Transcript

Salin semula contoh karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi di bawah.1. Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti :1. Surat ucap tahniah2. Surat ucap takziah3. bertanya khabar berita4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain8. dan sebagainya

Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi

1. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.2. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini.3. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.4. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.5. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi( Nama Penulis )............ ( Alamat ).............................................................. Tarikh :(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat ) ................................................................................................................................................................ .................................................................................................................................................Saudara, (atau yang lain)(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan)........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Yang benar,.................( Nama Huruf Besar )Contoh 1

Tajuk / Soalan : Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.

1 Nama dan alamat pengirim (kanan)2 Tarikh (kanan)3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis6 Perenggan ke-2 - buah-buahan sedang masak - ayah memajak sebahagian sahaja - keluarga serta kawan-kawan dapat merasai7 Perenggan ke-3 - boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama8 Penutup9 Tandatangan pengirim (kanan)


Top Related