Download - Surat Ubat

Transcript
Page 1: Surat Ubat

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARIL IKTISAM (SABK)BATU 28 ¼ JALAN PADANG SANAI, 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

NO. TEL: 04 – 786 4875 NO. FAX : 04 – 786 4157E-MAIL : [email protected]

“ KEDAH SEJAHTERA”

Ruj.kami : SMADI04/001/60Tarikh : 06 Januari 2013

PengarahHospital Kuala Nerang 06300 Kuala NerangKedah Darul Aman

Tuan

PEMOHONAN BEKALAN UBAT-UBATAN UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin memohon bekalan ubat-ubatan untuk kegunaan pelajar sekolah dan asrama.

3. Untuk makluman pihak tuan, sekolah kami memerlukan ubat-ubatan untuk kegunaan pelajar – pelajar asrama yang sakit dan sekolah terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk membeli ubat-ubatan tersebut.

4. Dengan ini pihak sekolah memohon dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan tersebut ini dengan sewajarnya.

Kerjasama tuan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

------------------------------(MAHMAD BIN ISMAIL)Penolong Hal Ehwal Murid,SMA Daril Iktisam


Top Related