Download - Tanaman
1.0 ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Biodata Pelajar i
2 Penghargaan 2
3 Tumbuhan Yang Dipilih 3
4 Kaedah Tanaman Sayuran Dipilih 4 - 6
5 Proses Pembiakan Seks (Bijih Benih) 8 - 12
6 Faktor Kejayaan Pembiakan 13
7 Rekod Penjagaan Tanaman Sayuran 14
6 Bibliografi 15
7 Lampiran
1
2.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala rahmatnya
yang telah mengizinkan kajian ini diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Jutaan terima kasih saya tujukan kepada pensyarah subjek Teknologi Tanaman
Sayuran dan Hiasan (RBT 3043) Encik Abdul Rahman b Abdullah di atas segala tunjuk ajar,
teguran dan bimbingan yang diberikan. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Encik
Said yang telah banyak memberi panduan yang berguna bagi membantu saya dalam
menjayakan tanaman sayuran ini.
Tidak lupa juga, kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan
dari segi moral dan juga kewangan. Segala jasa mereka amat saya hargai kerana tanpa
mereka tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu memberi
informasi mengenai cara untuk membuat tugasan ini dan memberi sokongan yang padu
kepada saya.
Sekian, terima kasih.
2
3.0 Tumbuhan Yang Dipilih
3.1 Kacang Bendi
Tanaman sayuran kacang bendi merupakan salah satu tanaman sayuran secara
seks iaitu ditanam menggunakan biji benih. Sayur ini dipilih kerana ia merupakan sayur
yang berdaun dan boleh ditanam di kawasan yang rendah. Kacang bendi merupakan
sejenis sayuran dari keluar Malvaceae yang mudah ditanam.Bendi yang berada di Malysia
dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak ditanam di Negeri Johor, Perak, Kelantan
serta Pulau Pinang.
Kacang ini selain dipanggil sebagai bendi,ia juga sering dipanggil sebagai kacang
lendir, atau pun kacang bendir manakala dalam bahasa Inggeris pula adalahLadyfinger , n
nama saintifik pula adalah Abelmoschus Esculentusdari kumpulan Hibiscus Esculentus.
Tanaman ini mudah ditanam dan tidak mudah diserang penyakit. Ia merupakan sejenis buah
yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang
beriklim panas lembap. Ia mempunyai jenis batang kayu yang lembut tetapi susah nak
dipatahkan, bunga yang mempunyai 5 kelopak besar seperti bunga raya yang berwarna
kuning muda ataupun warna jambu merah
Manakala untuk bahagian buahnya pula mempunyai lendir apabila dimasak jenis
sajiannya pula terdapat kari, digoreng, direbus, salad, dan ulam.Di India, batang bendi
tersebut dibiar tua untuk dijadikan sebagai kertas, dan biji tersebut dibiar tua untuk dijadikan
pengganti kepada kopi
GAMBAR TANAMAN SAYURAN KUANTITI
NAMA SAINTIFIK :
Hisbiscus Esculentus
(POKOK BENDI)
TUJUH (7)
3
4.0 Kaedah Tanaman Sayuran Dipilih
4.1 Pembiakan Secara Seks
Pembiakan secara seks merupakan pembiakan yang melibatkan persenyawaan gamet
jantan dan gamet betina untuk membentuk zigot. Pembiakan secara seks adalah kaedah
kepada pembiakan bijih benih.
KELEBIHAN PEMBIAKAN
SECARA SEKS
KELEMAHAN PEMBIAKAN
SECARA SEKS
Biji benih mudah diperolehi
Boleh dibiakkan dalam kuantiti
yang banyak
Pokok mempunyai akar tunjang
Tidak semua tumbuhan
mengeluarkan biji benih
Ciri-ciri pokok induk tidak diwarisi
sepenuhnya
Pertumbuhan tidak sekata
Lambat mencapai tahap matang
4.2 Faktor Dipertimbangkan Untuk Memilih Kaedah Pembiakan.
i. Cepat mengeluarkan hasil
Tanaman yang cepat matang memerlukan tempoh masa yang singkat untuk
mengeluarkan hasil. Tempoh matang yang pendek membolehkan
penanaman ulangan berganda dilakukan.
ii. Hasil tinggi Objektif utama kebanyakan program pembiakbakaan ialah memperkenalkan
tanaman baru yang berupaya mengeluarkan hasil tinggi. Ini kerana lebih
banyak makanan perlu dikeluarkan untuk memenuhi keperluan makanan
penduduk dunia yang meningkat.
iii. Hasil berkualiti Kualiti hasil tanaman ditentukan oleh kelazatan, kandungan gula dan nutrien
yang tinggi serta warna isi atau bentuk buah ayang seragam.Pelanggan
sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan buah-buahan
yang lebih baik.
4
iv. Resistan terhadap penyakit dan perosak Resistan merujuk kepada ciri-ciri tumbuhan atau haiwan yang mampu
menangkis atau menghalang perkembangan patogen dan serangga perosak.
Tahap resistan tanaman terhadap serangan penyakit dan perosak biasanya
disebabkan oleh halangan mekanik tumbuhan seperti duri resin, bulu atau
bahan kimia yang tidak disukai oleh perosak. Ini secara langsung
mengurangkan penggunaan racun mahluk perosak.
4.3 Pemilihan Bijih Benih
5
Ciri biji benih yang
baik
Cukup matang
Berisi
Bebas dari penyakitNormal
Bernas
4.4 Bahan Yang Diperlukan
i. Medium Semaian
ii. Bekas Semaian
iii. Bijih Benih
6
5.0 Proses Pembiakan Seks (Bijih Benih)
Langkah Proses
Langkah 1 Sebelum penanaman dimulakan batas
mestilah dibina terlebih dahulu
Selepas batas dibina, tanah dibatas
perlu digembur tanah yang halus
terhasil
Setelah batas siap, barulah semaian
anak benih dijalankan
Langkah 2 :
Tanah organik diletakkan di dalam
lubang peat mous dengan memenuhi
semua ruang yang tersedia.
Buat lubang kecil di tengah-tengah peat
mous yang diisi tanah organik.
7
Langkah 3 : Letakkan 2-3 biji benih sayur kacang
bendi di dalam lubang yang telah
dikorek.
Kambus lubang tersebut setelah biji
benih diisi.
Langkah tersebut diulang sehingga bijih
benih habis.
Langkah 4 : Biji benih yang telah ditanam tadi
perlulah disiram mengikut kadar yang
telah ditetapkan.
Letakkan peat mous tersebut di tempat
yang sesuai.
Tempoh bagi sayur ini membesar ialah
6 minggu.
Setelah itu, tanaman tersebut
dipindahkan ke batas yang telah
disediakan lubang mengikut jarak yang
sesuai
Langkah 5 :
8
Dalam masa 6 minggu anak benih telah
mula tumbuh sebagai anak pokok.
Anak pokok perlu dipindahkan ke batas
yang telah disediakan.
Langkah 6 :
Batas disediakan untuk memindahkan
biji benih yang telah disemai
Lubang pada batas disediakan
mengikut jarak yang sesuai untuk
mengelakkan persaingan antara pokok.
Langkah 7 :
Pindahkan anak benih tersebut ke
batas yang telah disediakan.
Untuk memindahkan anak benih ke
batas, ia perlu dikorek dari peatmoss
secara perlahan untuk mengelakkan
kecederaan akar.
Setelah itu, pindahkan secara perlahan-
lahan ke batas dan letakkan ke dalam
lubang pada batas.
Timbus biji benih dengan
menggunakan jari tangan secara
perlahan-lahan
9
Langkah 8 : Pada batas tersebut disediakan
sungkupan bagi mengelakkan tanah
menjadi runtuh dan bagi mengelakkan
air disiram terlalu banyak ke kawasan
tanaman
Langkah 9 :
Tanaman tersebut disiram pada waktu
pagi dan petang.
10
Langkah 10 :
Sayur kacang bendi merupakan sayur
yang memerlukan penjagaan yang rapi
tanpa memerlukan sokongan seperti
sayur kacang panjang.
Sayur kacang bendi diletakkan baja
dan tanah di sekitarnya perlu digembur
dan diletak baja untuk pembesaran
yang lebih cepat
Langkah 11 :
Kerja merumput dijalankan di batas
supaya sayuran kacang bendi tidak
mengalami persaingan dengan rumput
di sekitarnya untuk membesar.
11
Langkah 12 :
Pokok mulai besar
Kayu diikat pada pokok bagi
mengelakkan pokok tumbang semasa
angin kuat.
Hasil tanaman disiram dan dipungut
apabila menjangkau tempohnya.
12
6.0 Faktor Kejayaan Pembiakan
i. Penyemaian bijih benih
Bijih benih disemai dengan cara yang betul dengan menggunakan medium
penanaman mengikut nisbah
Bijih benih diletakkan di tempat yang sesuai.
Bijih benih yang disemai, disiram dua kali sehari.
ii. Pemindahan bijih benih
Bijih benih yang sudah menjadi anak pokok, dipindahkan ke batas yang telah
disediakan.
Pemindahan dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan akar ank pokok
tercabut.
Anak pokok diletakkan ke dalam lubang yang telah disediakan di batas dan
ditimbus dengan menggunakan jari tangan secara perlahan-lahan
Anak benih disiram
iii. Penggemburan
Tanah perlu digembur setelah baja ditabur ke anak pokok bagi
mempercepatkan pembesaran pokok.
iv. Merumput
Kerja-kerja pembersihan seperti merumput perlu selalu dilakukan bagi
mengelakkan persaingan antara rumput dan anak pokok untuk membesar.
13
7.0 Rekod Penjagaan Tanaman Sayuran
Bulan : Januari hingga Mac
TARIKH KUMPULAN
1 2 3 4 5
21Jan - 23 Menyiram
24 - 26 Menyiram
27 - 29 Menyiram
30 – 1 Feb Merumput Menyiram
2 – 4 Membaja Menggembur Menyiram
5 – 7 Menyiram
8 -10 Menyiram Merumput
11 – 13 Menyiram
14 – 16 Menggembur Menyiram
17 – 19 Merumput Menyiram
20 – 22 Menyiram
23 – 25 Menyiram Menggembur
26 - 28 Feb Merumput Menyiram
1 – 3 Mac Menyiram
4 – 6 Mac Menyiram Menggembur
7 – 9 Mac Merumput
10-12 Mac Menyiram
13-15 Mac Menggembur Menyiram
16-18 Mac Merumput Menyiram
19-21 Mac Menyiram Membaja
22-24 Mac Menggembur Menyiram
25-27 Mac Menyiram
28-30 Mac Menyiram Merumput
14
7.0 Bibliografi
Zainal Abidin bin Ismail, M. R. (2011). Kemahiran Hidup Tahun 4. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Mat Daud. (2007). Variasi Tanaman Hiasan. Selangor: Alaf 21 Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Sains Pertanian Tingkatan 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Rahim Mohd Sharif, R. I. (2006). Rujukan Total Kemahiran Hidup Tingkatan 4.
Petaling Jaya, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
15