KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AKTIVITI
BIJAK PRASEKOLAH KPM 2013
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
SYARAT-SYARAT AM
Penyertaan
1. Setiap negeri perlu menyediakan satu pasukan yang terdiri daripada 30 orang murid bagi menyertai Aktiviti Bijak Prasekolah Peringkat Kebangsaan.
2. Peserta di peringkat kebangsaan adalah pemenang di peringkat negeri.
3. Setiap kontigen akan diiringi oleh 10 orang guru/PPM dan diketuai oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.
4. Jantina peserta adalah bebas.
5. Aktiviti akan dijalankan dalam bentuk kumpulan secara bergilir-gilir mengikut nombor undian.
Aktiviti
Aktiviti yang akan dipertandingan bagi Bijak Prasekolah ialah :
1. Tarian Rampai Tradisional – 10 orang peserta
2. Nyanyian dan Gerakan dalam Bahasa Inggeris – 11 orang peserta
3. Aktiviti Bahasa Malaysia (Susun Huruf Membentuk Perkataan dan Menyusun Perkataan Menjadi Ayat) – 4 orang peserta dan Aktiviti Bahasa Inggeris (Words Construction By Rearranging Letter and Sentence Construction) – 4 orang peserta
4. Nyanyian – 1 orang peserta
2 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
TARIAN RAMPAI TRADISIONAL
1. Penyertaan
Setiap negeri diwakili oleh 10 orang peserta murid prasekolah.
2. Persembahan
2.1 Setiap kumpulan hendaklah mempersembahkan sebuah tarian rampai
tradisional.
2.2 Setiap persembahan hendaklah mengandungi kombinasi 2 rentak
berlainan secara berterusan (contoh: zapin dan joget).
2.3 Setiap persembahan hendaklah diiringi oleh muzik ’minus one’
(tanpa sebarang vokal) dan digalak menggunakan kepelbagaian
bunga tarian dalam persembahan.
2.3 Tempoh masa persembahan adalah tidak melebihi 10 minit.
2.4 Peserta dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan
jenis tarian.
3. Jenis Tarian
3.1 Tarian Zapin 3.4 Tarian Tradisional Negeri
3.2 Tarian Inang
3.3 Tarian Joget
3.4 Tarian Canggung
4. Pemarkahan
4.1 Bahagian A ( 40 ) - Persembahan
(Keselarian, kesopanan, penggunaan rentak, gerak tari dan ekspresi).
4.2 Bahagian B ( 20 ) - Muzik
3 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
( Kualiti Bunyi/ Bahan / Kualiti Muzik ).
4.3 Bahagian C ( 20 ) - Daya Cipta
( Reka tari, ragam, keaslian dan penyesuaian ).
4.4 Bahagian D ( 20 ) - Kostum, Solekan dan Disiplin
( Sesuai dengan suasana dan jenis tari ).
5. Penghakiman
5.1 Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.
5.2 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
5.3 Keputusan hakim adalah muktamad.
5.4 Hadiah akan diberikan kepada:-
5.4.1 Johan
5.4.2 Naib Johan
5.4.3 Ketiga
5.4.4 Saguhati tempat ke empat hingga tempat ke lima belas.
5.5 Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang
mengambil bahagian.
6. Peraturan Am
6.1. Setiap negeri diwakili oleh satu pasukan sahaja.
6.2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan ( akhir ).
6.3. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan satu salinan kaset dan CD lagu
berkenaan untuk kegunaan semasa pertandingan dan salinan kaset dan
CD tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan semasa
pendaftaran.
4 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
6.4. Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan
maka pasukan itu akan dikehendaki mengambil giliran sekali lagi di akhir
pasukan yang mengambil bahagian.
5 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
NYANYIAN DAN GERAKAN DALAM BAHASA INGGERIS
1. Pengenalan
Pertandingan ini dapat memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan,
mencungkil bakat dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui
nyanyian dan gerakan. Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor murid disamping
nilai estetika. Melalui komponen ini, murid diberi pendedahan kepada lagu dan
muzik.
2. Objektif
2.1 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian dan gerakan.
2.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani,
bertanggungjawab dan berketrampilan.
2.3 Mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian dan
gerakan.
3. Penyertaan
3.1 Pertandingan ini terbuka hanya kepada murid prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia sahaja.
4. Tema Pertandingan
4.1 Tema boleh dipilih salah satu daripada yang berikut :
4.1.1 Alam Sekitar.
4.1.2 Sopan Santun Budaya Kita.
4.1.3 Modal Insan.
4.2Pemilihan tema juga mestilah :
4.2.1 Mempunyai unsur pengajaran.
6 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
4.3Mesej persembahan hendaklah sesuai dengan tahap umur murid-murid.
4.3.1 Lagu / Nyanyian tidak menyentuh isu-isu sensitif agama, ras /
keturunan mana-mana kaum di negara ini.
5. Syarat Pertandingan
5.1Penyertaan
5.1.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah KPM yang
tidak melebihi umur 6 tahun.
5.1.2 Setiap negeri dikehendaki menghantar seramai 11 orang peserta.
5.2Masa
5.2.1 Masa yang diperuntukkan ialah 8-10 minit. Loceng pertama akan
dibunyikan sekali pada 7 minit pertama dan loceng kedua
sebanyak 2 kali sahaja masa yang dibenarkan tamat.
5.2.2 Masa hanya akan dikira sebaik sahaja peserta telah bersedia untuk
membuat persembahan.
5.2.3 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambilkira dalam masa
persembahan.
5.2.4 Persediaan 5 minit dan kemas 3 minit.
5.3Tatacara Persembahan
5.3.1 Sebarang pakaian dan props adalah dibenarkan dan ia adalah di
bawah urusan negeri masing-masing. Namun demikian props yang
berlebihan tidak digalakkan kerana ia tidak menyumbang kepada
markah.
5.3.2 Murid dikehendaki membuat pergerakan sambil menyanyi.
7 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
5.4Skema Permarkahan
Skema pemarkhan adalah seperti berikut :
5.4.1 Harmoni - 25%
5.4.2 Tempo / Rentak - 15%
5.4.3 Kreativiti dan Gerakan - 25%
5.4.4 Persembahan - 20%
5.4.5 Pakaian dan Props - 15%
5.5 Keputusan Pengadil
5.5.1 Keputusan hakim adalah muktamad
6. Peraturan Am
6.1 Setiap negeri diwakili oleh satu pasukan sahaja.
6.2 Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan ( akhir ).
6.3 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan satu salinan kaset dan CD lagu
berkenaan untuk kegunaan semasa pertandingan dan salinan kaset dan
CD tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan semasa
pendaftaran.
6.4 Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan
maka pasukan itu akan dikehendaki mengambil giliran sekali lagi di akhir
pasukan yang mengambil bahagian.
8 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
AKTIVITI BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS
1. Pengenalan
1.1. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berteraskan penguasaan kemahiran
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
1.2. Aktiviti Bahasa Malaysia dan Aktiviti Bahasa Inggeris akan berlaku secara
serentak.
1.3. Aktiviti Bahasa Malaysia terbahagi kepada dua jenis sub-aktiviti:
1.3.1.Sub-aktiviti 1 – Menyusun huruf membentuk perkataan
1.3.2.Sub-aktiviti 2 – Menyusun perkataan menjadi ayat
1.4. Aktiviti Bahasa Inggeris terbahagi kepada dua jenis sub-aktiviti:
1.4.1. Sub-activity 1 – Words construction by rearrange letter
1.4.2. Sub-activity 2 – Sentences construction
1.5. Setiap pasukan akan diberi markah bagi setiap jawapan tepat yang
diberikan oleh mereka berdasarkan sub-aktiviti yang dilaksanakan.
2. Objektif
2.1. Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid prasekolah.
2.2. Memupuk minat dan pembudayaan ilmu bermula dari peringkat
pendidikan awal kanak-kanak.
2.3. Menerapkan nilai kerjasama dan toleransi sepasukan antara murid-murid
prasekolah.
2.4. Menggalakkan perkembangan sosioemosi dan sosialisasi murid
prasekolah.
9 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
3. Penyertaan
3.1. Pertandingan ini terbuka hanya kepada murid prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia sahaja.
3.2. Penyertaan dari setiap negeri terdiri daripada 8 orang murid prasekolah;
4 orang bagi pasukan Aktiviti Bahasa Malaysia dan 4 orang bagi Aktiviti
Bahasa Inggeris.
4. Syarat Pertandingan
4.1. Setiap pasukan perlu menyelesaikan kedua-dua sub-aktiviti dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
4.2. Masa yang diperuntukkan bagi setiap sub-aktiviti adalah 10 minit.
4.3. Juri akan menerangkan aktiviti dalam tempoh masa 2 minit.
4.4. Setiap pasukan diberi masa selama 10 minit untuk bersedia bagi sub-
aktiviti kedua selepas menjalankan sub-aktiviti pertama.
5. Ganjaran
5.1. Markah keseluruhan bagi setiap pasukan adalah gabungan markah Sub-
aktiviti 1 dan Sub-aktiviti 2 bagi Aktiviti Bahasa Malaysia serta
gabungan markah Sub-activity 1 dan Sub-activity 2 bagi Bahasa
Inggeris.
5.2. Bonus akan diberikan kepada kumpulan yang menunjukkan kerjasama
yang paling baik di antara ahli kumpulan.
5.3. Keputusan juri adalah muktamad.
10 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________6. Sub-aktiviti 1 – Bahasa Malaysia : MENYUSUN HURUF MEMBENTUK
PERKATAAN
6.1. Strategi pelaksanaan
6.1.1. Setiap pasukan akan menerima 1 kotak set huruf vokal dan
konsonan.
6.1.2. Peserta perlu bersama-sama menyusun huruf untuk membentuk
seberapa banyak perkataan kecuali nama orang selama 10 minit.
6.1.3. Peserta dikehendaki menyusun huruf di atas papan yang telah
disediakan.
6.2. Ganjaran
6.2.1. Setiap huruf yang digunakan bagi membina perkataan dengan
betul akan diberi 1 markah.
6.2.2. Perkataan yang berulang hanya akan dikira sekali sahaja.
7. Sub-aktiviti 2 – Bahasa Malaysia : MENYUSUN PERKATAAN MENJADI AYAT
7.1. Strategi Pelaksanaan
7.1.1. Aktiviti akan dijalankan secara berperingkat dalam 4 pusingan.
7.1.2. Pusingan pertama – membina 5 ayat yang terdiri daripada tiga kad
perkataan ( 2 minit)
7.1.3. Pusingan kedua - membina 5 ayat yang terdiri daripada empat kad
perkataan ( 2 minit)
7.1.4. Pusingan ketiga - membina 5 ayat yang terdiri daripada lima kad
perkataan ( 3 minit)
7.1.5. Pusingan keempat - membina 5 ayat yang terdiri daripada enam
kad perkataan ( 3 minit)
11 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
7.1.6. Peserta perlu bersama-sama menyusun perkataan menjadi
seberapa banyak ayat lengkap di papan yang disediakan.
7.2. Ganjaran
7.2.1. Markah akan diberi berdasarkan susunan ayat yang betul.
Pusingan pertama – 1 ayat betul 1 markah
Pusingan kedua – 1 ayat betul 2 markah
Pusingan ketiga – 1 ayat betul 3 markah
Pusingan keempat – 1 ayat betul 4 markah
8. Sub-activity 1 – Bahasa Inggeris : WORDS CONSTRUCTION BY
RE-ARRANGING LETTER
8.1. Implimentations
8.1.1. Each group will receive a box consist of a set of vowel and
consonants.
8.1.2. The participants need to arrange the letter to construct as many
words as possible from common nouns in ten minutes.
8.1.3. The participants must arrange the letters (word) on the board.
8.2. Rewards
8.2.1. Token are given based on how many letters they used without how
many words are built.
8.2.2. Each letter that they used correctly to construct the words will be
given 1 mark.
12 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
9. Sub-activity 2 – Bahasa Inggeris : SENTENCE CONSTRUCTION
9.1. Implimentations
9.1.1. Competition will be conducted in four stages.
9.1.2. First stage – construct 5 sentences from the three word cards
given.
(2 minutes)
9.1.3. Second stage - construct 5 sentences from the four word cards
given.
(2 minutes)
9.1.4. Third stage - construct 5 sentences from the five word cards given.
(3 minutes)
9.1.5. Fourth stage - construct 5 sentences from the six word cards given.
(3 minutes)
9.1.6. Participants need to rearrange the word cards on the board given.
9.2. Rewards
9.2.1. Marks will be given according to the correct sentences.
9.2.2. First stage - a sentence with the correct orders will get 1 mark.
9.2.3. Second stage - a sentence with the correct orders will get 2 marks.
9.2.4. Third stage - a sentence with the correct orders will get 3 marks.
9.2.5. Fourth stage - a sentence with the correct orders will get 4 marks.
13 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
NYANYIAN SOLO
1. Pengenalan1.1. Pertandingan nyanyian solo ini bertujuan mencungkil bakat dan
menyerlahkan potensi murid Prasekolah dalam bidang nyanyian.
1.2. Aktiviti ini juga membantu dan memberi peluang kepada murid untuk
menyerlahkan bakat dan potensi mereka serta menggalakkan mereka
berinteraksi melalui hubungan interpersonal.
2. Objektif
2.1. Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan
kanak-kanak (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial)
2.2. Memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani,
bertanggungjawab dan berketerampilan.
2.3. Menggalakan murid-murid agar dapat berinteraksi sesama mereka serta
menyesuaikan diri dengan persekitaraan baru.
2.4. Mendidik murid-murid supaya mempunyai kematangan emosi dan sosial.
2.5. Membentuk daya kreativiti dan estetika untuk menghargai bakat serta
kesenian.
3. Penyertaan
3.1. Setiap sekolah diwakili oleh seorang peserta sahaja yang terdiri daripada
murid Prasekolah yang berumur 5-6 tahun.
4. Persembahan
14 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
4.1. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut
pakaian, solekan dan hiasan.
4.2. Persembahan hendaklah diiringi oleh muzik “minus one” (tanpa sebarang
vokal) dalam bentuk CD dan tidak melebihi 6 minit.
4.3. Peserta dibenarkan untuk menyanyikan lagu Bahasa Malaysia atau
Bahasa Inggeris dan tema adalah bebas serta tiada unsur negatif.
4.4. Konsep persembahan adalah nyanyian solo dan bantuan instrument
muzik adalah dibenarkan.
4.5. Sebarang pengunaan props di atas pentas tidak dibenarkan.
5. Pemarkahan
5.1. Bahagian A (40)
(Nada/pic – 20, , pernafasan – 10, intonasi - 10)
5.2. Bahagian B (30)
(Alunan lagu – 10, penghafalan - 10, interpretasi/ekspresi - 10)
5.3. Bahagian C (10)
(Tempo sekata/ketepatan)
5.4. Bahagian D (10)
(Karisma suara dan nyanyian)
5.5. Bahagian E (10)
(Gaya persembahan, Kostum)
6. Penghakiman
6.1. Dihakimi oleh 4 orang termasuk seorang ketua hakim.
6.2. Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakim.
6.3. Keputusan hakim adalah muktamad.
15 | P a g e
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH, KPM 2013______________________________________________________________________________
6.4. Hadiah akan diberi kepada :-
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga
iv. Saguhati bagi tempat keempat hingga kesebelas.
7. Peraturan Am
7.1. Setiap sekolah diwakili oleh seorang peserta sahaja.
7.2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan (akhir).
7.3. Dua salinan CD lagu untuk kegunaan semasa pertandingan hendaklah
diserah kepada urusetia semasa pendaftaran kontigen.
16 | P a g e