Download - Sumber Internet
NAMA LAIN BAGI WAU
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal
dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di
Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini
dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja
Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak
pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada
busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
ALAT -ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT WAU
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh,
kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk
menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk
menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh
terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh tersebut.
PETUA DAN PANTANG LARANG PEMILIHAN BULUH
MENCARI DAN MENEBANG BULUH
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di
waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah
ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak
aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut
akulah, mu make hok sini”.
PENYIMPANAN BULUH
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka
wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada
dilangkah manusia.
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat
ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
MERAUT BULUH
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan
seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada
bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah
benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah
dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut
dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan
di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk
memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok
pula dengan kertas pasir.mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga
MEMBUAT BINGKAI
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping
untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah
kepingan buluh.
PROSES MENGIKAT RANGKA BINGKAI WAU
1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian
tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut
seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh
yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.
Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala
wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada
kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
PROSES MEMASANG TANAH WAU
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada
wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih
kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari
rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
MENGUKUR, MELUKIS DAN MENYOBEK CORAK
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula,
corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas
bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu
gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk
elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas
berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan
dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup
kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau
yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain
itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai
sehingga lapan warna.
PROSES MEMBUAT SERTA MEMASANG JAMUL ATAU RAMBU
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang
untuk membentuk rambu
PROSES MEMBUAT SERTA MEMASANG BELALAI
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau
PROSES MEMBUAT SERTA MEMASANG BUSUR
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri
daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi
yang dikehendaki.
4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua
sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau
dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang
nilon.
WAU BULAN
TARIAN SITI WAU BULAN
WAU BULAN
RUPA ASAL WAU
JENIS KOLEKSI WAU TRADISIONAL
Wau BulanWau Kucing
Wau Jala Budi
Wau Merak
MENGUKUR, MELUKIS DAN MENYOBEKCORAK
ASAL USUL WAU
Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari tahun 711 Masihi lagi oleh
Sang Jaya.n Pada awalnya, wau dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu Negara.
Apabila sesebuah Negara berjaya dalam peperangan, mereka akan meraikannya
dengan cara menerbangkan wau di angkasa. Ada juga pendapat yang menyatakan
bahawa wau berasal dari Negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Penduduk
China menggunakan wau untuk mengha Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan
sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia
telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat.
Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok
Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah
‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka
dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan
menggunakan tali jerami.
ntar makanan kepada penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa
banjir.
Permainan wau juga dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai
petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang
menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut
sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu
menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat
anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
TUJUAN WAU DIMAINKAN
Wau antara permainan orang melayu berunsur seni untuk masa lapang,
sekitar kurun ke-15 sangat popular dikalangan rakyat biasa dan golongan istana.
Mereka percaya permainan wau ada kaitan dengan semangat angin dan langit
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti
Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing,Wau
Jala Budi, Wau Sewah dan Wau Barat. Begitupun Wau Bulan sangat digemari
oleh orang melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi
kebanyakan wau dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain
dijadikan bahan permainan, Wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding
Tujuan wau dimainkan pada masa lapang sebagai penghibur untuk menghantar
surat, kecemasan, riadah dan untuk memberi semangat.
CARA WAU DIMAINKAN
Pada kebiasaanya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali.
Apabila angina bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan
cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Pada masa kini wau telah diberi perhatian oleh masyarakat tempatan dan
juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak wau telah dicipta dan diselaraskan
dengan wau gergasi yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.
Pertunjukkan wau juga telah mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari
sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, akhirnya saya dapat
menyiapkan kerja kursus sejarah 21/2 dalam jangka masa yang ditetapkan. Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
matapelajaran saya iaitu Puan Azlina Binti Yahaya kerana telah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan kajian sejarah tentang permainan
tradisional dengan baik.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort kerana banyak memberi
kemudahan kepada saya untuk menyelesaikan tugas ini.
Ucapan terima kaih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Rusli
Abdullah dan Puan Rozaini yang sentiasa memberi dorongan, sokongan moral,
bantuan kewangan dan galakan kepada saya sepanjang saya mengumpul maklumat
dan mengkaji kajian ini hingga selesai.
Saya juga amat berterima kasih kepada rakan saya iaitu Aminurasyid Bin
norizan yang banyak menyumbang maklumat kepada saya semasa mengumpul data
dan maklumat tentang kajian ini.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga ditunjukan kepada Perpustakaan
Awam, Pasir Gudang kerana telah menjadi penyumbang maklumat yang berkesan
terhadap kajian sejarah ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan seperjuangan saya,
di tingkatan 3TP1 yang sudi berkongsi pendapat dan idea dalam menjayakan
tugasan ini dengan sempurna.
Akhir sekali, penghargaan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia
kerana memberi saya peluang untuk menyelidikan bagi mendapatkan maklumat
sejarah dan menghasilkan satu hasil kajian ilmiah.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif menjalankan kajian bagi kerja kursus sejarah 21/2 dapat dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu objektif am dan objektif khusus.
Objektif amnya adalah untuk merncari dan mengumpul fakta sejarah
daripada sumber yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian
ilmiah mengikut format yang tepat dan betul. Selain itu, kajian ini dapat mendidik
saya menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional.
Manakala objektif khususnya pula ialah bertujuan untuk menulis dan
menghuraikn sesuatu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia khasnya berkaitan
permainan tradisional melayu.
Hal ini menyedarkan saya, untuk menghargai kehidupan yang aman damai
hasil pengorbanan generasi pada masa lalu.
KAEDAH KAJIAN
Pelbagai kaedah telah digunakan oleh saya dalam menjalani kajian ini.
Diantaranya ialah penyelidikan di perpustakkan, menganalisis dokumen, melayari
internet, menonton audio visual (VCD) serta melawati tempat-tempat sumber.
Penyelidikan dijalankan dengan merujuk buku-buku, jurnal, majalah berbentuk
ilmiah serta akhbar di Perpustakaan Awam Pasir Gudang dan Perpustakaan Sultan
Ismail, Johor Bahru.
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang
permainan tradisional kaum Melayu.
Alamt laman web yang dilayari telah dicatatkan di bahagian rujukan. Bahan
yang dimuat turundari laman web telah disertakan sebagai salah satu daripada
media kajian.
Selain itu, saya juga telah melawat tempat sumber untuk mendapatkan
maklumat tentang kajian ini.
LAWATAN
INTERNET
BUKU ILMIAH
MAJALAH
AKHBAR