang dan
12
perkhidmatan (GST) bermula 1 April
2015. GST yang merupakan satu "sistem
cukai menyeluruh yang akan memberi
manfaat kepada semua rakyat
Malaysia" ini bukanlah satu sistem
percukaian baru tetapi lebih bersifat
kepenggunaan bagi menggantikan
sistem percukaian sedia ada iaitu Cukai
Jualan (1972) dan Cukai Perkhidmatan
(1975).
13. Selepas pengumunan ini, pelbagai
pihak mula membincangkan secara
terbuka dan tertutup tentang apa itu
GST, kebaikan dan keburukannya serta
13
membandingkan pelaksanaan di
Malaysia dengan negara-negara lain.
14. Perbincangan dilakukan dalam
pelbagai bentuk dan platform termasuk
menggunakan media-media sosial
seperti Facebook dan Twitter.
Penyaluran maklumat yang tidak
terkawal ini telah menimbulkan
persepsi yang negatif di kalangan
rakyat, malah termasuk juga di
kalangan penjawat awam itu sendiri.
15. Justeru bagi menangani perkara
ini, Kerajaan telah merangka satu
mekanisme pemberitahuan iaitu melalui
14
sesi dialog/ seminar/ kursus dan
sebagainya kepada empat kumpulan
sasar (rakyat), iaitu
(1) komuniti perniagaan (syarikat
multinasional, Perusaha Kecil
dan Sederhana, pemborong,
peruncit);
(2) komuniti informed group (NGO/
IPTA/ IPTS, Pertubuhan
Profesional);
(3) Orang awam (pekerja kilang/
swasta, persendirian, petani,
nelayan dsb); dan
15
(4) Kumpulan penjawat awam
(Persekutuan / Negeri / Badan
Berkanun).
16. Bagi kategori empat, Kerajaan
telah memberi tanggungjawab penuh
kepada Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) untuk turun padang dan
menyebarluaskan maklumat yang betul
dan sahih kepada penjawat-penjawat
awam di seluruh negara. Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN) sebagai
sebuah institut latihan awam telah
memulakan beberapa siri Kursus GST
Advocators yang melibatkan 25 buah
Kementerian di Putrajaya. Advocators
16
yang telah dipilih dan dilantik mewakili
kementerian akan mengadakan
akvokasi di peringkat agensi masing-
masing untuk memberi pemahaman
kepada penjawat awam yang berada di
agensi. Kursus GST Advocators ini akan
turut dilaksanakan di peringkat
Kerajaan Negeri, yang juga melibatkan
semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),
termasuk di Negeri Sarawak.
17. Selain Kursus GST Advocators,
INTAN turut menganjurkan beberapa siri
seminar dan bicara eksekutif kepada
peserta-peserta kursus yang berkursus
di semua kampus, termasuk di INTAN
17
Bukit Kiara sendiri. Usaha ini
merupakan suatu pendekatan
‘engagement’ yang melibatkan semua
pihak agar pemahaman mengenai GST
bersifat menyeluruh dan bersifat
inklusif.
Para hadirin yang saya kasihi sekalian,
18. Kita sedia maklum bahawa kadar
GST yang diperkenalkan di Negara kita
adalah lebih rendah berbanding 7 buah
Negara ASEAN yang telah
melaksanakan GST. Bahkan enam
peratus yang kerajaan akan laksanakan
adalah kadar yang amat berpatutan
18
dengan mengambil kira keadaan
ekonomi Negara dan kemampuan rakyat
pelbagai peringkat. Di bawah Sale and
Service Tax (SST) sedia ada, pengguna
terpaksa membayar harga yang lebih
mahal kerana cukai jualan merupakan
sebahagian daripada kos yang akan
dimasukkan ke dalam harga jualan dan
dikenakan cukai perkhidmatan.
19. Pada masa sekarang, pengguna
tanpa mengira kelas pendapatan telah
membayar cukai jualan dan cukai
perkhidmatan ke atas perbelanjaan
harian mereka. Namun cukai yang
dibayar itu terutamanya cukai jualan
19
tidak tercatat di dalam resit kerana ia
terselindung di dalam harga bayaran.
Apabila GST dilaksanakan, beban cukai
yang ditanggung akan turun. Ini
bermakna dengan pelaksanaan GST
kebanyakan barangan dan
perkhidmatan akan mengalami
penurunan harga, iaitu daripada kadar
15 peratus ke 6 peratus atau pun kadar
cukai perkhidmatan sedia ada 6 peratus
tidak berubah selepas GST
dilaksanakan.
20. Kajian yang dijalankan menjangka
cara perbelanjaan rakyat juga mungkin
berubah dan lebih berhati-hati. Indeks
20
Harga Pengguna (HIP) hanya dijangka
mengalami kenaikan pada kadar rendah
1.0 hingga 3.0 peratus sebelum proses
‘normalisasi harga’ berlaku. Kita yakin
dengan penubuhan jawatankuasa
pemantau GST yang ditubuhkan
kerajaan nanti dapat memastikan GST
dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Kerajaan juga dari masa ke
semasa akan menilai impak sosial
terhadap rakyat kesan daripada
pelaksanaan GST khususnya ke atas
kenaikan harga barangan melalui
pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan
Anti Pencatutan 2011.
21
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi,
21. Baru-baru ini kerajaan telah
mengumumkan pengurangan subsidi
untuk petrol RON 95 dan diesel
sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa 2
Oktober 2014. Pengurangan subsidi
akan menjadikan harga baru RON95
meningkat kepada RM2.30 seliter
manakala diesel RM2.20 seliter. Sebagai
penjawat awam juga, isu pengurangan
subsidi sememangnya tidak dapat
dielakkan kerana Kerajaan terpaksa
mengambil tindakan yang perlu bagi
proses rasionalisasi pemberian subsidi
22
bagi mengelak kebergantungan
sepanjang masa kepada bantuan
subsidi. Walaupun dikurangkan subsidi,
hakikatnya ialah kerajaan masih lagi
menanggung hampir RM21 billion untuk
subsidi RON95, diesel dan gas
petroleum cecair (LPG) pada tahun ini.
22. Kerajaan pastikan akan sentiasa
memastikan langkah rasionalisasi
subsidi dilaksanakan secara
berperingkat bagi memastikan kesan
adalah minimum terhadap rakyat
khususnya golongan berpendapatan
rendah dan sederhana. Apabila kerajaan
mula melaksanakan transformasi
23
percukaian Negara melalui GST nanti,
saya pasti kerajaan akan mendapatkan
hasil tambahan yang kemudiannya,
akan diberikan kembali kepada rakyat
dalam pelbagai bentuk bantuan dan
insentif untuk meringankan beban
rakyat.
23. Satu daripada langkah ialah dengan
menaikkan kadar pemberian BRIM yang
akan diumumkan dalam bajet 2015
nanti. Untuk penjawat awam khususnya,
bajet 2015 nanti dijangka lebih
responsif khususnya dalam
pengurangan kadar cukai pendapatan
individu antara 0.5% dan 3% bagi semua
24
kumpulan berpendapatan bercukai.
Langkah-langkah lain yang turut
dipertimbangkan oleh kerajaan dalam
meringankan beban rakyat juga
termasuk meneruskan bantuan
persekolahan, subsidi harga rumah
serta insentif percukaian yang lebih
menyeluruh.
24. Rasionalisasi subsidi merupakan
sebahagian daripada usaha
mentranformasi ekonomi supaya
Malaysia menjadi Negara yang lebih
kompetitif, berdaya saing, maju dan
berpendapatan tinggi. Transformasi
subsidi yang sekarang kerajaan
25
usahakan juga untuk memastikan
ketirisan (akibat aktiviti penyeludupan)
dapat dikurangkan serta akan lebih
sesifat segmented iaitu lebih bersasar
(tidak secara pukal) sehingga bukan
warga Negara termasuk pelancong
asing turut menikmati subsidi yang
diberikan oleh kerajaan.
25. Pelaksanaan GST tidak akan
berjaya tanpa sokongan dan peranan
yang perlu dimainkan oleh semua
penjawat awam. Adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk membantu
Kerajaan memperbetulkan persepsi
salah mengenai GST di kalangan
26
penjawat awam sendiri, menyebar luas
fakta sebenar mengenai kebaikan
pelaksanaan GST kepada rakyat,
mendidik rakyat agar lebih berhati-hati
dan berhemat dalam aspek
perbelanjaan, memastikan pematuhan
kepada tanggungjawab membayar cukai
dalam semua peringkat serta membantu
kerajaan khususnya agensi
penguatkuasa dalam memantau aktiviti
mengaut keuntungan secara tidak
munasabah oleh peniaga melalui
mekanisme yang akan diperkenalkan
nanti di bawah Akta Kawalan Harga dan
Anti Pencatutan 2011.
27
26. Saya yakin dan percaya dengan
komitmen dan iltizam yang tinggi, kita
semua akan berjaya merealisasikan
Agenda Transformasi Negara dan
Transformasi Perkhidmatan Awam yang
sedang giat dilaksanakan hari ini.
Mudah-mudahan segala usaha murni
yang kita gemblengkan ini akan
memperoleh rahmat dan keredhaan
Allah SWT jua.
Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.