Transcript
  • , . 2~ • .. :: . •••• • Oleh LIM SWEE TIN

    SEA Write Award yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada pen\Jlis di Asia Tenggara mempunyai hubungan rapat dengan kesusasteraan. la tentang

    buku, pembacaan dan pengarang, di samping di sisinya industri penerbitan. la tidak bersangkutan dengan penghargaan kenang budi atau pengiktirafan bagi pencapaian sepanjang hayat kepada seseorang pengarang yang berjasa. Ini kerana anugerah ini berpaksikan penciptaan karya.

    Memasuki bulan September dan Oktober setiap tahun merupakan bulan paling dinanti-nantikan sasterawan di rantau ASEAN, tidak terkecuali Malaysia, hatta Thailand sendiri. Ini kerana musim ini penuh dengan debaran dalam penantian pengumuman siapakah pengarang bertuah mewakili negara masing-masing.

    Tahun ini sasterawan Malim Ghozali PK telah dipilih untuk menerima anugerah berkenaan yang akan berlangsung di ' Bangkok tidak lama lagi. Antara penerima SEA Write Award sebelum ini ialah A. Samad Said (1979), Andullah Hussein (1981), Usman Awang (1982), Azizi Haji Abdullah (1988), Zaharah Nawawi (1996), Zurinah Hassan (2004), Rahman Shaari (2007) dan SM Zakir (2011).

    Namun, ada sesetengah pihak barangkali tidak memahami dengan jelas apakah yang ada di sebalik pemberian anugerah ini. Titik mulanya ialah hasrat mumi untuk mempromosikan pembacaan. Demikian idea ini tercetus di The Oriental, sebuah hotel tertua dan terkemuka di pinggir Menam Chaophraya, Bangkok. Hotel ini merupakan persinggahan pengarang-pengarang Barat . yang ternama.

    Memikirkan peranan pembacaan yang penting, ,dan sumbangan pengarang yang besar ke atas peradaban, dan dunia sastera yang seharusnya terus disuburkan, timbullah perancangan untuk mewujudkan sebuah anugerah untuk pengarang dan sasterawan di peringkat serantau, sebagai negara jiran dan sahabat yang akrab. ASEAN awalnya dianggotai Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand.

    Berpusat di The Oriental. kumpulan penggerak ini didukung kuat orgariisasi teguh iaitu Bangkok Bank, Thai Airways dan ' beberapa lagi selain The Oriental sendiri serta · P. E. N. International Center dan The Writers' Association of Thailnad. Gemblengan tenaga ini dikira kukuh untuk mula menggerakkan perjalanan pemberian anugerah ini. Tahun 1979, sebanyak lima pengarang diumumkan penerima sulungnya.

    Mereka ialah A. Samad Said (Malaysia), Sutardji Calzou-m Bachri (Indonesia), Edwin Nadason Thumboo (Singapura), Jolico Cuadra (Filipina), dan I(ampoon Boonthawee selaku penerima daripada negara tuan rumah. Mulai tahun 1985, bilangan negara bertambah dfi!ngan penyertaan Brunei. Pada tahun 1996 muncul penerima daripada Vietnam, manakala 1998 sembilan negara, dan mulai 1999 pula 10 buah negara mengemukakan pencalonan, sehinggalah sekarang. Beberapa tahun antaranya Myanmar tidak menghantar calonnya.

    Perlu juga disebut bahawa pemberian anugerah ini mendapat dukungan kuat daripada dalam kalangan istana, iaitu

    AHAD . 06.10.13

    Sumbangan / ,

    Ada sesetengah pihak barangkali tidak memahami dengan jelas apakah yang ada di sebalik pemberian anugerah ini. Titik mulanya ialah hasrat murni untuk mempromosikan pembacaan. Demikian idea ini.tercetus di The Oriental, sebuah hotel tertua dan terkemuka di pinggir Menam Chaophraya, Bangkok.

    ZAHARAH NAWAWI

    keluarga Diraja Thailnad. Pada penyampaian anugerah tahun 1979 misalnya, Permaisuri Sirikit merupakan penyampainya, namun selanjutnya dalam kebanyakan upacara anugerah disampaikan oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn.

    Majlis gilang-gernilang di The Oriental juga dilengkapi tradisi mengundang seorang pengucaptama atau 'guest speaker', yang amalannya bermula pada tahun 1980 oleh James A. Micherier. Selain itu, antara lain yang cjiundang Han Suyin, Gore Vidal, William Golding, Wilbur Smith, Norman Mailer, Mario

    'Vargas Llosa, Sir Vlidiadhar Surajprasad Naipul, yang merupakan nama-nama besar dari Barat, tidak terkecuali tokoh ternama Thailand seumpama Kukrit Pramoj.

    Tarikan Kini, seandainya sesiapa ke The Oriental,

    pasti akan teruja apabila pad a sebelah sayap hotel tersebut tercatat ratusan nama pengarang dari rantau Asia Tengga'ra yang pernah dinobatkan sebagai Penerima SEA Write Award tahun demi tapun. la menjadi tarikan mereka yang melawat Bangkok, selain nama-nama besar seumpama Somerset Maughan yang turut diabadikan pada The Oriental.

    Selaku penganjur, urus s'etia di Thailand dipengerusikan M. R. Sukhumbhan Parjbatra, tentulah sentiasa sibuk dan sangat teruja. I


Top Related