Download - Solat : Jangan Abai Toma'ninah
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
Oleh: ZUARIDA MOHYIN
Halaman Utama m/s. 1
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
Halaman Utama
1. PENGENALAN UMUM 1
2. Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat 3
3. CADANGAN BACAAN LANJUT 7
Halaman Utama m/s. 2
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
Oleh: ZUARIDA MOHYIN
JIKA anda rukuk dan sujud, jangan sekali-kali terlupa toma’ninah. Jangan jadikan solat anda
seperti ayam mematuk padi. Solat seperti itu tidak sah kerana tidak ada toma’ninah,
sedangkan ia adalah rukun sembahyang sama ada dalam solat fardhu ataupun solat sunat.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM),
Mushaddad Hasbullah menjelaskan solat tanpa toma’ninah adalah batal. Orang yang tidak
menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuk dalam solatnya ialah orang yang mencuri solat
sebagaimana disebut dalam satu riwayat Ahmad dan Hakim bermaksud: Itulah orang yang
tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan dalam solat.
Katanya lagi, hadis ini menjelaskan mengenai orang-orang yang menunaikan solat mereka
tetapi dalam keadaan kelam-kabut dan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini
disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pencuri.
Hal ini sekali lagi ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seburuk-buruk
orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Maka sahabat pun
bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Maka
Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka. (Riwayat
Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)
Sementara itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaii,
Rasulullah s.a.w. melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan,
iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadis yang lain pula
Baginda bersabda bermaksud: Allah s.w.t. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan
tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (Riwayat Thabrani)
Lantaran itu, Rasulullah s.a.w. berpesan yang bermaksud: Apabila seseorang daripadamu
hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang
orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat
kembali bersembahyang lagi. (Riwayat Al-Dailami daripada Ummu Salamah)
Halaman Utama m/s. 3
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
Mushaddad berkata, ramai di kalangan umat Islam sebenarnya berhadapan dengan masalah
tidak khusyuk dalam solat, antara puncanya adalah kerana kesibukan dunia dan sentiasa
memikirkan tentangnya walaupun dalam solat.
"Khusyuk amat penting dalam solat. Salah satu daripada rahmat Allah kepada kita ialah
Allah meraikan kelemahan yang ada pada hambanya. Justeru, Allah tidak menjadikan
khusyuk sebagai rukun atau syarat sah solat yang jika ditinggalkan maka batallah solat itu.
"Oleh itu khusyuk dalam solat menurut jumhur ulama adalah sunat hukumnya. Menurut
Imam ibnu al-Qayyim dalam bukunya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan
hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah, apabila hati seseorang itu
khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota
mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.
"Bagaimanapun, bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan
solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya
seperti orang yang khusyuk," kata Mushaddad ketika dihubungi baru-baru ini.
Menjawab kelebihan yang diperoleh seseorang yang khusyuk dalam solat, Mushaddad
menjelaskan, sesungguhnya ganjarannya amat besar seperti dapat menghapuskan dosa,
memperoleh pahala, memakbulkan doa dan menjauhkan kemungkaran.
Oleh itu, beliau menyarankan kita sentiasa berusaha memperoleh solat yang khusyuk
kepada Allah s.w.t.
Firman Allah yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. (al-
Ankabut: 45)
Dalam satu hadis daripada Uthman bin Affan yang berkata, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
bersabda: Tidaklah bagi seseorang muslim itu yang menunaikan solat fardu dan
memperelokkan wuduknya, khusyuknya dan rukuknya melainkan baginya penghapusan
dosa selagi mana dia tidak melakukan dosa besar, dan itu adalah untuk setiap masa.
(Riwayat Muslim)
Menjelaskan tentang toma’ninah pula, kata Mushaddad, ia merupakan salah satu rukun
dalam solat. Jika ia tidak disempurnakan maka batallah solat seseorang itu.
Halaman Utama m/s. 4
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
Toma’ninah perlu dilakukan dalam empat rukun solat iaitu dalam rukuk, iktidal daripada
rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud.
"Toma’ninah bermaksud tetap atau diam dalam setiap rukun yang disebutkan. Seseorang
itu tidak dikira toma’ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk
makanan seperti mana yang disebutkan dalam hadis sebentar tadi," terangnya.
Berbicara tentang contoh terbaik mengenai khusyuk dalam solat, ujar Mushaddad, model
yang terbaik ialah solat Rasulullah s.a.w.. Dalam satu hadis yang disebut oleh al-Kandahlawi
dalam bukunya, Hayat al-Sohabah, bahawa seorang hamba Allah telah bertanya kepada
Aisyah: "Terangkan kepadaku sesuatu yang luar biasa mengenai solat Rasulullah." Aisyah
menjawab: "Tiada sesuatu yang biasa mengenai diri Baginda. Tiap-tiap yang dilakukannya
luar biasa. Pada suatu malam, baginda baring bersama-samaku, kemudian Baginda berkata:
"Sekarang, biarlah aku menyembah Allah, Pemberi rezekiku." Kemudian baginda pun
bangun lalu mendirikan solat dengan segala perasaan ikhlas dan tawaduk. Semasa
menunaikan solat itu Baginda menangis. Demikian juga keadaannya apabila baginda rukuk
dan sujud. Setelah bangun, keadaan baginda masih tidak berubah. Demikianlah halnya
sehingga Bilal melaungkan azan menandakan waktu Subuh sudah menjelang tiba. Aku pun
berkata kepada Baginda: "Ya Rasulullah, Tuan tidak berdosa kerana Allah telah mengampuni
semua dosa Tuan, sama ada yang telah lalu mahupun yang akan datang. Tetapi Tuan masih
juga memandang rendah terhadap diri Tuan sendiri." Baginda s.a.w. menjawab: "Apakah
aku tidak bersyukur kepada Allah?" Aku solat begini mengingatkan ayat-ayat yang telah
diwahyukan-Nya kepada Aku pada hari ini yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian
langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan,
kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-
orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka." (Ali Imran: 190-
191)
Sumber: Utusan Malaysia ( 9 Okt 2006 )
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=82
Halaman Utama m/s. 5
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
Halaman Utama m/s. 6
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
CADANGAN BACAAN LANJUT PEMURNIAN SYARIAT
FORMAT E-BOOK
SEMBAHYANG
1. Kesahihan Wirid Selepas Solat
2. Panduan Saf Kanak-Kanak Berdasarkan Kepada Hadis-Hadis
3. Berzikir Dan Berdoalah Secara Perlahan
4. Doa Setelah Solat Jenazah: Dari manakah asal-usulnya
5. Beberapa Amalan Bid’ah Semasa Solat Jumaat
RAMADHAN, PUASA DAN HARIRAYA
1. Mengapa Terjerit-jerit Berselawat Dan Zikir Di Celah-celah Sembahyang Tarawih
2. Ketetapan Imsak Sebelum Subuh
3. Rakaatt Tarawih : Antara Afdhal (Lebih Utama) Dan Mafdhul (Kurang Tepat)
4. Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih
5. Berpuasa Tapi Bersugilah
6. Beberapa Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan
7. Zakat Fitrah dan Hikmat Pensyariatannya
8. Tidak Boleh Keterlaluan Dalam Beramal : Hikmah Larangan Puasa Sebelum
Datangnya Ramadhan
9. Eid: Hukum Dan Adabnya
HAJI DAN UMRAH
1. Berulangkali Melakukan Haji Dan Umrah
2. Umrah : Sudah Berapa Kali Anda Lakukannya?
BID’AH
1. Bid’ah oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi (video iringan Maulana Asri Yusuf)
2. Usul Untuk Memulakan Perbahasan Bid’ah
Halaman Utama m/s. 7
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
EKONOMI DAN KEWANGAN
1. The Text of the Historic Judgment on Interest Given by the Supreme Court of
Pakistan
AMALAN MASYARAKAT SEMASA
1 Doa Awal Dan Akhir Tahun – Adakah Ia Benar Atau Bathil ?
2 Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah
3. Fatwa Bid’ahnya Tentang Merayakan Nisfu Syaaban
4. Hujah Dan Dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan
Sanggahan Terhadapnya
5. Sejauh Mana Boleh Beramal Dengan Zikir Sufi Ini
6. Kesesatan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah dan Maulid Syarafil Anam
9 Dhaifnya Hadis-Hadis Tentang Allah Memerhatikan Hamba-Hamba-Nya
Pada Malam Nisfu Sya’ban
10 Sejauh Mana Bid’ahnya Membuat Bubur Asyura
11 Hajat Dan Solat Hajat: Dimanakah Tahap Iman Kita?
12 Hakikat Puasa Bulan Sya’ban
13 Penyelewengan Fakta Kelebihan Bulan Rejab
14 Peringatan Maulid Nabi s.a.w. - Tinjauan Sejarah dan Hukumnya Menurut Islam
PENCERAHAN HUKUM SYARA’ DAN FALSAFAH PENSYARIATAN
1. Imam Bukhari : Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid
2. Keharusan Perempuan Yang Haid Membaca Al-Quran
3. Penjelasan Maksud Sebenar Hadiths Larangan Pemakaian Labuh Atau Melebihi Paras
Buku Lali
UMUM
1. Hadis Pelepah Tamar Tidak Ada Kena Mengena Dengan Menghadiahkan Pahala
Kepada Si Mati
2. Fiqh Keutamaan – Dr Yusuf Al-Qardhawy
PELBAGAI
Halaman Utama m/s. 8
Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat
www.darulkautsar.net
Hadith - Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini
- 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`
Aqidah - Menyingkap Rahsia Disebalik Kejadian Nur Muhammad
- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara
- Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal
Masyarakat & Sosial – Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama
- Kesalahan-Kesalahan Di dalam Menutup Aurat
Sejarah dan Sirah – Sayyidina Mu’awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya
- Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala
- Kisah Isra’ Miraj Dari Rumah Ummu Hani’
Keindahan Islam - The Amazing Qur'an by Gary Miller
- Aminah As-Silmi : A Girl On A Mission
- Falsafah Politik Di Sebalik Sembahyang Berjemaah
FORMAT BUKU (HARD-COPY)
1. Kembali Kepada Al-Quran dan Sunnah - K.H. Munawar Khalil
Penerbitan Bulan Bintang, Jakarta
Halaman Utama m/s. 9