Download - Surat Kebenaran

Transcript
Page 1: Surat Kebenaran

Rujukan Kami : XEA3332/06/07/014(02)/2Tarikh : 12 OKTOBER 2011

Kepada :-PN. MASNIAH BT. TARAPULIKetua Kampung Kampung SelinggitSemporna.

Melalui :-

En. Taip Bin Hj. AbdullahPengetuaSMK KaboganSemporna.

En. Khalid Bin Hj. PanggagahPenolong Kanan PetangSMK KaboganSemporna

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MELAKSANAKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT OLEH PELAJAR-PELAJAR SMK KABOGAN, SEMPORNA.

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

02. Untuk makluman pihak tuan, sebilangan pelajar-pelajar SMK Kabogan akan mengadakan ‘Program Khidmat Masyarakat’ iaitu membersihkan masjid dan kawasan perkuburan di kampung tuan. Program ini selaras dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

03. Program Khidmat Masyarakat akan dilaksanakan pada ketetapan yang berikut :-

3.1 Tarikh : 19 OKTOBER 20113.2 Hari : RABU3.3 Masa : 12.00 T/hari – 5.00 petang

04. Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan dalam perkara ini adalah diharapkan dan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA, AGAMA DAN MASYARAKT.”

Saya yang menurut perintah,

( MOHD SAID BIN TARAH )S/U Program Khidmat Masyarakat Tahun 2011

Page 2: Surat Kebenaran

S.k.: - Fail.

Top Related