Download - Teks Teknologi Pembuatan Bahulu
-
7/27/2019 Teks Teknologi Pembuatan Bahulu
1/1
TEKNOLOGI PEMBUATAN BAHULU
Kuih Bahulu merupakan kuih tradisional orang Melayu sejak zaman
dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama
dari penyediaan adunan hingga proses pembakarannya. Kuih bahulu menjadi
menu utama dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari- hari perayaan
atau pada majlis- majlis kebesaran seperti Hari dan Majlis Perkhawinan.
Pada masa dahulu kuih bahulu dibakar di dalam acuan khas yang
diperbuat daripada tembaga . Cara pembuatannya pula iaitu telur itik dan
gula pasir dikacau dan dan dipukul sehingga sebati dan kembang. Memukul
bahan- bahan ini memerlukan tenaga dan juga mengambil masa yang agak
lama. Kemudian dimasukkan tepung gandum yang telah digoreng . Bahan-
bahan ini dikacau perlahan- lahan untuk mengelakkan daripada angin masuk
ke dalam adunan.
Selepas itu adunan bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dan di bakar.
Dahulu cara pembakarannya ialah dengan meletakkan api di bawah dan di
atas bagi menjadikan bahulu masak dengan rata. Sabut kelapa digunakan
untuk pembakaran di atas manakala di bawah menggunakan arang ataupun
kayu. Api hendaklah dijaga untuk mengelakkan kuih bahulu hangus.
Kini kaedah pembuatan kuih bahulu semakin canggih . Jika dahulu ingin
menghasilkan bahulu perlu menggunakan tenaga dan masa yang banyak,.
Dengan adanya mesin pengadun dan ketuhar telah menyumbang kepada
pembuatan kuih pada masa kini. Dengan adanya mesin pengisar ia tidak
memerlukan masa yang lama dan tenaga manusia. Pembakaran bahulu pula
dilakukan dengan menggunakan ketuhar.