TATACARA PENGGUNAAN SISTEM SIHAT BAGI PERMOHONAN MEMBINA / OPERASI RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA
CAPAIAN AKSES : http://sihat.dvs.gov.my
Capaian ke Sistem SIHAT menggunakan pelayar
Mozilla Firefox atau Google Chrome;
http://sihat.dvs.gov.my
Klik pada pautan PENGGUNA AWAM
Klik PENDAFTARAN bagi pengguna yang pertama
kali menggunakan Sistem SIHAT
Pastikan anda mempunyai emel yang aktif dan
sah sebelum mendaftar sebagai pengguna Sistem
Bagi pendaftaran PENGGUNA AWAM, pilih sama
ada untuk mendaftar sebagai INDIVIDU atau
SYARIKAT
Isi MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMILIK
PREMIS, MAKLUMAT PREMIS dan klik
SETERUSNYA bagi setiap pengisian maklumat
yang telah selesai dan klik KEMBALI sekiranya ada
penambahbaikan pada halaman sebelumnya
Klik HANTAR pada paparan terakhir bagi
pengisian maklumat yang telah lengkap dan
KEMBALI sekiranya ada penambahbaikan pada
halaman sebelumnya.
ID dan KATA LALUAN akan dihantar melalui emel
Klik LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan
LOG MASUK PENGGUNA AWAM akan
dipaparkan
Masukkan ID dan KATA LALUAN yang telah
dihantar ke emel anda
Klik LOGIN untuk proses seterusnya
Klik ikon ini untuk menukar kata laluan atau
mengemaskini maklumat profil
Klik pada modul ABATOIR untuk proses
seterusnya
Klik pada PELESENAN RUMAH SEMBELIH
SWASTA dan pilih sama ada untuk
PERMOHONAN MEMBINA (bagi rumah
sembelih yang belum dibina) atau
PERMOHONAN LESEN OPERASI (bagi rumah
sembelih yang telah siap dibina)
Sila pilih jenis rumah sembelih sama ada
untuk penyembelihan RUMINAN atau BABI
bagi permohonan Membina dan Lesen
Operasi
Sila tandakan (/) bagi dokumen-dokumen
sokongan yang perlu disediakan secara
hardcopy.
Bagi permohonan Lesen operasi yang telah
mendapat Kelulusan membina oleh Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, sila
muatnaik surat kelulusan membina tersebut
Setelah selesai pengemaskinian
permohonan, di paparan akhir ruangan
bawah sila pilih lokasi pengambilan surat
kebenaran membina (bagi permohonan
membina rumah sembelih) atau lokasi
pengambilan lesen (bagi permohonan lesen
operasi)
Fi bagi permohonan adalah sebanyak
RM100.00. Sekiranya pembayaran adalah
secara online, silah pilih sama ada
menggunakan akaun syarikat (Corporate
Banking) atau akaun individu (Retail Banking)
dan klik HANTAR untuk proses pembayaran.
Permohonan selesai selepas pembayaran
online fi dibuat
Sekiranya fi permohonan dibayar secara
TUNAI, pemohon perlu klik SIMPAN sebelum
keluar dari sistem.
Pemohon perlu membuat pembayaran di
Kompleks Abatoir Jabatan yang terdekat dan
mengambil resit pengesahan pembayaran.
Bagi pembayaran fi secara tunai, setelah
selesai pembayaran dan mendapat resit
pengesahan pembayaran SILA log masuk
ke Sistem SIHAT dan pergi ke semakan
status dan kemaskini maklumat
pembayaran. Sila masukkan nombor resit
dan amaun pembayaran (RM 100.00).
Klik HANTAR setelah selesai
Paparan ini menunjukkan permohonan
anda telah selesai dan Berjaya dihantar.
Sila hantar Salinan dokumen sokongan
sebanyak 10 salinan ke Bahagian
Pembangunan Industri Hiliran. Ibu Pejabat
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Putrajaya.
Anda akan menerima notifikasi emel bagi
permohonan yang telah Berjaya dihantar.