Transcript
Page 1: Surat Memohon Untuk Menjalani Latihan Sangkutan Pelajar (Bahasa Melayu)

Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,

SURAT MEMOHON UNTUK MENJALANI LATIHAN SANGKUTAN

PELAJAR

Saya XXXXXXXX, No. Kad pengenalan, XXXXXXXX, ingin memohon untuk

menjalani “Latihan Sangkutan Pelajar” di tempat Tuan/Puan. Latihan Sangkutan Pelajar

ataupun LAP (Law Attachment Program) merupakan praktikal untuk pelajar Undang-undang

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semua pelajar Undang-undang UIAM

wajib menjalani LAP kerana LAP merupakan syarat Pengijazahan pelajar Undang-undang

UIAM.

2. Objektif LAP adalah:

i. Mendedahkan pelajar AIKOL (Ahmad Ibrahim Kuliah of Laws) secara berperingkat-

peringkat kepada bidang Undang-undang yang semakin mencabar

ii. Meningkatkan keyakinan para pelajar dalam segala aspek kerjaya Undang-undang

mereka di masa hadapan

iii. Memastikan bahawa para pelajar menghayati bidang Undang-undang baik dari segi

teori mahupun dari segi praktikal.

iv. Selaku bakal peguam masa hadapan adalah menjadi visi dan misi Kulliyyah untuk

membimbing dan membentuk pelajar-pelajar AIKOL agar menjadi profesional dan

berwibawa tinggi.

v. Membantu para pelajar membiasakan diri dengan cabaran-cabaran dunioa

perundangan.

Page 2: Surat Memohon Untuk Menjalani Latihan Sangkutan Pelajar (Bahasa Melayu)

3. Ingin saya maklumkan kepada pihak Tuan/Puan, pihak universiti akan menghantar surat

permohonan rasmi kepada pihak Tuan/Puan sekiranya pihak Tuan/Puan bersedia menerima

saya untuk menjalani LAP di tempat Tuan/Puan. Sekiranya pihak Tuan/Puan mempunyai

sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian XXXXXXXX atau pun pihak

Tuan/Puan boleh berhubung terus dengan pihak Universiti:

Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

P.O. Box 10

50728 Kuala Lumpur

(U.P: Pejabat Latihan Sangkutan Pelajar)

No. Telefon: XXXXXXXX

No. Fax: XXXXXXXX

4. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana sudi

memberi kerjasama.

Sekian,

Yang Benar,

XXXXXXXXXX

( Pelajar Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM)


Top Related