Download - SRIVIJAYA AKU
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
1/28
PENGENALAN
Srivijaya merupakan kerajaan pertama maritim yang hebat di kepulauan Melayu sebelum
kemunculan kerajaan Melayu Melaka lagi. Kerajaan Srivijaya yang muncul pada kurun ke-7
terletak di Sumatera tenggara, berjaya mengekalkan keunggulan ekonomi dan politiknya di
rantau ini hingga kira-kira kurun ke-13. Kegemilangannya sebagai pelabuhan entrepot tidak
dapat ditandingi. Pedagang-pedagang bukan hanya datang kerana tarikan hasil-hasil hutan dan
lautan, ataupun oleh barangan ajaib yang dibawa dari seberang laut oleh pedagang-pedagang
asing, mereka juga sangat menghargai pemerintahan yang teratur dan sistematik.
Kemakmuran Srivijaya menerusi perdagangan antarabangsa pula mampu memupuk
pertumbuhan masyarakat yang halus budi dan berkebudayaan yang boleh berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah apabila dibandingkan dengan tamadun tinggi India dan China.
Berdasarkan bukti yang ada, dan diterima hakikat, iaitu pada kurun ke-14, kerajaan
Srivijaya yang pada suatu masa dulu gemilang sedang mengalami zaman kejatuhan, namanya
menjadi pudar disebabkan jiran tetangganya yang lebih kuat. Maka kerajaan Srivijaya sudah
tidak wujud lagi. Pada kurun ke-13 dan ke-14 apabila bandar-bandar pelabuhan yang berjiran
di pesisiran Selat Melaka berusaha untuk mewarisi kedudukan ekonomi dan politik Srivijaya.
Pelabuhan-pelabuhan ini berkembang maju dengan adanya langganan saudagar-saudagar
asing yang dianggap tidak lagi praktikal atau menguntungkan bahkan selamat untuk
meneruskan perniagaan mereka di pasar pusat di Srivijaya. Kerap dikatakan bahawa tradisi
Melaka adalah penerusan atau warisan tradisi Srivijaya. Hal ini berlaku secara kebetulan.
Parameswara, iaitu pemerintahan Melaka yang pertama adalah keturunan kerabat diraja
Palembang. Mungkin pengalaman politik dan proses ekonomi yang dialami oleh Parameswara
semasa berada di Palembang dan Jambi telah membantu beliau menyusun strategi memaju
serta menjadikan Melaka sebuah emporium Melayu pada abad ke-15. Parameswara turut
mengimpikan Srivijaya baru akan mucul.
Kerajaan Melaka berasal dari Palembang yang dipercayai oleh para sarjana bahawa sebuah
pelabuhan entrepot yang besar bernama Srivijaya pernah wujud dan berkembang maju. Bukti-
bukti yang ada dan sejarah Melaka kemudiannya menyokong pendapat bahawa
perkembangan Melaka yang begitu pesat serta keyakinan diri raja-rajanya adalah disebabkan
oleh pertaliannya yang langsung dengan kota purba Srivijaya. Dengan demikian gerakan dari
Palembang ke Melaka bolehlah dianggap sebagai sebahagian dari proses sambung-
menyambung tanpa penghentian yang besar dalam momentum sejarah orang-orang Melayu.
Tradisi Palembang inilah yang diwarisi oleh Melaka. Raja Iskandar berjaya mendakwakeagungan Srivijaya dengan tujuan untuk memperingatkan pengikutnya bahawa merekalah
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
2/28
orang yang akan memulihkan semula keagungan, iaitu kerajaan Melayu Srivijaya. Hal ini
semua adalah berkat pengetahuan dan pengalaman raja-raja awal Melaka tentang kegiatan
sosioekonomi Srivijaya dahulu dan bukan secara kebetulan.
KERAJAAN SRIVIJAYA
Menurut Inskripsi Telaga Batu, kerajaan Srivijaya telah diasaskan oleh Dapunta Hyan.
Menurut sumber China, Srivijaya disebut sebagai San-fo-che atau Che-li-fo-che, manakala
sumber Arab pula menyebut Srivijaya sebagai Sarbazza atau Sribuzza. Kerajaan ini telah
muncul pada abad ke-7 hingga abad ke-14. Kerajaan Srivijaya merupakan sebuah kerajaan
maritim yang terkenal di Nusantara pada ketika itu. Sebelum kemunculan kerajaan Srivijaya,
telah wujud kerajaan Funan pada abad pertama hingga abad ke-6 Masihi diikuti oleh
Langkasuka sehinggalah kemunculan Srivijaya sendiri pada abad ke-7.
Di samping itu, lokasi sebenar kerajaan Srivijaya masih diperdebatkan. Menurut
I-Tsing dalam karyanya yang termasyur iaitu Nan-hai Chi-kuei Nei-fa dan Ta-Tang Hsi-yu
Chiu-fa Kao-seng Chuan yang menghuraikan bahawa Srivijaya terletak di Palembang.
Manakala Ir J.L Moens pula, dalam karangannya yang bertajuk Crivijaya, Yava en Kataha
pada tahun 1973 menyatakan bahawa kerajaan Srivijaya terletak di Kelantan, sedangkan
Palembang dikatakan sebagai pusat kerajaan Melayu. Namun, kenyataan ini dapat disangkan
kerana tidak mempunyai bukti-bukti arkeologi yang lebih kukuh berbanding di Palembang.
Selain itu, para sarjana seperti H.G Quaritch Wales pada tahun 1935 dan M.C Chand
Chirayu Rajani pada tahun 1974 menyatakan kerajaan Srivijaya terletak di Muangthai. Walau
bagaimanapun, kenyataan ini hanyalah sebuah lamunan semata-mata kerana sepanjang
sejarah Muangthai tidak pernah mengembangkan diri menjadi kekuasaan laut yang masyur di
Nusantara sebaliknya hanya mampu untuk merampas dan menduduki kerajaan paling utara
Semenanjung Tanah Melayu.
Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa pendapat I-Tsing
lebih dipercayai kerana dalam pelayarannya ke China, I-Tsing telah singgah di Srivijaya
selama enam bulan untuk mempelajari Sabdawidya iaitu tatabahasa Sansekerta sebagai
persiapan kunjungannya ke India. Ketika pulang dari India pula, beliau telah menetap selama
bertahun-tahun untuk menterjemahkan naskah-naskah agama Buddha, antaranya 500,000
stanza Kitab Tripitaka, dari bahasa Sanskit ke bahasa Cina. Oleh itu, sudah tentunya
keterangannya boleh dipercayai kerana I-Tsing melihat dengan mata kepala sendiri letaknyakerajaan Srivijaya. Prof. Dr. O.W Wolters dari University of Cornell pada tahun 1978, telah
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
3/28
menemukan fragmen seramik China dari abad ke-9 atau abad ke-10 di Bukit Siguntang yang
juga telah digali oleh seorang sarjana iaitu Bronson. Hasil daripada penemuan ini, Prof. Dr.
O.W Wolters berkata, Negeri Srivijaya memiliki ibu kotanya di Palembang dan bukan di
tempat lain. Tambahan pula, terdapat suatu kesesuaian yang jelas antara bukti-bukti
arkeologi dan huraian-huraian I-Tsing. Maka kerajaan Srivijaya terletak di Palembang di
bahagian Tenggara Sumatera di tebing Sungai Musi.
Menjelang abad ke-14, kekuasaan kerajaan Srivijaya mulai merosot. Antara faktor yang
membawa kepada kemerosotan pengaruh adalah penentangan yang dilakukan oleh jajahan
takluknya seperti Jambi, Lampung dan Bangka. Pada akhir kurun ke-12 dan pertengahan
kurun ke-14, sekatan-sekatan yang membenarkan perdagangan asing hanya dalam sistem ufti
telah luput. Pada abad ke-12 dan abad ke-13 pula, berlakunya pertambahan perkapalan Cina
iaitu pedagang Cina menjalankan perdagangan secara bersendirian dan keadaan ini
menyebabkan kerugian kepada perdagangan entrepot Melayu. Pedagang Cina sudah memiliki
kapal sendiri dan mereka mengembangkan pengeluaran tanpa mengadakan hubungan secara
rasmi dengan Srivijaya lagi sepertimana sebelum ini.
Selain itu, permusuhan antara kerajaan Srivijaya dan Dinasti Chola di India Selatan
berpunca daripada pertikaian mengenai laluan kapal dagang di Selat Melaka. Buktinya, pada
tahun 1017, Rajendracola mengirimkan bala tenteranya untuk menyerbu Kedah yang
merupakan salah satu pelabuhan utama milik Kerajaan Srivijaya.1 Rajendracola merupakan
putera kepada Kesawariwarman Raja-raja yang mangkat pada tahun 1012 dan menaiki takhta
menjadi raja Dinasti Chola yang baru. Rajendracola telah mengubah dasar politik dengan
Srivijaya kerana keinginannya untuk mengembangkan perdagangan dengan negara China.
Prof. Dr. K.A. Nilakanta Sastri menghuraikan latar belakang permusuhan Srivijaya dan
Dinasti Chola seperti berikut:
Pada saat itu Kerajaan Colamanda ( Dinasti Chola) sedang mengembangkan suatu
kekuasaan laut yang besar dan memupuk hubungan politik dan perdagangan dengan China,
seperti yang dilakukan Sriwijaya. Tetapi Sriwijaya yang masih menjalankan politik
ekspansionistis dengan meluap-luap menerapkan pengawasan yang ketat terhadap jalur
perdagangan yang melintasi wilayahnya. Sesudah pelaksanaan rencana agresifnya terhadap
Jawa, Sriwijaya tidak lagi bersahabat dengan Colamandala. Jadi, permusuhan antara Sriwijaya
dan Colamandala adalah akibat tidak toleransinya Sriwijaya terhadap pertumbuhan kekuatan
laut yang baru di Samudera Hindia.2
1Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. hal. 90.
2Ibid. hal. 90.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
4/28
Menurut Prasasti Tanjore, jajahan takluk Srivijaya yang telah diserang oleh
Rajendracola adalah ibu kota Sriwijaya sendiri, Malayu, Binanga, daerah Lumari di Aceh,
Nikobar dan Kedah.3 Di dalam Prasasti ini juga dinyatakan bahawa Rajendracola telah
berjaya menangkap raja Sriwijaya yang bernama Sanggramawijayatunggawarman.4
Keadaan ini sudah tentunya mengakibatkan kekuatan kerajaan Srivijaya mulai menurun.
Srivijaya tidak mampu lagi untuk mengawal lalu lintas perdagangan di Selat Melaka serta
tidak mampu untuk mengawasi negeri-negeri di bawahnya. Dalam situasi ini, negeri Melayu-
Jambi yang sejak abad ke-7 menjadi jajahan takluk Srivijaya, menggunakan kesempatan
tersebut untuk melepaskan diri dari kekuasaan Srivijaya. Nama Srivijaya tidak pernah
disebut-sebut lagi pada abad ke-13 dan abad ke-14, setelah kerajaan Srivijaya diruntuhkan
oleh kerajaan Malayu.5
KERAJAAN MELAYU MELAKA
Sebuah lagi kerajaan yang wujud selepas kerajaan Srivijaya adalah Kesultanan Melayu
Melaka. Terdapat banyak pendapat yang menyatakan bahawa Kesultanan Melayu Melaka
merupakan waris kepada kerajaan Srivijaya. Kesultanan Melayu Melaka muncul setelah
kejatuhan kerajaan Srivijaya iaitu pada awal abad ke-14. Pada ketika itu, Melaka hanyalah
sebuah perkampungan nelayan kecil. Kemudiannya, Melaka berkembang menjadi sebuah
pelabuhan yang terkenal di Nusantara pada abad ke-15. Melaka telah diasaskan oleh
Parameswara iaitu seorang putera Srivijaya yang menganut agama Hindu berasal dari
Palembang. Beliau berketurunan Dinasti Sailendra iaitu putera Raja Sri Wijaya di Palembang.
Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara iaitu seorang putera raja dari
kerajaan Srivijaya yang berasal dari Palembang iaitu pada tahun 1400 hingga 1403. Menurut
Suma Oriental, Parameswara merupakan seorang raja Palembang yang telah menggantikan
ayahnya. Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan
pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri . Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara,
raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana
Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi
Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan
memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak
3
Ibid. hal. 91.4K.A Nilakanta Sastri. 1949.History of Srivijaya. University of Madras: Madras. hal. 80.
5 Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. hal. 100.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Raden_Wijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singhasarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Singhasarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Raden_Wijaya -
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
5/28
bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana
Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari
Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan
Dharmasraya, dan Palembang .Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian
memeluk agama Islam di tahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa
Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk
agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama Buddha di
Asia Tenggara. Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill,
sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").
Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri Ke temasik . Beliau telah melarikan diri ke
Temasik apabila Srivijaya telah diserang oleh Majapahit dan telah berjaya menjadi
pemerintah di Temasik. Namun, pemerintahannya di Temasik tidak dapat dikekalkan dalam
tempoh yang lama apabila beliau dan pengikutnya telah diserang dan dihalau oleh Siam
kerana telah membunuh wakil Siam yang bernama Temagi. Seterusnya beliau telah melarikan
diri ke Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan baru. Menurut Sejarah
Melayu yang telah dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara dikatakan
telah melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.
Seterusnya mereka telah bergerak ke Kota Buruk namun juga menemui kegagalan kerana
kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.
Kemudian, Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik
seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu
suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka
meminta Parameswara menjadi raja.ketika baginda berburu di kawasan muara tersebutlah
bagiunda telah mengalami satu peristiwa yang aneh dimana, anjing baginda telah diserang
oleh seekor kancil. Lalu dengan peristiwa yang aneh baginya itu baginda bercadang membuat
negeri di situ yang dinamainya Melaka sempena dengan Bukit Melaka itu. Sesetengahnya
menyebut nama Melaka diambil sempena nama pokok tempat Parameswara bersandar di
mana ketika itu baginda melihat kejadian dua ekor anjingnya ditendang oleh seekor pelanduk
putih, dan nama Melaka diambil selepas baginda berehat di pokok Melaka. Buktinya, di
dalam buku yang berjudul A History of Malaysia menyatakan,
And as the king is out hunting one of his hounds is kicked by a white mousedeer.Sultan Iskandar said, This is a good place, where even the mouse deer are full of fight!.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ananggavarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ananggawarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Adityawarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Dharmasrayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Dharmasrayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Suma_Oriental&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kubu_pertahanan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bertamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Seletar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Seletar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bertamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kubu_pertahanan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Jawahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Suma_Oriental&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buddhahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palembanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Dharmasrayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Dharmasrayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Adityawarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ananggawarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ananggavarmanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Majapahit -
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
6/28
Because he was then standing under a Melaka tree, he decides that new settlement should bear
that name.
Baginda memilih Melaka kerana apa yang baginda lihat, ia seperti sangat sesuai untuk
dijadikan negeri.6 Lalu baginda memohon kebenaran ayahandanya untuk membuat negeri di
situ. Dan pada masa yang dikatakan itu, baginda mendirikan rumahnya di atas bukit tempat
Raja-raja Melaka mendirikan rumah dan membangunkan istana hingga hari ini.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya
di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur
telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan
pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan
Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah
setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada
tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan
pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Sehingga ada catatan eropah iaitu
menurut duarte barbosa (portugis) yang menyatakan melaka merupakan pelabuhan terkemuka
dan menyifatkan melaka sebagai
... the richest trading port and posses the most valuable merchandise, and most numerous
shipping ang extensive traffic that is known in all the world..
Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan
yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta
Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga
cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Namun demikian, kemasyhuran Melaka telah bermula seiring dengan keadaan di mana
negara-negara Eropah sedang membuka langkah untuk meluaskan lagi kuasa mereka ke benua
Timur dan Melaka merupakan antara bandar pelabuhan yang menarik perhatian mereka. Pada
tahun 1509, Diego Lopez De Squera dari Angkatan di Raja Portugal merupakan angkatan
Portugis pertama telah tiba di Melaka. Selepas serangan bertubi-tubi pada tahun 1511, Melaka
akhirnya telah berjaya ditawan oleh angkatan Portugis yang diketuai oleh Alfonso d
Albuquerque. Sultan Mahmud Syah, pemerintah Melaka ketika itu, telah berundur ke Johor
dan setelah bertapak di situ, orang Melayu cuba menyerang kembali orang Portugis tetapi
tidak berjaya. Salah satu sebab yang menjadi kekuatan pihak Portugis adalah pembinaan kota
A Famosa sebagai benteng pertahanan mereka.
6J. Baker, 2000. Crossroads: A Popular History of Malaysia and Singapore. Singapore: Times Books
International. Hlm. 43.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
7/28
PERSAMAAN KERAJAAN SRIVIJAYA DAN KERAJAN MELAYU MELAKA
Sepertimana kerajaan Melaka, kebangkitan Srivijaya juga adalah didorong oleh faktor
perdagangan. Kerajaan Srivijaya telah mengadakan hubungan perdagangan dengan negara
luar seperti Arab dan China. Tambahan pula, bekalan hasil tempatan yang tidak putus-putus
untuk sama ada untuk pasaran dalam negeri ataupun dengan negara luar seperti China.
Buktinya, pada kurun ke-11 di muara Sungai Musi digambarkan pemandangan yang sibuk
dengan sampan kolek beratus-ratus buah memuat tikar dan nipah, kulit kura-kura, lilin lebah
dan kayu wangi yang menjadikannya begitu terkenal.7 Sepertimana kerajaan Srivijaya, salah
satu faktor utama yang membawa kepada kebangkitan kerajaan Melaka adalah kelebihan ilmu
alam yang dimiliki oleh Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang terkenal di
Nusantara pada ketika itu. Kedudukan Melaka yang strategik di tempat pertemuan angin
monsun Timur Laut dan Barat Daya menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan
semulajadi bagi kapal-kapal dari India, Arab, Parsi, China dan dari Kepulauan Melayu.8
Di samping kelebihan tersebut, Melaka terletak berhampiran dengan pusat
pengeluaran hasil-hasil Selat yang diperlukan oleh pedagang-pedagang dari negara China,
India dan Eropah. Hasil-hasil selat seperti lada hitam, rempah ratus, emas, kapur barus, kayu
cendana, damar dan sarang burung untuk diperdagangkan. Melaka juga mempunyai
kedudukan pertahanan yang baik iaitu terletak di atas bukit serta sesuai menjadi tempat
kediaman pemerintah dan kubu semulajadi bagi Melaka.9
Selain itu, kebangkitan Srivijaya adalah kerana menjadi tempat persinggahan pendeta-
pendeta dari China untuk menterjemah kitab-kitab Buddha. Misalnya, Pendeta I-Tsing selain
dua orang lagi pendeta Cina yang diceritakan oleh I-Tsing dalam karyanya iaitu Wu-hing dan
Chih-hung.10 Manakala , Melaka turut dijadikan sebagai pusat perkembangan agama Islam.
Keadaan ini sama seperti Srivijaya yang menjadi pusat penyebaran agama Buddha. Malah
7 Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.
hal. 27.8
Tan Ding Eing. 1973. Sejarah Malaysia dan Singapura. (Shahabuddin Shafie, Terjemah). Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd. hal. 1.9Ibid. hal. 1.10
Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. I-Tsing menceritakan perjalanan dua orang pendeta Cina tersebut seperti
berikut: Wu-hing dan Chih-hung belayar dari Kanton dan sampai di Sriwijaya. Sri Baginda menyambut mereka
dengan upacara besar. Ketika baginda mengetahui bahwa mereka datang dari negeri Putera Dewata (Cina),
baginda sangat menghormati mereka. Dengan menumpang kapal raja, mereka belayar selama 15 hari menuju keMalayu. 15 hari berikutnya mereka sampai di Kedah. Pada akhir musim dingin mereka belayar ke arah Barat
untuk pergi ke India. hal. 22.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
8/28
Melaka terkenal dengan gelaran Serambi Makkah kerana menjadi tempat mempelajari ilmu
agama bagi mempersiapkan diri sebelum meneruskan pengajian agama ke Makkah.
Dasar perluasan kuasa yang dijalankan oleh Srivijaya juga merupakan faktor
kebangkitan Srivijaya. Kedudukan jajahan takluk yang strategik seperti Jambi dan Kedah
membolehkan Srivijaya menguasai laluan perdagangan. Buktinya, Jambi pada abad ke-7
memiliki lokasi yang lebih strategik berbanding Palembang. Kapal-kapal dari arah India, Cina
dan Jawa harus melewati Jambi, sedangkan Palembang hanya disinggahi kapal-kapal yang
belayar antara Selat Melaka dan Pulau Jawa sahaja.11 Kerajaan melaka turut menjalankan
dasar perluasan kuasa bagi mengukuhkan lagi empayarnya. Melaka telah menjalankan
hubungan persahabatan dengan kerajaan luar sejak zaman pemerintahan parameswara lagi.
Hal ini demikian kerana pemerintah melaka telah berjaya meluaskan empayarnya hingga ke
beberapa buah negeri di tanah melayu dan sumantera antaranya adalah pahang,kedah ,perak,
aru,kampar dan siak. Hubungan tersebut telah menjadikan melaka sebuah kerajaan yang
terkuat pada ketika itu.
Kerajaan Srivijaya juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China
dan kerajaan Srivijaya sudah mengirimkan utusan ke negara China sejak tahun 670.12 Hal ini
membuktikan wujudnya perkembangan hubungan istimewa antara Srivijaya dan Maharaja
Cina secara turun-temurun. Maharaja Srivijaya menggunakan sistem ufti untuk mengiktiraf
Maharaja Cina sebagai kuasa tertinggi.13. kerajaan melaka turut menjalankan hubungan
diplomasi dengan negara china. Hal ini demikian kerana,hubungan diplomatik yang terjalin
dengan negara China sejak zaman pemerintahan Parameswara dapat menjamin keselamatan
kerajaan Melaka dari ancaman Siam. Selain mendapat perlindungan dari China, Parameswara
telah diiktiraf sebagai raja Melaka pada tahun 1405 oleh Maharaja China. 14
Di samping itu, kesetiaan Orang Laut yang tidak berbelah bahagi terhadap raja
memberi kemenangan besar kepada Srivijaya untuk mengawal lanun di perairan sekitarnya.
Penguasaan ke atas Orang Laut ini penting kerana tanpa kawalan mereka akan merompak
kapal yang lalu lalang sebagai mata pencarian. Buktinya, seorang pengembara Cina iaitu Fa
Hsien menyebut setelah belayar ke India pada tahun 413, lautan-lautan yang dilaluinya penuh
dengan lanun dan para pelaut sentiasa berada dalam kebimbangan kerana ditakuti kapal
11Ibid. hal 23
12Ibid. hal. 46.13
Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.hal.27.14Ibid. hal. 3.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
9/28
mereka akan dirompak. Salah satu tempat yang paling berbahaya ialah pintu masuk di Selatan
Selat Melaka.15 Semasa zaman pemerintahan Parameswara, satu pasukan yang terdiri
daripada Orang Bugis dan Orang Laut yang cekap dan taat setia kepada raja disusun untuk
melindungi para pedagang dari serangan lanun serta memastikan para pedagang singgah di
pelabuhan Melaka sahaja dan bukannya pelabuhan lain seperti Sumatera, Jawa dan Borneo.16
Tambahan pula, faktor karisma Parameswara sebagai tokoh yang mewarisi kedaulatan
Srivijaya-Palembang, faktor kehadiran pembesar Melayu yang bersama-sama beliau sejak
dari Palembang dan sokongan Orang Laut membantu Parameswara untuk menjadikan Melaka
sebagai kerajaan yang agung di Nusantara selepas kerajaan Srivijaya. Maka, tidak dapat
disangkal lagi bahawa Parameswara adalah tokoh yang menjadi pelopor dalam
menghubungkan tradisi pensejarahan agung antara kerjaan Srivijaya yang berpusat di
Palembang dan kerajaan Melaka yang berpusat di Melaka yang sebenar. Pada hakikatnya,
Parameswara merupakan penghubung kesinambungan antara kedua-dua kerajaan ini.
Walaupun terdapat banyak ciri persamaan, namun terdapat satu ciri perbezaan yang nyata di
antara tradisi pensejarahan kedua-duanya iaitu dari aspek agama, iaitu Hindu-Buddha di
Srivijaya dan agama Islam di Melaka.17
MELAKA ADALAH KESINAMBUNGAN SRIVIJAYA.
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Hal ini dapat dibuktikan serta dilihat daripada beberapa ciri-ciri kesinambungan antara
kerajaan Srivijaya dan Melaka. Pertamanya, ciri-ciri yang dapat menunjukkan kesinambungan
antara kedua-dua kerajaan ini dapat dibuktikan dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran.
Kesinambungan struktur pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan
srivijaya mempunyai banyak persamaan. Menurut orang-orang Melayu, struktur pemerintahan
ini mempunyai perkaitan dengan mitos dimana mereka percaya bahawa sultan ini merupakan
zuriat Raja-Raja Palembang yang telah turun di Bukit Si Guntang secara ajaib serta dikatakan
merupakan zuriat cucu kepada Raja Iskandar Zulkarnain. Golongan sultan ini telah dianggap
oleh masyarakat Melayu sebagai suci dan mulia serta teristimewa. Hal ini kita dapat lihat
dimana, pada peringkat yang tertinggi merupakan kedudukan Sultan atau Raja yang
memerintah. Contohnya, ketika di Melaka, Sultan Mansur Shah merupakan pemerintah yang
menduduki hieraki yang tertinggi pada Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka iaitu tempoh
15Ibid. hal. 28.16
Ibid. hal.1.17Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 139-140.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
10/28
pemerintahan baginda mulai 1456 sehingga tahun 1477Di Srivijaya, terdapat organisasi
pentadbiran yang teratur iaitu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada
Raja. Menurut inskripsi Telaga Batu yang dipercayai bertarikh dalam lingkungan suku akhir
abad ke-7 telah memberi gambaran tentang organisasi dan pentadbiran kerajaan Srivijaya.
Sementara itu, Dr. de Casparis yang berasaskan kepada inskripsi Telaga Batu mempercayai
bahawa Srivijaya itu merupakan sebuah kadatuan atau empayar. Seterusnya kadatuan
Srivijaya itu dibahagikan kepada beberapa mandala dan setiap mandala pula diletakkan di
bawah pemerintahan seorang datu.18
Seterusnya, datu itu terdiri daripada anak Raja dan juga pembesar bukan berketurunan raja.
Sekiranya anak raja yang berkuasa ke atas sesebuah mandala, maka ia digelar kadatuan tetapi
sekiranya yang berkuasa itu terdiri daripada pembesar yang bukan berketurunan Raja, maka
kawasan kawalannya digelar praddatuan. Setiap datu pula mungkin ada pembantu dalam hal
kadatuan ataupun praddatuan yang bergelar parvanda atau ketua tentera.19
Dalam hierarki kelas pentadbiran di Srivijaya-Palembang terdapat empat kelas anak raja.
Kelas yang paling tinggi sekali ialah Yuvaraja yang berfungsi sebagai Raja Muda atau
Tengku Mahkota. Di bawahnya pula ialah Pratiyuvaraja dan kelas ketiga ialah digelar Raja
Kumara. Ketiga-tiga kelas anak raja tersebut layak mewarisi takhta kerajaan tetapi mengikut
hierarki serta mestilah berdarah raja di kedua belah pihak iaitu ibu dan bapa. Manakala
Rajaputra pula merupakan kelas anak raja yang keempat di mana kelas ini tidak layak dilantik
menjadi raja kerana mereka itu adalah dari ibu yang bukan berketurunan raja dan mungkin
anak gundik.20
Di samping itu, pemerintahan dan pentadbiran di Srivijaya juga didukung oleh satu barisan
kepimpinan yang mempunyai kuasa masing-masing serta didukung oleh kesetiaan Orang Laut
di Selat Melaka. Antara contoh barisan kepimpinan di bawah kelas golongan diraja terdiri
daripada senapati, nyaka, pratyaya, hajipratyaya dan dandanayaka. Senapati mempunyai tugas
sebagai ketua kepada hulubalang dan fungsinya juga mungkin sama dengan fungsi
Laksamana di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sementara nyaka memainkan peranan
sebagai Penghulu Bendahari, Hajipratyaya pula berperanan seperti Temenggung atau Royal
Sheriffs. Dandanayaka berperanan sebagai hakim yang berkuasa mengadili sesuatu perkara
yang berlaku.21
18 Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu
Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 3.19
Ibid. hal. 3.20Ibid. hal.3-4.
21Ibid. hal. 4.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
11/28
Selain daripada pembesar-pembesar itu terdapat juga pembesar-pembesar lain seperti
Murdahaka iaitu peranannya sebagai penghulu, Tuhan Vatakvurah yang mungkin peranannya
sama dengan Syahbandar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan Adhyaksa Nicavarna
sebagai penghulu rakyat kasta bawah. Pada zaman kerajaan Srivijaya ini juga terdapat
golongan orang kaya-kaya atau Kumaramatya (Non-Royal Ministers). Selain itu, terdapat
kelas pekerja seperti Kayastha (kerani), Sthapaka (arkitek), Puhawang (pekerja kapal) dan
Vaniaga (peniaga) dan nakhoda kapal, Vasikarama (tukang besi), dan Marsi haji (tukang cuci
raja).22 Ini menunjukkan bahawa sistem pentadbiran yang kompleks telah pun wujud pada
zaman Srivijaya-Palembang.
Menurut inskripsi yang telah dijumpai di hulu Sungai Batang Hari berhampiran Jambi, iaitu
pusat kerajaan Srivijaya yang kedua selepas berpindah dari Palembang juga ada
menyenaraikan jawatan-jawatan pembesar seperti datuk-datuk, pemungut cukai, pegawai
yang bertugas mengawal perbendaharaan, para hakim, jurutulis, para saudagar, dan pegawai
yang menjaga pakaian raja.23
Manakala menurut inskripsi yang telah dijumpai di Telaga Batu, Sumatera dapat
menjelaskan sama ada Dewa-raja merupakan unsur berpolitik atau penyerapan serta
gabungan pengaruh Hindu dalam tradisi berkerajaan. Tambahan lagi, menurut inskripsi ini
rakyat yang mengakui taat setia kepada raja, mereka dikehendaki mengangkat sumpah dengan
meminum air yang dituangkan pada sebilah keris.24 Bagi semua golongan yang diperintah
tanpa mengira kelas, sekiranya mereka menderhaka, maka akibatnya mereka akan menerima
balasan yang buruk. Antara bentuk derhaka ialah menjadi tali barut kepada musuh raja,
mencuri, menganiaya orang lain dan sebagainya. Mereka yang melakukan penderhakaan
tersebut nescaya menerima balasan mati akibat daripada sumpahan air yang diminum itu.
Akan tetapi, bagi mereka yang setia pula, balasannya adalah tantra-mala iaitu kesejahteraan
dan bebas daripada seksaan selepas mati.25 Oleh kerana kuatnya kepercayaan kepada konsep
daulat raja yang berasaskan kepada kult Dewaraja itu, maka lahirlah tradisi persetiaan
golongan diperintah dengan pemerintah. Buktinya, kewujudan prasasti-prasasti persumpahan
yang mengandungi kutukan dan ancaman bagi mereka yang menentang dan tidak patuh
22Ibid. hal. 4.
23 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 141-142.24
Ibid. hal. 141.25Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu
Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 7.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
12/28
kepada perintah dan tidak berbakti kepada raja Srivijaya. Prasasti yang dimaksudkan ialah
Prasasti Telaga Batu, Kota Kapur, Karang Berahi, Palas Pasemah dan Bawang.26
Manakala aspek pemerintahan dan pentadbiran di Melaka pula mempunyai hierarki
pemerintahan yang terdiri daripada Raja dan kerabatnya, golongan bangsawan, pembesar,
rakyat merdeka, dan hamba yang terdiri daripada hamba abdi dan hamba hutang. Tempat
tinggal pemerintah dan golongan pemerintah adalah berdasarkan kepada pola demografi.
Kebiasaannya petempatan raja dan kerabatnya adalah di atas bukit yang strategik,
pemandangannya menghadap laut dan benteng pertahanan negara. Manakala pembesar-
pembesar pula tertumpu di sekitar lereng bukit berdekatan istana raja di samping memiliki
kampung untuk membentuk kumpulan dan pengaruh masing-masing seperti kampung
Bendahara, kampung Laksamana dan kampung Seri Nara Diraja. Sebilangan besar orang
Melayu tinggal di rumah kayu beratap rumbia, tertumpu di kaki bukit dan di seberang sungai
berhadapan dengan bukit. Manakala orang laut pula iaitu pengikut setia Parameswara yang
sama-sama mengiringi Parameswara meninggalkan Singapura dan Muar kebiasaannya lebih
gemar tinggal di tepi-tepi pantai sesuai dengan kegiatan harian mereka.27
Secara umumnya, hierarki para pembesar yang penting dan terus dikekalkan untuk
diwarisi di Melaka iaitu pembesar empat lipatan ialah Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana. Jawatan Bendahara adalah jawatan paling kanan dalam
pemerintahan Melaka. Bendahara menjadi ketua eksekutif seluruh mekanisme kerajaan
Melaka. Bendahara selalunya dilantik daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan raja. Bendahara mempunyai kuasa pemerintahan dan pentadbiran secara
fizikal dan mempunyai kawasan pegangan yang tersendiri dan kedudukan ekonomi yang
kukuh dan agak terjamin. Misalnya, Bendahara yang terkenal sewaktu Kesultanan Melayu
Melaka ialah seperti Tun Perak dan Tun Mutahir.
Seterusnya Penghulu Bendahari menduduki hierarki kedua selepas Bendahara. Tugas
utamanya ialah memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan Melaka.28 Manakala
Temenggung pula berperanan sebagai Ketua Keamanan Negeri. Beliau juga menghakimi
perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim. Kebiasaannya kes pengadilan akan
diselesaikannya terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Bendahara. Temenggung
melaksanakan undang-undang mengikut arahan sultan serta berkuasa untuk menangkap
26 Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. Jakarta: PT
Girimukti Pasaka. hal. 53-54.27
Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka padaAbad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 278.28Ibid. hal. 284-285.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
13/28
orang-orang yang bersalah dan menghukum mereka. Jawatan Laksamana pula wujud semasa
pemerintahan Sultan Mansor Syah (1456-1477). Tugas utama Laksamana adalah dalam
bidang ketenteraan. Semasa di darat, Laksamana berperanan sebagai mengawal keselamatan
raja apabila berangkat dan keselamatan Bendahara ketika perbicaraan.
Selain hierarki pembesar empat lipatan, terdapat juga hierarki yang membentuk
pembesar lapan, enam belas dan seterusnya. Antara pembesar-pembesar yang bukan
pembesar empat lipatan ialah seperti Syahbandar yang berperanan mengawasi perjalanan di
pelabuhan Melaka meliputi gudang-gudang simpanan barangan dagang serta keselamatan
pelabuhan. Beliau juga ditugaskan untuk mengawal sistem timbang tara dalam berat dan
ukuran bagi semua transaksi perniagaan serta menjaga nilai mata wang.29
Tuntasnya, daripada aspek pemerintahan dan pentadbiran antara kedua-dua kerajaan
iaitu Kerajaan Srivijaya dan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat adanya ciri-ciri
kesinambungan antara keduanya. Misalnya, struktur pemerintahannya mempunyai persamaan
iaitu ada hierarki golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar dan golongan diperintah
seperti rakyat dan hamba. Akan tetapi apa yang kita nampak terdapat kelainan hanyalah pada
gelaran di antara Srivijaya dan Melaka. Misalnya, di Srivijaya wujudnya pembesar-pembesar
tetapi menggunakan gelaran yang berbeza dengan gelaran yang digunakan di Melaka seperti
gelaran senapati yang mempunyai fungsi yang sama dengan Laksamana di Melaka. Jadi, apa
yang dapat disimpulkan di sini ialah gelaran yang digunakan sahaja berbeza-beza tetapi fungsi
dan peranannya tetap sama.
KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
Selain itu, kesinambungan dapat juga dilihat melalui konsep daulat dan derhaka. Konsep ini
memerlukan golongan pembesar dan rakyat taat setia serta patuh kepada perintah raja dan
sesiapa yang mengingkarinya nescaya akan ditimpah tulah raja. Konsep dan kepercayaan ini
telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya lagi pada awal abad ke-7 sehinggalah kepada
Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-14 dan ke-15. Persamaan ini mungkin terjadi
secara tidak langsung memandangkan pengasas kerajaan Melaka iaitu Parameswara
merupakan seorang yang berpengalaman dalam politik ketika di Palembang. Maka
pengalaman dan struktur pemerintahan tersebut diterapkan ketika menjalankan pemerintahan
di Melaka. Dalam konsep daulat dan derhaka, Raja yang memerintah dianggap berdaulat.
29Ibid. hal. 179-180.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
14/28
Daulat juga dihubungkan dengan konsep spiritual dan kepercayaan tradisi tentang derhaka.
Daulat saling berhubungan demgan derhaka. Daulat dikatakan berasal daripada perkataan
Arab, daulah yang bermaksudnegeri. Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian
seseorang raja dan bagi masyarakat melayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja
dengan rakyat biasa. Konsep ini juga merupakan unsur asas kepada kekuasaan dan keagungan
seseorang raja dan sesebuah kerajaannya. Menafikan titah raja dan enggan mengakui
kedaulatannya akan dianggap menderhaka. Penderhaka dipercayai akan ditimpa mudarat
dalam dua bentuk. Mudarat yang pertama, si penderhaka akan ditimpa tulah raja (mungkin
dalam bentuk sumpahan). Misalnya, Sang Rajuna Tapa, pembesar Raja Iskandar Syah di
Singapura dan isterinya dilaporkan menjadi batu akibat terkena tulah kerana membenarkan
orang majapahit masuk ke Singapura. Walaubagaimanapun, konsep daulat terhadap keturunan
Raja Melaka telah diabaikan dan tidak lagi diagungkan. Hal ini jelas dibuktikan melalui
peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Shah II yang mangkat dijulang pada tahun 1699 yang
dilakukan oleh bendahara dan para pembesar. Konsep daulat yang selama ini dipegang kuat
masyarakat Melayu hilang selepas berlakunya derhaka rakyat kepada Sultannya.
EKONOMI
Antara lain, ciri-ciri kesinambungan yang dapat dilihat ialah melalui aspek ekonomi. Menurut
Prof. Saleh Poeradisastra, Srivijaya adalah sebuah kerajaan laut, suatu kekuasaan
berdasarkan angkatan laut.30 Ini bermaksud Srivijaya merupakan sebuah pelabuhan maritim
iaitu pusat perdagangan yang terkenal di Nusantara sehinggakan para pembesar di sepanjang
pantai Sumatera bersedia mengakui ketuanan Srivijaya. Faktor yang menyebabkan Srivijaya
berkembang sebagai sebuah pusat perdagangan terkenal ialah kerana ianya merupakan laluan
masuk melalui jalan darat di Asia Tenggara yang telah digunakan oleh pedagang-pedagang
asing untuk membawa barang-barang bernilai dan berharga dari Barat Asia yang tidak dapat
lagi digunakan untuk sampai ke China semasa pemerintahan Dinasti-dinasti Selatan (420-
589). Orang-orang Melayu dan Indonesia mempunyai kemahiran pelayaran yang dapat
menentukan jalan perdagangan lain untuk ke China sehinggakan mereka memulakan
perdagangan rempah di antara Indonesia dan China.31 Sehubungan dengan ini, satu sistem
hubungan perdagangan merentasi Laut China Selatan masih digunakan sehingga hari ini dapat
diwujudkan.
30Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. Jakarta: PT
Girimukti Pasaka. hal. 29.31Wolters, O.W. 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. (Toh Kim Hui dan Ranjeet Kaur Khaira,
Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 1-2.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
15/28
Pusat perdagangan di Srivijaya berperanan menyediakan kemudahan pelabuhan yang
baik kepada pedagang-pedagang dalam perjalanan mereka di antara Timur Tengah dengan
China. Melalui pelabuhan-pelabuhan ini, hasil keluaran Indonesia dapat disalurkan ke pasaran
Asia dan Eropah. Perdagangan yang tersebar luas juga dari Teluk Parsi, Laut Merah hingga ke
negara China ini menyediakan serta menentukan cara barang-barangan dapat dibawa ke
pasaran China. Sebelum kapal-kapal China belayar ke luar negeri, kapal-kapal bukan
kepunyaan orang Cina terpaksa membawa barang-barang ke negara China. Dengan ini,
wujudlah sebuah pelabuhan entrepot yang mempunyai bekalan secukupnya di tenggara
Sumatera yang merupakan tumpuan hubungan kelautan sejak abad ke-5 lagi. Hubungan baik
di antara negara penaung dengan negara-negara naungan iaitu hubungan antara Maharaja
China dan pemerintah di pelabuhan entrepot ini dapat melindungi ramai pedagang-pedagang
Asia dalam perjalanan mereka ke negara China.32
Menurut pemerhatian Dr de Casparis, kekayaan pemerintah iaitu Maharaja Srivijaya
telah menjadi buah mulut umum. Berdasarkan sumber-sumber Arab menunjukkan bahawa
mereka begitu tertarik dengan kekayaan pemerintah Srivijaya sehinggakan Ibn Rosten dalam
tahun 903 mempercayai bahawa tidak ada raja yang lebih kaya atau menerima lebih banyak
pendapatan selain daripada Maharaja Srivijaya. Sumber utama kekayaannya adalah berpunca
dari pelabuhan dan bayaran cukai yang dikenakan ke atas kapal-kapal pedagang dari pelbagai
negara yang menggunakan perkhidmatan pelabuhan di Srivijaya. Rempah-rempah berwangi
merupakan bahan perdagangan entrepot utama ketika itu.
Pada abad ke-13, seorang pengkaji Cina yang bernama Chua Ju-Kua dalam tulisannya
menyatakan bahawa kapal dagang dari luar terpaksa membayar cukai tol sekiranya mahu
berlabuh di pelabuhan tersebut.33 Selain itu juga, terdapat teks-teks menunjukkan dengan
jelas bahawa terdapat banyak emas dan perak yang telah digunakan bagi tujuan perdagangan
di tenggara Sumatera pada ketika itu.34 Selain itu, menurut Chao Ju-kua juga, wang perak
dan bukannya wang tembaga telah digunakan bagi tujuan perdagangan. Buktinya, prasasti
Canton yang diukir pada tahun 1079, tidak kurang daripada 600,000 kepingan emas telah
didermakan oleh Maharaja Palembang bagi membaiki dan menyelenggarakan sebuah rumah
berhala Tao di Canton.35 Jadi, jelaslah bahawa sumber utama bagi ekonomi kerajaan
Srivijaya adalah berpunca daripada pelabuhan entrepot yang berfungsi sebagai pusat
32Ibid. hal. 4.
33 Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Ed). 1970. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hal. 15.34
Wolters, O.W. 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. (Toh Kim Hui dan Ranjeet Kaur Khaira,Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 14-16.35Ibid. hal. 15-16.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
16/28
perdagangan yang terkenal pada ketika itu. Hasil-hasil kutipan cukai yang telah dikenakan ke
atas kapal-kapal pedagang dari luar yang datang berlabuh di Srivijaya telah banyak
menguntungkan serta memperkembangkan ekonomi Srivijaya.
Manakala di Melaka pula, sumber ekonomi yang paling utama adalah daripada aktiviti
perdagangan yang berpunca daripada perkembangan pelabuhan entrepot. Hal ini kerana ianya
mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan geografi iaitu bersesuaian dengan
kedudukan Selat Melaka sebagai kawasan lalulintas di antara Timur dengan Barat. Pada
mulanya, Melaka seperti juga pelabuhan yang setaraf dengannya iaitu berperanan sebagai
pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulang-alik melalui Selat Melaka. Di samping itu,
pelabuhannya juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan, penyaluran dan pertukaran barang-
barang dagangan. Antara lain keistimewaan pelabuhannya juga adalah disebabkan
terdapatnya dua jenis angin monsun yang menentukan panduan dan arah pergerakan kapal
serta terdapatnya kemudahan-kemudahan fizikal dan material yang telah disediakan
secukupnya di pelabuhan entrepot oleh kerajaan Melaka pada ketika itu.36 Dalam urusan
perdagangan juga terdapat kadar cukai tertentu yang dikenakan. Misalnya, pedagang dari
India, Arab, Ceylon, Siam dan Pegu dikenakan cukai import sebanyak 6 peratus daripada
jumlah barang yang dibawa. Pedagang China dan Jepun pula sebanyak 5 peratus. Import
bahan-bahan makanan pula mendapat keistimewaan iaitu bebas daripada cukai. Selain itu,
terdapat satu jenis cukai bagi mereka yang tinggal atau menetap di Melaka bersama keluarga
atau sebaliknya. Misalnya, saudagar dari Gugusan Kepulauan Melayu dan Barat dikenakan
cukai sebanyak 3 peratus manakala suku-suku Melayu Nusantara dikenakan royal tax
sebanyak 3 peratus dan 6 peratus bagi pedagang dari Barat Asia.37
Melaka juga telah menakluk beberapa kawasan lain untuk dijadikan negeri
naungannya. Penaklukan tersebut mempunyai matlamatnya tersendiri iaitu untuk tujuan
perdagangan dan ekonomi. Misalnya, penaklukan terhadap Kampar penting bagi Melaka
untuk mengawal eksport lada dan emas yang dikeluarkan oleh daerah-daerah pedalaman
Minangkabau. Melaka juga mempunyai hubungan dengan Jawa atas kepentingan ekonomi
iaitu Melaka mengimport beras dari Jawa, manakala Jawa pula mengeksport rempah ratus ke
Melaka.
Penguasaan Melaka terhadap Gugusan Riau-Lingga pula mempunyai matlamat
perdagangan secara langsung iaitu supaya bahan-bahan keluarannya dapat dieksport ke
Melaka. Gugusan Riau-Lingga juga membekalkan Orang Laut sebagai pendayung kapal
36Ibid. hal. 236.
37Ibid. hal 254- 255.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
17/28
perang tentera laut Melaka untuk tujuan penaklukan. Hal ini kerana Orang Laut dapat
membantu menentang lanun di Selat Melaka yang boleh menjejaskan keselamatan para
pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka. Oleh itu, kawalan keselamatan menjadi perkara
utama bagi Melaka untuk menjamin kegiatan perdagangan dan kedatangan pedagang asing.38
Melaka juga telah menjalin hubungan perdagangan dengan negara luar seperti China,
India dan Eropah. Melaka menjadi tumpuan para pedagang China untuk memasarkan barang-
barang dari negeri China ke Eropah. Antara barang-barang yang dibawa ke Melaka ialah
seperti bahan-bahan wangian, permata, sutera, dan sebagainya. Di Melaka, barangan utama
yang ditukar untuk dibawa balik ke China ialah seperti lada, gaharu, candu, rempah, dan lain-
lain lagi. Pedagang dari negeri China dikenakan cukai yang tinggi. Dari bahagian Barat pula,
pedagang yang datang ke Melaka terdiri daripada saudagar dari Koromandel. Tome Pires dan
Ruy de Brito menganggarkan terdapat antara empat hingga lima buah kapal besar yang datang
ke Melaka setiap tahun dengan nilai dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu cruzados. Antara
barangan yang dibawa dari Koromandel ditukar atau digunakan untuk membeli gaharu,
permata, lada, cengkih, dan buah pala.39
Secara kesimpulannya, dapat dilihat dengan jelas terdapatnya ciri-ciri yang
menunjukkan kesinambungan antara kedua-dua kerajaan iaitu sumber ekonomi yang utama
bagi kerajaan Srivijaya dan Melaka adalah bergantung kepada pelabuhan entrepot yang
merupakan pusat perdagangan yang terkenal di Nusantara. Hasil-hasil yang diperolehi
meliputi daripada kutipan cukai yang dikenakan kepada pedagang-pedagang yang datang
berlabuh di pelabuhan tersebut. Jadi, kerajaan Srivijaya dan Melaka memperoleh keuntungan
dan kekayaan daripada perkembangan pelabuhan tersebut.
SISTEM MASYARAKAT
Antara aspek lain yang menunjukkan ciri-ciri kesinambungan antara kerajaan Srivijaya dan
Melaka ialah dari aspek masyarakat dan sosialnya. Masyarakat Srivijaya terdiri daripada
empat kelas sosial yang utama iaitu golongan diraja, bangsawan, orang merdeka dan hamba
abdi. Menurut inskripsi Telaga Batu, kewujudan kelas orang merdeka dan hamba abdi ada
tercatat dalam satu jawatan yang digelar ketua bagi rakyat merdeka yang terdiri daripada kasta
38Ibid. hal. 244.
39Ibd.hal. 245-246.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
18/28
rendah. Di samping itu, terdapat pula hulun haji atau hamba raja. Ini menunjukkan wujudnya
kelas hamba abdi.40
Dari segi kependudukan kerajaan Srivijaya, bilangan penduduknya kurang padat jika hendak
dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan penting yang lain di Asia Tenggara.41 Proses
hubungan yang saling berkait telah memberi kesan terhadap hubungan politik dan budaya
masyarakat Jawa-Melayu yang berlaku secara tidak disengajakan bukan sahaja dengan istana
dan penguasa pusat di Palembang atau Jambi, malah di semua bandar pelabuhan yang
ditakluk oleh Srivijaya. Kadang-kalanya proses ini berlaku melalui hubungan kekeluargaan
iaitu menerusi perkahwinan kerabat keraton Jawa dengan istana Melayu sejak abad ke-9
lagi.42 Antara masyarakat atau penduduk yang mempunyai fungsi serta peranannya yang
penting ialah Orang Laut. Peranan mereka adalah bagi memastikan keamanan serta
keselamatan para pedagang terjamin daripada dirompak oleh lanun-lanun di perairan. Mereka
juga dikatakan berpengetahuan luas mengenai beting karang dan beting pasir serta keadaan
angin tempatan. Mereka juga dianggap sebagai ketua perang yang gagah, mahir mendayung
dan merupakan tulang belakang angkatan tentera.43 Taat setia yang tidak berbelah bahagi
berterusan dengan kemunculan ketua puak Orang Laut yang bernama Raja Negara di Laut
Singapura. Beberapa orang pemerintah Srivijaya pula menggelarkan mereka sebagai King of
the Ocean lands.44
Rakyat seharusnya memberikan taat setia serta sanggup berkorban untuk rajanya.
Rakyat akan membayar cukai ke atas hasil yang diperolehi dan memberi bersedia memberi
sumbangan tenaga dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan seperti membaiki istana serta
sanggup menerima kerahan tenaga asalkan tidak dikatakan dan dianggap menderhaka
terhadap raja. Selain itu, masyarakat Srivijaya juga sama seperti masyarakat pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka yang lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti perdagangan.
Akan tetapi sejauhmanakah penglibatan masyarakat di Srivijaya dalam perdagangan
40Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu
Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 4.41
Wolters, O.W. 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. (Toh Kim Hui dan Ranjeet Kaur Khaira,
Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 8.42 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 347.43 Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.
hal. 28.44
Lihat Muhammad Yusoff Hashim. Tome Pires menyatakan ketika Parameswara dan rombongannya berundurdari Palembang ke Singapura seterusnya ke Melaka, baginda diiringi 30 Orang Laut. Ketika tiba di Muar,
mereka mencadangkan Parameswara agar datang dan menetap di Melaka. Hal.145.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
19/28
antarabangsa tidak dinyatakan dengan jelas.45 Menurut, Ibnu Faqih yang mengunjungi
Srivijaya tahun 902 menyebut bahawa, kota Sribuzza (Srivijaya) dikunjungi berbagai
bangsa. Di pelabuhan Sribuzza kita dapat mendengar segala macam bahasa: Arab, Persia,
Cina, India dan Yunani, di samping bahsa penduduk aslinya sendiri.46
Manakala di Melaka pula boleh dikatakan wujudnya masyarakat yang bercorak
kosmopolitan iaitu bermaksud masyarakatnya bukan sahaja terdiri daripada kaum dan
pelbagai etnik dari Nusantara, bahkan pelbagai bangsa daripada berbagai-bagai tempat di
serata dunia seperti China, India, Parsi, Arab dan sebagainya yang telah mewujudkan pelbagai
budaya. Masyarakat di Melaka hidup di dalam keadaan yang aman damai di bawah naungan
pemerintahnya. Perpaduan yang kukuh menjadi asas pegangan kerana mereka sedar hanya
dengan perpaduanlah yang akan membawa kepada kemakmuran dalam aspek ekonomi, sosial,
dan politik.
Pada awal pemerintahan Iskandar Syah, masyarakat Melaka berjumlah seramai lebih
daripada 1000 orang. Seterusnya meningkat menjadi lebih kurang 40,000 semasa
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Menurut Tome Pires, selepas kematian
Parameswara terdapat seramai 6000 orang dan selepas Portugis menyerang Melaka,
masyarakatnya meningkat menjadi 190,000 orang. Bilangan hulubalangnya pula adalah
seramai 100,000 orang. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada Bumiputera Melayu sama
ada melayu tempatan dari Melaka ataupun Melayu dari Nusantara.47 Jumlah masyarakat di
Melaka menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangannya
sebagai sebuah pusat perdagangan terkenal yang menarik minat pedagang luar untuk datang
ke Melaka serta terus menetap di sini.
Secara umumnya, masyarakat di Melaka boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu
terdiri daripada orang Melayu tempatan yang merupakan penduduk yang dominan di Melaka,
golongan bangsawan dari Palembang, seterusnya Orang Laut yang diserapkan kerana ketaatan
dan kesetiaan mereka kepada raja. Selain itu, orang asing yang diistilahkan sebagai orang
dagang atau orang perantau. Orang asing boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu
pertamanya ialah mereka yang terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera
upahan kerajaan Melaka. Manakala yang keduanya pula ialah mereka yang terlibat dalam
45Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu
Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 5.46 Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. PT
Girimukti Pasaka: Jakarta. hal.65.47Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 275.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
20/28
pelbagai kegiatan ekonomi serta yang menjadi pedagang bermula dari kecil-kecilan
sehinggalah ke peringkat secara besar-besaran dan menjadi saudagar yang kaya-raya.48
Kemunculan berbagai-bagai jenis institusi kebudayaan dalam sistem pentadbiran di
Melaka dari semasa ke semasa dapat menunjukkan bahawa telah muncul golongan
masyarakat yang mempunyai peranan tertentu dalam sistem kemasyarakatan. Kewujudan
golongan masyarakat seperti ini telah menyebabkan terdapatnya kelas-kelas dalam
masyarakat. Hakikatnya pengelasan ini bukanlah bergantung kepada ciri pemisahan dan
kerenggangan antara anggota masyarakat, peranan sosial setiap anggota tersebut serta hak-hak
keistimewaan yang dinikmati oleh setiap individu. Akan tetapi suasana seperti ini berlaku
kerana wujudnya sesuatu kelas masyarakat yang kaku dan terpisah jauh antara satu sama lain
yang tidak mungkin dapat melahirkan sebuah masyarakat yang dinamik dalam konteks
perkembangan kebudayaan Melayu sejak zaman awal lagi.
Tuntasnya, dapat disimpulkan di sini bahawa terdapat ciri-ciri persamaan serta
kesinambungan antara masyarakat di Srivijaya dan di Melaka. Misalnya, kedua-dua
masyarakat lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti perdagangan pada ketika itu. Hal ini
kerana Melaka dan Srivijaya sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan Nusantara
yang menjadi tempat berniaga daripada pelbagai bangsa dan negara. Pada ketika itu, sudah
terdapat kelas-kelas sosial yang teratur dan sistematik bermula dari golongan atasan
sehinggalah kepada golongan bawahan di kedua-dua kerajaan.
DASAR PERLUASAN KUASA
Selain itu, kedua kerajaan sama ada Srivijaya ataupun Melaka menjalankan dasar perluasan
kuasa dengan menakluk negeri-negeri tetangga yang lemah dan mempunyai kepentingan
tertentu. Tambahan pula, dari aspek ekonomi Srivijaya kurang menonjol berbanding Malayu-
Jambi. Keadaan ini mendorong Srivijaya untuk melepaskan diri daripada keterpencilanya
dengan meluaskan wilayah terutamanya ke atas negeri-negeri yang lokasinya strategik di
Selat Melaka dan Laut Jawa. Buktinya, demi kepentingan perdagangan Srivijaya telah
menakluk Malayu-Jambi untuk menguasai Selat Melaka.
Pada abad ke-7, Srivijaya telah meluaskan kuasa dengan menakluk negeri-negeri yang
strategik seperti Kedah dan Jambi. Sewaktu I-Tsing pulang dari India pada tahun 685
48Ibid. hal. 310.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
21/28
menyatakan bahawa Malayu sekarang sudah menjadi sebahagian Sriwijaya.49 Malah
dijumpai pada sebuah tugu di Ligor bertarikh 775 menunjukkan bahawa Srivijaya
memperluaskan kuasa ke Semenanjung Tanah Melayu. Seterusnya, penaklukan Srivijaya
berkembang ke Muangthai Selatan. Buktinya, banyak dijumpai peninggalan arkeologi yang
dikenali dengan istilah art of Srivijaya.50 Selain menakluk negeri-negeri yang
berkepentingan, Srivijaya turut menakluk jiran tetangganya seperti Bangka dan Lampung
yang dapat dibuktikan melalui prasasti-prasasti persumpahan yang dijumpai di kedua kawasan
tersebut iaitu prasasti Palas Pasemah dan Bawang.51
Di Melaka juga menjalankan dasar penaklukan sepertimana yang dilakukan oleh
Sriviajaya. Antara kawasan takluknya ialah Kepulauan Riau-Lingga, Rokan, Siak,jambi,
Inderagiri, Kampar dan Siantan. Dasar perluasan kuasa ini penting untuk mengukuhkan
kekuasaan Melaka di Selat Melaka. Terdapat juga negeri yang ditakluk oleh Melaka atas
kerelaan hati seperti Kedah, Pattani dan Beruas. Selain dari kepentingan politik, Melaka
menakluk kawasan tertentu untuk kepentingan ekonomi. Misalnya, penguasaan terhadap Siak
bertujuan untuk mengawal pengeluaran emasnya untuk dibawa ke Melaka bagi tujuan
pertukaran bahan perdagangan dengan saudagar asing.52
ASPEK AGAMA DAN PENYEBARAN ILMU
Aspek-aspek kesinambungan antara Srivijaya dan Melaka yang diperbincangkan juga di sini
dapat dilihat dalam aspek agama dan pusat penyebaran ilmu. Di Srivijaya, tradisi dan
kepercayaan asal-usul seseorang pemerintah boleh dikatakan kerap dihubungkaitkan dengan
spiritualisme Dewa-dewi Hindu dan Buddha dalam tradisi perajaan Srivijaya. Konsep Dewa
Raja iaitu kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan secara ciptaan dikaitkan
dengan Dewa-dewa dari kayangan seperti penjelmaan Dewa Shiva, Dewa Vishnu dan Dewa
Brahma. Terdapat bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa ada di antara raja-raja yang
menganggap dirinya sebagai inkarnasi salah seorang dewa agama Hindu atau Buddha. Hal itu
berlaku kerana raja tersebut ingin mengisytiharkan dirinya lebih agung dan mulia daripada
raja-raja lain. Justeru, lahirlah dvaraja atau dewaraja.53
49Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. Jakarta: PT
Girimukti Pasaka. hal. 94.50 Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. Besar kemungkinan daerah Muangthai ditakluk pada akhir abad ke-7, sesudah
penaklukan Kedah. hal. 61.51
Ibid. hal. 60.52 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 362.53Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman. et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu
Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 1.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
22/28
Terdapat juga banyak temuan arca Buddha yang kini tersimpan di Museum Rumah
Bari di Palembang. Manakala, menurut beberapa orang ahli sejarah, prasasti Talang Tuwo
yang juga merupakan bukti tetua tentang ajaran Buddha Mahayana di Asia Tenggara. Di
Bukit Siguntang telah ditemui sebuah patung besar Buddha dalam bentuk Amarawati. Hal ini
membuktikan bahawa rakyat Srivijaya terutamanya keluarga raja memeluk agama Buddha
Mahayana.54
Di samping itu, Palembang memang nyata merupakan sebuah pusat agama Buddha
yang dikatakan penting pada masa pengembaraan I-Tsing. Sejarah awal mengenai agama
Buddha di Srivijaya tidak diketahui kecuali hanya dengan beberapa catatan oleh I-Tsing yang
ada menyatakan bahawa agama Buddha telah mengalami proses perkembangannya pada.55
Pada ketika itu di Srivijaya, sebahagian besar agama Buddha adalah mazhab Mahayana. Hal
ini dapat dibuktikan dengan patung-patung Bodhisattva yang telah dijumpai di sana.Terdapat
juga bukti-bukti yang menunjukkan adanya juga agama Buddha Hinayana yang menggunakan
kitab-kitab dalam bahasa Sanskrit. Akan tetapi, pada masa itu, perbezaan di antara kedua-dua
mazhab ini tidaklah begitu nyata.56 Di Srivijaya, penganut agama Buddha yang bermazhab
Mahayana dikatakan mempunyai ramai penyokong yang sentiasa meningkat serta
mempengaruhi agama lain sekitar abad ke-8 sehinggakan pada masa tersebut ia telah
menggantikan dan mengambil tempat dalam dinasti Hindu.57
Sekitar abad ke-7 hingga ke-11, pengembara China Buddha, I-Tsing telah menyatakan
bahawa di Srivijaya terdapat komuniti kira-kira 1000 orang rahib atau sami Buddha yang
mahir dalam pengkajian agama. I-Tsing telah datang ke Srivijaya atas urusan keagamaan
sebagai pusat mengkaji kitab-kitab Buddha. Dalam perjalanannya ke India, I-Tsing telah
singgah di Srivijaya untuk mempelajari dan berlatih bahasa Sanskrit sebelum meneruskan
semula pelayarannya ke India. Beliau dikatakan telah tinggal di Srivijaya selama lima tahun
dan telah mampu mengumpul dan menterjemah lebih kurang 400 buah teks Buddha.58 Pada
tahun 685, selepas beberapa lama belajar di Universiti Buddha di Nalanda, Benggala, I-Tsing
telah kembali semula ke Srivijaya dan tinggal di sana untuk menterjemahkan teks-teks
Buddha dari bahasa Sanskrit ke bahasa China. Pada tahun 689, beliau telah pergi ke Kanton
untuk tempoh sekejap sahaja dan kemudiannya balik ke Srivijaya bersama-sama dengan
54 Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Srivijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. Indonesia:
Grimukti Pasaka. hal. 52.55 Hall, D.G.E. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Universiti London. hal. 59.56Ibid. hal. 59.57
Ibid. hal. 81.58Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Ed). 1970. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hal. 16.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
23/28
empat orang pembantu-pembantunya dan tinggal di sana untuk menghabiskan dua buah
memoir tentang agama Buddha pada zamannya. Buku-buku itu telah disiapkan dan dihantar
ke China pada tahun 692. Dalam bukunya yang kedua, I-Tsing telah menceritakan tentang
pengalamannya yang menarik sewaktu beliau singgah untuk mempelajari tentang agama
Buddha.59
Raja-raja Srivijaya juga dikatakan telah berjaya membentuk satu masyarakat yang
dapat mengikut ukuran masa, berkebudayaan dan bertamadun. Hal ini demikian kerana
Srivijaya telah menjadi pusat ilmu pengetahuan yang mampu bersaing dengan kerajaan yang
lebih tua darinya. Sumber China pernah menyebut bahawa orang-orang di situ mahir dalam
bidang Ilmu Hisab dan boleh menghitung waktu gerhana matahari dan bulan.60
Selain itu, galakan daripada Raja-raja di Srivijaya telah dapat memperkembangkan
lagi penyebaran ilmu agama Buddha di Srivijaya. Dengan kekayaan yang diperolehi melalui
perdagangan itu, raja-raja Srivijaya boleh menaja pengkajian agama serta membiayai yayasan
agama. Seorang Maharaja Srivijaya telah membiayai sebuah kuil Tao di Kanton, manakala
seorang lagi telah membina semula tempat pertapaan Buddha di pusat perhimpunan yang
terbesar di Nalanda, India. Walaupun corak Buddhisme yang dianuti oleh penduduk Srivijaya
tidak begitu jelas, namun terdapatnya mazhab yang berbeza-beza termasuklah Tantrisme yang
telah berkembang.61 Menurut prasasti Canton yang diukir pada tahun 1079, ada tercatat
bahawa tidak kurang daripada 600,000 kepingan emas telah didermakan oleh Maharaja
Palembang bagi memperbaiki dan menyelenggarakan sebuah rumah berhala Tao di Canton.
Amalan pemurah dalam kehidupan raja adil di Srivijaya itu bukan sahaja dihadkan kepada
rakyat di empayar Srivijaya, tetapi juga kepada rakyat yang pergi menuntut ilmu di Nalanda.
Inskripsi Nalanda yang dikeluarkan oleh Devapaladewa 949 M menyatakan iaitu sebuah kuil
dibina atas permintaan Maharaja Rajaputeradeva. Kuil ini dapat memberi perlindungan
kepada mereka yang memerlukannya.62
Sementara itu, berdasarkan inskripsi Larger Leiden Plates dalam bahasa Sanskrit dan
Tamil ada menerangkan mengenai sebuah vihara telah dibina di satu tempat bernama
Anaimangalan di Nagapattanam atas arahan raja Kataha. Raja Chola telah menghadiahkan
tanah yang cukainya akan digunakan untuk menjaga vihara tersebut. Di samping itu, pada
tahun 775 M, raja Srivijaya telah memerintahkan sami di raja (Rajasthavira) yang bernama
59Hall, D.G.E. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Universiti London. hal. 56-57.
60 Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.
hal.29.61
Ibid. hal. 29.62Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu
Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 6.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
24/28
Jayanata untuk membina tiga buah rumah berhala di Jaiya untuk Dewa Sakyamuni,
Padmapani dan Vajrapani.63 Justeru, jelas disini membuktikan bahawa galakan daripada
Maharaja memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Buddha di Srivijaya.
Manakala di Melaka pula merupakan sebuah pusat penyebaran agama Islam yang
terkenal di Nusantara pada masa itu. Penyebaran Islam di Melaka telah berkembang dengan
pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah melalui perkahwinan dalam kalangan pemerintah
Melaka pada masa itu. Misalnya, perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po
telah menjadikan hubungan Melaka dengan China terjalin erat. Selain itu, Islam juga
berkembang melalui perkahwinan dalam kalangan orang Tamil-Islam dan Parsi dengan
wanita-wanita tempatan yang beragama Islam. Selain itu, perhukuman Islam sejak dari zaman
Melaka telah dijadikan tunjang terhadap undang-undang negeri Melaka. Perkara ini dapat
dilihat iaitu daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah
berkonsepkan Islam.
Agama Islam juga telah memberikan wajah baru terhadap institusi setempat dan
hukum-hukum adat dalam pelbagai institusi tempatan setelah proses rasionalisasi terjadi. Ini
adalah demi untuk menjaga dan mengawal ketenteraman sosial dalam masyarakat. Unsur
undang-undang dan syariat Islam jelas telah diserapkan dengan berkesan ke dalam tatacara
undang-undang Melaka untuk membentuk peruntukan dalam Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka. Misalnya, dalam Hukum Kanun Melaka, hukum-hukum Islam
jelas mempengaruhi pelbagai peruntukan bersabit dengan hukuman terhadap kesalahan
jenayah, hal-hal yang berkait dengan hukuman jenis hudud dalam Islam, undang-undang
keluarga, munakahat iaitu mengenai perkahwinan.64
Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, hukuman ke atas penjenayah
yang mencuri, merompak dan menyamun yang disabitkan kesalahannya akan dihukum potong
tangan. Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan hukum Islam telah dijalankan pada masa
itu. Di samping itu, pengaruh Islam dalam undang-undangnya begitu kuat sehinggakan dalam
Undang-undang Laut Melaka, seorang malim dalam sebuah kapal diibaratkan sebagai imam,
manakala anak buahnya diibaratkan sebagai makmum.65
Melaka merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu yang penting pada masa itu.
Terdapatnya para ulama dan pendeta yang terdiri daripada golongan intelek dan alim ulama.
Pendeta merupakan seorang yang pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan,
63Ibid. hal. 6.64
Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka padaAbad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 306.65Ibid. hal. 222.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
25/28
adat istiadat dan salasilah Raja-raja. Mereka terdiri daripada keturunan Arab-Melayu. Mereka
menggunakan gelaran Arab seperti Maulana, Makhdum, Khadi, Awliya, Sayyid dan Syarif.
Mereka merupakan orang asing yang mempunyai pengaruh agama yang kuat dalam kalangan
penduduk tempatan. Mereka juga memainkan peranan yang penting iaitu bertindak sebagai
pendakwah dalam memperkembangkan agama Islam.
Terdapat ramai ulama dan mubaligh Islam yang terdiri daripada para pedagang dan
ahli sufi yng menjalankan kegiatan dakwah Islamiyyah. Antara tokoh tasawuf dan sufi
terkenal yang datang ke Melaka ialah Sayyid Abdul Aziz, Abu Bakar, Karim al-Makhdum
dan ramai lagi.66 Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan
pusat penyebaran ilmu pada masa itu, Melaka telah dikenali sebagai Serambi Makkah. Hal ini
demikian adalah rentetan daripada orang yang ingin menunaikan haji di Mekah akan singgah
di Melaka terlebih dahulu untuk mempelajari selok-belok berkenaan hal-hal keagamaan.
Selain itu, perkembangan kesusasteraan Islam telah mendorong kepada munculnya
manuskrip Jawi di Melaka. Sebagaimana yang telah diketahui dalam Sejarah Melayu ada
mnceritakan tentang wujudnya buku seperti Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir
Hamzah. Kedua-dua buku tersebut telah di terjemahkan ke dalam bahasa melayu daripada
bahasa Arab.67
Tuntasnya, terdapat perbezaan agama antara kedua-dua kerajaan iaitu di Srivijaya
telah berkembangnya agama Hindu-Buddha dan di Melaka pula agama Islam. Akan tetapi,
pada hakikatnya Islam telah wujud seiring dengan kemunculan Srivijaya. Hal ini tidak dapat
dibuktikan dengan jelas kerana kekurangan sumber untuk menjelaskan fakta tersebut.
Srivijaya dan Melaka merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu yang penting zaman masing-
masing. Hal ini dapat dibuktikan di Srivijaya telah dijadikan pusat untuk mengkaji kitab-kitab
Buddha, manakala di Melaka pula ia dikenali sebagai Serambi Makkah yang merupakan
tempat persinggahan bagi orang yang ingin menunaikan haji untuk mempelajari berkaitan
keagamaan. Jadi, dapat disimpulkan di sini bahawa Srivijaya dan Melaka mempunyai konsep
yang sama iaitu sebagai pusat penyebaran ilmu tetapi berlainan pada isi penyampaiannya iaitu
di Srivijaya mengenai agama Hindu Buddha manakala di Melaka penyebaran ilmu berkaitan
Islam.
66
Ibid. hal. 307.67Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Ed). 1970. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hal. 25.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
26/28
KESIMPULAN
Maka, tidak dapat disangkal lagi bahawa kerajaan Melaka adalah penerusan daripada kerajaan
Srivijaya kerana mempunyai kesinambungan di antara kedua-duanya dari pelbagai aspek.
Pada hakikatnya terbinanya Melaka adalah merupakan kemunculan sebuah lagi empayar
Melayu di Alam Melayu, iaitu selepas runtuhnya empayar Melayu Srivijaya yang berpusat di
Palembang, Sumatra dan juga Majapahit yang berpusat di Jawa. Sejarawan-sejarawan
berpendapat bahawa pada asasnya empayar Melaka itu adalah merupakan sambungan dari
empayar Srivijaya yang telah runtuh pada penghujung kurun keempat belas dahulu jua.
Antara sebabnya ialah kerana raja yang pertama yang memerintah Melaka, yakni Raja
Iskandar Syah, ataupun Parameswara adalah juga raja yang terakhir sekali memerintah di
Palembang sebelum baginda diusir oleh tentera Majapahit. Oleh itu tidak hairanlah jika
didapati sedikit sebanyak adat istiadat diraja, sistem pentadbiran dan sistem masyarakat yang
lazimnya terdapat di Palembang dipakai pula di Melaka, terutamanya pada bahagian awal
sejarahnya. Kesimpulannya, sememangnya terdapat penerusan kesinambungan tradisi antara
kerajaan Srivijaya dan kerajaan Melayu Melaka. Penerusan ini dapat dilihat dalam pelbagai
aspek kecuali dari segi agama yang ternyata amat berbeza sekali di antara keduanya.
Walaupun demikian dari aspek lain penerusan tradisi dapat dilihat dengan jelas terutamanya
dari aspek pemerintahan dan pentadbiran dan ekonomi yang dijalankan pada ketika itu.
Maka, kerajaan Melaka merupakan waris kepada kerajaan Srivijaya walaupun
kesinambungan ini berlaku secara tidak langsung. Di sini, peranan Parameswara sebagai
pemerintah di Palembang dan pengasas negeri Melaka menjadi faktor penting membawa
kepada penerusan tradisi Srivijaya oleh kerajaan Melaka sehingga kepada jajahan takluknya
seperti kerajaan Johor, Pahang dan Perak.
Dalam konteks dan proses budaya politik yang berlegar dalam kerajaan Melayu
Melaka pada abad ke-15 muncul dan membangun. Proses dan babak-babak sejarah yang
terdahulu iaitu ketika di Srivijaya diteruskan oleh kerajaan Melaka. Malah, semangat politik
dan sosiobudaya Srivijaya itu telah mempengaruhi penubuhan dan pembentukan Melaka dari
sebuah petempatan yang kecil berkembang menjadi sebuah empayar seperti pengalaman
Palembang-Jambi dahulu.68Tambahan pula, tokoh yang mengasaskan Melaka adalah
keturunan darah dan kerabat langsung dari Palembang.
68Ibid. hal. 350.
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
27/28
-
8/3/2019 SRIVIJAYA AKU.
28/28