-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
1 of 29
PROGRAM KEMAHIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL
A. TAFSIRAN
i. PROGRAM KEMAHIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL (PKPV) bermaksud
program yang dilaksanakan secara sepenuh masa menggunakan konsep
kolaboratif GIATMARA Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam memperkasakan Pendidikan Vokasional di kalangan pelajar sekolah.
ii. PESERTA bermaksud pelajar Program Kemahiran Pendidikan Vokasional yang
terpilih setelah melalui proses-proses yang ditetapkan dan tertakluk kepada
prosedur program dari masa ke semasa.
iii. MPAK bermaksud Matapelajaran Aliran Kemahiran yang diwajibkan kepada
peserta-peserta program yang merangkumi lima matapelajaran iaitu Bahasa
Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam/Moral.
iv. SPM bermaksud Sijil Pelajaran Malaysia yang mana peserta diwajibkan
menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
v. DK bermaksud Dokumen Kurikulum GIATMARA sedia ada yang digunapakai di
dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi kursus-kursus di GIATMARA.
vi. LAPORAN bermaksud laporan-laporan yang perlu disediakan berkaitan Program
Kemahiran Pendidikan Vokasional.
vii. LATIHAN INDUSTRI bermaksud penempatan peserta di industri / syarikat untuk
menjalani latihan praktikal yang diselia secara terancang dalam jangka masa yang
ditetapkan.
viii. LEMBAGA PEPERIKSAAN yang bermaksud agensi yang melaksanakan
pentaksiran Matapelajaran Aliran Kemahiran.
ix. KPM bermaksud Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
2 of 29
x. MARA ialah singkatan untuk Majlis Amanah Rakyat.
xi. GIATMARA bermaksud agensi pelaksana yang melaksanakan Program
Kemahiran Pendidikan Vokasional di bawah peruntukan yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
xii. PKL bermaksud Bahagian Pembangunan Kurikulum GIATMARA yang menyelia
pelaksanaan program, pembangunan kurikulum dan pentauliahan sijil profesional
kepada peserta.
xiii. BHP bermaksud Bahagian Hal Ehwal Pelatih GIATMARA yang
bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal dan rekod peserta.
xiv. KEW bermaksud Bahagian Kewangan GIATMARA yang menguruskan
peruntukan kewangan dan urusan bayaran pelaksanaan program.
xv. PGN bermaksud Pengarah GIATMARA Negeri yang membantu menyelaras
program di peringkat negeri.
xvi. PPGN bermaksud Pejabat Pengarah GIATMARA Negeri.
xvii. GM bermaksud GIATMARA yang terlibat dalam melaksanakan Program
Kemahiran Pendidikan Vokasional.
xviii. PMP ialah singkatan untuk Pegawai Mengawal Pusat.
xix. TENAGA PENGAJAR DALAMAN bermaksud tenaga pengajar GIATMARA yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan PKPV mengikut dokumen kurikulum sedia
ada.
xx. TENAGA PENGAJAR LUARAN bermaksud individu luar yang dilantik sebagai
pengajar Matapelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) kepada peserta mengikut modul
yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
xxi. ENTITI PERNIAGAAN bermaksud syarikat, bengkel, perusahaan, industri dan
seumpamanya yang mempunyai kelengkapan dan kesanggupan untuk memberikan
latihan sambil bekerja kepada peserta.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
3 of 29
B. PROGRAM KEMAHIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL
1. PENDAHULUAN
Program Pendidikan Vokasional adalah program kolaboratif di antara GIATMARA dan KPM
yang menggunakan pendekatan apprenticeship. Program ini ditawarkan kepada lepasan
pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Penilaian Tahap 3 (PT3) yang merangkumi
latihan kemahiran, MPAK, SPM dan latihan industri di seluruh GM terlibat.
2. OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Mempertingkatkan enrolmen pelajar aliran vokasional menerusi Program Kemahiran
Pendidikan Vokasional di GIATMARA.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang
akademik menerokai bidang kemahiran sebagai satu pendekatan transformasi
pendidikan vokasional.
2.3 Memberi latihan persediaan kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan
sebenar menerusi latihan industri.
2.4 Meningkatkan bilangan tenaga mahir dan separuh mahir bagi memenuhi keperluan
industri negara.
3. KUMPULAN SASAR
Pelajar-pelajar yang telah menduduki PMR / PT3 dan keutamaan diberikan kepada pelajar
yang tidak memperolehi pencapaian yang baik dalam bidang akademik.
4. PROGRAM
4.1 Konsep latihan
PKPV yang dilaksanakan di GM wajib merangkumi empat aspek iaitu latihan
kemahiran, MPAK, SPM dan latihan industri. Konsep pelaksanaan adalah
berdasarkan kepada konsep apprenticeship dan peserta wajib mengikuti kesemua
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
4 of 29
aspek yang dinyatakan. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah
menggunakan DK GIATMARA.
4.2 Peruntukan Kewangan
Peruntukan melaksanakan PKPV diterima daripada KPM dan disalurkan ke GM
melalui KEW.
4.3 Tempat latihan
Pelaksanaan PKPV adalah berdasarkan kemudahan yang dimiliki oleh GM yang
melibatkan kursus hard trade dan soft trade di seluruh Malaysia.
4.4 Jangkamasa latihan
Jangkamasa PKPV ditetapkan selama dua tahun. Tempoh latihan kemahiran, MPAK
dan latihan industri bagi tahun pertama dan kedua adalah 3 bulan latihan kemahiran,
3 bulan MPAK dan 6 bulan latihan industri. Walaubagaimanapun jangkasama latihan
dibenarkan untuk diubahsuai mengikut kesesuaian masa dan mencapai matlamat
yang ditetapkan.
4.5 Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang terlibat dalam PKPV adalah seperti berikut :
4.5.1 Latihan Kemahiran
Tenaga Pengajar Dalaman mengikut bidang kursus masing-masing.
4.5.2 MPAK
Tenaga Pengajar Luaran yang dilantik mengikut bidang matapelajaran
masing-masing.
4.6 Syarat am peserta
4.6.1 Bumiputera;
4.6.2 Umur 15 tahun ke atas;
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
5 of 29
4.6.3 Sihat tubuh badan;
4.6.4 Telah menduduki PMR / PT3;
4.6.5 Berminat dalam bidang yang dipohon.
4.7 Sijil
4.7.1 Sijil Profesional GIATMARA
Setiap peserta yang berjaya menamatkan PKPV akan dianugerahkan Sijil
Profesional GIATMARA mengikut kursus yang diikuti.
4.7.2 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Setiap peserta PKPV di GM yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) akan didaftarkan
mengambil SKM berdasarkan tahap yang diperakui iaitu bergantung kepada
kelulusan JPK dalam melaksanakan PKPV.
4.7.3 SPM
Peserta adalah diwajibkan menduduki peperiksaan SPM di mana
pendaftaran dan sijil peserta akan diuruskan oleh pihak KPM.
5. KAEDAH PELAKSANAAN
5.1 Hebahan
KPM membuat penyebaran mengenai PKPV kepada orang ramai mengikut cara dan
sumber bersesuaian menerusi :
5.1.1 Media cetak;
5.1.2 Media elektronik;
5.1.3 Konvensional
5.1.3.1 Pegawai Pelajaran Daerah (PPD);
5.1.3.2 Pengetua-pengetua sekolah;
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
6 of 29
5.1.3.3 Kaunselor-kaunselor sekolah;
5.1.3.4 Lain-lain yang berkenaan.
5.2 Permohonan oleh peserta
5.2.1 Permohonan dibuka menerusi laman web http://www.moe.gov.my yang
diselia oleh pihak KPM.
5.2.2 Peserta perlu mendaftar dengan mengisi borang permohonan di dalam
laman web tersebut dan menyatakan GM serta bidang yang dipilih.
5.2.3 Peserta yang memohon secara terus di GM perlu didaftarkan
menggunakan tatacara yang ditetapkan oleh pihak KPM bergantung
kepada tempoh yang dibenarkan.
5.3 Pemilihan peserta
5.3.1 Peserta yang dipilih hendaklah menepati syarat-syarat am peserta dan
keutamaan diberikan kepada kumpulan sasaran.
5.3.2 Pemilihan peserta PKPV yang menepati syarat kelayakan akan dilakukan
oleh KPM dan senarai nama yang terpilih akan diserahkan kepada
GIATMARA bagi proses temuduga. Proses temuduga dan pemilihan peserta
adalah tanggungjawab GIATMARA sepenuhnya.
5.3.3 Bilangan peserta bagi sesuatu kursus boleh dibuat pelarasan oleh pihak
PGN dan sekiranya terdapat isu berbangkit tentang bilangan permohonan
hendaklah dimaklumkan kepada pihak PKL.
5.4 Sebelum program
GM dan PGN bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara berikut :
(Rujuk Carta Alir 11.1)
5.4.1 Perancangan Pelaksanaan PKPV oleh PGN
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
7 of 29
5.4.1.1 Perlantikan Tenaga Pengajar Luaran bagi melaksanakan MPAK di
peringkat negeri.
5.4.1.2 Merancang jadual pelaksanaan PKPV melibatkan GM di bawah
seliaan PGN mengikut keperluan.
5.4.2 Perancangan jadual latihan oleh GM
Perancangan jadual latihan oleh GM dalam melaksanakan PKPV bagi
kursus enam (6) bulan dan dua belas (12) bulan mengikut DK GIATMARA.
5.4.3 Pengendalian temuduga peserta oleh GM
GM perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Murid (JKPM) bagi tujuan
pemilihan peserta berdasarkan senarai permohonan yang telah dipilih oleh
KPM.
5.4.4 Penawaran menyertai program kepada pemohon
GM melakukan penawaran menggunakan dokumen KP.BPTV.620-1/1/1/3
( IC ) kepada pemohon yang berjaya melalui laman sesawang KPM. GM
dibekalkan nama dan kata laluan oleh pihak KPM dan hanya boleh diakses
oleh pegawai bertanggungjawab sahaja.
5.4.5 Mengenalpasti entiti perniagaan
Pihak GM perlu mengenalpasti industri / syarikat bagi melaksanakan
latihan industri dan menentukan bilangan peserta yang boleh diterima
oleh entiti perniagaan.
5.5 Semasa program
(Rujuk Carta Alir 11.2 dan Carta Alir 11.3)
Pihak GM bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara berikut :
5.5.1 Menguruskan pendaftaran peserta
5.5.1.1 Menerima dokumen-dokumen pendaftaran (Borang PT, Borang
TED4, Borang TED5 dan Borang Perakuan Penjaga) daripada
peserta yang telah lengkap diiisi dan disimpan di GM sebagai
rujukan;
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
8 of 29
5.5.1.2 Mewujudkan fail peribadi peserta sepertimana amalan yang
dilaksanakan kepada pelatih sepenuh masa;
5.5.1.3 Menerima pembayaran pembelian t-shirt GIATMARA daripada
peserta bagi dua (2) pasang t-shirt berjumlah RM 50.00 (berbentuk
money/postal order) seterusnya dimajukan bersama-sama Borang
Tempahan T-Shirt Latihan (GM/BHP/TSHIRT-PV-03) kepada BHP
untuk tindakan selanjutnya;
5.5.1.4 Memaklumkan senarai nama peserta yang mendaftar kepada BHP
dan sesalinan ke PGN menggunakan Borang Makluman
Pendaftaran (GM/BHP/DAFTAR-PV-01);
5.5.1.5 Menyediakan senarai peserta kepada BHP menggunakan Borang
Senarai Peserta (GM/BHP/INSURAN-PV-02) untuk perlindungan
insuran.
5.5.2 Mengurus pertukaran peserta
5.5.2.1 Pertukaran peserta bermaksud terdapat permohonan pertukaran
dari GM ke sekolah harian atau dari satu GM ke GM yang lain;
5.5.2.2 GM perlu menguruskan pertukaran peserta mengikut prosedur yang
ditetapkan menggunakan Borang PSKVT (Pind:2014). Rujuk carta
alir 11.3 proses pertukaran peserta.
5.5.3 Mengurus minggu serasi
5.5.3.1 Minggu serasi hendaklah diadakan oleh pihak pengurusan GM
sebagai pendedahan kepada peserta berkaitan konsep program
PKPV yang dilaksanakan di GM;
5.5.3.2 Pelaksanaan minggu serasi peserta diadakan pada minggu
pertama pengambilan baru setiap kohort.
5.5.4 Merekod dan memantau kehadiran peserta ketika latihan di GM
5.5.4.1 Memastikan peserta hadir mengikut waktu dan jadual yang
ditetapkan;
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
9 of 29
5.5.4.2 Kehadiran peserta ke kelas adalah wajib dan perlu direkodkan ke
dalam Rekod Kehadiran Peserta (GM/BHP/KEHADIRAN-PV-
04(a) dan (b));
5.5.4.3 Pembelajaran MPAK menggunapakai rekod kehadiran peserta yang
sama dan diselia oleh Tenaga Pengajar Luaran;
5.5.4.4 Rekod kehadiran peserta bagi kelas latihan kemahiran dan MPAK
hendaklah disahkan oleh Pengurus GM bagi tujuan pembayaran
elaun.
5.5.5 Laporan bulanan peserta
5.5.5.1 GM perlu menyediakan laporan bulanan peserta menggunakan
borang GM/BHP/LAPORAN GM-PV-05(a) dan dihantar ke PGN
bagi pengumpulan dan PGN perlu menyediakan laporan bulanan
peserta menggunakan borang GM/BHP/LAPORAN PGN-PV-05(b)
seterusnya dihantar ke BHP sebelum 7hb bulan berikutnya;
5.5.5.2 Laporan yang disediakan adalah berdasarkan jumlah peserta sedia
ada dan perlu disahkan oleh PMP dan PGN iaitu mengikut borang
ditetapkan.
5.5.6 Mengurus peserta ketika latihan industri
5.5.6.1 Pengurus GM hendaklah menguruskan penempatan semua peserta
ke latihan industri menggunakan dokumen Surat Penempatan
Latihan Industri (GM/BHP/LI-PV-01). Entiti perlu melengkapkan
Borang Persetujuan Penempatan (GM/BHP/LI-PV-02) peserta
latihan industri sebelum peserta memulakan latihan industri dan
borang tersebut disimpan di dalam fail peribadi peserta;
5.5.6.2 Kehadiran peserta di latihan industri perlu direkodkan dan disahkan
oleh penyelia peserta di industri menggunakan Rekod Kehadiran
Peserta (GM/BHP/KEHADIRAN-PV-04(a) dan (b)) sepertimana
amalan ketika peserta menghadiri kelas kemahiran dan MPAK;
5.5.6.3 Mengagihkan buku log latihan industri kepada peserta dan perlu
disahkan oleh Pegawai Pemantau. Pegawai Pemantau terdiri
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
10 of 29
daripada anggota kerja yang dilantik oleh PMP GM berkenaan.
Buku log akan diedarkan oleh BHP kepada PGN mengikut
permohonan;
5.5.6.4 Pemantauan adalah sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam tempoh
latihan industri;
5.5.6.5 Pihak industri/syarikat adalah bertanggungjawab menyediakan
laporan penilaian prestasi peserta dan perlu diserahkan laporan
tersebut kepada pegawai pemantau (Rujuk Laporan Penilaian
Prestasi Latihan Industri - GM/BHP/LI-PV-03) atau dilaporkan
kepada GM berkaitan sebelum 7 haribulan bulan berikutnya (2
bulan sekali).
5.5.7 Menguruskan aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain program
5.5.7.1 Peserta PKPV adalah layak untuk dilantik sebagai ahli
jawatankuasa Badan Perwakilan Pelatih (BPP) di GM;
5.5.7.2 Setiap aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan oleh GM perlu
melibatkan peserta PKPV tanpa sebarang pengecualian;
5.5.7.3 Peserta PKPV juga boleh dipertimbangkan untuk menyertai
pertandingan kemahiran atau inovasi yang dianjurkan oleh pihak
tertentu.
5.5.8 Mengurus pensijilan peserta
5.5.8.1 Senarai nama peserta hendaklah disediakan menggunakan borang
yang ditetapkan secara manual iaitu dengan merujuk kepada Buku
Panduan Sistem Penilaian GCPA seterusnya diserahkan kepada
PKL untuk proses pengeluaran sijil.
5.5.8.2 Pengeluaran Sijil Profesional GIATMARA kepada peserta adalah
mengikut tatacara yang diamalkan pihak GIATMARA.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
11 of 29
5.5.8.3 Lain-lain sijil yang dikeluarkan kepada peserta adalah tertakluk
kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat
GIATMARA.
5.6 Susulan Selepas Tamat Program
(Rujuk Carta Alir 11.4)
5.6.1 Mengenalpasti perkembangan peserta selepas tamat latihan dan menilai
keberkesanan program yang dilaksanakan.
5.6.2 Susulan peserta
GM bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara seperti berikut :
5.6.2.1 Membuat susulan/lawatan ke rumah/premis perniagaan peserta.
5.6.2.2 Lain-lain cara dan kaedah yang difikirkan sesuai mengikut keadaan
semasa.
5.6.2.3 Maklumat susulan yang diterima berkenaan peserta hendaklah
diselia diperingkat GM menggunakan Borang Susulan Peserta
(GM/BHP/SUSULAN-PV-06) dan dimaklumkan kepada PGN dan
BHP bagi tujuan pengumpulan rekod.
5.6.2.4 Susulan dilakukan 6 bulan selepas tamat program atau bergantung
kepada keperluan.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
12 of 29
6. KEWANGAN
6.1 Peruntukan bagi menjalankan program ini disalurkan oleh KPM melalui KEW.
6.2 Penyaluran peruntukan kepada semua GIATMARA adalah mengikut bilangan pelajar
yang mendaftar di GM masing - masing berdasarkan data BHP.
6.3 Peruntukan dan perbelanjaan PKPV hendaklah direkod pada helaian baru dalam
buku vot sedia ada dan sentiasa dikemaskini bagi memudahkan rujukan GM.
6.4 Peruntukan PKPV adalah seperti berikut:
6.4.1 Bayaran semasa pendaftaran (dibayar oleh peserta);
PERKARA KETERANGAN JUMLAH (RM)
T-SHIRT 2 helai x RM25.00 50.00
6.4.1.1 GM menerima Money Order/Postal Order berjumlah RM50.00
atas nama GIATMARA SDN BHD daripada peserta bagi bayaran T-
Shirt semasa sesi pendaftaran.
6.4.1.2 Money Order/Postal Order yang diterima hendaklah disenaraikan
beserta saiz T-Shirt pelajar dan dihantar ke BHP untuk tujuan
tempahan T-Shirt dan rekod pengambilan pelajar.
6.4.1.3 Peruntukan bagi tempahan T-Shirt akan disalurkan kepada PPGN
mengikut bilangan pelajar yang mendaftar. Tempahan T-Shirt
dilaksanakan oleh PPGN atau secara pembelian berpusat oleh BHP
sekiranya terdapat keperluan.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
13 of 29
6.4.2 Peruntukan semasa latihan di GIATMARA bagi tempoh setahun;
:BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1 INSURANS 50.00
2 *PENDAFTARAN SKM (Sehingga Tahap 2) 200.00
3 KO KURIKULUM & SUKAN (ESR) 100.00
4 ELAUN MAKAN MINUM 1,200.00
(RM10.00 x 20 hari x 6 bulan)
5 PENGURUSAN PELAJAR (Dokumentasi, Fail
Pelajar) 50.00
6 **ELAUN TENAGA PENGAJAR MPAK
(12 jam x 28 minggu x RM80.00/jam) RM26,880.00
7 BAHAN LATIHAN (Mengikut Norm Kursus) -
* Peruntukkan diberikan secara one off
**Peruntukan adalah bagi setiap GIATMARA
6.4.2.1 Insurans
6.4.2.1.1 Perlindungan insurans diuruskan oleh BHP secara
berpusat dengan melantik agen insurans bagi PKPV.
6.4.2.1.2 Pendaftaran insurans adalah bagi tempoh 1 tahun
merangkumi 6 bulan latihan di GIATMARA dan 6 bulan
latihan industri di entiti perniagaan.
6.4.2.1.3 Sekiranya berlaku kemalangan, GM perlu menghantar
maklumat lengkap kepada BHP untuk urusan tuntutan
kepada agen insurans.
6.4.2.1.4 Kenaan kod bagi bayaran insurans (diuruskan oleh Ibu
pejabat) adalah seperti berikut:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
KPM PKV PPP 41121
6.4.2.2 Pendaftaran SKM
6.4.2.2.1 Bagi Program/Kursus yang menawarkan SKM, GM
adalah bertanggungjawab menguruskan pendaftaran
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
14 of 29
peserta sebagai calon SKM mengikut tahap
pentauliahan GM oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran.
6.4.2.2.2 Bayaran pendaftaran dibuat melalui pesanan
pembelian (PO) atas nama Ketua Pengarah Jabatan
Pembangunan Kemahiran dan dihantar kepada
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) oleh pihak
GM.
6.4.2.2.3 GM bertanggungjawab memastikan bayaran dijelaskan
setelah pesanan pembelian dikembalikan bersama
invois oleh JPK mengikut tatacara pembayaran sedia
ada.
6.4.2.2.4 Bayaran pendaftaran SKM hendaklah dikenakan ke
atas kod seperti berikut:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
KPM PKV PPP 52199
6.4.2.3 Ko Kurikulum & Sukan
6.4.2.3.1 Setiap peserta diperuntukkan RM100.00 setahun
untuk membiayai aktiviti ko kurikulum & sukan
menggunakan akaun Extra Skills And Recreational
(ESR) semasa menjalani latihan di GIATMARA.
6.4.2.3.2 Peruntukan ESR akan disalurkan terus ke akaun ESR
GM masing-masing mengikut bilangan peserta.
6.4.2.3.3 Perolehan dan bayaran bagi aktiviti ko kurikulum
melalui akaun ESR adalah tertakluk kepada pekeliling
ESR sedia ada. Rujuk Garis Panduan Pengendalian
Panjar ESR Pusat GIATMARA.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
15 of 29
6.4.2.3.4 Perbelanjaan ESR hendaklah dikenakan kepada kod
perbelanjaan ESR sedia ada seperti dibawah:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
001 128 *PPP **xxxxx
*PPP: Kod Pusat **xxxxx : Kod objek berkaitan
6.4.2.3.5 Semua peruntukan ESR hendaklah dibelanjakan
sepanjang tempoh peserta menjalani latihan di GM.
6.4.2.4 Elaun Makan Minum Semasa di GIATMARA
6.4.2.4.1 Setiap pelajar dibayar RM200.00 sebulan dan bayaran
hendaklah diterima oleh pelajar sebelum 10hb bulan
berikutnya.
6.4.2.4.2 Bayaran melalui Panjar Perkhidmatan GIATMARA
masing masing.
6.4.2.4.3 Baucer bayaran hendaklah disertakan dokumen
seperti berikut setiap kali bayaran dibuat:
6.4.2.4.3.1 Salinan surat tawaran KPM;
6.4.2.4.3.2 Salinan penerimaan tawaran (borang
PT);
6.4.2.4.3.3 Salinan kad pengenalan peserta;
6.4.2.4.3.4 Jadual kawalan bayaran (GM/KEW-PV-
01);
6.4.2.4.3.5 Salinan rekod kehadiran peserta
mengikut bulan.
6.4.2.5 Bagi peserta yang tidak menghadiri latihan, pemotongan elaun
berjumlah RM6.60/hari hendaklah dibuat menggunakan Borang
Pemotongan Elaun (GM/KEW-PV-02).
6.4.2.6 Kod bagi bayaran elaun makan minum adalah seperti berikut:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
KPM PKV PPP 41110
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
16 of 29
6.4.3 Bayaran lain-lain
6.4.3.1 Setiap pelajar diperuntukkan RM50.00 setahun bagi bayaran lain-
lain seperti fail, portfolio dan dokumentasi lain yang diperlukan oleh
peserta sepanjang menjalani latihan di GM.
6.4.3.2 Perolehan bagi bayaran lain-lain adalah tertakluk kepada tatacara
perolehan sediada.
6.4.3.3 Kod bagi bayaran pengurusan pelajar adalah seperti dibawah:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
KPM PKV PPP 27101
6.4.4 Elaun Pengajar MPAK
6.4.4.1 Elaun pengajar MPAK dibayar secara bulanan melalui borang
tuntutan bayaran saguhati tenaga pengajar luaran seperti
dilampiran (GM/PKPV/03).
6.4.4.2 Bayaran kepada tenaga pengajar adalah mengikut jumlah jam
mengajar dengan kadar RM80.00 bagi setiap jam.
6.4.4.3 Bagi tenaga pengajar luaran yang terdiri daripada pegawai
kerajaan, jumlah bayaran hendaklah tidak melebihi setengah bulan
gaji hakiki pegawai.
6.4.4.4 Baucar bayaran yang lengkap hendaklah disertakan dokumen
seperti berikut:
6.4.4.4.1 Borang perlantikan tenaga pengajar luaran
(GM/PKPV/02);
6.4.4.4.2 Salinan penerimaan tawaran (GM/PKPV/02(A));
6.4.4.4.3 Borang tuntutan bayaran saguhati tenaga pengajar
luaran (GM/PKPV/03);
6.4.4.4.4 Jadual harian mengajar MPAK.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
17 of 29
6.4.4.5 Kod bagi bayaran elaun tenaga pengajar adalah seperti berikut:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
KPM PKV PPP 29107
6.4.5 Bahan Latihan
6.4.5.1 PMP adalah bertanggungjawab menyediakan bahan latihan yang
diperlukan oleh peserta sepanjang menjalani latihan di GM.
6.4.5.2 Peruntukan bahan latihan diagihkan kepada GM yang terlibat
mengikut norm bahan latihan yang telah ditetapkan.
6.4.5.3 Pesanan Pembelian (PO) bagi bahan latihan PKPV perlu dibuat
dalam PO berasingan dari pembelian bahan latihan pelatih sepenuh
masa. Dokumen sokongan adalah berdasarkan peraturan sedia
ada.
6.4.5.4 Pembelian bahan latihan hendaklah dikenakan kepada kod seperti
berikut:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
KPM PKV PPP 26805
Semua bayaran bahan latihan hendaklah dijelaskan melalui Panjar
Perkhidmatan GIATMARA masing-masing.
6.4.6 Peruntukan elaun latihan industri
BIL. PERKARA JUMLAH
(RM)/BULAN
1 ELAUN SETIAP PESERTA 300.00
2 ELAUN ENTITI SETIAP PESERTA 200.00
6.4.6.1 Setiap peserta dibayar elaun RM300.00 sebulan sepanjang
menjalani latihan industri dan bayaran hendaklah diterima oleh
peserta sebelum 10 haribulan bulan berikutnya.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
18 of 29
6.4.6.2 Baucer bayaran yang lengkap hendaklah disertakan dokumen
seperti berikut:
6.4.6.2.1 Surat kebenaran kepada peserta mengikuti latihan
industri daripada PMP;
6.4.6.2.2 Surat perakuan penerimaan peserta oleh entiti; dan
6.4.6.2.3 Pengesahan kehadiran peserta di entiti perniagaan.
6.4.6.3 Bayaran dijelaskan melalui panjar perkhidmatan GIATMARA
masing-masing.
6.4.6.4 Bagi peserta yang tidak menghadiri latihan industri, pemotongan
elaun berjumlah RM9.90 sehari hendaklah dilaksanakan
menggunakan borang GM/KEW-PV-02.
6.4.6.5 Kod bagi bayaran elaun latihan industri adalah seperti berikut:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
KPM PKV PPP 41111
6.4.7 Insentif kepada Entiti Perniagaan
6.4.7.1 Sebagai insentif kepada entiti perniagaan, syarikat akan dibayar
RM200.00 sebulan bagi setiap peserta yang dilatih.
6.4.7.2 Baucer bayaran yang lengkap hendaklah disertakan dokumen
seperti berikut:
6.4.7.2.1 Surat tuntutan oleh entiti (GM/KEW-PV-03);
6.4.7.2.2 Pendaftaran syarikat; dan
6.4.7.2.3 Salinan surat penempatan latihan industri
(GM/BHP/LI-PV-01).
6.4.7.3 Bayaran kepada entiti hendaklah dijelaskan melalui panjar
perkhidmatan GM.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
19 of 29
6.4.7.4 Kod bagi bayaran insentif Entiti Perniagaan adalah seperti berikut:
DANA AKTIVITI PUSAT KOD OBJEK
KPM PKV PPP 41125
6.5 Permohonan imbuhan bagi semua bayaran PKPV hendaklah dibuat di dalam helaian
buku tunai yang berasingan dari belanja mengurus sedia ada.
6.6 Helaian buku tunai PKPV dan belanja mengurus hendaklah dibuat di dalam borang
lungguk yang sama sekiranya penutupan dilakukan dalam waktu yang sama.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
20 of 29
7. PENTAKSIRAN PKPV
7.1 Kemahiran
Pentaksiran dalam bidang kemahiran adalah berdasarkan sistem penilaian GCPA
yang diamalkan di GIATMARA. Walaubagaimanapun pentaksiran dilaksanakan
secara manual di mana borang pentaksiran boleh merujuk kepada BUKU PANDUAN
SISTEM PENILAIAN GCPA.
7.2 MPAK
Pentaksiran MPAK adalah berdasarkan garispanduan yang disediakan oleh KPM
atau berpandukan penilaian yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar luaran.
8. HAD DAN BIDANG KUASA
8.1 GIATMARA
8.1.1 Membuat perancangan dan penetapan jadual Program Kemahiran
Pendidikan Vokasional yang merangkumi latihan kemahiran, MPAK dan
latihan industri.
8.1.2 Menggunapakai pekeliling dan peraturan sedia ada di GIATMARA ke atas
semua peserta program.
8.1.3 Menyelaras program mengikut prosedur yang ditetapkan.
8.1.4 Menguruskan semua keperluan program dan perbelanjaan yang berkaitan.
8.1.5 Menguruskan bayaran yang berkaitan kepada semua peserta program dan
pihak-pihak yang berkaitan.
8.1.6 Melaksana, memantau dan menyediakan laporan peserta yang mengikuti
latihan industri mengikut jadual yang ditetapkan.
8.1.7 Membuat laporan bulanan kepada Pengurusan GIATMARA tentang status
kehadiran pelatih.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
21 of 29
8.1.8 Menyimpan rekod maklumat peserta dan rekod markah kursus peserta.
8.2 KPM
8.2.1 Membuat hebahan program dan penyediaan sistem pendaftaran program.
8.2.2 Menyalurkan peruntukan bagi pelaksanaan program mengikut ketetapan.
8.2.3 Memantau pelaksanaan program di GIATMARA dan latihan industri.
8.2.4 Menyediakan modul kurikulum MPAK kepada GIATMARA.
8.2.5 Menguruskan pendaftaran SPM peserta PKPV.
8.3 Peserta PKPV
8.3.1 Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan semasa mengikuti program.
8.3.2 Menerima dan mengikut arahan dari GIATMARA dari semasa ke semasa.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
22 of 29
9. SURAT, BORANG DAN DOKUMEN YANG DIGUNAKAN DI DALAM PELAKSANAAN
PROGRAM KEMAHIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL (PKPV)
BIL NAMA BORANG NOMBOR RUJUKAN DOKUMEN
ASAL SALINAN KEPADA
9.1 Surat Tawaran Kemasukan Program
KP.BPTV.620-1/1/1/3 ( IC )
Peserta GM
9.2 Borang Penerimaan Tawaran
Borang PT
Peserta GM
9.3 Borang Perjanjian Jaminan Tatatertib
Borang TED4 Peserta
GM
9.4 Surat Akuan Kesihatan
Borang TED5
GM -
9.5 Borang Pengakuan Kebenaran Penjaga
Borang Perakuan Penjaga GM
-
9.6 Borang Makluman Pendaftaran
GM/BHP/DAFTAR-PV-01
GM
i GMN
ii BHP
9.7 Borang Senarai Pelatih untuk Perlindungan Insuran
GM/BHP/INSURAN-PV-02 BHP
-
9.8 Borang Tempahan T-Shirt Latihan
GM/BHP/TSHIRT-PV-03 BHP
-
9.9 Rekod Kehadiran Peserta (Kelas Kemahiran / MPAK / Latihan Industri)
i GM/BHP/KEHADIRAN-PV-04(a)
GM
ii GM/BHP/KEHADIRAN-PV-04(b)
-
9.10 Borang Permohonan Pertukaran Peserta
Borang PSKVT (Pind:2014) KPM
PGN
9.11 Laporan Bulanan Peserta i
GM/BHP/LAPORAN GM-PV-05(a)
i GM i PGN
ii GM/BHP/LAPORAN PGN-PV-05(b)
ii PGN ii BHP
9.12 Surat Penempatan Latihan Industri
GM/BHP/LI-PV-01 Entiti
-
9.13 Borang Persetujuan Penempatan Oleh Entiti
GM/BHP/LI-PV-02 GM
-
9.14 Laporan Penilaian Prestasi Latihan Industri
GM/BHP/LI-PV-03 GM
-
9.15 Borang Susulan Peserta
GM/BHP/SUSULAN-PV-06
GM
i GMN
ii BHP
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
23 of 29
9.16
Borang MPAK (Surat GM 400/5/1/11 Jld2 (6) bertarikh 28 Ogos 2014 adalah berkaitan)
i GM/PKPV/01 i GM i PGN
ii GM/PKPV/02 ii TPL ii PKL
iii GM/PKPV/02 (A) iii GM
iv GM/PKPV/03 iv GM
v GM/PKPV/03(I) v GM
9.17 Borang Pentaksiran GCPA Manual
Rujuk Buku Panduan Sistem Penilaian GCPA
GM
PKL
9.18 Jadual Kawalan Bayaran GM/KEW-PV-01 GM
-
9.19 Borang Pemotongan Elaun peserta
GM/KEW-PV-02 GM
-
9.20 Surat Tuntutan Entiti GM/KEW-PV-03 GM
-
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
24 of 29
10. PENUTUP
10.1 Program ini adalah satu pendekatan untuk meningkatkan bilangan pelajar di dalam
bidang pendidikan vokasional. Di samping itu, ianya merupakan National Blue
Ocean Strategy dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi peningkatan tahap
kemahiran dan mewujudkan laluan alternatif pelajar yang kurang berjaya dalam
bidang akedemik meneroka peluang pekerjaan.
10.2 Objektif program ini boleh dicapai dengan komitmen semua pihak yang terlibat dan
memastikan peranan serta tanggungjawab masing-masing dilaksanakan.
10.3 Tatacara ini merupakan garis panduan melaksanakan PKPV di mana segala skop
dan pelaksanaan yang digariskan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke
semasa.
10.4 Sekiranya terdapat perkara-perkara yang timbul di luar dari panduan yang
dinyatakan, maka pegawai bertanggungjawab boleh berhubung dengan pihak
urusetia program iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk tindakan lanjut.
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
25 of 29
11. CARTA ALIR
11.1 Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Sebelum
Program)
11.2 Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Semasa
Program)
11.3 Proses Pertukaran GIATMARA Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Semasa
Program)
11.4 Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Selepas
Program)
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
26 of 29
Carta Alir 11.1
Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Sebelum Program)
Mula
Pemohon membuat permohonan kepada KPM
KPM menerima permohonan dan membuat tapisan peserta
temuduga
GM menjalankan temuduga
Keputusan Temuduga
Gagal temuduga
Berjaya temuduga
Penawaran menyertai program secara online
Tamat
Jawapan pemohon
Peserta mencetak surat tawaran untuk pendaftaran
Terima
Tolak
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
27 of 29
Carta Alir 11.2
Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional
(Semasa Program)
Peserta membuat pendaftaran di GM
Mula
Tamat
GM menghantar Borang Makluman Peserta Berdaftar kepada BHP
GM mewujudkan fail peribadi peserta dan menguruskan perkara-
perkara berkaitan
Pelatih menjalani Latihan Kemahiran dan MPAK di GM selama 6 bulan untuk tahun pertama dan kedua
berhampiran
Pelatih menjalani Latihan Industri selama 6 bulan untuk tahun pertama
dan kedua
Laporan bulanan peserta PKPV dihantar kepada PGN dan PGN
hantar kepada BHP
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
28 of 29
Carta Alir 11.3
Proses Pertukaran GIATMARA Program Kemahiran Pendidikan Vokasional
(Semasa Program)
Mula
Sesi Kaunseling
Isi Borang Permohonan Pertukaran yang lengkap, Laporan Kaunseling
& Pengesahan Pengarah
Hantar Ke BPTV(KPM)
Keputusan Pertukaran
Surat Kelulusan Pertukaran ke
Institusi/Pemohon/JPN
Rayuan
Gagal
Lulus
Keputusan
Tamat
Lulus
Gagal
SESI KAUNSELING MINIMUM 3 KALI
PROSES DALAM MASA 10 HARI (SELEPAS
TERIMA)
PENDAFTARAN DI INSTITUSI/JPN
-
Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)
29 of 29
Carta Alir 11.4
Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional
(Selepas Program)
Mula
Tamat
GM membuat susulan, enam bulan selepas tamat program
Laporan susulan dihantar kepada PGN dan BHP
Analisa laporan oleh BHP
BHP memaklumkan hasil analisa laporan kepada GIATMARA dan
KPM