Download - TAJUK 7-PKP3105
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
TAJUK 7 PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA
7.0 SINOPSIS
Topik ini membincangkan tentang Pengurusan Program Disleksia iaitu
Langkah-Langkah Pengurusan dan Aspek Pengurusan Program.
7.1 HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :
1. Mangaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan mentaksir
pengetahuan dan kemahiran (2.4)
2. Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengurus
program disleksia (2.4)
3. Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil
tindakan tertentu seperti proses mengesan, menyaring dan
mendiagnosis, dan perancangan pengajaran dan pembelajaran (2.1)
4. Merancang dan mengurus program disleksia dengan mengambil
tindakan tertentu seperti fleksibiliti, akomodasi dan advokasi (2.1)
5. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion
keguruan (5.5)
6. Mempamerkan komitmen kepada kecemerlangan, akauntabiliti integreti,
bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas (4.2).
2012 1
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
7.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
KERANGKA TAJUK ASPEK PENGURUSAN PROGRAM
2012
Langkah-langkah Pengurusan
Proses Mengesan dan Menyaring
Diagnosis Kelemahan Murid
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
ASPEK PENGURUSAN
PROGRAM
FLEKSIBILITI/LUWES AKOMODASI ADVOKASI
2
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
7.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PROGRAM DISLEKSIA
CARTA ALIRAN PROGRAM DISLEKSIA
2012 3
Kelas biasa/ kelas pemulihan
Kelas biasa/ kelas pemulihan
Tidak sah
Menguasai kemahiran
sah
Tidak Menguasai kemahiran
TMMD- Tidak Mengalami Masalah DisleksiaKMMD- Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia
Pen
did
kan
ink
lusif
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
Aspek pengurusan program:-
7.4 Fleksibiliti / Luwes
Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat : Boleh diubah atau disuaikan
atau mudah berubah mengikut keadaan baru.
Bahan yang digunakan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan
kesesuaian.
Tidak terhad pada satu masa sahaja.
Boleh diubahsuai mengikut keadaan
Mengurangkan halangan
Pelbagai khidmat sokongan
Pengaturan jadual waktu
Susun atur kelas
Penyediaan rancangan pengajaran
Guru yang berkesan mencipta situasi kejayaan melalui amalan empati mempunyai
sifat fleksibel dan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-murid-murid-murid.
Guru seperti ini mempunyai ciri-ciri:
Menimbulkan minat murid-murid
Sentiasa mendedahkan murid-murid kepada ilmu pengetahuan yang berguna
dan praktikal
Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid bahawa pertambahan ilmu
pengetahuan adalah penting
Menarik dan menggembirakan
Mempelbagaikan cara dan bentuk penyampaian dan sentiasa mengemas kini
bahan-bahan pengajaran
2012 4
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
Antara pendedahan kemahiran kepada murid-murid disleksia adalah dalam bidang seni dan ini adalah hasil kerja murid-murid disleksia yang ternyata berbakat
7.4.1 Antara aspek yang fleksibel adalah:
7.4.1.1 Masa
Sesuatu pengajaran yang diajar akan memakan masa yang lama untuk murid
disleksia memahaminya. Oleh itu , masa yang diperuntukkan bagi satu topik tidak
terhad malah mengikut tahap pencapaian murid. Persoalannya di sini guru juga perlu
melihat keinginan belajar murid dalam satu masa. Sekiranya murid kurang bersedia
untuk belajar pada masa yang ditetapkan guru haruslah mengisi masa tersebut
dengan aktiviti yang lebih berfaeah dan boleh dimanfaatkan kepada murid-murid.
7.4.2 Bahan pengajaran dan pembelajaran
Lego boleh merangsang murid-murid disleksia berfikir dan
meningkatkan kemahiran psikomotor
2012 5
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian, boleh berubah mengikut minat dan
kecenderungan murid, contohnya, jika murid berminat dengan permainan lego, guru
boleh menyerapkan permainan lego dalam pengajaran. Bahan pengajaran tersebut
hendaklah :
Bahan maujud dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap
pelajaran dan bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran juga boleh:
Mematang dan meluaskan pemikiran
Merangsang murid-murid untuk belajar
Meningkatkan keyakinan diri
Menambahkan kemahiran menggunakan alat dan kemahiran
psikomotor murid-murid
Memaksimukan penggunaan deria.
7.4.3 Bahan peneguhan:
Sebagai seorang guru, pastinya anda telah menggunakan peneguhan dalam
pengajaran dan pembelajaran anda. Apakah antaranya? Pernahkah anda memuji
murid kerana tingkah lakunya yang baik? Atau pernahkah anda memberi hadiah
kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul? Jika anda menjawab ‘ya’,
bermakna anda pernah menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Terdapat dua
jenis peneguhan iaitu peneguhan primer (makanan, minuman, keselamatan,
kemesraan dll) dan peneguhan sekunder (sosial- pujian, senyuman, pelukan atau
perhatian, token / simbolik – wang, gred, bintang, aktiviti – permainan / aktiviti yang
meny perhatianeronokkan). Selain daripada itu terdapat juga peneguhan positif –
rangsangan yang menyeronokkan dan peneguhan negatif – penghapusan
rangsangan yang tidak menyeronokkan. Sekiranya peneguhan yang dipilih tidak
berkesan, guru boleh menggunakan peneguhan-peneguhan yang lain.
2012 6
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
7.4.4 Tugasan
Semasa memberikan tugasan seharusnya guru melihat kepada konsep asas iaitu
untuk membetulkan kesilapan dan kecelaruan murid dalam bacaan, ejaan, tulisan,
lisan mahupun dalam matematik. Pada peringkat permulaan, latihan-latihan yang
diberi lebih kepada tujuan untuk membetulkan kesilapan murid. Tugasan yang diberi
sekadar memberikan kefahaman murid berhubung kesilapan yang biasa dibuat oleh
murid seperti tulisan / ejaan huruf yang terbalik. Setelah murid menguasai kemahiran,
tugasan bolehlah ditambah dan akhirnya bersamaan seperti mana yang dibuat oleh
rakan mereka di kelas aliran perdana. Sekiranya guru terus memberikan tugasan
yang banyak tanpa melihat daerah kelemahan dan masalah murid, aspreasi tingkah
laku mula terbentuk dan akhirnya guru / rakan sebaya melabelkan bahawa murid-
murid nakal, lambat, malas atau tidak minat belajar.
7.5 Akomodasi
Mengikut kamus Oxford Fajar (1989) menterjemahkan akomodasi ialah mengubah
dan menyesuaikan sesuatu supaya padan atau selaras dengan sesuatu yang lain..
Sebagai contoh, penilaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ke atas murid-murid
masalah pendengaran mengikut kajian Dr. Mohd Hanafi B. Yassin dalam Jurnal
Akademik IPPM menyatakan, penggunaan kertas soalan peperiksaan yang sama
untuk calon biasa adalah kurang sesuai memandangkan beberapa kajian yang
dijalankan di dalam dan di luar negara telah mendapati bahawa kemahiran dan
keupayaan bahasa di antara murid-murid pekak dan murid-murid biasa adalah
berbeza kerana mereka menggunakan BMKT semasa berkomunikasi.
2012 7
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : Penyesuaian atau
pengakomodasian yang bermaksud melakukan penyesuaian supaya sesuatu
selaras.. Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon
kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau
membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila
maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan
pemikiran kita. Bahan asal diubah suai mengikut pengajaran guru.
7.5.1 Aspek-aspek pengakomodasian:
- bahan bantu mengajar
- bahan belajar
- persekitaran pembelajaran
- cara penilaian
Antara akomodasi yang boleh dilaksanakan oleh guru semasa menyediakan
bahan bantu mengajar dan penyediaan bahan belajar murid-murid disleksia:
Menggunakan kertas soalan saiz A3
Besarkan saiz font-16
Besarkan soalan 130%
Font comic sans (a) atau century gothic (a)
Jarak perbezaan soalan
Format UPS satu muka surat 5 soalan
Double spacing
Masukkan gambar untuk menyokong petikan
Pembaca soalan-suara jelas,tumpuan mendengar, tidak pengaruh murid
Memberi lebih masa-2 kali-di kelas perdana dan di kelas disleksia.
2012 8
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
7.6 Advokasi
Sokongan atau untuk menyokong.
Aspek-aspek advokasi:
Sokongan bahan belajar
Sokongan bahan mengajar
Sokongan persekitaran
Sokongan luar
Sokongan bahan belajar
Contohnya :
Sekiranya murid-murid tidak boleh memegang pensil dengan kuat, boleh
mengadvokasikan dengan meletakkan “grip” plastik atau getah pada pensel untuk
mengguatkan genggaman atau pensil tripod yang mudah pegang.
Advokasi dari Aspek Khidmat Sokongan
Sokongan fizikal dan pengajaran
Ibu bapa,guru, kerajaan, badan bukan kerajaan, masyarakat
Badan bukan kerajaan
◦ Pusat Disleksia Malaysia
Kerajaan
◦ Kementerian Pelajaran Malaysia
◦ Kementerian kesihatan
◦ Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Keluarga ,Wanita dan Masyarakat
◦ Pendaftaran orang keperluan khas
◦ Program pemulihan dalam komunit (PDK)
◦ Pemberian geran kepada pertubuhan sukarela
◦ Pemberian elaun, geran pelancaran, alat anggota palsu kepada orang
berkeperluan khas
◦ Sukan bagi orang keperluan khas
2012 9
PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
RUJUKAN
Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan pengujian bahasa: perspektif untuk perguruan.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Kamarudin Hj.Husin, (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koh Boh Boon, (1990). Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia: prinsip dan
teknik. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti.
2012 10
TUTORIAL:
Anda dikehendaki mencari maklumat tambahan untuk menjelaskan secara
terperinci berkaitan akomodasi dan advokasi kepada kanak-kanak disleksia
menerusi pelbagai sumber yang dirujuk dan bentangkan dalam kelas.