TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU
PELATIH YANG MENGAJAR MATA PELAJARAN FIZIK SEMASA LATIHAN
MENGAJAR
SITI NORIDAWATI BINTI OTHMAN
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)”
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2006
iii
DEDIKASI
Buat emak dan ayah yang tercinta, doa kalian merupakan sumber
inspirasi dalam kehidupan ini, semoga kalian
dirahmati di dunia dan akhirat.
Buat suami yang amat disayangi Mohd Fathi Bin Ibrahim, kasih sayangmu
sentiasa mengiringi perjuangan ini. Segala pengorbanan,
kesabaran serta doronganmu, tidak akan ku lupakan
buat selama-lamanya dan semoga dirimu
sentiasa diberkati Allah.
Buat abang, kakak dan adik, jutaan terima kasih di atas sokongan dan
doa kalian. Semoga kalian akan mendapat kesejahteraan
di dunia dan akhirat.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan, teruskan usaha murni
kalian di dalam mengejar cita-cita.
Doa semoga kita semua dicucuri rahmat dan sentiasamendapat
keredhaan dari yang Maha ESA...Amin
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya memberi
kesempatan kesabaran, ketekunan, kekuatan dan kesihatan yang sempurna ke atas diri
ini dalam menyiapkan projek ini.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj.
Zainudin Bin Hj. Hassan selaku penyelia projek ini yang telah banyak memberi tunjuk
ajar, bimbingan, nasihat dan idea-idea bernas yang disumbangkan dalam proses
menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih juga buat semua pelajar-pelajar tahun akhir bagi kursus
Ijazah Sarjana Muda Sain Serta Pendidikan (Fizik) dan juga Ijazah Sarjana Muda Sains
dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) di atas kerjasama dalam memberi maklum balas
kepada soalan soal selidik yang telah diberikan.
Seterusnya penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini. Semoga
sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan diberkati oleh Allah SWT.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan alat bantu mengajar di
kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran fizik semasa latihan mengajar.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti alat bantu mengajar yang digunakan
semasa pengajaran, mengetahui hubungan antara penggunaan alat bantu mengajar
dengan jumlah waktu mengajar dalam seminggu, mengetahui pandangan guru pelatih
terhadap kemahiran dan kepentingan penggunaan alat bantu mengajar serta
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan alat
bantu mengajar. Seramai 70 responden yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian
adalah berbentuk soal selidik yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A
melibatkan latar belakang, bahagian B melibatkan jenis-jenis alat bantu mengajar dan
bahagian C melibatkan kepentingan, kemahiran dan masalah dalam penggunaan alat
bantu mengajar. Segala maklumat dan data dianalisis menggunakan perisian komputer
“Statistical Package For Social Science” (SPSS versi 10.0) untuk mendapatkan nilai
peratusan, kekerapan,min dan jadual silang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih adalah tinggi. Penggunaan
OHP dan transparensi pada setiap kali pengajaran berada pada tahap yang tinggi dengan
nilai min 4.39. Perbezaan antara jenis alat bantu mengajar dengan jumlah waktu
mengajar dalam seminggu berada di tahap sederhana. Kemahiran guru pelatih dalam
penggunaan alat bantu mengajar berada pada tahap yang sederhana iaitu dengan nilai
min 4.01. Manakala kepentingan penggunaan alat bantu mengajar berada pada tahap
yang sederhana iaitu sengan nilai min 4.23 dan min bagi masalah yang dihadapi oleh
guru pelatih dalam penggunaan alat bantu mengajar ialah 3.52 iaitu di tahap yang
sederhana.
vi
ABSTRACT
The research was done to teacher trainees who teach physic during practical
teaching conducted the research in order to analyze the use of teaching aids. The
objectives of this research are to identify type of teaching aids used, to find the
relationship between the using teaching aids and the total of the teach in a week, to find
out the teacher trainees’ perceptions towards skills and importance of teaching aids and
also to identify problems faced by teacher trainees’ in using teaching aids. Total of
seventy respondents involved in this research. The instrument used is questionnaire
which divided into three sections, section A reflects the respondent’s background,
section B that involves types of teaching aids used and section C discuss on the
importance of teaching aids skills and problems in using the teaching aids. The data
collected were analyzed using the “Statistical Package for Social Science” (SPSS
version 10.0) in order to find out the percentage, frequency, mean and cross tab. The
finding had shown the used of teaching aids by teacher trainees high. The level of using
OHP and transparency in every teaching is 4.39 are high. Differentiation between the
type of using teaching aids and the total of teacher teach in a week at the moderate level.
The teacher trainees have the skills in using teaching aids with value of mean is 4.01 that
is moderate of level. Most of them are aware on the importance of teaching aids in
process of teaching and learning with value of mean is 4.23, that is moderate of level
and mean of problem in using teaching aids is 3.52, it is moderate level.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Alat Bantu Mengajar 9
1.8.2 Guru Pelatih 11
1.8.3 Fizik 12
1.8.4 Latihan Mengajar 13
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kajian-Kajian Terdahulu
2.2.1 Kekerapan Penggunaan Alat Bantu
Mengajar 17
2.2.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar
Di Sekolah 18
2.2.3 Kepentingan Penggunaan Alat Bantu
Mengajar 20
2.2.4 Kemahiran Dalam Pengunaan Alat
Bantu Mengajar 23
2.2.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi
Dalam Penggunaan Alat Bantu
Mengajar 25
2.3 Rumusan Kajian Lepas 28
BAB III METADOLOGI
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.4 Kajian Rintis 34
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Prosedur Kajian 37
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 38
3.8 Analisis Kajian 38
ix
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 43
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kaum 43
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama 44
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah
Waktu Mengajar dalamSeminggu 45
4.3 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Taburan Penggunaan OHP dan
Transperansi 46
4.3.2 Taburan Penggunaan Projektor dan Slaid 47
4.3.3 Taburan Penggunaan Alat Rakaman
video danTelevisyen 48
4.3.4 Taburan Penggunaan Televisyen 49
4.3.5 Taburan Penggunaan Model 50
4.3.6 Taburan Penggunaan Peralatan Sebenar 51
4.3.7 Taburan Penggunaan Bahan Bercetak 52
4.3.8 Taburan Penggunaan Papan Flannel/
Papan Gulung 53
4.3.9 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54
4.3.10 Taburan Penggunaan Poster atau Carta 55
4.3.11 Taburan Min Penggunaan Alat Bantu
Mengajar 56
4.4 Keputusan dan Analisis Data Bahagian C
4.4.1 Kemahiran Penggunaan Alat Bantu
Mengajar 57
4.4.2 Kepentingan Penggunaan Alat Bantu
x
Mengajar 61
4.4.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi
Responden 65
4.5 Perbezaan Jenis Alat Bantu Mengajar Dengan
Jumlah Waktu Mengajar Dalam Seminggu 69
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan
5.2.1 Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan 74
5.2.2 Kemahiran Penggunaan Alat Bantu
Mengajar 75
5.2.3 Kepentingan Penggunaan Alat Bantu
Mengajar 77
5.2.4 Masalah Dalam Penggunaan Alat
Bantu Mengajar 78
5.3 Perbezaan Antara Jenis Alat Bantu
Mengajar Dengan Jumlah Waktu Mengajar
Dalam Seminggu 79
5.4 Rumusan 80
5.5 Cadangan 81
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 82
5.7 Penutup 83
BIBLIOGRAFI 84
LAMPIRAN 89
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Pemeringkatan Likert 37 3.2 Penggabungan Skala 39
3.3 Julat Min 39
3.4 Julat Peratusan 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 43
4.3 Taburan Responden Mengikut Kaum 44
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 44
4.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah
Waktu Mengajar Dalam Seminggu 45
4.6 Taburan Penggunaan OHP (Overhead
Projector) Dan Transperansi 47
4.7 Taburan Penggunaan Projektor Dan Slaid 48
4.8 Taburan Penggunaan Alat Rakaman Video
Dan Televisyen 49
4.9 Taburan Penggunaan Televisyen 49
4.10 Taburan Penggunaan Model 50
4.11 Taburan Penggunaan Peralatan Sebenar 51
4.12 Taburan Penggunaan Bahan Bercetak 52
4.13 Taburan Penggunaan Papan Flannel /
Papan Gulung 53
4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54
4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55
4.16 Taburan Min Penggunaan Alat Bantu
Mengajar 56
4.17 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Dalam Kemahiran Penggunaan
Alat Bantu Mengajar 58
xii
4.17 Taburan Responden Mengikut Peratus
Dan Min Dalam Kepentingan Penggunaan
Alat Bantu Mengajar 62
4.18 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi
Masalah –Masalah Yang Dihadapi Dalam
Penggunaan Alat Bantu Mengajar 66
4.19 Penggunaan OHP (Overhead Projector)
dan Transperansi Dengan Jumlah Waktu
Mengajar Dalam Seminggu 70
4.20 Penggunaan Bahan Bercetak Dengan Jumlah
Waktu Mengajar Dalam Seminggu 71
4.21 Penggunaan Peralatan Sebenar Dengan Jumlah
Waktu Mengajar Dalam Seminggu 72
xiii
SENARAI SINGKATAN
ATS - Amat Tidak Setuju
DS - Dua Minggu Sekali
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
OHP - Overhead Projector
S - Setuju
SBS - Sebulan Sekali
SMS - Seminggu Sekali
SP -Setiap Pengajaran
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPP - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPSS - Statistical Package For Science Social
SS - Sangat Setuju
TP - Tidak Pernah
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soalan Soal Selidik
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam mengharungi dunia sains dan teknologi matlumat, Malaysia turut
mengalami pelbagai proses transformasi dalam politik, ekonomi, sosial dan pemdidikan.
Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan para pendidik turut memikul
tanggungjawab yang penting bagi melahirkan generasi akan datang agar dapat
menyesuaikan diri dengan visi ke arah negara perindustrian. Pendapat ini disokong oleh
Hoyle (1969) yang menegaskan peranan guru amat mencabar dalam menghadapi
masyarakat industri untuk mendidik pelajar dengan pengetahuan dan kepakaran bagi
memenuhi keperluan pekerjaan pada masa akan datang.
Masyarakat bergantung kepada guru untuk menyediakan warganegara yang
bertanggungjawab, berakhlak mulia, berprogresif, berfikiran positif dan kasihkan
negara. Peranan guru dalam melaksanakan sistem pendidikan adalah amat penting
kerana guru membentuk perkembangan peribadi pelajar-pelajar. Guru juga secara
langsung berperanan mencorakkan haluan hidup pelajar-pelajar bagi masa depan
mereka.
Penggunaan alat bantu mengajar bukanlah sesuatu yang tersisih daripada proses
pengajaran dan pembelajaran tetapi satu bahan yang terdapat dalam proses tersebut. Alat
2
bantu mengajar bukan sahaja bertujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara
guru dan pelajar tetapi ia juga membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Pembelajaran yang dijalankan dengan hanya menggunakan buku teks sebagai
bahan pengajaran boleh menimbulkan suasana hambar dan seterusnya menimbulkan
kebosanan dikalangan pelajar. Pelajar-pelajar sukar untuk mendapat idea baru dan ini
menyebabkan fikiran pelajar sukar untuk berkembang dan menjadi tidak kreatif. Atan
Long (1990), menyatakan pembelajaran tradisional (kapur, buku teks dan percakapan)
tidak akan menjamin keberkesanan kerana ia tidak menguji daya imaginasi pelajar.
Melalui kaedah ini, pelajar lebih bergantung kepada satu saluran deria untuk menerima
rangsangan dan menjadikan sumber matlumat untuk diproses.
Sememangnya alat bantu mengajar memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu
mengajar untuk memahamkan pelajar tentang apa yang diajar. Ford Le Roy (1982),
memberikan beberapa penyataan mengenai alat bantu mengajar. Beliau menyatakan
bahawa pengalaman secara terus yang di alami oleh seseorang membolehkan simbol dan
makna memberikan pengertian padanya. Suatu bahan kemahiran guru menggunakan
bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga menyatakan bahawa
guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis yang dapat mereka bahan
pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu.
Peranan guru bukan sahaja untuk mendidik pelajar tetapi adalah untuk
melahirkan seorang insan yang berketerampilan dan mempunyai ciri seorang yang
mahir, berkebolehan, pandai, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi.
Bagi mencapai matlamat melahirkan generasi yang mempunyai pelbagai kebolehan dan
kepakaran, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan mata pelajaran fizik di
peringkat sekolah menengah. Ini adalah untuk mengenalpasti serta persediaan
melahirkan generasi berkebolehan bagi mengisi tenaga mahir yang diperlukan oleh
negara.
3
1.2 Latarbelakang Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini turut berubah mengikut
kemajuan sains dan teknologi yang semakin canggih. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang berorientasikan guru telah ketinggalan, proses pengajaran dan
pembelajaran berorientasikan pelajar telah mula mengambil tempat. Ini dapat dilihat
dengan jelas apabila Kementerian Pendidikan mengubal Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan
kepada penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta mengutamakan penggunaan alat
bantu mengajar bagi menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Selaras dengan era sains dan teknologi, sekolah-sekolah di negara kita telah
dibekalkan dengan pelbagai alat bantu mengajar berteraskan teknologi. Oleh itu,
diharapkan sudah pastinya guru-guru terutamanya guru-guru pelatih dapat menggunakan
kemudahan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.
Seterusnya, penggunaan alat bantu mengajar akan menjadi satu amalan budaya
sistem pendidikan di dalam negara ini. Dengan itu para pendidik terutamanya bakal guru
perlu mempunyai lebih inisiatif dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran yang
menitikberatkan penggunaan alat bantu mengajar. Usaha ini akan dapat menanam minat
pelajar terhadap mata pelajaran khususnya mata pelajaran fizik. Krulik dan Weise
(1975) menyatakan proses pembelajaran lebih efektif apabila pelajar berminat terhadap
apa yang dilakukan dan seterusnya akan memotivasikan pelajar dengan bersungguh-
sungguh untuk mencapai sesuatu dengan sendirinya.
Di dalam proses pembelajaran, seseorang itu menggunakan berbagai tanggapan
semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini
disebabkan oleh pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang
berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan
sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu alat-alat yang menggunakan berbagai
4
pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan bentuk
yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat
dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan. (Atan Long, 1983)
Penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar. Ianya tidak lagi dianggap
sebagai bahan untuk membantu guru tetapi sebagai alat penyalur matlumat dari seorang
guru kepada pelajarnya. Antara rasional penggunaan alat bantu mengajar ialah :
i. memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat
verbalistik
ii. mengatasi keterbatasan ruang, waktu dan daya indera
iii. mengatasi sifat pasif pelajar
iv. memberikan rangsangan, mempersamakan pengalaman dan
membangkitkan persepsi yang sama di kalangan pelajar
Pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan alat bantu mengajar bukan
hanya diperolehi dengan latihan sahaja tetapi ianya juga boleh dipereolehi dengan
kekerapan penggunaannya dan melalui daya usaha guru sendiri.
Mata pelajaran fizik merupakan salah satu mata pelajaran yang ditawarkan untuk
pelajar-pelajar yang mengikuti kelas aliran sains di sekolah. Di dalam mata pelajaran ini,
pelajar akan terlibat di dalam aktiviti pengiraan dan memerlukan daya imaginasi yang
tinggi untuk kefahaman terhadap pelajaran yang disampaikan. Untuk menimbulkan rasa
ingin belajar di kalangan pelajar, penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai serta
menarik dalam proses pengajaran adalah amat penting.
Alat bantu mengajar memainkan peranan penting dalam pengajaran mata
pelajaran fizik kerana ianya merupakan salah satu mata pelajaran yang teknikal dan
kekuatan minda yang bagus. Secara umumnya mata pelajaran fizik memperkenalkan
cabang-cabang yang memerlukan pemikiran yang tinggi, pengaruh, rumus-rumus serta
5
hubungkait dengan kehidupan seharian. Ia juga memperkenalkan prinsip-prinsip asas
amali terutamanya dalam menjalankan eksperimen yang dengannya dapat menyemai
sifat suka menyelidik, membentuk kebolehan menganalisis serta perkembangan daya
usaha pelajar yang memerlukan tahap imaginasi yang tinggi untuk memahami sesuatu
topik.
Setiap alat bantu mengajar yang digunakan di dalam pengajaran terlebih dahulu
perlu teliti kriteria pemilihannya. Beberapa perkara harus difikirkan apabila memilih
bahan dari segi jenis, bentuk, peranan dan unsur yang terkandung di dalamnya. Guru
hendaklah memikirkan kriteria alat bantu mengajar yang berkualiti tinggi dalam usaha
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Bagi mata pelajaran yang berteraskan teori dan juga kerja amali seperti mata
pelajaran fizik memerlukan guru yang dapat mempelbagaikan alat bantu mengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar yang terancang
akan menberikan kesan penyampaian yang baik dan seterusnya pelajar dapat
memahaminya. (Atan Long, 1984)
Kebanyakkan guru yang mengajar mata pelajaran fizik masih lagi tertumpu
kepada pengajaran satu hala dengan guru mengajar secara bercakap sambil
menggunakan alat bantu mengajar yang minima seperti papan kapur dan buku teks dan
pelajar sebagai peserta pasif. Seharusnya guru yang mengajar mata pelajaran fizik
menggunakan pelbagai teknik pengajaran dengan penggunaan alat bantu mengajar yang
sesuai untuk memberikan rangsangan kepada pelajar supaya dapat memotivasikan
pelajar dalam mempelajari sesuatu yang baru.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Teknologi pendidikan berkembang dengan pesat bersesuaian dengan teknologi
komunikasi dan maklumat. Dijangkakan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih meluas di kalangan guru berdasarkan segala
kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Tetapi kajian-kajian yang dijalankan
sebelum ini mendapati penggunaan alat bantu mengajar oleh guru-guru masih lagi
ditahap kurang memuaskan.
Sebilangan besar guru-guru masih lagi menggunakan kaedah tradisional ketika
mengajar iaitu menggunakan kaedah ‘talk and chalk’ (cakap dan kapur) sahaja dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (Cheah and Fatawi, 1996). Sepatutnya di zaman
serba canggih ini tidak ada lagi guru yang menggunakan kaedah tersebut tetapi cuba
mempraktikkan teknologi yang terkini.
Mengikut kajian Noor Din (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran
sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah
penyampaian, pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang mencukupi kerana
ini boleh membantu peningkatan kefahaman pelajar.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap penggunaan alat bantu
mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik di kalangan
guru pelatih semasa latihan mengajar. Adakah mereka berkemahiran menggunakan alat
bantu mengajar? Adakah mereka menggunakan alat bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran? Adakah mereka mempunyai masalah dalam penggunaan
alat bantu mengajar?
7
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah, persoalan-persoalan yang
ingin dijawab melalui kajian ini ialah
i. Apakah alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru pelatih dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik semasa latihan mengajar?
ii. Apakah tahap kemahiran penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru
pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik?
iii. Adakah alat bantu mengajar penting digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran fizik?
iv. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan alat
bantu mengajar?
v. Apakah perbezaan antara jenis alat bantu mengajar dengan jumlah waktu
mengajar guru pelatih dalam seminggu?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan alat bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik di kalangan guru pelatih
semasa latihan mengajar. Di antara objektif yang dicadangkan ialah :
i. Mengenalpasti alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru pelatih dalam
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran fizik semasa latihan mengajar.
ii. Mengetahui tahap kemahiran penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru
pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik.
iii. Mengetahui kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran fizik.
24
iv. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan
alat bantu mengajar.
v. Mengetahui perbezaan antara jenis alat bantu mengajar dengan jumlah waktu
mengajar guru pelatih dalam seminggu.